All posts by Che Det

PILIHAN ANDA



1. Dalam PRU15 pengundi Melayu dihadapi dengan pemilihan antara dua parti Melayu.

2. Parti pertama ialah UMNO yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan jenayah-jenayah seperti mencuri, menyalahguna kuasa, rasuah dan menghalal duit haram.

3. Mereka harap mendapat kemenangan besar supaya tuduhan-tuduhan terhadap mereka dan hukuman penjara ke atas mereka dapat diampun atau dibatal.

4. Jika mereka menang negara tercinta ini akan diperintah oleh penjenayah yang terkenal dengan sifat buruk mereka dan kehancuran negara oleh mereka.


5. Pilihan satu lagi bagi pengundi Melayu ialah mengundi parti Melayu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding sebagai Parti Pejuang kerana belum didaftar.

6. Parti Pejuang dipimpin oleh pemimpin Melayu yang bersih dari segala jenayah dan berjuang untuk menjaga nasib orang Melayu yang rata-rata miskin dan terpaksa jual tanah.

7. Pejuang dan GTA mempunyai rancangan untuk pulih semula negara dengan memegang kepada undang-undang. Ramai pemimpin Pejuang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan pembangunan negara.

8. Pejuang berharap pengundi Melayu khususnya dan bukan Melayu akan pilih Kerajaan pimpinan Pejuang/GTA supaya semua pihak akan menikmati pentadbiran negara yang baik dan pembangunan.

9. Ingatlah, apabila sahaja Najib dan UMNO menjatuhkan Kerajaan PH melalui pintu belakang, politik dalam negara menjadi tidak stabil, Kerajaan mudah dijatuhkan dan rakyat menderita kerana keruntuhan ekonomi, kenaikkan harga makanan dan barangan, rasuah berleluasa dan pentadbiran yang lemah.

10. PRU 15 memberi peluang kepada rakyat menukar Kerajaan kleptokrasi dan mengembali pemerintahan yang bersih, cekap dan beramanah melalui Kerajaan Pejuang/Gerakan Tanah Air.

APAKAH PERJUANGAN UMNO SEKARANG



1. UMNO ditubuh untuk menyelamatkan bangsa (Melayu) negara (Malaya dan Malaysia) dan agama (Agama Islam).
2. Pada mulanya UMNO tetap pegang kepada tugas penubuhannya. Dan UMNO berjaya sehingga ia menjadi tunggak kepada Kerajaan Malaysia selama 61 tahun berturut-turut.
3. Pada 2018 UMNO dikalahkan. Ia kalah kerana tidak lagi pegang kepada tanggungjawabnya, iaitu menyelamat bangsa dari bahaya kehilangan negara dan bangsa. Tumpuan perjuangan UMNO hanyalah untuk mengekalkan Presidennya, iaitu Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Apa terjadi kepada bangsa dan negara tidak lagi menjadi matlamat UMNO.
4. Sekarang UMNO masih bercita-cita untuk bertanding dalam PRU 15 dan menjadi Kerajaan Malaysia semula.
5. Tetapi Kerajaan yang UMNO akan dirikan sebenarnya lebih utamakan pembebasan banduan Najib Razak, bekas Presidennya dari di penjara.
6. Apa yang terjadi kepada bangsa, negara dan agama bukan lagi keutamaan bagi parti UMNO. Biarlah negara hancur, tidak dipulih, menanggung beban hutang berbillion, tidak stabil, lemah, dipandang hina oleh dunia – semua ini tidak penting seperti pembebasan bagi banduan Najib.
7. Apa juga cara, sama ada halal atau tidak, diguna oleh UMNO untuk membebas Najib dari hukuman terhadapnya.
8. Hari ini usaha gigih oleh UMNO ialah untuk mendapat keampunan bagi Najib. Sudah tentu ini jugalah hasrat UMNO untuk memenangi PRU 15 dan mendiri Kerajaan.
9. Kita sedang lihat pemimpin UMNO dan ahli juga mendesak supaya PRU 15 diadakan segera.
10. Sebabnya PRU hendak diadakan awal ialah kerana semakin lama semakin sedarlah rakyat akan kesalahan Najib dan pemimpin lain dalam UMNO. Dengan kesedaran ini sokongan kepada UMNO akan merosot.
11. Percubaan akan dibuat untuk sogok wang kepada bahagian-bahagian, cawangan-cawangan dan pengundi. Lebih lambat PRU diadakan lebih bermasalah kerja sogokan.
12. Rakyat perlu fikir dengan mendalam. PRU 15 ini mungkin menjadi peluang terakhir untuk pulih negara.
13. Jika peluang ini terlepas dan UMNO menang dan diri Kerajaan, kuasa Kerajaan akan digunakan oleh Kerajaan UMNO supaya parti lawan tidak mungkin menang.

