1. Ramai kita telah dengar berkenaan Amanat Hadi. Tetapi ramai yang tidak baca, lebih-lebih lagi menganalisa dan memahami isi kandungan amanat ini.
2. Saya telah siar amanat ini dalam blog saya. Tetapi ada baiknya saya perturunkan amanat ini sekali lagi:
Amanat Haji Hadi
“Saudara-saudara sekalian, percayalah. Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”.
3. Perkataan-perkataan Hadi dalam amanatnya jelas merupakan hasutan terhadap pengikut-pengikutnya supaya sanggup mati dalam perjuangan menentang pemerintahan UMNO, BN yang didakwa “kafir”.
4. Kerajaan berhak menangkap dan memasukkan dalam tahanan Hadi kerana unsur hasutan dalam amanatnya. Tetapi Hadi mempunyai ramai pengikut yang fanatik yang boleh cetuskan huru-hara dan rusuhan diseluruh negara.
5. Sebab itu Hadi tidak dimasuk ke dalam tahanan.
6. Tetapi antara pengikut fanatik Hadi ialah Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya). Terpengaruh dengan ajaran dan amanat Hadi, Ibrahim merancang untuk menjatuhkan Kerajaan dengan pemberontakan bersenjata. Ia bercadang mengadakan pasukan-pasukan bersenjata ini ditiap-tiap negeri di Malaysia. Bahawa rancangan ini tidak mungkin berjaya tidak dipedulikan.
7. Kerajaan sanggup bertindak terhadap Ibrahim kerana tindakan terhadapnya dipercayai tidak akan mengundang reaksi sebesar tindakan terhadap Hadi. Lagipun jika dibiar, gerakan Ibrahim mungkin menjadi besar dan sukar ditangani oleh pihak berkuasa.
8. Tetapi jangkaan Kerajaan meleset. Persiapan Ibrahim untuk melawan polis sudah sampai ke tahap penggunaan senjata, seperti parang, buluh tajam dan senapang patah.
9. Apabila polis bergerak ke arah rumah Ibrahim, mereka diserang hendap dan empat anggota polis dibunuh dan seorang lagi cedera. Akhirnya polis menyerang balas dan 13 pengikut Ibrahim dan Ibrahim terbunuh.
10. Rusuhan bersenjata oleh Ibrahim dan pengikutnya sehingga sanggup mati ini dipengaruhi oleh hasutan Hadi dan amanatnya. Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu selepas merdeka. Ini bukan cara orang-orang Melayu. Kita boleh faham dan terima tindakan seperti ini di zaman British. Di zaman merdeka polis dapat bendung kegunaan senjata dengan rundingan dan pujukan. Ini telah dilakukan beberapa kali dengan jayanya. Tetapi di Memali amat jelas sikap yang ditunjuk oleh Ibrahim dan pengikutnya dipengaruhi oleh kepercayaan mereka berjihad mengikut ajaran dan amanat Hadi. Mereka percaya kematian mereka adalah syahid.
11. Dengan itu PAS telah menanam yang mati tanpa dimandi dan dikapan.
12. Sesungguhnya amanat Hadi dan ajarannya adalah punca tragedi Memali. Hadi patut kesal kerana dialah yang menyebabkan rusuhan dan kematian polis dan orang awam di Memali.
13. Walaupun PAS telah kafirkan musuh politik mereka lebih awal lagi tetapi tidak ada desakan dan hasutan supaya mereka mengganas dan membunuh dalam usaha mereka untuk kemenangan politik. Hanya Hadi sahaja yang membawa fahaman bahawa pembunuhan musuh politik oleh pengikutnya adalah disuruh oleh agama Islam dan kematian pembunuh adalah syahid.
14. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuh. Hadi perlu dihadapkan ke suruhanjaya untuk disoal akan peranannya dan peranan amanatnya. Jika ada orang yang perlu disiasat berkenaan dengan Memali, orangnya ialah Abdul Hadi Awang, pemimpin parti Islam SeMalaysia (PAS).
15. Sekarang Hadi sanggup bekerjasama dengan UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO yang dahulu dikatakan kafir kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.
16. Di satu masa Hadi mendakwa UMNO kafir. Bekerjasama orang kafir menjadikan UMNO kafir.
17. Sekarang, sebelum menolak Amanatnya bahawa UMNO kafir, Hadi menjadi penyokong kuat UMNO, kerana tindakan PAS bertanding dalam PRU 14 akan mengurangkan undi bagi Pakatan Harapan dan memberi kemenangan kepada Najib. PAS sendiri akan kalah.
Rasulullah saw bersabda,
“Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu.”
[HR al Bukhari dan Muslim]
Assalamualaikum tun.
1.jika tun mengeluarkan artikel ni dengan harapan supaya pengikut pas berubah,saya agak sangsi ianya akan berlaku.
2.ketaatan mereka terhadap hadi awang mungkin sudah mengalahkan ketaatan kepada tuhan.apa sahaja hadi awang cakap semuanya betul.
3.maklumlah hadi awang ni maksum.apabila diasak wartawan mengenai amanatnya,hadi awang cuma mampu berkata “beri saya 1 jam live tv,saya akan jawab amanat hadi”.semua soalan wartawan diberikan jawapan sama.
4.jawapan hadi sgt tidak masuk akal.dizaman sekarang,buat sahaja facebook live atau rakaman video,post sahaja di internet.semua orang boleh melihat dan menilai.
5.pengikut hadi yang buta dan pekak ni mengiyakan sahaja kata tok guru mereka itu.maklumlah hadi awang ni maksum.percayalah kalau hadi awang berkata makan tahi dapat membersihkan dosa,pengikut hadi pasti akan mengikut tanpa banyak soal.
6.jangan dibantah cakap tok guru, nanti berdosa masuk neraka.
