BUDI DAN BAHASA

Budi bahasa budaya kita
Slogan mendesak di mana-mana sahaja
Jangan lupa budaya bangsa
Ulangi di mulut mencukupilah juga.

Kita diingat jangan lupa
Budaya silam warisan kita
Tetapi jika tersalah apa-apa
Rentap kursi balik tidak mengapa.

Budi bahasa budaya Melayu
Sering bertukar mengikut masa
Jika tersilap jangan malu
Budi bahasa perkara lama.

Kesipuan jangan dibiar berlaku
Tiada kursi alasan mencukupi
Kurang santapan diganti muruku
Bangsa tersungkur takdir disalahi.

Budi bahasa slogan negara
Bersopan santun pakaian disedia
Selempang kanan jangan dikirikan
Jangan guna tangan kiri waktu makan.

Budaya bangsa budi dikenang
Itulah adat Melayu lama
Setelah naik tangga ditendang
Kalau nak turun terjun sahaja.

Wahai bangsaku berbudaya barukah kamu
Atau berbangsa lainkah kamu
Hilang adat hilang malu
Duit disembah raja baharu.

Lanun sudah menjadi raja
Bukan jenayah bila mencuri
Bintang di langit dipasang di dada
Rakyat menyembah duit yang diberi.

Batu putih bertuan baru
LKY menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
duduk mengalir air mata.

Menangislah kamu wahai Melayu
Negara dijual kerana duit itu raja
Sembahlah kamu raja baharu
Itulah peranan hamba raja.

Tangisan tidak membawa ke mana-mana
Setelah negara dimiliki orang
Junjunglah penjual negara yang kaya
Mungkin sekupang dua tercicir di belakang.

Kutiplah kamu dedak dan serdak
Itu sahaja yang tertinggal bagi mu
Tertutup mata, mulut dan pekak,
Tersumbat hidung, matilah kamu.

Menangis meratap penjunjung jenazah
Kenapakah dedak disumbat hidung
Baunya sedap menolak payah
Akhirnya maut diangkat perusung.

Wahai bangsaku bijak bestari
Tak fahamkah kamu kesannya tenggelam
Tidak bernyawa bermakna mati
Berakhirlah sudah cerita silam.

15 thoughts on “BUDI DAN BAHASA”

  1. Saya tidak menyebelahi sesiapa, tidak menyebelahi kerajaan, tidak juga menyebelahi pembangkang.

    Apa yang pasti dalam hubaya-hubaya Tun Mahathir ini, saya seronok membaca komen Karl Iskandar.

    Dalam sepak terajang politik, untuk mengetahui kelemahan kawan kita, wajib mengetahui apa yang dikatakan oleh musuh. Untuk mengetahui kelemahan Tun Mahathir, wajib mengetahui apa yang dikatakan oleh Karl Iskandar.

    Kalau nak lebih dramatik lagi, pergilah baca rencana tulisan propagandis Hishamuddin Rais, semasa propagandis ini gila-gila bertempur melawan rejim Mahathir.

    Apa yang menyedihkan saya (Abdul Hamid). Kini rejim Mahathir sudah menubuhkan Parti Bersatu. Kini propagandis Hishamuddin Rais sudah bertaubat tidak mahu bersatira menulis ayat-ayat lucu mentertawakan kepandaian rejim Mahathir membodoh-bodoh-bodoh-bodoh-bodohkan orang Melayu.

    Hishamuddin Rais ada menulis, semasa Mahafiraun ini letak jawatan pada tahun 2003, Hishamuddin Rais adakan pesta ria kenduri-kendara menghalau hantu raya selama 44 hari. Hantu raya yang dimaksudkan oleh Hishamuddin Rais ialah Tun Mahathir.

  2. Selamat sejahtra & selamat pagi…
    Tersebutlah kisah Cerita Ceriti
    BerKibarnya pernah,
    Bendera daerah dlm negeri…
    Dulunya disanggah,
    sbb belom dpt ApApA dari perdanaMentri,
    ……!

    https://youtu.be/PqkT_WH0FpU

    Kemudian bertemu Perdana & Raja…
    SiApa dijamu.? Apa yg d offer.?
    Bukan duit saku.!
    Mungkin duit belanja.!
    Semua brlalu,
    tanahAir pun d jaja…!

