All posts by chedet

THE GENOCIDE

1. The Israelis have killed 8000 plus Palestinians.

2. But Netanyahu says they have not won the war.

3. When will Israel consider the war has been won?

4. When they have killed all 1.6 million Palestinians?

5. What does the world do to this Israeli intention?

6. 120 countries in the UN say stop the killings.

7. But America says keep on killing.

8. That is the measure of America’s humanitarian policy.

9. That also is the measure of the humanitarian policy of those countries which support the killings by Israel.

10. This is the world in which we live.

11. Murderers are supported. Their victims deserve to die.

KERAJAAN ANTI-RASUAH

1. PMX berkali-kali sebut bahawa Kerajaannya akan hapus rasuah.

2. Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini duit Kerajaan diberi oleh PMX dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan kenyataan bahawa penerima hendaklah sokong parti Kerajaan.

3. Jikalau ini bukan rasuah, saya tidak tahu apa dianya rasuah.

4. Tetapi MACC berkata perbuatan ini bukan rasuah.

5. Siapa yang lebih layak mentafsir sesuatu perlakuan itu rasuah atau tidak selain Badan Pencegah Rasuah.

6. Okaylah. Ini bukan rasuah.

KEBEBASAN – FREEDOM

1. Pada mulanya kebebasan diterima baik oleh masyarakat manusia.

2. Ia mencerminkan keprihatinan dan keadilan manusia yang bertamadun. Kebebasan bersuara, kebebasan media cetak dan radio memang hak semua rakyat. Maka pihak Kerajaan pun akan ketahui pendapat rakyat dan tuntutan mereka.

3. Tetapi sekarang ini di Barat kebebasan sudah melarat sehingga bermakna hak untuk amal apa sahaja yang didorong oleh nafsu seseorang. Segala yang ditentukan oleh budaya bangsa umpamanya boleh ditolak jika ia menyekat kebebasan seseorang.

4. Sekarang nilai dan cara hidup sesuatu bangsa boleh diketepikan jika ia menghalang kehendak seseorang.

5. Demikian jika budaya melarang mencarut, menyekat kebebasan, larangan ini boleh ditolak dan individu atau puak boleh mencarut. Kenapa tidak? Apa salahnya?

6. Dari sini Barat sudah sampai ke susunan kekeluargaan. Kenapa perlu berkahwin jika ingin mendiri keluarga. Duduk bersama sahajalah mengikut kehendak. Jika ingin berpisah, jika ingin bersama pasangan lain laku sahajalah. Yang tertinggal boleh cari pasangan lain. Apa masalahnya. Tidurlah dengan siapa sahaja – satu, dua atau lebih mengikut yang disukai. Itulah makna kebebasan.

7. Hubungan seks bukan untuk dapat anak. Seks untuk seronok-seronok sahaja, dengan siapa pun boleh, kenal atau tidak, remaja atau dewasa, sekali atau berkali-kali.

8. Di satu negara barat ibu tidak boleh paksa anak, tidak boleh suruh sembahyang umpamanya. Ibu dan bapa boleh dipenjara jika “mencabul hak asasi anak”. Apa dianya “hak asasi”. Tafsirannya amat luas.

9. Kemudian timbul larangan-larangan hubungan seks antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Sekali lagi soalan apa salahnya, hanya untuk keseronokan, untuk memuas nafsu. Apa makna bebas jika kehendak nafsu disekat, diharam.

10. Ya. Jika lelaki suka (cinta) sesama lelaki apa salahnya jika mereka berkahwin. Demikian juga wanita yang cinta wanita. Mereka juga berhak berkahwin dan mendiri keluarga.

11. Pasangan lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita tidak mungkin mendapat anak. Itu tidak mengapa. Adakan seks dengan wanita atau lelaki lain supaya hamil dan dapat anak. Anak diluar nikah dihalalkan. Tidak haram lagi.