Tolong jaga diri tun.
Tun
Kalau dulu kat Selangor beri undi kat BN, BN kalah juga, kalau kali ini beri undi kat BN, BN tetap kalah juga.
Assalamualaikum.
Jika viral ini benar, tidak sia-sia saya mempercayai dan berbangga dengan sifat rendah diri Tun sekian lama, denngan izin Tun:
SIAPA KAH DIA ?
1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” kata kata siapakah ini?
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya, menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.
8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
10) Dia jugalah pernah ditembak dibahu dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
“Dari segi apa kamu menghukum dia tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Dia pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bagitahu sesiapa pun.
Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet telah “offer” untuk pergi menemani beliau tapi beliau enggan…. Beliau kata “tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja”
Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.
Bercerita seseorang yg pernah menjadi pengawal peribadi beliau kepada saya.
16hb Feb 2017
Selepas Subuh
Semuga Tun Mahathir dan Tun Hasmah sentiasa dirahmati. Aamiin.
Wassalam Tun.
Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,
Mohon izin Tun:
1. ‘Amanat Hadi’ ialah satu FITNAH yang amat jahat terhadap umat Islam lain yang tidak sama pandangan politik dengan Hj. Hadi dan yang sewaktu dengannya (ahli-ahli PAS yang sama pendapat dengan beliau). Perkataan ‘amanat’ sepatutnya digantikan dengan perkataan ‘fitnah’ – ‘FITNAH HADI’.
2. Permainan politik ‘memfitnah’ juga sedang berlaku dalam isu ‘Lanun Bugis’. Tun sudah memberi penjelasan dalam artikel Tun yang lepas, namun penjelasan Tun tidak mahu diterima oleh segolongan manusia yang sebenarnya jahil tentang istilah ‘lanun’ dan juga istilah ‘Lanun Bugis’.
3. Dalam dunia ini, sejak dahulu kala lagi memang sudah ada banyak jenis lanun yang digelar berdasarkan bangsa/negara mereka. Kita ada ‘Lanun Inggeris’ (English Pirate), ‘Lanun Somalia’, etc. Contoh lanun-lanun terkenal dari link http://m.elizabethan-era.org.uk/famous-pirates.htm ialah:
“The following list of names represent the famous pirates and privateers who were associated with the Elizabethan era, late 1400’s and early 1500’s:
Nathaniel Butler – English Pirate
Jan de Bouff – Dutch Pirate
Tobias Bridge – English Pirate
Enrique Brower – Dutch Pirate
Daniel Elfrith – English Pirate
John Nutt – English Pirate
Grace O’Malley – Irish Pirate
John Ward – English Pirate”, etc.
4. Wajarkah kita membuat kesimpulan bahawa cuma kerana ada perkataan ‘English’ dalam istilah ‘English Pirate’ kita tuduh sesiapa yang menggunakan istilah ini sebagai menghina kesemua orang (bangsa) Inggeris? Memang tidak masuk akal dan tidak logik langsung bukan? Jika demikian, orang Somalia patut marah kepada orang lain yang beri gelaran ‘Lanun Somalia’ (menghina kesemua orang Somalia…? 🙁 ).
5. Lanun ialah manusia yang ‘merompak’, dan perbuatan merompak dilakukan secara terang-terangan (bermaharajalela). Memang wajarlah PM Kleptokrat digelar ‘Lanun Bugis’ kerana perbuatan merompak wang rakyat secara terang dan nyata. DSN menggelar diri sendiri sebagai ‘Pahlawan Bugis’. Istilah ‘Pahlawan Bugis’ sudah tentu tidak bermaksud yang kesemua orang Bugis ialah PAHLAWAN? Ada juga yang pengecut. Tak gitu? Jadi bila Tun kata “Najib mungkin berasal dari lanun Bugis” ia cuma ditujukan kepada DSN.
6. Jika dengan menggelar seseorang sebagai ‘Lanun Bugis’dianggap MENGHASUT, jadi silalah ambil tindakan ke atas kesemua akhbar-akhbar di bawah yang juga menggelar bangsa2 lain sebagai LANUN.
http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/lanun-somalia-kembali-rampas-kapal-selepas-5-tahun-1.457265
http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/lanun-somalia-bebas-26-tebusan-dari-asia-1.398709
https://www.bharian.com.my/node/285732
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/11/07/jerman-abu-sayyaf/
7. Kita ada manusia yang sebenarnya JAHIL atau tiada kefahaman yang betul tentang istilah ‘LANUN’ yang sensitif tidak bertempat. Bila saya baca akhbar2 tempatan, boleh dikatakan kesemuanya MEMFITNAH Tun Mahathir dengan mengatakan bahawa Tun menuduh kesemua orang (kaum/masyarakat) BUGIS sebagai ‘lanun’. (Sedutan dari link di bawah: “Pakar sejarah Tan Sri Prof Khoo Kay Kim mengkritik mereka yang menyifatkan Bugis sebagai “lanun”, sambil berkata golongan tersebut buta sejarah.”)
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/06/lanun-bugis-ciptaan-penjajah-kata-sejarawan/
8. Jika Tun didapati bersalah dalam isu ‘Lanun Bugis’ ini, saya akan hilang rasa hormat kepada kesemua orang yang menganiayai Tun. Jika berpolitik pun, janganlah sampai hilang maruah sebagai seorang ISLAM sehingga sanggup memfitnah dan menghasut rakyat untuk membenci Tun Mahathir dengan tuduhan karut ini.
9. Perbuatan memfitnah Tun dalam isu ‘Lanun Bugis’ ini akan membawa kepada kesan yang amat buruk. Saya percaya bahawa Tun bercakap benar bila berkata yang beliau cuma tujukan istilah ‘Lanun Bugis’ terhadap DSN.
