CABAR

1. Anwar cabar supaya pihak lawan mengemukakan usul tidak percaya (no confidence motion) dalam dewan rakyat, kalau berhasrat menjatuh Kerajaan.

2. Wah! Berani betul.

3. Tetapi semua ahli dewan rakyat yang sokong Anwar amat takut akan tindakan yang akan diambil kepada mereka jika mereka tidak sokong Anwar apabila usul tidak percaya dibawa oleh pihak lawan.

4. Ada antara penyokong Anwar yang akan kena penjara jika tidak diselamat oleh Anwar. Ada juga yang akan hilang peruntukan jika tidak sokong Anwar.

5. Wakil rakyat yang sokong Anwar sokong kerana takut. Mereka tidak bebas. Sebab itu Anwar boleh menang kalau usul tidak percaya kepadanya dibahas dalam parlimen.

6. Ahli UMNO yang menyertai perhimpunan raksasa pun sudah diugut, diberi amaran.

7. Kalau Anwar betul-betul berani, bubar sahaja parlimen dan adakan PRU sekarang. Dia tak perlu takut kerana konco-konconya melapor hanya 15,000 orang, hadir perhimpunan. Dia tentu menang.

8. Dengan PRU, Anwar akan tahu rakyat sokong dia atau tidak. Anwar bukan pilihan rakyat untuk jadi Perdana Menteri. Dia jadi PM kerana menghentikan perbicaraan seorang pemimpin supaya ia boleh bawa partinya sokong Anwar.

9. Tetapi PRU boleh tentukan sokongan oleh rakyat benar dan demokratik. Oleh itu bubarlah parlimen dan adakan PRU sekarang.

Leave a Reply