KE ARAH POLITIK YANG STABIL



Yang Berbahagia Pengundi,
1. Kamu ingin politik yang stabil
2. Apakah UMNO boleh menghasil kestabilan politik negara?
3. Apabila UMNO kalah dalam PRU 14, Najib cadang Kerajaan Melayu Islam.
4. Maka buat kali pertama Kerajaan pilihan rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang tebuk atap.
5. Kerajaan ini tak dapat selamatkan Najib dari dihukum.
6. Kerajaan pintu belakang PN diganti dengan Kerajaan pintu belakang lain.
7. Kerajaan ini gagal menyelamat Najib.
8. Maka Parlimen dibubar PRU 15 diisytihar walaupun banjir.
9. Kestabilan negara tergugat.
10. Tujuan UMNO bertanding dalam PRU 15 ialah untuk selamatkan Najib dari penjara, dari hukuman dan tuduhan yang sekarang dihadapi olehnya.
11. Tujuan juga untuk selamatkan Zahid dari perbicaraan kes rasuahnya dan kes rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang lain.
12. Maka kestabilan negara tergugat lagi.
13. Apa jadi kepada negara tidak penting. Keluhuran undang-undang dicabul, pemisahan kuasa antara legislative, executive dan kehakiman diketepikan, pegawai tinggi dibuang dan diganti dengan pegawai seperti Apandi yang mendakwa Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan.
14. Itulah latar belakang UMNO Najib/Zahid. Negara menjadi lebih tidak stabil kerana lompat-melompat, masuk pintu belakang, tebuk atap.
15. Ketidakstabilan negara disebabkan tindakan UMNO apabila kalah.
16. Gerakan Tanah Air adalah Gerakan rakyat yang tolak rasuah, ingin Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.
17. Tetapi GTA tidak terlibat dengan jenayah.
18. Pemimpin GTA berpengalaman dalam pentadbiran dan pembangunan negara.
19. Malang GTA belum didaftar.
20. Sebab itu GTA bertanding di bawah nama dan simbol Parti Pejuang Tanah Air.
21. Undilah 120 calon pejuang.
22. Beri Pejuang cukup kekuatan untuk menentukan kestabilan politik negara.
23. Beri Pejuang kekuatan untuk memulih keadaan negara tercinta.
24. Pejuang boleh.
25. Rakyat yang ingin politik yang stabil, ekonomi yang kukuh dan kesejahteraan rakyat hanya akan mengembalikan semua ini dengan memilih calon Pejuang dalam PRU 15.



KERAJAAN MELAYU ISLAM NAJIB



1. Apabila Najib kalah dalam PRU 14, ia dengan serta merta mencadang kerjasama dengan musuhnya PAS untuk diri kononnya Kerajaan Melayu Islam.

2. Sebabnya ialah kerana Kerajaan PH tidak punyai dominasi Melayu Islam. Dengan itu ramai Melayu dalam PH dapat dihasut supaya tinggal PH.

3. Dan berlakulah lompatan wakil rakyat Melayu dalam PH keluar dari pakatan itu.

4. Di masa yang sama Azmin Ali yang bermusuh dengan Anwar membawa keluar beberapa wakil rakyat dari Parti Keadilan, anggota dalam PH.

5. Maka jatuhlah PH.

6. Dan Kerajaan pintu belakang tebuk atap gabungan, serpihan Bersatu dan Keadilan dan UMNO mengambil alih Kerajaan.

7. Dalam Kerajaan ini sokongan bukan Melayu Islam diperlukan. Maka Kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin bukanlah Kerajaan Melayu Islam. Bersatu sendiri bertukar dari menjadi parti Melayu kepada parti berbilang kaum.

8. Kerajaan pimpinan Muhyiddin lemah dan mudah dijatuhkan. Najib tarik keluar lima belas wakil rakyat UMNO, maka jatuhlah Muhyiddin.