10. Saya sarankan (sekali lagi) supaya golongan yang suka memfitnah orang lain supaya menghayati surah Al-Baqarah Ayat 217 (2:217) untuk tahu betapa besarnya dosa memfitnah (sedutan: “…And fitnah is greater than killing.”).
11. Jika DSN tidak setuju dengan tuduhan Tun, silalah saman Tun Mahathir secara ‘gentleman’. DSN pernah kata ‘stupid’, ‘kepala bapak kau’ dan etc. terhadap Tun M (saya tonton video; tergamak DSN menghina Tun sedemikian rupa).
12. DSN tidak wajar menggunakan konco-konco (para pembodek) untuk MENGHASUT rakyat jelata dengan memutar-belitkan kata-kata Tun. Mereka inilah penghasut sebenar! Mereka menggunakan isu ini untuk menyemai kebencian rakyat terhadap Tun Mahathir.
P/S: Saya harap tidak ada pula yang terasa / meroyan dengan pandangan saya ini. Kita sudah sampai ke tahap di mana isu remeh-temeh pun mahu dijadikan isu besar (dipolitikkan). This is really pathetic!
Terima kasih Tun.
– Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –
Assalamualaikum wbt Tun
Ada tiga mahluk terhebat Allah. Mungkin yg terdahulu tercipta adalah Malaikat, kemudian Iblis. Pd mulanya Iblis ini sangat taat kpd Allah. Bahkan Iblis menjadi Imam kpd Malaikat. Ke tiga, yg kemudian terbaik, rencanaNya adalah manusia. Ketiga2 mereka asalnya hidup mewah sejahtera di Syurga.
(2) Saat dunia sudah lengkap dan sempurna, Allah memerlukan khalifah di sana utk mengurus dunia. Maka Dia mencipta manusia utk tujuan itu. Manusia takdirnya adalah utk mengurus dunia. Namun Iblis ada masalah dgn tugasan khalifah manusia itu. Iblis mahu hanya mereka sebagai ketua, tiada lain dari mereka. Riak, ego menukar Iblis jadi takbur dan sombong. Lalu godaan Iblis menyebabkan keberangkatan Adam
dan Hawa ke bumi “dipercepatkan dan dlm iringan kemurkaan Allah”.
(3) Dengan itu kini, manusia dan Iblis memenuhi bumi. Malaikat kekal di Syurga. Allah telah tetapkan Iblis menjadi Iblis ie pengacau jahat, Malaikat terus kekal sujud penuh kpd Allah, dan manusia punya kebebasan. Namun kebebasan manusia itu adalah kebebasan terpimpin melalui Islam ie Al Quran. Hakikatnya manusia tidak perlu jadi Iblis dan manusia juga tidak perlu menjadi Malaikat, lantaran semua itu sudah ada dan kekal pd ketentuan masing2. Manusia dgn Al Quran harus hanya menjadi manusia. Tidak perlu lebih dan tidak kurang dari itu.
(4) Lantaran kerana keberadaan Iblis, manusia ada yg menjadi Iblis malah ada juga yg mahu jadi Malaikat. Di saat kita bergerak lari dari tujuan sebenar kejadian kita, kita pasti tergelincir.
(5) Dlm hubungkait politik
kini, PAS dan UMNO ingin jadi “Malaikat Melayu”. Namun lantaran hadirnya Iblis, mereka sedang terpesong menuju jln “mengibliskan Melayu”. Mereka kian menjadi “Iblis Mekayu”. Mereka tidak memimpin Melayu ke jln Al Quran hakiki, tetapi memimpin Melayu ke arah “kerakusan kuasa untuk ego ie riak diri sendiri”. Iblis menjadi raja di hati sebahagian pemimpin Melayu PAS dan UMNO.
(6) Maka Tun, wajar Bersatu, Amanah, PKR malah Warisan dan DAP (In Shaa Allah kemudiannya PBB, PRS, SPDP dan SUPP) bergeraklah ke arah kekal menjadi manusia yg Allah kehendaki. Kalian kekallah menjadi manusia bercirikan khalifah yg Allah kehendaki. Khalifah yg berwibawa, amanah dan saksama. Tunjuklah sifat itu, amalkan sifat itu, dan kekallah pd sifat itu kerana In Shaa Allah dgn cara itulah pasti mengajak Allah utk memberkati perjuangan kalian (kita). Marilah kita berusaha menjadi dan mengajak manusia kpd kejadian
manusia spt kekhalifan Al Quran kehendaki.
(7) Tidak perlu kita menjadi penjahat bangsa, kerana sejahat manapun kita, pastinya Iblis tetap “hero penjahat”. Tidak perlu kita jadi Malaikat, lantaran kita yg terbaikpun, pasti tidak akan dapat menjadi
lebih baik dari Malaikat. Cukup kita menjadi manusia yg baik2 sahaja. Buktikan itu, amalkan itu dan ajak Melayu dan segala bangsa di bumi kita ini ke situ. Cukup ke situ saja kita.
(8) Lupakan kepimpinan PAS. Lupakan kepimpinan UMNO. Masa utk mereka ditinggalkan sudah sampai. Biarkan mereka. Ingat fitrah Noh AS dan kaum2nya. Kita harus kini kekal focus menjadi manusia sejati sajalah. Kita bina manusia bersifat sebegitu pd diri dan manusia2 lain di bumi ini. Tanamkan wawasan dan harapan sebegitu kpd Umat manusia di bumi kita ini sebagai landasan perjuangan kita.
Assalamualaikum Tun.
Entah kenapa perlu kecoh pasal Najib Lanun Bugis sampai Sultan Selangor pun mahu terasa.
