CALON PILIHANRAYA

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.

5. Imej ini boleh diubah jika UMNO secara serius cuba bertindak membersihkan dirinya. Yang rakyat lihat ialah janji akan terus bertindak terhadap yang terlibat dengan penggunaan wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi tidak dikotakan. Sebaliknya banyak tanda-tanda yang menunjuk yang kotor diterima juga. Jika yang dipilih sebagai calon di Bagan Pinang tidak bersih maka persepsi rakyat terhadap UMNO sebagai parti rasuah tidak akan berubah. Ia akan mempunyai kesan buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.

8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.

9. Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum.

10. Sebenarnya penolakan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 disebabkan kebanyakan ahli UMNO terus menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh rakyat. Oleh kerana ahli UMNO tidak bertindak menukar pemimpin yang tercemar dengan rasuah dan nepotisme, maka rakyat sebagai pengundi terpaksa bertindak mengalahkan BN dan UMNO di banyak kawasan.

11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.

184 thoughts on “CALON PILIHANRAYA”

  1. Salam Lebaran buat TUN sekeluarga.
    Alhamdulillah buat masa ini kita sebagai rakyat MALAYSIA boleh dikatakan masih bertuah,tapi sampai bilakah ini akan bertahan seandainya para pemimpin kita yang nampaknya semakin hari semakin ghairah meraih sokongan rakyat walaupun ditelan terasa pahit namun demi kepentingan poket dan keluarga sendiri itu semua tak payah di debatkan lagi. Bercakap mengenai calon UMNO di Bagan Pinang,seandainya calon itu pernah dibuang/singkir,kita perlu melihat apakah jenis kesalahannya itu kalau dia dibuang kerana rasuah/politik wang ternyata perkara keji ini sememangnya menjadi musuh negara iannya juga salah dari sudut pandangan ISLAM. Jika orang seperti ini masih lagi dijadikan calon pilihanraya akan datang bermakna UMNO TIDAK YAKIN dengan kekuatannya,takut kalau letak calon lain nanti kalah.Lebih baik kalah bertanding daripada menang menipu.Bagaimana kita hendak supaya generasi baru dan akan datang menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia,sedangkan UMNO sendiri SECARA LANGSUNG telah mengajar GENERASINYA menjadi kurang ajar.Bagaimanakah seorang pendidik menasihatkan pelajarnya,kalau kerajaan sendiri sudah tiada haluan,memilih calon yang ternyata telah menggunakan wang untuk karier politiknya?Dimanakah perjuangan UMNO sebenarnya?apakah ini yang bakal diwarisi oleh generasi akan datang???????:-(

  2. bumi malaysia bumi bertuah..
    terhindar dri malapetaka y meragut nyawe..
    cume dapat tempias saje..
    kaya ngan khazanah wariasan y tak terhingga byknye…
    tuhan maha sempurna sifatnye..
    dijadikan hambanye berbagai2..warna,bahase,rezeki..
    tp y lbh pentg,hamba2 Nye perlu bersyukur,jgn kufur..
    bile kaye,bantu le org y memerlukn…jgn pentingkn diri..
    UMNO bertunjangkn org Melayu..menggendong amanah org melayu y majoritinye beragame islam..melayu lahir sebagai islam..UMNO pun lahir sbgai islam..
    sepatotnye UMNO adalah pejuang ISLAM..Menegakkn SYIAR ISLAM..
    INSYAALLAH PARTI UMNO akn sentiase mendapat KEredhaan..
    pucuk pimpinan mstilah taat pd Ajaran Islam..
    UMNO kne iklas memperjuangkn Ajaran Islam!!!
    Dimane Bumi Dipijak,DiSitu Langit Dijunjung..

  3. Selamat Hariraya buat Yang Berbahagia Tun sekeluarga.
    Pada pendapat saya, sistem politik kita sudah rosak. Disebabkan kerosakan tersebut, ianya menjadi busuk dan menjijikkan dari hari ke hari.
    Sistem politik berparti telah merosakkan segalanya, baik UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, KEADILAN dan seumpamanya. Oleh kerana parti, yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan.
    Amat memalukan jika seseorang telah terlibat dengan perkara yang tidak bermoral baik dari segi rasuah, seks, etika TETAPI masih disanjung oleh penyokong yang “buta” kerana PARTI. Apa sudah jadi dengan dunia ini?
    Bagi saya, jika ada 9 orang penyamun dan seorang orang baik, maka penyamun-penyamun tersebut tidak akan melantik orang baik sebagai ketua. Semestinya seorang penyamun akan dilantik menjadi ketua. Kemudian akan diagong-agongkan pemilihannya itu. Inilah intipati politik berparti. Dan inilah apa yang berlaku sekarang pada UMNO, MCA, MIC, PAS, KEADILAN, DAP dan kesemua parti yang ada di Malaysia malahan di dunia. Selagi majoriti menjadi asas utama pemilihan ketua selagi itulah kepincangan akan ada. Lagi teruk buat UMNO kerana pemilihan dibuat oleh perwakilan yang tidak sama sekali melambangkan pilihan akar umbi. Di manakah keikhlasan dan kewibawaan perwakilan jikalau kedatangan mereka pun ditaja?!
    Kepada semua wakil rakyat, tolonglah, jangan hanya bergoyang kaki. Jangan sombong dan angkuh di atas sana. Macamana hendak memahami hati dan denyut jantung rakyat jika tidak pernah menaiki bas “sangkut”, membayar bil di pejabat pos, tersangkut di kesesakan jalanraya pukul 7.30 pagi, memperbaharui cukai jalan dan harta sendiri di pejabat JPJ atau kerajaan, berurusan dengan LHDN berhubung cukai pendapatan dan lain-lain yang rakyat jelata lakukan. Semasa hujan lebat di mana wakil rakyat? Lihat keadaan jalanraya yang tiba-tiba air naik, parit tersumbat!!!!
    Jangan sekali wakil rakyat dengan angkuh menyatakan saya telah dipilih oleh rakyat, oleh itu saya tidak akan melepaskan jawatan. Tolonglah tengok pada statistik berapa kerat sangat yang menyokong. Dan yang menyokong pun dah terpaksa. Itupun kerana tiada pilihan yang lain (Pilihan yang lagi satu adalah monyet).
    Pada pilihanraya yang lepas, di kawasan saya, calon-calon yang ada bukanlah yang berkualiti sangat (walaupun akhirnya mendapat majoriti undi yang tertinggi di Malaysia). Oleh kerana tiada pilihan lain dan inilah sistem yang “terbaik” yang ada maka terpaksalah saya memangkah seseorang yang pastinya lebih baik daripada monyet.
    Oleh itu, polisi saya sekarang, oleh kerana tiada pilihan lain, pilihlah wakil rakyat yang lebih baik daripada monyet. Saya rasa ianya bertepatan dengan trend semasa. Apa boleh buat tiada pilihan.
    Wasalam

  4. salam Tun,dan Slmt Hari Raya edil fitri,
    Selepas Pak Lah ambil alih dari Tun,beliau mendapat sokongan padu rakyaat,Kelantan pun hampir tumbang kerana rakyaat inginkan perubahaan,mungkin cara pak lah dilihat bersih,dan mungkin ada segelintir org tak suka cara Tun,tapi selepas sepenggal,opp..salah 2-3 tahun,rupanya lagi teruk dan hampeh dari waktu Tun(tak payah sebut semua manusia dah tahu cara pak lah & si KJ)
    Saya skrg lihat tidak ada perubahan yang Najib buat( Tun tak nasihat dia ke )cuba lihat mcm Susilo Bambang Yudiyuno,susah bagi SBY nak perbetulkan rasuh di Indonesia yang begitu besar negaranya dan dah jadi karat dah,tapi usaha beliau yg telah beliau buat mendapat sokongan rakyat,kerana saudara dekat pun masuk penjara kerana terlibat rasauh,sebenarnya rakyat disini nak tenggok perubahan ini,jika ahli UMNO,sendiri rasuah tangkap masuk penjara,selogan 1 Malaysia ke apa cadangan lain itu oklah,tapi yg penting,bersihkan dulu…rakyat sekarang bukan lagi bodoh,saya tak nampak ada perubahan ini.Ramai pemimpin berkata jangan lupa sumbangan UMNO,sehingga kini ramai yang sayangkan UMNO,tapi dah meyampah pemimpin2,yg masuk UMNO,utk perut mereka sahaja…zaman Tun banyak memperjuangkan org2 melayu..sampai org melayu pun banyak lupa,zaman Pak lah..hancur,tunggu Najib pulak!..jgn selepas sepenggal dan suruh Mahyuddin take over pulak…..kepada semua pemimpin UMNO berusahalah karana hanya politik sahaja yang tinggal utk bangsa melayu.

  5. Salam Tun & rakan2 sekalian,
    terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada Tun & keluarga.
    Now,for the issue.Ingin saya nyatakan bahawa secara jujur saya tidak mengundi pada pilihanraya yang lepas & jika saya telah mengundi juga saya tidak akan memilih umno atau pun PKR & DAP (yg dua ni karut jer!).Saya mungkin akan mengundi PAS.Kenapa saya akan mengundi PAS & bukan UMNO (saya bukannya suka PAS sgt lagi pun) ialah kerana persepsi saya terhadap calon2 yg umno ketengahkan adalah orang2 yg korup & suka main dgn wang (time pilihan raya lah, memang menjijikkan).Ia semua adalah kerana persepsi saya (pluss saya memang dah bosan dgn Pak Lah, KJ & the geng) yg UMNO under Pak Lah tak boleh diharap langsung & kerana mereka menjadi terlampau ‘elite’.Bayangkan abg ipar saya yg selaku kroni pak lah (walaupun dia ni baik orangnya) boleh cakap semasa perasmian kilang yg COO dia just datang & tunjuk muka, ambil gambar sikit2 dah lah. Tak boleh campur dgn pekerja bawah lama2 sgt sbb nanti akan jejas imej. Kena draw the line. Di sini saya nk bg tahu kepada semua mangkuk2 UMNO yg rasa diri macam elite tu berubah lah sebelum anda diganti terus.Anda di lantik oleh rakyat utk berkhidmat kepada rakyat. Tak payah nk berlagak elite lah wei.
    Saya adalah penyokong Tun dari dulu sampai sekarang & hakikat tu takkan berubah.Kepada Menteri atau penyokong Isa Samad yg mangkuk hayun nak compare kes Tun kena gantung & kemudian masuk kembali parti sebab tidak bersetuju dgn pucuk pimpinan semasa memang dgn kes orang yg bagi rasuah tak patut jadi menteri langsung.Mangkuk..mangkuk…mangkuk..geleng kepala aku.Macam mana lah org macam ni boleh jadi menteri.Tu lah akibatnya bila org yg diangkat tak tahu guna otak bila bercakap.Hahaha.Nasib lah UMNO & Najib.Memang ada kemungkinan lingkup lagi lah PRU13 (walaupun semua org tak brapa suma PR last time but faktor org berbulu sgt dgn Pak Lah & KJ terlampau kuat sampai org beralih angin) even though faktor Najib ni mungkin kurang lah. Saya cadangkan pecat jer Noh Mohd tu dari menteri sebab dia mmg xde otak.Cari jer pengganti yg bukan gila wang (plus bukan ahli secret societies).
    Saya tgk jentera2 UMNO di Shah Alam dulu pun mmg tak boleh diharap sgt lah (semua kaki projek2 jer & tak belajar tinggi2.Semua disebabkan nak dapat bisness jer as usual). Orang macam mana nak respek? Patutlah kaum2 lain selalu compare taraf menteri/wakil rakyat kita dgn Singapura. Ambillah orang yg ada reasonable pelajaran sikit & bukan sekadar lip service.
    Kesimpulannya ialah pecat jer NOH MOHD tu dari jawatan menteri dia sbb dia tak belajar sejarah (or jenis yg tak suka memebaca mcm Pak Lah) sampai cakap merepek2 tak masuk akal (jadi bahan lawak jer mamat ni). Secondly, persepsi orang adalah penting & tak guna kalau setakat ahli2 wakil pemuda UMNO yg backup dgn berkata seseorang tu adalah pilihan ramai (contohnya kes Isa Samad ni yg confirm mamat yg beriya2 nk Isa ni dicalonkan memang mcm jentera2 UMNO shah alam tadi lah,muka projek jer.Mangkuk!).
    Maafkan saya Tun jika bahansa yg saya gunakan tidak baik but memang saya perlu sedarkan ahli2 UMNO & UMNO lah dimana persepsi tu penting & memang orang bawah akar umbi (akar umbi di sini bukan kaki bodek ahli2 UMNO ya..kena kasi betul sikit definisi tu..maksudnya rakyat jelata) tak brapa suka lah UMNO.Saya akan memilih calon but if calon tak ok,saya akan tengok alternatif lain yg masuk akal lah contohnya PAS (bukan PKR yg memecah belahkan melayu).
    Sekian

  6. salam,
    dah lama saya hilang dari forum ni..
    tak nak komen banyak sangat tapi 3 kali TSMY bertanya para hadirin masa nak umum nama calun bagan pinang..mereka sebut dan menjerit nama TSIS dan cuma nama TSIS saja yang muncul/ dikemukakan oleh bahagian Teluk Kemang (33 ajk bahagian) sebulat suara di belakang TSIS.. TSIS ada alasan untuk bertanding dan AJK teluk Kemang ada alasan dan RAHSIA tersendiri kenapa mereka nak sangat TSIS jadi calun.. cuma mereka yang tau alasan dan rahsia tersembunyi(macam lagu siti.. BIARLAH RAHSIA)
    so sebagai orang luar kita tengok saja lah… kan UMNO cakap dari rakyat untuk rakyat…
    suara ayahanda Tun tak laku sebagai suara ayahanda Tun untuk KT dan Permatang Pasir… so ayahanda Tun fikirlah…

  7. 3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.
    4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.
    Saya akui dengan perkara 3 itu dan sememangnya benar berlaku dan saya ada menerimanya dan cerita di peringkat bahagian juga perkara sama berlaku, saya bukan penerima rahsua. tetapi menerima kerana mahu kata kan benar perkara ini berlaku.Kalau tidak tak hapenning.
    Dan kemudian report ke lembaga di siplin parti. Saya boleh sebut dari a sehingga z mereka ini juga haprak ini salah satu penyebab emej umno tercemar. Saya amat keciwa dengan mereka ini yang di amanahkan tugas dan yang pelik nya jika kita report cepat sangat orang yg kene report tu tahu siapa yang report. Depa action good tapi tak good pun. melingkup ada la.
    Perkara 4 ,dan kemungkinan besar mereka tidak akan undi calon BN pd PRU 13, siapa mereka ini.???? Orang Melayu Umno ,org atas pagar, budak budak di saluran 3,4,5 atau orang cina dan india??? Jangan kita nak kata tapi tersekat, katakan saja ini bumi kita dan pendapat adalah perlu dan fakta adalah fakta.
    Kita tinggallah siapa mereka ini. Pada pendapat saya salah satu peneraju yang menyebab kekalahan ialah ketua pemuda Malaysia yang lalu. Dan semua orang tahu dia menteri apa masa itu. Dan kenapa orang muda tidak suka pada Umno lantaran menyebabkita kalah pd PRU 12.
    Kedua sindrom Pak Lah.Semua orang Umno kena akui dan semua orang di malaysia kena akui dan tak payah la berlapik lapik kerana ini soal orang melayu dan ini soal tanah melayu dan ini soal maruah perjuangan.
    Lantaran semua perkara itu di kuat kan lagi dengan ajensi kerajaan,jabatan kerajaan,meraka ini lah yang paling maha dasyat penyebab raayat bencikan kerajaan, mereka di manja dengan segala kemudahan dan kenaikan,tetapi sikap dan khidmat mereka kpd raayat low clas. Kami di bawah dan di kampung kampung amat tahu dan amat perit dengan kerenah mereka. Tak payah defen mereka, Allah tau. Tapi yang best nya salahkan Unmo dan pemimpin Umno.Lebih lebih lagi yang penyokong pembangkang yang ada dlm jabatan dan ajensi.
    Maaf kalau terkasar Tun, orang Baling memang mcm tu. Tun tak kan tak tau di mana baling, tempat terjatuh lagi di kenangan inikan pulak tempat bersembunyi.
    Senag senang lawati lah Blog Mai baling, pi Baling dok baling

  8. salam Tun yang disayangi!
    saya sokong semua tindakan Tun! kepada sesiapa sahaja yang mengkritik Tun, saya harap mereka tengok muka sendiri di dalam cermin! hanya Tun yang berani bersuara kerana kebenaran! saya sokong Tun!
    terima kasih

  9. Salam,
    queque, pasal Tun masih sayangkan UMNOlah dia masih sanggup kritik. Adakah kalau seorang bapa memarahi anaknya itu tanda kebencian? Kalau tak sayang, saya rasa mungkin ini bayangan jawapan yang mungkin diberi (sekadar contoh):
    “Lantak pi la kat korang, janji keja dan tanggungjawab aku kat negara dah selesai, kalau UMNO lingkup kerana korang, itu korang punya pasal.”
    Kenyataan queque, “Tun sepatutnya bukan lah seseorg yang patut mengkritik, tetapi harus bangkit utk bertindak, selagi mampu, selagi berdaya,selagi berpengaruh, tiada lain yang patut dikorban utk nasib bangsa sndri.. Bangkit la Tun dan bukan sekadar hanya bersuara.”
    Apalah kuasa ditangan Tun untuk bertindak kerana Tun kini hanyalah insan biasa walaupun pernah digelar Perdana Menteri kerana Tun bukan Sammy Vellu. Jadi selagi kita dikatakan demokrasi iaitu kebebasan bersuara, maka dengan mengkritik mungkin salah satu cara Tun untuk membantu dan menegur. Jadi sekiranya anda mempunyai alternatif lain utk Tun bangkit, sila kongsi bersama untuk kebaikan negara. Dan kita juga perlu ingat dan paham, Tun mungkin tak bertindak sesuka hati mungkin kerana Tun lebih tahu ada batas dan ‘limitation’ yang kita tak tahu. Apapun, kat Malaysia, ‘it doesn’t go and easy that way as we imagine’.
    pasal soal calon pulak, sebenarnya tak salah pun kita nak maafkan dan beri peluang kedua kepada orang itu. itu satu tindakan yang harus dipuji. Tapi memaafkan tak semestinya kita melupakan rekod buruknya. Erti kata lain, kepercayaan itu dah mula tergugat.
    Contoh la, kalau anda membuat pelaburan besar nak besarkan rumah, anda upah seseorang untuk melakukannya, tiba-tiba ia dihasilkan tak sampai tahap kualiti seperti yang kita harap dan bayangkan. Duit dah beribu habis, tapi kerja tak kemas. Adakah next time pun anda akan upah orang yang sama atau adakah anda akan rekemen beliau untuk kawan-kawan atau jiran-jiran anda? Terpulanglah kat anda…
    Jadi soal calon pulak, mungkin rakyat boleh maafkan ISA atas kesalahan lampau kerana setiap manusia melakukan kesilapan, tapi kepercayaan rakyat terhadap calon dan parti mungkin tergugat dan hilang, kalau tak tergugat, maka tak adalah ramai yang kritik dan protes di sini. Semua orang tahu, UMNO masih menerima bekas MB Selangor yang pernah korup dulu, malah dijadikan antara ahli MT lagi… tapi adakah UMNO sanggup beri jawatan bendahari atau menteri kewangan kepada beliau?
    Ini bukan soal curi wang RM10, tapi soal kesejahteraan dan kesenangan rakyat. Nasib rakyat bakal diperjudikan lagi untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Lagipun, ini bukan soal siapa calon paling popular. Kalau nakkan perubahan, sepatutnya UMNO kena mula belajar beri peluang kepada orang lain seperti golongan muda untuk jadi calon dan melakukan perubahan. Kalau pakai ‘kuda tua’ yang sama, saya yakin UMNO bakal senasib seperti pasukan bola sepak negara seperti zaman Sathianathan dan Norizan Bakar.

  10. Selaku bekas perdana menteri & juga bekas presiden UMNO, yang byk berjasa pada negara, apakah perasaan Tun jika UMNO ini dikutuk atau dilebur, apa yg terjadi adalah sejak dr zaman Tun lagi, Tun sepatutnya bukan lah seseorg yang patut mengkritik, tetapi harus bangkit utk bertindak, selagi mampu, selagi berdaya,selagi berpengaruh, tiada lain yang patut dikorban utk nasib bangsa sndri.. Bangkit la Tun dan bukan sekadar hanya bersuara. Apalah guna pengalaman berpuluh tahun jika tidak digunakan?? walaupun rakyat biasa tp masih mampu mengegar dunia.. siapa lagi yg ingin membela UMNO jika bukan Tun.. kerana jika sebut UMNO hanya nampak Tun.. sbb tu la ramai yg masih setia, klu bkn kerana itu tiada manusia yg menitiskan air mata di pwtc sewaktu Tun mengumumkan mengundur diri. BN Bina Negara Bina Nusa

  11. Akum n Slamat Hari Raya kpd Tun & pengunjung..
    Mengapa menjadi manusia ini sgt senang utk menuduh dan mencari salah org sedangkan kesalahan sndri tidak pernah dicermin. Adakah semua manusia ini maksum atau terpelihara dari melakukan kesilapan? Sedangkan nabi ampunkan umat, dan juga pintu taubat terbuka luas utk manusia yg ingin kembali, adakah kerana pernah terlibat politik wang org itu selamanya kotor? Adakah ia dipanggil calon yg kotor? TS Isa bknlah seseorg yg terlibat di dalam jenayah, sedangkan seorg pengkhianat, bekas banduan dan aljuuuub masih disanjung tinggi sbg pemimpin yang di agung2, di mana kewarasan manusia akhir zaman ini?? Mana2 pun parti yang memerintah pasti wujudnya rasuah, sekarang ini saja sudah terang lagi bersuluh wakil PR ramai yang ditangkap rasuah, baru beberapa hari dpt kuasa dan tunjuk belang, klu bersih sgt xdela yg kne tangkap.. belum 50 tahun mungkin berbunuh semasa bersidang.. Buka minda pikir dgn tenang, klu marahkan nyamuk, jgn kelambu dibakar, jdlah shieldtox, nyamuk pun mati kelambu tersergam indah…

  12. Asalamualaikum….bagan pinang….nampaknya semua perkakas di bilik post mortem tidak di selenggara sejak berkurun lama sbb tu tipa kali
    bn kalah post mortem di adakan tapi keputusan post mortem sama jek…pasni post mortem…lagi post mortem..postmortem lagi..lagilagilagilagilagilaaaaaagiiii…..idak gak belaja dr keputusannya yek……haila nasib malaysia……

  13. Wakil Rakyat sepatutnya adalah manusia yang terbaik dikalangan rakyat setempat untuk mewakili mereka. Mesti ada sifat amanah, ikhlas dan boleh berkhidmat dengan cemerlang. Jangan taksub kepada Parti seperti kebanyakann orang PAS.
    Answer;
    Ya, Saya setuju sangat dengan Saudara, jangan taksub sangat kepada parti seperti kebanyakan orang UMNO juga.

  14. Salam Tun
    In the cases of Isa Samad and Sammy Vellu, I was very disappointed that you decided to rejoin UMNO after your “brief” resignation during Pak Lah’s reign as PM. I believe it would be better for your image if you had continued to remain neutral (out of UMNO) and not rejoin UMNO after that. Perhaps you cannot accept the fact that UMNO might be a sinking ship. I am not talking about good leaders like you. Yes, UMNO had good leaders like you. But now, we can see the kind of quality people UMNO has as its members. And yes, UMNO is a sinking ship. Otherwise they would not have re-elected Isa. Otherwise Isa would have rejected his nomination and showed he had good principles.
    My thoughts now turn to who is truly capable of leading Malaysia from now on. Is it a man who took away the 30% quote protection that we Bumis had as insurance for so long and also decided to rename Port Dickson into a ridiculous name such as “Port Dickson – Army Town” ? I cannot see anyway I can have confidence in his Cabinet all the way from Sammy to Zahid to Muhyiddin.
    Perhaps it is time for you to come back, Tun. I would really like for you to come back. But this time make the religion of Islam strong. You have the God-given brains to do it!
    ezani

  15. salam…
    HAHAHAHAHA… nak tergelak saya bila ada orang UMNO sendiri kata kat tun yg tun pun sama je.. kena buang parti..
    orang tu memang buta sejarah la… ntah2, sejarah spm gagal (dapat f)…
    tun kena singkir sebab tun berani suarakan pendapat dan ketidakpuashatian ahli umno yang lain terhadap pucuk pimpinan..
    yg sorang lagi tu kena gantung.. sebab kes beli undi.. gila kuasa, gila popular, gila harta.. yg sorang ni sebenarnya dh potong jln org lain.. org yg patut jadi naib presiden..
    orang yang kata tun pun kena buang dulu tu, tanpa selidik sebab apa dan bandingkan dengan yg sorang lagi tu, saya cadangkan kita kalung je selipar.. hahaha..
    ni ada artikel untuk para pembaca
    25/09/2004
    Di sebalik pemilihan Naib Presiden
    25/09/2004 2:10 p.m.
    Oleh Zulkiflee Bakar
    (WARTAWAN UTUSAN)
    Tepukan gemuruh yang bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) apabila nama Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dipanggil untuk membuang undi ibarat amaran awal bahawa dewan itu bakal menyaksikan kejutan.
    Ia menjadi kenyataan kira-kira 12 jam kemudian apabila Menteri Wilayah Persekutuan itu diumumkan menduduki tempat pertama bagi jawatan Naib Presiden UMNO dengan memperoleh 1,507 undi dalam pemilihan parti itu.
    Keputusan mengejutkan itu diikuti oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di tempat kedua dengan 1,329 undi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
    Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal sejak 1993 terpaksa akur dengan kehendak perwakilan apabila memperoleh 1,177 undi, manakala Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Mustapa Mohamed (1,059 undi).
    Isa sudah tentulah mempunyai `keistimewaan dan kelebihan’ tersendiri sehingga mampu menyekat kemaraan calon-calon favorite lain.
    Bagi Isa, kemenangan ini ibarat memberi nafas baru kepada karier politiknya kerana beliau amat memahami jika beliau tewas dalam pemilihan kali ini ia bermakna kedudukannya akan terjejas kerana ini merupakan percubaan keduanya selepas tahun 2000.
    Kemenangan calon lain seperti Muhammad jika berlaku sudah tentu mampu menggugat beliau kerana ada pertimbangan bahawa jika Muhammad menang beliau boleh dilantik sebagai senator dan terbuka ruang untuk diletakkan dalam kabinet.
    “Isa tidak mahu percubaan kedua ini menjadi penamat kepada karier politiknya kerana jika beliau tewas ia ibarat menutup pintu untuk pemilihan akan datang,” kata seorang perwakilan dari Kelantan yang sejak awal sudah menjangkakan Isa boleh melakukan kejutan.
    Kemenangan Isa dikatakan mendapat sokongan daripada perwakilan Wanita dan Puteri terutama G-7 (perwakilan yang berhak untuk mengundi) yang melihat bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mampu memainkan peranan berkesan dalam meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu di kawasan bandar.
    Kedudukan Isa bertambah baik apabila arus untuk `menyingkirkan’ penyandang jawatan tanpa mengambil kira rekod sumbangan mereka kepada parti dan negara dikatakan semakin hebat beberapa hari sebelum pemilihan bermula.
    Keadaan ini menjadi ancaman kepada Muhyiddin dan Muhammad memandangkan hampir separuh perwakilan adalah muka baru yang tidak mempunyai apa-apa sentimen dengan penyandang.
    “Ketika inilah Isa mengambil kesempatan dengan berkempen habis-habisan setelah memulakan kempen itu sejak tewas dalam pemilihan 2000 dengan menggunakan pelbagai strategi demi untuk meraih undi,” kata seorang perwakilan dari Kedah.
    Kemenangan Mohd. Ali sememangnya sudah diduga kerana beliau dianggap salah seorang calon popular, perolehan undi yang diperolehinya menunjukkan Mohd. Ali hakikatnya pencabar utama jawatan itu.
    Mohd. Ali terpilih berdasarkan rekodnya meneruskan kesinambungan pembangunan di Melaka dan merupakan seorang pemimpin belia yang dilihat mempunyai masa depan cerah dalam dunia politik.
    Selain itu, Mohd. Ali dilihat pemimpin muda yang mampu menarik perhatian generasi itu untuk terus memberi sokongan bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga Barisan Nasional (BN).
    Bagi Muhyiddin pula, beliau terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di nombor tiga walaupun pada hakikatnya beliau ingin kembali ke posisi nombor satu – iaitu satu kedudukan yang pernah dinikmatinya pada pemilihan 1993.
    “Tetapi malangnya jentera kempen Muhyiddin tidak mempunyai `kelebihan’ seperti jentera calon lain,” kata seorang juru kempen kepada seorang lagi calon naib presiden yang turut tewas.
    Bagaimanapun penekanan kerajaan terhadap usaha membangunkan sektor pertanian ternyata memberi kelebihan kepada Muhyiddin.
    Tambahan pula sepanjang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Muhyiddin dilihat telah menunjukkan kemampuan menterjemahkan apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam sektor berkenaan.
    “Perwakilan melihat bahawa Muhyiddin akan mampu melaksanakan tanggungjawab di kementerian itu berdasarkan rekod cemerlangnya ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal.
    “Bagaimanapun dari segi undi, sekali lagi Muhyiddin terpaksa merasai pengalaman pahit apabila ada dua calon dari Johor di mana ia menyebabkan undi pecah, jika tidak kita fikir kedudukannya lebih baik” kata seorang perwakilan Pemuda dari Johor.
    Bagi Muhammad pula, walaupun tewas namun bekas Menteri Besar Selangor yang dianggap tokoh paling lantang memperjuangkan nasib Melayu antara barisan calon naib presiden itu tetap dianggap mempunyai penyokong kuat dalam UMNO.
    Hanya 57 undi membezakan beliau dengan Muhyiddin yang menduduki tempat ketiga.
    Justeru ahli UMNO melihat ia sebagai petanda bahawa Muhammad masih diperlukan oleh parti terutamanya dalam soal mengetengahkan isu melibatkan orang Melayu.
    “Rata-rata perwakilan melihat bahawa pergorbanan yang dilakukan oleh Muhammad kepada parti selama ini perlu dihargai.
    “Kejayaannya memastikan kemenangan BN dalam beberapa pilihan raya kecil terutama di Kuala Berang harus diberi pertimbangan agar beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi,” kata seorang pemimpin kanan UMNO yang kecewa dengan kekalahan Muhammad.
    Malah kenyataan Muhyiddin bahawa beliau sedih Muhammad tidak ada dalam barisan naib presiden kali ini jelas membuktikan bahawa Muhammad masih diperlukan.
    Bagi Mustapa pula, kekalahan dalam pemilihan kali ini sudah pasti akan memberi pengajaran bererti kepada beliau.
    Tambahan pula melalui 1,059 undi ia menunjukkan bahawa perwakilan UMNO mengiktiraf keupayaannya untuk menjadi salah seorang tokoh dalam parti bagi membantu Presiden menyusun agenda yang lebih mantap untuk ekonomi orang Melayu.
    Apa pun keadaannya, para perwakilan telah membuat keputusan mereka dengan memilih pemimpin yang dilihat mampu bergandingan dengan Abdullah bagi meneruskan agenda Melayu.
    Tetapi apa yang pasti, ketiga-tiga mereka mempunyai tanggungjawab besar berdasarkan kepada amanah yang diberikan dalam satu pemilihan yang sering dianggap sebagai penentu corak kepimpinan negara masa depan.
    ______________________________________________________________
    1. kalau dilihat dari segi keputusan pemilihan agung umno 2004, yg menang mengikut jumlah undi (isa samad 1,507 undi, ali rustam 1,329 undi, muhyiddin yassin 1,234 undi).. yg hampir nak menang masa tu mat taib 1,177 undi, tok pa 1,059 undi. lepas tu.. masa pemilihan umno 2008, muhyiddin, ali dan mat taib brtanding timbln prsdn.. tapi, ali rustam pula kena gugur sebab politik wang, beli pencalonan.. maka lawanlah antara muhyiddin dan mat taib.. (masa tu tok pa brtnding MT je).. tgk2 kptsn..muhyiddin menang.. tok pa pulak menang MT dgn undi trtinggi..
    __________________________________________________________________
    24/09/2004
    Saya menang kerana popular, bukan politik wang- Isa
    25/09/2004 12:44 a.m.
    KUALA LUMPUR 24 Sept – Naib Presiden UMNO yang mendapat undi terbanyak pada pemilihan parti semalam, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menolak andaian kononnya beliau menang kerana politik wang, tetapi sebaliknya yakin beliau dipilih kerana lebih popular.
    Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang kini Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sejak awal-awal lagi beliau yakin akan menang satu daripada tiga kerusi yang dipertandingkan.
    “Saya tak tahulah pasal politik wang, tapi yang saya tahu orang pilih saya.
    “Bukan politik wang, saya memang yakin untuk menang kerana ke mana-mana saya pergi sebelum ini, sambutan perwakilan kepada saya amat baik.
    “Saya tak hadapi masalah pun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan agung UMNO di PWCT, di sini, hari ini.
    Mohd Isa menduduki senarai teratas dengan 1,507 undi mengatasi dua lagi pemenang, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan penyandang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).
    Tujuh calon bertanding jawatan itu.
    Empat calon yang kalah ialah penyandang, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad.
    Ramai yang menganggap pemilihan Mohd Isa dan Mohd Ali sesuatu yang mengejutkan kerana mereka tidak diramalkan sebagai calon pilihan.
    Mohamed Isa berkata, beliau tidak pernah menganggap dirinya sebagai calon bukan pilihan.
    “Tak tahulah kalau ada orang kata saya ini underdog,” kata Mohd Isa.
    Sementara itu, Mohd Ali berkata, beliau tidak jelas sama ada berlaku amalan politik wang seperti yang didakwa sesetengah pihak pada pemilihan parti kali ini.
    Beliau berkata, dakwaan itu sukar dibuktikan kerana hanya orang yang terlibat itu sendiri yang mengetahuinya.
    “Yang kita nampak, pemilihan telah berjalan dengan baik kerana kempen-kempen telah berlangsung dalam keadaan yang dibenarkan.
    “Jika ada yang terlibat (politik wang) orang itu sendiri akan mengetahuinya,” katanya kepada pemberita. – Bernama
    _________________________________________________________________
    ada sesiapa nak ulas artikel ni? daripada utusan malaysia ni.. bukan dicipta oleh saya..
    MAKA, ANDA SEMUA, RENUNG-RENUNGKANLAH…

  16. Komen saya adalah kalau pilih Tan Sri Isa untuk calon BN,BN masih belum belajar dari kesilapan lalu. BN is going to lose in the next general election, that’s what is going to happen. I would like to tell off Tan Sri Isa Samad to please back off and fade away….. Please do not be another Dr. Chua Soi Lek who was literally caught with his pants down. If Tan Sri Isa Samad loves UMNO as he claims, he must go now….