9. Dan Ismail Sabri dari UMNO mengambil alih. Walaupun BN yang kalah, kembali sebagai Kerajaan, tetapi Najib tidak dapat diselamatkan.

10. Maka PRU diperlukan supaya dengan sogokan wang yang masih ada pada UMNO, parti itu akan menang besar.

11. Lepas itu pemimpin-pemimpin UMNO yang menghadapi kemungkinan di penjara akan selamat.

12. Inilah perjuangan UMNO dalam PRU 15 seperti yang diakui oleh Zahid Hamidi; Presiden UMNO.

13. Apa jadi kepada rakyat dan negara bukan perjuangan UMNO dan BN.

POLITICAL STABILITY


Dear Voters,

1. You want political stability
2. You want economic growth
3. You want security
4. Then don’t vote for “cash is king”, kleptocrat UMNO
5. Remember when UMNO lost in PRU 14
6. Najib proposed a Malay Muslim Government with PAS.
7. Through the backdoor PH was overthrown.
8. And Malaysia became politically unstable, 3 PM in three years.
9. All at mercy of UMNO
10. Ridiculous for UMNO to claim it can bring about stability.
11. Its Government will promote “cash is king” corruption, save its leader from being tried and jailed for corruption and other crimes, destroy Malaysian finances and economy.
12. To have stability reject UMNO
13. Chose GTA (Gerakan Tanah Air) led by clean, experienced leaders, capable of restoring the Malaysian Tiger.
14. We will contest as Pejuang Tanah Air because the Government has not registered GTA.
15. We have ideas on how to rehabilitate the country.
16. Our struggle is for the people and the country.
17. We are not for personal gain.
18. We are contesting in 120 seats plus, enough to form a strong Government.
19. Only a strong Government can stabilise and develop the country.
20. So vote for stability
21. Vote for Pejuang.

KERAJAAN STABIL



1. Kerajaan menjadi tidak stabil apabila Kerajaan PH dijatuhkan melalui pintu belakang.

2. Kerajaan PN pintu belakang yang pada mulanya tidak cukup bilang, hanya dapat kelebihan 2-3 kerusi sahaja setelah beberapa ahli Parlimen melompat?

3. Apabila Muhyiddin gagal menyelamat Najib, Kerajaannya dijatuhkan dan diganti dengan Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dari UMNO.

4. Tetapi Kerajaan ini juga lemah dan tidak dapat selamatkan Najib.

5. Untuk selamatkan Najib, Zahid dan lain-lain pemimpin UMNO, kemenangan besar diperlukan bagi UMNO dalam PRU 15.

6. Inilah perjuangan UMNO yang sebenar. Bukan untuk menstabilkan politik negara, tetapi untuk selamatkan diri pemimpin UMNO dari dihadap ke mahkamah dan di penjara.

7. Nasib rakyat, nasib negara, ekonomi dan lain-lain tidak penting.

8. Kita tahu pemimpin UMNO sekarang ialah pemimpin yang merosak UMNO membebankan negara dengan hutang bertimbun-timbun, memenuhi jentera pentadbiran dengan pegawai yang tidak beramanah seperti Apandi dan memperkenal belanjawan untuk beli sokongan dan tidak membenar perbahasan dalam dewan.

9. Jika UMNO menang bukan kestabilan politik yang akan dicapai tetapi pemerintahan yang tidak menghormati undang-undang dan pemisahan kuasa antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