Pada buku bacaan saya, Ahlul Bait (keluarga Rasulullah saw) dan Kesultanan Melayu karangan Tun Suzana, Sultan Selangor juga dari nasab yang sama seperti Terengganu, Pahang dan Johor iaitu Tun Abdul Majid.
Selangor bernasabkan Tun Abdul Majid dari sebelah keluarga perempuan.
Tun Abdul Majid adalah berketurunan Rasulullah saw.
Walau bagaimanapun, adalah benar apabila kebanyakkan keturunan Bugis diberikan kedudukan oleh kesultanan Selangor dahulu kala kerana Raja Raja Bugis ini membantu dalam kemenangan.
Tapi nampaknya, Sultan Selangor lebih berbangga memberitahu rakyat Malaysia bahawa Sultan Selangor berdarah Bugis dari berbangga dengan darah Rasulullah saw.
Atau buku hasil usaha Tun Suzana itu adalah tidak betul faktanya?
Terima kasih Tun.
Assalamualaikum wbt Tun.
Firstly, diucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Nor Muhammad kerana bukan sahaja sanggup bertanggungjawap penuh dari kerugian Forex Trading BNM 1992-94 malah sanggup hilang kemewahan hidupnya sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah (?). Semoga keberaniannya menjadi contoh bertapa bertanggungjawap demi Negara itu, biar sakit, In Shaa Allah ganjarannya pasti ada.
(2) Setidak2, berbeza dgn 1MDB, kerugian Forex RM31.5b tidak membebankan Negara dgn hutang tinggi apa lagi kejatuhan nilai Ringgit yg teruk. Dalam
Forex duit hilang secara urusan dagangan sebenar. Dagangan Forex yg BNM jlnkan pada masa itu telah memberi pengalaman penting dlm usaha menyelamatkan Negara dari malapetaka keberhutangan dgn IMF akibat krisis kewangan serantau pd 1997. Usaha Nor Muhammad tsb telah sekali lagi menyelamatkan Negara dari mengalami merundumnya nilai Ringgit dan ekonomi Negara pd 1997. Kegagalan di peringkat pertama 1992-94 Nor Muhammad telah tebus dgn ketahanan Ringgit dan ekonomi pada 1997.
(3) Apa terjadi kpd 1MDB? Nor Muhammad kecundang sekali tetapi bangkit menang bergaya seterusnya! 1MDB, langkah seterusnya Najib MO1 adalah kecundang di sepanjang jalan dan berkelanjutan tiada henti. Siapa lebih gagal? Pastinya Najib MO1 berbanding Nor Muhammad.
(4) Namun yg salah dan khilaf tetap salah dan khilaf. Nor Muhammad sanggup
mendepaninya, itulah petanda jantan sejatinya ie bukan jantan murai, riuh sehutan tapi ekor berlumuran najis.
(5) Selepas peristiwa kegagalan Dangan Forex BNM, apakah kemajuan Negara terbantut @ susut? Alhamdullillah tidak. Negara bangkit jadi Harimau ASEAN. Namun dlm masa kekecundangan 1MDB, apa yg berlaku? Hutang meningkat, kesan significantnya kepada Negara apa? 1MDB menyaksikan pengadaian khazanah Negara malah melemahkan martabat Bangsa, Agama dan Negara. GST ie cukai berantai Najib MO1 laksanakan pd 2015 sebagai persediaan utk menutup samunan dlm 1MDB dan segala setaranya.
(6) PH cekallah utk berjuang membela rakyat. Marilah kita berjuang bukan pd landasan benci @ tamak. Jadikan perjuangan pd landasan benar dan jujur menjadi kekuatan kita.
Salam Tun
Singgah sebentar. Harap Tun dan isteri sihat.
Amanat Hadi ini banyak yang dah terpesona dan terpesong, saya dulu minat Hadi, zaman muda, idealistic, sekarang tak lagi.
Tun saya risau tengok sengketa dengan Sultan Selangor. Bukan apa, saya merasai Sultan Selangor adalah antara Sultan yang paling sober di Malaysia. Saya anak Perak tapi saya tinggal di Selangor puluhan tahun. Anak saya ada lahir Selangor ada lahir Kuala Lumpur. Dah besar panjang.
Years ago sebelum berkahwin baru saya sering nampak Sultan Selangor, dengan anaknya yang masih kecil ketika itu – Raja Muda – beliau bermain dengan anak macam orang biasa, kalau berpakaian pun macam orang biasa, kalau kita tak tau, kita tak tau dia Sultan.
Kalau makan pun beliau pilih makan tempat bersama dengan rakyat biasa, malah saya pernah makan satu tempat dengan beliau, beliau dimeja depan saya dimeja belakang, ketika dengar saya complain pasal makanan tiada pada waiter, esok saya pergi tempat itu dah ada makanan tu balik 🙂
Beliau sering juga kelihatan ditempat2 yang biasa dikunjungi rakyat biasa. Beliau macam rakyat biasa bila tiada tugas official. Beliau begitu simple. Macam CEO sebuah syarikat gergasi. Cuma saya kalau jumpa Sultan Selangor terserempat, saya segan tegur 🙂
Salam Tun,
Soal-soal yang dibentangkan Tun pada tajuk kali ini agak berat untuk saya memberikan sebarang ulasan. Tetapi yang pasti, telah pun berlaku pertumpahan darah kerana ideoloji yang jika difikir-fikirkan agak bercelaru arahnya.
Ingin saya sentuh sedikit tentang ‘nasihat’.
Katalah saya telah mendalami ilmu apa sahaja sehingga peringkat sarjana falsafah, adakah ini memberikan saya hak untuk menasihati bapa saya mengenai apa sahaja yang telah dipelajari? Atau pada orang pada yang lebih tua daripada kita?