  17. Salam,
    Bagi orang Kedah Ulu zaman dahulu tentu depa ingat , bagan pinang
    terletak di Pulau Pinang!
    Kepada pengundi Bagan Pinang,:
    Wakil Rakyat sepatutnya adalah manusia yang terbaik dikalangan rakyat setempat untuk mewakili mereka. Mesti ada sifat amanah, ikhlas dan boleh berkhidmat dengan cemerlang. Jangan taksub kepada Parti seperti kebanyakann orang PAS. Tak ada gunanya UMNO menang pilihanraya jika pemimpinnya bermasalah. Tak ada gunanya BNasional menang PRU 13 nanti kalau pemimpin2 BNasional lebih bermasalah dari Pakatan Rakyat. Jangan memperjudikan nasib orang melayu dengan memilih pemimpin yang salah. Buka mata besar2, lihat dunia seluas2nya dari pelbagai sudut, jangan tertipu dengan kehidupan ini. Pilih calun yang membawa kebaikan jangkapanjang kepada saudara dan masyrakat setempat dan generasi akan datang untuk kehidupan dunia dan akhirat.
    ingatlah Pemimpin boleh bertukar ganti. Ramai orang UMNO, PAS dan PKR berebut2 nak jadi pemimpin. Kalau semua orang yakin alam akhirat, sudah tentu depa takut dan cuba mengelak dari dicalunkan menjadi pemimpin! Sekiranya dicalunkan juga, Depa bukan tawar diri tetapi terpaksa menerima atau memikul tanggungjawab sebab dicalunkan. La ni ramai nak jadi pemimpin sehingga ada yang tabur wang merata2 untuk dicalunkan. Yang tak de duit , taburkan air liur merata2 dengan pelbagai janji2. Alangkah baik nya jika dia taburkan wang untuk saham yang lebih besar dan kekal di akhirat dengan membelanja ke jalan Allah seperti untuk anak yatim dan sebagainya. .
    kita hanya rakyat biasa yang mengharapkan kebaikan bukan untuk diri kita dan keluarga sahaja tetapi juga untuk keseluruhan masyarakat dan seluruh negara. Orang Melayu mestilah memilih pemimpin sebaiknya2 memenuhi kesemua ciri2 yang telah ditetapkan Islam. Itu adalah kewajipan setiap orang yang mengaku dirinya beragama Islam.

  18. Salam Tun Mahathir,
    Selepas pemilihan Tan Sri Isa Samad Sebagai Calon Bagan Pinang ni.
    Kalau Tan Sri Isa Samad menang besar ke apa ke ?
    Pilihan raya yang Ke 13 orang UMNO akan lenyap dalam Malaysia ni.
    Mengapa dipilih orang yang sememang nama dah kotor ni ?
    Saya berumur 30an dan rakan – rakan sebaya saya semua sokong PR.
    Mereka cakap orang UMNO memang rasuah dan INI LAH BUKTINYA.
    Kesian kepada Tun Mahathir cuba untuk membersihkan UMNO tetapi orang UMNO lain masih mengotorkannya.
    Semoga Tun Mahathir sihat selalu.

  19. Tun,
    Nampaknys macam nasihat Tun di blog ini tidak akan dilayani oleh Najib and Muhyiddin Yassin. Tan Sri Isa Samad akan terus dicalonkan sebagai calon Umno dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.
    Apakah Tun tidak berpengaruhan lagi di Umno?

  20. Kesilapan terbesar UMNO adalah takut utk lakukan pembaharuan..Dpt di lihat UMNO begitu mengamalkan divisi..Jurang antara Org lama UMNO dgn Org baru Umno begitu ketara..Tidak hairanlah ramai anak-anak muda menyertai pakatan rakyat..Kebanyakan org2 muda tidak di beri peluang dlm tampuk kepimpinan dlm UMNO sendiri..Jelas UMNO sendiri yg tidak mahu berubah..

  21. Salam YAB dan Di Kasihi Tun,
    Tun, minta laluan…
    Saudara/i Bingo, terima kasih kerana sependapat dengan saya.
    Namun demikian, nampaknya penduduk Bagan Pinang & BN masih lagi TIDAK MAHU BERUBAH. Mereka masih lagi mahu menyokong calon yang sudah terang-terangan akan menjadi LIABILITI kepada BN/UMNO. Inilah yang dikatakan, TIADA BEBAN BATU DI GALAS. BN/UMNO masih lagi tidak belajar dari kesilapan lampau. Orang yang paling tidak bijak ialah orang yang sentiasa melakukan kesilapan yang sama berulang-kali. Biarkanlah..
    Sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk menasihati (secara percuma) kerajaan BN & UMNO. Harapan saya Tun tidak bersedih dengan KEDEGILAN dan KEBODOHAN yang ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin BN/UMNO & juga penyokong tegar Tan Sri Isa Samad. TUN SUDAH MELAKUKAN YANG TERBAIK. Saya amat menyanjungi Tun.
    ** Semoga Tun sekeluarga dirahmati Allah SWT **

  22. Salam Tun,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
    Seperti yang diduga, jelas sekali jentera BN dan UMNO masih lagi tak ambil iktibar dan pengajaran daripada kekalahan dan kesilapan lalu. Mungkin BN dan UMNO masih belum serik lagi ditewaskan oleh pembangkang pada pilihanraya kecil sebelum ini.
    Saya amat menyokong pendapat Tun, calon merupakan salah satu punca utama dalam menentukan kejayaan sesebuah parti. Sekiranya parti dah korup, tapi kalau ada ahli yang terpilih menjadi calon mempunyai rekod bersih, mungkin masih ada sinar dan harapan untuk menang. Tapi kalau dah parti pun korup, pilih pulak calon yang pernah korup, amatlah pelik sekali sekiranya masih ada rakyat atau pengundi yang mahu mengundi atau percaya kepada calon korup ini. Malah pemilihan calon korup ini juga dibuat mungkin berdasarkan kepada agenda tersembunyi daripada golongan-golongan yang amalkan dasar kronism dalam UMNO.
    Inilah uniknya UMNO pada masa kini selepas era pemerintahan ayahanda Tun sendiri. Lihatlah saja betapa ‘baik hati’ dan kaya dengan ‘sifat pemaaf’nya parti UMNO ini masih menerima golongan-golongan korup dan amalkan politik wang ini. Buktinya, UMNO masih lagi menerima bekas MB Selangor yang pernah gelapkan duit dan lari ke Australia (kalau salah tolong betulkan)….
    Malah lebih pelik, sifat pilih kasih atau dasar ‘double standard’ juga jelas ketara. Seorang menantu bekas pemimpin yang begitu berbangga dengan ijazah pendidikan Oxfordnya yang sudah dikenalpasti terlibat dalam politik wang, hanya diberikan amaran, sedangkan yang lain pasti digantung.
    Begitu juga dengan salah seorang ketua menteri yang juga didedahkan terlibat dalam gejala ini, hanya dikenakan tindakan pencalonan pemilihan MT UMNO ditolak, bagi memudahkan laluan kepada calon lain, tetapi jawatan ketua menteri masih lagi selamat. Strategi dan taktik sebegini mengingatkan saya kepada taktik dalam perlumbaan F1, ada pemandu terpaksa menyingkirkan diri sendiri demi beri laluan kepada rakan sepasukan atas arahan daripada ketua pasukan tersebut.
    Inilah hakikat sebenar tentang ‘keindahan parti UMNO’. Ucapan saya kepada calon BN, selamat berjuang dalam merosakkan parti dan galilah kubur parti anda sendiri.

  23. Masaalah rasuah dalam UMNO nii memang dah lama. Ianya bermula dari Bahagian dan Cawangan UMNO lagi. I think you should know Tun, dulu ahli UMNO will pay their monthly or yearly fees themselves tapi sekarang ketua Cawangan atau Bahagian will pay for their members..kalau cawangan nak adakan meeting tapi tak cukup orang..ketua akan bayar for the members to come for the meeting. How to stop money politics, god knows. I think it is impossible, to reduce, may be!!
    Selamat Hari Raya.
    Mdrose N Family.

  24. Salam Tun,
    1. Pada hemat saya, walau siapa pun yang UMNO letakkan sebagai calon pada pilihanraya kecil ini akan mengalami kekalahan; tidak kira samada mereka bersih atau tidak.
    2. Masalahnya di sini, gejala politik wang dan rasuah di kalangan ahli-ahli UMNO telah dibiarkan berleluasa sejak bertahun-tahun lamanya dan perkara ini telah lama menjadi buah mulut dan mendapat perhatian rakyat.
    3. Kegagalan UMNO dalam menghapuskan politik wang sejak sekian lama telah menyebabkan nama parti UMNO musnah reputasinya.
    4. Walaupun begitu, saya bersetuju UMNO perlu mengelak daripada meletakkan calon yang tidak dilihat tidak bersih kerana itu akan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap UMNO.
    5. Untuk memperbaiki kebarangkalian UMNO dan BN tetap memegang kuasa pada pilihanraya umum yang akan datang, pemimpin dan ahli-ahli UMNO keseluruhannya hendaklah mengubah ketrampilan diri mereka.
    6. Ingatlah bahawa majoriti orang Melayu terutamanya di kawasan luar bandar adalah dari kalangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Jika ketrampilan diri pemimpin dan ahli-ahli UMNO bercanggah dengan hakikat ini, maka kekalahan di masa hadapan bukanlah hanya andaian semata-mata.
    7. Akhir sekali, jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat, itulah jawapan untuk UMNO. Insyaallah.

  25. As’kum,
    Untuk makluman, sekiranya anda (chatest) bukan pengundi di DUN Bagan Pinang atau di Parlimen T. Kemang tak perlulah bersusah payah nak membuat sebarang spekulasi negatif yang panas. Saya dan rakan-rakan amat menghormati pandangan anda semua. Kami yang akan mengundi ini lebih memahami…. dan kami telah duduk berbincang dan meminta pendapat dengan kebanyakan orang terdiri dari pelbagai kaum yang ada di DUN kami ini. Jangan lihat dari jauh aje, marilah kesini untuk menilai sendiri. Sekiranya undi anda boleh dikira, barulah boleh mengeluarkan pendapat sedemikian.
    Jangan sesedap hati menulis seseorang itu bodoh atau menyuruh orang meletak jawatan. Harus diingat mereka juga adalah orang yang dipilih didalam undian oleh kami didalam negara yang demokrasi ini. Jika dilihat dari beberapa tempat pilihanraya – ramai yang mengundi disebabkan calon dan bukannya perkara lain.
    Harap maklum.
    Orang Telok Kemang

  26. salam tun…
    untuk renungan bersama..
    kalau lah DMI yang jadi calon.
    semasa tun dulu hanya satu negeri saja yang kalah iaitu kelantan.
    semasa DAB BN kalah 5 negeri ..iaitu kelantan.p pinang.kedah.perak.selangor.wilaayah.
    kalu lah dmi jadi calon maka tercapailah COGAN KATA YANG DILAUNGKAN OLEH PM KITA…..SATU MALAYSIA…daripada satu negeri ke lima negeri ke SATU MALAYSIA ….???????????

  27. Salam Sayang Tun
    Saya terpanggil utk berkongsi pendapat tentang pencalunan Tan Sri Isa utk DUN Bagan Pinang.
    Saya adalah anak Jati NS, malahan anak Jati DUN yang telah di terajui olehnya semasa zaman Tun dulu.
    Kalau tak silap saya hampir 21 tahun Tan Sri Isa memegang jawatan sebagai YB di pekan itu tapi apa kemajuan atau perubahan yang beliau telah buat?
    Pekan tu macam pekan hidup segan mati tak mahu.
    Orang macam ni kalau bagi kawasan mana sekali pun tak akan ada hasilnya.
    Pilihlah calun yang paling sesuai yang faham akan tanggunjawab dan ada misi serta arah tuju.
    Penggantinya pun sekarang 2X lima je,tak nampak batang hidung.
    Tak ade perubahan langsung,kadang2 malu nak mengaku itu kampung kita.
    Walaupun begitu saya masih bersama BN walau pun dah goyang sikit.Kalau di zaman Tun saya sentisa yakin terhadap BN dan UMNO kerana saya tahu Tun sebagai pemimpin ada visi dan misi.
    Nak jadi ahli UMNO pun susah sekarang ni.
    Tak tahu nak pergi kat mane?Nak tahu org kuat parti kat kampung,bolehlah tengok masa hari mengundi.Hari lain jangan harap!!
    Kalau ada hubungan dengan AJK, barulah dapat informasi.
    Kalau tidak, tahu2 sipolan bin sipolan jadi calun.
    Akhirnya, saya nak tengok muka baru yang bersih,ada misi dan visi,tahu hukum agama yang bertanding ti Bagan Pinang.
    Untuk Tan Sri Isa,borehat jo lah kat rumah.
    Sekali buat benda tak baik,akn dingat orang buat selama-lamanya.

  28. Assalamualaikum Tun, Memanglah, selepas saya baca, saya terlintas bahwa hari ini, bukan lagi masalah imej UMNO, tapi UMNo itu sendiri!
    Saya dapati, dari apa yang telah berlaku, UMNO ini semacam satu mesin transformer. Sesiapa yang masuk ke dalamnya boleh bertukar macam-macam, termasuklah sebagai pemimpin frankenstein, dr.jackyll and hyde, dan lain-lain lagi. (PS: tak payah sebut la ya, saya kira Tun pun tahu maksud saya siapa.)
    Yang menghairankan lagi, perkara ini tidak diingini, tetapi dibiarkan berlaku. Kalau di pasentren, tok guru dah sumpah murid yang begini, jadi mawas ke, berok ke, apa-apa je la.
    Inilah yang saya maksudkan bukan imej, tetapi jentera UMNO itu sendiri.
    Contohnya di Kelantan. Di peringkat bawah, UMNO dan PAS adalah sama. Mereka bekerjasama untuk dapatkan projek, tak kira projek PAS atau pun projek UMNO. Pemuda inginkan supaya UMNO tak menang, kerana susah dapat projek jika menang. Sebabnya, semua projek akan dipusatkan.
    Negeri lain saya tak pasti… dan saya bimbang, Tok Pa akan hilang magiknya kali ini jika tidak memperolehi jentera sokongan yang menyakinkan. apa yang berlaku hari ini ialah golongan ustaz dan imam sudah ada yang bosan dengan PAS.
    UMNO perlu ambil inisiatif bekerajasama dengan mereka. Ini kerana kakitangan awam Kelantan, masih belum menonjolkan diri sangat menentang kerajaan PAS atau N.Aziz. Maklumlah, situasi baru yang muncul dalam kekuasaan di Kelantan.
    Hari ini, semuanya haram, termasuklah UMNO. Tapi ambil duit tak apa, ambil projek tak apa… dan UMNO pula terpaksa teruskan agenda kerana kemiskinan dan Melayu di Kelantan.
    Ini seolah-olah suatu situasi yang cukup baik untuk wujudkan satu parti alternatif, seperti yang berlaku masa Datuk Nasir dulu.

  29. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    By bungatelukiAuthor Profile Page on September 27, 2009 7:13 AM
    Tun,
    Tun telah banyak kali meningatkan pemimpim2 dan juga ahli2 UMNO mengenai perkara ini tapi nampaknya semua tidak ambil kisah, tetap dengan amalan yang sama. Pilihanraya k 12 lalu adalah pilihanraya terakhir BN berkuasa, selepas ini BN akan hilang kuasa. Rakyat lebih, berkuasa. Lihatlah UMNO sekarang sudah tidak bermaya. Rata2 rakyat melayu bencikan UMNO. Mereka sokong PKR atau PAS. Cina pula tidak menyokong MCA lagi. Mereka pilih DAP atau PKR. MIC pula hanya untuk SAMY VELLU saja. Kaum India pilih DAP atau PKR. Dalam semua ini, PKRlah yang bertambah kuat. Semua Pemimpim2 UMNO patutlah di persalahkan dalam perkara ini. Nasi sudah menjadi Bubur.
    JIKALAU DITERIMA PANDANGAN ‘BUNGATELUKI’ MAKA NYA BOLEH LAH KAMI RAMALKAN BAHAWASA NYA PRESIDEN UMNO YANG TAKUTKAN BINI INI BESAR KEMUNGKINAN TIDAK AKAN MENDENGAR NASIHAT AYAHANDA TUN SUPAYA DIKETEPIKAN TS ISA SAMAD DARI KERUSI DUN N31..DAN JIKA TS ISA SAMAD YANG TELAH DIHUKUM OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO MASIH MENJADI PILIHAN BELIAU MAKA BOLEH LAH KAMI KATAKAN NAJIB RAZAK SUDAH HILANG AKAL DAN KEYAKINAN BAHAWA PARTI UMNO/BN MASIH RELEVAN DAN BOLEH DIBERSIHKAN DAN DIPULIHKAN UNTUK MENGEMBALIKAN KEYAKINAN DAN SOKONGAN RAKYAT PADA PRU 13.
    JANGAN2 ADA AGENDA TERTENTU, MAKA NYA ARAHAN ‘ROSE MONGOLIA’ (RM) YANG AKAN DIUTAMAKAN DARIPADA NASIHAT PEMIMPIN ULUNG ‘MELAYU MALAYSIA’ (MM)…APAKAH ADA ‘PERTALIAN'(AGENDA) DIANTARA ‘ROH MONGOLIA’ DAN ‘INTERNAL SECURITY ACT’ (ISA)???..
    ADO KO?..DEN NAK JUGA NIAGO ‘JIRAT’ CINO KEK NEGORI KITO JIKO LAKI EKAU LANTIK SI ISA JADI MENTERI BOSA GANTI MAT HASAN..TAK MUSTAHIL LAH..KALAU AHLI RASUAH (AR) MASIH KEKAL KM WALAU TELAH TERANG2 DIGUGURKAN SEBAGAI CALON TIM. PRESIDEN KERANA POLITIK WANG DIJADIKAN KAYU PENGUKUR!
    DEN DAH KATOKAN BANYAK KALI, RAKYAT NEGORI WARIKH DAH JEMU DAN JELAK DENGAN GELAGAT KEPIMPINAN UMNO YANG MEMBIAYAI MUKO KORAP JANTAN MACAM ISA DAN KJ DAN AR TU WALAU APA JUA ALASAN YANG TERSURAT MAHUPUN YANG TERSIRAT DIJADIKAN SEBAB..
    MAKA KAMI KATAKAN JIKA ISA SAMAD MENJADI PILIHAN SEBAGAI CALON BN DI PRK N31..UMNO/BN AKAN MENANG JADI ARANG DAN KALAH JADI ABU.
    KEPADA NAJIB RAZAK YANG KAMI KENAL SEJAK BELIAU BERLAJAR DI UK, KAMI KATAKAN ‘BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA’..
    JANGAN LAH DIGADAIKAN MARUAH PARTI KERAMAT TEMPAT BERLINDUNG NYA BANGSA MELAYU ZAMAN BERZAMAN KERANA TAKUTKAN BINI..
    JANGAN JADIKAN BURUK SANGKA KAMI SATU REALITI DENGAN MENCALONKAN ISA SAMAD UNTUK KERUSI DUN N31.
    JIKA BURUK SANGKA KAMI ADALAH SATU FITNAH MAKA DENGAN MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF DIDUNIA DAN DIAKHIRAT…
    ALFATIHAH, AMIN.

  30. Salam Tun,
    Najib dan majlis tertinggi UMNO dan BN Perlu melakukan apa yang terbaik untok UMNO & BN untok jangka masa panjang.
    Focus rakyaat dan semua pengundi adalah melihat UMNO dan BN Berubah tingkah laku dan cara mereka – terutama and penting adalah berkenaan Rasuah dan salah guna kuasa.
    Segala tindak tanduk UMNO & BN akan dikaitkan dengan hal ini.
    Masa semangkin suntok….

  31. Dear Tun,
    1. Mengikut cakap-cakap kedai kopi, ada ahli UMNO mahu TSI naik semula kerana tidak berpuashati dengan MB sekarang. Benar atau tidak saya tidak tahu. Kalau itu alasannya, saya merayu kepada ahli-ahli UMNO tersebut , janganlah kerana marahkan nyamuk kalian bela pula virus AH1N1.
    2. Saya rasa kebanyakan MB mahupun bekas MB masih bercita-cita untuk menjadi perdana menteri. Saya mungkin salah.
    3. Ya, memang benar, rasuah berleluasa dan sukar dibendung tetapi dalam kes TSI sudah dibuktikan. Mungkin perlu dibuktikan banyak lagi kes. Jangan buktikan kes kecil-kecil sahaja buktikan yang besar-besar juga.
    4. Adakah barisan alternatif dapat memastikan rasuah akan dapat dibendung??? I dont know, as of now , they keep complaining about the previous state government, what changes have they brought for the good of the people??
    5. Ya, memang benar, sekarang ini BA sudah menyediakan ‘Eulogy’ untuk perkuburan BN. DSN, you need Tun on this ,please learn from him how he manage to keep petrol and goods prices under control. Please dont learn from AAB how to increase prices many many times which causes the public to hate his administration. One of the many reasons apart from myriads of other issues the goods price play a big role for the common people. Orang biasa yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Which is why politicians should visit their constituencies and experience the life of the common people. If they say they are busy and do not have the time, they should not be politicians in the first place.
    6. Dear Tun, take care of yourself and your dear wife.
    7. Thank you for still caring for the country. May ALlah bless you.
    8. Dengan salam hormat.

  32. 1) Umno Telok Kemang tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka mereka untuk terus menamakan Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang walau hanya tinggal seminggu.
    Ketua Wanitanya Rohani Yaakob berkata pemimpin atasan Umno bagaimanapun berhak untuk memilih calon yang sesuai dengan mengambil kira pandangan bahagian berkenaan.
    “Kita sudah ada kata putus. Seluruh bahagian Teluk Kemang sebulat suara mahu Tan Sri Isa diletakkan sebagai calon,” katanya kepada Malaysiakini.
    2) Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Okt ini.
    3) Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
    Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian tersebut petang semalam yang dihadiri oleh 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian. Cuma seorang AJK tidak hadir
    Percalonan TS Isa Samad mencabar kredibiliti UMNO dan DSN untuk memperjuangankan anti politik wang dan rasuah dalaman UMNO. Kewibawaan UMNO terserah gagal sekiranya percalonan ini mendapat tempat percalonan.
    bagi yang menyokong mungkin menunggu memenuhi tengkolak masing2..
    KIta tunggu dan lihat sahaja kehancuran ….
    Wassalam

  33. Asalamualaikom TUN and pelayar blog Che Det, terutama sekali saya ingin ambil kesempatan ini uchapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada TUN dan Tun Siti Hasmah, serta semua pelayar blog Che Det semoga sentiasa diberkati Allah adanya.
    Selain itu saya ingin memberi sedikit pandangan di atas coment coment yang di berikan oleh KRISH di atas yang mungkin penyekong HINDERAF. Beliau merupakan saorang yang tak bertamadun dan sentiasa memberi koment yang negatif dan pendirian yang racist dan facist. I have never seen this guy giving any constructive comment up till now. Actually this guy is not fit to stay in malaysia and he should go back together with his family to his country of origin.
    He should at least be thankful to live in Malaysia whereby we have racial tolorence and peace.

  34. Salam Tun,
    Siapa yang akan jadi calon biarlah yang boleh buat kerja untuk bela rakyat. Jangan lepas menang muka calon yang menang pun jarang2 rakyat nampak. BN perlu berusaha berikan penekanan ke atas membela nasib rakyat. Masalah sosial seperti dadah, mencuri , buang bayi perlu dicari penyelesaian. Kalau dilihat di pelbagai tempat di Malaysia wakil-wakil rakyat masih gagal menyusun program-program bagi membaiki masyarakat ditempat-tempat mereka. Berita-berita dalam akhbar, TV tiap2 hari ada kes pembunuhan, rompakan , ragut, pecah rumah makin tinggi sangat menakutkan. Marilah kita bincang perkara-perkara seperti ini bagi membaiki keadaan yang sedang tenat.
    Program macam TV3 -Bersama Mu elok dicontohi , mencari orang-orang susah , boleh juga bantu wakil rakyat cari orang untuk dibantu. Dicadangkan buat program seperti itu bagi mencari penagih dadah untuk bantu mereka pulih atau memberikan khidmat nasihat supaya tidak jadi penjenayah. Banyak kes jenayah berpunca dari penagihan dadah.

  35. Dear Tun,
    I agree with (fadzil:September 24, 2009 11:53 PM)’s suggestions on the the functions of Jawatankuasa Displin UMNO:
    “Bukan hanya untuk memantau politik wang sahaja. Tetapi juga memantau ahli-ahli Umno yang mengamalkan budaya hidup tidak sihat seperti ahli yang kaki perempuan, kaki botol dan lain-lain yang bertentangan dengan amalan budaya hidup masyarakat Melayu dan Islam. Jika ada aduan maka jawatankuasa displin mesti menyiasat dan mendakwa.Buangkan ahli-ahli yang merosakkan parti. Biar sedikit ahli tetapi berkualiti. Sekarang ni banyak tetapi tidak berkualiti.”
    Then only the leaders/YBs are able to earn respect from the people unconditionally. They’ll be free from any blackmails and clean from money politics as there’s no negative issue from any angles at all time. Respect is earned..not forced or can be bought by money. Though money can buy votes, it cannot buy respect. Bought votes can ensure winners but eventually the bought voters will speak of it sooner or later especially when more money is counter-offered by the enemies inside or outside the party.

  36. Asalamualaikum…..setuju ngan kadok…yg terpenting pm hendaklah tegas teguh….mcm pm ke-4 dulu….dengar pendapat org tp kena selidik sendiri jugak…bukan ikut2 buta2…..bukan apa saya taknak darah saya duk mendidih sampai kepala kerana kerenah bangsa2 lain dlm negara nih(sesetengahnye lah kan na…)taknak jantung duk bergegar kuat duk fikir pasai kerja(maklumlahkan kerja ngan org…
    bisnes kurang maka kurang lah org..)

  37. Memang benar,kadang kala ada penyakit jumpa specialist,tak baik baik
    jumpa bomoh temberang bolih baik pula.Begitu juga pilihan raya.Yg bertopeng pun bolih menang.Yg mustahak dan perlu kita jaga bersama
    adalah kepentingan orang melayu/islam mesti diutamakan.Jangan hirau
    pandangan luar,sebab ia melemahkan kita.Mereka akan cakap kita racists,tidak meritrocracy,sedangkan niat mereka jelas.Mereka pandai
    main wayang.Kelemahan UMNO perlu diperbaiki.Bukan siapa salah,tapi apa salah yg perlu dilaksanakan.UMNO perlu ada satu suara,bukan huhahuha saja.Perlu ada bijaksana,yg berilmu,yg bolih menyampai satu tujuan.Untuk mendapat sokongan dan meratakan kelemahan kita sebelum kita ditakluki perlu juga Kerajaan mempelawa
    usahawan dari,Indoneisa terutama dari Padang,sejurus akan mendapat sokongan mereka dan melemahkan pembakang di tempat UMNO yg lemah.System Kerajaan Singa pun sama,dengan membawa masuk ramai dari China,melemahkan orang melayu dan jatuhnya UMNO ketika dulu.Melayu mesti banggun sekarang,bukan nanti.Satu cara kita melawan musuh bukan dengan berperang,tapi
    dengan bersatu padu,dan dengan sendirinya,melemahkan pihak musuh.
    Contohnya di timur tengah,apabila negara Islam tak bersatu,maka pihak musuh mengambil kesempatan.Serupa bila kita sembahyang bermakmum,di wajibkan saf rapat rapat.Memang benar nak menyatukan
    sesuatu memang payah,perlu bersabar,mesti banyak communicasi dari berterlengkah.UMNO, PAS perlu harus bertemu dengan kalimah ALLAH.
    Begitu juga negara Timur,yg perang sama sendiri,alangkah indah
    jika Malaysia pelawa mereka,jamu mereka,adakan perjumpaan Hari Raya tahap pertama untuk menyatukan umat Islam,tak perlu berperang dengan musuh kita.Semuanya ini perlu dengan kalimah ALLAH.Insaallah
    kita akan berjaya.

  38. MEREKA INI TERLALU BODOH HINGGA TAK TAU MEMBEZAKAN ANTARA KESALAHAN MENGKRITIK DGN KESALAHAN RASUAH
    MEREKA INI TERLALU BODOH HINGGA TAK TAU MEMBEZAKAN ANTARA ‘FRESH ORANGE’ YG ASLI DAN SEGAR SERTA BERKHASIAT DGN ‘ORANGE JUICE’ YG PALSU SERTA PENUH DGN PERASA SERTA PEWARNA TIRUAN DAN BAHAN PENGAWET YG MEMUDHARATKAN
    MEMANG KEDUA2NYA MINUMAN ORANGE..TAPI YG MANAKAH ASLI SERTA BERKHASIAT..DAN YG MANAKAH PALSU SERTA MEMUDHARATKAN ????
    ORANG NEGERI SEMBILAN…NABIL SLALU KATA…LU PIKIR LAAA SENDIRI..!!!

  39. Salam semua ,
    Sebenarnya kita mahukan beginilah cara seorang pemimpin yang bagus dari semua aspek terutama pandangan yang terbaik . Teruskan dengan pandangan yang terbaik dan membina . Saya doakan kesihatan Che Det akan sihat .
    Selamat Hari Raya dan Maaf zahir dan batin dari keluarga tercinta .

  40. Tun,
    Terima kasih kerana menajawab kenyataan tak berilmu Ketua Pemuda Umno dari NS dua tiga hari lalu. Perbandingan beliau berhubung pemecatan Isa Samad dan Tun hanya menunjukkkan betapa ceteknya ilmu beliau.
    Apapun rakyat menunggu siapakah calon UMNO kali ini.
    Silap langkah UMNO akan terus ditinggalkan orang melayu.
    Kata putus ditangan PM sekarang.

  41. Salam Tun;
    Memang susah untuk memilih pemimpin yang berkualiti berbanding kuantiti. Ramai pemimpin yang ada hanya pandai bercakap dan berpidato sahaja. Tetapi tin kosong(bunyinya nyaring tiada isi).
    Sebenarnya untuk memilih pemimpin perlukan calun yang ada ciri-ciri kepimpinan,iaitu gaya kepimpinan transaksi dan transformasi yang boleh medorong dan mengubah nilai kepada orang yang dipimpin.
    Pemimpin juga harus jujur dan benar-benar ingin berkhidmat untuk memperkasakan negara, bangsa dan agama.
    Ciri-ciri tersebut terdapat pada Tun. Dalam era Tun negara telah banyak dipacu kearah apa yang dikatakan Cemerlang Gemilang dan Terbilang.
    Pandangan Tun yang memfokuskan perancangan-perancangan yang jauh kehadapan seperti mana juga Lee Kuan Yuew berfikir terhadap nasib masa depan Singapura dan kelangsungannya.
    Berbalik kepada kaedah pemilihan pemimping seperti yang hangat diperkatan pada masa ini, maka garis panduan asas seperti diatas harus diambil kira.
    Kita tidak mahu pilih pemimpin yang selera besarnya apabila menang nanti sudah berkira-kira di dalam kepalanya untuk mengaut peluang-peluang yang ada bagi diri dan kuncu-kuncunya dan hanya sekidit dihulurkan kepada rakyat dan negara.
    Itu pun kerana ingin menutup mata rakyat saja. Kerakusan langsung tidak memikirkan apa yang harus dibuat untuk memperkasakan negara, bangsa dan agama di peringkat internasional khususnya.
    Moga-moga PM kita yang ada sekarang ini mempunyai citi-ciri seperti Tun, Lee Kuan Yew dan banyak lagi. Dimana dalam pemikiran dan gaya kepemimpinan mereka banyak memfokuskan kepada/kearah memertabatkan negara dan bangsa di mata dunia, agar bangun sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain didunia.
    Harap Tun dapat terus memberikan banyak buah fikiran dan usaha penggerak kearah memertabatkan negara walaupun tiada lagi dalam kerajaan.
    Sekian, salam sejahtera untuk Tun.

  42. Hajar,
    Saudari mempunyai pendapat yang sama dengan saya……… ternyata Noh Omar berfikiran cetek dalam hal ini, beliau hanya nak calon yang boleh memenangkan BN sahaja tanpa menyedari calon tersebut boleh menjadi liabiliti kepada BN nanti. Manakala ketua pemuda UMNO Teluk Kemang memang bodoh sampai tidak tahu membezakan antara dibuang kerana berbeza pendapat dengan dibuang kerana rasuah.
    Tidak salah saudari menyuara pandangan saudari dengan cara yang agak keras sedikit, kerana kadang – kadang pandangan yang keras ini lebih jujur dan ikhlas berbanding dengan pandangan yang lembut dan berlapik yang kadang – kadangnya tidak jujur dan tidak ikhlas.
    Nash,
    Saudara(I think so) masih belum pandai membaca sentimen pengundi lagi, saudara hanya berdasarkan pengamatan saudara. Tun adalah mastermind UMNO selama 22 tahun sebagai PM, join UMNO sejak tertubuhnya UMNO pada 1946 yang mana saya rasa saudara belum dilahirkan lagi kot. Mengenai PKR mempunyai banyak modal politik untuk menyerang BN, itu saya tidak nafikan, tetapi lupakah saudara yang BN juga mempunyai banyak modal politik untuk menyerang PKR, mungkin saudara tak tahu kot.

