ANTI “FAKE NEWS” LAW

1. Hari ini undang-undang untuk mencegah “berita palsu” mula dibahas oleh Parlimen. Dengan majoriti yang ada pada Kerajaan sudah tentu undang-undang ini akan dilulus.

2. Yang menakutkan rakyat dan parti lawan ialah apakah definisi “berita palsu”. Yang dijelaskan dalam undang-undang hanya siapa yang dianggap bersalah. Apakah yang dianggap berita palsu tidak dijelas. Taklimat yang diberi juga tidak menjawab soalan berkenaan kenyataan tertentu samada palsu atau tidak.

3. Mengikut amalan biasa undang-undang perlu jelaskan apa yang dianggap salah. Sepatutnya undang-undang menerangkan secara jelas “berita palsu” yang ditafsir sebagai salah.

4. Tanpa penjelasan ini pegawai Kerajaan (Polis dan Pendakwa Raya) akan mendefinisikan “berita palsu” mengikut pendapat mereka sendiri. Apabila sesuatu didefinisikan oleh pegawai sebagai “berita palsu” penulis atau pensyarah boleh dikenakan tindakan dibawah undang-undang ini.

5. Ada seorang Timbalan Menteri yang menyatakan sesuatu berita yang tidak disahkan oleh Malaysia akan ditafsir sebagai “berita palsu”. Oleh kerana semua berita dari luar negara tidak disahkan oleh Kerajaan Malaysia, maka semua laporan berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun Najib di Ambank, rampasan harta yang dibeli oleh wang yang dicuri dari 1MDB mengikut Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat dan kapal layar Equanimity yang didakwa dimiliki oleh Jho Low dan dirampas oleh Indonesia dengan FBI (Federal Bureau of Investigation – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat) semua ini jika disentuh atau disebut oleh orang Malaysia dalam negeri atau diluar, yang semuanya tidak disah oleh pihak berkuasa Malaysia akan ditafsir sebagai berita palsu. Dan boleh dituduh bawah akta berita palsu. Juga yang akan tentukan samada sesuatu kenyataan itu palsu atau tidak adalah Kerajaan.

6. Untuk elak dari dituduh dibawah akta ini parti lawan dan jurucakap mereka, pensyarah dan penceramah, pemimpin dan kakitangan terpaksa “censor” diri sendiri. Mereka akan jadi seperti ahli UMNO yang tidak dibenar menyentuh kesalahan-kesalahan Najib.

7. Secara langsung semua isu berkenaan dengan salahlaku Najib dan orang-orangnya tidak boleh diperkatakan oleh sesiapa. Dengan ini akta “berita palsu” akan menutup mulut semua pengkritik Kerajaan dalam pilihanraya. Parti lawan akan kehilangan sebab mereka menentang Najib.

8. Selamatlah Najib.

9. Wahai ahli-ahli UMNO.

Relakah kamu menipu? Relakah kamu sokong pemimpin yang dikenali oleh dunia sebagai penipu dan pencuri.

10. Relakah kamu mencari kemenangan secara penipuan. Akta Berita Palsu adalah antara penipuan yang dilakukan oleh Najib untuk mendapat kemenangan.

11. Kemenangan dengan cara penipuan; dengan cara haram adalah haram. Kerajaan yang akan ditubuh oleh Najib jika ia menang ialah Kerajaan haram.

12. Jika ahli UMNO rela diperintah oleh Kerajaan haram, itu adalah pilihan anda.

10 thoughts on “ANTI “FAKE NEWS” LAW”

  1. 25. Once the general election result is known and made official, everyone will know what happen next.

    26. Therefore, whoever wins out and name the perdana menteri, life will go on as usual for the voters.

    27. Winning or loosing is common, and this is the path or journey that we will go through regardless of race and religion background.

    28. No one can change the past.

    29. To improve and make this country a better and safer place to live, work and enjoy, the decision is in the hands of the political parties and the voters.

    30. To change, or to be changed, the decision is in the hands of the political parties.

  2. 13. In this country, it is very common when a law is passed in parliament, it was meant to be broke.

    14. As usual, damage control mechanism of race and religion rhetoric politics would be employed by the political parties of the divide just to win votes.

    14. Moreover, majority of the mps and wakil rakyat are of muslim malay and bumiputra base, and their circle of influence is very limited.

    15. Until today, they still do things based on who they know, not what they know.

    16. When the anti-fake law is passed, will the political parties of the divides do their utmost to make this law run efficiently and smoothly via self displine and self censored with social responsibility in mind to maintain political, economical and social stability?

