Deprecated: Creation of dynamic property GD_SEV_Plugin::$__FILE__ is deprecated in /var/www/wp-content/plugins/search-engine-visibility/classes/plugin.php on line 19 Che Det | thechedet.com
Skip to content
1. Saya teringat satu cerita dongeng yang terdapat dalam masyarakat kita. Ceritanya begini:
“Seorang pencuri yang sedang berlari dengan ayam yang dicuri menjerit “Pencuri-pencuri”. Dan orang pun pandang ke arah yang ditunjuk oleh pencuri berkenaan. Sementara itu pencuri pun hilang dengan ayamnya.”
1. There is a report in the media that the Malaysian Government had signed a new defence cooperation agreement with the United States of America. This was done four days after the Agreement on Reciprocal Trade was signed.
2. So far the Government has not made public the full MoU (the memorandum of understanding).
3. This is a serious matter. The Government must not hide this MoU as it undermines Malaysian policy of being friendly with all countries, and ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality).
4. Hiding such an agreement may have serious legal implication.
1. Mula-mula Tengku Zafrul cabar saya untuk bukti bahawa syarikat Amerika ambil alih status Bumiputera akibat dari perjanjian timbal balik Anwar dengan Trump (ART – Agreement on Reciprocal Trade).
2. Maka saya kongsi dengan dia Klausa 6.2 (1) ART yang kandungannya jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak boleh beri bantuan bukan komersial atau subsidi kepada GLC, tidak boleh diskriminasi produk Amerika.
3. Dalam bahasa mudah, tidak ada keistimewaan kepada mana-mana GLC atau syarikat tempatan bila berurusan dengan Amerika. Ini maknanya dasar-dasar yang memberi kuota atau kepentingan kepada syarikat Bumiputera tidak boleh lagi dilaksanakan.
4. Setelah saya beri secara terperinci mengenai Klausa 6.2 (1) bagaimana perjanjian itu akan ketepikan kepentingan Bumiputera, Zafrul keluar satu lagi video dan kata saya salah dan tidak baca habis.
5. Dia kemuka bahawa di bahagian akhir Klausa 6.2 (1) ada menyatakan bahawa “Malaysia shall refrain from providing non-commercial assistance or otherwise subsidising its good-producing SOEs (kita baca sebagai GLCs) except for the achievement of their public service obligations. Malaysia shall ensure a level playing field for US companies in Malaysia’s market with respect to SOEs of third countries.
6. Zafrul menggunakan “except for the achievement of their public service obligations (kecuali untuk memenuhi kewajipan kepentingan awam mereka)” sebagai peruntukan yang akan membenar kita meneruskan dasar-dasar kepentingan Bumiputera.
7. Pertamanya, apabila Zafrul perlu merujuk kepada pengecualian ini, ia bermakna bahawa kenyataan saya bahawa Klausa 6.2 (1) kepentingan Bumiputera tidak dibenar oleh perjanjian ini jelas betul.
8. Keduanya, apakah yang dimaksud dengan public service obligations? Adakah ini termasuk kepentingan Bumiputera dan kebenaran kepada syarikat tempatan mendapat kelebihan ke atas syarikat-syarikat Amerika dan diskriminasi yang disebut terdahulu tidak terpakai?
9. Dan Zafrul tidak pula nyatakan siapakah yang akan tentukan apakah yang didefinisi sebagai public service obligations? Sudah tentu bukannya Malaysia sahaja tetapi Amerika juga.
10. Jika kita lihat keseluruhan ART, ia jelas segala peruntukan dan tuntutan adalah untuk kepentingan Amerika. Zafrul turut mengakui bahawa kita terpaksa menandatangani ART.
11. Tiba-tiba Zafrul nak yakinkan kita bahawa kita tak akan tunduk kepada apa yang Amerika tetapkan dan dia juga mendakwa bahawa dia sudah tetapkan red lines (syarat yang tidak boleh dilanggar) dengan Amerika bila berkaitan dengan kepentingan Bumiputera.