    Syorga donia, ada anasir…
    pulau jadian, asalnya pasir…

    https://youtu.be/Pm88Q1BJaCs

    *
    kisahNya

  3. Budi dan bahasa is the tajuk.

    Have you ever be considerate that the north korean ambassador is just doing his job as an ambassador, just like all the ambassadors appointed by putrajaya in those countries that have diplomacy relationships with malaysia termasuk north korea?

    If he failed his job as an ambassador, he, his family and relatives could be punished severely by his supreme party.

    If putrajaya and pyongyang cannot cool of their heads, their ambassador in malaysia and our ambassador in north korea could be in danger too.

    Dei tuah, this is not a wet market, pasar malam or cow dung market.

    Cant you president men and the wanabes just let the fm and pm in putrajaya to do the official talking from now?

  4. Tagosan4. Jangan risau lah, Tun saja tak padam komen kamu sebab nak tunjuk kat semua orang yg kamu tu macam tak cerdik. Eh silap, macam atau memang??

    Tagosan4, sila tepi sikit.

  5. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Pantun Melayu indah bahasanya
    Caranya halus namun bermakna
    Mohon daku berpantun seloka
    Buat tatapan kita bersama…

    Si Tagosan nama diberi
    Berbudi bahasa tidaklah reti
    Macam si Tanggang yang lupa diri
    Lagaknya angkuh tidak terperi…

    Wahai Tun Mahathir yang bijak bistari
    Rintihan Tun benar sekali
    Tanah dijual sesuka hati
    Oleh PM yang dung* sekali…

    Rintihan Tun benar sekali
    PM Najib PENGKHIANAT BANGSA
    Hutang berbiliyun (ber-billion) memakan diri
    Rakyat menderita hidup tersiksa…

    PM Ah Jib Gor pengkhianat bangsa
    Tegar menjual segala harta
    Skandal 1MDB di merata dunia
    Menjadi bualan rakyat jelata…

    Tegar menjual segala harta
    Tanah melayang maruah hilang
    Jangan ‘Raja Wang’ dipersoal atau ditanya
    Kelak hilang jawatan yang disandang…

    Tanah melayang maruah hilang
    Dek perbuatan PM yang haprak
    Kononnya wang raja terbilang
    Buat umpan si pemakan dedak…

    P/S: Buat para pembodek dan pemakan dedak PM Najib @Ah Jib Gor yang tegar mempertahan kesalahan beliau:-

    Siakap sinohong
    Gelama ikan duri
    Bercakap BOHONG
    Lama-lama MENCURI…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  6. DrM dan Pantun Berkait

    Kugiran BDB tajuk lagunya Relax
    Budaknya asal dari Singapura,
    Minta BMF dia tambah pula Forex
    Tak cukup tanah lari bercempera

    Budaknya asal dari Singapura
    Pergi meniaga nun di Pulau Pinang,
    Bila berkuasa mengatur acara
    Sana-sini Melayu dia terajang

    Pergi meniaga di Pulau Pinang
    Rumah banglo tak ada kolam,
    Harga seringgit dia bayar dua kupang
    Belum habis bayar dah masuk dalam

    Rumah banglo tak ada kolam
    Korek terowong ke seberang bagai,
    Ah Siang menyorok nak lari malam
    You say goodnight he say haiya goodbye

    Korek terowong ke seberang bagai
    Merah sungguh si bunga raya,
    Menang sorak bangsa tergadai
    Melayu miskin dia juga yang kaya

    Merah sungguh si bunga raya
    Ke Tambak Johor mahu dikirim,
    Kerabat dan keroni DrM dah lama kaya
    La ni giliran rakyat miskin terima BR1M

    Ke Tambak Johor mahu dikirim
    Sultan-nya terbilang menterinya bestari,
    Melayu bersatu dek ulamak dan alim
    Jangan cerai bergadoh sama sendiri.