    17. Majority of the civil government at the federal and state levels are of malay speaking base, therefore, it is near impossible for them to implement the anti fake news bill unilaterally since the next general election must be called in the next 5 years.

    18. It wont be a surprise at all if another law would be passed at the federal parliament at the pleasure of the next in line perdana menteri who has the majority supports of mps to implement his manifesto.

    19. Vote buying and seat swapping within the political parties of the divides is not something new in this country just to win the hearts of the majority race.

    20. Being the perdana menteri of malaysia, he has to be jack of all trades in order to get supports of mps and wakil rakyat from all states including sabah and sarawak.

    21. Dont forget, we are living in 21st century.

    22. Therefore, voters too are smarter and more resillient in exercising their votes in this and future general elections.

    23. The old ones will go, and will be replaced by the new ones.

    24. Whether we like it or not, it is the obligation of the voters to exercise their rights to elect the perdana menteri and form the new cabinet.

  3. “There is freedom of speech, but I cannot guarantee freedom after speech.”

    Idi Amin
    The President of Uganda (1971 to 1979)

    Idi Amin is a violent dictator whose regime was responsible for some of the worst atrocities in his country’s history.

    Malaysia boleh.

  4. In Malaysia, I thought re-delineation of constituencies are solely Election Commission’s job, but PM is tabling that report…LOL

    What kind of constitution is that??!!!

    If the MO1 thief is tabling it, then decide now itself, what is inside …hahaha…

  5. Tujuan akta ni supaya masa berkempen PRU14 nnti PH tak boleh gunakan topic 1mdb bagai. So PH takde topic untuk berkempen. Depa pun tunggu je, nnti ada alasan nak cekup Tun & ahli2 PH.. Hebat permainan mereka..

  6. Quote from Finance Twitter.

    “Taking a page from Donald Trump, Malaysian Prime Minister Najib Razak has tabled a bill in parliament on Monday outlawing “fake news”, a term popularized by the U.S. president. Under the Anti-Fake News 2018 bill, anyone who publishes so-called fake news could face fines of up to RM500,000 (US$128,550; £90,310), up to 10 years in jail, or both.

    But there’s a huge difference. Unlike Trump who used the term fake news to describe mainstream media reports and organizations critical of him, Najib enjoys 100% support from government-controlled mainstream news media. What Mr. Najib can’t control, however, is the alternate news media such as blogs and social media, including Facebook and Twitter.”

    http://www.financetwitter.com/2018/03/malaysia-becomes-north-korea-biggest-fake-news-sponsor-najib-wants-to-outlaw-fake-news.html

  7. Assalamualaikum Tun.

    Ingin saya kongsikan bersama sama segenap peringkat pembaca di sini berkenaan perbezaan penyelesaian masalah antara yang terbaik dengan yang biasa biasa sahaja.

    1. Krisis ekonomi, harga minyak dunia naik mendadak tahun 2008.

    Penyelesaian kerajaan semasa ketika itu adalah menaikkan harga minyak kepada rm2.70 seliter.

    Namun setelah diselesaikan oleh pasukan Tun, harga minyak diturunkan kepada rm1.90 seliter.

    2. MH17

    Dozen person ’12 orang’ – 4 orang PASKAU mengiringi 8 orang anggota penyelamat. Melalui 11 sekatan jalanraya selama perjalanan 9 jam berterusan di bulan Ramadhan.

    Berjaya membawa balik mayat dan kotak hitam. Pakar komunikasi satelit dozen person mengaku ‘live’ di tv1 bahawa beliau tidak yakin itu adalah arahan dari PM Najib. Namun beliau terpaksa percaya begitu.

    Berita berita ini tidak akan diketahui umum jikalau tidak ditulis dan diakui oleh orang yang terlibat secara tidak langsung, iaitu saya sendiri.

    Saya memberi satu idea mentah dalam isu krisis ekonomi 2008 dan ia diolah oleh Tun supaya dapat dijalankan.

    Manakala isu MH17, idea penyelesaian adalah secara terus tanpa diolah kerana kita punyai sumber yang mencukupi.

    Setakat ini tiada lagi orang yang membangkang saya, bahawa pengakuan saya ini adalah palsu.

    Tapi perlu saya peringatkan, bahawa Haji Hadi dan Ayah Pin adalah orang Terengganu. Dan kedua dua mereka tetap tidak ditangkap dan disergah oleh penguasa Terengganu, malah negara.

    Jadi apakah kebarangkalian untuk diri saya?

    Terima kasih Tun.

Comments are closed.