10. Maka akan rosak lagilah negara.

KESTABILAN POLITIK


1. Rakyat Malaysia faham bahawa kestabilan politik diperlukan untuk pemulihan negara.
2. Kestabilan politik hanya akan didapati jika PRU ini menghasilkan kemenangan cukup bilang, iaitu lebih dari 112 kerusi, untuk mendiri Kerajaan.
3. Jika tidak ada parti yang mempunyai cukup bilang dan terpaksa bergabung dengan parti lain, kestabilan tidak akan tercapai. Dan pemulihan negara tidak dapat dilakukan.
4. Ada empat buah parti yang meletak cukup calon untuk jadi Kerajaan jika 112 dari calon-calon ini menang.
5. Rakyat berpeluang untuk sokong mana-mana satu dari parti ini untuk jadi Kerajaan.
6. Parti-parti ini adalah seperti berikut:-
i. – Barisan Nasional (BN) yang sekarang bekerjasama dengan
Perikatan Nasional untuk mendiri Kerajaan.
– BN terkenal sebagai parti yang pemimpinannya mungkin di dapati bersalah dan dipenjara.
– Sebenarnya Presiden mereka dahulu sudah dipenjara dan sedang dibicara dalam mahkamah.
– Bolehkah rakyat pilih penjenayah untuk jadi Kerajaan Malaysia. Jika dipilih Kerajaan Malaysia akan dikenali sebagai kleptokrasi dan bukan demokrasi.
ii. – Rakan BN ialah Perikatan Nasional yang terpalit dengan jenayah BN.
– PN juga menjadi Kerajaan melalui “pintu belakang” tebuk atap.
– Jumlah calon PN mencukupi setelah disogok dengan jawatan Menteri.
– Dari segi moral BN + PN tidak layak menjadi Kerajaan yang baik. Mahiaddin sebagai PM tidak dapat bangunkan ekonomi dan kurangkan inflasi. Tidak ada satu apa pun yang dijayakan atau dilakukan untuk memaju negara oleh Mahiaddin.
– BN dengan sendirinya, atau PN dengan sendirinya tidak mungkin pulih negara setelah dirosakkan oleh BN pimpinan Najib.

iii. – PH menjadi begitu sombong apabila jadi Kerajaan. DAP bermusuh dengan big business dan cuba tamatkan kontrak besar mereka tanpa mengambil kira nasib puluhan ribu pekerja projek.
– Pelampau DAP menyerang saya sebagai PM kerana tidak suka tindakan saya yang tidak tunduk kepada DAP.
– Serangan ini diguna oleh Najib sebagai bukti yang saya berada di bawah telunjuk DAP.
– Yang diutamakan oleh DAP, Keadilan dan Amanah ialah Anwar menjadi Perdana Menteri. Nasib rakyat, pembangunan negara dan kedudukan agama Islam tidak diberi tempat dalam pemikiran Pakatan Harapan.
– Jika PH dipilih menjadi Kerajaan sikap sombong mereka dan kegilaan untuk merebut jawatan Perdana Menteri bagi Anwar akan menghalang usaha untuk menyelamat nasib rakyat dan kemajuan negara. Sudah tentu tidak akan ada tumpuan kepada pengamalan cara hidup Islam – Addeen.

iv. Yang tinggal ialah Gerakan Tanahair / Pejuang.
– Pemimpin dan calon GTA tidak terlibat dengan jenayah. Tidak ada keperluan untuk mereka mengejar kemenangan kerana hendak selamat diri mereka.
– Sebaliknya hasrat seluruh GTA ialah untuk mengembalikan kestabilan politik dalam negara supaya pemulihan dan pembangunan dapat dijayakan.
– Calon-calon GTA terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran, terlatih, berpelajaran dan bersemangat Kebangsaan yang tinggi. Walaupun tidak dibiayai dengan cukup mereka berkorban apa yang ada kepada mereka untuk berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
– Gerakan Tanahair/Pejuang 100% Gerakan orang Melayu ini bukan bermakna kita bermusuh dengan bukan Melayu.
– Sebenarnya musuh GTA ialah penjenayah Melayu.
– Dengan mendiri Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah nasib orang bukan Melayu akan terpelihara. Ingatlah sejak merdeka Kerajaan yang terbaik ialah Kerajaan yang dipimpin dan didominasi oleh orang Melayu yang baik.
– Kemajuan orang bukan Melayu adalah bukti Kerajaan Melayu yang baik tidak menghalang kemajuan bukan Melayu.
– Dari empat buah parti yang cuba rebut kuasa Kerajaan dalam PRU-15 hanya Gerakan Tanahair sahaja yang tidak dicemar dengan jenayah dan salah guna kuasa.
– Diharap pengundi beri cukup bilang (112) kepada GTA supaya kami dapat pulihkan negara serta berkhidmat kepada rakyat, negara dan agama.


