Category Archives: Politik

THE GENOCIDE

1. The Israelis have killed 8000 plus Palestinians.

2. But Netanyahu says they have not won the war.

3. When will Israel consider the war has been won?

4. When they have killed all 1.6 million Palestinians?

5. What does the world do to this Israeli intention?

6. 120 countries in the UN say stop the killings.

7. But America says keep on killing.

8. That is the measure of America’s humanitarian policy.

9. That also is the measure of the humanitarian policy of those countries which support the killings by Israel.

10. This is the world in which we live.

11. Murderers are supported. Their victims deserve to die.

KERAJAAN ANTI-RASUAH

1. PMX berkali-kali sebut bahawa Kerajaannya akan hapus rasuah.

2. Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini duit Kerajaan diberi oleh PMX dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan kenyataan bahawa penerima hendaklah sokong parti Kerajaan.

3. Jikalau ini bukan rasuah, saya tidak tahu apa dianya rasuah.

4. Tetapi MACC berkata perbuatan ini bukan rasuah.

5. Siapa yang lebih layak mentafsir sesuatu perlakuan itu rasuah atau tidak selain Badan Pencegah Rasuah.

6. Okaylah. Ini bukan rasuah.

3 R

1. Rakyat diberitahu tajuk 3R (Race, Religion and Royalty) tidak boleh disentuh.

2. Jika perbincangan berkenaan orang Melayu ditafsir sebagai menyentuhrace atau bangsa atau kaum, perbincangan berkenaan multiracial juga menyentuh race.

3. Kenapakah berbilang bangsa atau kaum(race) boleh disentuh tetapi satu bangsa (Melayu) tidak boleh disentuh.

4. Kemudian agama.

5. Kita tidak boleh bincang masalah agama.

6. Tetapi kita boleh bercakap berkenaan secularism.

7. Secularism bermakna tidak boleh ada agama rasmi. Ini bermakna kita bercakap berkenaan agama rasmi.

8. Kenapa menolak agama rasmi boleh disentuh tetapi mengekal agama rasmi tidak boleh disentuh.

9. Akhir sekali soal institusi raja.

10. Raja seperti rakyat, tertakluk kepada undang-undang. Sebuah mahkamah diadakan untuk raja.

11. Bermakna jika raja melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang tindakan boleh diambil.

12. Perundangan ini diadakan kerana kes tertentu.

13. Jikalau kes-kes yang sama berlaku atau kes yang lebih buruk berlaku, dan dakwaan tidak boleh dibuat maka raja akan jadi raja yang berkuasa mutlak.

14. Sebaliknya Perlembagaan menjadikan raja kita sebagai raja berperlembagaan.

15. Apakah kita sudah gugur sistem raja berperlembagaan kepada raja berkuasa mutlak.

16. Menghalang perbincangan berkenaan tiga perkara ini menidakkan kebebasan bersuara.

17. Ia amat serius.

18. Jika ia hendak dijadikan sebagai jenayah, ia perlu perbahasan dan kelulusan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau diluluskan selepas dua bulan.

19. Jika ini tidak dilakukan, Kerajaan mungkin didakwa kerana melaku sesuatu yang tidak mengikut undang-undang negara.

1

NEGARA MELAYU

1. Kata Ramkarpal Singh dakwaan saya bahawa mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang bangsa tidak menepati Perlembagaan adalah salah.

2. Dari segi kebebasan bersuara demokratik memang tidak salah.

3. Tetapi Perlembagaan Malaysia tidak mendakwa bahawa Malaysia adalah negara multiracial.

4. Dengan bahasa Kebangsaan, adat istiadat, dan dengan beraja Melayu, Perlembagaan mengesahkan bahawa negara ini adalah negara Melayu.

5. Dengan menerima warganegara dari bangsa lain tidak menjadikan Malaysia negara berbilang kaum.

6. Lihat keadaan di UK, US dan Australia, walaupun ramai bangsa lain menjadi warganegara tetapi negara-negara ini tidak menjadi negara berbilang bangsa. Mereka masih kekal sebagai UK, US dan Australia. Bangsa mereka masih British, American atau Australian – bukan British Indian, German American atau Malayan Australian.

7. Pemberian perlindungan undang-undang kepada orang asing yang diberi kerakyatan adalah perkara biasa. Ia tidak jadi negara sebagai negara berbilang bangsa.

