1. Tengku Zafrul kelihatan agak over-excited dengan laporan yang tidak tepat yang mengatakan bahawa saya bertemu pelabur yang ingin melabur sehingga RM500 billion.
2. Laporan itu telah diperbetulkan sendiri oleh penerbit akhbar tersebut tanpa permintaan dari saya, dan kenyataan saya yang sebenar ialah pelaburan yang saya nyatakan adalah sebanyak RM500 million telah dimuat naikmengganti laporan asal.
3. Agaknya sebelum sempat akhbar itu lakukan pembetulan, Tengku Zafrul tanpa berlengah telah memuat naik di video di media sosialnya dengan memberi perincian bahawa RM309 billion ialah pelaburan tertinggi setahun yang pernah didapati oleh Malaysia, dan di zaman saya jadi PM pun tak pernah dapat pelaburan mencecah RM500 billion.
4. Jika sifat over-excited Tengku Zafrul terhadap laporan yang tidak tepat itu terdapat juga di dalam dirinya ketika mencari dan mendapatkan pelabur ke Malaysia, saya yakin keadaan ekonomi Negara yang kelam dan muram ini dapat di atasi.
5. Kalau setakat buat pengumuman ada pelbagai cadangan dan tandatangan puluhan MOU berkait pelaburan tanpa keputusan yang muktamad tidak akan membangun ekonomi Negara.
6. Saya ingin meminta Tengku Zafrul perincikan pelaburan yang telah masuk dan dimuktamadkan di Malaysia sejak dia jadi Menteri di bawah pentadbiran ini.
7. Ada orang yang tanya jika saya kenal siapa Tengku Zafrul. Saya bagi tau tak begitu kenal secara peribadi tetapi saya dengar cerita pasal dia termasuk dia menyanyi dalam kugiran sebelum pilihanraya ke-14 sokong kerajaan kleptokrasi.
8. Selepas saya jadi PM ada pegawai saya minta supaya jangan ambil tindakan terhadap Tengku Zafrul walaupun ada usaha untuk buang dari CIMB. Saya kata Kerajaan pimpinan saya tidak akan aniaya sesiapa kecuali jika dapat bukti kesalahan.
9. Dia dilantik Tan Sri Muhyiddin jadi Menteri Kewangan dan dia dikecam Datuk Seri Anwar sebagai Menteri yang jaga bank dan bukan jaga rakyat.
10. Walau kalah dalam pilihanraya umum ke-15 atas tiket UMNO, Datuk Seri Anwar, yang sebelum itu kecam Tengku Zafrul lantik dia jadi Menteri sekali lagi. Kalau ikut Datuk Seri Anwar, Tengku Zafrul ni memang tak layak jadi Menteri.
11. Tapi dia tetap jadi Menteri. Mungkin ada something special yang kita tak nampak lagi.