1. Saya baru-baru ini telah tulis sedikit
dibawah tajuk “Hukum Allah” berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum
Allah samada benar ia adalah hukum Allah. Saya dikecam hebat oleh orang yang
mungkin lebih terpelajar dalam agama. Nampaknya agama Islam di Malaysia ini
tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.
2. Saya berdebar hati apabila membaca yang
Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis ditangkap dan dibawa ke balai
polis. Dia dilepas dengan ikat jamin polis.
3. Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih
anggota Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan tangkapan ini. Ternampak
seolah-olah Dr Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila
ditangkap. Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja
tanpa bantahan yang keras.