  43. SUKAR UTK MMPERCAYAI BETAPA BODOHNYA TAHAP PEMIKIRAN SESETENGAH PEMIMPIN UMNO DI ZAMAN MODEN INI..YG TIDAK TAHU MEMBEZAKAN ANTARA HUKUMAN DIBUANG PARTI KERANA KRITIKAN MEMBINA DGN KESALAHAN YG KOTOR/BUSUK/JENAYAH/JAHAT/MEMPERJUANGKAN TEMBOLOK SENDIRI
    INILAH IMEJ UMNO HARI INI..YG TIDAK MEMPERJUANGKAN PARTI/BANGSA MELAYU…TAPI SEKADAR MEMPERJUANGKAN INDIVIDU/MEMBODEK/MENGAMPU/MEMPERJUANGKAN TEMBOLOK SUKU SAKAT SENDIRI
    MEREKA INI HANYA TAHU MEMENTINGKAN KELOMPOK SUKU-SAKAT YG KECIL…TAPI MENIDAKKAN KEPENTINGAN/HASRAT 1 RUMPUN BANGSA MELAYU
    INILAH SIKAP YG MEMBUNUH MINAT BANGSA MELAYU KPD UMNO. MELAYU HARI INI BUKAN MENYOKONG PEMBANGKANG…TAPI MELAYU HARI INI HANYA ADA 1 MISI IAITU..PASTIKAN UMNO BERKUBUR DI DALAM TEMBOLOK PEMIMPIN2 YG TIDAK BERAKHLAK SPT INI

  44. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    By othmanzainalAuthor Profile Page on September 25, 2009 1:13 PM
    ..
    Pemilihan TS Isa Samad sekiranya menjadi reliti adalah di kira satu jalan mudah untuk UMNO mencari kemenangan di Bagan Pinang; dan dengan hanya mengharapkan populariti beliau tanpa imej yang bersih …KALAU ISA SAMAD TIADA AGENDA PERIBADI, KENAPA TAK DIA BERUNDUR DARI DICALONKAN DAN MENGGUNAKAN POPULARITI NYA DI KAWASAN TELUK KEMANG MENENTUKAN KEMENANGAN CALON ‘BERSIH NAWAITU’ PILIHAN PUCUK PIMPINAN?.. YANG AKAN MENDAHULUKAN KEPENTINGAN RAKYAT DARI KEPENTINGAN PERIBADI YANG TELAH DIBAYANGKAN OLEH ISA MELALUI KETUA PEMUDA NYA BARU2 INI..
    IT WILL BE A WIN, WIN SITUATION..IF ISA SAMAD ‘DECLINED’
    RAKYAT MENDAPAT WAKIL YANG BERSIH DAN BERKEMAMPUAN DAN ISA SAMAD DAPAT KEMBALIKAN MARUAH NYA.
    Rata rata yang menyokong TS Isa Samad adalah penyokong beliau ataupun dahulu nya musuh yang sudah menjadi penyokong di sebabkn usaha mereka meraka ini untuk menjatuhkan Datuk Seri Utama Mohamad Hj Hasan, MB NS sekarang.
    SEBENARNYA TEPAT JANGKAAN SDR. OTHMAN ZAINAL DAN SEBAB ITU LAH KETUA PEMUDA TELUK KEMANG BERMATIAN HENDAK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH KONON NYA PERCALONAN KETUA NYA YANG SANGAT POPULAR DIKALANGAN PENGUNDI AKAN MENJAMINKAN KEMENANGAN BN DI N31..
    IT WILL BE A ‘MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU’ SITUATION..
    KEMENANGAN AKAN MEMBERI ISA SAMAD DAN KUNCU-KONCO NYA LALUAN MENJATUHKAN KEPIMPINAN YAB PAK MB SUPAYA APA JUA SAKI BAKI HARTANAH SEPENINGGALAN ISA SAMAD SEMASA DIA MENJADI MB DAHULU DAPAT DIRACEK2KAN NYA SEKALI LAGI BERSAMA KUNCU-KONCO NYA..SAMPAI PUNAH NEGORI WARIKH DEN DIBUEK NYA?..
    ‘DARI TELUK KEMANG HINGGA LAH KE SEPANG..DAH ABIH DIRACEKNYA… TAK CUKUP LAGI KE?
    TO ISA SAMAD DEN NAK NASIHATKAN..BERUNDURLAH DARI POLITIK DAN MULAKAN MENCARI ARAH MEMAJUKAN TAMAN ‘FIRDAUSI’ WARIKH SENDIRI. JANGAN ASYIK NAK CARI JALAN MAJUKAN TAMAN ‘NIRVANA’ KIBLAT ‘KEPALA AGUNG’ KIBLAT NYA..
    ALFATIHAH, AMIN.

  45. Tun,
    Apa pandangan Tun mengenai permohonan KIMMA menyertai BN? Wadah perjuangan orang Melayu dan Islam mestilah menerusi UMNO. Kalau KIMMA nak menyertai BN, mestilah melalui UMNO, mengapa kita harus mempunyai 2 parti politik yang berlainan bagi mewakili orang Melayu/Islam. Definasi orang Melayu dalam perlembagaan persekutuan amat jelas sekali dalam artikel 160, oleh itu ahli KIMMA layak untuk menyertai UMNO. BN haruslah fikir masak – masak sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya, survival dan masa depan orang Melayu haruslah diambil kira ketika mempertimbangkan permohonan tersebut. Orang Melayu telah berpecah ketika tertubuhnya PAS dan Semangat 46, oleh itu jangan jadikan KIMMA sebagai kuman yang lama – lama dan akhirnya menjadi penyakit kepada UMNO dan BN. Jadi oleh itu permohonan KIMMA untuk menyertai BN haruslah ditolak.
    Hati kecil saya mengatakan mereka ini hanya ingin mendapat kuasa politik sahaja kerana tahu peluang mereka sukar jika menyertai UMNO.

  46. Salam hormat,
    Yang Amat Berbahagia Tun,
    1. Moga Tun sekeluarga sihat hendaknya.
    2. Sejak kebelkangan ini, Tun sering “mengasak” bekas rakan baik Tun, Dato’ Seri S. Samy Vellu agar beliau berundur dari jawatan Presiden MIC.
    3. Menurut Tun, Samy menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.
    4. Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan Tun tersebut.
    5. Tetapi, apa pula pendapat Tun tentang pemimpin-pemimpin parti komponen lain seperti pemimpin MCA.
    6. Adakah Tun bersetuju dengan tindakan Presiden MCA, Ong Tee Keat menyingkir Timbalannya, Chua Soi Lek atas alasan moral.
    7. Semua orang tahu ada isu yang membelenggu Presiden MCA tersebut disebalik tindakannya memecat Dr. Chua. Apa lagi jika bukan PKFZ.
    8. Akhirnya, timbul perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli-ahli MCA.
    9. Ia turut menggugat sama BN.
    10. Tidakkah kedua-dua pemimpin ini (Tee Keat dan Soi Lek) juga liabiliti kepada BN?
    11.Keduanya-duanya kotor di mata orang ramai dan begitu buruk pada persepsi rakyat. Seorang terlibat dengan seks, seorang lagi korup.
    12. Wajarkah kedua-duanya berundur bersama-sama Samy Vellu?

  47. Salam hormat YTH Ayahanda Tun M,
    1. Di mas sekolah rendah dahulu saya sering membaca pantun berbunyi seperti ini:”Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokan, saya budak baru belajar, jika salah tolong tunjukan”.
    2. Saya rasa di kalangan kita ada yang tidak mahu belajar. Dalam akhbar baru-baru ini ada menyatakan…ramai yang kurang membaca…
    3. Kemenangan di Bangan Pinang, hanya dari calun yang berkelibar, berpengetahuan, bersih, cekap dan amanah.
    4. Tidak di nafikan TS Isa sangat terkenal. Terima kasih atas perjuangan beliau semoga Allah yang akan memberkati jasa TS Isa. Tetapi jangan kita menaruh nasib UMNO dengan situasi delima ini.
    5. Ingat pepatah Melayu: Itik di air mati kehausan, ayam di kepok mati kelaparan.
    Sekian, terimakasih

  48. TUN JUGA HARUS INGAT BAHAWA PEMIMPIN YANG TIDAK RASUAH SAHAJA TIDAK CUKUP UNTUK MEMBERSIHKAN PARTI UMNO. PARTI UMNO HARUSLAH DILEBURKAN TERUS KARATNYA DENGAN MEMUSNAHKAN PARTI ITU DALAM RELAU PELEBUR BESI ATAU DENGAN KATA LAIN TUKARKAN PARTI ITU DENGAN PARTI BARU SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH “MAKKAL SAKTI” BAGI MENGGANTIKAN MIC. APAKAH PEMIMPIN DAN AHLI UMNO TAKUT UNTUK BERBUAT SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH BEKAS PEMIMPIN HINDRAF? APAKAH PEMIMPIN UMNO BEGITU TAKSUB DENGAN UMNO SEHINGGA BEGITU TAKUT UNTUK MENGORBANKAN PARTI ITU? ATAU PEMIMPIN UMNO MENGANGGAP BAHAWA UMNO ADALAH TUHAN MEREKA(TUHAN ORANG MELAYU) SEHINGGA BEGITU TAKUT UNTUK MENDERHAKAINYA. JIKA PARTI UMNO TIDAK SANGGUP MENGORBANKAN PEMIMPINNYA YANG RASUAH APAKAH IA AKAN TERUS MELINDUNGI PERASUAH DAN MAMPUKAH IA TERUS DITERIMA SEPANJANG ZAMAN DENGAN IMEJ SEDEMIKIAN? BAGI SAYA, ADALAH LEBIH BAIK UMNO TERUS KEKAL BEGITU AGAR IA DAPAT DIKUBURKAN ATAU DILEBURKAN OLEH RAKYAT BUKAN PEMIMPINNYA.

  49. Salam Dr M
    We got better world wide coverage for caning Kartika and for parading a cow head. No need to spend any money…free coverage. Soon, we will have Anwar’s sodomy trial and get free worldwide coverage. So why need F1?

  50. The Government is planing to raise electricity, water and petrol prices. Giving excuses that they need the revenue. Increase toll rates almost every bloody year and can complain about the compensation they need to do if they don’t increase the toll. After, that can afford to buy Submarine, the Angkasawan saga, build 5 Star police stations, then bail out PKFZ with billions. Now, we have this bullshit. Proton can’t even produce real cars with quality. Almost all the models look like they were meant to be toys and they have the cheek to participate in F1. Why not spend the damn money extending the monorail, LRT, KTM Komuter or even build the second Penang bridge. We need to fix this issues which affects the man on the street. But, you guys will never listen to the man on the street. Talking shit day in and day out.

  51. SALAM KEMBALI KEPADA TUN BERDUA MOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T.
    RIMBA EMAS RASA TIDAK LEWAT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA TUN DAN SEMUA KOMENTAR RUANGAN INI.KERANA MENYAMBUT LEMBARAN INI RIMBA EMAS TERLEPAS BEBERAPA PERKARA KERANA MERAYAI SILATURRAHIM KELUARGA TERDEKAT.
    1) PADA HARI RAYA KETIGA KETIKA RIMBA EMAS BERSAMA ABANG UNTUK MEMBELI IKAN (BERBISIK)DI KUALA MUDA KEDAH,KAMI ADA TERLINTAS BERBICARA SOAL SEORANG CALON YANG DISEBUT MEWAKILI BN UNTUK KAWASAN INI.
    2) KATA ABANG SAYA DIA PERNAH BERSEMUKA DENGANNYA DAN PERWATAKANNYA MESRA DAN ADA CIRI DAPAT BERGAUL DENGAN ORANG YANG TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PARTI.
    3) MEREKA YANG BERWATAKAN SEPERTI INI SELALUNYA DAPAT MEMEGANG KEPADA PRINSIP KEBENARAN DAN RELA MEMPERTAHANKANNYA WALAUPUN BERLAKU KEPADA DIRINYA SENDIRI.
    4) KEBENARAN TIDAK BOLEH DIJUAL BELI MAKA SEGALA UJIAN INI DAPAT MEMPERTINGKATKAN KEIMANAN SESEORANG DENGAN YANG MAHA BERKUASA IAITU ALLAH S.W.T.
    5) CALON BN AKAN DAPAT MEMPERTAHANKANNYA JIKA CALON LAWAN TIDAK BERTINDAK AKRESIF TERHADAP PENAMBAHAN PENGUNDI BARU MEMIHAK KEPADA MEREKA.SEMUANYA BERGANTUNG KEPADA BILANGAN PENGUNDI BARU TERHADAP PENGUNDI LAMA PADA PRU-12 DAHULU.
    6) SEPERTI YANG PERNAH RIMBA EMAS ULAS TERDAHULU SUASANA KEMERIAHAN MENYAMBUT CALON KETIKA PENAMAAN CALON BUKAN GAMBARAN BUKTI KEMENANGAN, SEBALIKNYA KEMENANGAN ADALAH DISEBALIK TABIR DI SENARAI NAMA -NAMA PENGUNDI LAMA DAN BARU YANG SANGGUP KELUAR MENGUNDI PADA HARI MENGUNDI.
    7) ADAKAH PENGUNDI ITU MASIH HIDUP,SIHAT,BEKERJA,SIAPA YANG MENJAGA MAKAN MINUM MEREKA,DI BANTU OLEH MAJIKAN TEMPAT MEREKA BEKERJA,KEBANYAKAN DIBANTU RAKAN TUALAN SAKIT ATAU MATI.?? ADAKAH MEREKA INI SANGGUP MEMANGKAH ORANG YANG PERLU DI MINTA PERTOLONGAN
    MELALUI PERANTARAAN SERTA KADANG-KADANG..??
    8) SEMUA INI HANYA ALLAH S.W.T YANG TAHU JAUH KEDALAM HATI NURANNI
    SESAMA MANUSIA, TEPOK DADA TANYA IMAN.
    WALLAHUA’LAM

  52. Salam Tun,
    Saya rasa dah banyak dah kita bercakap tentang UMNO dan BN tapi tak nampak apa yang berubahnya. Contohnya mengenai cadangan kerajaan untuk hapus kemiskinan tegar menjelang 2010. Tengok kat senarai org yang dikatakan miskin tegar betul ke mereka ni miskin tegar atau saja mengaku miskin kerana nak rampas hak mereka yang betul-betul miskin dan perlu diberi bantuan? Yang jelasnya ramai ahli UMNO atau penyokong UMNO yang tidak layak mengambil kesempatan ke atas Kerajaan. Natijahnya niat yang baik tapi pelaksanaan yang korup menyebabkan mereka yang benar-benar layak merasa tersisih sementara ahli UMNO dan penyokong yang kurang ‘power’ rasa mereka diabaikan oleh parti yang mereka sokong kerana tak dapat peluang sebagaimana kawan-kawan mereka yang lain…Susahnya nak cari pejuang UMNO yang tulin masa kini.. semuanya harapkan dapat habuan. Semoga Allah swt selamatkan UMNO dan mencucurkan hidayah ke atas pemimpin dan ahli-ahlinya. Ameen.

  53. Tun,
    Tun telah banyak kali meningatkan pemimpim2 dan juga ahli2 UMNO mengenai perkara ini tapi nampaknya semua tidak ambil kisah, tetap dengan amalan yang sama. Pilihanraya k 12 lalu adalah pilihanraya terakhir BN berkuasa, selepas ini BN akan hilang kuasa. Rakyat lebih, berkuasa. Lihatlah UMNO sekarang sudah tidak bermaya. Rata2 rakyat melayu bencikan UMNO. Mereka sokong PKR atau PAS. Cina pula tidak menyokong MCA lagi. Mereka pilih DAP atau PKR. MIC pula hanya untuk SAMY VELLU saja. Kaum India pilih DAP atau PKR. Dalam semua ini, PKRlah yang bertambah kuat. Semua Pemimpim2 UMNO patutlah di persalahkan dalam perkara ini. Nasi sudah menjadi Bubur.

  54. Yes Tun,
    You are correct. Better sweeping these bunch of corrupt people from the party (like Indonesia do to our Malaysia citizen at INDON). If not we can say hi hi bye bye to UMNO/BN in the GE13. Just my 2 cents opinion.

  55. SALAM KEPADA TUN;
    Saranan macamana kita mengembeleng ke arah 1 Malaysia;
    1. Sistem Pendidikan
    Untuk menghapuskan sekolah jenis kebangsaan tamil atau cina mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana isu-isu politik akan dimarakkan dengan emosi perkauman setiap kali sistem pendidikan satu aliran baru hendak diketengahkan. Walaupun ahli-ahli politik ini tahu cuma orang melayu yang memerintah Malaysia ini cukup berkompromi jika dibandingkan negara Asia lain sekolah-sekolah beridentitikan bangsa pendatang tidak ada tempat contohnya thailand, indonesia hatta singapura sekalipun. Kalau di Thailand nama pun kena nama Siam, manakala di Indonesia menjadi kebiasaan bangsa Cina bernama Indonesia, lihat saja Rudy Hartono, dll.
    Oleh itu kita perlu innovatif di dalam sistem pendidikan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bangga menjadi rakyatnya, yang akan memperkenalkan saya Melayu Malaysia, Cina Malaysia atau India Malaysia. Tidak perlu kita terpesona untuk menjadi bangsa Malaysia kerana tiada di dalam sejarah, bangsa dan negara sesuatu yang berbeza. Kita perlu mengurangkan perasaan curiga dengan meningkatkan persefahaman yang paling berkesan melalui memahami bahasa yang digunakan.
    Kalau boleh;
    Tahun 1 – 3, diajar bahasa utama iaitu, Bahasa Melayu, English, Mandarin dan Tamil bersama matematik asas. Rasa-rasanya budak-budak kecil lebih cepat mengingati perkataan=perkataan baru walaupun tahap pemahaman tidak setinggi orang dewasa.
    Tahun 4-6, barulah didedahkan dengan sains, sejarah dan geografi.
    Pada peringkat ini tahap kefahaman kanak-kanak sedang berkembang. Bagi perempuan proses akil baligh dan lelaki pula di dalam proses menyesuaikan diri walaupun kematangan agak lambat berbanding perempuan.
    Kelas KAFA (sesi petang atau pagi, di luar waktu persekolahan kebangsaan) – perlu diteruskan untuk murid-murid Islam dan dibuka pada anak-anak bangsa lain yang berminat memahami amalan Islam itu sendiri supaya sekiranya orang Islam ingin melaksanakan hukum Islam tiadalah bantahan. Bukan Islam tidak perlu tertakluk pada hukum Islam cuma mereka akan terikat pada undang-undang sivil. Kalau ada agama lain ingin mempraktiskan hukum agama mereka, maka kerajaan perlu memberi kelonggaran dengan syarat kes-kes adalah terhad di kalangan mereka sahaja, iaitu tidak membabitkan agama lain atau hak awam. Misalnya jika mencuri atau merompak sesama kristian, apakah hukumannya, jika tidak ada kena hukuman sivil, tetapi kalau mencuri hak orang Islam maka hukumnya kenalah potong tangan seperti yang dikenakan pada orang Islam, bagi orang Islam jika mencuri tetap dipotong tangan walaupun mencuri harta orang beragama lain. Tetapi kalau mengikut kristian yang mencuri itu diberi bantuan supaya tidak mencuri lagi, maka masyarakat kristian tadi hendaklah dibenarkan dengan pembiayaan mereka sendiri. Saya rasa lama-lama tidak ramai orang Islam yang mencuri begitu juga yang beragama lain untuk mencuri harta orang Islam kerana takut dipotong tangan. Kalau terpaksa mereka mencurilah harta orang yang bukan Islam. Bagi si bukan Islam pula mereka mungkin memeluk Islam kerana merasa lebih selamat. Islam tidak akan menghukum kalau mencuri itu kerana lapar, tetapi kalau kerana nak beli dadah, berhibur atau malas berkerja maka layaklah mereka itu dipotong tangan. Bayangkan pemilik kedai emas yang nyawa sentiasa terancam sesudah puluhan tahun mengumpul harta tiba-tiba miskin sekelip mata sebab dirompak, perompak pula menjadi kaya tanpa berusaha. Apakah hukum potong tangan itu zalim?
    2. Keadilan ekonomi
    Sebenarnya perebutan hak ekonomilah yang menyebabkan ketidakpuasan hati sesuatu kaum. Dasar-dasar yang dahulunya dipersetujui sekarang telah dipersoalkan. Bila bangsa lain mula membangkitkan soal DEB dan bumiputera maka orang melayu membalasnya supaya dikaji pemberian warganegara. Jika tidak dikawal maka hancurlah perpaduan yang dipupuk sebelum dan selepas merdeka. Maka betullah cakap penjajah kita tidak mampu bertahan lama, lambat laung akan timbul sengketa.
    Saranan saya;
    1. Pemberian warganegara termasuk taraf penduduk tetap diperketatkan supaya keseimbangan kaum yang ada sebelum ini tidak terjejas.
    2. Kalau dikira bumiputera baru menguasai 10% ekonomi negara maka yang 90% lagi oleh bukan bumiputera. Secara mudahnya pelaksanaan DEB telah gagal mencapai angka 30%. Tetapi bukannya dasar tidak baik tetapi pelaksanaan cuma berlingkar kepada ekonomi yang dikawal oleh pihak kerajaan. Regulasi perolehan bertaraf bumiputera cuma dikenakan untuk projek kerajaan dan syarikat GLC sahaja tetapi tidak pada syarikat swasta yang mungkin menguasai pasaran ekonomi sehingga 90%. Barang diingat sampai bilapun angka 30% tadi tidak mampu dicapai melainkan regulasi DEB tadi diarahkan sekali pada swasta. Insentif baru diberi kepada syarikat milik penuh bumiputera, perkongsian bersama bumiputera dan bukan bumiputera, serta perkongsian muhibbah iatu mengambil kira komposisi semua kaum di Malaysia. Insentif berbentuk potongan cukai, kemudahan lesen import dan eksport, kemudahan pajakan tanah untuk dimajukan, keutamaan kontrak, pecahan peratusan kontrak yang dikategorikan untuk definisi syarikat tersebut hendaklah diberi mengikut kiraan yang membolehkan kekayaan negara dikongsi sama rata oleh semua kaum di Malaysia. Regulasi kepada pihak swasta ialah di dalam bentuk insentif potongan cukai sekiranya peratusan tertentu kontrak syarikat mereka di subkontrak pula kepada syarikat-syarikat tadi. Suasana menang-menang akan mempercepatkan integrasi ekonomi yang lebih mantap dan menjurus kepada kesan lebih meluas keatas kesemua kaum di Malaysia. Kelebihan orang India Malaysia ialah mengembangkan ekonomi ke India, begitu juga China ke tanah besar China dan Melayu Islam ke negara Islam Timur Tengah. Kita harus menggunakan perbezaan secara positif sekira digunakan sebaliknya maka semua rakyat Malaysia yang akan rugi.
    Bagi mengurangkan ketirisan, monopoli bekalan barangan hendaklah dihapuskan. Ini boleh dibuat dengan melantik sebuah GLC atau firma di bawah seliaan kerajaan yang boleh memberi kredit kepada syarikat yang mendapat kontrak kerajaan atau swasta. Kredit ini hendaklah berbentuk bekalan barangan, yang mana pembayaran mengikut invois harga barangan dibuat terus ke akaun GLC ini oleh pihak pelangan bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak syarikat yang mendapat kontrak tadi. Pinjaman kewangan adalah dari institusi bank dibuat mengikut ‘escrow account’.
    3. Pengunaan IT
    Urusan perniagaan atau permohonan lain yang mengelakkan urusan secara berdepan boleh menghindarkan rasuah. Segala permohonan menerusi online perlu dipertingkatkan, kelulusan dipercepat dan kecekapan yang tinggi mengelakkan pembaziran sumber. Pertumbuhan ekonomi lebih pesat kerana tiada duit kopi, harga barangan lebih murah, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
    Teringin juga menjadi sebahagian daripada agensi pelaksana dasar 1 Malaysia. Pembangunan dan keadilan hak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tetapi ada cara yang boleh dibuat tanpa mengubah status quo sebelum merdeka.
    Kepada semua pimpinan Najib, Tun, TGNA, TGHH, Anwar, LKS, dsb, hidup hanya pinjaman, kita mati tiada satupun yang dibawa melainkan amalan yang baik, sedekah jariah dan anak yang soleh. Jadi berbuatlah kebaikan, bersedekahlah kerana di dalam hartamu ada hak orang miskin dan didiklah anak menjadi yang soleh yang akan mendoakan kita. Kepada anak-anak yang berbapa tetapi juga sudah menjadi bapa, tiada guna kekayaan bertimbun kalau tiada iman, halal haram hendaklah diambil kira, harta berjuta belum tentu boleh makan berpinggang, entah-entah banyak pantang tak boleh makan.
    Sekian wassallam

  56. Assalamualaikum wmt wbt
    Yg Berbhg Sir Tun Mahathir,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahit & Bathin…
    1. Mengenai UMNO, memang tak dapat dinafikan satu transformasi yang positif mesti dilakukan. Tetapi bagaimana?
    2. Kemenangan UMNO terletak pada cara pemimpin UMNO memimpin parti yang selama ini menerajui negara. Rakyat percaya dan yakin akan pucuk pimpinan Pemimpin UMNO. Akhir2 ini, kepercayaan rakyat terhadap parti UMNO telah menurun disebabkan oleh pemimpin UMNO juga.
    3. Cara serta pentadbiran UMNO telah banyak dirosakkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang tidak bertanggungjawab dan lebih mementingkan diri sendiri, ghairah dengan projek2 serta banyak salahlaku.
    4. Ketua2 Bahagian / Cawangan tidak memainkan peranan sepertimana yang diharapkan. ADUN & Wakil Rakyat hanya tahu bercakap tetapi tidak melakukan kerja. Masalah rakyat tidak selesaikan dengan baik, malahan ada yang tidak dipedulikan langsung. Rakyat dipermainkan oleh mereka ini.
    5. Hanya bila hampir Pilihanraya, barulah mereka turun padang dan menghampiri rakyat. Baru menunjukkan muka dan ingin bertanya permasalahan rakyat. Baru dilakukan pembangunan dan sebagainya. Inikah cara Ketua2 Bahagian / Cawangan bekerja dan melaksanakan tanggungjawap?
    6. Rakyat mahu percaya dan yakin pada UMNO tetapi adakah pemimpin2 UMNO semua dapat memberikan keyakinan tersebut kepada Rakyat?
    7. Masanya sudah tiba untuk semua ahli2 UMNO yang memegang jawatan2 tertentu berfikir untuk ORANG MELAYU…Jangan terlalu memikir untuk diri sendiri dan mengejar pangkat, kedudukan, status dan kemewahan dengan berpihak diatas landasan PARTI UMNO.
    8. UMNO adalah satu parti yang berjaya diwujudkan sebab rakyat selama ini telah memberi kepercayaan kepada Pemimpin yang menerajui UMNO. UMNO adalah parti untuk orang Melayu.
    9. Jadi, pemimpin2 UMNO semua, laksanakan tanggungjawab demi untuk orang Melayu dengan IKHLAS DAN JUJUR.
    10. Jangan jadi ‘PEMIMPIN YANG MUDAH LUPA…’
    Sekian. Wassalam
    Ikhlas,
    Farouk Hussain
    Ahli UMNO – 2951848

  57. SALAM KEPADA TUN;
    Saranan macamana kita mengembeleng ke arah 1 Malaysia;
    1. Sistem Pendidikan
    Untuk menghapuskan sekolah jenis kebangsaan tamil atau cina mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana isu-isu politik akan dimarakkan dengan emosi perkauman setiap kali sistem pendidikan satu aliran baru hendak diketengahkan. Walaupun ahli-ahli politik ini tahu cuma orang melayu yang memerintah Malaysia ini cukup berkompromi jika dibandingkan negara Asia lain sekolah-sekolah beridentitikan bangsa pendatang tidak ada tempat contohnya thailand, indonesia hatta singapura sekalipun. Kalau di Thailand nama pun kena nama Siam, manakala di Indonesia menjadi kebiasaan bangsa Cina bernama Indonesia, lihat saja Rudy Hartono, dll.
    Oleh itu kita perlu innovatif di dalam sistem pendidikan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang bangga menjadi rakyatnya, yang akan memperkenalkan saya Melayu Malaysia, Cina Malaysia atau India Malaysia. Tidak perlu kita terpesona untuk menjadi bangsa Malaysia kerana tiada di dalam sejarah, bangsa dan negara sesuatu yang berbeza. Kita perlu mengurangkan perasaan curiga dengan meningkatkan persefahaman yang paling berkesan melalui memahami bahasa yang digunakan.
    Kalau boleh;
    Tahun 1 – 3, diajar bahasa utama iaitu, Bahasa Melayu, English, Mandarin dan Tamil bersama matematik asas. Rasa-rasanya budak-budak kecil lebih cepat mengingati perkataan=perkataan baru walaupun tahap pemahaman tidak setinggi orang dewasa.
    Tahun 4-6, barulah didedahkan dengan sains, sejarah dan geografi.
    Pada peringkat ini tahap kefahaman kanak-kanak sedang berkembang. Bagi perempuan proses akil baligh dan lelaki pula di dalam proses menyesuaikan diri walaupun kematangan agak lambat berbanding perempuan.
    Kelas KAFA (sesi petang atau pagi, di luar waktu persekolahan kebangsaan) – perlu diteruskan untuk murid-murid Islam dan dibuka pada anak-anak bangsa lain yang berminat memahami amalan Islam itu sendiri supaya sekiranya orang Islam ingin melaksanakan hukum Islam tiadalah bantahan. Bukan Islam tidak perlu tertakluk pada hukum Islam cuma mereka akan terikat pada undang-undang sivil. Kalau ada agama lain ingin mempraktiskan hukum agama mereka, maka kerajaan perlu memberi kelonggaran dengan syarat kes-kes adalah terhad di kalangan mereka sahaja, iaitu tidak membabitkan agama lain atau hak awam. Misalnya jika mencuri atau merompak sesama kristian, apakah hukumannya, jika tidak ada kena hukuman sivil, tetapi kalau mencuri hak orang Islam maka hukumnya kenalah potong tangan seperti yang dikenakan pada orang Islam, bagi orang Islam jika mencuri tetap dipotong tangan walaupun mencuri harta orang beragama lain. Tetapi kalau mengikut kristian yang mencuri itu diberi bantuan supaya tidak mencuri lagi, maka masyarakat kristian tadi hendaklah dibenarkan dengan pembiayaan mereka sendiri. Saya rasa lama-lama tidak ramai orang Islam yang mencuri begitu juga yang beragama lain untuk mencuri harta orang Islam kerana takut dipotong tangan. Kalau terpaksa mereka mencurilah harta orang yang bukan Islam. Bagi si bukan Islam pula mereka mungkin memeluk Islam kerana merasa lebih selamat. Islam tidak akan menghukum kalau mencuri itu kerana lapar, tetapi kalau kerana nak beli dadah, berhibur atau malas berkerja maka layaklah mereka itu dipotong tangan. Bayangkan pemilik kedai emas yang nyawa sentiasa terancam esudah puluhan tahun mengumpul harta tiba-tiba miskin sekelip mata sebab dirompak, perompak pula menjadi kaya tanpa berusaha. Apakah hukum potong tangan itu zalim?
    2. Keadilan ekonomi
    Sebenarnya perebutan hak ekonomilah yang menyebabkan ketidakpuasan hati sesuatu kaum. Dasar-dasar yang dahulunya dipersetujui sekarang telah dipersoalkan. Bila bangsa lain mula membangkitkan soal DEB dan bumiputera maka orang melayu membalasnya supaya dikaji pemberian warganegara. Jika tidak dikawal maka hancurlah perpaduan yang dipupuk sebelum dan selepas merdeka. Maka betullah cakap penjajah kita tidak mampu bertahan lama, lambat laung akan timbul sengketa.
    Saranan saya;
    1. Pemberian warganegara termasuk taraf penduduk tetap diperketatkan supaya keseimbangan kaum yang ada sebelum ini tidak terjejas.
    2. Kalau dikira bumiputera baru menguasai 10% ekonomi negara maka yang 90% lagi oleh bukan bumiputera. Secara mudahnya pelaksanaan DEB telah gagal mencapai angka 30%. Tetapi bukannya dasar tidak baik tetapi pelaksanaan cuma berlingkar kepada ekonomi yang dikawal oleh pihak kerajaan. Regulasi perolehan bertaraf bumiputera cuma dikenakan untuk projek kerajaan dan syarikat GLC sahaja tetapi tidak pada syarikat swasta yang mungkin menguasai pasaran ekonomi sehingga 90%. Barang diingat sampai bilapun angka 30% tadi tdak mapu dicapai melainkan regulasi DEB tadi diarahkan sekali pada swasta. Insentif baru diberi kepada syarikat milik penuh bumiputera, perkongsian bersama bumiputera dan bukan bumiputera, serta perkongsian muhibbah iatu mengambil kira komposisi semua kaum di Malaysia. Insentif berbentuk potongan cukai, kemudahan lesen import dan eksport, kemudahan pajakan tanah untuk dimajukan, keutamaan kontrak, pecahan peratusan kontrak yang dikategorikan untuk definisi syarikat tersebut hendaklah diberi mengikut kiraan yang membolehkan kekayaan negara dikongsi sama rata oleh semua kaum di Malaysia. Regulasi kepada pihak swasta ialah di dalam bentuk insentif potongan cukai sekiranya peratusan tertentu kontrak syarikat mereka di subkontrak pula kepada syarikat-syarikat tadi. Suasana menang-menang akan mempercepatkan integrasi ekonomi yang lebih mantap dan menjurus kepada lebih meluas kesemua kaum di Malaysia. Kelebihan orang India Malaysia ialah mengembangkan ekonomi ke India, begitu juga China ke tanah besar China dan Melayu Islam ke negara Islam Timur Tengah. Kita harus menggunakan perbezaan secara positif sekira digunakan sebaliknya maka semua rakyat Malaysia yang akan rugi.
    Bagi mengurangkan ketirisan, monopoli bekalan barangan hendaklah dihapuskan. Ini boleh dibuat dengan melantik sebuah GLC atau firma di bawah seliaan kerajaan yang boleh memberi kredit kepada syarikat yang mendapat kontrak kerajaan atau swasta. Kredit ini hendaklah berbentuk bekalan barangan, yang mana pembayaran mengikut invois harga barangan dibuat terus ke akaun GLC ini oleh pihak pelangan bagi mengelakkan penyalahgunaan oleh pihak syarikat yang mendapat kontrak tadi. Pinjaman kewangan adalah dari institusi bank dibuat mengikut ‘escrow account’.
    3. Pengunaan IT
    Urusan perniagaan atau permohonan lain yang mengelakkan urusan secara berdepan boleh menghindarkan rasuah. Segala permohonan menerusi online perlu dipertingkatkan, kelulusan dipercepat dan kecekapan yang tinggi mengelakkan pembaziran sumber. Pertumbuhan ekonomi lebih pesat kerana tiada duit kopi, harga barangan lebih murah, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
    Teringin juga menjadi sebahagian daripada agensi pelaksana dasar 1 Malaysia. Pembangunan dan keadilan hak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum tetapi ada cara yang boleh dibuat tanpa mengubah status quo sebelum merdeka.
    Kepada semua pimpinan Najib, Tun, TGNA, TGHH, Anwar, LKS, dsb, hidup hanya pinjaman, kita mati tiada satupun yang dibawa melainkan amalan yang baik, sedekah jariah dan anak yang soleh. Jadi berbuatlah kebaikan, bersedekahlah kerana di dalam hartamu ada hak orang miskin dan didiklah anak menjadi yang soleh yang akan mendoakan kita. Kepada anak-anak yang berbapa tetapi juga sudah menjadi bapa, tiada guna kekayaan bertimbun kalau tiada iman, halal haram hendaklah diambil kira, harta berjuta belum tentu boleh makan berpinggang, entah-entah banyak pantang tak boleh makan.
    Sekian wassallam

  58. Salam Tun,
    Saya ingat Encik Mohd Faizal Ramli patut letak jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang. Nampak sangat kurang cerdik. Kalaulah ramai ketua-ketua UMNO yang lain sama tahap pemikiran dengan Encik Mohd Faizal, saya rasa UMNO tak kekal lama.
    Era “slam dunk” UMNO or BN menang pilihanraya dah berlalu…
    Salam,
    MK

  59. Assalamualaikum TUN, Salam Aidil Fitri, MAAF ZAHIR & BATIN.
    Saya tak nak banyak komen dalam soal ni, bagi saya apa yg penting sangat adalah KERAJAAN BN@UMNO SEKARANG NI MESTILAH “BERTINDAK SEGERA ( MENURUNKAN HARGA BARANG DAN MINYAK PETROL&DIESEL ) ” Sekiranya ingin menang dalam pilihanraya akan datang!!..
    Sekian terimakasih.

