Category Archives: Politik

RASUAH II

1. Ramai orang Melayu yang memandang ringan terhadap amalan Rasuah. Apalah sangat menerima lebih sedikit bayaran daripada yang dihalalkan. Tetapi rasuah dalam negara demokratik boleh pisahkan orang Melayu dari negara mereka, boleh hancur orang Melayu.

2. Dalam demokrasi rakyat diberi hak memilih Kerajaan. Kepercayaan kita ialah rakyat tentu bijak dalam memilih wakil mereka yang akan tubuh Kerajaan.

3. Malangnya kuasa memilih ini terdedah kepada rasuah – iaitu kuasa ini boleh dijual. Dan mereka yang mampu membeli, berpeluang untuk letak calon mereka dan tentukan kemenangan mereka.

4. Inilah sebabnya yang cogan kata “Cash is King” atau Wang itu Raja dijadikan kepercayaan Dato’ Sri Najib. Dengan duit, undi rakyat boleh dibeli dan Najib boleh dirikan Kerajaan sampai bila-bila.

5. Hari ini Najib. Dan kita dapat lihat kerosakan yang dilakukan olehnya. Bukan sahaja duit Kerajaan diselewengkan, tetapi jentera Kerajaan dapat disalahguna supaya dianya bebas dari sebarang tindakan. Maka akan hilanglah pemerintahan mengikut undang-undang (rule of law).

6. Tetapi selepas kita berjaya gulung Kerajaan kleptokrat sekali lagi kita dibelenggu rasuah Kerajaan.

7. Kita sedang lihat Kerajaan Muhyiddin membeli sokongan melalui anugerah jawatan dan wang.

8. Kali ini semua mereka yang tidak sokong dilucut jawatan, digugur dari parti, dan didera dengan berbagai cara. Ada yang dituduh secara sombrono, disoal berjam-jam, dimasuk dalam tahanan dan dikena reman.

9. Sebaliknya yang sokong dihadiah dengan jawatan tinggi, wang dan aneka jenis kemudahan.

10. Di Sabah rakyat pilih Kerajaan.

11. Kleptokrat di pusat beli ahli parti Kerajaan untuk tumbang Kerajaan. Hasrat rakyat dicabul.

12. Hari ini Najib dan Muhyiddin. Esok penyangak lain pula akan sogok dan akan jual negara ini.

13. Bolehkah kita pandang ringan rasuah?

14. Penerimaan amalan rasuahlah yang sebenarnya akan hancur orang Melayu. Rasuah oleh penyangak, musuh dan orang asing pun boleh tentukan siapa jadi Kerajaan Malaysia.

15. Apabila mereka ini menjadi Kerajaan Malaysia, nasib orang Malaysia tidak lagi akan dilindungi oleh mereka. Sudah tentu Melayu akan jadi mangsa terbesar.

16. Inilah sebabnya yang orang Melayu tolak cadangan British untuk membentuk Malayan Union. Dalam Malayan Union siapa sahaja boleh jadi warganegara Malaya dan bentuk Kerajaan. Secara langsung Melayu akan dijajah.

17. Dengan itu akan hilang dan hancurlah bangsa Melayu.

18. Sekarang semangat Kebangsaan sudah hilang. Sekarang terdapat hanya ketamakan, apa aku dapat sekarang. Apa jadi esok bukan tanggungjawab aku.

19. Oleh itu terima sahajalah sogokan.

20. Hak mengundi bertujuan Kerajaan yang terbaik dipilih.

21. Jual undi mengundang penyangak, penyamun sebagai Kerajaan.

22. Ringankah jenayah rasuah?

PARTI BAHARU – PEJUANG

Kita tubuh parti untuk selamatkan kita.
Parti kita dihijack untuk selamatkan musuh kita.
Demikian Bersatu.
Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat.
Sekarang beralih untuk selamat Kleptokrat.
Kerana apa?
Kerana jawatan dan wang.
Perjuangan asal dibelakangkan.
Perjuangan sekarang berasas kepada “apa aku dapat”.
Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar.
Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu.
Mengutama apa aku dapat adalah cara hancur orang Melayu.
Kenapa?
Kerana mengutama apa aku dapat, membelakangkan kepentingan Melayu.
Lihat peristiwa jual tanah.
Ya. Jual tanah dapat duit.
Duit habis, tanah sudah tergadai.
Apa yang tinggal pada penjual. Nothing.
Lihat Melayu negara jiran.
Melayu lagikah negara mereka?
Jual tanah sama dengan jual hak.
Lama-kelamaan jual negara.
Tidak ada hak lagi.
Maka hancurlah Melayu.
Siapa yang salah?
Orang lainkah?
Pilihlah.
Parti kami ditubuh kerana kesedaran.
Rasuah menghancur bangsa.
Rasuah yang hancur orang Melayu.
Jika ingin dapat jawatan dan wang.
Pilih parti lain.
Jika ingin tebus maruah.
Jika ingin kekal hak kita.
Pilih parti kami.
Pilih PEJUANG.