KERAJAAN PERASUAH


1. Kita sedang mengada PRU -15 untuk pilih Kerajaan.
2. Sementara Kerajaan baru dipilih Kerajaan sedia ada diiktiraf sebagai Kerajaan sementara – interim Government.
3. Kerajaan sementara tidak dibenar buat tindakan besar kerana tidak ada Parlimen untuk sahkan tindakan.
4. Tetapi PM sementara memberi Bantuan Keluarga Malaysia lebih awal – sebelum mengundi pada 19hb November konon kerana musim tengkujuh.
5. RM 2.1 billion (2100 million) yang boleh bina lima buah hospital, atau 20 sekolah atau 300 kilo jalan akan diberi kepada rakyat percuma.
6. Ini adalah rasuah kerana diberi sebelum rakyat mengundi. Ini akan mempengaruhi pengundi untuk undi BN (UMNO) dalam PRU-15.
7. Perasuah seperti ini jika jadi Kerajaan akan curi duit rakyat untuk diri sendiri dan sedikit untuk rakyat.
8. Ingat, Najib didapati bersalah kerana memiliki 2.6 bilion Ringgit dalam akaunnya.
9. Tiga mahkamah dan Sembilan hakim tidak percaya duit ini dihadiah oleh Raja Arab. Tidak ada bukti akan pemberian ini.
10. Zahid pun akan menghadapi tuduhan yang sama. Jika ia jadi PM, besar kemungkinan lebih banyak duit akan berada dalam akaunnya dibank.
11. Akan ada yang berkata kalau Zahid atau Ismail Sabri bagi duit yang mereka curi, itu kesalahan mereka.
12. Kita yang terima duit dari mereka, kita tidak mencuri, tidak salah.
13. Okay-lah. Apa salahnya kalau kita pilih Zahid dan Ismail sebagai Kerajaan.
14. Kita tak curi.
15. Tentu kita tidak berdosa.
16. Tetapi akan rosak dan bankraplah negara.
17. Anak cucu kita akan kutuk kita.

SIFAT DAN SIKAP



1. Pada kebiasaannya orang Melayu setia kepada parti dalam politik.
2. Kalau sudah jadi ahli atau penyokong sesebuah parti, maka parti itulah yang akan disokong walau apa pun berlaku.
3. Demikian dahulu UMNO berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
4. Ahli dan penyokong UMNO menyertai UMNO kerana perjuangannya.
5. Hari ini UMNO beralih kepada “Cash is King” iaitu “Wang tunai itu Raja”.
6. Dan pemimpin pun curi duit, masuk akaun bank pemimpin, beri sedikit duit kepada ahli dan penyokong, salah guna kuasa, halalkan duit yang diperolehi secara haram, dihadap ke mahkamah, dibicara, didapati bersalah, dimasuk penjara, didenda bermillion kerana mencuri, merosakkan UMNO, rosak negara jadi negara Asia Tiger sebagai negara kleptokrasi dan lain-lain.
7. Tetapi ahli dan penyokong UMNO masih setia kepada UMNO, masih cium tangan pemimpin, masih undi parti UMNO dan BN.
8. Sudah tentu jika BN menang, dan diri Kerajaan, mereka akan teruskan tabiat mereka.
9. Tak apa. Negara rosak tak apa. Tak setia kepada negara, tak apa.
10. Ini parti aku. Dan aku akan terus setia kepada parti aku.

ENRICHING THE POOR


1. Our movement, Gerakan Tanah Air has been promising that we will enrich the Malays and other Malaysians if we get to form the Government after winning this 15th General Election.
2. Many doubt that we can. But look at the record of some of the GTA leaders. We inherited a poor country upon independence after British colonial rule.
3. We decided that we needed to industrialise to create jobs for our workers.
4. But we and our people had no money (capital), no know how about the manufacturing industries, no capable managers of big companies and finally no knowledge of the market.
5. We had only recently become independent.
6. We dislike foreign involvement in our economy.
7. It looked hopeless.
8. But we swallowed our pride and invited foreigners to invest in our country.
9. To succeed we offered tax free investment for a period.
10. We put in some of the required infrastructure.
11. We decided to be business friendly.
12. The investors came. A trickle at first. But the foreign investments grew and we became industrialised.
13. Today our export is 82% made up of manufactured goods. And not all of them are due to FDI (Foreign Direct Investments).
14. All countries are doing this now.
15. But the poor country we inherited has become richer.
16. Not quite a developed country.
17. Could have been.
18. But changes of the Government lead to policy changes.
19. If we win, we will find ways to enrich our country and our people.
20. If you still doubt our ability to enrich the poor, I will tell you more about how we did other impossible things to enrich our country and our people.