12. Dan anak pun membesar dalam keluarga tidak ada emak atau tidak ada bapa. Tidak mengapa. Itu budaya sejagat.

13. Dulu ada pakaian Kebangsaan. Sekarang identiti bangsa tidak perlu dikaitkan dengan pakaian. Pakaian boleh mengikut apa sahaja, mengikut suka hati. Dan kadang-kadang pakaian tidak senonoh, mendedah aurat sesuka hati.

14. Kita harap orang yang beragama Islam dapat menolak kebebasan yang keterlaluan. Budaya kita hendaklah berpandu kepada ajaran Islam.

15. Tetapi sudah lihat anak muda berdemonstrasi dengan mendakwa tiada siapa yang boleh larang LGBT. Konon hanya Tuhan sahaja yang boleh larang.

16. Dari mana datang pendapat ini. Bilakah Tuhan membenar LGBT?

17. Demikianlah hasutan dari Barat.

18. Kita tidak boleh pandang ringan masalah keruntuhan akhlak.

19. Jangan fikir ia terjadi hanya di barat.

20. Tanda-tanda menunjuk ia sudah sampai ke sini.

1

3 R

1. Rakyat diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh.

2. Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuhrace atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan multiracial juga menyentuh race.

3. Kenapakah berbilang bangsa atau kaum(race) boleh disentuh tetapi satu bangsa (Melayu) tidak boleh disentuh.

4. Kemudian agama.

5. Kita tidak boleh bincang masalah agama.

6. Tetapi kita boleh bercakap berkenaan secularism.

7. Secularism bermakna tidak boleh ada agama rasmi. Ini bermakna kita bercakap berkenaan agama rasmi.

8. Kenapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh.

9. Akhir sekali soal institusi raja.

10. Raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Sebuah mahkamah diadakan untuk raja.

11. Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang tindakan boleh diambil.

12. Perundangan ini diadakan kerana kes tertentu.

13. Jikalau kes-kes yang sama berlaku atau kes yang lebih buruk berlaku, dan dakwaan tidak boleh dibuat maka raja akan jadi raja yang berkuasa mutlak.

14. Sebaliknya Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan.

15. Apakah kita sudah gugur sistem raja berperlembagaan kepada raja berkuasa mutlak.

16. Menghalang perbincangan berkenaan tiga perkara ini menidakkan kebebasan bersuara.

17. Ia amat serius.

18. Jika ia hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

19. Jika ini tidak dilakukan, Kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara.

1

IMAGINE

  1. I went to the Government yEnglish School in Alor Setar way back in the 1930s. My classmates were of different races. There were Malays, Chinese, Indians, Eurasians and Sikhs.
  2. I developed friendship with them. One in particular was a close friend. He was a Chinese.
  3. He was the son of the Kedah State Treasurer, Mr Lee Ewe Boon at that time. The State Treasurer not only spoke Malay but he could write and read the Jawi script.
  4. In those days most Chinese spoke Malay as their mother tongue.
  5. Their way of life also changed. Their women wore sarong and kebaya labuh. They no longer had small feet. The men no longer had pigtails (tocang). They were called Babas and Nyonyas.
  6. When the British colonised Singapore and Penang there was an influx of Indians and Chinese migrants. They outnumbered the Babas and Nyonyas. They did not see any need to adopt the Baba/Nyonya culture.
  7. They remained very Chinese, speaking Chinese dialects, staying largely within their own communities. They went into business aggressively and they prospered.
  8. Their politics were about China. They supported the movement to overthrow the Manchu dynasty in China by Sun Yat-sen. They raised lots of money for this struggle. Unfortunately they also persuaded the Babas and Nyonyas to become Chinese again, to speak Chinese.
  9. Imagine what Malaysia would look like if all the people of Chinese descent speak Malay as their home language and retain some of the culture of the Babas and Nyonyas of old. And they all go to national schools.
  10. Like in Indonesia, Thailand, the Philippines, the United of States and Australia they would be identified solely with their adopted country.
  11. They would be Indonesians, Thais, Filipinos, Americans and Australians. They are not identified as Indonesian Chinese, Filipino Chinese, Thai Chinese, American Chinese or Australian Chinese.
  12. They would go to national schools and mix with Malays and Bumiputeras.
  13. No racial politics.

