Category Archives: Darurat

GUNUNG JERAI DAN PERUBAHAN IKLIM



1. Baru-baru ini hujan turun dengan lebat tidak henti-henti di Gunung Jerai. Di beberapa tempat air bertakung dengan banyak. Tanah semakin lembut sehingga menjadi lumpur. Dan lumpur tidak lagi dapat tahan air yang bertakung begitu banyak.

2. Lumpur pun jadi cair dan mula meleleh turun. Sekali gus lumpur yang cair dan air yang bertakung mengalir turun dengan deras, dan lereng-lereng bukit menjadi sungai. Batu besar dan pokok-pokok tercabut dan dibawa turun oleh air yang sudah jadi banyak seperti sungai dan turun dengan deras.

3. Pengaliran air begitu deras dan banyak sehingga apa sahaja tercabut dan dibawa turun. Bangunan juga pecah dan dibawa dengan air turun curam pergunungan. Dan berlakulah malapetaka dan kematian yang dahsyat.

4. Dalam ingatan penduduk, malapetaka seperti ini tidak pernah berlaku. Tetapi kini ia sudah berlaku. Apakah ia akan berlaku lagi. Jawapannya ialah ia bukan sahaja boleh tetapi tetap akan berlaku. Mungkin tidak di Gunung Jerai tetapi di pergunungan lain di Malaysia. Dan mungkin sekali lagi atau lebih di Gunung Jerai.

5. Kenapa ia akan berlaku lagi? Sebabnya ialah kerana perubahan iklim. Mungkin perubahan ini adalah sebahagian ulangan perubahan planet ini selama berjuta tahun. Mungkin juga kerana kepanasan disebabkan kehidupan manusia yang sekarang berjumlah 8 billion (lapan ribu million). Tiap seorang dari kita memanas iklim hanya dengan kita bernyawa. Tetapi kita juga membakar semasa masakan, untuk panas kesejukan musim sejuk sekeliling kehidupan kita. Demikian juga binatang yang mengeluar gas. Jumlah binatang ternakan lebih dari jumlah manusia. Demikian juga binatang liar.

6. Di tempat-tempat tertentu kebakaran hutan yang meluas, yang tidak dapat dipadam berminggu tetap memanas iklim. Di Malaysia juga kita sudah rasai kenaikan suhu.

7. Apabila suhu naik, salji menjadi cair. Kawasan yang ditenggelami air membesar. Kepanasan matahari menyebabkan air di permukaan bumi jadi wap yang naik tinggi dan jadi titisan air dan awan. Apabila sudah banyak wap dan suhu turun kerana tingginya awan, wap menjadi air dan turun ke bumi sebagai hujan. Lebih tinggi suhu, lebih banyak awan dan lebih lebatlah hujan. Sebab itu hujan di Gunung Jerai menjadi begitu lebat, mencairkan lumpur dan turun dengan pantas sebagai air terjun.

8. Kita di Malaysia bernasib baik. Hujan lebat sepanjang masa membasahkan bumi dan menghalang kebakaran. Pokok-pokok hutan menstabilkan bumi dan menjerap air. Kepanasan juga diserap oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.

9. Tetapi walau pun lebih selamat malapetaka seperti keruntuhan Gunung Jerai masih boleh berlaku di mana-mana sahaja.

10. Oleh itu bersedialah kita untuk aneka jenis malapetaka di masa hadapan.

DARURAT


1. Ternampak jelas darurat tidak berjaya mengurang wabak COVID-19. Dari 2,000 sehari di waktu darurat diisytihar, jumlah kes baharu sudah meningkat kepada hampir 7,000.

2. Hasil sebenar yang jelas dari darurat ialah kedudukan Perdana Menteri tidak boleh dicabar dan kuasa Perdana Menteri mengatasi Perlembagaan Negara dan semua undang-undang.


3. Namun dengan kuasa tanpa had ini, bukan sahaja wabak COVID-19 tidak dapat dikawal tetapi keadaan ekonomi, politik, dan sosial menjadi lebih teruk lagi. Angka prestasi ekonomi dikatakan lebih baik dari sebelum wabak, tetapi rakyat tidak sedikit pun merasai kebaikan ini.

