All posts by Che Det

MEMERANGI RASUAH

1. Kita bangga dengan usaha memerangi rasuah di Malaysia.

2. Banyak sudah kejayaan dicapai.

3. Rasuah sudah berkurangan.

4. Caranya istimewa.

5. 47 kes rasuah sudah dihapuskan dengan menghenti dakwaan di mahkamah.

6. Ada kes yang hukuman dikurangkan.

7. Ada kes-kes yang dakwaan digugur.

8. Banyak lagi sudah tidak dianggap rasuah yang perlu dibicara.

9. Dengan tindakan-tindakan ini berkuranglah rasuah dalam negara.

10. Malangnya telah dikenal pasti kes-kes baru. Kes-kes ini dikenali oleh pembesar sendiri. Dianya memaklumkan kepada masyarakat bahawa ramai Perdana Menteri dahulu apabila berkuasa telah curi berbillion Ringgit. Terdapat kotak-kotak dalam simpanan Kerajaan bukti yang jelas berkenaan pencurian ini.

11. Bukti-bukti ini akan ditunjuk kepada masyarakat umum. Malangnya proses mendedah bukti ini menghadapi banyak masalah.

12. Tetapi jangan khuatir. Orang yang punyai bukti ini boleh dipicit sehingga terkeluarlah bukti.

13. Proses ini mengambil masa sedikit. Tetapi pihak yang bertanggungjawab mampu mengeluarkan bukti.

14. Kesungguhan pihak berkuasa memerangi rasuah tidak boleh dipertikai. Bukan sahaja perasuah kerdil yang akan disiasat, tetapi Tun jerung dan Tan Sri Paus juga akan disiasat.

15. Percayalah, jika masa bertahun diperlukan tetapi buruan akan diteruskan. Bukti akan ditunjuk supaya orang awam sedar keperluan menyokong pihak yang memerangi rasuah. Syabas.

16. Bertuah sungguhlah rakyat Malaysia.

17. Kita bebas bukan sahaja dari rasuah tetapi undang-undang kita lebih kuat. Tun ka, Tan Sri ka tidak selamat.

HIPOKRIT


1. Sudah 34,000 lebih orang Palestin di Gaza yang dibunuh oleh Israel.
2. Dunia masih tidak buat apa-apa. Dan ramai lagi yang akan dibunuh.
3. Tamadun manusia sudah tidak ada. Negara kecil seperti Israel pun boleh tolak dan hina mahkamah antarabangsa dunia.
4. Tidak ada kuasa yang boleh halang Israel dari terus membunuh sesuka hati mereka.
5. Siapa salah apabila undang-undang antarabangsa tidak boleh dikuatkuasakan.
6. Yang betul-betul salah ialah Amerika Syarikat dengan statusnya sebagai kuasa dunia dan hak vetonya dalam United Nations Security Council.
7. Amerika tidak boleh cakap lagi berkenaan Hak Asasi Manusia, kebebasan dan demokrasi.
8. Kamu hipokrit.

TUDUHAN


1. Membuat tuduhan mudah. Tetapi tuduhan tanpa bukti tidak boleh diterima.
2. Mudah sungguh mendakwa si polan-si polan kaya kerana curi duit.
3. Tetapi bukti tidak dapat ditunjuk. Berbulan-bulan, bahkan bertahun sudah berlalu.
4. Berkali-kali dihadap ke mahkamah.
5. Tetapi bukti masih tidak ditunjuk.
6. Tuduhan dibuat terus. Konon ada pihak sembunyi bukti.
7. Yang dikatakan tolong menyembunyi bukti diugut, ditekan.
8. Tetapi nak bohong pun perlu tunjuk bukti.
9. Tak ada bukti pembohongan pun tidak dapat diterima.
10. Duit yang sedikit boleh disembunyi.
11. Duit berbillion tidak boleh disembunyi. Ia perlu dibelanja.
12. Tiap gerakan akan direkod, ada paper trail.
13. Ada rekod dalam cek, rekod dalam bank.
14. Kalau tak dapat belanja kerana paper rekod apa guna duit.
15. Tak dapat tunjuk bukti tuduhan tidak boleh diterima.
16. Tunjuklah bukti. Tak usah cuba bawa cerita lain.
17. Mana dia kotak-kotak berisi dokumen-dokumen.
18. Tunjuklah.
19. Oh. Rahsia.
20. Kalau rahsia kenapa buat tuduhan.