NORMA BARU


1. Kita sekarang dengar dan bercakap berkenaan dengan norma baru (new normal).

2. Kebanyakan norma baru ini disebabkan wabak COVID-19. Demikian mudahnya jangkitan COVID-19, sehingga kita terpaksa henti semua kerja dan bersembunyi di rumah kita. Tanpa bekerja pendapatan biasa kita pun hilang.

3. Dengan ini cara hidup kita pun berubah. Kita tidak dapat bekerja di pejabat. Sebaliknya kita bekerja di rumah. Ini adalah norma baru. Kita lebih guna telefon bimbit untuk urusan kehidupan kita. Kita adakan mesyuarat dengan “ZOOM” iaitu dengan mengguna komputer untuk berbincang dan berbahas melalui gambar peserta yang tidak ada bersama kita, tetapi berada di merata tempat, termasuk diluar negara. Ini adalah new normal (norma baru).

4. Dan banyaklah lagi amalan kita yang baru yang mengganti amalan lama yang bergantung kepada alatan dan cara terdahulu.

5. Kita terima baik norma baru ini. Tetapi terdapat pertukaran nilai yang dicipta dan diperkenal oleh orang tertentu demi kepentingan diri mereka.

6. Umpamanya kita anggap pencuri sebagai penjenayah yang dipandang rendah oleh kita. Mereka tidak akan diterima baik oleh kita. Jauh sekali memimpin kita.

7. Sekarang penilaian kita terhadap pencurian sudah berubah. Jika pencuri menjadi pengetua kita, kerana dia “boss” kita, pencurian olehnya boleh diterima.

8. Kita tidak perlu malu jika “boss” kita mencuri. Kita laungkan slogan, “Malu apa. Dia Boss kita”. Ini sudah jadi norma baru kita.

9. Lagi pun dia tidak curi duit kita. Dan dia bagi sedikit kepada kita.

10. Orang yang pegang kepada norma lama tidak bagi duit kepada kita.

11. Katanya “Bossku” akan memimpin Kerajaan Melayu Islam. Mengikut norma lama, pencuri tidak layak jadi pemimpin Kerajaan Melayu Islam. Kerajaan tidak Islam pun, tidak terima pencuri untuk memimpin.

12. Itu norma lama. Tetapi kita sekarang terima norma baru. Norma baru ini terima pencuri jika ia Melayu. Okaylah jika Kerajaan Melayu Islam dipimpin oleh pencuri asalkan dia Melayu.

13. Orang bukan Melayu tetap salah walaupun mereka baik, tidak mencuri, bersopan santun.

14. Tetapi mengikut norma baru; mereka, orang bukan Melayu ini boleh diterima jika mereka hulur wang kepada kita.

15. Bukan Melayu yang baik ini tidak sama dengan Melayu yang tidak baik.

16. Tetapi Melayu yang baik pun tidak baik jika tidak menghulur.

17. Norma baru berbeza dari norma lama, kerana yang baik, tidak baik dan yang tidak baik, baik.

18. Dengan menerap norma-norma ini kegagalan akan dianggap sebagai kejayaan.

19. Maka bertuahlah masyarakat norma baru.

20. Sebab itu kita terpaksa gantikan Kerajaan pilihan rakyat dengan Kerajaan pintu belakang.

21. Sogokan juga diberi nama baru. Ia dikenali sebagai BR1M. Sebagai BR1M ia halal.

22. Yang menjadi masalah ialah mereka yang masih anggap sogokan dengan norma baru ini masih sogokan. Mereka ketinggalan norma.