  60. Tun,
    Sekiranya semua Pemimpin Pemimpin Negara berjiwa kebetulan dan kebenaran demi Negara, Rakyat akan bersama mereka.Tetapi hanya Tun satu satunya Negarawan sudi berjuang demi kebaikkan Negara, BN akan diketepikan olih Rakyat.
    Dalam bidang perniagaan, ada tokoh tokoh perniagaan di anugerahkan perbagai anugerah sebagai, BEST CEO dan buat Lapuran Tahunan sebagai Pengerusi serta menandatangani Lapuran Pengarah kepada Ahli ahli Saham Syarikat walaupun mereka hanya memegang jawatan NON EXECUTIVE!
    Pengarah pengarah EXECUTIVE lepas tangan dari tanggug jawab mereka kepada SHAREHOLDERS!
    Nampaknya TIME BOMB tunggu untuk meletup!
    TK
    CintaNegaraKu

  61. salam tun yg disayangi…
    rasuah dah jadi darah daging..sampai bila lah akan berubah…!!
    wasalam..

  62. salam tun yg disayangi…
    rasuah dah jadi darah daging..sampai bila lah akan berubah…!!
    wasalam..

  63. Dearest Tun,
    Malaysian Mirror Opinion …!!
    Views on morality in politics (Dr Chua Solek)
    Dr Daphne Loke
    Saturday, 26 September 2009 14:37
    //OPINION I have been suppressing the burning urge to write on the Dr Chua Soi Lek issue when his DVD scandal surfaced when the then MCA president was not the current incumbent. When he was recently expelled from the party, the urge almost disappeared.
    ………………………………………………….
    This situation fits well into the Cantonese saying that,

  64. Salam Tun dan para pembaca sekelian,
    1. Dalam kegairahan untuk menghukum BN kerana masih terdapat anasir-anasir rasuah di dalamnya, Jangan terleka dan terlepas pandang kepada calun-calun pembangkang yang mempunyai rekod buruk dan menggugat perpaduan kaum.
    2. Tidak salah jika tidak mahu mengundi calun BN yang ada kaitan dengan rasuah. Tetapi jangan pula memilih calun pembangkang yang lebih korup seperti yang mempunyai rekod jenayah dan ada yang menghina Sultan.
    3. Pilihlah calun yang lebih mendahulukan rakyat tidak kira dari parti mana pun. Ini akan menjamin dewan negeri dan rakyat bersih dari golongan yang suka membuat onar di dalam pemerintahan.
    4. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Tun yang telah mengambil langkah yang tepat dalam membersihkan BN dari gejala rasuah di era 80an dengan merombak calun-calun pilihanraya kepada yang lebih baik di atas dasar BERSIH, CEKAP dan AMANAH.
    5. Sekurang-kurangnya, usaha Tun tersebut telah membuahkan hasil dengan kejayaan meletakkan nama negara di peta Dunia dan dikenali di luar sana.
    6. Baik calun BN atau pembangkang yang hendak dipilih mestilah bersih dari sebarang gejala buruk yang akan menyebabkan masa dan wang terbuang membahaskan perkara-perkara yang tidak memberikan faedah kepada rakyat dan negara di dalam parlimen.

  65. Salam Tun,
    Sekarang ni kalau duduk kat kedai kopi, nak cerita sokong UMNO/BN pun takut…..takut kena kutuk…
    Just FYI saja…..

  66. Salam Tun,
    1. Patutlah Tun tak update lagi comments sejak kelmarin (25 Sept) rupa-rupanya Tun sibuk dengan open house yaa….
    2. Saya baca berita mutakhir dalam bharian online tadi. Tun dipetik berkata, “Kalau saya jadi Isa, saya minta untuk TIDAK DICALONKAN .
    3. Isk isk isk… Tun….. saya pun kata macam tu jugak dalam komen saya kelmarin kat blog Tun ni…Tapi saya tak katalah kalau saya jadi Isa, saya cuma kata, eloklah kalau TSISamad minta supaya dia tidak dicalonkan….
    4. Aduh… tersentuh hati saya…. bangga sikit pun ada… rupa-rupanya fikiran kita serupaaaa, TUN!!!!!!!
    5. Well, what can I say, eh bro kamal ahmad?? Great minds think alike, right???
    I rest my suitcase, briefcase, upper case and lower case. In other words, I rest all my cases. Too happy to think straight this time round.
    the proud insignificant one
    sikenit

  67. Pada pendapat saya saya kurang bersetuju kalau Tan Sri Isa Samad dikatakan calon yang kurang sesuai untuk BN di Bagan Pinang malah BN dengn izin Allah akan dapat mempertahankan kerusi di Bagan pinang jika Isa Samad dicalonkan atas alasan berikut :-
    1. Beliau didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukannya didapati bersalah oleh mana-mana undang -undang jenayah yang ada di negara kita, malah beliau tidak didakwa pun oleh Polis dan BPR di mahkamah, berbeza dengan Muhammad Taib,jika beliau melanggar undang-undang dakwa di mahkamah, keadilan patut diberi kepada Tan Sri Isa Samad;
    2. Walaupun dia telah didapati bersalah olh Tun Abdullah dan kuncu-kuncunya , beliau telah menjalankan hukuman penggantungan dengan penuh reda dan kini kembali dengan semangat 100% untuk berkhidmat kepada UMNO, peluang untuk melaksanakan hak-hak beliau sebagai ahli UMNO patut diberi kepada beliau termasuklah dipilih sebagai calon,
    3. Sudah terang lagi bersuluh, beliau diterima oleh akar umbi iaitu ahli UMNO dan rakyat biasa di Bagan Pinang, itu yang lebih penting, pendapat orang luar tidak penting, kerana pengundi di Bagan Pinang yang akan berkerja dengan beliau 2 atau 3 tahun lagi sebelum PRU 13, UMNO tidak memerlukan calon canggih dari OXford misalnya , cukup ada pendidikan tinggi dari mana-mana universiti, yang penting dapat diterima rakyat macam Datuk Ibrahim Ali tu.

  68. Tun,
    Saya tetap menghormati calon yang bersih walapun risiko akan kalah daripada calon yang berlumur dengan rasuah walau pun akan menang. Dalam jangka panjang yang bersih akan tetap dihormati dan akan menang.UMNO semisti menenggak etika bersih dalam semua keadaan barulah dihormati semula sebagai parti yang disenangi Rakyat.

  69. Salam,
    Tun,
    Pada pendapat saya, mudah saja. kebanyakan orang umno yang masih menyokong Isa, adalah mereka yang berkepentingan sahaja. Mereka tidak melihat secara total.
    Saya adalah orang yang tidak berpati. Seharusnya semua orang, terutama penyokong Isa ni melihat keadaan dari pandangan orang yang tidak berkepentingan dan bukan sebagai ahli umno.
    Kalau saya disuruh mengundi, saya tidak akan mengundi beliau. Tak kira apa pon alasan, orang yang ada masalah rasuah, tidak akan dapat diterima…
    Sepatut nya orang seperti Isa ini perlu retire terus dari politik. Tak layak untuk memimpin.
    Mungkin umno boleh menang dengan meletak Isa di sana, tapi impak jangka panjang terhadap kredibiliti umno akan lebih tercalar…percayalah………

  70. Assalamualaikum Tun,
    “Jika calon itu bersih sahaja tapi tidak mempunyai semangat berkhidmat kepada rakyat dan belum diakui kepimpinannya, ia boleh menjejaskan peluang kemenangan BN”-Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar
    “Sebagai sebuah parti yang tradisinya membela rakyat, seorang calon BN juga mesti mempunyai aspirasi berkenaan supaya kita mampu meraih kemenangan besar pada pilihan raya kecil itu nanti,”Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar
    “Bagi saya, ia tidak menjadi satu masalah besar jika seorang calon itu hanya pernah diberikan hukuman mengikut disiplin parti dan tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah”.
    Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan
    Pemimpin Melayu(UMNO) buat kenyataan bangang,cakap macam orang tak sembahyang,rasuah kan berdosa.sanggup mengadai maruah untuk menang itupun kalau menang hahaha kalau kalah maruah hilang kawasan pun tergadai.biasalah orang melayu mudah lupa tapi kalau sampai macam ni pelupanya melampau la.
    Assalamualaikum
    Selamat Raya Tun

  71. Salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun. Mohon diizinkan saya tumpang perhatian 23 juta pembaca ruangan ini dengan isu yang agak terkeluar topik ini. Terima kasih Tun.
    Kesalahan Trafik di Malaysia; sikap tidak hairan pemandu kenderaan berat yang membunuh adalah kerana undang-undang tidak cukup serius untuk membendung kesalahan.
    Saya rasa ini bukan beban yang harus dipikul oleh PDRM sahaja. Mereka hanya boleh menahan/menangkap penjenayah (wajar dikatakan penjenayah) trafik namun mereka tidak mampu membuat Rang Undang-Undang dakwaan, kerana itu bukan bidang kuasa mereka. Bidang kuasa ini ada pada pihak yang menggubal undang-undang di Malaysia
    Saya memiliki lesen memandu lori penuh dan saya juga pernah memandu lori tanah 10 tayar disekitar KL kira-kira 12 tahun dahulu (akibat syarikat kekurangan pemandu yang berkhemah maka semua management lelaki diarahkan ambil lesen lori). Lori ini gear kelajuannya ada sampai 6 atau 8. Transmisi manual, enjin diesel berpacuan turbo untuk keupayaan menarik muatan lebih dan hampir 70% pemandu memecut kenderaan ini disekitar bandaraya dan terutamanya dilebuhraya. Jika dilebuhraya mereka akan mengikut dengan dekat kereta dihadapan dengan laju. Kemudian mereka akan memotong seolah-olah mereka ini hanya memandu kereta biasa, akibat daripada perubahan geometri mendadak dan juga CG (center of gravity) kenderaan berat mereka ini, ada kalanya trailer dibelakang akan hilang kawalan dan naik keatas kenderaan yang mereka potong. Jika dibandar pula mereka akan memecut dengan sangat laju dari suatu destinasi kesuatu destinasi. Sebenarnya bagi yang berakal, akan cepat sedar dan insaf bahawa brek lori berkenaan tidak akan mampu sesekali memberhentikan seketul besi tadi dengan serta merta.
    Apabila kita memecut dengan kenderaan biasa ke 100kmj rasanya lain. Tapi apabila kita memecut dengan sebuah lori 10 tan, bermacam bunyi besi akan kita dengar dan kemudian kita akan rasa kita boleh nampak jauh kehadapan maka kita mampu bertindak, tetapi sebenarnya brek tadi tak akan mampu buat apa sangat dalam keadaan merbahaya. Semasa saya mengambil lessen

  72. Salant hormat Ayahanda tun.
    pakatan rakyat tu pon banyak kaki rasuah, salah guna kuasa dan main bini orang. ada sorang tu bukan setakat di dapati bersalah oleh lembaga disiplin UMNO, tetapi juga di dapati bersalah di mahkamah, judgement dia beratus muka surat. 10 hakim di mahkamah tinggi campur mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan sebulat suara berkata manusia ni terlibat dengan liwat.
    tapi orang ni lah yang rakyat nak pilih jadi PM kita.
    masalahnya dengan mana mana parti politik di negara kita ialah tak pernah lekang dengan masalah moral. ahli ada 3 juta, mustahil dalam 3 juta tu semua adalah suci. sudah la UMNO tu parti memerintah, sudah pasti ada orang ingin ‘hijack’ parti ini. begitulah juga sejak UMNO di tubuhkan, tak pernah lekang dari rasuah. PAS pon begitu, dan jugak PKR, cuma skala rasuah mereka belum cukup besar kerana mereka belum memerintah.
    rasuah boleh di kekang sebenarnya tun, tapi bukan macam cara pak lah, tubuh suruhanjaya sana sini, bising di akhbar akbahr, akhirnya dalam 5 tahun pemerintahannya, mulut dia asyik kata rasuah rasuah rasuah. tapi tiada tindakan proaktif terhadap gejala rasuah. yang terpalit dan dapat imej buruk ialah UMNO.
    Tun sendiri pernah kata, gejala politik wang seolah olah berlaku dengan buruk sejak pertandingan tun dengan kem kuli. masakan tun yang dapat begitu besar pencalonan di peringkat bahagian tetiba bila hari mengundi tun hanya menang simple majoriti? ada satu kem tu siap buat onar time sembahyang jumaat. hasilnya tun hampir tergolek dan keputusan pemilihan tidak mencerminkan kehendak ahli akar umbi. ini sudah tentu ada permainan kotor dari kem tertentu.
    tapi kita tak pernah dengar ni sehingga baru baru ini. kenapa? sebab saya percaya tun sendiri tak mahu bukak pekung parti kepada umum kerana tun tahu kesan dan akibatnya. semasa zaman tun memerintah pun ramai sebenarnya menteri2 yang tidak begitu popular di mata rakyat, umpamanya sabarudin chik, mat taib, rahim tamby chik, isa samad, mat rahmat. boleh saya kata la tun, kalau nampak la muka2 ni dalam TV, dah tentu orang kata menyampah tak pon meluat. tapi tun, kenapa orang sokong BN jugak?
    saya bersetuju rasuah harus di tentang dan dihapuskan. tetapi tun, janganlah sampai macam pak lah. hanya cakap sahaja, tetapi tidak di hapuskan, yang imej tambah buruk ialah parti. ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. tapi kan tun, kalau betul la nak hapuskan rasuah, cara skarang setakat suruhanjaya dan cakap2 sahaja tak cukup. gubal sahaja undang2 untuk hukuman mati mandatori sahaja kepada perasuah. kemudian letakkan rasuah sebagai musuh nombor dua negara selepas dadah. saya rasa ini lebih berkesan.

  73. Tun,
    Benarlah kata2 kamal ahmad ni. Nasib Melayu memmang tak diperjuangkan. Yang kaya cuma minoriti sahaja. Minggu lepas saya dah letak jawatan dari makan gaji. Ada Diploma, tapi saya dah tak gunakan lagi. Pernah bekerja bank, berhenti sebab gaji masih tak cukup. kos sara diri tinggi.
    Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, Yang ternampak kaya-raya melimpah harta adalah golongan menteri.
    Pangkat sekecil ADUN BN pun melimpah harta dan kekayaan.Rakyat telah lama memerhati, hanya menunggu masa dan menanti, untuk kami menyampaikan suara kami, sekali lagi, untuk mengajar kamu nanti, dipillihanraya ke13 nanti.

  74. Salam Tun..
    Berkenaan dengan PPSMI. saya masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI.. bagi saya, mereka yang memperjuangkan bahasa malaysia dalam pembelajaran sekolah adalah terdiri dari golongan hipokrit.. mereka ini sesuai digelar ‘malay malay supremacist hypocrite’.. apa yang diperjuangkan oleh mereka hanyalah untuk kepentingan diri sendiri dan nyata sekali ia bermotifkan politik.. ‘hypocrisy’ mereka ternyata akan mengakibatkan anak-anak melayu kita terutama golongan kelas pertengahan, menjadi semakin bodoh dan jahil di dalam bahasa inggeris. lainlah macam golongan yang ‘hypocrite’ ini di mana mereka menghantar anak-anak mereka mengaji di ‘international school’.. nescaya jikalau kita menguji tahap perututuran bahasa malaysia keturunan ‘hypocrite’ ini, anak-anak tuan puan yang berumur 5 tahun pun boleh kalahkan anak-anak mereka yang mengaji di international school. sebagai contoh, tak perlu kita cari jauh2, depan mata kita ni, yg kekadang ade keluar di kaca tv, seorang ‘gabenor’ wanita, anak kepada seorang lelaki ‘hypocrite’ yg sorg tu, cakap melayu tersangatlah pelat.. tapi bapanya ‘konon2’ memperjuangkan bahasa malaysia/bahasa melayu.. pigidah.. ajar dulu anak perempuan awak tu bertutur bahasa malaysia dengan lancar sebelum kamu memeperjuangkan bahasa malaysia untuk anak-anak kami.. sekian..

  75. Tun,
    mari kita buat satu poll ataupun kutipan suara untuk menyampaikan hasrat kami penyokong tradisi UMNO dan Barisan Nasional kepada orang-orang di Bagan Pinang. Kutipan suara ini bertujuan untuk menjadi pemberat bagi kami, para penyokong calon bersih bagi pilihanraya untuk UMNO dan BN.
    Yang sudah tersilap itu kalau sudah insaf, baguslah. Tetapi untuk bertarung di arena politik, tidak kira seinsaf mana pun seseorang itu, pihak lawan akan menjadikan ia suatu isu untuk menjatuhkan kita. Mengapa kita ingin wujudkan liabiliti kepada parti dan saf (barisan) kita?
    Political opponents and the people are not gods. They won’t be as forgiving.

  76. In fairness to the finality of sum of zero is that “Each country begets the government it deserves”.
    The big picture is the sustainability of UMNO, BN, and the country as a whole.
    For one thing it is easy to say and criticize but once up there, when surrounded by half-past sixes, things got muddled up by dull minds, small issues become complex to handle, hence progress hindered.
    Nevertheless, the Sustainability Living Institute (SAVE) would like to put some thoughts on some issues on the long term sustainability of BN/government/country:
    1. The state of corruption ‘meng antu ya” – getting worse and not being meted out effectively. To list a few – the Bagan Pasir issue; former PM handed out RM3M to each MP to take care of his/her constituent without proper justifications; I heard an UMNO cawangan here was given RM300,000 to distribute among members; so on and so on.
    2. Enhancing evolution of debilitating social stratification into a caste system following the Indian/Brahmanism civilisation. The annual state and national awards are deemed artificial and astronomical. Throw a stone and it will land on a Datuk! The economy is being controlled by a selected circle resulting in the gap between the rich and poor gets wider.
    3. We empasise modal insan but we omit that foreign workers are part of it. They come here, pay heavy levy but nothing in place of a humane government system and support for their welfare. Eg. Muslims work in Chinese restautants selling pork, where do seek help when problems arise … We should learn from examples of other countries. When I was a student overseas, I could still get food stamps, milk etc for being classified below poverty level!
    3. Proper focus on food security and hence national security. Take for the example of rice. Indonesia and Japan with very large populations can be self-sufficient but we are at 65%. Its cheaper to import many politicians would say. We are selfish lot then if we don’t strategise for generations ahead. Below is my attempt to bring attention to the issue:
    Memorandum to the Minister Concerning Rice
    Rice is now becoming a Malthusian nightmare. For a long, long time we refused to believe that such a phenomenon could not happen. Many people especially the politicians held the view that is easier and cheaper to import. The fallacy is that it is only valid for a short term policy.
    Barely six months ago, Eastern Times kindly published my first article entitled

  77. Assalamualaikum Tun.
    Pada hari raya saya ke Teluk Kemang.Saya dengar khabar angin calun Bagan Pinang akan ditentukan oleh Rosmah. Khabar angin ini sangat bahaya kepada UMNO sebab orang ramai sekarang pantau aktiviti Rosmah. Cerita silamnya dan kelakuannya tersebar luas di internet. Suruhlah dia duduk diam, jangan berlagak sebagai orang politik.
    Pendapat Tun, UMNO lantik sesiapa pun boleh menang dikawasan tersebut, tidak semudah itu.Orang Melayu sekarang bukan lagi saperti zaman Tun. Orang ramai tertanya tanya dimana pergi wang negara sejak Abdullah menjadi PM. Tiada pembangunan yang hebat dilakukan saperti dizaman Tun.Harga barang makanan semuanya naik. Tambang pengangkutan pun naik.Harga ikan lebih mahal dpd daging.Lembu dibela sedangkan ikan hampir tidak semuanya. Macam mana Bernas dikawal oleh HK. Kerja siapa?
    Pihak pembangkang ada banyak modal untuk hentam UMNO.Orang ramai dah FRUST.

  78. Salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun.
    Bagan Pinang adalah isu maruah dan harga diri kepada UMNO. Apa saja keputusan yang dibuat tentang mana-mana calon pun akan memberikan impak yang lebih besar dari kemenangan ketika pengiraan undi kelak.
    Tekanan diberikan kepada Presiden yang bahawanya jika kalah di Bagan Pinang maka akan tewas UMNO pada PRU13 kelak. Betulkah sebegitu? Ini saya baca kajian dan feedback dari penganalisis

  79. Salam eid kepada Tun Dr & pelayar budiman,
    Maaf lah, telah nyata kemungkaran dan kejelekan sebilangan besar ahli2 parti dan pemimpin.
    Ada nyata. Ada sembunyi. Ada terang2.
    Tak kira lah parti mana.
    Pada pandangan kami, tukang kebun, janji hanya tinggal kata-kata. Pandai main lidah. Manis di bibir.
    Menjadi dasar negara kah calon MUNAFIKUN?
    AL MUNAFIKUN:6
    “IT IS EQUAL TO THEM WHETHER YOU PRAY FOR THEIR FORGIVENESS OR NOT. GOD WILL NOT FORGIVE THEM. TRULY GOD GUIDES NOT REBELLIOUS TRANSGRESSORS”
    Isa Samad, AMT, UMNO, Al Juburi, hamPAS, sama aje lah Tun Dr. Kami dah P E N A T!!!

  80. Salam,
    Masalah dengan kebanyakan pemimpin UMNO ialah depa duk ingat UMNO depa punya. Buat keputusan sesuka hati. Ini masalahnya. Apa gunanya UMNO memerintah negara sekiranya calun2 nya yang menang itu buruk akhlaknya seperti perasuah. Sudah tentu rakyat yang rugi. Bila ada perasuah maka adalah kaki ampu dan pelbagai masalah yang timbul dalam UMNO dan juga pembangaunan negara.
    1. ***Singkirkan pemberi dan penerima rasuah*****
    Memang ramai pemimpin yang main politik wang terlepas dari dari Lembaga Disiplin. Bagi rakyat biasa itu urusan UMNO. Tapi kalau dah didapati bersalah tetap bersalah.UMNO perlu proses pemutihan besar2an kalau nak menang pilihanraya. Kalau Lembaga Displin takut atau kasihan kepada seseorang pemimpin yang telah dilapurkan memberi dan menerima rasuah, lapurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Inilah peluang untuk UMNO kembali menyakinkan rakyat. Juga peluang untuk SPRM membuktikan ia organisasi tidak memihak kepada mana2 parti politik. Tangkap ramai2 walaupun beribu2 pemimpin UMNO yang rasuah pun tak apa. Buktikan kepada rakyat UMNO bersih dari rasuah. InsyaAllah rakyat akan kembali bersama UMNO. Kalau tidak tunggu PRU13, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sudah tentu depa akan membuka kes2 rasuah pemimpin UMNO terdahulu. Jadi biarlah BNasional buat sesuatu sebelum terlambat!
    2. ****Kepada Semua Orang Melayu********
    Saya seru kepada semua orang Melayu singkirkan semua pemimpin yang tidak baik melalui pilihanraya tak kira UMNO, PAS atau PKR. Jangan terlalu taksub dengan Parti sehingga rosak masa hadapan orang Melayu.
    Tapi PILIHLAH calun UMNO sekiranya jelas beliau lebih baik dari parti lawan kerana prinsip perjuangan UMNO adalah lebih sesuai dengan negara Malaysia. PAS kata memperjuangkan Islam tetapi lebih kepada perjuangan kaum bukan Melayu. PKR entah apa yang diperjuangkannya , saya sampai sekarang tak jelas. DAP parti musuh orang Melayu, patut kena buang sepenuhnya ke Singapura. Tak boleh wujud di Malaysia kerana perjuangannya hanya sesuai untuk negara Singapura bukan di Malaysia. La ni DAP dah mula bagi gula2 kat orang Melayu, hang pa orang Melayu asyik nak kena tipu saja!
    Seperkara lagi, berhati2 dengan pemimpin DAP. depa ini memang musuh besar orang Melayu daripada sebelum merdeka lagi. Pemimpin PAS dan Melayu PKR dah termakan gula2 depa sehingga dah rasa terlalu manis nak tinggalkan atau lupakan senyuman DAP. Ingat PRU lepas , YB Lim Guang Eng atau bapanya(YB Lim Kit Siang) cakap depa tak harap menang besar kerana lawan dengan gergasi (BNasional) lepas tu depa menang besar. Baru2 ini dia puji Dato Najb mungkin harapan dia supaya Dato Najib jadi leka dengan puji2an . Lepas tu depa kata nak serang Johor tetapi pada kefahaman saya depa sebenarnya nak serang Sabah dan Sarawak. Tumbangnya Sabah &Sarawak, maka tumbanglah kerajaan Barisan Nasional. Ingat Dato Seri Anwar dulu asyik pi sna dulu nak tubuhkan kerajaan baru. Senang sahaja nak main isu di Sabah dan Sarawak. Berhati2lah wahai pemimpin Barisan Nasional, jangan duk asyik seronok terlebih sehingga tiba2 terlepas segala2nya bersama pemimpin PAS yang keras kat Melayu UMNO tetapi lembik kat DAP . Saya sangat bimbang Malaysia jadi Singapura angkara perbuatan jahil pemimpin PAS, sifat tak tentu arah pemimpin Melayu PKR dan kelekaan pemimpin UMNO. Hang pa akan dipersalahkan oleh generasi akan datang sekiranya terlepas tanah pusaka milik orang Melayu dan bumiputera lain di Malaysia!

  81. Salam Ayahanda TDM.
    Anakanda mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri serta mohon maaf zahir dan batin.
    Kembali kepada soal TS Isa Samad nak bertanding…..Saya berani mengatakan TAK USAH LE TS Isa!!! Biar TS Isa dilarang terus dari menyentuh sebarang jawatan. Tak reti paham-paham kehendak ahli UMNO yang lain ke?? Bagilah peluang kepada orang lain yang lebih baik difikirkan berbaloi layak bertanding. Memang Melayu Mudah lupa. Ramai pemimpin UMNO alpa. Ramai dikalangannya berperangai pentingkan diri sendiri serta mempunyai ego yang sangat tinggi. Apabila mempunyai jawatan tinggi, berpengaruh dan mempunyai kuasa, mereka ini mudah lupa kepada tanggungjawab sosial dan peranan masing-masing kepada masyarakat Melayu, Bangsa Melayu serta Tanah Melayu/Persekutuan. Sikap inilah yang menjatuhkan mertabat dan maruah pemimpin tersebut dari kacamata masyarakat. Mereka ini perlu dikikis. Pabila memunyai wang dan kuasa, mereka ini akan cuba menutup kelemahannya dengan puluhan ribuan ringgit. Mereka lupa habuan dosa dan bonus pahala. Mereka juga lupa janji sumpah setia kepada negara, bangsa dan tanahair. Mereka juga sudah engkar kepada amanah Tuhan.
    Anakanda merasakan negara tercinta ini akan rugi senantiasa sampai bila-bila masa pun. Tak payahlah fikirkan rancangan strategi untuk menang di dalam pilihanraya akan datang nanti. Isu masalah pilihanraya kecil yang ini pun tak boleh fikir, bagaimana & macamana nak selesaikan hal negara pulak. ……..kesian parti UMNO. Tak de orang yang layak lagi kah??? Mana pulak pemimpim baru??
    Apakah Parti UMNO kehausan dan ketandusan pemimpin yang cemerlang dan berpatriotik?? Saranan saya biarlah kita cari ahli UMNO yang bersih dan berwibawa….Anakanda rasa ramai yang layak boleh dicalunkan.
    Akhir kata, tepuk dada tanya selera. ANDA YAKINKAH UMNO BOLEH MENANG DENGAN TS ISA ini??
    Kenapa UMNO perlu pilih pemimpin yang sudah didapati bersalah rasuah sedangkan negara memerangi najis rasuah dan gejala politik wang ini.. Buta ke mata pemimpin UMNO Malaysia sekarang??. Belajarlah dari kekalahan yang lalu dan jadikan kekelahan itu sebagai teladan untuk esok. Hidup UMNO!!! Hidup Ayahanda TDM.
    Harap maafkan anakanda seandai bahasa ini agak biadap kepada para pemimpin UMNO.

  82. By Oumono on September 25, 2009 1:40 AM
    Mungkin dah tiba masanya kita perlu parti ‘Semangat 46’ baru?
    Hazman Abu Bakar
    Answer;
    Count me in.

  83. Salam Sejahtera Ybhg Tun,
    Pada pendapat saya, seperti pada masa2 yg lepas terutamanya dizaman pentadbiran Ybhg Tun, isu kemenangan UMNO (BN) didalam satu2 pilihanraya bukannya terletak kepada calon. Ianya lebih terletak kepada pemimpin2 yang berada diatas bagaimana bijaksananya mereka memacu negara.
    Saya berpendapat bahawa Ybhg Tun telah mentadbir negara dengan bijaksana sekali berdasarkan kepada logik, prinsip hidup yang mudah dan juga kegigihan memajukan negara dan akhir sekali keberanian mempertahankan prinsip yang baik. Negara aman dan rezeki mencurah2 sepanjang masa. Rakyat gembira.
    Perkara diatas telah diterima oleh rakyat dan sebagai balasannya rakyat akan memastikan bahawa BN mesti menang dlm apa jua pilihanraya. Rakyat akan memastikan bahawa Ybhg Tun tetap akan berada diatas kerana pulangannya kepada rakyat berbaloi.
    BN sentiasa berjaya mempertahankan 2 per 3 majoriti didalam Parlimen dan lain2 pilihanraya kecil.
    Isu samada calon itu bersih atau tidak, menjadi pekara kedua kerana yg penting bagi mereka adalah kemenangan UMNO (BN).
    Rakyat akan memastikan bahawa BN akan menang kerana satu bulan bonus sebelum hari raya adalah yang pasti bagi kakitangan kerajaan. Sektor swasta tiada masalah terpaksa menurut langkah kerajaan memberikan bonus sebelum hari raya. Significant bonus adalah besar terhadap pandangan rakyat kepada kerajaan.
    Walaupun didalam kegawatan ekonomi yg amat sangat seperti pada tahun 1998, bonus2 tersebut tetap diberikan. Ini telah meyakinkan rakyat bahawa kerajaan BN tetap perihatin, teguh dan mempunyai simpanan wang yg banyak. Dengan sifat2 BN yang sebegini, majoriti rakyat tidak akan khianat kpd BN. They wont let BN down.
    Bukan bonus yang rakyat (Melayu, Cina, India dll) mahukan, tetapi apa yang rakyat mahukan adalah kerajaan yang bijak, perihatin, berwawasan, berani dan tegas dan yang penting sekali adalah mempunyai sebuah negara yang kaya ( rich and elegant).
    Apakah rakyat Sg Bagan Pinang mempunyai keyakinan kepada calon BN (walaupun calon yang terbaik dan dipersetujui oleh semua) dan keyakinan kpd parti BN dalam pilihanraya kecil ini..$

  84. SALAM SATU MALAYSIA …KAH! KAH! KAH!
    WALAU APA PUN DAN BAGAIMANA PUN KITA BUAT UMNO AKAN HILANG KUASA JUGA PADA SUATU HARI NANTI. PARTI INI AKAN DIROSAKKAN OLEH TANGAN-TANGAN KOTOR PEMIMPIN TERKINI. LIHAT SAHAJA DI LUAR NEGARA SEPERTI TAIWAN DAN JEPUN. PARTI YANG MENDOMINASI KERAJAN DI NEGARA TERSEBUT SEMENJAK SEKIAN LAMA (LEBIH 50 TAHUN) AKHIRNYA TEWAS.
    ITU ADALAH KETENTUAN ILAHI. SETIAP YANG DI ATAS AKAN KE BAWAH JUGA. CUMA APA YANG PENTING KITA FIKIRKAN IALAH :
    1. DI MANA KITA KETIKA ITU? .
    2. BAGAIMANA KEADAAN ORANG MELAYU ?.
    3. APAKAH HARTA PUSAKA TINGGALAN NENEK MOYANG AKAN HILANG LENYAP ?. 4. ADA KAH KEHIDUPAN ANAK CUCU KITA AKAN MEREMPAT?.
    5. ADAKAH ORANG MELAYU MASIH MENDOMENASIKAN PEMERINTAHAN NEGARA?
    PEMIMPIN MELAYU HARI INI KENA FIKIRKAN ITU.
    KALAU FIKIR NAK KENYANGKAN PERUT SENDIRI DAN KRONI SEPERTI SEKARANG INI MAKA BERCAKARAN LAH SESAMA SENDIRI SEPUAS PUASNYA KERANA BN DAN UMNO PASTI AKAN TUMBANG. SEBELUM TUMBANG KAUT LAH KEUNTUNGAN SEMAHU MU. SELAMAT BERJUANG!!

  85. kITa tAk KiSah saPa Pun kAt BaGan PiNanG tu… As long As ClEan and Can SeRve weLL. JanGan JanJi Je LeBih..
    Pengalaman kat PD ni, Dah ompek taun dah… Tak do apo yang bergubah pun… paling paling pun jalan je. dah korek, tutup balik, korek tutup balik. Kalu ado pon, dopan the store tu ha ado bangunan bagru. Lg ado tompek jual sate kek bt ompek. Skarang ni baghu nampak pantai tu mcm upgrade ckit yo…
    Bukan nak cakap apa la. Pekan kecik kat negeri yang dinaungi PAS tu pun lebih copek pembangunannya. Lebih banyak bangunan, pusat perniagaan etc… Pelik jugak.