Jawapannya sudah tentu tidak. Adab dan sopan sebagai sebuah bangsa yang bermaruah; tidak sesekali kita cuba untuk menasihati orang yang lebih berumur daripada kita. Ya, mungkin orang yang lebih berumur daripada kita itu agak tersimpang dari jalan yang betul, kita masih lagi tetap tidak layak untuk menasihati mereka.
Bagaimanapun, yang boleh kita lakukan adalah memberikan pendapat kita mengenainya. Sebagai contoh, “Daripada apa yang saya pelajari tempoh hari, kita perlu menjauhkan diri kita daripada mereka-mereka yang suka bercerita tentang sesuatu keburukkan orang lain. Pendapat ini selari dengan nas nas ….”
Terima Kasin Tun.
Assalamualaikum.
Isu pulangkan darjah kebesaran dari Sultan Selangor:
Kalau saya jadi Tun pun akan melakukan perkara yang serupa iaitu pulangkan pingat yang tiada membawa sebarang makna Tun.
Apa ada pada pingat Tun? NOTHING.
Wassalam.
Assalamualaikum Tun.
Najis a/l Razak dan orang-orang sepertinya tidak perlu memimpin Negara selepas PRU14.
Sebut negara demokrasi tetapi bersuara sedikit menyatakan pandangan peribadi terus dikecam “tidak cerdik”. Pemimpin yang ternyata tidak cerdik lagi bahalol dan mengamalkan rasuah dan tiada integrity dikatakan baik oleh penyokong UMNO.
Syabas kepada Shiela Majid, berani kerana benar takut kerana salah. Pergi persetan dengan penyokong Najib yang bodoh lagi bahalol. Mengaku Islam tetapi lagaknya mengalahkan orang kafir.
Wassalam.
Najis of Malaysia is now using racial card to invoke Malays against Tun M.
Bugis of selangor migrated to Malaysia and they have no right to ask fellow Malays to ask not to come to selangor. What is lacking to their brain??!!!
Assalamualaikum.
Tun,
Sebangsat-bangsat orang Islam adalah mereka yang jelas munafik, cakap berbelit-belit Tun seperti Hadi Wang dan Najis a/l Razak.
Wassalam Tun.
Selamat Tun,
Izinkan saya.
Saya sungguh suka dengan pengulangan isi amanat Haji Hadi.
Kita dapat melihat bagaimana beliau bermain dengan sentimen agama untuk menaikkan semangat penyokongnya. Yang menjadi mangsa adalah penyokongnya yang termakan dengan amanatnya tanpa dapat memberi pertimbangan yang adil kerana ketaksuban membuta tuli dan tanpa usul periksa. Maka polis menjadi korban.
Malahan inilah yang dapat kita lihat terhadap apa yang berlaku kepada para penyokong atau ahli kepada parti politik di Malaysia. Mereka menyokong membuta tuli hanya kerana ucapan yang gegak gempita tanpa dapat menilai lebih lanjut dek kerana kekurangan ilmu. Oleh itulah kita dapat melihat penyokong parti politik atau penyokong kepada pemimpin politik selalunya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka. Perkara ini berlaku di dalam semua parti politik.
Jika kita lihat di dalam amanat itu sendiri beberapa perkataan seperti kafir dan jahiliyah merupakan suatu perkataan yang cukup dekat dengan orang Melayu Islam. Melayu secara umumnya sangat membenci kafir walaupun mereka cukup suka dengan ciptaan orang-orang kafir. Tanpa mereka sedar didalam penggunaan alat-alat ciptaan kafir terdapatnya undang-undang yang menentukan keboleh gunaan alat tersebut di peringkat dunia dan secara tidak langsung mereka menurut undang-undang kafir. Begitu juga dengan perkataan jahiliyah. Melayu cukup membenci orang-orang jahiliyyah yang menentang nabi padahal pakcik nabi sendiri yang melindunginya dari seorang pakcik lagi juga merupakan orang jahiliyah. Senang cakap jahiliyah tu BODOH. Bolehkah seorang yang bodoh melindungi nabi?
Selagi mana orang Melayu masih terpedaya dengan istilah-istilah arab tanpa mengetahui maksud sebenar, selagi itulah orang Melayu akan terus diperalatkan oleh golongan pemerintah dan agamawan.
Selagi itulah Al-Quran akan diperalatkan untuk memenuhi kehendak orang-orang seperti pemerintah dan agamawan.
Selama 1200 tahun lebih kitab Al-Quran telah dijadikan sebagai satu cara manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menguasai yang lemah. Dijadikan satu dokrinasi untuk mengawal dan menyimpangkan manusia dari jalan sebenar dengan memberikan terjemahan yang palsu yang menyimpang dari bahasa Arabnya, sehingga orang Arab sendiri percaya bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab yang pelik tidak seperti bahasa Arab biasa.
Lantaran itu tidaklah menjadi hal lagi, bahawasanya negara yang tercinta ini bakal diheret ke dalam keruntuhan. Kegemilangan Malaysia akan tercatat didalam Sejarah. Ini semua berlaku kerana kita tidak mahu berubah dan meninggalkan pahaman agama Islam yang sempit yang kini semakin menjadi-jadi di Malaysia.
Sekian Tun, saya amat sedih mengapa kita sanggup mendukung fahaman agama yang sempit tanpa membenarkan aliran pemikiran yang baru dan lebih segar untuk dinikmati bersama?
Terima kasih, Tun.
Assalamualaikum Tun.
Orang muda masih tak faham.
Tun akan pergi. Pergi selama lamanya.
Tun tak tinggalkan legasi politik pada anak anaknya. Ya, Datuk Mukhriz ada. Tapi pada pengamatan saya, Datuk Mukhriz bukanlah pengganti Tun. Beliau tak mewarisi anugerah kepimpinan seperti Tun.