23. Tukarlah. Terimalah norma baru. Jika tidak kamu akan tersungkur.

24. Sesungguhnya “Bossku” bijak.

25. Dengan penerimaan norma baru, yang kalah menang dan yang menang kalah.

26. Syabas.

MY RESIGNATION

1. Today we have a Government with the slimmest majority – just 2.

2. How did this happen?

3. When Najib lost the 14th General Election (GE), he knew he would be jailed for the crimes he committed.

4. So, immediately he proposed to PAS to set up a Malay Muslim Government.

5. But they did not have enough to form a Government. He needed more Malay support.

6. He claimed the PH Government was dominated by DAP and DAP would destroy the Malays.

7. To oust DAP, the PH Government must be overthrown. For this Bersatu had to leave PH. It should then join UMNO and PAS to form a new Government.

8. Hamzah Zainuddin worked to get UMNO members to support me, as I was to be the Prime Minister in this new coalition. He got even Najib to sign.

9. I opposed this move. But Muhyiddin supported the idea. Majority in Bersatu supported Muhyiddin.

10. Strictly speaking when Bersatu left PH, the PH ceased to be the Government. This meant that all members of the cabinet lost their ministerial positions. This included me. I had lost my position as Prime Minister. Resigning was only a formality.

11. I refused to be PM of the UMNO/PAS/Bersatu Government because it meant I would be working with UMNO and Najib, the people I had condemned and defeated in the 14th GE. I would actually be resuscitating UMNO and make it a part of the Government. I would be betraying the people who supported me in the election. I would also be reneging on my promises to the other parties in the PH coalition.

12. I just could not accept the suggestion that I should be the Prime Minister of this unholy coalition.

13. As Muhyiddin was willing, I broke away from his group.

14. Today I have been stripped of my membership of Bersatu and its Chairman. I have gone to court to dispute the validity of my dismissal.

DEMOKRASI BERPARLIMEN


1. Kerajaan Malaysia harus dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum.

2. Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin jelas membelakangkan sistem pemilihan Kerajaan Malaysia.

3. Sekarang dilihat Kerajaan Muhyiddin ini tidak juga hormati aturan peraturan Dewan Rakyat.

4. Buat kali pertama Speaker (Yang diPertua) Dewan Rakyat disingkir atas sebab ada calon lain. Itu sahaja. Tidak ada apa pun kesalahan. Hanya kerana ada calon lain.

5. Mengundi menunjuk hanya dua orang kelebihan untuk singkir Speaker. Dua orang sahaja. Jikalau ramai boleh kita katakan ramai yang tolak Speaker ini.

6. Kemudian datang pengganti, Tidak ada pemilihan. Pakai jubah dan berlagak sebagai Speaker.

7. Ahli Dewan tidak diberi hak memilih. Tidak pun beri hak bersuara.

8. Dalam Dewan Rakyat kehendak Kerajaan mesti diterima oleh seluruh ahli.

9. Speaker pun mengurus. Speaker hentikan suara ahli dewan, jemput setiausaha menyatakan tajuk dan usul pun diterima. Pandangan ahli tidak dipedulikan.

10. Jika inilah caranya dewan bersidang, pembangkang tidak diperlukan. Apa sahaja usul Kerajaan tetap diterima.

11. Apa perlunya Parlimen. Memadailah sudah dengan adanya Kerajaan, walaupun Kerajaan Pintu Belakang.

MUKHRIZ SEBAGAI DPM

1. Saya sedar saya akan dikritik apabila menama anak saya Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

 

2. Cadangan ini tidak datang dari saya. Dalam kenyataan bersama Mohamad bin Sabu, Ketua Parti Amanah dan Lim Guan Eng, DAP pada 22 Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudahpun disebut.

 

3. Saya berada dalam keadaan serba salah. Di waktu saya jadi Perdana Menteri kali pertama saya telah larang anak saya dari bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti Kerajaan. Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya.

 

4. Tetapi apabila saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tanggungjawab menjaga nama saya, tidak sepatutnya dipikul berterusan oleh anak saya. Mereka dibebas untuk berpolitik. Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka.

 

5. Apabila nama Mukhriz dicadang untuk jawatan-jawatan tertentu, saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya.

 

6. Sama ada penjelasan saya ini dipercayai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing. Sudah tentu orang yang bermusuh dengan saya, akan bercakap sinis. Ini saya terima kerana memang pun ia adalah naluri manusia.

