BUKIT MALUT


1. Saya ikuti dengan teliti perkembangan berkenaan situasi penempatan di Bukit Malut, Langkawi.

2. Isu ini sudah berlarutan agak lama, juga semasa saya menjadi Perdana Menteri.

3. Penyelesaian isu ini memerlukan tindakan pro-aktif Kerajaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar masalah yang perlu diselesaikan melibatkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.

4. Pembangunan penempatan untuk menampung jumlah penduduk yang akan dipindahkan akan melibat peruntukan yang besar.

5. Ini hanya boleh didapati dengan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan.

6. Kerajaan Negeri Kedah tidak mungkin mampu untuk sediakan peruntukan yang sebegitu besar untuk bangunkan penempatan baru, tetapi perlu memain peranan untuk selesaikan perkara-perkara berkaitan yang melibatkan kuasa negeri.