  86. Assalamualaikum Tun.
    Kisah Jalanan
    Saya sekarang bekerja di cafe roti.Bekerja dengan Mr (panggilan kepada toke saya),otai yang selalu bukak tutup perniagaan di bandar daerah saya.Katanya belajar dan praktikal niaga lain.Belajar dengan dia tak payah kena bayar sebab ini adalah bisnes.Tapi gaji ciput jugak…Saya ni pun bukannya tak pandai nak berniaga.Tetapi langit tak selalunya cerah.Tapi takpe sebab hajat dan matlamat asal saya pasal 9/10 rezeki dari perniagaan sudah tercapai.Bukan kaya dengan duit dan rezeki pun bukannya hanya duit.Tapi pergaulan antara kaum yang dijadikan Allah untuk saling kenal-mengenal dan berdagang antara satu sama lain.Lain kali boleh try niaga lagi.
    Hari-hari kat kerja ada pompuan India selalu ingatkan saya apa yang nak dibuat.Kekadang jadi naik bosan.Dah perangainya sejak azali lagi kot.Kalau dah masanya naik panas boleh jugak cari pasal dengan dia ni.Maklumlah single lagi…
    Bila bercerita bab perniagaan ni,saya kira Rasulullah s.a.w amat beruntung kerana dikurniakan seorang isteri,Siti Khadijah yang sudi menderma hartanya ke jalan dakwah dan percaya.
    Begitulah yang terjadi sekiranya calon pilihan adalah seorang yang jujur,amanah,bijaksana dan menyampaikan.
    Bagaimanakah sekiranya sang isteri tadi mengatakan bahawa “Ingatlah suamiku bahawa sekarang sebenarnya aku yang menanggung kehidupan makan minummu!!
    Pada fikiran saya tentulah,sang suami tadi tidak akan memangkah UMNO,tetapi memangkah yang lain.
    Dan itulah sebenarnya yang terjadi pada hari ini!

  87. Salam Tun
    Why do we still talk about money politics when no real action is taken against its practitioner??? Voters want “CHANGE WE CAN BELIEVE” not just words………more slogans. Get a honest man or woman of the street and when he or she wins then corrupt him or her with money….that is the way to go.
    My apologies to my fellow Malaysian if i sound desperate…but who can show me real “CHANGE WE CAN BELIEVE”? sHOW ME THE WAY….I’m waiting

  88. PENGUNDI DULU PENGUNDI SEKARANG, CALON DULU CALON SEKARANG.
    CALON
    1. Calon Dulu, dijemput menjadi calon kerana ramai yang menolak kerana merasakan belum layak. Calon Sekarang, tak main la jemput-jemput, kerana ramai dah beratur, melobi, berkelahi minta nak jadi calon kerana rasa sangat layak.
    2. Calon dulu, berkempen isu pembangunan, perjuangan. Memang tak ada isu peribadi yang ada untuk diketengahkan. Calon sekarang, belum dicalonkan pun dah kena hentam. Banyak sangat isu peribadi, bilangan isteri, bilangan harta dan bilangan mobilnya.
    3. Calon dulu, bila dah menang baru buat bush jaket. Calon sekarang, bush jaket dah pakaipun 5 tahun lebih awal.
    4. Calon dulu, lepas pilihanraya bersatu kembali. Calon sekarang lepas pilihanraya hentam lagi untuk lima tahun lagi. Dah tak buat kerja lain.
    5. Calon dulu, kalah pilihanraya tanah tergadai. Calon sekarang, kalah pilihanraya makin kaya. Menang lagilah kaya.
    PENGUNDI
    1. Pengundi dulu, menderma harta benda dan barang kemas supaya dapat bantu calon mereka menang. Pengundi sekarang, musim pilihanraya tak payah kerja kerana calon yang kena bayar.
    2. Pengundi dulu, memilih parti kerana parti sentiasa pilih calon bersih. Pengundi sekarang, pilih orang kerana tak boleh harap sangat calon yang parti pilih.
    3. Pengundi dulu, balik mengundi dengan duit sendiri. Pengundi sekarang, dah bagi duit tambang pun belum tentupun undi parti yang bagi duit tambang tu.
    4. Pengundi dulu, tak ada masalah dengan calon. Pengundi sekarang, AJAR CUKUP-CUKUP calon yang bila memang tak tunai janji.

  89. tun,
    memang betul kata tun bahawa jangan letak orang rasuah sebagai calon dalam pilihanraya kecil bagan pinang. saya setuju bahawa letaklah orang baru yang belum ada cacat-cela lagi.
    ada orang kata tun pun kena tindakan displin tetapi kes tun lain bukannya terlibat dengan rasuah politik. saya sudah jelaskan dalam blog saya memobelakang.blogspot.com tentang hal ini. ada pula yang ungkit kononnya tun berceramah di atas pentas pas. ia berlaku selepas tun dipecat dari umno. jadi tun tidak boleh dipersalahkan di sini.
    saya yakin bn tetap menang kerana undi pos akan menyelamatkan bn. cuma majoritinya mungkin berkurangan tetapi letaklah orang baru sebagai calon bn.

  90. Salam Tun berdua dan pembaca chedet semua.
    1. mr kamalahmad gave such a fresh and true look about malaysian niaga life. Agreed, agreed, agreed. but then again, how now???
    2. kepada ahli UMNO yang taat dan setia kepada parti, seperti TSISamad, baguslah ketaatan tuan itu. teruskanlah taat dan janganlah menghancurkan UMNO.
    3.Anda boleh saja kata: Tak payahlah calonkan saya…. nanti saya jadi liabiliti pulak!!! BIarlah saya terus menyokong UMNO dari belakang kerana saya memang taat dan setia kepada UMNO. calonkanlah orang lain.
    4. TSISamad, Susah sangatkah nak kata begitu? TSIS, your shelf-life is over. Even though you still look nice, but kalau consume juga, nanti UMNO sakit perut!!!
    5. TSIS, Dengan cara menolak pencalonan secara terbuka begini, anda akan menjadi a true gentleman, someone who knows when to call it quits. Someone who knows how to control defects, someone who avoids conflicts. Anda akan masuk ke dalam buku sejarah sebagai someone yang menjadi turning point kepada kebangkitan kemenangan BN dalam PRKs, and who knows the next PRU too???. Tak mau kah dikenang begitu???
    6. TSIS, the ball is in your court. Make a wise call, please.
    To all, jaga diri jaga solat semua. Kepada ALLAH SWT kita panjatkan doa agar Malaysia tercinta terpelihara dari tangan-tangan durjana.
    sikenit 🙂

  91. Salam Tun,
    Saya ini tidaklah berapa pandai sangat tentang politik negara, tidak macam ramai orang di sini, tetapi pada hemat saya pemilihan calon BN ini merupakan contoh masalah ‘Glokal’. Dan persoalannya bagi Umno ialah mana lebih penting: lokal atau global (nasional). Soalan korolari ialah adakah ahli Umno lebih menyayangi parti dari diri sendiri?
    Pada tahap lokal, Isa Samad merupakan pilihan ahli Umno setempat. Hanya nama beliau dikemukakan. Justeru boleh disimpulkan ahli Umno setempat akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan Isa. Masalahnya beliau ada ‘political baggage’ dan kemenangan beliau tidak akan disenangi rakyat yang mengharapkan calon ‘bersih’. Imej Umno akan terjejas pada peringkat nasional — Umno parti korup.
    Pada tahap global pula, calon (bersih) selain Isa akan memenangi hati rakyat selain dari ahli Umno bahagian Teluk Kemang. Masalah dengan situasi ini ialah kemungkinan ahli Umno setempat ‘mensabotaj’ kempen BN dan seterusnya menghulurkan kemenangan kepada PR. Kekalahan di Batang Pinang ialah sesuatu yang menghantui Umno dan BN kerana BN tidak mampu kalah di dalam satu lagi pilihanraya kecil, dan BN sudah kalah tujuh kali semenjak PRU 12. Ini juga akan menjejaskan imej Umno di peringkat nasional — Umno parti lemah.
    Satu dilema bagi DS Najib. Kedua-dua ‘outcome’ tidak menggembirakan Umno.
    Tetapi ada jalan keluar dan ini akan menjawab soalan korolari: Isa Samad boleh menolak pencalonan beliau dan berikrar untuk menyokong calon yang dipilih 100%. Sekali gus masalah glokal akan terhapus. Umno dan BN boleh menarik nafas panjang dan Isa Samad akan menunjukkan yang beliau lebih mencintai kemakmuaran parti dari kemakmuran diri. Seorang pejuang bangsa, agama dan negara yang tulen, yang tidak teragak-agak untuk mengorbankan diri demi parti walaupun beliau tidak akan berpeluang untuk menyemai bakti kepada penduduk Teluk Kemang sebagai wakil mereka. Dan sudah tentunya Umno akan terhutang budi kepada beliau. Soalan korolari telah terjawab.
    Bagi soalan utama pula, pendekatan jangkamasa panjang dan, jika saya boleh pinjam istilah dari management ‘flavour-of-the-month’ Blue Ocean Strategy — value innovation — perlu diambil. Value yang dimaksudkan ialah ‘incorruptible’ dan innovationnya ialah tindakan ini diambil sejenak pengisytiharan ‘integrity’ sebagai satu nilai 1Malaysia. Kesimpulannya pandangan global harus diutamakan dari pandangan lokal dan pemilihan Isa Samad ditolak oleh Umno.

  92. Hi Tun, Selamat Hari Raya to you and your family…
    Apa susah? Segalanya dalam tangan Rakyat. Kalau calon BN tak bersih, kita tolak BN. Kalau calon PKR tak bersih, kita tolak PKR. Kalau semua tak bersih, Malaysia tak boleh la… Sebenarnya, kalau PKR menang, tiba-tiba calonnya sokong BN pun pernah berlaku… Jadi Pilihanraya tidak bermakna untuk Malaysia…
    Politik Malaysia terlalu sangat dramatik. Semua parti komponen dan pemimpin² terlalu sibuk dengan masalah dalaman. Hinggakan Wawasan 2020 telah dilupakan…
    Challenges outlined by Tun…
    * Challenge 1: Establishing a united Malaysian nation made up of one Bangsa Malaysia (Malaysian Race) – Failed. As constituition already splits us to different races…
    * Challenge 2: Creating a psychologically liberated, secure and developed Malaysian society – Failed. Where got security? Where got develop society? There’re whole lot more ppl are uneducated, thks to NEP…
    * Challenge 3: Fostering and developing a mature democratic society.
    – Failed. This party can buy over other party members to support its party. Is this mature?
    * Challenge 4: Establishing a fully moral and ethical society.
    – Failed. We all still use plastic bags for rubbish. Simply parking at everywhr. Rape and criminal cases still very high
    * Challenge 5: Establishing a matured liberal and tolerant society.
    – Failed. Refer to cow case..
    * Challenge 6: Establishing a scientific and progressive society.
    – Failed. Many still sleeping… Try call TM helpdesk?? Public Transport oso worst…
    * Challenge 7: Establishing a fully caring society.
    – so far this is OK.
    * Challenge 8: Ensuring an economically just society, in which there is a fair and equitable distribution of the wealth of the nation.
    – Failed. So far i only can 1 race wealth only. Look at TNB, TM, PUAS, etc etc annual report. Highest paid is who and wat race r they?
    * Challenge 9: Establishing a prosperous society with an economy that is fully competitive, dynamic, robust and resilient.
    – Failed. Whr got competitive? Govment project only for Bumi to compete…
    So can achieve Wawasan 2020. Few more mths to go is year 2010. 10 more years to go only… Do you worry?

  93. Salam Y. Bhg. Tun,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan buat Tun sekeluarga.
    Berbalik kepada topik calon pilihanraya, saya merasakan perkara ini adalah merupakan suatu cabaran baru buat mana-mana parti politik di Malaysia. Bahkan ianya juga boleh diperluaskan lagi kepada pencalonan pemimpin-pemimpin di dalam Kerajaan sendiri termasuklah kakitangan awam.
    Isu memilih calon pilihanraya kini tertumpu kepada pilihanraya kecil Bagan Pinang dimana saya boleh mengandaikan kriteria calon adalah sebagai “calon yang disukai ramai” vs “calon bersih”.
    Pemilihan calon amatlah penting bagi memperlihatkan ketelusan dan sejauhmana tahap kesungguhan pucuk pimpinan BN untuk membuat perubahan. Adalah baik sekiranya calon dapat memenuhi kedua-dua kriteria tersebut. Namun dilihat kini BN ketandusan calon yang mempunyai kedua-dua kriteria tersebut.
    Walaupun ramai diantara mereka ini “popular” tapi “populariti” mereka kebanyakannya adalah dari sudut negatif. Ekoran dari itu ramai pengundi akan memilih calon yang tidak mereka kenali langsung bagi memberi peluang and ruang untuk mereka membuktikan keupayaan mereka. Inilah yang terjadi semasa PRU 12 yang lalu.
    Sekiranya dahulu pengundi akan memilih parti sebagai keutamaan namun kini ianya telah berubah kepada kriteria calon yang diberi kepada penekanan. Oleh yang demikian pemilihan calon buat BN adalah jauh lebih sukar jika dibandingkan dengan PR. Lebih parah lagi, beberapa pilihanraya kecil yang lalu adalah memihak kepada PR sungguhpun BN mempunyai jentera-jentera kempen pilihanraya yang jauh lebih besar.
    Terserahlah kepada kebijaksanaan DSN dan pucuk pimpinan BN dalam memilih calon yang dapat diterima oleh pengundi.

  94. Dear Tun
    The apt reminder “sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan” rings loud and clear for all Muslims! In a similar spirit the phrase “change yourself before they change you for somebody else” should apply equally relevantly to UMNO – each and every member, and the organisation itself.
    No doubt, some changes had been made, most notably and the most needed: the man at the top. Now, the most important change that have to be affected sooner rather than later is the “perception” that UMNO is a corrupt organisation and its members and leaders easily corruptible. This perception is continously fanned by all and sundries that are anti-UMNO, and not a few who are anti-all things Malay. UMNO not taking any action against those proven to be corrupt during its recent party elections is certainly not helping its efforts in eradicating such negative perception (if theres any effort at all).
    Tun is serving as a beacon for the massive changes needed to overhaul UMNO. His efforts must be welcomed by all, not sidelined and certainly not rejected by any and all who loves UMNO and all the ramifications that it entails.

  95. Assalammualaikum Tok Det,
    KALAU ISA SAMAD BERTANDING DI BAGAN PINANG
    UMNO MENANG JADI ARANG, KALAH JADI ABU.
    KALAU UMNO MENANG = JADI ARANG
    1. UMNO dilihat mengangkat pemimpin rasuah.
    2. UMNO seperti tiada pemimpin pelapis
    3. UMNO menconteng arang rasuah di muka sendiri
    KALAU UMNO KALAH = JADI ABU
    1. UMNO sah ditolak Rakyat
    2. UMNO akan kalah dalam PRU13
    3. UMNO akan hancus macam abu dan tinggal sejarah.
    ISA SAMAD TIDAK SEPATUTNYA BERTANDING
    DAH TAK ADA LAGI CALON LAIN KE???
    UMNO MACAM MEMBUNUH DIRI SENDIRI!!!
    Orang Melayu sudah tidak sayangkan UMNO. Orang Melayu tidak lagi memikirkan nasib UMNO. Orang Melayu sedang memikirkan nasib dan hak agama dan anak bangsa mereka yang semakin terhakis dan tidak terbela di tanah sendiri.
    PEMBELA
    http://pembelamelayu2009.wordpress.com/

  96. Dear Tun,
    Maybe AAB is not my all-time favorite PM but he was willing to step down (even a bit too late) for his successor to restore order (economy crisis) which currently and seemingly showing positively impact. More importantly. I suppose UMNO, I mean the whole UMNO members should emulate this act to restore order/support from Malay voters. I was hoping a ripple effect from the top but little has been done/happened since then and evidently, still enjoying “good times” even after losing almost all by-elections. This become more unthinkable when the opposition leader is being called pengkhianat when they’re (UMNO members) continuing “mengkhianati” their own kind (with or without knowing). Why bother about others when people can see the betrayal in you. I sincerely hope something can be done in this nick of time. Honestly, I can only hope for miracle. Votes for UMNO/BN has long gone since PRU12. So PRU13 will make it official. Unless UMNO change for real (top to bottom) or the people will change you.
    Good day sir!

  97. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    By Mas MerahAuthor Profile Page on September 24, 2009 10:26 PM
    Salam Tun yg dimuliakan.
    Umno perlukan perubahan,
    1PERASUAH TIDAK BOLEH LAGI BERADA DALAM UMNO.

    SEMEMANGNYA RAKYAT TELAH MELIHAT SEMUA YANG DINYATAKAN ‘MAS MERAH’ DAN MASIH MELIHAT LAGI KERENAH PEMIMPIN UMNO YANG ADA SEKARANG.
    UMNO MESTILAH DIBERSIHKAN DARI DALAMAN JIKA MEREKA BETUL SAYANGKAN
    PARTI KERAMAT ITU YANG TELAH MEMBENTUK DAN MEMPERKASAKAN BUDAYA HIDUP ORANG MELAYU/ISLAM DAN BUMIPUTERA..
    ITU HANYA PERMULAAN NYA KERENA YANG LEBIH MERISAUKAN KITA ADALAH PERPECAHAN KAUM MELAYU/ISLAM KETIKA INI YANG TELAH MEMBERI RUANG DAN SEMANGAT KEPADA KAUM MINORITI MENGELUARKAN KATA HINA DAN KUTUKAN TERHADAP KAUM MELAYU DAN AGAMA ISLAM MELALUI PARTI KERAMAT ORANG MELAYU.
    ADAKAH KAUM MELAYU/ISLAM MUDAH LUPA BAHAWASA NYA PERJUANGAN PARTI UMNO LAH YANG SELAMA INI TELAH MENJUNJUNG FALSAFAH PERJUANGAN ORANG MELAYU/ISLAM DAN TELAH MENJULANG PANJI-PANJI BUMI BERTUAH?..AGAR BANGSA MELAYU/ISLAM BOLEH MEGAH MELANGKAH, TIADA LAGI KATA HINA.
    KEMBALILAH BERSATU DAN BERLINDUNG DIBAWAH SATU BUMBUNG RUMAH YANG KERAMAT KEPADA BANGSA MELAYU DEMI MENGEMBALIKAN MARUAH BANGSA DAN AGAMA YANG TELAH TERCEMAR OLEH PEMIMPIN2 POLITIK MELAYU YANG RAKUSKAN HARTA DAN KUASA HINGGA SANGGUP MELAKUKAN KEMUNGKARAN ATAS NAMA BANGSA DAN AGAMA.. ASTAFIRULLAH
    SUKA ATAU TIDAK, PARTI UMNO LAH SELAMA INI YANG TELAH MEMPERJUANGKAN NASIB BANGSA MELAYU ( YANG MUNGKAR DAN KHIANAT ADALAH ORANG NYA BUKAN NYA DASAR PERJUANGAN PARTI)) MEMPERKASAKAN KEDAULATAN RAJA MELAYU, BANGSA MELAYU DAN AGAMA SUCI ISLAM DITANAH TOK MOYANG ORANG MELAYU..
    JANGAN SESEKALI LUPA ATAU BUAT2 LUPA…FIKIRKAN LAH WAHAI ORANG MELAYU AKAN PENINGGALAN KITA UNTUK ANAK CUCU KITA…BANGSA MELAYU YANG DIHORMATI DAN DISEGANI BUKAN DIPERHAMBAKAN DITANAH TUMPAH DARAH KU INI..
    ALFATIHAH, AMIN.

  98. Saya hairan bagaimana pemimpin yang terbukti terlibat dengan rasuah masih boleh diterima di peringkat akar umbi UMNO? Adakah ahli UMNO kurang jelas signal yg dihantar rakyat pada PRU-12 lalu? Atau mereka memandang rasuah masalah kecil sahaja? Atau mereka semua sememangnya kaki rasuah yg menunggu habuan bila perasuah yg mereka pilih menang pilihanraya kawasan? UMNO harus buktikan slogan TRANSFORMASI UMNO bukan hanya sekadar ucapan manis di bibir tetapi harus dibuktikan melalui tindakan. UMNO mungkin boleh menang PRK tapi isyarat yg dihantar di peringkat nasional adalah UMNO dulu dan sekarang adalah sama sahaja, parti yg amat toleran terhadap rasuah.

  99. Dahulu Kata…
    Selamat Hari Lebaran kepada Tun Berdua dan seisi keluarga….
    Al-hamdullillah…., kita masih bersama2 meraikannya tahun ini…, walau dikejauhan..
    Maaf Dzahir & Batin….
    Bicara tentang calon….
    Yang telah berjuang dan menyumbang seketika dahulu & yang telah pun memberikan kebaikan kepada rakyat adanya itu, terima kasih….biarkan ia berlalu dan tersemat sebagai suatu legacy kepemimpinan.., walau diakhir2 pembabitan di singkap salah laku, namun nescaya hal salah laku itu pasti akan dilupakan jua lantaran tentu ada jasa2 yang ditinggalkan setelah sekian lama memimpin….
    Tetapi….jika ingin hidup di dalam ‘previous glory’ yang mungkin tiada relevannya lagi…., maka ianya berkemungkinan :
    a) kerana ingin terus berkuasa & bermaharajalela (suka diagongkan),
    b) kerana ingin terus berkuasa & mengecapi kekayaan (mengiakan involvement dalam politik kerana senang nak kaya),
    c) akan menyebabkan kroni2nya boleh bermaharajalela & nescaya menjadikannya patong untuk mereka mengongkong segala projek & hasil kerajaan),
    d) membuat rakyak yakin & justeru jentera kerajaan BN & UMNO dilihat sebagai ‘pengabihkan boreh ajo’…dan bukan memperjuangkan hak rakyat dan membawa kemakmuran kepada negara.
    Hai…calon yang dikatakan baik oleh penyokongnya…..janganlah teruskan hajat mereka2 yang akan mengenepikan Tuan jua suatu ketika esok seperti yang telah terjadi dahulunya….
    Taubah dan berehat lah….you have done your part during your time….dan dengar lah nasihat & janganlah menyulitkan kepimpinan yang ada sekarang….
    &….dengar lah komen Tun Dr. Mahathir yang arif….demi hari tua yang lebih aman dan tenang….
    Terima kasih & Wassalammu.
    E1.

  100. Setuju sangat.. Rasuah adalah perkara yang sangat membebankan.. mereka yang mengamalkan rasuah adalah mereka yang tiada keyakinan diri.. mereka ini takut untuk menghadapi kenyataan.
    Mungkin mereka yang mengamalkan rasuah ini dah bertaubat.. tapi demi menjaga nama baik parti baiklah mereka ini berundur sepenuhnya.. Menjadi pemerhati dari luar.. mengkritik dan memberi pendapat dari luar sahaja.. Ini kerana mereka ini akan menjadi duri dalam daging kepada parti..
    UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai sejarah yang hebat.. pernah jatuh pada suatu masa dan bangun menjadi sebuah parti yang hebat.. tapi kini, ianya akan jatuh semula sekiranya ada gejala rasuah dalam UMNO..
    UMNO harus dengar suara akar umbi.. suara orang bawahan bukan suara perwakilan yang berkepentingan.. Sebagai contoh masa pemilihan ketua pemuda.. pencalonan A adalah lebih tinggi dari B tapi masa pemilihan kenapa B boleh menang?
    “MENCINTAI UMNO SELAMANYA KERANA ALLAH DAN NEGARA SERTA BANGSA BUKAN KERANA JAWATAN..”

  101. Salam sejahtera dan Selamat Hari Raya kepada Tun dan keluarga.
    Memang sukar untuk mendapatkan calon yang benar benar bersih dari segala aspek, dan rakyat serta ahli ahli UMNO benar benar berharap agar UMNO serious di dalam memerangi gejala rasuah dan politik wang. Pemilihan calon ADUN Bagan Pinang juga akan menentukan samada UMNO ikhlas di dalam usaha ini atau hanya sekadar melepaskan “batuk di tangga sahaja”.
    Pemilihan TS Isa Samad sekiranya menjadi reliti adalah di kira satu jalan mudah untuk UMNO mencari kemenangan di Bagan Pinang; dan dengan hanya mengharapkan populariti beliau tanpa imej yang bersih malah telah terbukti sebagai pengamal politik wang; akan berlaku satu lagi malapetaka kepada UMNO dengan penolakan rakyat terhadap calon ini.
    Rata rata yang menyokong TS Isa Samad adalah penyokong beliau ataupun dahulu nya musuh yang sudah menjadi penyokong di sebabkn usaha mereka meraka ini untuk menjatuhkan Datuk Seri Utama Mohamad Hj Hasan, MB NS sekarang.
    Malah percaturan mereka ini meletakkan TS Isa Samad sebagai calon adalah juga sebagai agenda peribadi yang mana perlu di tentang oelh keseluruhan ahli ahli UMNO.
    Sememangnya DUN Bagan Pinang di kira sebagai kawasan selamat BN, tetapi perlu di ingat bahawa banyak percaturan politik yang akan membawa padah kepada calon BN itu sendiri. Kekalahan Sothinathan di dalam pemilihan MT MIC baru baru ini juga akan mennyebabkan arus perubahan politik akan menular ke Bagan Pinang.
    Semestinya, ahli ahli MIC di peringkat bahagian dan cawangan akan mengunakan pilihanraya kecil ini sebagai isyarat yang jelas kepada DS Samy Velu. Begitu juga dengan MCA dengan masalah dalaman yang menyebabkan ramai pengundi pengundi cina yang akan mengundi calon PKR.
    UMNO seharus nya berani mengemukakan calon baru dan muda serta berkelayakan dari segi akademik untuk menjamin masa depan negara. Kerana ianya telah terbukti dengan Tun sendiri telah berjaya membawa negara kita ke era baru. Tradisi guru serta guru besar sekolah, jaga keretapi dan tukang kebun seharusnya sudah tidak menjadi amalan di dalam UMNO.
    Rakyat serta orang Melayu khusus nya sudah tidak boleh di permudahkan lagi, dan tidak ada guna nya saham di Bursa KL melonjak sehingga lebih 1000 mata sekira nya ikan kembong seekor berharga RM2.50/=
    Kesan dari ekonomi yang merudum ini lah yang menyebabkan rakyat sudah meluat dengan BN dan beralih arah kepada PKR. Kerana orang UMNO dan BN cakap tak serupa bikin, kepentingan peribadi melebihi rakyat.
    Wassalam

  102. Dear Tun,
    Kes Chua Soi Lek bagaimana?
    Boleh tak ia jadi Presiden MCA atau Menteri Persekutuan?
    Salam Aidil Fitri!!

  103. Salam untuk ayahanda Tun berdua
    Banyaknya ulasan sanggupkah baca
    Begitulah sumbangan setia
    Membimbing Malaysia tiada umur bersara
    Memang benar katamu cara disingkirkan berbeza
    Yang satu rasuah yang satu lagi ingin membela
    Menderhaka melawan ketua kerana bangsa
    Walau dibuang dikutuk dihina
    Perjuangan tetap diteruskan janji dikota
    Agar melayu tak hilang di dunia
    Lain-lain bangsa juga tak lupa
    Malaysia dibangunkan untuk semua
    Di bagan pinang kembali berpilihan raya
    Memilih calun timbul sengketa
    Cerminlah diri layakkah kita
    Jangan terperangkap sikap haloba
    Menjadi YB itulah cita-cita
    Berkempen dari pagi sehingga senja
    Rakyat dikunjungi tak kira masa
    Kerana undi walaupun terpaksa
    Sesudah menang tunggulah nanti pilihanraya
    Lama sungguh 5 tahun pulak baru berjumpa
    Hasrat di hati bukan ingin membela
    Pentingkan diri dan juga keluarga
    Kroni di bentuk semakin kaya
    Cintakan dunia akhirat dilupa
    Bila mesyuarat ditinggalkan solat mengejar masa
    Cakap pasal projek berapa syer yang YB punya
    Apakah insan semakin gila
    Walau hidup sesingkat usia
    Nafsu kebendaan menguasai minda
    Tiada diingat dosa pahala
    Azab neraka pedih tak terkira
    Menghalang nafsu tidak berupaya
    Disapu semua apa yang ada
    Itulah kezaliman kejahilan manusia
    Melayu kaya budi bahasa
    Ada peri dan simpulan bahasa
    Diserikan lagi pantun seloka
    Bila mengkritik berbidalan bahasa
    Waktu bersyair meluahkan rasa
    Ketika bersajak sungguh segak memikat si dara
    Tetapi malang ada yang tak kena
    Mengumpat mengeji menjadi budaya
    Hasad dengki mudah bertakhta
    Memfitnah lawan perkara biasa
    Melebih membunuh besarnya dosa
    Namun semua itu tiada dikira
    Malangnya si kitul membuat cerita
    Atas arahan raja mendaliar, terfitnahlah bendahara
    Sultan menghukum tanpa usul periksa
    Terkorbanlah seluruh keluarga bendahara
    Portugis masuk ingin berdagang pada mulanya
    Mengambil kesempatan dijajah melaka
    Hang tuah berkata melayu tak hilang di dunia
    Kerana si tuah Hang jebat derhaka
    Nasihat yang tua tiada berguna
    Kemarahan membuak akibat teraniaya
    Akhirnya hilanglah kesultanan Melaka
    Sudah terlambat sesal tiada berguna
    Sejarah Melaka kembali semula
    Bila berpolitik melayu senang di adu domba
    Menfitnah menjadi senjata
    Bila mati dijilat neraka
    Berpecah kerana dasar berbeza
    Tak sanggup berkompromi duduk bersama
    Ada pihak cukup gembira
    Seperti portugis penguasaan sudah bermula
    Pecah dan perintah menjadi formula
    Maklumlah bukannya faham bahasa mereka
    Motif perjuangan timbul curiga
    Rakyat Malaysia ada pilihan
    Samada barisan atau pakatan
    Barisan janji pembangunan
    Pakatan janji keadilan
    Kedua-duanya ada kepentingan
    Kualiti calun lah perlu menjadi pilihan
    Kalau tidak akan belot perjuangan
    Belumpun sempat masuk dewan bersidang
    Sekian lah kepada Tun berdua
    Kepada pengundi undilah secara bijaksana
    Jadikan YB pilihan saya
    Bukannya terpilih hantu raya
    Walaupun banyak dapat duit raya
    Semasa mengundi ingatlah anak cucu kita
    Masa depan mereka Cuma di Malaysia
    Silap memilih menyesal tak berguna
    Di bumi sendiri kita dihina
    Berebut kuasa mengkianati bangsa
    Salam terakhir

  104. Assalamu `alaikum YBhg Tun dan bloggers,
    (01) Pertamanya, saya ucapkan Salam Hari Lebaran, didoakan YBhg Tun berdua sihat sejahtera, murah rezeki dan senantiasa mendapat kesejahteraan Ilahi.
    (02) Mudah untuk menyusun berpuluh sebab untuk menidak atau mengiyakan pendapat tentang bagaimana hendak mengambil kembali hati para pengundi terhadap Barisan Nasional khususnya kepada tulang belakang Barisan Nasional iaitu UMNO. Apapun debatnya, yang pastinya rakyat jelata akan menentukannya pada PRU ke 13 nanti. Maka dari itu segala persiapan untuk mengembalikan harapan dan kepercayaan rakyat haruslah diutamakan.
    (03) Adakalanya saya fikir saya sudah muak dengan sikap sesetengah ahli UMNO yang inginkan perubahan tetapi tidak sanggup melakukan perubahan hatta untuk memulakan langkah pertama ke arah perubahan. Mungkinkah disebabkan mereka telah duduk dengan begitu selesa dalam keadaan sekarang ataukah mungkin mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
    (04) Rakyat jelata amnya dan penyokong Barisan Nasional khasnya macam saya seolah-olah melihat nasihat, pandangan dan resolusi untuk pembangunan UMNO seolah-olah seperti pepatah Melayu … umpama mencurah air ke daun keladi. Organisasi UMNO yang terlalu besar umpama gergasi dilihat semakin lama semakin tumbang. Satu demi satu pilihanraya kecil yang diadakan tidak berpihak kepada UMNO. Ya, jentera pilihanraya UMNO boleh mendakwa jurang kemenangan pihak lawan tidaklahs sebesar mana tetapi kami melihat kalaupun perbezaan cuma 1 undi sahaja tetapi ia memberi kemenangan kepada pihak lawan, statistik jurang perbezaan tersebut tidak langsung bermakna. Hakikat itu masih gagal dilihat oleh ramai ahli jentera pilihanraya UMNO.
    (05) Kesan yang kita takuti ialah lambat laun kelak, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional akan melihat UMNO sebagai bebanan pula. Ini sangat-sangat membimbangkan. Apabila UMNO sudah dilihat sebagai parti yang menumpang tuah dalam Barisan Nasional, padahnya bukan setakat kepada ahli UMNO itu sendiri tetapi negara secara keseluruhannya. Bayangkan negara ini diambil alih oleh pakatan pembangkang yang entah kemana hala tujunya dan persepsi pentadbiran mereka mentadbir negara ini. Apa akan jadi kepada mereka yang duduk di luar bandar sana? Saya tak boleh nak bayangkan kecelakaan pada masa itu.
    (06) Pembersihan ketirisan dalam UMNO tidak boleh dilihat sebagai agenda ahli-ahli UMNO sahaja tetapi harus dilihat sebagai agenda keseluruhan rakyat Malaysia yang sayangkan negara. UMNO bukan milik orang UMNO tetapi adalah warisan aset negara. Jika orang-orang dalaman UMNO tidak mampu untuk mengubah sendiri dirinya maka jangan tersinggung jika orang luar dari UMNO mula menawarkan diri untuk memperbaiki UMNO. Bukan untuk gah mencari nama atau menunjuk pandai tetapi kerana mencintai negara ini supaya kekal aman, damai dan sejahtera.
    Ikhlas,
    Bujang Redzuan Bin Mohammed
    Kuching Sarawak
    http://bujangrm.ning.com

  105. Salam Tun,
    I think this whole episode could have been avoided had TS Isa Samad made a statement but nothing came out from the horse mouth. So we all can continue to lampoon and dwell in it until the cow come home and we all can close the gate for good.
    Would he accept or would he reject the nomination if nominated? What rationale or political game is he playing with UMNO top echelon? One of revenge or merry?
    He knows darn well of his power to exploit in the Bagan Pinang by election. Truism, chauvanist or plain arrogant?
    Now he is waiting for someone from the top to come down and meet him and make him an offer he cannot refuse.
    ‘Let’s make a deal’. Such is the game of politics in this country.
    Yours truly,
    Din

  106. Semuanya Busuk! Loya! dan Hancing!!!!
    Semuanya sama !!! Semuanya untuk buncitkan perut sendiri !!!
    Aku berharap sangat yang kita nanti tidak perlu lagi bergantung pada politik. Aku berharap sangat akan ada satu sistem yang lebih baik dari politik ‘Hancing’ untuk membangunkan ekonomi negara dengan lebih telus dan tulus.
    Jangan harap apa2 dari mereka yang terlibat dalam politik di zaman sekarang. Mereka lebih busuk dan Hancing !!!!