8. Perlembagaan adalah undang-undang pengasas yang perlu dihormati.

9. Tetapi Perlembagaan boleh dipinda jika 2/3 dari ahli Dewan Parlimen bersetuju. Jika persetujuan dicapai Malaysia boleh ditukar menjadi negara berbilang kaum.

10. Maka ianya berasal dari negara Melayu akan hilang.

11. Kalau orang Melayu hendak hapuskan keMelayuan negara ini, sokong sahajalah tafsiran negara ini negara berbilang kaum.

NATO


1. Immediately after Germany was defeated in the Second World War, the Western Alliance made it clear that the new enemy was Russia, their partner in the war against Germany.

2. A “defence” grouping of the European countries and the United States of America was set up with the obvious exclusion of the Soviet Union. It was equally obvious that the enemy to be defended against was Russia.

3. Not surprisingly Russia set up the Warsaw Pact, an alliance of East European countries to deter the Nato nations from any aggressive acts against the Eastern Bloc and Russia.

4. A costly Cold War resulted with Nato and the Eastern Alliance convening and attempting to get the countries of the world to join the Western countries or the Eastern “Communist” bloc.

5. Proxy wars and regime change were attempted as the European tried to line up the countries of the world in support of the two groups. Eventually the Russians realised the futility of the confrontation between the two blocs. Under the leadership of Gorbachev, the Warsaw Pact was disbanded and the Union of Soviet Socialist Republics were allowed to break up. Many communist countries of Eastern Europe and Central Asia became independent.

6. Not so Nato. Far from disbanding Nato went all out to gain more members especially among the former Warsaw pact countries. The Russians were not invited. They were apparently still the enemy.

7. The membership drive by Nato came ever closer to Russia.

8. The Russian military had been weakened by the break up of Soviet Union. Nato simply regarded the weakening of the Russian defensive strength as a godsend. This did not affect the Nato countries from recruiting more members especially among those close to Russia. War games were held among Nato countries, again directed at Russia.

9. Russia rearmed as Nato got more members and came closer to Russia.


10. One of the agreements between the Nato countries is that an attack on one would be regarded as an attack against all the Nato countries.

11. What is the implication in the present situation. Ukraine is not yet a member. If Russia attacks, Nato is not obliged to war against Russia. On the other hand if Ukraine is accepted as a member of Nato, an attack by Russia would result in war with Nato.

12. And war between Nato and Russia would escalate into a third world war. And nuclear weapons would be used.

13. Russia is not likely to accept defeat. Nor will Nato. And so again the Europeans will destroy the world.

OUT OF CONTEXT


1. The report on what I said at the meeting with Malays is not accurate. I am not asking Malaysia to claim the land that we had lost. I am trying to point out that we are so concerned over losing a table-size rock but never about bigger parts of Malaysia when they were taken from us. Losing Pulau Batu Puteh is no big deal. It was the mistake of the Johore Government to deny that the rock belonged to Johor. Had that denial not been made, there would be no dispute now.

2. We should be grateful that the world court awarded Pulau Ligitan and Sipadan to us. They are much more valuable than Pulau Batu Puteh – just a rock outcrop. We should be thankful that Indonesia has not disputed the award. Really, we are not grateful for our gains.

ZAHID PENIPU

1. Saya disaman Dato Seri Zahid Hamidi kononnya saya memfitnah beliau berkaitan beberapa pertemuannya dengan saya semasa saya menjadi Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan.

2. Ianya berkisar tentang kenyataan saya bahawa dia minta saya campur tangan dalam urusan perbicaraan kes mahkamah yang beliau hadapi.

3. Oleh kerana perkara ini akan menjadi kes mahkamah, saya tidak bertujuan untuk ulas panjang tentang tuduhan Zahid di sini.

4. Saya akan jumpa dia di mahkamah dan telah arah peguam saya menyampaikan kesediaan saya.

5. Sebenarnya saya bosan dengan sikap Zahid. Tindakan saman yang diambil hanya sebagai usaha untuk tutup penipuannya menerusi proses mahkamah.

6. Zahid ini penipu. Orang putih kata “compulsive liar”, pembohong tegar. Dulu semasa kempen pilihanraya umum ke-14, dia keluar kenyataan kononnya kad pengenalan saya yang asal menamakan saya sebagai Mahathir a/l Iskandar Kutty.