TENGKU ZAFRUL YANG OVER-EXCITED

1. Tengku Zafrul kelihatan agak over-excited dengan laporan yang tidak tepat yang mengatakan bahawa saya bertemu pelabur yang ingin melabur sehingga RM500 billion.

2. Laporan itu telah diperbetulkan sendiri oleh penerbit akhbar tersebut tanpa permintaan dari saya, dan kenyataan saya yang sebenar ialah pelaburan yang saya nyatakan adalah sebanyak RM500 million telah dimuat naikmengganti laporan asal.

3. Agaknya sebelum sempat akhbar itu lakukan pembetulan, Tengku Zafrul tanpa berlengah telah memuat naik di video di media sosialnya dengan memberi perincian bahawa RM309 billion ialah pelaburan tertinggi setahun yang pernah didapati oleh Malaysia, dan di zaman saya jadi PM pun tak pernah dapat pelaburan mencecah RM500 billion.

4. Jika sifat over-excited Tengku Zafrul terhadap laporan yang tidak tepat itu terdapat juga di dalam dirinya ketika mencari dan mendapatkan pelabur ke Malaysia, saya yakin keadaan ekonomi Negara yang kelam dan muram ini dapat di atasi.

5. Kalau setakat buat pengumuman ada pelbagai cadangan dan tandatangan puluhan MOU berkait pelaburan tanpa keputusan yang muktamad tidak akan membangun ekonomi Negara.

6. Saya ingin meminta Tengku Zafrul perincikan pelaburan yang telah masuk dan dimuktamadkan di Malaysia sejak dia jadi Menteri di bawah pentadbiran ini.

7. Ada orang yang tanya jika saya kenal siapa Tengku Zafrul. Saya bagi tau tak begitu kenal secara peribadi tetapi saya dengar cerita pasal dia termasuk dia menyanyi dalam kugiran sebelum pilihanraya ke-14 sokong kerajaan kleptokrasi.

8. Selepas saya jadi PM ada pegawai saya minta supaya jangan ambil tindakan terhadap Tengku Zafrul walaupun ada usaha untuk buang dari CIMB. Saya kata Kerajaan pimpinan saya tidak akan aniaya sesiapa kecuali jika dapat bukti kesalahan.

9. Dia dilantik Tan Sri Muhyiddin jadi Menteri Kewangan dan dia dikecam Datuk Seri Anwar sebagai Menteri yang jaga bank dan bukan jaga rakyat.

10. Walau kalah dalam pilihanraya umum ke-15 atas tiket UMNO, Datuk Seri Anwar, yang sebelum itu kecam Tengku Zafrul lantik dia jadi Menteri sekali lagi. Kalau ikut Datuk Seri Anwar, Tengku Zafrul ni memang tak layak jadi Menteri.