 

 

NASIHAT

1. Ramai yang menasihat saya supaya sokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin

2. Ingin saya jelaskan kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin.

3. Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khusus untuk menjatuh Kerajaan Kleptokrasi Najib Razak.

4. Rakyat percaya inilah perjuangan kami dan rakyat beri kemenangan kepada kami bersama parti rakan lain.

5. Tetapi Muhyiddin bersama dengan ahli UMNO yang masuk Bersatu telah rancang untuk jatuhkan Pakatan Harapan (PH) dan diri Kerajaan baru bersama dengan kleptokrat yang kami telah kalahkan.

6. Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat. Ia juga mengkhianati rakan dalam PH yang menjayakan perjuangan kami. Tanpa PH Muhyiddin tidak mungkin menang, tidak mungkin jumpa pintu belakang.

7. Ya. Memang dalam PH ada DAP. Walaupun DAP menang 42 kerusi, DAP hanya dapat 6 Menteri Kabinet, sama dengan Bersatu yang menang hanya 13 kerusi tetapi dapat 6 Menteri juga. Dan ahli Bersatu dipilih sebagai Perdana Menteri dalam Kabinet 28 Menteri.

8. Tak mungkin sama sekali DAP kuasai Kabinet dengan 6 orang Menteri. Segala keputusan dalam Kabinet perlu persetujuan 28 orang Menteri. Anggapan bahawa 6 Menteri Kabinet boleh kuasai 22 Menteri lain tidak masuk akal. Lagipun persetujuan saya sebagai Perdana Menteri perlu didapati.

9. Bukan DAP yang boleh hancur orang Melayu. Orang Melayu yang boleh hancur DAP jika Menteri Dalam Negeri Melayu hanya batal sahaja pendaftaran DAP. Kuasa membatal ada pada Muhyiddin Yassin, jika ia nampak DAP akan hancur Melayu. Tetapi yang Muhyiddin berminat ialah mengguna DAP untuk menakut orang Melayu supaya mereka menyertai gerakan untuk jatuh PH dan dia menjadi Perdana Menteri dengan sokongan UMNO dan PAS.

10. UMNO menyokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri supaya usaha untuk lepas Najib dari dipenjara dapat dilakukan. Kita dapat lihat usaha ini sedang berjalan. Jauh dari menunai janji untuk jatuhkan Najib, Muhyiddin sekarang sedang berusaha supaya Najib bebas dari segala tuduhan dan dapat bertanding dalam PRU 15. Di waktu itu Najib tidak perlu Muhyiddin lagi, kerana Najib berhasrat menjadi Perdana Menteri.

11. Muhyiddin sekarang ini berusaha supaya Bersatu hilang pemimpin dengan melucut keahlian mereka.

12. Dalam PRU 15 UMNO akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkuntang-kanting tanpa sokongan PH. Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah. Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela UMNO dengan “Cash is King”nya.

13. Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.

14. Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya.

STEALING CHICKENS

1. Najib seems upset about my “veiled suggestion that the discharge secured by filmmaker Riza Aziz was wrong”.

2. I still maintain that it was a sweetheart deal where you steal US$248 million from 1MDB money and you give back US$107.3 million and keep over US$140 million to enjoy.

3. The fact is that you stole from 1MDB US$248 million and the whole amount should be returned. What you pay to somebody else is irrelevant.

4. It is like stealing 10 chickens. You should give back all the 10. If you had had a feast of 9 chickens or you sold them to someone, it does not matter. The 10 chickens must be returned to the owner. Giving 1 back will still mean that the chicken owner has lost 9 chickens stolen by the thief.

5. You say my (PM 7) children were given Government contracts.

6. I did not even allow my children to do business in Malaysia, much less get Government contracts. They were not even given Government scholarships except Mirzan who got it before I became a member of Parliament in 1964. And Mirzan had to pay back 25%.

7. Only after I stepped down were they doing business in Malaysia – even then not with the Government. Certainly no Government contracts.

8. Please give documentary evidence of the contracts given to my children, just as documentary evidence proved that you as MO1 had taken money from 1MDB.

9. Please explain the sweetheart deals involving PM 7 cronies. Did Riza Aziz buy or did my children buy. And who are the cronies?

10. Incidentally, please explain why the great movie “The Wolf of Wall Street” had not been screened in Malaysia. Is it true that it is a pornographic film?