12. Setahu saya di dalam membuat perjanjian ART tersebut yang ada melukis red lines ialah Trump seperti yang dinyatakan oleh Kagan, Duta Amerika ke Malaysia yang sehingga kini tidak dinafi atau dibangkang oleh Zafrul atau Anwar.
13. Saya rasa cukuplah Zafrul pertahankan kepentingan Amerika dan mulakan usaha untuk membatal perjanjian yang menggadai kedaulatan Negara.
14. Jangan terlampau bongkak sehingga tak mahu mengaku telah silap bersetuju dengan perjanjian ART. Ini bukan saya seorang yang kata. Ramai yang lebih bijak dan pakar kata semacam.
1. Apakah bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu? Bahayanya ialah kehilangan negara mereka. Bagaimana ini boleh berlaku?
2. Ia boleh berlaku kerana separuh dari Semenanjung sudah pun terlepas dari pemilikan orang Melayu. Kita tahu semua kawasan bandar sudah tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu. Calon Melayu tidak boleh bertanding di kawasan bandar.
3. Sekarang bandar-bandar membesar, tiga atau empat kali ganda. Dan kawasan pinggir bandar yang sudah jadi sebahagian dari bandar juga tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu. Mereka sudah jual tanah mereka.
4. Hampir semua dari ladang besar milik penjajah dahulu juga terlepas dari pemilikan Melayu. Demikian juga dengan kawasan perumahan mewah, kawasan industri, kawasan theme park, ladang-ladang pertanian dan lombong. Semuanya tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu. Hampir keseluruhan Pulau Pinang tidak lagi dimiliki oleh orang Melayu.
5. Dengan kehilangan tanah milik orang Melayu, kawasan-kawasan pilihan raya Melayu juga akan berkurangan. Ini diburukkan lagi apabila orang Melayu enggan mengundi.
6. Di masa yang sama orang Melayu berpecah sehingga tidak ada parti Melayu yang mungkin menang cukup bilang untuk diri Kerajaan.
7. Sebaliknya jika orang Melayu bersatu dan meletak hanya satu calon sahaja bagi tiap kawasan, besar kemungkinan calon itu akan menang. Sudah tentu jika semua pengundi keluar undi kemenangan lebih terjamin.
8. Penyelesaian masalah yang dihadapi oleh orang Melayu memang ada. Caranya ialah dengan orang Melayu bersatu. Ketepikan parti atau NGO. Semua berada di bawah satu payung besar sebagai orang Melayu. Perjuangan mereka ialah untuk selamatkan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Melayu.
9. Mampukah orang Melayu menyelamat orang Melayu dan negara mereka. Rata-rata didapati orang Melayu miskin. Kemiskinan menjadi orang Melayu lemah.
10. Tetapi orang Melayu berjaya menabung. Permodalan Nasional Berhad (PNB) dimiliki oleh orang Melayu dan tabung PNB berjumlah berbillion Ringgit. Demikian PNB dapat mendiri bangunan 118 tingkat yang menelan belanja berbillion Ringgit.
11. Jika orang Melayu berjaya mendiri Kerajaan, dana-dana yang dikuasai oleh Kerajaan boleh juga bantu mengatasi kemiskinan orang Melayu. Umpamanya Bank Negara memiliki reserve sebanyak USD120 billion. Ini sama dengan RM400 billion.
12. KWSP mengumpul hampir satu trillion Ringgit. KWAP juga mempunyai berbillion Ringgit. Tabung Haji juga memiliki berbillion Ringgit.
13. Untuk elak dari Tanah Melayu dijual, dasar boleh diperkenal bahawa penjualan tanah dibeku melainkan jika pembeli ialah dana-dana yang disebut di atas.