    😀

  7. Tun, satu gambaran tepat era najib (dan tak keterlaluan saya katakan pak lah juga).
    Saya berpendapat, leadership melayu ada 5 ciri/prinsip:
    1. Mesti membuat perkara yg boleh menyusahkan org bawahan
    2. Mesti sentiasa syak wasangka, bahawa org bawahan sentiasa cuba menipu
    3. Mesti jadi garang supaya nampak hebat
    4. Mesti kekalkan kedudukan bahawa aku bos & org lain jgn cuba tunjuk pandai
    5. Bodoh

    Inilah yg menular dlm agensi kerajaan & glc2 & menerangkan kegagalan organisasi2 tersebut.

    Malah kini, kena juga bergaya ala ala islamik.

  8. Luah mati bapa, telan mati mak?

    Have you ever think about the security and safety of the public, your country is my country, your state is my state too?

    If you think you are righteous, perhaps this chinese poem written by the youngest son of zhou zhou might be able to let umnoputra and bumiputra to understand the feeling of greed and fear in the name of brotherhood could be a disaster when both of the divides decided to go on the mode of character assasination just to manipulate the sentiment of the public to stay relevant in power, or another massive bailout in the name of malay and islam struggle by changing hands at the top echelon level. You did that in the past, will you be able to succeed this time?

    4. Quatrain of Seven Steps — By Cao Zhi

    曹植 《七步诗》

    煮豆燃豆萁,
    豆在釜中泣。
    本是同根生,
    相煎何太急?

    Quatrain of Seven Steps
    By Cao Zhi

    People burn the beanstalk to boil beans,
    The beans in the pot cry out.
    We are born of the selfsame root,
    Why should you torment me so much?

    The poem was written during the Three Kingdom Period when Cao Pi (brother of Cao Zhi), the Emperor of Wei, was in power. Cao Pi suspected that his brother Cao Zhi was trying to usurp his throne. Consequently, Cao Zhi was summoned to the court and ordered to compose a poem within seven strides so that Cao Pi was convinced of his innocence. Cao Zhi made it, and Cao Pi became so flustered that he spared his brother.

    This poem compares relation of beans and beanstalk to relationship of the two brothers, and likens burning the beanstalk to boil beans to elder brother maiming younger brother, reflecting the brutal struggle within the feudal ruling group and the poet’s difficult situation and gloomy cynical feelings.

    All these unfortunate events that happened would be served as an awareness to all of us that no one should ever take public safety for granted or as a joke.

    Keselamatan umun, negari, negara, rantau dan dunia adalah tanggungjawab kommuniti global termasuk anda dan saya.

  9. Salam Tun .

    1. Setelah berpuluh-puluh tun bercerita dalam bahasa baku namun masih ada bangsa Melayu yang tidak faham atau buat-buat tak faham akan kesalahan yang di lakukan seorang ketua pemimpin negara.

    2. Akhirnya kali ini bagi Rimba Emas lebih berbelit-belit malah madah kali ini mungkin khas kepada golongan tertentu atau secara sinis untuk umat Melayu yang terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa.

    3. Bagai pujangga bangsa Melayu atau pun pada zaman lampau kaum Arab yang bangga dengan syair2nya .

    4. Namun bila turunnya Al-Quran kata-kata Allah s.w.t semua golongan penyair yang di angkat ketika sesuatu tamadun dahulu mula terpegun atau tersentak kerana bahasanya cukup tinggi.

    5. Malah ini di akui penyair2 itu sendiri bahawa bahasa AL-Quran bukan bahasa ciptaan manusia dan bukan dari Rasullullah s.a.w kerana ungkapannya meliputi bumi dan alam cakrawala.

    6. Bahasa Al-Quran mudah dan bukan di buat2 supaya nampak indah serta sedap di dengar, tetapi dapat mengerunkan hati nurani setiap insan.