11. Tapi dia tetap jadi Menteri. Mungkin ada something special yang kita tak  nampak lagi.

A SHOPPING COMPLEX

A SHOPPING COMPLEX

1. I visited one of the newest shopping complexes in Kuala Lumpur.

2. I was impressed.

3. It is not a shopping complex. 

4. It is a town, a fully air-conditioned town protected from the sun and rain.

5. There are streets lined with brand named shops, with products displayed beautifully.

6. There are restaurants and supermarkets.

7. Outside more streets, paved, lined by beautifully designed shops.

8. Then there are high rise condos.

9. It is a fantastic development and must have cost billions.

10. I toured the shopping area on a buggy. Too long to walk.

11. I am sure the project belong to Malaysian Chinese. 

12. It is more grand than the shopping complexes in London, Tokyo or Seoul, Korea.

13. I feel proud.

14. Really the Malaysian Chinese have good ideas and the money to realisethese ideas.

15. Much of development in this country are by the Malaysian Chinese.

16. The Malays cannot do it.

17. They don’t have the money or the ideas.

18. Their shops are the stalls on the roadside, ramshackle affairs, with blue plastic roofs.

19. Yes, there are Malays who have made good, but there are so few of them.

20. The Malays accepted that the Chinese dominate the economy.

21. They are very good in business.

22. The Malays cannot compete against them.

23. But in the past the Malays dominate the political arena and the administration.

24. So there was a balance.

25. But not now. Now the Chinese are also politically powerful.

26. And they intend to be even more powerful.

27. If they dominate the political arena also, what is there left for the Malays.

28. Is it wrong for the Malays to try to regain a little of their former political dominance.

29. Yes, they are striving for Malay unity.

30. It is not against the Chinese.

31. For over 60 years the Malays dominated the Government.

32. But it was during that time that the Chinese of Malaysia greatly prospered.

33. If the Malays regains the political power, the Chinese would still be neededto prosper the nation.

34. The country would still be a Malay country. It had always been a Malay country.

35. The population may be multiracial.

36. But it does not mean that this country has ceased to be a Malay country.

37. In other countries where migrants settle, they become assimilated.

38. The Malays made a concession to accommodate Chinese and Indians migrants.

39. They need not be assimilated upon gaining citizenship.

40. But that does not mean that the identity of this country must change.

41. By all means make money in Malaysia.

42. Build your super shopping towns.

43. But do not deprive the Malays of their country and their history.

44. Allow the Malays to have their share.

NEGARA MELAYU

1. Kata Ramkarpal Singh dakwaan saya bahawa mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang bangsa tidak menepati Perlembagaan adalah salah.

2. Dari segi kebebasan bersuara demokratik memang tidak salah.

3. Tetapi Perlembagaan Malaysia tidak mendakwa bahawa Malaysia adalah negara multiracial.

4. Dengan bahasa Kebangsaan, adat istiadat, dan dengan beraja Melayu, Perlembagaan mengesahkan bahawa negara ini adalah negara Melayu.

5. Dengan menerima warganegara dari bangsa lain tidak menjadikan Malaysia negara berbilang kaum.

6. Lihat keadaan di UK, US dan Australia, walaupun ramai bangsa lain menjadi warganegara tetapi negara-negara ini tidak menjadi negara berbilang bangsa. Mereka masih kekal sebagai UK, US dan Australia. Bangsa mereka masih British, American atau Australian – bukan British Indian, German American atau Malayan Australian.

7. Pemberian perlindungan undang-undang kepada orang asing yang diberi kerakyatan adalah perkara biasa. Ia tidak jadi negara sebagai negara berbilang bangsa.

8. Perlembagaan adalah undang-undang pengasas yang perlu dihormati.

9. Tetapi Perlembagaan boleh dipinda jika 2/3 dari ahli Dewan Parlimen bersetuju. Jika persetujuan dicapai Malaysia boleh ditukar menjadi negara berbilang kaum.

10. Maka ianya berasal dari negara Melayu akan hilang.

11. Kalau orang Melayu hendak hapuskan keMelayuan negara ini, sokong sahajalah tafsiran negara ini negara berbilang kaum.

POLITIK SYED SADDIQ

1. Sementara Sultan Kedah pun memperingati kita supaya jangan lupa sejarah, Syed Saddiq suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita.

2. Dengan itu dengan definasi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu.

3. Itulah kesan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara multiracial.

4. Syed Saddiq okay.

5. Melayu lain tidak okay.

APA DIANYA MULTIRACIALISM, NEGARA BERBAGAI KAUM

1. Tidak pernah terjadi pendatang asing atau keturunan mereka yang diberi suaka disesuatu negara menuntut supaya negara yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara kaum pendatang, iaitu negara berbilang kaum.

2. Itulah maksud Malaysian Malaysia. Negara Melayu hendaklah ditukar menjadi negara berbilang kaum Malaysian Malaysia. Tanah Melayu dihapuskan dan diganti dengan negara berbilang kaum Malaysian Malaysia.

3. Percubaan ini diperkenal kali pertama oleh Malayan Union British. Ia ditolak. Tetapi parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew mencadang Malaysian Malaysia juga dengan tujuan yang sama. Ia ditolak dalam PRU 1964.