INTERNATIONAL LAW

1. The world believe there was such a thing as international law. The countries of the world, big and small, believed that international law would ensure the breaches of justice between countries would and could be dealt through the international laws.

2. But just like the League of Nations, the United States of America openly rejected the concept of equality of every country under the laws. And so in the United Nations Charter provision was made for exemption or exception for certain countries. In fact the countries which formulated the laws placed themselves above the laws. They gave themselves veto powers.

3. The first wrong interpretation of international laws was the acceptance that the winner had a right to prosecute and to judge on the alleged war crimes committed by the losers.

4. The winners have not been tried. This is not just as the judgements must be made by third parties in order not to be bias.

5. Now we are seeing a country openly breaking international laws and getting away with it.

6. So much for international laws.

LAW AS A MEANS TO THREATEN

1. We believe in the rule of law. We assume that laws are made to protect us. But now we see laws being used to threaten us.

2. The Government authority simply states that failure to obey its instruction can result in being imprisoned and fined. No mention is made of court hearings.

3. The demand made is not easy to comply. It requires massive research of all transaction in the last 40 years. Most people do not retain records of their activities over that long period of time. But failure to report any action may be construed as deliberate withholding of information. It may result in costly and prolonged legal action. It may result in jailing. That is the threat.

4. At that stage the law becomes oppressive. I don’t think the legislators are bent on making life miserable for the citizens.

5. But Government may.

6. There may be a case for information on certain dubious acts to be investigated. For that the authority needs to identify the act. The person needs to make clarification.

7. But what we are seeing is a general demand with no identification of the act being criminal.

APAKAH SAYA PENJENAYAH

1. Kata Inspector-General of Police (IGP) saya tidak dilayan sebagai penjenayah.

2. Tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati “bahawa satu kesalahan dibawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151.”

3. Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melaku kesalahan.

4. Dakwaan telah dibuat oleh Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbillion Ringgit.

5. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

6. Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjuk bukti yang saya memiliki berbillion Ringgit.

7. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbillion Ringgit.

8. Ini bermakna hingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti tunjuklah.

9. Berkenaan dengan statutory declaration oleh Dato Murad, walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa statutory declaration Dato Murad tidak ditarik balik. Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka.

10. Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya.

VIOLENCE

1. I was tickled when I read a newspaper headline stating “Violence has no place in our country”
2. Today we all know that “non-violence” also has no place in our country.
3. Think.

SALAM RAMADHAN 1445H

1. Saya dan Hasmah mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam khususnya.

2. Alhamdulillah dapat kita bertemu dan diberi peluang melakukan ibadah dan amalan sempena bulan yang amat istimewa bagi umat Islam.

3. Saya ingin ambil peluang ini untuk ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya serta Hasmah, dan kesejahteraan kami berdua.

4. Saya masih menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat daripada jangkitan yang saya alami sejak bulan Januari lalu.

5. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin pulih berkat doa yang diberikan serta usaha gigih para doktor, jururawat, serta staff di IJN ini.

6. Saya harap dalam masa terdekat dapatlah saya pulih semula seperti biasa dan dibenar pulang ke rumah. Setakat ini ada kala saya dibenarkan pulang sekejap, atau “home leave”, oleh pakar di sini, tapi tetap perlu bermalam di IJN.

7. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya.

8. Selamat berpuasa. Saya berdoa agar semoga amal ibadat dan usaha kita di bulan yang Istimewa ini akan dirahmati dan diberkati Allah SWT insya’Allah.

MENGURANGKAN RASUAH

1. PMX berkata ia akan lawan rasuah tanpa mengambil kira siapa yang terlibat. Tun Tun juga tidak akan dikecuali.

2. Saya ucap tahniah kepada PMX kerana ia sudah berjaya mengurangkan rasuah di Malaysia.

3. Yang pertama rasuah dikurangkan dengan menghenti dakwaan terhadap ke semua 47 kes Timbalan Perdana Menteri dalam mahkamah. Dengan ini 47 kes rasuah dikurangkan.