 

PLEA BARGAIN II


1. Najib says the decision with regard to the charge of money laundering against Reza Aziz is proper because money laundering is not a crime (here). Therefore, the settlement is not a “plea bargain”.

2. If it is not a crime then what is his discharge not amounting to an acquittal about – acquittal for what if money laundering is not a crime? Incidentally the same law includes Anti-terrorism Financing Act – which of course is not a crime. Call it by any name but the settlement is unique. A thief steals money and when arrested is charged with stealing or abusing power or retaining illegally acquired money and asked to give back some of the money. He then will be discharged though not acquitted.

3. Not being acquitted means he is still guilty as charged. That’s okay. All he has to do is to give back less than half of the money he has stolen. This means he will enjoy more than half of the money he had stolen and be a free man.

4. What do you call this generosity if it is not plea bargain? As Dato Seri Anwar said, in Malaysia you can steal ten chickens but if you give back one chicken then you are free to enjoy the nine others.

5. This is great for thieves. Maybe it is also great for certain lawyers. But we have to keep a close watch of our pockets and safes. And foreign tourists too should be careful. This is the new normal in Malaysia.

SAINS DAN MATEMATIK

 

1. Semasa saya memegang jawatan Menteri Pendidikan sementara, saya telah kemukakan cadangan lama saya, iaitu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

2. Saya berpendapat bahawa ilmu sains dan hisab (Matematik) amat penting bagi menentukan kejayaan rakyat kita di masa hadapan.

3. Sains dan Matematik ini tidak sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain umpamanya bidang Geografi ataupun Sejarah.

4. Bidang Geografi dan Sejarah tidak berubah. Apa yang dicatatkan, yang kita belajar tidak berubah dari masa ke semasa kerana ianya tidak dinamik, tidak bergerak dengan kajian dan ilmu-ilmu yang baru.

5. Sebaliknya dalam bidang Sains, kita dapati bahawa hampir setiap hari ilmu yang baru hasil penyelidikan diperkenalkan. Ilmu-ilmu pula diguna untuk berbagai-bagai barang buatan kegunaan kita. Dalam bidang komunikasi, hubungan tanpa wire (wireless) sudah begitu maju sehingga ia mempengaruhi cara perniagaan.

6. Umpamanya kalau kita lihat telefon bimbit. Sebenarnya telefon bimbit ini adalah satu pusat pemancar, radio (broadcasting) station, yang memancar suara kita ataupun apa yang diperkatakan oleh kita, bahkan gambar juga dapat dipancar sejauh mana tanpa apa-apa hubungan yang solid seperti wayar dan sebagainya.

7. Sebaliknya di zaman dahulu apabila kita mempunyai alat pemancar radio kita perlu adakan bangunan yang besar yang dilengkapi bermacam-macam alatan yang diperlukan untuk kita guna ataupun kita hantar mesej melalui udara ke mana-mana tempat.

8. Kemudian daripada itu kita tahu daripada situlah bermula usaha untuk mengadakan telefon yang tidak mempunyai wayar. Pada mulanya ini sukar dilakukan, alatannya besar dan sukar untuk diguna dan dianya tidak begitu terang suaranya.

9. Tetapi kita juga tahu hari ini telefon bimbit yang kita simpan dalam saku kita boleh diguna oleh kita dimana-mana sahaja tanpa alatan yang berat dan kita boleh bercakap, boleh hantar mesej, bahkan gambar sejauh mana yang kita ingin. Kita boleh bercakap dengan seorang yang berada di Amerika umpanya seolah-olah dia berada di tepi kita. Suaranya begitu terang sehingga kita kenal suara siapa. Dan kita juga boleh dapat gambar.

10. Skype umpamanya bermakna kita boleh lihat orang yang bercakap dan dianya boleh lihat kita.

11. Ini semua adalah hasil penyelidikan yang berterusan sepanjang masa. Jadi di masa hadapan pun kita percaya akan ada lagi banyak hasil penyelidikan yang mungkin memberi kemudahan-kemudahan lain kepada kita.

12. Tetapi oleh kerana hasil penyelidikan ini tidak dibuat oleh kita, dibuat kebanyakannya oleh orang Barat dan bagaimana dianya dapat menjadi begitu ditentukan oleh ahli penyelidik di Barat dan kebanyakan daripada tulisan mereka adalah dalam Bahasa Inggeris, maka kalau kita faham Bahasa Inggeris agak mudah kita access ilmu yang baru ini.