7. Dia dakwa bahawa IC biru saya dengan nama tersebut dihantar kepadanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. https://www.malaysiakini.com/news/390299

8. Dakwaan ini dibuat Zahid kerana hendak tuduh bahawa saya berketurunan India dan telah mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun saya jadi Perdana Menteri.
9. Saya tunggu apakah Zahid akan keluar bukti ini pada khalayak ramai. Tetapi sampai habis pilihanraya tidak.

10. Dia nak burukkan saya sedemikian untuk mempamer kepada umum yang saya menipu mengenai status bangsa saya.

11. Dengan itu dia mahu pertikai kelayakan saya pimpin UMNO, parti-parti Melayu yang lain dan seterusnya orang Melayu keseluruhannya.

12. Kononnya saya “anak lelaki” dan bukan “bin”, jadi saya ini bukan Melayu.

13. Ya, saya memang pun ada darah keturunan India dan ini saya nyatakan dalam buku saya. Saya tidak nafi. Tapi hakikatnya sijil lahir dan kad pengenalan saya adalah Mahathir bin Mohamad.

14. Mengikut takrifan perlembagaan Malaysia (Perkara 160) saya Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya.

15. Ibu dan bapa saya dilahirkan di Tanah Melayu sebelum Merdeka dan kami semua beragama Islam. Sejak kecil, pertuturan keluarga saya di rumah adalah Bahasa Melayu serta adat yang kami amal adalah adat Melayu.


16. Sebelum ini saya tidak gemar mengguna mahkamah walau ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar di dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.
17. Tetapi kali ini saya merasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja. Ia bukan saja kerana ia merosak reputasi saya tetapi penipuannya kepada penyokong Umno dan orang Melayu lain demi untuk dia mahu kekal berkuasa amat merbahaya.

18. Saya sedang pertimbang untuk ambil tindakan undang-undang kerana pembohongan Zahid yang memfitnah saya.

19. Saya cabar Zahid untuk tunjuk bukti tentang identiti saya yang pertikai diri status bangsa saya sebagai orang Melayu.

20. Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah.

APA PADA NAMA

1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya.

2. Demikian di peringkat permulaan UMNO tidak dapat dipisah dari Dato’ Onn Jaafar. Di bawah pimpinan Dato’ Onn rancangan Malayan Union British ditewas.

3. Malangnya Dato’ Onn cuba buka UMNO kepada kaum lain. Ini ditolak dan Dato’ Onn letak jawatan sebagai Yang di-Pertua UMNO.

4. Kemudian Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertua UMNO. Beliau membawa banyak kejayaan termasuk kemerdekaan bagi Malaya dan Malaysia.

5. Pada masa itu apabila Malaysia disebut nama Tunku juga disebut bersama.

6. Kemudian Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan dia amat berjasa kepada negara. Namanya dan pembangunan Malaysia dikait rapat. Apabila disebut Malaysia, nama Tun Razak disebut bersama.

7. Pada masa itu dan sebelumnya nama Najib tidak pernah disebut. Kebaikan dan keburukkannya tidak ada kaitan apa-apa dengan negara.

8. Tetapi apabila Tun Razak meninggal, secara spontan anak sulungnya disebut sebagai penggantinya. Masih tidak ada sesiapa yang mengaitkan Najib dengan negara. Namanya tidak didengar kerap.

9. Malangnya Najib pilih jenayah untuk dikait rapat dengan dirinya. Tidak seperti bapaknya, Najib lihat kuasa sebagai peluang untuk memperkayakan dirinya.

10. Demikianlah skala jenayahnya sehingga seluruh dunia mengenali Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya.

11. Saya sebut banyak kali nama Najib dan jenayah yang dilakukan kerana kaitannya rapat dengan kerosakan negara dan kekalahan UMNO.

12. Najib sebaliknya cuba padam kaitannya dengan jenayah dengan mendakwa tidak salah jika pemimpin mencuri. Diberi gelaran pada dirinya sebagai boss, dan tiada siapa perlu malu apabila boss curi.

13. Anggapan perlakuan jenayah tidak memalukan bercanggah dengan nilai hidup masyarakat manusia dan masyarakat Malaysia. Jika tidak disangkal akan rosaklah masyarakat.

