ANTARA PAJAK DAN PERCUMA


1. Nampaknya ada orang yang berbuih mulut tuduh saya dapat macam-macam daripada Kerajaan selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri.

2. Ada juga dikeluar “bukti” berkenaan pajakan tanah di Langkawi. Pajakan dengan bayaran bukan makna hadiah. Bukan dapat free, diskaun pun tidak.

3. Agaknya orang ini cuba nak alih pandangan dari masalah dia “tolak” permintaan dia sendiri untuk dapat hartanah mewah dari Kerajaan. Ada orang beritahu saya mewah tahap kayangan.

4. Saya akui saya pajak tanah. Pajak, bukan minta. Pajak kena bayar. Tak dapat free pun. Saya juga beli dua keping tanah di Langkawi selepas bersara. Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sebaliknya kos sewaan dinaikkan berkali ganda sehingga saya serah balik kepada LADA, Langkawi.

5. Bermacam usaha saya lakukan, ternak kerbau, buat keju, tanam sayuran. Ada yang berjaya, ada yang tidak. Yang tidak “economically viable” apabila sewa dinaikkan oleh LADA, saya kembalikan pajakan pada pihak berkuasa.

6. Kalau ada salah laku, siasatlah. Dah 18 tahun saya berhenti dari Kerajaan semasa jadi Perdana Menteri pertama kali. Selama itu, saya jadi Perdana Menteri semula 22 bulan. Apabila jadi PM kali kedua, pencen saya dihentikan. Pencen diberi balik selepas saya berhenti dari jadi PM kali kedua.

7. Macam-macam tuduhan yang dibuat tentang “salah laku” saya. Kalau benar dakwa lah. Kalau bersalah hukumlah.

8. Malahan masa saya mula buka mulut pasal 1MDB berbagai usaha nak tuduh saya buat salah dilakukan kepimpinan masa itu.

9. Bila gagal sampai tukang masak saya pun di lucut jawatan.

10. Isteri saya pun turut disoal siasat. LHDN pula siasat anak-anak saya.

11. Alhamdulillah, cukai semua dibayar ikut undang-undang dan tak timbul hutang cukai sampai berbilion. Jadi tak perlu mintak pelepasan passport untuk ke luar negara.

12. Saya ingat buat masa ini saya tak perlu lah jelaskan apa-apa. Kalau pihak berkuasa terbabit nak jelas tentang pajakan-pajakan saya, sila lah.

13. Tidak ada apa-apa yang nak saya sembunyi pun. “Nothing to Hide”.

2 thoughts on “ANTARA PAJAK DAN PERCUMA”

  1. Correction: I WISH HER NOT TO GET STRESS OUT AND KENA CANCER, STROKE, ANXIETY DISORDER OR HEART ATTACK FOR SUCH HARDCORE PERJUANGAN ‘THAT’ WOULD HURT HERSELF AND DIRECT FAMILY MEMBERS; AND THOSE OKU KABEL WHO HELPED HER GET THIS PUBLIC FUNDING IN YEARS TO COME. I HAD SEEN WITH MY OWN EYES, HENCE, I CAN READ AND FILTER THEIR MEDIA STATEMENTS WALAUPUN SAYA INI HANYA ADALAH RAKYAT BIASA, AND, IN ENGLISH, A MALAYSIAN COMMONER, WHO WORKED HARD ALL MY LIFE TO RAISE MY FAMILY.

    MAY PEACE BE WITH ALL, THANK YOU.

  2. 32. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/01/16/tired-of-poor-treatment-a-child-rights-activist-looks-to-build-the-perfect/2035372

    33. THIS IS ANOTHER CLEAR CASE OF WOLLAPING PUBLIC FUNDS TO FAVOR HER “CHILDREN ACTIVISIM” WITH A TITLE OF DATUKSHIP.

    34. SHE SHOULD GET TIRED OF BEGGING, I MEAN, MINTAK WANG, SINCE HER ACTIVISM ACTIVITIES TO FAVOR HERSELF FIRST KERANAMU MELAYU BOLEH ASSUMING AND “SPECULATING” MELAYU MESTI TOLONG MELAYU” DENGAN KABEL OKU?

    35. PANGGIL MEDIA TEMPATAN TO TANGKAP SOME PICTURES FOR FREE PUBLICITY, THEN, THE KES IS BERES?

    36. NO ONE KNOWS WHAT SHE WOULD DO WITH THE PUBLIC FUNDING GRANTED BY PUTRAJAYA’S WOMEN MINISTRY KERANA SAMA-SAMA ADALAH MELAYU DAN MUSLIM, AND SHE IS NOT THE FIRST, AND SHE WILL NOT BE THE LAST BAGAI CIKGU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI.

    37. AKTA 342 TO PENALIZE MALAYSIANS AND FOREIGNERS UNDER MOH CENTRAL DISEASE AGENCY IS SUPPORTED BY UMNO DAN PAS AND THEIR GRASSROOT MEMBERS, CIRCLE OF INFLUENCES DLL PARTI MELAYU, CAN KAH?

    38. WANG MACAM INI PUN MAU HANTAM, THEN, DLL RAKYAT BUKAN MELAYU PUN IKUT LAH, BETUL DAN ADIL, BUKAN?

    39. CAKAP BESAR, MELAYU MEMANG BERANI DAN TAK SEGAN MINTAK KERANA MEREKA INGAT NEGARA INI HANYA UNTUK MEREKA SAJA, DLL KAUM BUKAN MELAYU ADALAH PENDATANG TANPA IZIN, YOU STILL SPECULATE SUCH KES PENIPUAN WORKS IN 21ST CENTURY?

    40. EITHER AP DAN WR AGREE, BUAT TAK TAHU ATAU IGNORE BAGAI FOR THOSE WHO LIVE IN GLASS HOUSE, THEY SHOULD NEVER BALING BATU AND BLAME THE PENDATANG BUT NOT THEMSELVES.

    41. INCREASING MUSLIM POPULATION SHALL MAKE PARTI-PARTI MELAYU MUSLIM SELAMAT FOREVER?

    42. PENNY WISE POUND FOOLISH, ATAU, BILA API KECIL, IA ADALAH KA-WAN, APABILA API JADI BESAR, IA AKAN JADI LA-WAN, NO?

    43. NANGIS-NANGIS, MARAH-MARAH, TUNJUK PERASAAN DAN TUNJUK BUNTUT PUN TARAK GUNA, KENAPA?

    44. MALAYSIANS INCLUDING MELAYU BUKAN BODOH DAN TAK ERTI TEMPAT.

    THANK YOU, AND WISH HER NOT TO GET STRESS OUT FOR SUCH HARDCORE PERJUANGAN TAK WOULD HURT HERSELF AND THOSE OKU KABEL WHO HELPED HER PUBLIC FUNDING IN YEARS TO COME.

Comments are closed.