13. Jika kita nak terjemah kita perlu seorang yang pakar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan juga pakar dalam bidang sains berkenaan.
14. Tak ramai orang kita yang mempunyai kebolehan seperti ini dan mereka pula tidak ingin menjadi penterjemah sepanjang hayat mereka. Mereka boleh bekerja sekejap-sekejap sahaja.

15. Jadi ini bermakna bahawa kita terputus daripada hasil siasatan yang sedang berlaku sepanjang masa. Dengan itu kita akan ketinggalan dari segi ilmu dan penggunaan ilmu-ilmu ini untuk pelbagai urusan kita.

16. Tetapi kita dapati kalau kita belajar dalam Bahasa Melayu kita cuma boleh dapat ilmu yang asas sahaja, yang diterokai berzaman dahulu.

17. Umpamanya kita semua boleh berkata dalam Bahasa Melayu iaitu campuran antara dua atom hidrogen dan satu atom oksigen, kita akan dapat air. Itu kita boleh.

18. Tetapi apabila kita sampai kepada tahap bercakap berkenaan dengan digitalisation, dengan artificial intelligence, dengan macam-macam lagi perkara dan kemudahan baru kita sukar untuk faham ini kalau kita tidak berbahasa Inggeris.

19. Tetapi kalau kita berbahasa Inggeris, bukan sahaja kita akan faham ilmu yang baru ini, kita juga dapat menulis, bahkan kita dapat berbincang dengan rakan-rakan daripada negara lain yang tidak faham Bahasa Melayu tetapi faham Bahasa Inggeris.

20. Mereka, yang tidak faham sains dalam bahasa Inggeris, akan dapati tidak dapat ikuti perbincangan dan mereka tidak akan perkenalkan ilmu mereka kepada mesyuarat ataupun konferens. Akan rugilah kita.

21. Dan juga kita akan dapati kita tidak boleh berbincang dengan mereka. Kalau kita cuma bercakap dalam Bahasa Melayu sedangkan mereka bercakap dalam Bahasa Inggeris.

22. Jadi kita dapati di Malaysia ini di mana kita mempunyai penduduk berbagai kaum, kalau kita belajar Sains dalam Bahasa Kebangsaan, orang Cina pula belajar dalam Bahasa Cina dan orang India dalam Bahasa India, apabila ketiga-tiga ini bertemu untuk berbincang, mereka tidak dapat faham apa yang pihak yang lain itu berkata.


23. Sebab itulah kita berpendapat bahawa mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah satu perkara yang penting supaya kita dapat kejar perkembangan yang terbaru ilmu ini. Kita boleh baca kertas-kertas ilmiah yang disediakan oleh para penyelidik. Dan kita tidak akan tertinggal di belakang kerana kita tidak dapat kejar ilmu baru yang datang dalam Bahasa Inggeris.

24. Ya, memang Bahasa Inggeris bukan bahasa kita. Bahasa kita ialah Bahasa Melayu, tetapi kita tahu Inggeris adalah satu bahasa yang amat penting sehingga kita mengadakan kursus-kursus untuk menguasai Bahasa Inggeris.

25. Bahasa Inggeris bukanlah sukar sangat bagi kita. Kalau kita kejar bahasa ini dengan menggunakan alatan-alatan yang baru, termasuk yang terdapat di Internet dengan mudah kita boleh menguasai Bahasa Inggeris.

26. Kalau kita secara serius kuasai Bahasa Inggeris maka mengejar ilmu Sains dalam Bahasa Inggeris tidak menjadi masalah kerana kita boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris, dan kita boleh berbincang berkenaan dengan isi kandungan penyelidikan yang dilakukan oleh kita ataupun orang lain.

27. Saya berpendapat bahawa yang pertama ialah kita mesti belajar Bahasa Inggeris sehingga fasih dalam Bahasa Inggeris sama seperti kita fasih dalam bahasa kita, Bahasa Melayu.

28. Selepas itu kita akan belajar Sains dalam Bahasa Inggeris juga, dan Matematik pun sama semacam itu kerana tanpa pengetahuan ini kita akan ketinggalan dari segi ilmu duniawi.

29. Saya harap Kerajaan tidak akan gugur peralihan mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.