14. Sebab itu hujah “tak malu” bila mencuri perlu ditolak untuk mengekal nilai asal yang mulia.

15. Adalah mustahil Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya tidak disebut. Demikian naluri manusia sesuatu itu akan diterima apabila diulangi berkali-kali.

16. Saya bukanlah seorang sahaja yang menyebut nama Najib dan kaitannya dengan jenayah. Seluruh negara, bahkan seluruh dunia menyebut nama Najib sebagai penjenayah dalam ucapan, tulisan, buku (termasuk buku adiknya), radio dan televisyen dan lain-lain media. Buku sejarah akan catit nama Najib supaya generasi akan datang kenal Najib sebagai penjenayah yang telah curi duit berbillion yang mahkamah telah sahkan.

17. Saya akan sebut nama Najib sebagai penjenayah setiap kali yang diperlukan.

TENTANG RASUAH


1. Alhamdulillah saya telah pulih dari serangan teruk ke atas kesihatan saya.

2. Demikian semasa diserang saya putus harapan. Saya percaya masa saya sudah tiba.

3. Tetapi Alhamdulillah hari ini saya kembali sihat, hampir seperti orang biasa.

4. Saya tertanya-tanya apakah yang hendak dilakukan oleh saya dengan saki-baki kehidupan ini? Apakah ia setakat makan minum, berseronok sahaja. Masa tentu tidak panjang. Saya sudah berumur 97 tahun. Apakah masa yang pendek ini, harus dihabiskan begitu sahaja?

5. Untuk diri saya tidak ada lagi yang saya ingin. Teringat saya sebagai orang Melayu saya berasa terkilan kerana kita masih ketinggalan. Kita belum jadi bangsa maju. Walaupun Malaysia diiktiraf sebagai Negara Middle Income tetapi orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Rata-rata orang Melayu masih miskin.

6. Kemampuan saya terhad. Tidak seperti dahulu di waktu saya menjadi Perdana Menteri. Tetapi kawan saya menekan bahawa jawatan tertinggi itu tidak penting. Seorang yang sudah tua dan berpengalaman tidak dapat tidak sedikit sebanyak berpengaruh. Jika berminat gunakanlah saki baki pengaruh ini untuk bangsa.

7. Untuk kebaikan bangsa saya, bangsa Melayu, apakah sebabnya mereka tertinggal.

8. Saya mungkin salah tetapi saya berpendapat bangsa saya pandang ringan terhadap rasuah. Inilah sifat yang diguna oleh orang tertentu untuk selewengkan bangsa Melayu dari menolak yang salah. Tidaklah boleh dinafikan kegagalan orang Melayu disebabkan mereka mudah pilih yang tidak baik kerana mudah. Yang mudah dan dekat lebih menarik apabila membuat pilihan. Mereka tidak fikir panjang.

9. Saya tidak akan ulas dengan panjang lebar kenapa rasuah membawa mudarat. Bagi saya dalam jangka masa yang masih ada pada saya, ia tidak menjadi pembaziran jika saya berusaha sungguh-sungguh untuk membanteras rasuah dikalangan bangsa saya. Saya jemput semua orang Melayu menyertai perjuangan ini.

NAJIB

1. Apabila Najib ditegur kerana menyalahguna kuasa dan mencuri duit Kerajaan, dia akan cuba alih perhatian dari kesalahannya dengan menuduh bahawa saya sebagai Perdana Menteri juga berbuat perkara yang sama.

2. Semasa dia menjadi Perdana Menteri satu Royal Commission of Inquiry (RCI) ditubuh untuk menyiasat kononnya saya sembunyi kehilangan 30 billion Ringgit oleh Bank Negara. Tetapi RCI tidak dapat bukti yang saya sembunyi kehilangan ini. Bank Negara tidak dikehendaki lapor kepada saya akaun Bank Negara. Adalah mustahil bank melapor kehilangan 30 billion dan meminta saya rahsiakan kehilangan ini. Akaun Bank Negara diaudit dan audit tentu dapat kesan yang bank telah sembunyi kehilangan ini jika benar dan akan lapor. Jika tidak pihak audit tentu bersalah jika tidak melapor kehilangan ini.

3. Sementara Najib didapati memasuk wang dalam akaunnya, tidak ada satu sen pun dari wang yang dikatakan disembunyi masuk akaun saya.


4. Akhirnya Najib didapati bersalah kerana bukti menunjuk yang ia mempunyai hampir satu billion dalam akaunnya. Dan dia dihukum penjara 12 tahun dan denda 210 juta Ringgit.