4. Kononnya sebanyak Ringgit 600 billion sudah dibelanja oleh Kerajaan dalam masa hanya lima bulan. Tetapi di mana pergi duit ratusan billion ini. Bukan mudah untuk belanja duit sebanyak ini. Beli vaksin ke? Tak akan habis 600 billion beli vaksin. Apa harga vaksin? Siapa yang membeli? Kenapa sedikit sangat yang sudah diterima?


5. Lockdown seluruh negara memang mengundang masalah ekonomi dan sosial. Penjual makanan tetap tidak dapat berniaga. Apa kata jikalau mereka diupah sebagai tukang masak public kitchen. Kita perlu bekal rakyat yang dikurung dengan makanan.

6. Sebenarnya di U.K. hanya suntikan sekali sahaja vaksin AstraZeneca sudah dapat kurangkan kes baru sebanyak 70%.

7. Di Amerika 128 million orang sudah disuntik dan angka kes baru amat kurang. Jika benarlah suntikan menyebabkan kematian ramai, dari 128 million yang disuntik tentulah ratusan ribu yang maut. Dapatkah disembunyi jenazah yang begini banyak. Nak simpan di mana.

8. Mereka yang suruh minum air kelapa untuk selamat diri sebenarnya mengkhianati masyarakat. Merekalah yang ingin lihat ramai mati kerana tidak disuntik.

9. Sebenarnya cara terbaik untuk selamat diri dari jangkitan selain dari suntikan vaksin ialah dengan menjauhkan diri dari orang lain. Lebih dari satu meter lebih baik. Kalau perlu kerja, jauhkan diri dari pekerja lain. Bukan sahaja semasa bekerja atau sembahyang tetapi juga semasa berjalan pergi balik ke tempat kerja.

10. Menjauhkan diri dari orang lain menjadi penting kerana virus ini boleh airborne – ditiup angin. Memang susah. Tetapi tidak ada jalan yang senang melawan COVID-19.

11. Mereka yang tidak dijangkiti hingga kini ialah mereka yang amal SOP dengan baik. Tetapi mereka yang berkuasa hendaklah tentukan SOP diamal dengan baik oleh semua. Menentu SOP dipatuhi lebih baik dari mengena denda yang tidak dapat dibayar oleh orang yang sudah miskin kerana tidak dapat bekerja dan berniaga.

12. Inilah sebabnya Kerajaan perlu sediakan makanan untuk mereka yang kebuluran kerana COVID-19.

13. Jika Kerajaan punyai wang, gunakan untuk lawan COVID-19. Membekal makanan, upah untuk tukang masak memerlu peruntukan yang tinggi. Tetapi berbaloi. Tak payahlah kontrak-kontrak diberi di waktu ini.

14. Lockdown tetap akan jejaskan ekonomi. Kita tidak ada pilihan. Ekonomi yang rosak boleh diperbaiki. Kematian kerana COVID-19 tidak ada pemulihan.

AKU SOKONG DARURAT



1. Aku sokong darurat.
2. Tidak sokong bermakna derhaka kepada Raja.
3. Darurat diisytihar oleh Raja.
4. Polis boleh tangkap dan soal.
5. Mungkin tahan dan pakai baju oren.
6. Itu undang-undang.
7. Dan kita patuh kepada undang-undang – rule of law.
8. Raja boleh peturun kuasa kepada siapa sahaja.
9. Siapa-siapa sahaja.
10. Mungkinkah Salleh Bongkok Teloi Kanan?
11. Tak.
12. Mungkin Mahiaddin. Nampak dia lah siapa sahaja.
13. Kuasa tinggi. Boleh buat undang-undang sendiri.
14. Boleh ketepi Perlembagaan
15. Boleh ketepi semua undang-undang
16. Kebal – tak boleh didakwa di mahkamah. Tak boleh di ada Parlimen kerana Parlimen digantung hidup-hidup.
17. Siapa bantah undang-undang buatan satu orang ini. Boleh didenda 5 juta dan jel sepuluh tahun atau kedua-dua.
18. Undang-undang fake news sudah lulus.
19. Apa dia fake news.
20. Yang benar adalah fake boleh tangkap.
21. Yang fake adalah benar tak kena tangkap.
22. Aku sokong darurat.