Tidak seperti Najib dan Hishamuddin. Mereka ini telah ‘dibela’ oleh orang terdahulu seperti Tun kerana jasa ayah mereka sebagai bekas Perdana Menteri.
Walhal, mereka juga tidaklah punyai bakat kepimpinan semulajadi. Maksud semulajadi bagi saya adalah cerdik, bercakap benar, pandai selesai masalah serta lain lain bakat yang dapat melindungi rakyat dengan sumber yang terhad.
Namun kerana kuatnya jenama UMNO maka mereka ini boleh masih bertahan dengan sokongan orang Melayu luar bandar.
Betul setiap zaman tidak sama dengan zaman yang lain. Zaman Tun Mahathir sudah berlalu.
Sekarang adalah zaman teknologi alam maya. Di mana Tun Mahathir sendiri ketinggalan di belakang. Namun kerana tulisan adalah anugerah Allah swt yang mengajar ilmuNya, maka secara asasnya pemimpin yang hebat adalah bijak sesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Zaman teknologi alam maya adalah zaman orang muda sekarang dan akan datang. Ia adalah zaman kita. Masa depan kita. Bukan lagi masa depan untuk orang seperti umur Tun Mahathir.
Kita orang mudalah yang akan menggerakkan dasar dan menjaga keadaan negara kita Malaysia.
Apabila orang berumur dari umur kita sendiri korup, apa patut kita buat? Perlukah kita ikut korup sekali?
Kita sebenarnya masih bergantung harap pada orang tua. Orang tua yang betul, tak apalah. Tapi kalau salah bergantung pada orang tua yang salah, maka rapuhlah pergantungan kita itu.
Samada kita mengikut ciri fizikal berserban, hatta berjanggut sekalipun. Raja kita adalah hati. Hati yang bersih, secara lansung akan membawa kita ke arah fizikal yang cantik dan menyanyagi Rasulullah saw. InsyaAllah, kerana cinta kita pada Allah dan RasulNya, jalan kita akan sentiasa dipandu ke arah yang benar.
Itulah kompas kita.
Satu masa Tun akan pergi. Bagaimana kita mempergunakan usia muda kita sekarang?
Terima kasih Tun.
Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,
1. ‘Amanat Hadi’ memang sesat lagi menyesatkan. Rujuk kepada surah Al-Baqarah Ayat 217 (2:217) untuk tahu betapa besarnya dosa memfitnah (sedutan: “…And fitnah is greater than killing.”).
2. Hj. Hadi wajib bertaubat, menarik balik ‘amanat’ sesat beliau, dan memohon maaf kepada kesemua ‘mereka’ yang beliau telah kafirkan, dan juga pengikut-pengikut ‘amanat’ beliau yang telah disesatkan (ada yang mati sia-sia).
3. Memang nampak sangat kemunafiqan Hj. Hadi & geng yang bukan main rapat lagi dengan PM Kleptokrat dan Kerajaan Kleptokrasi.
4. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung menampakkan sikap hipokrisi pemimpin-pemimpin mereka.
5. Tidak lama dahulu (Sept 2017; saya di Eropah ketika itu) Presiden UMNO @ PM berjanji untuk membantu (menaikkan?) ekonomi Amerika di hadapan Mr. Trump dengan menggunakan duit KWSP (wang tabungan rakyat). Sekarang berdentum-dentam (menjerit-jerit) mengutuk Mr. Trump dalam isu Baitulmaqdis. Bagaikan tong kosong lagaknya…
6. Cara Tun berucap secara tenang (termasuk semasa di PAU), tidak terjerit-jerit, ada banyak isi berguna, dan penuh berhemah, lebih berkesan di hati kebanyakan rakyat. Saya memang meluat tengok pemimpin2 yang suka berucap terjerit-jerit (temasuk Anwar – PKR).
7. Dalam isu Baitulmaqdis, memang umat Islam (bukan Islam juga ada yang turut serta) wajib mengutuk niat jahat Amerika untuk menjadikannya sebagai ibu negara Israel.
8. PM Najib @ Ah Jib Gor sepatutnya menarik balik niat untuk membantu ekonomi Amerika jika beliau benar-benar ikhlas (tidak hipokrit) dalam kutukan beliau terhadap niat Mr. Trump.
9. Lagi satu, bantu dulu EKONOMI Malaysia yang semakin menuju kehancuran. Rakyat biasa semakin hidup susah dengan nilai ringgit yang lemah, kos sara hidup yang mencanak naik, GST, etc.
10. Memang padan sangat Hj. Hadi ‘berkawan baik’ dengan DSN. Sama-sama bersifat munafiq.
Terima kasih Tun.
– Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –
Assalamualaikum Tun,
Saya dan keluarga seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain menghormati Tun. Sumbangan Tun kepada negara tidak kami pertikaikan.
Situasi semasa dalam negara, sudah tentu kami inginkan perubahan di dalam negara Malaysia ini terutamanya dalam politik, ekonomi dan jurang sosial.
Sedikit nasihat saya kepada Tun mungkin untuk mendekati kami rakyat dan umat Islam.
1) Berkenaan isu semasa seperti Baitul Maqadis, seharusnya Tun yang lebih awal atau yang pertama menulis artikel menceritakan pengalaman Tun dengan beberapa pemimpin Palestin menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan umat Islam. Walaupun krisis ini melibatkan 3 agama tapi sudah tentu Rakyat Palestin akan dizalimi sekali lagi terutama di sekitar Baitul Maqadis.
2) Tindakan menyokong Pertubuhan Hindraf pada hemat saya adalah salah. Ini kerana mereka adalah penyokong kuat kerajaan Modi di India yang bermusuh dengan agama Islam. Mereka mengecam Dr Zakir Naik dengan buruk sekali dan bermusuh dengan dakwah Islam. Semua kelengkapan kamera team Dr Zakir Naik bernilai 25 juta dirampas begitu juga anak buah beliau ditahan. Sedang dakwah Islam wajib, mencari titik persamaan agama adalah arahan Tuhan tetapi menzalimi orang yang berdakwah kepada agama Allah dan menyokong penzalim tidak diajar Islam.