4. Rasuah dikurang lagi apabila statutory deklarasi Datuk Abdul Murad Khalid bahawa Anwar terlibat dengan rasuah sebanyak RM3 bilion tidak diteruskan tindakan (No further action). (Dengan ini RM3 bilion diselamatkan).

5. Beberapa wakil rakyat parti pembangkang mengisytihar mereka sokong Anwar kerana dakwaan sokongan dibuat untuk dapat peruntukan wang dari Kerajaan. Ini tidak dianggap sebagai rasuah. Sekali lagi rasuah dikurangkan.

6. Demikian juga rasuah dikurangkan apabila tindakan Ketua SPRM memiliki bermillion saham tidak dianggap sebagai rasuah kerana adik ketua guna akaun ketua.

7. Ramai nama orang tertentu terdapat dalam Pandora Papers tidak diselidik sama ada terlibat dengan rasuah atau tidak juga mengurang rasuah di Malaysia.

8. Sesungguhnya rasuah di Malaysia sudah dikurangkan. Ini adalah kejayaan Kerajaan PMX.

9. Sebaliknya Kerajaan PMX sedang siasat Tun Tun yang memiliki kekayaan atau dituduh tanpa bukti memiliki kekayaan.

10. Mereka, anak mereka, isteri mereka akan didapati bersalah kerana gagal mengisytihar semua harta mereka sejak 42 tahun dahulu dalam jangka masa 30 hari.

11. Mereka gagal kerana tidak dapat resit-resit pembelian nasi lemak dan kopi selama 42 tahun. Semua rakyat Malaysia mempunyai bukti sah apabila mereka makan nasi lemak. Kenapa Tun Tun tidak simpan semua resit segala perbelanjaan mereka selama hanya 42 tahun. Kenapa setelah diberi masa 30 hari mereka tidak patuh kepada notis dari SPRM.

12. Sebagai Kerajaan yang pegang kepada “Rule of Law” pemerintahan mengikut undang-undang, mereka boleh dipenjara lima (5) tahun dan denda RM100,000.

13. Untuk menentu kesalahan bukti tidak penting. Tuduhan oleh PMX cukup.

14. Demikianlah bertanggungjawabnya Badan Pencegah Rasuah.

15. Apabila Tun Tun masuk penjara maka berjayalah Kerajaan PMX melawan rasuah.

TUDUH…TAK PERLU BUKTI

1. Anwar tuduh saya memiliki berbillion Ringgit kerana menyalahguna kuasa semasa jadi Perdana Menteri.
 
2. Saya minta bukti kebenaran kenyataan ini.
 
3. Anwar tidak bagi bukti.
 
4. Saya saman Anwar kerana fitnah terhadap saya.
 
5. Saya minta bukti dikemuka dalam mahkamah.
 
6. Setahun sudah berlalu.
 
7. Tidak ada bukti ditunjuk.
 
8. Akhir sekali konon bukti ada pada Petronas.
 
9. Petronas terletak bawah Anwar.
 
10. Tetapi sebaliknya anak saya didakwa dengan ugutan jikalau dia buat apa-apa tindakan yang pendakwa anggap bertentangan dengan dakwaan dia akan dipenjara selama lima tahun.
 
11. Tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.
 
12. Inilah Reformasi.
 
13. Di luar Kerajaan cakap tentang kezaliman pihak berkuasa.
 
14. Bila jadi Kerajaan dan berkuasa laku lebih buruk kezaliman terhadap musuh politik.
 
15. Kalau sokong jadi kawan.
 
16. Perbicaraan mahkamah pun boleh dihenti.

17. Kenapakah nama pemimpin Kerajaan dan kawan-kawan Anwar di dalam Pandora Papers tidak disiasat seperti Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong Jee Keen dan YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

18. Bukan sahaja mereka tidak disiasat, jauh sekali didakwa. Terdapat juga nama beberapa ahli perniagaan seperti Lim Kok Thay, Mahmud Bekir, Tiong Hiew King, Larry Low Hock Ping, Datuk Yamani Hafez bin Tan Sri Musa dan mendiang Tan Sri G Gnanalingam dalam Pandora papers.
 
18. Inilah keadilan Reformasi.