5. Tidak ada persamaan antara jenayah yang dilaku oleh Najib dengan kononnya saya sembunyi kehilangan duit Bank Negara sebanyak 30 billion Ringgit.

6. Dia merayu kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court) tetapi Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Najib bersalah dan hukuman jail 12 tahun serta denda 210 juta yang dikena kepada Najib diteruskan.


7. Sekarang Najib cuba burukkan nama saya kerana semasa dalam parti lawan saya menolak projek Forest City di Johor. Projek ini bertujuan membangunkan sebuah bandar mewah dalam Selat Tebrau dengan menebus guna tanah.

8. Perancangan yang dilulus ialah untuk bangun bandar mewah yang mampu dibeli hanya oleh jutawan dari negara China. Pemilikan tanah adalah secara kekal. Bandar ini pula akan diberi taraf bebas cukai. Walaupun penduduk bukan warganegara Malaysia tetapi mereka bebas ke tanah besar Malaysia atau ke Singapura.

9. Saya telah lawat projek ini. Pekerjanya kebanyakan dari China. Berduyun-duyun pelawat datang dari China semasa saya buat lawatan. Mereka datang untuk membeli rumah-rumah mewah yang akan dibina. Pelawat warga Malaysia tidak pun sampai dua puluh. Mereka adalah pelancong yang ingin lihat taman yang cantik yang sudah siap dibina.

10. Seperti biasa jika projek ini ditamatkan oleh Kerajaan PH ganti rugi beberapa billion Ringgit perlu dibayar. Kerana Najib telah hutang berbillion Ringgit, Kerajaannnya terpaksa mendapat bantuan swasta sebanyak dua billion untuk bayar faedah hutang. Yang mampu dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah menasihat Country Garden supaya rumah kos rendah yang boleh dibeli oleh orang Melayu dan Cina Malaysia perlu disediakan. Country Garden akur.

11. Zuraida Kamaruddin, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan majlis perasmian Dasar Komuniti Negara pada 17 Februari 2019. Saya dijemput untuk sampaikan sijil kepada antara lain Forest City kerana mengubah perancangan mengikut kehendak Kerajaan Malaysia. Ia bukan pengiktirafan projek Forest City yang telah pun dilulus oleh Kerajaan Najib Razak.


12. Berkenaan dengan projek Keretapi Pantai Timur, sekali lagi ia tidak dapat ditamat kerana perjanjian telah dibuat. Yang boleh ialah mengurang kos projek. Kerajaan PH dapat selamatkan 20 billion Ringgit melalui rundingan dengan pihak kontraktor.

13. Hasil dari pemerintahan Kerajaan Najib hutang negara melebihi satu trillion Ringgit. Masih ada tuduhan yang Najib telah seleweng berbillion Ringgit lagi dari wang 1MDB. Najib juga dapat 150 million Ringgit yang dirampas di Pavillion yang dipercayai milik 1MDB.

14. Tetapi mahkamah buat keputusan untuk beri balik kepada Najib wang ini dan lain-lain barang kerana orang ramai diberitahu Kerajaan tidak dapat bukti yang duit ini duit 1MDB, iaitu duit Kerajaan.

15. Tentulah jelas Najib memiliki berbillion Ringgit. Tetapi Najib masih buat permohonan supaya dihadiah tanah dan rumah yang bernilai RM100 juta. Najib sendiri pilih tanah ini.

16. Selain dari membeban Kerajaan sekarang dan akan datang dengan hutang berbillion Ringgit apakah yang dilakukan oleh Najib yang melayakkannya diberi hadiah RM100 million Ringgit.

17. Perdana Menteri lain tidak diberi hadiah oleh Kerajaan sebanyak ini. Hingga sekarang Kerajaan belum batal keputusan Kabinet untuk memberi hadiah ini. Najib kononnya tolak tetapi ia tetap akan terima akhirnya.

18. Sesuatu yang sudah hilang di Malaysia ialah perasaan malu. Najib tidak malu dan ramai penyokongnya tidak malu apabila disogok, apabila didapati bersalah. Nilai hidup yang hodoh ini jelas ternampak apabila penyokong Najib berkata, “Apa perlu malu, (Najib) boss kita.” Dengan itu diciumlah tangan Najib, pencuri Melayu Islam.