4. Sekarang DAP dengan disokong oleh Parti Keadilan dan Amanah sekali lagi memperkenal matlamat yang sama iaitu Malaysia bukan negara yang asalnya tanah Melayu tetapi Malaysia adalah negara berbilang bangsa.

5. Dalam negara berbilang kaum tidak ada taraf yang berlainan antara orang Melayu sebagai indigenous (pemastautin asal) dengan pendatang asing dan keturunan mereka. Dengan ini semua kaum mempunyai taraf sama.

6. Sejak sebelum merdeka jentera pentadbiran, polis dan tentera dipimpin dan dipenuhi dengan orang Melayu.

7. Sebagai negara berbilang bangsa pentadbiran kerajaan, polis dan tentera tentulah dipimpin dan dipenuhi dengan berbagai kaum.

8. Dimasa yang sama bidang ekonomi (perniagaan dan perusahaan) akan kekal sebagai bidang yang orang Melayu tidak mendapat tempat.

9. Terpulanglah kepada orang Melayu memikir samada keadaan dalam negara berbilang kaum ini menguntung orang Melayu atau tidak.

10. Pihak Proklamasi Orang Melayu bukanlah berhajat untuk rampas hak dan milik orang lain. Pihak Proklamasi hanya ingin mendapat keadilan – iaitu pengiktirafan Semenanjung ini sebagai Tanah Melayu, menerima pendatang dan keturunan mereka sebagai bangsa yang diserap seperti orang keturunan Arab, India, Pakistan, Indonesia dan lain-lain diserap menjadi bangsa Melayu. Menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

11. Bagi pendatang dan keturunan mereka yang ingin kekal identiti mereka dengan negara asal mereka layanan terhadap mereka tentulah berbeza dengan layanan terhadap penduduk asal serta mereka yang menerima penuh bahasa dan budaya kebangsaan.

12. Perlembagaan Malaysia menyetujui bahawa agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Agama-agama lain boleh dianuti oleh pengikut agama asal mereka.

13. Tetapi desakan dibuat supaya Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam. Malaysia hendaklah dijadikan negara sekular iaitu negara yang tidak ada agama rasmi iaitu tidak Islam.

14. Semua ini akan berlaku semasa tanah orang Melayu terjual kepada kaum lain. Rata-rata orang Melayu miskin. Mereka menjual tanah milik mereka kepada orang yang kaya yang hampir semua terdiri dari keturunan kaum pendatang.

15. Dimasa yang sama semua estet besar milik penjajah sudah dibeli oleh orang yang kaya. Estet yang dimiliki oleh Kerajaan dari lain-lain tanah Kerajaan juga dijual kepada pihak yang kaya yang hampir kesemuanya bukan Melayu.    

16. Akhirnya pemerintah Malaysia juga tidak dapat dipengaruhi oleh orang Melayu. Kita sedang lihat didalam wilayah yang sudah tidak lagi dikuasai oleh orang Melayu nasib orang Melayu amatlah buruk. Biasiswa untuk pelajaran tinggi hampir tidak ada bagi orang Melayu. Bahasa Melayu, walaupun diiktiraf sebagai bahasa rasmi tidak diguna sama sekali. Sebahagian anak Melayu pun tidak lagi faham Bahasa Melayu.

17. Ramai dari orang Melayu yang melihat negara berbilang kaum sebagai agihan sama rata antara semua kaum dalam bidang politik sahaja. Mereka tidak terfikir berkenaan perubahan-perubahan lain.

18. Rencana ini bukan bertujuan menakutkan orang Melayu terhadap desakan supaya Malaysia menjadi negara berbilang bangsa.

19. Kita sudah lihat dan boleh teliti apa yang sudah jadi kepada wilayah tanah Melayu yang sekarang dimiliki oleh bukan Melayu.

20. Lihat dan ambil iktibar.

21. Mereka yang tidak hendak lihat akan jadi mangsa yang sudah pupus.

22. Kata Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia.

23. Tetapi Melayu sudah hilang banyak wilayah. Aliran sekarang menunjuk Melayu tidak akan kekal sebagai satu bangsa.

24. Melayu akan hilang negara mereka dan akan hilang di dunia.