3) Difahamkan Tun gemar membaca Dan memahami begitu banyak terjemahan Al Quran, tetapi sayangnya pemahaman lafaz perkataan Arab belum lagi cukup sekadar pembacaan. Tun berkawan dengan beberapa mereka dari kalangan cendekiawan Islam, maka bertanya dengan lebih Arif lebih afdhal seperti diarah dalam Al Quran. Maka tindakan Tun tidak membenarkan isteri tidak memakai tudung begitu mengecewakan kalangan Muslim. Bertanyalah mereka yang pakar dan arif dalam agama dan bahasa Arab, moga kita dilindungi azab dari tindakan Kita dan saya sentiasa mendoakan terkabul DOA says melihat isteri Tun mengenakan hijab kerana faham kehendak dan perintah Allah Maha Mencipta lelaki dan wanita.
4) Sokongan Rakyat juga akan dekat apabila Tun memberikan sentuhan fizkal, spiritual tentang masalah Rakyat. Bercakap bagaimana dapat selesaikan masalah utama Rakyat akan memberi anjakan kepada sokongan Parti Tun.
5) Selesaikan masalah dalaman Parti Tun secepat mungkin dengan bijak. Tun perlu turun ke bawah ‘hands on’ selesakan masalah ahli terutama di negeri Kedah dan Johor yang masih belum kukuh kerana masih baru Dan cepat berpecah atau berputus asa. Kegagalan mengawal parti sendiri akan jadi kegagalan dalam perjuangan Tun menyelamatkan negara.
6) Apabila melibatkan soal kekayaan anak-anak Tun jawablah dengan bijak. Jika datang dari perniagaan halal terus-terang jawab ini hasil belian dari perniagaan ini atau ini. Bukan menjawab dengan menuding semula kepada parti lawan. Salah menjawab akan menunjukkan parti Tun mempunyai standard sama dengan parti lawan, korup, suka menuding jari dan sama 2×5.
7) Utamakan agama Islam dan pergantungan kepada Allah swt maka Allah swt akan sentiasa bersama Tun walau di mana Tun berada. Maka setiap masalah akan diselesaikan, perjuangan Tun untuk negara akan tercapai segera.
Sekian dari nukilan nasihat saya.
Terima kasih dan Salam sihat untuk Tun sekeluarga.
Assalamualaikum Tun.
Nampak marah sangat orang sokong PAS (Islam?) bila saya kata sikit pada Tuan Haji Hadi kita.
Orang pakai serban tu!
Najib susah nak kalah!
Sampai bila nak bangkang kerajaan? Kenalah berbaik jugak.
Pada saya orang yang bercakap tu sebenarnya amalannya tak berapa kuat. Maka jalan paling mudah adalah sokong PAS, sokong ahli politik yang pakai serban.
Saya bukan pemuja atau peminat fanatik Tun Mahathir.
Saya ada penanda aras saya tersendiri dalam menentukan tahap ‘kesucian’ seseorang pemimpin/individu.
Selama mana saya menulis di sini sehingga berhempas pulas dalam kehidupan, maka suatu hari saya sudah tidak tahan lagi.
Saya menangis di dalam kereta buruk saya ketika itu dengan hanya berbekalkan gaji rm13 sehari termasuk untuk bayar parking kereta rm2, pada tahun 2010 kalau tak silap.
Saya bertanyakan kepada Allah swt di dalam hati saya.
“Kenapa Engkau perlakukan aku begini Ya Allah! Aku tidak sanggup lagi. Tunjukkanlah kebenaran apakah itu.”
Ketika itu adalah waktu rehat tengahari. Saya tak ada duit nak makan. Jadi saya masuk dalam kereta untuk rehat. Kemudian tangisan tersebut disusuli dengan tertidurnya saya. Qailullah (tidur sebentar sebelum zohor).
Saya bermimpi. Saya lihat bayang manusia.
Itukah kamu ya Rasullullah?
Itukah kamu ya Rasulullah?!
Itukah kamu ya Rasulullah!! (saya meninggikan suara kerana takut didekati oleh orang yang tidak dikenali – tanpa dapat dilihat wajahnya).
Baginda (bayang itu) memeluk erat saya dari belakang sambil dapat dilihat bayang (mulut baginda) membaca sesuatu dan menyapunya di belakang saya.
Setelah selesai, baginda Rasulullah saw mengangkat/mendongak dan memperlihatkan wajah baginda.
Subhanallah!!! (saya terkejut kerana wajah tersebut amat bercahaya – wajah baginda adalah digambarkan seterang bulan atau lebih terang lagi dari itu).
Musuh Tun Mahathir berusaha mencari kesilapan Tun.
Mereka mahu mengenakan Tun Mahathir.
Saya tak marah. Kenakanlah Tun. Itu akan dapat buktikan bahawa saya lakukan kesilapan kerana memandang Tun Mahathir terlalu tinggi martabatnya.
Tapi ingat, jika kamu mengistiharkan perang pada kekasih Allah swt, kamu akan terima balasannya.
Maka buktikan bahawa kami ini bukan kekasih Allah?!
Dan siapa Haji Hadi ini sebenarnya?
Bertaubatlah Haji Hadi. Dosa besar jika mempermainkan agama dalam memecah belah orang ramai dengan fatwa yang tidak betul sehingga berlaku pembunuhan dan kehidupan yang tidak ke arah perpaduan ummah.
Atau dikatakan perpaduan ummah itu PAS + UMNO?