    7. Contohnya bahasa yang tun utarakan kali ini berlainan gambaran yang di berikan dalam bahasa Al-Quran.

    8. Kalau tun cuba berbudi bahasa kepada sebahagian umat Melayu yang tidak MARAH ATAU FAHAM KEPADA PENJENAYAH DALAM BAHASA BAKU SEBALIKNYA DENGAN BERBUDI BAHASA BERHARAP AKAN MEMAHAMKAN MEREKA ? ADAKAH INI SIA-SIA ?.

    9. Ketika zaman sebelum Al-Quran di turunkan karangan penyair2 tiada nama besar seperti Saidina Omar al khatab atau Khalid al -Walid kembali ke pangkal jalan.

    10. Sehinggalah bila Al-Quran turun dengan kata-kata tegas dari Allah s.w.t , ” Celakalah kepada pencurang….., ” Terimalah azab neraka…,”.

    11. Kata-kata yang keras kepada seorang pesalah seperti pencuri adalah berlainan sekali dengan wadah penyair bangsa Melayu mahu pun pujangga Arab dahulu.

    12. Balasan atau azab yang akan kita terima di akhirat menjadi satu penyesalan yang tidak seindah budi bahasa kita. Bertaubatlah kita kepadanya.

    Wallahua’lam.

  10. Inilah realiti di Tanahair ini, pada hari ini,
    Untuk hidop mesti pandai cakap, pandai bohong,
    Pandai putar, licik, dan akhirnya pandai curi.

    Yang ada, jadi tiada,
    Yang tiada, jadi ada.

    Bolih kata sahaja tak bolih,
    Yang tak bolih beritahu sahaja bolih.

    Kita hantar anak Melayu menjalar seluruh dunia,
    Belajar serba serbi di rantau orang,
    Maseh banyak tempat yang jujur menjadi panduan,
    Ikhlas menjadi ikutan.
    Hidup bukan mata duitan.

    Ramai kita bapa, punya pilehan, punya usaha.
    Kini kita sudah menjadi bapa yang tak bertanggungjawab,
    Biarkan zuriat generasi muda untuk terus di Tanahair ini.

  11. Kalau rindu era Tun Dr M dah dalam kalbu
    Kena tahu ke mana hendak dituju
    Jangan lupa mendaftar dahulu
    Parti Pribumi Bersatu

    InshaALLAH era dahulu bisa dicapai
    Jika kita semua tidaklah lalai
    Dedak dan serdak perlu diabai
    Agar matlamat kita tidak terbuai

    Dalam hikayat-Tanah Melayu tanah berkat
    Banyak rezeki dan juga nikmat
    Kurniaan dari Yang Maha Hebat
    Kepada kita sekalian rakyat

    Semuga cerita silam berakhir indah
    Akhir kalam dengan kalimah
    Hidup di dunia hanya sementara
    Akhirat jua kekal selamanya!

    Semuga ALLAH swt berikan kesihatan kepada kita semua untuk terus beramal. Ameen

  12. Pantun sesuai utk mamak kutty .Bila nampak kekayaan tanah melayu terus lompat bangsa. Jangan padam komen saya.Be budi bahasa

  13. BANK JAHAT

    KEPADA ANDA SEMUA YANG DIHORMATI, PERASAN TAK SEJAK AKHIR-AKHIR INI KALAU KITA GUNAKAN ATM BILA KITA BUAT PERTANYAAN BAKI AKAN KELUAR RESIT ATAU PERKATAAN DI SKRIN “TRANSAKSI PERIKSA BAKI””CAJ 0.00” PERSOALANNYA??

    KENAPA NAK PERIKSA BAKI SENDIRI DIKIRA SEBAGAI TRANSAKSI?

    ADAKAH DIMASA HADAPAN NAK PERIKSA BAKI SENDIRI PUN DIKENAKAN CAJ JIKA GUNA MESIN ATM BANK LAIN?

    ADA KEMUNGKINAN PERIKSA BAKI SENDIRI DIKENAKAN GST???

    TUN SAYA RINDUKAN ERA TUN DR M

Comments are closed.