  107. Y.A.Bhg Tuan
    Tahniah dan selamat Hari Raya kepada Tun dan Tun Dr Siti Hasmah. Tulisan Tun mengenai pilehanraya kecil di Port Dickson dan beberapa komen Tun kebelakangan ini yang disiarkan melalui media amat menarik perhatian semua pihak.
    Harapan Tun semoga UMNO kembali kukoh seharusnya diinsafi oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tetapi tidak nampak tindakan kearah tersebut dilakukan secara segera dan bersungguh-sungguh. Orang ramai masih menunggu bagaimana UMNO akan bertindak keatas kes-kes rasuah dan politik wang yang dikatakan belum selesai selepas perhimpunan agong yang lepas atau UMNO mengambil sikap menutup sahaja kes-kes tersebut dan membiarkan mereka yang disiasat terus berkuasa dalam UMNO disemua peringkat. UMNO perlu bertindak segera kerana P13 hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi. Saya yakin Dato’ Seri Najib seorang negarawan besar yang memiliki ciri-ciri kepimpinan Allahyarham bapanya ingin menerajui kepimpinan negara melampui tempoh wawasan 2020. Matlmat ini akan hanya menjadi impian sekiranya perubahaan besar tidak dilakukan segera bagi mengelakan kecundang pada P13.
    Saya juga yakin kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, TS Mahyudin yang mempunyai sifat-sifat tegas, serious saperti Allahyarham Tun Dr Ismail yang juga berasal dari Johor boleh membuat perubahan segera dalam UMNO. Gandingan kedua-dua personaliti ini boleh membawa kepada keyakinan untuk rakyat terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Kubu kuat UMNO saperti di Johor dan Pahang harus dipertahankan dan saya yakin UMNO Kedah, UMNO Perak akan kembali kuat saperti dimasa lampau. Orang Melayu dinegeri-negeri tersebut sebenarnya masih kukoh dan sayang kepada UMNO. Sokongan mereka kepada PAS dan PKR dipilehanraya yang lepas adalah sebagai melepaskan perasaan kecewa mereka kepada kegagalan dan benci kepada segelintir pemimpin-pemimpin tertentu.
    Pembersihan dalam UMNO mesti disegerakan dan jangan tunggu sehingga hujong tahun. Masa berlalu dengan cepat tetapi ingatan dan perasaan rakyat sukar diubah dengan segera.Sekiranya tindakan diambil sekarang maka UMNO mempunyai masa hampir 3 tahun untuk membentuk semula minda rakyat menjelang P 13.
    Kestabilan politik adalah penting kepada Negara untyuk mencapai Wawasan 2020. konsep perkongsian kuasa dibawah Barisan Nasional adalah formula terbaik kerana semua etnik atau kaum diwakili melalui parti politik masing-masing yang bergabong dalam sabuah parti iatu Barisan Nasional. Konsep Pakatan Rakyat adalah suatu pakatan yang longgar dan mudah hancur yang tidak dapat menjamin kestabilan politik negara. Kekuatan mereka sekarang adalah kepetahan pemimpin mereka berhujah menghentam kelemahan Kerajaan tanpa suatu wawasan atau agenda poltik atau ekonomi yang jelas. Pakatan ini akan hancur apabila mereka berkuasa kerana pemimpin-pemimpinya berdepan dengan isu-isu sensitif kaum-kaum masing-masing. PAS yang kononya memperjuangkan Islam sebenarnya telah lupa asas penubuhannya adalah untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu yang kononya digadaikan oleh UMNO kepada Perikatan untuk dapat sokongan MCA dan MIC. Akhirnya ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi akan lupa kepada kopiah putih untuk mengejar kekayaan apabila PAS mempunyai peluang berkuasa diperingkat Kerajaan Pusat.
    Semua rakyat tanpa mengira bangsa perlu sedar bahawa kestabilan politik penting untuk negara saperti Malaysia yang sifat ekonominya yang sangat terbuka. Sebarang tanda yang boleh mengancam ketenteraman awam boleh membawa keruntuhan ekonomi kerana pelabor asing akan segera cabut lari dan sektor pelancongan akan terjejas. Golongan kopiah putih mungkin tidak sedar bahawa sektor pelancongan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara sekarang ini. Penyokong DAP atau PKR juga mungkin tidak sedar bahawa perniagaan mereka akan hancur apabila kestabilan poltik terjejas.
    Konsep Barisan nasional adalah terbaik untuk Negara yang berbilang kaum dan mempunyai sistem geo-poltik yang agak unik dimana negeri-negeri mempunyai autonomi dalam bidang-bidang tertentu. Sabuah Karajaan Pusat yang kuat adalah penting untuk menjamin pertumbuhan ekonomi dan mempastikan keutuhan Negara yang dikelilingi oleh negara jiran yang kadang-kadang menimbulkan isu-isu yang boleh menjejaskan keutuhan sabuah negara Malaysia yang bedaulat. Negara perlu perkukohkan kemampuan untuk menghadapi sebarang ancaman untuk menjamin intgeriti dan keselamatan negara.
    UMNO perlu segera bertindak membersihkan dirinya dan kemudian diikuti oleh rakan komponen yang lain. Inshallah, YAB Tun sebagai seorang negarawan yang ingin melihat Wawasan 2020 menjadi kenyataan boleh memainkan peranan yang konstruktif dalam menentukan UMNO bersih dan kembali putih saperti kapas. Nasihat Tun senantiasa dihormati semua pihak terutamanya orang melayu. Saki baki pemegang jawatan dalam UMNO yang membawa UMNO dicemuh dan menjadi busok mesti diambil tindakan segera.
    Semoga sambutan Hari Raya tahun ini membuka ruang dalam minda pemimpin-pemimpin UMNO sekarang untuk bertindak segera membersihkan UMNO dan Negara dari sebarang bentuk rasuah, penyalahanguna kuasa, kronisma dan nepotisma. Penyakit ini yang membawa kejatuhan Parti terkuat di Jepun dan juga suatu masa Parti kongres di India sehingga pembersihan dilakukan. Kita bernasib baik UMNO masih utuh dan mempunyai masa yang munasabah untuk melakukan pembersihan sebelum P13 dan UMNO akan terus nenerajui Barisan Nasional memerentah negara mencapai Wawasan 2020.
    Yang iklas,
    Rahim

  108. Aslkm Tun,
    AMT UMNO harus diingati dengan pribahasa “Menang sorak kampung tergadai” atau “won the battle but lost the war”. BN mungkin akan menang Bagan Pinang dengan calun yang kurang bersih tetapi popular dengan pengundi di sana, sampai pilihan raya akan datang, percayalah BN akan kalah teruk. Bagi saya adalah lebih baik BN memilih calun yang bersih dan kalah daripada memilih calun yang kurang bersih tetapi menang, tetapi insyallah BN akan menang dengan memilih calun yang bersih.

  109. Pandangan saya dan juga sedikit gambaran dari saya…
    Saya rasa tewasnya umno dibeberapa kawasan atau beberapa negeri adalah disebabkan oleh orang umno yang tidak menyokong umno sendiri kerana kehilangan tempat dalam untuk mendapat kerusi dibeberapa tempat dan kawasan serta beberapa pemimpin umno yang berlagak bila duduk dikerusi atas menyebabkan rakyat menyampah , contohnya negeri selangor . Ada juga faktor atau terdorong kerana kehilangan jawatan yang sudah lama dikuasai atau senang cerita mereka yang ditangkap atas kesalahan rasuah memboikot undi serta menghasut penyokong-penyokongnya sendiri supaya mengundi orang yang tidak sepatutnya atau kerana kegagalan mendapat tempat dikalangan Parti . Kaum lain seperti cina pula adalah faktor perniagaan mereka yang terjejas kerana faktor kenaikan harga minyak yang terlalu membebankan menyebabkan rakyat kurang berbelanja .
    Kaum india pula Sammy Vellu punya suara dianggap orang yang gila kuasa..kerana kuasa yang dipegangnya terlalu lama . Orang melayu pula beranggapan kerajaan mezalimi rakyatnya sendiri ialah selepas kenaikan tangga gaji sebanyak beberapa peratus , kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen sebelum pilihan raya menyebabkan kenaikan yang diberikan oleh kerajaan seperti tidak memberi manfaat langsung selepas kenaikan harga minyak 30 sen . Orang pekerja sektor swasta pula beranggapan kenaikan harga minyak itu seolah-olah kerajaan manzalimi rakyat nya sendiri kerana kenaikan harga minyak itu cukup membebankan ditambahkan faktor kenaikan harga barang yang tinggi seolah-olah ringgit malaysia tiada nilainya walaupun bernote seratus ringgit …
    Ditambahkan lagi faktor pemimpin yang kurang bijak menyelesaikan sesuatu masalah….dan juga kenyataan dari pihak pembangkang mengeluarkan sesuatu isu , tapi percaya atau tidak bukanlah saya nak buat-buat cerita sebelum pilihan raya ke12 ada sebahagian dari rakyat malaysia sudah menetapkan pendirian jikalau bonus tak diberi mereka tidak akan memangkah BN…kerana kenyataan yang dikeluarkan dari individu Umno sendiri yang mengatakan kenaikan yang diberikan oleh kerajaan bersamaan dengan bonus 6 bulan …sedangkan kerajaan bukanya tidak tahu kos kehidupan yang semakin meningkat terutama yang duduk dibandar…( itu yang selangor tewas teruk tu ) kalau disebabkan rasuah saya rasa tidak , kerana rasuah didalam umno ini memang telah lama berlaku . masa kan Paklah boleh menang besar pada pilihan raya kesebelas…..faktor anwar ibrahim pun tidak sebenarnya kerana orang yang menyokong anwar pun selama ini kerana faktor kesian kerana dia telah dizalimi sedangkan dizaman itu umno memang sudah terkenal dengan rasuahnya…..yang lebih tepat ialah dasar kerajaan mengunakan wang rakyat sebenarnya yang mejerumuskan kekalahan BN sebenarnya ialah bukankah dasar kerajaan sekarang duit yang diberi dipulangkan kepada kerajaan balik . ( pelik agaknya kemana duit-duit itu pergi sehingga kerajaan tak cukup-cukup duit atau senang cakap setiap kali menang pilihanraya , harga minyak pasti naik …he he he..sudah semestinya rakyat menyampah….. fikir-fikirkan BN

  110. Salam Tun,
    Ya benar TUN, UMNO telah dipandang serong sekarang ini. Memang banyak ternampak bezanya kepada pemimpin UMNO sekarang ini.
    Mereka ini lebih utamakan harta benda dan periuk nasi sahaja. Tidak ternampak bagaimana mereka ini ingin membela nasib orang melayu serta rakyat jelata.
    Di parlimen, mereka ini hanya gagah bertikam lidah untuk menunjukkan siapa yang lebih baik. Tidak ternampak mereka ini bangun dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang hanya turun sedikit sahaja.
    Saya ada berjumpa dengan beberapa kaum India dan cina sebelum ini. Kaum-kaum ini juga merasakan yang mereka ini cuma dipergunakan untuk mengundi sahaja. Bila menang, hilang segala janji. Nasib mereka ini pun masih tidak berubah.
    Yang berubah, nyata ahli politik BN mempunyai kereta-kereta besar, rumah semakin besar, harta semakin banyak. Tidak nampak dimana keikhlasan disini. Manakala NIK AZIZ dan adun PAS yang lain masih lagi memakai kereta lama.
    Memang pasti BN akan diajar sekali. UMNO harus bertaubat.

  111. Dear Tun,
    I am totally agree with what you hsve voiced through the statement above.Nowaday,people have this kind of perception-the more corrupted the person is,the higher post the person would get,this is absolutely not a positive phenomenon but we see not enough effort has been done to this,we can only see it going on and on and on.
    There is one more perception of people to the governmen,that is police is above the government,we can see that government too rely on police no matter to eradicate the crimes or combatting the oppositions,they have neglected the honour of the parliament that a police allowed to get into the parliament and arrested people by saying that it was their boss’s order,I don’t know who was the boss but no matter how I am stronly believe that no one can beyond the power of parliament.

  112. Dear Tun,
    I follow the comments sent to you by people of various background and aspirations. There are positive remarks and some are not too kind also.
    As with life, you can’t please everyone, and when you sell, you can’t satify all customers. Truth is, there are so many expensive, unworthy customers that we should need to ignore as the costs involve in satisfying them overwhelm the efforts. These are people who just can’t take anything that people like you propose although clearly it is for the betterment. These people would want to criticise all the time, they will bring up all sorts of bad examples under previous administration and naturally blame you for all the bad actions.
    When you want to urge Umno to avoid money politics and select clean candidates, some bunch of people will raise past malpractises. In Islam these people are said to be lost, their hearts are closed and will never accept truth and good deeds.
    I hope Umno will continue its efforts to clear its name, and clear from money politics. Just focus on voters who want to see a clean party with clean leaders. Ignore people from the opposition whose hearts are closed to noble cause and whose hearts are rotten with hatred and negativeness – they are not worth our cause for the next general election, given our tight timeframe.
    Umno should always organise tahlil and doa so that all members are blessed with Allah’s guidance for the right path and protected from evildoings.
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

  113. Assalamu alaikum Tun,
    1. Saya memang ternanti-nanti komen Tun mengenai calun pilihan raya kecil ini kerana ia melibatkan bukan sahaja BN tetapi juga negara kita Malaysia tercinta. Malah ia akan menjadi tauladan yang baik kepada parti komponan BN pada masa hadapan.
    2. BN mempunyai jentera yang banyak untuk menetukan calun yng terbaik dalam kalangan calun-calun yang dicadangkan oleh bahgian dan negeri. Gunakanlah jentera itu sebaik mungkin demi masa depan Malaysia.
    3.Semua pihak harus berkorban demi bangsa dan negara. Gunakanlah suara hati yang putih dan jujur kerana disebalik keputusan yang kita buat dilihat oleh Allah SNW. Kita boleh sembunyi hasrat yang sebenar tetapi di akhirat kelak semasa meniti Siratul Mustaqim kita akan dibicarakan sekali lgi . Pada masa itu mulut dikunci tetapi hati, minda , tangan mata telinga kaki dan tangan akan menyaksi perbuatan kita yang sebenar di dunia ini. Pada masa itu kita tidak boleh menyembunyi apa-apa pun. Lebih baik kita berterusterang sekarang ini.Lihat surah Yasin Ayat 65
    4. Memilih calun lain bukan calun pilihan kita, bukan bermakna calun kita itu bersalah. Serah sahaja urusa itu kepada Allah Subhanahu Wa Taala
    5. YAB Presiden dan YAB Timbalan prisedin mesti membaut keputusan berani tetapi menepati kehendak Allah dan Rasul NYA.

  114. Assalamualaikum…Tun
    Saya setuju ngan pendapat Tun bahwa UMNO-BN perlu kearah transfomarsi kepada kepimpinan “BERSIH, CEKAP dan AMANAH”. Rakyat adalah penyokong dibelakang seseorang pemimpin, jika pemimpin itu gelong rakyat nampak. Nak buat transformasi dalam UMNO-BN bukannya senang…tapi terpaksa dilakukan kerana keutamaaan kepada negara mesti diutamakan melebihi daripada status individu. Mungkin beberapa orang akan terkorban, walaupun nampak pahit terpaksa ditelan….’UMNO TERUS MARA…..'(lirik lagu UMNO).

  115. Salam Tun
    Benar kita perlu tentang rasuah habis-habisan…pendapat saya rasuah nepotism nie berlaku di kedua2 parti kerajaan dan pembangkang..bn pun ada nepotism dan perosak rakyat (PR) pun sama..umpamanya tengok jer laa anwar, bini dia dan anak dia masuk gelanggang politik..begitu jugak pemimpin2 dap..apa bezanya..amalkan nepotism jugak
    dan adakah perosak rakyat tak mengamalkan rasuah? kita ketandusan pemimpin yang ikhlas dan terbaik tun..semuanya mementingkan periuk nasi sendiri..pertama sanak sedara dulu..lepas tue kawan…lepas itu barulaa orang ramai..
    Jadi kesudahnnya rakyat jugak yang tak dapat apa2..
    Tolak rasuah..tolak penyelewengan…tolak semua ini..kerana jika pemimpin sebegini dipilih hanya kerana populariti dan bukan sifat terpuji..akhirnya masyarakat punah..heran juga sebab masih ingin calonkan pemimpin2 sebegini..saya setuju sangat dengan pandangan Tun, tolak semua ini..kalau tidak, kita akan jadi suatu masyarakat yang mana kuasa boleh dibeli….

  116. Tun
    when people like Mohd. Mohd Taib. Rahim Thamby Chik, Senusi Junid and a whole lot more can get elected to the CWC during your adminstration and Presidency of UMNO, I wonder what influence you had in getting these individuals in the board?
    Also, if money wasn’t involved – what was the carrot that was offered?
    Care to provide some insight?
    (Ravi)

  117. Selamat Hari Raya Tun,
    Sebagai rakyat Malaysia yg tidak berpehak kepada mana-mana parti politik, bagi pandangan saya sendiri, UMNO akan tumbang kerana pemimpin dan ahli-ahli yang berpengarohnya sendiri.
    Rakyat Malaysia tidak semudah itu diperbodohkan. Mungkin sebelum ini rakyat Malaysia tidak dapat berita-berita yang sebenar (?) melalui media yang pro-parti yang memerintah. Sekarang sudah berubah. Banyak sumber-sumber boleh didapati melalui internet macam blog Tun sendiri. Rakyat Malaysia boleh menilai dengan sendiri mana yang betul dan mana yang tak betul. Sepertinya, saya selalu bandingkan lapuran-lapuran media dengan lapuran dari internet (blog). Sungguh bercanggah.
    Sekarang nie, hangat dengan pencalonan untuk Bagan Pinang. Salah pilih, UMNO/BN akan kalah lagi kecuali jika ada unsur-unsur penyelewengan dalam pengundian nanti seperti ‘undi pos’.
    Dan, mana ada calun yang bersih sekarang nie. Just pick anyone of the Ministers, and say ‘nie dia orang yang bersih’, cakap dengan iklas dari hati bukan dari kepala politik.
    Permatang Pasir betul-betul memberi pengajaran kepada pemimpin UMNO/BN tentang betapa pentingnya memilih calon yang disokong oleh rakyat setempat.

  118. Salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun.
    Saya tak mahu cerita pasal Bagan Pinang, saya juga tak mahu cerita pasal UMNO. Dah dua kali Tun lemparkan 2 soalan round-about pada para peguam-peguam kita, yang ada rambut jadi nipis yang nipis dah botak pun Tun tak terima jawapan lagi. Jadi hari ini saya nak ajak Tun pula menjadi seorang ahli perniagaan Melayu Bumiputra (tak pa kita ada line mamak sikit takpa, isteri sayang sebab pandai masak janji mulut senyum sampai pukul 3 pagi cukup). Kita berdua adalah ahli perniagaan yang status dah lepas tahap machai kuli Cina. Kita ada duit (mungkin cukup lah), jadi kita tak nak sentuh hal pinjam duit bank untuk urus niaga ini (boleh la kut, tegok la, Inshallah).
    Saya nak ajak Tun berniaga aircond rumah/pejabat. Untuk pengetahuan Tun, aircond ni macam-macam jenis. Tapi kita ketepikan jenama dan kita tumpu pada teknologi, terkini ialah “Low Horse Power Split Inverter Design”. Ini profit margin tinggi sebab harga jualan tinggi (sebab teknologi baru) dan maintenance gas R140a dia pun kos tinggi. Jadi, nampaknya profit margin tinggi dengan yang ini. Ni saya bukan nak kutuk Cina (rakan niaga saya Mr.Gan Botak yang cadangkan saya tulis ini) atau Melayu (kita dua lah) tapi sengaja nak ajak Tun turun padang berniaga.
    Untuk pengetahuan Tun, Cina jual aircond macam ni, Si Ah Leong (nama samaran) kini ada duit dan dulu beliau pernah kerja pintal wayar letrik di KLCC 1996 dan kini beliau dah buka syarikat elektrik sendiri (bukan emporium, belum mampu lagi), cuma ada 2/3 kedai di kawasan taman-taman perumahan. Bila pelanggan masuk ke kedai beliau, profit margin dah tetap 100%. Apabila pelanggan beli sebuah aircond teknologi terkini tadi, maka si Ah Leong kata

  119. the more you try to straighten them, the more ‘bengkok’ they go.
    Human have this a very bad habit, when you tell them ‘dont!’ their urge to go opposite of ‘dont!’ would be more. God’s unique creation.

  120. Calon bukan saja harus bersih, tatapi harus juga kelihatan bersih…
    Dulu dah bikin panas,
    Skang ada hati lak nak jadi calon..
    Sedar skit….
    umur dah meningkat…..
    (Payah betul hidup kt teluk kemang)

  121. Tun,
    Saya percaya inilah jawapan Tun terhadap kenyataan Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang yang mempertahankan pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada pilihanraya Bagan Pinang nanti. Adakah beliau cuba spinkan fakta untuk menyokong hujah beliau?

  122. .
    Saya setuju 100% dengan Tun.
    Sebabtu saya cadangkan pada sesetengah menteri UMNO untuk membuka pintu undi pada ahli2 UMNO yang setia pada UMNO seperti ahli2 biasa yang dah lebih 10 tahun jadi ahli. Saya sudah lebih 20 tahun jadi “silent” & LOYAL ahli.
    Atas cadangan ini, ada pula menteri yang beri komen “senang aje cadang, nak buat bukan senang!”. Inilah mentaliti menteri UMNO yang macam belum apa2 lagi dah fikir stumbling block.
    Ikut tahun masuk adalah satu cara mudah – ia dapat di check & verified di Cawangan masing2. Katalah next PAU adalah in 2011, so, those yang dah jadi ahli UMNO semenjak 2000 sudah pasti LEBIH dari 10 tahun.
    Orang2 yang baru masuk UMNO tidak wajar diberi peluang untuk undi lagi kerana mereka belum tunjuk lagi kesetiaan pada UMNO. Ini ditujukan pada ahli2 biasa.
    Pada mereka2 yang pernah jadi MT, serta mereka2 yang berjawatan di Peringkat Cawangan tahap Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda & Ketua Puteri, untuk sesi undian pada 2011 itu, bolehlah undi juga as a “respect” (kerana mungkin ada di antara mereka kurang dari 10 tahun menjadi ahli UMNO) — again, hanya untuk Tahap KETUA2 dalam Cawangan sahaja, ie. kalau ada di antara mereka yang kurang dari 10 tahun.
    Pokoknya, bukan ahli2 biasa yang baru kerana mereka2 mungkin boleh saja sabotaj, masuk UMNO cuma untuk undi/buat huru-hara, & keluar UMNO lepas undian tu.
    Juga, BUKAN tahap Bahagian sahaja kerana Peringkat Bahagian inilah yang wAllahu’alam, BANYAK ada “politik wang” hingga “Control” sampai Tahap b>AJK2 Cawangan!…
    Pada ahli2 yang macam Tun yang keluar/masuk UMNO, mereka2 yang pernah menjadi MT (termasuk Presiden macam Tun), boleh juga undi. Tidak ada masalah.
    UMNO need to respect the wishes of its LOYAL members (of >10 years) to have a say in selecting a CREDIBLE LINE-UP of its MTs! — barulah nampak KETELUSAN & KEIKHLASAN UMNO sebagai Parti Berkualiti & berkehendaakn Pemimpin2 yang dilihat/dirasai sebagai Pemimpin2 yang BERTANGGUNGJAWAB oleh ahli2 yang sudah Sekian “Lama” SETIA pada parti UMNO!
    Janganlah memandang “REMEH” soal ini kerana kalau Pemimpin2/MT2 sedia ada sekarang ini TELUS & BAGUS, anda2 Tidak Ada Masalah/Tak Perlu “Risau”.
    Thank you very much, TUN DR. MAHATHIR!…
    Wassalam.
    .

  123. Salam Tun,
    Salam semua,
    Kepada Tun Mahathir, saya ingin ucapkan selamat menyambut Aidilfitri semoga panjang umur dan sihat selalu disamping isteri dan keluarga tersayang. Maafkan saya sekiranya tulisan saya dibawah akan menyinggung perasaan mana2 pihak atau individu. Kekaguman dan kesetiaan saya terhadap Tun sememangnya tidak pernah goyah.
    Bercakap soal politik wang @ rasuah politik. Pada pengamatan saya kitalah satu satu nya negara di dunia ini yang mencipta istilah tersebut. Janganlah kita terlalu hipokrit.Contohnya, di dalam dunia perniagaan melobi sesebuah projek dan untuk membina “network” juga memerlukan wang, tetapi ia di panggil “entertainment expense”. Kalau kerja makan gaji pun kadang kadang bos kita beri kita duit kopi atau pun “extra income” kalau kita sanggup korbankan masa rehat untuk bekerja lebih masa, tetapi dipanggil “Over Time” pay. Kalau ahli politik itu adalah jenayah dan kesalahan yang tidak boleh di maafkan sama sekali dan ia dipanggil politik wang@rasuah politik. Jadi, sesiapa yang ingin selamat baiklah jadi ahli perniagaan atau kerja makan gaji sahaja.
    Apakah politik wang ini sebenarnya? Apakah kriteria yang solid untuk mendakwa seseorang ahli politik mengamalkan politik wang @ rasuah politik kononnya untuk mendapatkan sokongan dan pengaruh? UMNO (Lembaga Disiplin) sendiri pun tidak boleh memberi jawapan yang sahih. Ini terbukti apabila terdapat standard yang berbeza beza dalam kes TS Isa Samad, DS Ali Rustam dan KJ. Salahnya sama tetapi hukumannya berbeza. Adakah UMNO memilih bulu dalam menjatuhkan hukuman? Adakah kredibiliti Lembaga Disiplin UMNO tidak boleh dipertikaikan? Bolehkah ia boleh dilihat sebagai usaha untuk menjatuhkan TS Isa di dalam UMNO oleh kepimpinan UMNO ketika itu? Sekiranya benar, maka serahkan kepada SPRM/mahkamah untuk disiasat. Ini adalah lebih adil.
    Saya difahamkan TS Isa Samad didapati bersalah atas kesalahannya menggunakan pejabat/premis menteri wilayah untuk berjumpa dengan perwakilan untuk mendapatkan sokongan dan Isa berkempen memberikan wang kepada perwakilan di suatu tempat pada sesuatu masa yang mana Isa sendiri pun tidak berada di situ dan sememangnya terbukti Isa berada di kawasan parlimen Jempol menghadiri program di dalam jadualnya. Bukti orang yang memberi dan menerima juga tidak diberikan. Tetapi kesalahan tetap disabitkan dan hukuman tetap dilaksanakan. Akhirnya Isa dikenakan penggantungan keahlian 3 tahun bersamaan dengan 1095 hari tanpa ditolak apa apa pun hari atau cuti umum dengan penuh kesabaran tanpa membuat sebarang komen demi parti UMNO. Sedangkan orang yang didapati bersalah oleh mahkamah juga boleh diberikan pengampunan atau pun dibebaskan awal sekiranya berpelakuan baik dalam tempoh hukuman. Tapi Isa jalani hukuman penuh walaupun “jenayah” yang dituduh dilakukan oleh Isa amatlah longgar. Cuba Tun tanyakan kepada Isa kebenaran ini.
    Secara peribadi, tidak ada ahli politik yang benar benar bersih diadalam dunia ini termasuk Tun Mahathir dan juga pakatan pembangkang sendiri pun. Tetapi bezanya Tun tidak pernah dituduh dan dianiaya melakukan kesalahan politik wang. Dan ketika zaman Tun kecekapan Tun dalam menjaga hal ehwal negara memang terserlah dan rakyat hidup aman makmur hingga rata rata rakyat Malaysia seakan tidak ambil peduli sangat kes kes seumpama ini kerana mereka yakin dengan kerajaan yang memerintah ketika itu.Tetapi amat malang bagi kita apabila kita sendiri membuat pekong dan buka pekong didada kononnya kita ini hendak bersih tetapi sebenarnya kita lebih memburukkan lagi keadaannya.
    Maka sesiapa sahaja politician yang tidak didakwa bersalah tidak semestinya bersih. Saya percaya sekiranya Tun benar benar mahu UMNO bersih saya cabar Tun untuk menyuruh semua MKT UMNO yang bertanding baik menang mahupun kalah untuk bersumpah tidak menggunakan apapun kelebihan yang ada padanya samada jawatan didalam kerajaan dan juga wang. Saya juga percaya sekiranya Lembaga Disiplin benar benar bersih dan telus sudah pasti kesemua pemimpin UMNO yang telah menang perlu dilucutkan jawatan yang disandang.
    Maka yang akan tinggal di dalam UMNO hanyalah Presiden, Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja, Bendahari, Ketua Penerangan UMNO.
    Saya percaya sekiranya TS Isa diberi ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan politik tanah air terutamanya di Negeri Sembilan insyaallah UMNO akan kembali mendapat sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat dan bangsa. Sekiranya Tun percaya Dun Bagan Pinang ini kerusi dan kubu kuat UMNO dan letak sesiapa pun mewakili UMNO selain TS Isa tetap boleh menang malahan menang dengan mojoriti yang lebih besar mungkin Tun boleh datang ke Bagan Pinang untuk bertanyakan kepada pengundi di Dun Bagan Pinang sendiri.
    Ikhlas,
    Pengundi Dun N.31
    (Peminat setia Tun Mahathir)

  124. Salam Tun,
    Beza antara UMNO Ori dengan UMNO sekarang ialah popularitinya melangkaui populariti calon. Letaklah siapa-siapa, gerenti menang! Begitu hebatnya UMNO pada ketika itu. Sekarang kenapa timbul persoalan kualiti calon mengatasi parti itu sendiri? Mesti ada yang tidak kena.
    Rasanya tentu Tun ingat ketika zaman Tun memerintah, media tidak sebebas sekarang dan internet tidak berleluasa seperti sekarang. Blogger seperti Tun sendiri memberi pengaruh kepada populariti UMNO. Bukan sahaja Malaysia Kini, malah Harakah, Keadilan dan DAP melalui media elektronik masing-masing setiap hari menghentam UMNO. Tun boleh kira berapa kali perkataan bermaksud seperti “UMNO akan kalah” yang telah disebut dan ditulis oleh Tun sendiri. Tun sendiri mengakui bahawa segala komen Tun akan menyebabkan UMNO menghadapi masalah dalam pilihan raya. Sebelum pilihan raya ke 12, Tun di pihak mana? Semua orang tahu Tun berada di seberang sana! Tun turut sama menghentam pemerintah yang terdiri dari orang UMNO! Adakah itu tidak menyumbang kepada permasalahan populariti UMNO?
    Saya berpendapat Tun tidak sayangkan UMNO yang Tun sendiri bina. UMNO Baru ini dicetuskan oleh Tun sendiri. Dulu, pada waktu UMNO Ori sedang berkuasa mungkin Tun disindir oleh sosek-sosek ahli UMNO sendiri bahawa Tun dikatakan sebagai bukan Melayu tulin dan tidak sesuai memegang tampuk jawatan presiden. Apabila UMNO Baru ditubuhkan oleh Tun, tiada siapa mempertikai tentang ketulenan keturunan sesiapa kerana Tun yang ‘memulihkannya’ Ramai yang percaya bahawa Tun akan memelihara integriti UMNO sedaya upaya kerana Tun yang menjadi panglimanya.
    Tun memang hebat, ketika UMNO Ori diharamkan Tun dapat mempengaruhi khalayak yang tinggal pada masa itu untuk masih mempercayai Tun sebagai Perdana Menteri. Di sini, jika dikenang-kenangkan bahawa BN yang telah bersama kita sejak sekian lama tetap setia kepada Tun secara peribadi bukan kepada UMNO…kerana UMNO telah diharamkan.
    Tun, ini Tanah Melayu kita. Tiada tempat lain kita nak pergi. Tun telah berjaya menaikkan imej Malaysia kemerata dunia. Pada setiap ketika semasa Tun memerintah tiada siapa yang menggugat Tun kerana kehebatan Tun..malah sekuat-kuat Timbalan-timbalan Tun semuanya tidak dapat mengatasi Tun sendiri. Ibarat pisau dijari Tun dan UMNO sekarang ini menjadi mentimun yang dengan mudah dikerat dan dipotong. Saya percaya perkataan dari Tun amat memberi impak. Ianya seolah-olah akan menjadi impian atau igauan kepada banyak khalayak. UMNO sekarang ini Tun yang memulakannya! Tun peliharalah dengan baik. Jadilah penasihat yang memberi semangat kental sepanjang masa bukan hanya dipenghujung proses. Kita tiada parti lain lagi Tun…khusus untuk orang Melayu. Bantulah kita semua.
    Jasa-jasa Tun tiada siapa yang dapat menyanggah. Tun adalah idola saya, namun demikian berilah peluang saya dan kami semua untuk terus menyanjung Tun sebagai pembela nasib orang berketurunan Melayu yang dahagakan kejayaan. Berilah nasihat-nasihat yang penuh bersemangat. Saya percaya jika Tun beristiqamah di dalam perkara ini maka UMNO dan BN akan lebih mudah untuk memenangi kembali imej yang telah dipancarkan semenjak zaman kegemilangannya.
    Begitulah harapan saya Tun. Semoga Tun terus sihat untuk menjayakan misi ini. Wassalam

  125. Dr M: Pakatan Moving In Different Directions
    BANTING, Sept 24 (Bernama) — Former prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad described the Pakatan coalition as an informal arrangement where each member party moved in different directions after last year’s general election.
    “The Opposition is not an alternative, unfortunately. So, it will be a disaster for this country if the Opposition wins and forms the (federal) government,” he said when asked to comment on the current infighting among Pakatan members in Selangor.
    “They will not be administering the country but they will be fighting each other. PAS will fight against DAP, DAP fights against Keadilan (and so forth),” he said when he visited NGV Tech Sdn Bhd’s dockyard at Sijangkang near here, Thursday.
    comment:
    1.That goes without saying.
    2.The moment Pakatan manage to capture the federal government we can expect the country will become a failed state overnight.
    3.Everything will be chaotic and become topsy turvy from day one!!
    4.There will be in-fighting among themselves who will become first, second, third and fourth Deputy Prime Ministers and Ministers !!!
    5. You will observe Anwar behaving like Sukarno !!
    6. That will be the time the hard propaganda starts like wildfire and it will continue to haunt the minds of the rakyat with all kinds of rhetoric speeches like nobody business day in, day out.
    7. In the final analysis, you will see the country’s economy falls like Humpty Dumpty !!
    8. The stock market will collaspse and investors will get their fingers badly burnt.
    9. Foreign investments dissipated.
    10. A lot of hard earned assets depreciated.
    11. There will be disillusionment among the rakyat.
    12. Public disorder will be the order of the day.
    13. Yes, the Oppossition is NOT an alternative as what Tun M said.
    14. The situation will be disastrous for everybody. Make no mistake about it !!
    15. Now the choice is ours. You take the risk and you go into the drain !! What you have will be gone in the thin air !!

