1. Sukar bagi manusia biasa memikir tentang sokongan kepada parti penjenayah dengan pemimpin tertingginya di penjara 12 tahun di denda RM 210 juta untuk dipilih menjadi Kerajaan sesebuah negara.
2. Tetapi di Malaysia terdapat sekelompok orang Melayu yang giat berusaha untuk dapat parti penjenayah sebagai Kerajaan Malaysia.
3. Apakah mereka begitu utamakan duit lebih dari nasib bangsa, nasib negara dan ajaran agama.
4. Tidak adakah perasaan sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup jual maruah dengan sedikit duit.
5. Ingatlah, apabila negara diperintah oleh penjenayah, jika kita tidak rasa apa-apa tetapi apakah nasib anak dan cucu kita.
6. Mereka akan menderita kerana kehancuran negara dan kehilangan kemudahan yang menjadi hak mereka.
7. Fikir samalah tentang anak cucu kita dan tidak kepada sedikit wang haram yang didapati oleh kita.