1. Pada
12 Ogos 2009 Hakim Suraya binti Othman telah dapati Tan Sri Kasitah Gaddam
tidak bersalah atas tuduhan dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan (penipuan) oleh
Pendakwa Raya. Dia (Kasitah) tidak dipanggil untuk membela diri.
2. Dengan itu tamatlah keseksaan dan kesengsaraan bekas Menteri Persekutuan
ini. Selama lima tahun lebih tuduhan ini menghantui kehidupannya.
3. Tuduhan terhadap Kasitah bermula semasa dia menjadi Menteri di dalam Kabinet
saya. Oleh kerana jawatannya yang tinggi saya dimaklumkan akan tuduhan
terhadapnya. Saya tidak begitu yakin yang dianya bersalah.