  126. Wishing Tun and keluarga Eid Mubarak.
    You know best when you said many if not most of the cabinet ministers are half-past six.
    My conjecture is that during the many years of your premiership these people did not learn the rope. You might have patiently listened to their small talk but you already what to do. So, out of embarrassment, anger and other ill-feelings they labelled you as autocratic/dictator and let the public have that misconception.
    If for today and tomorrow Tun has to correct and tell them what to do for the country apart to cleanse themselves of the greed, ignorance, and insecurity, then it really shows they learn nothing.
    Viva Saviour! was the telegram message sent after you visited MARDI Cameron Highlands and back from Spain in 1993(?)

  127. Macamana yang ketua Pemuda T.Kemang tidak dapat bezakan intan & kaca? Inikah pemimpin masa depan??? senario Tun M n TS Isa bagai langit & bumi… terang lagi bersuluh.. SUCIKAN UMNO!!

  128. Ayahanda Tun,
    Saya ingin memetik perenggan akhir dari atas yang berbaca;
    11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.
    Saya setuju, dan benar berharap agar ahli UMNO sedar, dan lakukan perubahan sebelum terlambat. UMNO kemungkinan besar akan menang di Bagan Pinang, tapi jangan lupa satu lagi ‘wave’ yang menanti.

  129. Salam Tun,
    isu yang dibawa oleh tun telah membangkitkan banyak persoalan dan perbincangan ahli politik dan rakyat biasa diseluruh malaysia dari coffe house sehingga lah di kedai2 kopi. setiap tindakan atau pandangan mesti mempunyai sebab tertentu dan pada pemikiran individu tersebut adalah benar. mengapa orang kita cepat menyalahkan dan memarahi malah ada yang mencemburui sesuatu kenyataan yang dikeluarkan.
    tun sebagai pemimpin lama dan berpengalaman dalam soal politik dan pentadbiran negara, serta mempunyai pandangan yang jauh kedepan yang kadangkala tak tercapai dek akal manusia biasa. apa yang diperkatakan oleh tun ada kebenarannya. kita mesti mencari calon yang bersih dari rasuah kerana ini akan menjejaskan imej parti umno dan barisan nasional di masa akan datang.
    mengambil kira contoh tan sri isa samad, memang semua tahu bahawa beliau telah didapati bersalah oleh lembaga disiplin parti kerana rasuah politik semasa pemilihan umno pada tahun 2004. beliau telah dijatuhkan hukum dan menjalani hukuman dengan secukupnya. malah ketika digantung beliau tidak pernah melawan parti atau mengambil tindakan keluar parti kerana sayangnya beliau kepada parti. beliau beranggapan bahawa jasa umno kepada beliau terlalu banyak. ini contoh yang patut juga dijadikan perbandingan dengan ramai pemimpin yang lain. malah beliau berpesan jangan menimbulkan masalah kepada parti semasa beliau digantung.
    dalam pemilihan 2004 yang lalu juga semua orang tahu, perwakilan juga tahu, bahawa semua calon yang bertanding menggunakan wang untuk meraih undi. hampir semua calon. tiada wang tiada undi. salam isi atau salam kosong. tetapi mengapa mereka ini tidak dikenakan tindakan? atau disiasat? mengapa hanya tan sri isa sahaja yang didapati bersalah dan digantung? sedangkan banyak juga laporan yang telah diberi kepada lembaga disiplin tetapi tidak disiasat. siasatan juga ditutup dengan segera. semua juga tahu bahawa tan sri isa menjadi kambing hitam supaya beliau tidak lagi menjadi naib presiden. apa pula bezanya dengan pemilihan 2009? datuk seri ali rustam juga didapati bersalah tetapi masih memegang jawatan ketua menteri dan dilantik lagi ahli mkt umno? tetapi cerita beliau tidak digembar gemburkan seperti yang terjadi keatas diri tan sri isa. siapa yang bersimpati? mana perginya sahabat sahabat tan sri isa? mengapa hanya menikus sahaja? takut ke periuk nasi akan terjejas?
    disini saya sebagai orang muda melihat kesetiaan kepada parti hanya omong omong kosong pemimpin kepada ahli. kepentingan diri telah menguasai diri hingga kesetiaan digadaikan begitu sahaja. biar sahabat terkorban sendirian kerana takut jawatan menteri akan lucut. takut jawatan timbalan menteri akan hilang. takut tak dapat projek lagi dari pemimpin atas. tun juga pernah keluar parti semasa di zaman pak lah kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pak lah. apakah itu juga menandakan kesetiaan kepada parti atau semata mata kerana kepentingan diri? setelah pak lah letak jawatan dan dato seri najib dilantik menjadi perdana menteri baru lah menyerah kembali borang menjadi ahli umno. pemimpin melaungkan kesetiaan kepada parti. akar umbi punya lah setia kepada pucuk pimpinan hinggakan apa jua keputusan terpaksa terima dan akur.
    adakah apa yang diperkatakan oleh sdra ketua pemuda bahagian itu salah? apakah menyuarakan kehendak akar umbi itu salah? apakah suara rakyat pemimpin tak perlu didengari? sebagai orang muda beliau juga berhak menyuarakan pandangan dan pendapat. bagi saya bila diamati ialah beliau memperjuangkan kehendak rakyat dan ahli umno diperingkat akar umbi. mungkin beliau cetek ilmu politik tetapi pandangan orang muda juga harus didengari. tetapi beliau telah dipersalahkan. dalam umno sendiri ramai golongan muda yang tidak suka dengan segelintir pemimpin umno dan bn tetapi tak berani bersuara. jika berterusan begini saya lihat pemuda umno makin lemah makin lesu dan jangan pula dipersalahkan jika sokongan dan undi muda terus merosot.
    mungkin apa yang diperkatakan oleh sdra faizal telah mendapat maklumat dan input dari rakyat kaw bagan pinang kerana itu yang dikehendaki oleh rakyat kawasan ini. rata rata pengundi di kawasan ini menerima tan sri isa dengan baik. orang melayu cina dan india amat meyenangi beliau. ini yang akar umbi inginkan pemimpin yang berjiwa rakyat dan mesra serta mudah didekati.
    andaikata lah tan sri isa bukan sebagai calon, adakah suara rakyat akan didengari oleh pucuk pimpinan parti dan bn? contohnya jika rakyat inginkan sipolan yang mesti diberi peluang menjadi calon tetapi calon tersebut tidak disenangi oleh pemimpin atasan kerana kehebatan beliau yang mungkin menjejaskan kedudukan pemimpin atasan, adakah suara rakyat ini akan diterima? sudah tentu segala pekung akan dicari untuk dijadikan alasan supaya tidak memilih sipolan tersebut. orang parti sendiri yang buka pekung sipolan sebelum pembangkang pula menambah. pihak pembangkang memang suka kerana pemimpin kita sendiri tidak menyokong calon pilihan rakyat.
    di negeri sembilan mengapa tiga kerusi umno kita kalah dan beberapa tempat menang tetapi undi merosot jauh? sebab utamanya ialah soalan calon. rakyat tak mahu calon tersebut tetapi dicalonkan juga. hari ini rakyat berkuasa. mereka menggunakan kuasa undi ditangan mereka. dan pembangkang telah berjaya mendapat undi yang kerana menyuarakan kehendak rakyat. tetapi tidak bagi umno dan barisan nasional. pemimpin menentukan calon yang mereka suka bukan rakyat suka. akhirnya kalah. salah siapa? salah rakyat atau pemimpin?
    dato seri najib pula melaungkan konsep satu malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. adakah ia sekadar retorik semata mata? adakah suara rakyat atau pengundi di bagan pinang ini terlalu kecil untuk didengari? apakah yang didahulukan di bagan pinang? suara pemimpin atau suara rakyat? apakah rekod tan sri isa yang baik semasa menjadi menteri besar dulu bukan dikira sebagai pencapaian yang cukup tinggi?
    tepuk dada tanya selera… pemimpin jangan takut kepada bayang bayang sendiri…
    bagi saya pemuda hari ini harus berani… berani menyuarakan pendapat dan pandangan. kalau salah diperbetulkan. dan menjadi lumrah selalu golongan muda akan dipersalahkan walaupun pemimpin atasan tahu mereka juga bersalah.
    pemuda hari ini juga mesti berani berubah… berubah kearah memperjuangkan nasib rakyat bukan perjuangkan nasib pemimpin. adakah pemimpin atasan melihat dan mendengar serta membantu pemimpin dibawah di peringakat akar umbi? ramai yang sengsara nak hidup menyara keluarga pun tersekat semata mata nak menjaga kedudukan sebagai ketua cawangan. akhirnya tersungkur. nak jaga ahli sendiri pun tak mampu.
    pemuda hari ini juga harus mempunyai sikap setiakawan yang tinggi… inilah kesetiaan yang paling kuat walau apa pun yang datang kita mesti tetap kawan dan bersahabat. jangan kita tinggalkan kawan semasa susah tetapi masa senang ramai yang datang. jangan pula kesetiaan boleh bertukar kepada kepentingan peribadi.
    ini suara orang muda. pandangan tun serta jasa tun tetap kami kenang. tun adalah pemimpin kami yang terbaik. tiada yang penggantinya.

  130. Pada pandangan saya, TSI cuma nak test sokongan kuat yang masih berpihak pada dirinya dalam politik walaupun sekrg ini karier politiknya semakin pudar. Cuma nak bangkitkan semarak sokongan yang berkobar di bahagian yang diketuainya dalam kekosongan kerusi sekarang ini. Setidak-tidaknya namanya tidak terus tenggelam.Saya fikir, sudahnya nanti TSI akan menyatakan dia tidak mahupun menjadi calon, beri laluan pada yang lain.
    Walau apapun, saya amat kesal dengan tindakan segelintir mereka yang sengaja mencipta isu yang menampakkan ketidak matangan sebagai seseorang yang berada di barisan kepimpinan. Berbalah sesama sendiri,dalam kemelut UMNO sekarang. Cuba mengambil peluang di saat-saat UMNO mahu merungkai kekusutan yang berlaku, tidak mahu sama-sama menyelesaikan secara yang berhemah dan rasional. Sudahnya nanti kalau cara ini berterusan, akan hilang terus keyakinan rakyat terhadap UMNO sendiri.
    Bak kata Mohamad Hasan: bila burung tempua memakan padi ditengah sawah ketika hari hujan, nak dihalau takut baju basah,bila tak dihalau padi pula habis dimakan.Janganlah kita membiarkan pemimpin menjadi serba salah dengan ragam yang dicipta oleh mereka yang mementingkan diri sendiri sehingga boleh merugikan ramai pihak.

  131. Salam buat Tun…
    Memang susah nak menentukan calon utk pilihanraya, silap pilih parti sendiri yg rugi. Selepas PRU 12 BN telah diuji dgn pilihanraya kecil. Sungguh menyedihkan boleh dikatakan kebykkn pkecil BN kalah.
    Yang menghairankn saya kenapalah calon BN ni org2 yg mempunyai potensi untuk dipertikaikn oleh pembangkang. Takde ke calon2 yg memamg mempunyai latarbelakang yg bersih , rekod perkhidmatan yg baik disamping mempunyai hubungan yg baik dgn rakyat terutamanya utk kawasan itu sendiri.
    Apa yg diminta oleh rakyat saya rasa tentulah seorng pemimpin yg mudah mendengar masalah mereka disamping dpt berhubung baik dgn mereka… Dan tentulah seorg pemimpin yg mengetahui apa jua yg berlaku dlm kawasannya…
    Bknnya seorg pemimpin yg hanya mementingkan jawatan dan menambah harta saja.. Pemimpin itu sendiri harus mempunyai kesedaran yg tinggi terhadap tanggungjawab yg dipikul olehnya. Tak hairanlah kalau pemimpin itu tidak bersungguh2 menjalankan tggjwbnya mereka ditolak oleh rakyat..Kalau rasa diri tu tak dapat nak memenuhi kehendak rakyat undur diri sajalah . Tak payah nak syok sendiri je….
    Saya mengenali seorg ketua puteri umno caw yg pd mulanya adalah kwn saya. Saya menyokong dia walaupun ramai kwn2 saya yg mempertikaikn sokongan saya terhadapnya.. Sikapnya yg sukar berinterksi dgn ahli2 dibwhnya menyebabkan ramai yg bertindak meninggalkan parti. Dlm pemilihan baru2 ini dia menggunakan cara kotor utk mengekalkn jwtn itu . Dahlah susun papan.. bila tahu je ada yg nak bertanding jwtn itu cepat2 org itu dicalonkan jwtn naib pengerusi suoaya tidak dicalonkan sebagai ketua. .Dr itu kepercayaan saya terhdp kwn saya ini punah. Walaupun kawan … saya tidak akan menyokong sesuatu yg menyalahi etika sebagai seorg manusia… Dia sanggup kehilangan kawan demi mencapai jwtn yg dihajatinya….
    Hingga kini dia bangga dgn jwtn yg dipegangnya. Sikap pemimpin seperti inilah yg menyebabkan ramai yg menolak umno. Walaupun tahu diri ditolak dan menang atas sokongan ahli2 yg tidak pernah menyertai apa2 pun aktiviti yg dianjurkan oleh parti.. Kerana senarai keahlian ada padanya maka mudah utk dia berjumpa dan meraih undi drp org2 yg tidak mengetahui sikap sebenarnya…
    Pemimpin seperti ini terlalu mementingkan diri mereka tanpa memikirkan kepentingan dan nama baik parti….
    Melayu memng mudah lupa … Sekian semoga Tun berdua dianugerahi kesihatan yg baik agar dapat terus bersama2 kami semua…

  132. Salam sejahtera untuk Tun DM dan sekeluarga,
    Apa yang penting ialah Tun DM sudah suarakan pandangannya (bantahan), kini terserahlah samada nak ikut atau tidak, sekurang-kurangnya Tun DM sudah menjalankan kewajipannya untuk menegur pada panangannya apa yang baik.
    Dr Abdul Rani Kamarudin

  133. Salam Tun,
    Kalau Umno nak berubah (untuk hindari rasuah politik ) saya cadangkan begini :
    Cawangan :
    – Pemilihan di peringkat cawangan dibuat 2 kali. Kali pertama hanya untuk memilih Ketua cawangan, Timbalan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Naib-naibnya sahaja.
    Selepas pencalonan oleh ahli cawangan, semua ahli kena mengundi dengan cara rahsia bukan angkat tangan seperti sekarang ini.
    – Pada peringkat kedua baru diadakan mesyuarat seperti biasa dan pemilihan Jawatankuasa dan lain-lain boleh lah dibuat secara angkat tangan.
    Bahagian:
    – Tiada sistem kuota.
    – Setiap cawangan dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 30 ahli cawangan bagi mengundi Jawatankuasa Bahagian dan juga Jawatankuasa Majlis Tertinggi.
    Majlis Tertinggi :
    – Tiada pengundian hanya membentang usul dan mengesahkan siapa yang menang dalam Majlis Tertinggi.
    Jawatankuasa Displin :
    Bukan hanya untuk memantau politik wang sahaja. Tetapi juga memantau ahli-ahli Umno yang mengamalkan budaya hidup tidak sihat seperti ahli yang kaki perempuan, kaki botol dan lain-lain yang bertentangan dengan amalan budaya hidup masyarakat Melayu dan Islam.
    Jika ada aduan maka jawatankuasa displin mesti menyiasat dan mendakwa.
    Buangkan ahli-ahli yang merosakkan parti. Biar sedikit ahli tetapi berkualiti. Sekarang ni banyak tetapi tidak berkualiti.
    Terima Kasih.

  134. Salam Tun dan Toh Puan,
    Memang melayu mudah lupa,
    Memang rasuah merupakan punca BN kalah pada PRU 12.
    Rasuah tidak berlaku di UMNO tetapi di BN sekali, di campur dgn keasalahan sex MCA dan Presiden MIC yang tidak mahu letak jawatan.
    MIC dan MCA mungkin parti yang tidak mengamalkan ajaran Islam, tepai pasrti UMNO yang memperjuangkan Islam dan mengamal hidup Islam menhalalkan rasuah.
    Sistem pemilihan akar umbi UMNO perlu berubah dan di kemas kini, sistem percalonan yang layak sudah tiba masa mendapat majoriti AHLI bukan wakil bahagian. Takut2 mereka pun tabur……. manisan.
    RASUAH perlu di benteras habis-habisan dan di halau mereka yang buat kesalahan. Tindakan tatadisplin UMNO perlu berani membuat tribunal sendiri di mana ahli2 dan penyokong UMNO boleh dengar dan lihat dan baca laporan tribunal itu..nampak ketulusan. Bukan cuba membuka pekong di dada tetapi membuktikan UMNO bersungguh-sungguh membenteras rasuah di dalam parti.
    Saya di fahamkan ahli UMNO tidak boleh buat laporan polis tentang masalah dalaman parti. Kalau buat laporan jugak buruk padahnya…yang membuat laporan kena tindakan tetapi bukit yang di bawa tidak di endahkan oleh ahli jawatankuasa bertindak disiplin UMNO…apa ni! Kalau benar apa yang hendak di takutkan. Kenapa bagi amaran !
    Pilihan pemimpin bukan aje orang temnpatan dan tak mengamalkan rasuah tetapi calon yang rajin berkerja dan sentiasa di hati rakyat…turun padang di mana sahaja. Ini lah rakyat nak, bukan last2 minit turun padang. Itu sistem kuno! Rakyat dah tahu setiap wakil calon yang menang banyak dapat elaun dan line-line kabel projek sana sini. Kemudahan di sediakan tidak pernah kurang. CSedarlah wakil rakyat dan sesiapa yang beria-ria nak jadi wakil rakyat…INGAT!!!! Rakyat bukan bodoh!
    Tak guna menang di dalam pilihan parti tetapi kalah di kerusi adun dan parlimen. Buat malu aje, nampak sangat tak buat kerja dan malas nak ambil tahu masalah rakyat.
    Tun saya setuju cadangan dan kritikan Tun.
    Tun dah bersara, Tun bebas bercakap…itu pun mereka takut. Yang sedihnya yang takut kat Tun adalah orang UMNO sendiri.
    Mereka dan lupa diri…
    Tun tq ….
    HIDUP TUN! HIDUP TUN! HIDUP TUN!

  135. Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad dan ahli keluarga. Semoga Tun sentiasa sihat dan panjang umur serta mendapat keberkatan Dari Allah SWT. Pandangan dan pendapat Tun begitu berkesan dan revelan dengan situasi sekarang. UMNO perlu berubah dari segi moralitinya yang semakin menurun dan perpecahan antara ahli UMNO juga perlu dibendung sekiranya ahli UMNO itu sendiri memahami perjuangan SUCI UMNO.Mungkin kerana tidak faham dengan perjuangan UMNO maka ramai ahli UMNO mendefinasikan UMNO sebagai lubuk EMAS untuk cari makan! Maka berlakulah gejala rasuah dan meletakkan perjuangan diri sendiri lebih daripada perjuangan UMNO!
    Sekiranya mereka sendiri (ahli UMNO) inginkan calon seperti Isa Samad bertanding di Bagan Pinang saya juga berpendapat sama seperti TUN.
    Tetapi jauh disudut hati saya, saya melihat UMNO semakin tidak relevan dan tidak begitu jitu lagi seperti dizaman TUN. Apa yang saya khuatiri ialah orang Melayu berpecah belah demi kepentingan politik masing-masing. Sekarang ini, kita lihat, orang Melayu berpecah tiga atau mungkin lebih! Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Adakah kita perlu adakan satu parti lagi untuk menyatu padukan orang Melayu? Atau melalui UMNO kita beri penerangan dan pengetahuan kepada orang Melayu betapa perlunya kita umat Melayu yang hidup di tanah Melayu dan agama resmi ialah Islam! Sepatutnya ‘orang lain’ dengar cakap kita bukan kita dengar cakap mereka tetapi kebajikan orang lain juga perlu kita jaga demi keharmonian hidup di negara ini.
    Saya juga melihat, orang Melayu mudah terpengaruh disebabkan kurang ilmu dan pengetahuan. Kadang kala bak kata Arwah AR Tompel Yahudi mabuk pun mereka anggap orang alim! Sebab boleh baca Al Quran dan berbahasa arab dengan fasih! Fahaman seperti WAHABI, SYIAH, Tabligh mempengaruhi kehidupan orang Melayu dan pengaruh-pengaruh inilah yang banyak menyeleweng pemikiran dan kefahaman agama orang Melayu kita jauh dari fundenmental of Islam (ahli sunnah Wal jammah).
    Pengaruh Anwar Ibrahim yang saya anggap dia sebagai bapa CIA dan waris kepada Dajjal juga teramat membimbangkan! Saya berharap dan berdoa kehadrat Illahi semoga pengaruh beliau akan terhapus dan orang Melayu PKR kembali ke UMNO!

  136. Salam. Tun sekeluarga.
    Selamat hari raya aidil fitri . maaf zahir batin.
    Saya bersetuju dengan Tun , imej UMNO sudah teruk dan jatuh disebabkan perangai atau tingkah laku mereka , rasuah , sombong , gila kuasa , tipu rakyat ,syok sendiri dan tak suka dengar nasihat.
    Ini terjadi di Selangor PRU 12, walaupun calun calun pakatan rakyat , terlalu muda, cakap bahasa melayu pun tak betul, tapi blh menang. kerana rakyat tersangat benci pada UMNO,,,
    Saya rasa kalau orang berperangai toyol masih ada dlm UMNO inshaalah PRU 13 kalah lagi…..
    fikir fikir kan lah…

  137. assalamualaikum,
    Amat sedih kiranya dengan mudah mereka mengganggap Tun sama dengan ahli politik yang mengamalkan rasuah.
    Adakah dengan itu mereka juga akan mempergunakan Tun untuk kepentingan politik peribadi masing-masing?
    Sekiranya Tun rasa perlu untuk keluar dari UMNO sekali lagi demi untuk kepentingan dan maruah orang melayu, maka saya dengan rela akan mengikut langkah Tun.
    sekian,
    adzri

  138. Salam hormat,
    Yang Amat Berbahagia Tun,
    1. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Tun sekeluarga. Moga sihat selalu.
    2. Dahulu, pengundi memilih parti dan kurang mengambil berat tentang siapa calon yang bakal mewakili mereka.
    3. Sebab itu kita dapat saksikan, walau siapa pun calon yang diletak, pengundi lebih cenderung untuk memilih parti yang diwakili.
    4. Sebab itu, UMNO atau PAS akan sentiasa menang di kawasan yang telah menjadi kubu tradisi masing-masing.
    5. Pengundi Melayu terutamanya ketika itu, kurang menilai calon berbanding parti.
    6. Melainkan calon yang diletakkan terlalu buruk atau memang langsung tidak disukai atau dikenali, ataupun bukan orang tempatan, peluang untuk UMNO atau PAS menang biasanya amat mudah diramal.
    7. Demikianlah halnya dengan pengundi Melayu ketika itu. Calon tidaklah begitu penting, hanya parti yang diwakili lebih utama.
    8. Sebaliknya pengundi bukan Melayu, terutamanya pengundi-pengundi Cina, amat bijak berpolitik.
    9. Parti bukanlah perhitungan utama mereka. Yang penting, pihak mana yang lebih banyak membawa keuntungan pada mereka.
    10. Tiada istilah taksub buta pada mereka.
    11. Hari ini keadaan kian berubah. Rakyat tanpa mengira bangsa sudah semakin bijak dan cerdik hasil dari pendidikan yang mereka perolehi.
    12. Rakyat terutamanya generasi baru sudah tahu menilai dan memilih.
    13. Rakyat bukan lagi buta atau rabun.
    14. Tidak dapat dinafikan masih ramai lagi orang Melayu yang terkena sindrom “taksub buta”- taksub yang bukan-bukan terhadap kelompok atau individu atau pemimpin tertentu.
    15. Tetapi umumnya, masyarakat hari ini sudah bijak menggunakan hak mereka.
    16. Hari ini, pengundi menilai dari kedua-dua sudut, parti dan calon.
    17. Jika parti bersih, tetapi calon kotor, besar kemungkinan rakyat akan tolak mereka.
    18. Jika calon bersih, parti kotor, pasti rakyat akan tolak mereka.
    19. Jika parti kotor, calon juga kotor, maka padahnya mereka bukan sahaja akan ditolak, bahkan merka juga akan dicerca oleh sejarah dan cucu-cicit hingga kiamat.
    20. Justeru, apa pilihan yang ada?
    21. Tepuk dada tanya selera.

  139. Salam Tun yg dimuliakan.
    Umno perlukan perubahan,
    1PERASUAH TIDAK BOLEH LAGI BERADA DALAM UMNO.
    2MEREKA(AHLI POLITIK) YG PENTINGKAN DIRI SENDIRI TIDAK BOLEH LAGI BERADA DALAM UMNO.
    3UMNO PERLUKAN PERUBAHAN DARI DALAM, TAK BOLEH LAGI CAH KETING KERANA TAK TERPILIH JADI CALON. CALON-CALON YG TAK TERPILIH BUKAN AKAN MENYOKONG YG TERPILIH, SEBALIKNYA AKAN BERUSAHA MENJATUHKAN KAWANNYA YG TERPILIH SEBAGAI CALON- MEREKA PENTINGKAN DIRI SENDIRI. MEREKA SEBENARNYA MENGHARAPKAN KEKAYAAN DARIPADA UMNO. MEREKA MENGGUNAKAN UMNO UNTUK MENJADI KAYA, BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI, KEMUDIAN ANAK-BERANAK, KEMUDIAN ORANG-ORANG KUAT DI SEKELILINGNYA. DALAM SEKEJAP MASA SAHAJA YB DAN ORANG-ORANGNYA BERTUKAR KULIT.
    4RAKYAT MEMERHATIKAN ITU SEMUA. INI BUKAN ZAMAN 60-AN, UMNO LETAK KAMBING JADI CALON PUN BOLEH MENANG. ZAMAN TELAH BERUBAH. YB(PROKSI) DAN ORANG-ORANGNYA DAPAT PROJEK ITU DAN INI, NILAI BERJUTA, TAK PERLU TENDER, BOLEH LETAK SAHAJA HARGA KADANG-KADANG SAMPAI 3X GANDA HARGA PASARAN. RAKYAT MELIHAT ITU SEMUA.
    5 OPORTUNIS2 ITU MENDAPAT PROJEK ITU DAN INI, KEMUDIAN PROJEK DIJUAL BEGITU SAHAJA UNTUK MENDAPAT UNTUNG ATAS ANGIN. BERMODALKAN AIR LIUR SAHAJA DAPAT DUIT RATUSAN RIBU@ JUTA. RAKYAT MELIHAT PUTIH MATA. PEMBANGSAT2 ITU BUKAN TAHU NAK MANAGE KERJA-KERJA PEMBINAAN YG KOMPLEKS, MAKA JUAL SAHAJALAH. INI SEMUA ORANG TAHU. SEKARANG UMNO LEMAH, RAKYAT AKAN MENGHUKUM UMNO LAGI DAN LAGI SEKIRANYA UMNO TIDAK MAMPU MEMBERSIHKAN DIRINYA DARIPADA KOTORAN, KOTORAN DAN KOTORAN.
    6SAYA AHLI UMNO DAN PENYOKONG UMNO DAN MASIH SAYANGKAN UMNO, TETAPI DARI DULU SAYA TIDAK SETUJU DENGAN PEMBAWAKAN UMNO. TERUTAMA DALAM PEREBUTAN MENJADI CALON, DAN MENDAPAT PROJEK ITU DAN INI DENGAN TIDAK KEPAKARAN APA-APA.
    7PELAHAP-PELAHAP ITU MENDAPAT PROJEK, DAN PROJEK AKAN BERJALAN BILA SAMPAI MASA. SAMPAT 30-40% PROJEK PUN TERHENTI, KONTARKTOR (ORANG-ORANG UMNOLAH TU ) LARI, PROJEK TERBENGKALAI, NAK PULIH, DUIT RAKYAT TERPAKSA MENGALIR LAGI- CUBA BILANGLAH BERAPA PROJEK YG JADI BEGITU, TERUTAMA BANGUNAN SEKOLAH. RAKYAT MELIHAT ITU SEMUA. RAKYAT BUKAN BODOH.
    8 KINI RAKYAT TIDAK MAHU MELIHAT EPISOD JAHILIAH ITU LAGI. UMNO PERLU MEMBERSIHKAN DIRINYA.
    9 UMNO TAK PANDAI PILIH CALON, KINI RASUAH/PENYELEWENGAN/SALAH GUNA KUASA DALAM UMNO SATU ISU YG SANGAT SENSITIF, TETAPI CALON-CALON YG BERPENYAKIT TETAP DIPILIH SEBAGAI CALON, MEMBUKA RUANG SELUAS-LUASNYA UNTUK LAWAN MENYERANG SEMAHU-MAHUNYA. APA PEMIMPIN ATASAN BODOH SANGAT KA, TAK BOLEH BEZAKAN PERKARA-PERKARA SEBEGITU?
    10 ISA SAMAD TAK PERLU DICALONKAN SEBAGAI CALON BAGAN PINANG. DARI SEKARANG UMNO PERLU BERSEDIA DENGAN CALON-CALON BERSIH UNTUK PRU-13.
    ahli umno, masmerah

  140. Dear Tun,
    I always wanted to avoid giving any comments but the urge to participate in the discussion is stronger.
    Frankly, my instinct say the candidate will lose, no matter who the person will be. A lot of people are seriously waiting for the chance to give a “slap on the face” to BN, not only UMNO. Anyone can try to give reasons or explanations for losing all the elections but the perception still remains that the previous government was not “fair” to the general public.
    What is needed? Malaysians are a forgiving lot. The PM and his cabinet need to openly admit that they have neglected the rakyat welfare and make their cronies richer while the rakyat is being made to struggle by the day. This situation is regrettable and that the government is acknowledging the distress call the rakyat is trying to send them. Then give a sincere commitments that things must change from now on and that the rakyat will be made to witness for themselves that the government is truly sorry and trying to rectify the situations and conditions. Give the rakyat what they want to hear and all BN leaders must show solidarity to fulfil these commitments, not merely making promises and empty slogans.
    Have a nice day Tun.

  141. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    ….
    6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.
    HATI KAMI JUGA BERKATA YANG SAMA KETIKA MELIHAT KETUA PEMUDA TELUK KEMANG DIKACA TV MENONJOLKAN ‘KEBODOHAN’ NYA MEMBODEK KETUA BAHAGIAN NYA DENGAN KENYATAAN YANG CUBA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH..
    MAKA KAMI LAUNGKAN BERULANG KALI KEPADA PEMIMPIN UMNO/BN YANG MASIH PEKAK MACAM BADAK..
    KEPIMPINAN UMNO/BN MESTI BERANI KETEPIKAN SEGALA BAHAN2(PEMIMPIN) YANG DAH ‘KORAP JANTAN’, ‘KUNTA TEMPE’, ‘AHLI RAHSUAH’, ‘TATAK SOLEK’, ‘TARAK VALUE’ DAN YANG ‘BADAN NAJIS’ (BERMASAALAH) SUPAYA TIDAK AKAN DIJADIKAN HIDANGAN (YANG AKAN MERACUN DAN YANG MENCEMARKAN KEMAMPUAN BN) OLEH PIHAK PR KEPADA PENGUNDI DI N.31.
    11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.
    DEN CADANGKAN PEMIMPIN UMNO/BN YANG BERWAJAH

  142. salam aidifitri buat YAB TUN sekeluarga,
    The big question that comes to my mind is … IS UMNO SERIOUS ABOUT
    MAKING DRASTIC CHANGES ? If so , now is the time to show proof .
    TR Isa should not be named as a candidate for reasons known to every
    one esp. Bagan Pinang voters . Don’t give the opposition thee leeway
    to swing the votes of the new voters to the opposition in this
    by election . THEY will unfold all the the negative things abt. TR Isa
    like what happen in Permatng Pasir. UMNO will not have the time to
    counter all the statements and accusations made.
    In addition BN , is not at its peak , with problems in MCA and MIC.
    All this are at a disadvantage to BN , and please place a rightful
    candidate with good track record .
    To TR Isa , place party first . you should have rejected your name in
    the first place ….

  143. Salam Tun,
    UMNO don’t seem to get your message..they still adamant with the old ways..The BN needs CLEAN candidate not tainted trash. Tun , you are right most of the UMNO supreme council members won because of “MONEY”. Just look at those who are supporting the TS-Isa,,birds with same feathers flock together.

  144. Dearest Tun,
    MalaysianMirror – LETTER
    Mahathir preferred Kong Choy in 2003?
    YM Lee
    Thursday, 24 September 2009 18:26
    LETTER Your article BN partners should never fear ‘big brother’ Umno refers
    Your report on how Dr Mahathir dealt with the MCA leadership in early 2003 is quite accurate.
    Mahathir saw Dr Ling Liong Sik and Lim Ah Lek separately. Yes, he asked for their resignations. In Ah Lek

  145. Orang tak undi calun UMNO lagi la ni bukan kerana apa. Selepas menang je muka pun tak nampak. Bila dekat nak pilihanraya baru la nampak muka datang jumpa rakyat dikawasannya.
    Kesimpulannya ialah berjumpa rakyat pada saat-saat akhir. Contohnya pada pilihan raya yang lepas, dalam akhbar dan media elektronik saban hari dimuatkan berita aktiviti wakil-wakil rakyat membuat lawatan ke kampong-kampong berjumpa dan bermesra dengan warga kampung khususnya warga tua.
    Pada saat-saat akhir itu juga lah baru jalan-jalan kampung hendak diturap tar. Ketika itu terlalu banyak peruntukan ditaburkan. Ini adalah realiti termasuklah wakil rakyat dikawasan saya. Apakah sebelum ini tidak ada peruntukan?.
    Sebenarnya keadaan ini rakyat telah sedia maklum, semua ini dilakukan kerana ingin meraih undi saja. Buka kerana ingin berkhidmat secara jujur kepada rakyat.
    Maaf Tun diatas kata-kata diatas. Tetapi itu lah hakikatnya. Sebab itu orang inginkan perubahan. Saya rasa Tun sendiri pun tahu perkara ini.