Menarik untuk mengetahui keputusan PRU14 nanti.
Terima kasih Tun.
Assalamuaalaikum…
Kerajaan atau pembangkang… Sedarlah kalian.. sebenarnya kalian yg menyemaikan sifat perkauman di antara cina, melayu india dan semua . Atas nama politik.. kalian lupa pada agama yg mengajarkan kita utk berbuat baik od semua tidak kira Islam atau bukan islam…
Menagapa manusia hanya beriman kepada sesetengah ayat Al Quran dan tidak keseluruhan nya?
Apakah Al Quran itu buatan manusia? Jika jawapan anda iya… Allah telahpun mencabar kalian utk membuat selembar ayat jika anda boleh buat.. jika tidak. Apakah kalian yakin dgn wujudnya Tuhan yg tidak memungkiri janji?
NEJIB DAN NEGARA KOMUNIS
TERDAHULU…
David Teo ditampar nak suarakan pendapat
sekarang…
Pengecam bodo# mengecam artis yang cuma memberi pendapat berkaitan ekonomi negara.
SALAHKAH MEREKA?! SALAHKAH AKU?! DAN SESIAPA PUN NAK BERI PENDAPAT BERKENAAN SITUASI EKONOMI NEGARA… MALAYSIA NI KOMUNIS KE APA!
Salam Tun.
1. Bukan sahaja amanat ini rakyat kena baca tetapi nilai kembali samaada tuan punya amanat ini kotakan apa yang dikatakannya.
2. Kepada rakyat yang malas membaca atau tidak minat membaca perkara yang di utarakan ambillah ini sebagai AMANAT YANG PENUH TIPU MUSLIHAT.
3. Kalau tuan punya amanat ini sah seorang PENIPU maka setinggi mana pun gelaran atau kelulusan akademik yang dia miliki bukanlah patut kita rakyat ikuti.
4. Jika berhadapan dengan pemimpin sebegini wajib kita kembali kepada sunnah Rasullullah s.a.w dengan berpandukan al-quran.
5. Maka tidak hairanlah seorang penipu boleh menerima seorang penipu yang lain.
6. Seorang yang beriman kepada Allah s.w.t jodohnya mendapat tuntunan daripada yang maha berkuasa malah jika mendapat sebaliknya anggaplah ia satu ujian dengan penuh ganjaran pahala.
7. Walau pun kita tidak dapat membaca rahsia hati manusia tetapi bila kita faham al-quran melalui ajaran oleh ilmuan yang muktamar dari Rasullullah s.a.w. maka dapat kita bandingkan akhlak seseorang itu.
8. Maksud kembali kepada Sunnah ialah seperti amanat Rasullullah s.a.w dan akhlaknya pula semua berada pada al-quran.
9. Kembalilah ke pangkal jalan bila takut diri kita telah terpengaruh.
Wallahua’lam.
Assalamualaikum tun,
Sy bersetuju dgn Arim diatas. Tak payah korek lubang kubur. Amanat itu menyesatkan. Sudah cukup minta dia tarik balik amanat dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama kepada mereka telah dusesatkan dengan amanat tersebut
Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,
1. Saya amat bersetuju dengan saranan dan cadangan Tun seperti di bawah:
“14. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuh. Hadi perlu dihadapkan ke suruhanjaya untuk disoal akan peranannya dan peranan amanatnya. Jika ada orang yang perlu disiasat berkenaan dengan Memali, orangnya ialah Abdul Hadi Awang, pemimpin parti Islam SeMalaysia (PAS).”
2. RCI mesti ditubuhkan untuk peristiwa Memali kerana banyak yang terbunuh termasuk 4 anggota Polis. Kematian-kematian ini mesti dipertangungjawabkan ke atas penghasut yang menulis dan menyebarkan ‘Amanat’ (‘Amanat Hadi’) sesat tersebut.
3. Rejim Najib yang sekarang ini amat rapat dengan geng Hj. Hadi tetap dianggap ‘kafir’ berdasarkan ‘Amanat Hadi’ yang masih lagi tidak ditarik balik atau dimansuhkan oleh penulis amanat.
4. Hj. Hadi sudah terkena bala ‘amanat’ sendiri yang menjadikan diri beliau ‘kelihatan sama kafir’ dengan ‘mereka’ (golongan yang dikafirkan) yang dimaksudkan dalam amanat beliau.
5. Mengapa rejim Najib tidak tubuhkan RCI untuk kes Memali ini yang jauh lebih memudaratkan berbanding kes Forex? Kes Forex (BNM) sebenarnya telah memberi ‘pengajaran/pelajaran’ paling berguna kepada Kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir dalam menangani krisis serangan matawang dan ekonomi pada 1997/1998. Tun Mahathir telah menjadi WIRA Negara yang berjaya menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke kancah kehancuran ekonomi yang berpanjangan (Malaysia pulih jauh lebih awal berbanding negara2 jiran). Tun telah menyelamatkan entah berapa ratus billion ringgit nilai ‘bisnes/ harta/ wang /etc.” dari kerugian dek serangan penyangak matawang ‘Soros & gang’ dengan cara ‘tersendiri’ yang menongkah arus (tetapi terbukti amat berkesan). Rejim Najib agaknya LUPA tentang sumbangan besar Tun M ini (tidak lama selepas isu Forex BNM). Rakyat tidak akan mudah lupa terhadap segala sumbangan Tun M.
Terima kasih Tun.
– Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –
Tidak payah tubuhkan Suruhanjaya Diraja keatas Hadi. Kemunafikan beliau akan di balas Allah didunia ini. Permulaan nya sudah nampak, dan akan menjadi lebih teruk lagi. Itu adalah balasan didunia dan diakhirat akan lebih dasyat lagi. Janji Allah adalah benar. Kita tunggu dan saksikan.