14. Walaupun tanah tidak boleh dijual, tetapi ia boleh disewa atau lease. Dengan itu projek-projek boleh diteruskan. Nilai tanah akan meningkat apabila dibangun. Pemilik tanah akan dapat hasil dari kenaikan nilai ini.
15. Walaupun tindakan-tindakan ini boleh selamatkan pemilikan tanah oleh orang Melayu, tetapi penyelesaian masalah tidak dapat di atasi. Akhirnya masalah kemiskinan orang Melayu perlu diatasi. Kemiskinan boleh diatasi hanya dengan orang Melayu mengambil bahagian dalam perniagaan dan perusahaan. Untuk ini sikap dan sifat yang ada pada orang Melayu perlu diubah.
16. Sebenarnya Malaysia kaya dengan berbagai punca kekayaan. Tanah umpamanya adalah asset yang boleh perkayakan orang Melayu. Demikian juga sungai dan laut. Iklim Malaysia juga sesuai dengan aneka jenis perniagaan dan perusahaan.
17. Tetapi tidak banyak dari aset-aset ini dieksploitasi oleh orang Melayu. Sebaliknya mereka rela supaya aset ini dieksplotasi oleh orang asing.
18. Jika orang Melayu berhasrat untuk kurangkan kemiskinan, cara yang terbaik ialah dengan mereka berusaha eksploitasi aset mereka sendiri ataupun mengambil bahagian dalamnya.
19. Nilai hidup pegangan orang Melayu juga perlu dibetulkan. Kegemaran terhadap cara-cara yang mudah menyebabkan orang Melayu pilih kerja bergaji dan tidak perniagaan. Nilai hidup ini perlu dialih supaya sanggup hadapi yang tidak mudah dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan.
1. Sejak konsep PAYUNG BESAR dicadang ramai orang Melayu menerimanya sebagai cara menyatupadu mereka.
2. Pemimpin-pemimpin pun sokong. Dan mereka pun mengadakan Payung Besar. Sekarang sudah ada empat lima payung besar yang bertujuan menyatukan orang Melayu.
3. Dan kempen pun diadakan untuk menarik sokongan orang kepada payung besar-payung besar ini.
4. Rakyat boleh pilih. Maka terbahagilah rakyat di antara payung besar -payung besar ini. Semua payung-payung ini tidak dapat dipenuhi. Banyak kekosongan berlaku.
4. Hasilnya ialah perpecahan orang Melayu. Sama seperti orang Melayu berpecah kerana parti politik yang banyak. Dengan adanya beberapa payung besar maka bukan perpaduan yang berlaku. Tetapi perpecahan.
5. Ada sesuatu yang tidak betul dengan penerimaan cadangan payung besar. Sama-samalah kita bangsa Melayu berfikir.
1. Kamu sudah khianati perjuangan ibu bapa dan datuk nenek kamu untuk kemerdekaan tanah Melayu.
2. Hari ini kamu sokong tindakan menghapuskan kemerdekaan yang mereka perjuang dahulu apabila mempersetujui perjanjian meletak negara tercinta ini dibawah kuasa Amerika Syarikat.
3. Kamu utamakan kepentingan diri kamu dan gadai tanah air. Anak cucu kamu akan kutuk perbuatan kamu.
4. Tak perlu kamu pertahan perjanjian ini. Selain dari bersetuju membeli hampir 1 trillion Ringgit barangan Amerika, kamu bersetuju menyokong dasar dan tindakan Amerika, kamu juga setuju merujuk kepada A.S. segala tindakan dan dasar hubungan Malaysia dengan negara lain supaya tidak bertentangan dasar dan tindakan A.S. Keberanian Malaysia sudah tidak ada lagi. Segala-galanya ditentu oleh A.S.
5. UMNO sudah jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu. UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
6. Bagi ahli dan wakil rakyat UMNO, perjuangan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri.
7. Pengkhianatan kamu akan tercatat dalam sejarah negara.