  146. Tun Dr Mahatir yang sangat mulia
    If each and every member of UMNO, MCA or MIC does not have your body, mind and soul, forget about UMNO or BN winning the next general election. The result of all the by-elections is a strong indicator of the fate of BN.
    Starting from the era of Abdullah Badawi & Company, save for a few who think for the party and the country, UMNO and maybe BN too were deliberately engineered, so as to make the Malays hate UMNO, while the Chinese and Indian deplore MCA and MIC. The current lot except for a few, at best is hopeless.
    Gone are the good old days of Tun Dr Mahatir and his faithful followers got into politics for the sake of all Malaysians and Malaysia. Generally, modern politics is viewed upon as

  147. Lebih baik Tun terus sahaja menyarankan nama pemimpin yg bersih
    menyebut nama orang yg tidak bersih nampaknya mudah … entah senangkah nak sebutkan nama orang yg bersih? … hahaha

  148. Dear Tun Dr M,
    Memang betul kata Tun bahawa yang bersih boleh kalah dan yang tidak bersih boleh menang. Saya amat tidak faham macam mana seorang peguam yang menghadapi pelbagai tuduhan dijadikan calon BN dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir. Saya turut hairan macam mana pencalonannya diterima SPR.
    Peristiwa ini agak memalukan BN yang dianggap telah kemukakan beribu-ribu pencalonan setakat ini. Saya harap peristiwa sedemikian tidak berulang lagi. Sila periksa kelayakan calon sebelum pengumuman calun dibuat.
    Calun pilihan raya biarlah yang bersih sekali. Kesemua parti politik harus bertekad calonkan yang bersih walaupun ada yang kurang bersih dan berpngaruh. Kalau ia tidak di tolak diperingkat pencalonan maka BPR mestilah bertindak membatalkan pencalonan berkenaan.
    Saya turut cadangkan kesemua calon yang bertanding dalam pilihan raya mestilah fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

  149. Dear Tun,
    I want to make a suggestion that the best candidate for BN to be considered seriously to contest for the Bagan Pinang state constituency of Negeri Sembilan is none other than Dr Halimah Mohd Said, the daugther of Tan Sri Dr Mohd Said, the former Menteri Besar of Negri Sembilan.
    She was an academician aged 59 and comes from a well respected family. Her root is from Linggi and I am very confident that she will be accepted by local people there irrespective of race.
    It will be smooth sailing for BN to campaign with a candidate of high stature like Dr Halimah. What say you,Tun? She can even be the potential Mentri Besar !!
    Worth trying to approach her whether she is interested to contribute her service to the rakyat.
    I am suggesting this to you because I know you know her family well.

  150. Assalamu’alaikum YAB TUN yang sangat saya kasihi,
    1. Politik wang berlaku bukan sebab individu seperti Tan Sri Isa atau sesiapa tetapi disebabkan oleh sistem pemilihan Umno itu sendiri.
    2. Sebagai Menteri Besar dahulu, beliau banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Ke mana beliau pergi, pasti beliau hulur sedikit sebanyak sumbangan, pembangkang pun dapat juga.
    Jadi, ianya memang sudah menjadi tabiat Tan Sri Isa untuk menghulur kepada sesiapa sahaja, sudah menjadi darah daging.
    3. Tan Sri Isa hulur pada musim bukan bertanding dalam Umno adalah lebih banyak dari masa bertanding.
    4.Jika Tan Sri Isa tak boleh bertanding pada kali ini maka beliau juga tidak akan boleh bertanding pada kali lain.
    5.Bagaimana sekiranya Tan Sri Isa bertanding atas tiket PAS atau tiket Bebas ? Agak-agak boleh menang ke ? Kalau ikut kehendak ramai, peluang untuk beliau menang agak tinggi. Macam Tengku Razaleigh di Gua Musang, bertanding atas tiket apa pun boleh menang.
    5. Jadi saya berpendapat bagi peluang untuk Tan Sri Isa untuk bertanding atas tiket BN. Beliau pun sudah menerima hukuman yang setimpal dan dengan hukuman itu harap-harap beliau insaf.
    Tan Sri Isa is an asset …… his experience, his humble character, his personnel touch…etc.
    Terserah kepada Allah yang akan menentukan..
    Terima Kasih

  151. Salam Tun,
    Seperti yang saya katakan terdahulu di dalam posting saya, UMNO sekarang tidak seperti UMNO ketika di era Tun Razak dan Tun Hussein di mana orang miskin Melayu diutamakan. Sekarang tidak, UMNO dibawah AAB dan NR orang kaya Melayu diutamakan. Seperti kata Tun dulu, “ITS WHO YOU KNOW rather then WHAT YOU KNOW”.
    Kalau UMNO masih lagi diterajui oleh pemimpin pemimpin rasuah tunggulah PR13 nanti…
    Orang Melayu mana tak sayang UMNO, tetapi UMNO sudah menyimpang jauh dari matlamat asalnya semasa ditubuhkan dibawah Dato’ Onn dulu.
    Wassalam

  152. Salam Tun,
    Ini kali pertama saya memberi komen di blog Tun. Saya mengikuti blog Tun selama ini,cuma kali ini saya tergerak memberi komen terhadap post diatas.
    Apabila saya membaca kanyataan Ketua Pemuda Bagan Pinang yang membandingkan pemecatan Tun dari parti dan juga pemecatan Tan Sri Isa Samad, saya cukup rasa geli hati. Seperti yang dinyatakan oleh Tun diatas, kisah Tun dan Tan Sri adalah kisah yang bebeza sama sekali. Janganlah pimpinan UMNO mengambil mudah soal2 rasuah ini kerana signal dari rakyat sudah terlalu jelas.
    Saya kira saya tergolong dalam generasi muda kerana saya baru berumur 27 thn, dan banyak artikel menyatakan betapa penting undi golongan muda. Dan saya amat bersetuju sekiranya UMNO masih mengambil perasuah sebagai calon, akibatnya tidak mustahil UMNO juga akan mengikuti jejak LDP di Jepun pada pilihanraya ke 13 nanti.
    Inilah mesej yang perlu difahami oleh UMNO dan pimpinannya. TQ

  153. UMNO. Zaman UMNO yang germilang telah berakhir. Yang tinggal, cuma sisa-sisa ahli politik yang hanya mengutamakan wang sahaja. Bagi pilihanraya kali ini, sesiapa yang menjadi ahli lawan, kemenangannya boleh dikatakan 99%. UMNO memang tidak lagi dihormati oleh orang melayu. Bah kata orang Cina dan India. UMNO telah memberi impression sebagai PARTI RASUAH, PARTI KOTOR dan PARTI GILA KUASA.

  154. salam
    silap hari bulan perwakilan dipolitikkan lagi dengan wang untuk memilih orang yang telah politik wang.masih ramai lagi pemimpin lain bah……!sekian

  155. Assalamualaikum Tun.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
    Hari ni ada jugak saya baca tentang beberapa jawapan balas dari pemimpin kita pasal calon pilihanraya Bagan Pinang ni.Saya tak nak komen dan bangkit bangun mempertahankan Tun.Itu cerita hal dalaman UMNO.Bukan berkaitan dengan saya.
    Hari ni ada jugak saya terasakan mendapat nasihat dari orang yang membaca komen-komen simple saya.Terima kasih.
    Sebulan dua yang lepas,ada jugak pembesar negara yang gemar dan ingin membaca dan mengetahui tentang keadaan di jalanan.Mungkin kalau saya tak sensorkan dan ada masa menaip….seronok juga berkongsi cerita sambil memikirkan pengajaran disebalik cerita di jalanan.
    Terima kasih Tun.

  156. Assalamualaikum Tun,
    Saya menyokong penoh pendapat dan saranan Tun,
    Salepas 7 PRK BN/UMNO kecundang dengan parah, apakah pemimpin UMNO maseh tahan menanggong malu? dulunya UMNO berkokok sebagai sebuah parti yang gagah, bila keputusan P/Raya nak diumumkan pemimpin UMNO akan megah duduk dibarisan hadapan menyambut kemenangan yang diumumkan tapi kini berlaku disebaleknya..apakah kita maseh nak tengok itu berlaku, lebeh lebeh lagi diPRU 13 nanti, muhasabahlah betol betol wahai pemimpin UMNO.
    Saya dilahirkan dan membesar, yang saya kenali adalah UMNO, seolah2 UMNO sudah menjadi darah daging saya, tapi entah kenapa semenjak diakhir2 ini kadang kadang saya sendiri rasa benci dengan UMNO, perasaan ini bukan saya seorang yang rasa, rupa2nya ramai dikalangan Ahli Tegar UMNO rasa begitu…KENAPA!!!??
    Jawapannya tak lain tak bukan terkandung sepenuhnya dalam tulisan Tun, justru jangan ada lagi perasaan Malu Alah, Kenang Budi atau Kenang Jasa, Takut Sabotaj, atau Dia anak siapa?, Menantu siapa? kerana siapa pun yang jadi pemimpin harus Ikhlasa dan sedia ber korban untuk Ugama, Bangsa dan Negara.
    Kekotoran yang menjelakkan terutama didalam parti hendaklah dibersehkan serta merta untuk mengembalikan keyakinan rakyat dari akar umbi, Mana cakap yang berkobar2 semasa perhimpunan Agong UMNO yang baru berlalu, semua kata nak buat perobahan, mana? mana? dan mana???…janganlah tunggu nak pilihanraya barulah nak tabur Budi dan Duit, saya berani cakap kerana saya oran kampong..
    Awaslah wahai Pemimpin2 UMNO yang dihormati, apa perasaan anda bila lepas PRU ke13 nanti terpaksa gulung tikar, tinggal semua kemewahan dan kuasa?….terus terang saya sendiri tak sanggup melihat ini.. Oleh itu sabelum nasi jadi hangit, buatlah sesuatu, kerana sabenar nya salepas masing2 janji nak buat perubahan dulu, hingga kin anda semua belum buat apa2, walaupun anda menyatakan dah buat itu, buat ini, Semuanya sekadar tanam tebu dibir mulut saja..
    Saya sangat2 berharap Tun lebeh kerap menyentuh hal2 kepimpinan begini lebeh kerap..muga2 semua pihak bleh ambil iktibar.
    T.Kaseh Tun muga2 Tuhan sentiasa memberi petunjuk kepada Tun.

  157. Tun Mahathir,
    Alhamdulillah, komen di atas amat jelas yang akhirnya Tun telah sedar betapa pentingnya parti UMNO kepada negara. Kalaulah kesedaran tidak mementing yang diri sendiri telah lebih awal wujud dibenak pemikiran Tun dan Tengku Razalie, UMNO Asal mungkin tidak akan melalui proses “liquidation or winding-up” atas kesalahan teknikal.
    Tetapi semua orang sudah tahu yang Tun dan Tengku Razalie terus mementingkan diri sendiri, “kononnya menganggap bahawa seseorang pemimipin itu perlu kuat dahulu sebelum boleh memimpin parti dan negara…..”
    Satu dua pemimpin Parti serpihan 46 yang dibawa kembali ke pangkuan UMNO Baru itu saja selalunya menjadi modal Tun untuk memberikan justifikasi tetapi berapa ramai orang menjadi mangsa baik pemimpin kecil di peringkat bahagian dan cawangan. Setengahnya kena tukar kerja dan sebagainya kerana menentang arus yang dibawa oleh Tun dan konco-konco Tun ketika itu, dan setengahnya menjadi mangsa keadaan…lihatlah layanan diberikan kepada negarawan negara ketika itu, Allahyarham Tengku A Rahman dan Tun Hussein….ini adalah cerita benar Tun.
    UMNO Baru ini tidak diperlukan sebenarnya dan semangat dan pejuangan UMNO Asal akan tetap wujud dan terus utuh sehingga kini jika setiap pemimpim tidak mempunyai kepentingan yang melampau….melebihi kepentingan parti dan negara.
    Begitulah skrip pejalanan hidup seorang pemimpin yang apabila tidak berkuasa dan duduk macam rakyat biasa barulah mata dibuka besar dan dapat melihat kelemahan yang membawa keburukan yang sangat jijik telah dilakukan secara tidak sedar….tetapi tidak mahu mengakuinya segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga kini.
    ……..asyik melihat kelemahan orang yang tidak digemarinya dan rakyat jelata yang tidak menyokong….tetapi tidak melihat ke dalam diri sendiri…Wallahu’alam.

  158. Orang yang biasa ada kuasa mesti nakkan kuasa kembali. Dengan kuasa dia boleh jadi kaya. Itu lah perangai orang melayu sekarang… Merata-rata nak jadi kaya.. Jalan pintasnya ialah dengan memperolehi kuasa. Guna UMNO. Tu.., kuncu-kuncu dia tumpang sekaki lah tu.. Depa bukan peduli dah samada masyarakat suka atau tak.. Itu sebablah masyarakat pilih pembangkang. Mahukan perubahan.. Bukan benci pada UMNO. Benci pada perangai orang-orang UMNO. Orang-orang PR tak pikiaq pasai duit pun…
    Sorry to say Tun…, kita kena cari jalan ubah “mindset” orang-orang UMNO ni… Cari budak-budak muda ni…, doctorine minda dia orang ni.
    Cara macamana? Terserah lah pada kebijaksanaan “think-tank” yang ada. Kalau lambat bertindak, hancuq la negara… Tak perlu belas kesihan pada pengkianat2 negara tu.. Buang je.., pemuda-pemuda yang sesat jalan tu.., yang undi ketua pemuda tempoh hari tu.. Takkan tak kenalpasti lagi… Kadang-kadang geram dibuatnya memikirkan hal pemuda ni…Semua gila duit..
    Maaf Tun. Over sikit tadi.. Bila tiba Pilihanraya kecil, UMNO selalu buat silap. Buat kesilapan yang berulang-ulang kali.. Tak sedar sedar jugak. Ikut naluri yang salah lagi. Cuba ubah mindset sikit. Pilih lah orang baru yang bersih, yang tak kaya. Dia boleh buat kerja tanpa fikir pasai duit. Stop this nonsense once and for all!!!! Just do it…

  159. Dear Tun,
    Nampak gaya hanya malapetaka pilihanraya yang mungkin menyedarkan mereka sedikit-sebanyak dan ketika itu mereka sudah pun terlambat. Siapa pula akan dikatakan pengkhianat bangsa, agama dan negara? UMNO?
    Good day sir!

  160. Assalamu’alaikum Tun dan Keluarga,
    1. Saya meminta ampun dan maaf kepada Tun dan Keluarga kerana dulu pernah percaya dgn berbagai ‘cerita sensasi’ tentang Tun dan Keluarga. Harap Tun maafkan saya dan saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Ray Aidilfitri kepada Tun dan Keluarga, Maaf Zahir dan Bathin.
    2. Tentang Bagan Pinang, sebagai veteran UMNO, TS-Isa sepatutnya mendapat signal-signal dgn keputusan PRU-12 dulu. Pengundi bukan sokong PR tapi benci dgn beberapa pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Kalau TS-Isa tak nak faham juga, dia MESTI jumpa Tun utk personal coaching dari Tun. Boleh kan ?
    3. Jika UMNO Bagan Pinang tetap dgn TS-Isa, UMNO Pusat mesti memilih calon yg lebih sesuai mungkin dari Wanita atau Puteri yg telah berkempen habis-habisan semasa PRK yg lalu.
    4. TS-Isa boleh membantu calon Pusat utk membuktikan yg TS-Isa masih bersengat dikawasan Bagan Pinang. Mana tahu UMNO Pusat mungkin re-consider TS-Isa utk PRU-13 nanti !!!
    4. Saya rasa ucapan-ucapan Ketua Pemuda tentang pemuda PR akan undi UMNO semasa PRK lalu telah memakan diri. Adekah ini disengajakan ? Tapi camne nak elakkan dia dari berucap ? Yg ini susah !!!
    Hanya pendapat Ahli UMNO biasa je.

  161. Salam Tun,
    Teguran untuk UMNO
    Satu lagi apa yang dilihat rakyat UMNO sekarang tidak lagi terdiri dari pejuang melayu yang sebenar , hanya nampak pejuang wang sahaja, malah ketika berkempen mereka banyak menjanjikan sesuatu jika menang , bagi saya salah sebab janji tersebut seperti memberi rasuah juga, maksudnya jika saya menang u akan dapat habuan,jika tidak kita tidak akan bantu, macam rasuah kan …apa salahnya jika mereka katakan jika kami menang atau pun tidak inshaaalah kami akan membina/memberi juga kemudahan ini sebab sudah tanggungjawab kami membantu rakyat…, bezanya penyokong PAS dan UMNO adalah , penyokong PAS sanggup atas nama jihad tidur dimasjid untuk menyokong partinya, tetapi penyokong UMNO yang dapat kita lihat sekarang nak tidur di hotel dan nak tahu berapa mereka dapat..sebabnya sangat mudah jika sudah diajar dengan mengunakan wang pastinya semuanya perlu dibeli dengan wang..soalan saya kepada pemimpin UMNO,berapa banyakah wang yang perlu untuk membeli undi satu malaysia?
    Kepada pemimpin-pemimpin UMNO,saya adalah penyokong UMNO , pastinya saya akan memangkah UMNO PRU13 ini,perlu diutamakan perjuangan asal parti UMNO iaitu membantu orang melayu, apa yang UMNO boleh buat untuk orang melayu, perancangan UMNO untuk orang melayu dan sebagainya dan bantulah orang melayu dengan ikhlas…Hentikan penggunaan wang dalam UMNO, jika tidak entah apa akan jadi dengan UMNO dan nasib org melayu , pastinya keamanan negara akan terancam jika orang melayu tidak berpuashati dengan kedudukan mereka yang sekarang sering di persoalkan dan diperlekehkan sebab ketidakupayaan mereka bersaing dalam ekonomi.
    Kerajaan perlu akui kerajaan gagal dalam menaikan penguasaan orang melayu dalam ekonomi sebanyak 30%, saya tidak salah kan kerajaan kerana kerajaan telah banyak usaha untuk membantu hanya perlu menukar strategi atau cara untuk membantu, kita perlukan cadangan dan tindakan daripada pemimpin umno ,jika kita lihat sering berlaku kekurangan barangan dan perkhidmatan jika hari Raya cina disambut, contohnya hendak pergi kedai tayar pun susah masa hari raya cina..mana kedai melayu??supaya perkhidmatan itu dapat diteruskan…dan kegiatan ekonomi dapat berjalan ,kerajaan perlu mengambil sikap membantu supaya seimbang dalam penguasaan ekonomi…kalau kerajaan berani minta senaraikan pendaftaran perniagaan di malaysia mengikut kaum, dan hak milik kedai2 dimalaysia mengikut kaum…saya pasti tanpa melihat jumlah statistik pun kita dah tahu.

  162. Salam Aidilfitri buat YAB TUN Sekeluarga.,
    Sy sdr sbnrnya terkejut bila membaca akhbar baru2 ini yg menyiarkan komen salah seorg pemimpin UMNO yg mengaitkan kes Tun dipecat dr UMNO dan kes rasuah politik. Sy xsangka begitu cetek pemikiran pemimpin skrg ni utk membezakan kes semudah ini. Ini semua utk menghalalkan cara dan sudah pasti ada agenda tersendiri smpi terlalu beria2 menyokong individu berbanding utk menyelamatkan parti. Akibat dr kedangkalan mrk ini akan mengakibatkan rakyat semakin menjauhi UMNO dan memandang rendah kpd pemikiran pemimpin2 UMNO terutama pemimpin muda yg dianggap tidak berpengalaman dan gopoh. Sewajarnya dr sekarang sudah pun dimulakan usaha2 pemulihan dalaman dan luaran UMNO krn perubahan yg diharapkan nampaknya masih xbyk yg berubah. Mgkn krn terlalu yakin bahawa rakyat tetap akan memberi mandat kpt Barisan Nasional dlm PRU 13 nnt wpun dgn majoriti mudah. Apa yg sy lihat hanya YAB PM dan bbrp kerat menteri kabinet yg nampk berusaha keras memulihkan imej kerajaan dan UMNO tapi yg selebihnya masih dgn cara yg sama dan lapuk. Sombong xbertempat dan masih terawang2 dgn diri sdr kononnya rakyat sts akan mendengar apa yg mrk sampaikan. Ayat2 kononnya rakyat mula SEDAR, rakyat MARAH dgn pembangkang, rakyat kembali SOKONG UMNO dan segala mcm lagi membuatkan kita terus lupa apa yg sbnrnya berada dlm benak dan hati rakyat. Kesilapan dan kesilapan terus dilakukan dan akhirnya kita dihukum tepat pada PRU 13 nnt. Itu yg xsanggup sy lihat dan biarkan berlaku kpd parti melayu yg byk melahirkan pemimpin2 hebat dan terhebat spt YAB TUN serta byk berjasa kepada anak watan dan negara tercinta. Sy percaya teguran TUN akan berterusan selagi UMNO dan Barisan Nasional berkuasa krn sygkan parti tp sesudah dihukum tewas dlm PRU nnt, sy percaya TUN xkan menegur lagi krn pada masa itu Nasi sudah pun menjadi Bubur..
    Salam Aidilfitri utk semua. Maaf Zahir&Batin

  163. Hi Sir,
    Hoping you as healthy as usual. I’m actually quite fed up with the federal government which in chinese there’s a primary need to ensure the country is stable which ‘for citizen food is the primary need’. The mistake the federal government did is too many poor people is suffering which i don’t think the government can see or they only think they doing well for what they see around them. Sir, when you’re still prime minister maybe it’s your responsiblity to maintain UMMO as government but now you’re retired i think you shouldn’t give them advise which i don’t think they actually listen or do they understand your strategy. Maybe your strategy make them felt they will earn less citizen blood money. I also foresee that the 13 general election might have a chance to change the government because they did too many thing hurting the country just like the Kampung Buah Pala. Just a short one i don’t blame the Penang government but the question is why the owner want to sell the land with 4 times lower than the market place and Hindraf leader was released to support the residence over there not to move. What impress me is the person behind who plan this. Honestly if the government have this kind of talent planner why not plan something the citizen really get benefit instead of hurting the opposition( for their informatiom beside the residence in Kampung Buah Pala i asked the people live in Penang they actually blame on federal government for this incident) My point here is if they still have wise people who can thought of the good strategy why not fully utilize it to make the country better than become procrastinating when the general election nearby.(or maybe playing some cheat which i don’t know will it still work now, if yes that mean our country still have a lot of uneducated citizen then this is sad) Anyway good news for you if BN really fall in the next election it’s not going to be your fault. Have a nice day:)

  164. UMNO seharusnya menggunakan peluang PRK Bagan Pinang sebagai batu loncatan untuk memulihkan maruah UMNO dan BN yang semakin tercemar dengan memilih calon yang benar-benar bersih.
    Memilih TS Isa adalah suatu kesilapan besar buat UMNO. Mungkin TSI akan menang jika dicalonkan memandangkan undi POS sebanyak 4000 sudah tentu memihak kepada BN.
    Tapi apa guna kemenangan jika ia tidak mencerminkan kehendak rakyat jelata? Kemenangan di BP hanyalah sementara jika Isa dicalonkan.
    Rakyat akan mementukan siapa yang patut menjadi pemimpin negara dalam pilihanraya ke13 nanti.
    http://nmjnh.wordpress.com/2009/09/24/jadi-yb-peluang-buat-duit-ti/

  165. From the 1st Election I was able to vote I have always voted for BN.
    But from the last election, I finally realised that voting for BN was a vote for corruption.
    Never again will I make the same mistake.

  166. Salam Tun,
    kawan bersetuju dengan pendapat Dr Nurdin. berkenaan dgn pemilihan YB…mana ada2 YB yang benar bersih…semua sama jer baik pembangkang mahupun kerajaan…
    Sesetengah rakyat Malaysia terlalu taksub dengan pemimpin sehingga lupa apa yang telah berlaku….
    Rakyat sekarang dah mula memilih mana yang permata dan mana yang batu…

  167. Assalamualaikum Ayahnda Tun.
    Pada pandangan peribadi saya, sepatutnya TS Isa menolak sebarang pencalonan keatas beliau dan mencadangkan satu nama lain demi menyahut perubahan didalam Umno.
    Ini sedikit sebanyak akan dapat menyelesaikan kemelut pemilihan calon untuk N31 Bagan Pinang.
    Dan seandainya TS Isa masih mahu dicalonkan tetapi tidak terpilih mewakili Umno/BN nanti, diharap jangan pula ada pihak yang mengambil pendekatan “tikam dari belakang” seperti mana yang berlaku di Dun N11 yang lalu.
    Saya menyokong penuh saranan ayahnda Tun bahawa calon Umno/BN mestilah bersih dan kelihatan bersih. Tiada kompromi didalam hal itu demi untuk pembersihan Umno.
    Che Wan.
    http://pusakaayahnda.blogspot.com/

  168. Hello Tun,
    Selamat Hari Raya…Hope you well.
    Saya setuju dgn pandangan Tun..
    Apa kita boleh nampak skrg BN hanya mahu menang di Bagan Pinang,thr dun care abt candidate background….mungkin tak de calon yg bersih di UMNO..all corrupted…..!!Ini lah masalah gan UMNO,dari bawah sampai ke atas semua sama….!!.pilih calon pun tak tahu…!!..ramai org UMNO yg baik dan bersih dr rasuah,pilih la org2 ni…kenapa nak ambil balik org yg dah rosakkan nama UMNO..!!..takut kalah…?…dah kalah 7 kali,dan masih tak tahu punca kekalahan adalah satu masalah besar di BN…
    Jika BN mahu undi org India (20%) di Bagan Pinang…very simple..Sack Samy Velu from MIC and solve MAIKA issue….sure will get indian vote…
    Mr.Right

  169. salam buat tun,
    saya bersetuju seandainya calon bersih kalah dalam persaingan pilihan raya bagan pinang. ini menunjukkan tahap mentaliti pemimpin UMNO telah berubah ke fasa yang baharu.
    namun demikian, berdasarkan komentar yang saya baca terdapat ketua bahagian umno di NSDK sendiri tidak menyedari kepentingan mmepunyai calon yang bersih. apakah kawasan teluk kemang tidak mempunyai bakat muda yang sihat, segar, disukai ramai, profesional unggul, berwatak pemimpin yang boleh diketengahkan? wajarkah membiarkan UMNO menanggung beban besar bagi menangkis peluru pakatan yang sesaat membunuh retorik yang akan dibawa?
    sebagai rakyat, kepimpinan terdahulu telah teruji dan boleh dipuji sebelum salah laku terburai di jendela. cukuplah, BN tidak pernah menang dalam PRK kecuali di Sarawak (sokongan BN terhebat).
    jangan mengambil mudah dengan mengetengahkan calon yang berjawatan dalam bahagian. Cari profesional muda, angkat dan dokong serta pimpin mereka ke jalan perubahan. UMNO dahagakan pemimpin muda.
    Sedihnya, pesara, veteran yang banyak menjawat jawatan di bahagian seakan lupa peranan orang muda. Itu antara sebab Pemuda Umno juga dipandang sepi kerana ketrampilan mereka tidak mendapat sambutan golongan veteran UMNO.
    Faktanya, UMNO juga perlu membawa pembaharuan dengan meletakkan syarat pemimpin perlu berusia 55 tahun ke bawah sahaja. beri laluan ornag muda membawa UMNO ke puncak prestasi. Kesilapan besar kita adalah mebiarkan pemuda mencorak kumpulan dan golongan mereka sahaja.
    Kepercayaan bahawa veteran UMNO boleh menjadi sayap penting kepada parti juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Mereka boleh mengetuai bahagian hadapan dalam memastikan pergerakan UMNO survive. Ini tidak bermaksud menteri juga mestilah berusia 55 tahun kebawah. Gabungan muka lama dan baru penting untuk memastikan kerukunan dan keluhuran perlembagaan tidak sesuka hati digubal dan dibubar.
    Banyak lagi UMNO kena kerja keras kerana pemimpin yang ‘berpenyakit’ perlu disuntik vaksin supaya sembuh dan menanam azam baru unuk mengelak penyakit sama berulang!!
    wassalam

  170. Begitulah gamaknya kalau orang UMNO masih lagi syok sendiri.
    Kerana percaya popular di kalangan sekerat ahli UMNO Bagan Pinang, maka seboleh-boleh ingin mencalonkan pemimpin yang tercemar sebagai calon. Jika tidak ikut cakap mereka, maka disabotaj pulak kempen UMNO semasa pilihanraya kecil nanti.
    Begitulah kalau cikgu kencing berdiri, anak buah pun terikut kencing berlari …
    http://www.jurublog.blogspot.com

  171. YB (YANG BERSIH ATAU YANG BERKHIDMAT)
    Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada Tun berdua.
    1. Kalau nak cari calon YB (Yang Bersih) janganlah cari dikalangan ahli politik. Rasanya 95% wakil sedia ada samada BN atau pembangkang tak ada yang bersih. Mungkin dia nampak bersih tapi dia buat kerja kotor tu menerusi agennya terutama SETPOL, Pegawai Khas, AJK Bahagian, saudara mara dan juga political funder. Bayangkanlah kereta penyokong kuat mereka yang C Class, CLS, E Class dan rumah tiba-tiba jadi banglo.
    2. Kalau nak cari YB (Yang Berkhidmat) biarlah akar umbi yang mencalonkannya. Sekurang-kurangnya akar umbi juga yang akan mengundinya. Kalau pimpinan Pusat menentukan calon, apa dia peduli kalau kalah pun. Atau dia sengaja letak calon supaya kalah. Pusat akan mencari alasan menyalahkan pengundi atau pun pengundi luar bial kalah. Itulah yang berlaku di KT bilamana Pusat enggan mendengar pandangan akar umbi dan meletakan calon elit sombong yang tidak disukai akar umbi
    3. Dalam politik, calon Bersih memang amat kurang. Sebut saja kelayakan mereka samada ulama, ustad, agamawan, ahli perniagaan semuanya ada cara sendiri untuk Tidak Bersih. Ahli Perniagaan menggunakan teknik perakaunan untuk mengabui mata. Ahli agama, ustad, agamawan menggunakan ayat suci dan mematahkan hujah untuk menghalalkan apa yang haram. Saudara mara, rakan senegeri, rakan sekampung, rakan semasjid akan diberikan keutamaan. Itu halal. Yang haramnya adalah yang orang lain buat. Khalwat, bogel dan liwat menjadi hal peribadi bukannya hal parti. Seks dan rasuah adalah sedekah bagi mereka.Jumpalah Tuan Guru maka semuanya jadi HALAL.
    Sekiranya berlaku pada orang lain ia adalah haram dan rendah moral.
    4. Mungkin kita perlukan calon payung terjun yang masih bersih sebagai calon PRU nanti agar tiada persoalan dikalangan pengundi. Sudah banyak contoh calon payung terjun menang dengan selesa kerana disenangi semua pihak. Cumanya dia perlu kekal bersih. Sebab bila dah menjejak tanah, maka mulalah dia dirasuk menjadi kotor. Dia akan kalah PRU seterusnya kalau tak berhati-hati. Ini kerana diatas tanah memang banyak yang kotor. Perlu bersabar. Tapi memang adat dunia, Yang Kotor tu lah yang disukai. Memang syaitan gemarkan tempat kotor seperti tandas.
    Tun M, saya nak tanya sikit Kat Bagan Pinang tu agaknya siapa Yang Bersih yang masih ada. Mungkin perlu calon Payung Terjun. Kalau tidak UMNO Bahagian itu akan gembira calon mereka dicalonkan, tetapi akan meratapi sedih calon mereka tewas dengan majoriti besar.

  172. UMNO telah rosak akibat rasuah dalaman yang telah menjadi sebati dalam diri segolongan ahli UMNO, Pemimpin yang terang-terang membuat kesalahan rasuah masih menjadi pemimpin. Isu-isu ini dengan senang pemimpin amalan sogokan ini menutup dengan memberi sogokan kepada pembising-pembising didalam UMNO sendiri yang dahagakan wang dan harta.
    Apa susahnya memimpin didalam UMNO, sedia sahaja wang dan sogok pemimpin-pemimpin cawangan. Sogok seorang pemimpin selamat dapat banyak sokongan. Yang ruginya UMNO dan pengundi-pengundi UMNO.
    Dimana pergi pun bila cakap sahaja kita ahli UMNO terbayang amalan rasuah oleh rakyat. Sudah menjadi “norm” pemimpin UMNO dicop dengan amalan Rasuah dan kronirism.
    Adakalanya bila kita dengar nama UMNO sudah hilang semangat perjuangan kita kepada bangsa dan negara akibat perbuatan segelintir pemimpin UMNO yang mengamalkan amalan rasuah.
    Masa dahalu bila perlantikan ketua UMNO bapa-bapa kita semuanya menolak takut tidak mampu untuk berlaku adil dan membantu memperjuangkan orang melayu. Tapi sekarang apabila ada percalonan pemimpin UMNO ramai yang datang menawarkan diri untuk memimpin kerana mereka tahu bila jadi Pemimpin UMNO akan menjadi Kaya raya sekelip masa sahaja. Ini lah dikata perjuangan wang dan kekayaan.
    Rakyat telah jelak untuk mendengar alasan-alasan pemimpin UMNO sekiranya DSN tidak membuat pembersihan dari dalaman UMNO. Tidak hairan lah sekiranya ramai pemimpin-pemimpin UMNO akan lari masuk PKR nanti sekirannya DSN membuat perbersihan dalamam sebelum PRU-13 ini.
    Yang jelasnya UMNO sudah menjadi “tawar” dihati orang UMNO dan orang melayu sendiri kerana segolongan Pemimpin-pemimpin yang sukakan amalan rasuah ini.
    UMNO masih relevan untuk org Melayu dan bangsa bukan melayu, hanya perlu dibersihkan dari amalan-amalan rasuah dan kronism.
    “Ingat-ingat lah Pemimpin UMNO”…
    “Pencinta UMNO” bukan “pencinta wanita”

Comments are closed.