CALON PERDANA MENTERI

1. Saya kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan calon Perdana Menteri.

2. Calon tidak akan jadi Perdana Menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi.

3. Untuk menang 112 kerusi partinya perlu letak lebih dari 112.

4. Parti lain pun akan letak calon melawan partinya.

5. Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi.

6. Tidak mungkin calon Perdana Menteri jadi Perdana Menteri.

7. Tak usahlah berebut-rebut nak jadi calon Perdana Menteri.

8. Sebaliknya berusahalah untuk Melayu bersatu.

9. Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai.

10. Setelah menang barulah pilihan Perdana Menteri dibuat.

11. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi Perdana Menteri.

Leave a Reply