Category Archives: Popular

MENGHALAL YANG HARAM

1.​Cash is King atau Wang Tunai itu Raja bermakna kepercayaan bahawa sogokan wang; rasuah boleh menjayakan apa sahaja.

2.​Inilah yang dipercayai oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya dia boleh berjaya melalui rasuah.

3.​Ternampak ramai juga dari pemegang jawatan tinggi dalam Kerajaan Malaysia sekarang yang percaya Cash is King. Sebab itu kita lihat sekarang bukan sahaja rasuah melibatkan ramai pegawai tinggi Kerajaan tetapi jumlah wang yang mereka kumpul juga amat besar; berpuluh bahkan beratus juta Ringgit. Cara hidup mereka juga mewah luar biasa.

4.​Kesannya ialah peningkatan kos segala-galanya, hasil kerja berkualiti rendah dengan harga yang lebih tinggi kerana pemberi rasuah cuba mendapat balik wang yang dihulur untuk kelulusan dari pegawai.

5.​Ramai pemimpin politik Kerajaan sudah menjadi begitu kaya kerana rasuah. Tidak ada segan silu lagi apabila menunjuk stail cara hidup mewah yang melebihi pendapatan yang halal. Jika orang ramai lihat perbelanjaan perkahwinan anak yang menelan berjuta ringgit, pemilikan rumah seperti mahligai, kereta mewah dan lain-lain, itu okay. Apa yang mereka boleh buat. Aku kebal, kata perasuah.

4.​Jika pemimpin tertinggi jelas menerima rasuah dan percaya cash is king, kenapa mereka yang berada di bawah pemimpin perasuah ini tidak boleh terima bahagian mereka. Maka bertimbun-timbunlah kes rasuah yang dikesan oleh badan pencegah rasuah. Dan masyarakat pun tidak lagi hairan melihat kes-kes ini. Dia sudah jadi perkara biasa!

5.​Jika dunia mendakwa negara Malaysia tinggi indeks korupsinya, itu pun okay. Apa yang mereka boleh buat. Kita ada kawan yang tidak peduli indeks apa pun.

6.​Budaya masyarakat sudah berubah dan menerima Cash is King sebagai sebahagian dari budaya kita. Untuk apa sahaja, sogokan perlu diberi dengan wang rasuah yang meningkat. Dan kos sara hidup meningkat. Pembangunan pun tersekat, khidmat pun terlewat.

7.​Apabila datang seorang menghulur duit untuk mendapat khidmat yang percuma, percayalah tujuannya ialah untuk membolehkannya kuasa dan peluang untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Yang menerima sogokan akan menjadi rakan dalam jenayah yang akan dilakukan.
8.​Demikian undi dalam PRU adalah percuma. Tidak ada bayaran apa-apa yang diperlukan. Jika sesiapa menghulur duit untuk mendapat undi, sebabnya tentulah kerana mempunyai niat yang tidak baik jika menang.

9.​Perlakuan yang tidak baik oleh pemenang melalui rasuah tetap akan membawa kerosakan yang akhirnya akan dirasai oleh pengundi itu sendiri. Lebih dari itu jika pemenang mendiri Kerajaan, maka kuasa dan kewangan Kerajaan tetap akan disalahgunakan. Jika perlakuan sekarang dijadikan contoh, pencurian duit Kerajaan juga boleh berlaku.

10.​Kenapa tidak. Untuk terus berkuasa sogokan perlu diberi lagi. Penipuan, pencurian mesti dilakukan lagi. Dengan menyalahguna wang Kerajaan, pentadbiran akan menghadapi masalah kewangan. Akhirnya negara akan jadi bankrap. Dengan ini rakyat, termasuk mereka yang menerima sogokan akan menderita.

 

KONG HEE FATT CHOY

MY wife and I wish our Chinese friends including those who greet us at shopping complexes and other gatherings a Prosperous and Happy Year of the Rooster.

I would like to thank my Chinese friends and supporters for their support during and after my term as Prime Minister of our country Malaysia.

Lately attempts are being made by certain people to label me as anti-Chinese. This is to serve their political agenda. They know they are lying.

Continue reading KONG HEE FATT CHOY

TAHUN BARU

1. Selamat menyambut tahun baru 2017. Dalam bahasa Inggeris mereka berkata Happy New Year.

2. Mungkin orang Melayu hanya ingin berada dalam keadaan selamat sahaja. Mungkin kita tidak mengharapkan tahun baru menjadi tahun yang seronok gembira.

3. Sesungguhnya kita tidak boleh tahu keadaan masa depan kita, walaupun untuk satu tahun sahaja. Tetapi kita boleh teka jika kita mengambil kira tahun-tahun yang lepas dan tahun ini (2016) yang kita lalui. Kita tahu beberapa keadaan yang kita alami tahun yang kita tinggalkan ini tidak akan berubah. Keadaan akan diteruskan. Dan mungkin menjadi lebih buruk.

Continue reading TAHUN BARU

CLIMATE CHANGE

1. We now admit that the climate is changing. But we must also be aware that the so-called natural disasters are happening more frequently, and are more violent. And these cataclysms are happening in more places than before.

2. We see floods in New York, tsunamis in Sumatera and Fukushima, non-active volcanoes erupting, repeated volcanic eruptions in the same location, prolonged winters, high temperatures for months in many countries, tornadoes which wreck whole countries, typhoons of unprecedented strength and huge forest fires which consume parts of towns.

3. Is it just climate change which we hope will come to an end. Can we expect to go back to the years when the weather behaves in predictable cycles, i.e in the regularity of the seasons, the levels of the seas, the rise and fall of the tides, and the habitability of this planet we call Earth.

4. We now accept that the Earth is much older than we use to think. We also know that it was not always like what it is now. We know that the human race appeared probably only a few hundred thousand years ago.

5. We know that there was a time when dinosaurs inhabited the earth. They disappeared but they left their skeletons so that we cannot deny that they existed even though they were strange creatures unlike the animals we see today. Perhaps the crocodile is the only surviving species from the age of the dinosaurs.

6. We know that there were at least two ice ages, when the whole world was covered with a thick layer of ice. Life as we know today could not have survived the cold. Nothing could grow on the ground covered with the thick layer of ice. Even dinosaurs could not have survived, as there was no vegetation for them to feed on.

7. The ice melted to form oceans. The oceans and the seas receded and land masses appeared. We know the land masses grow and sundered, drifting apart to form continents. We are told the Himalaya is still growing taller. The process is very slow, but it is growing if we compare heights over the years.

8. The land masses too change in shape so that the shorelines change even during our times. We have found sea-shells on land very far from the sea, on mountains even.

9. We know all these had happened in the past. It cannot be that all these changes and processes stopped because civilised man now occupy this earth.

10. The process of change on this earth must be continuous. It must be continuing.

11. Men have always believed in the end of the world. Almost every religion talks of the Last Day of the earth. But we really do not know when it will happen. Could it be that we are progressing towards it even now.

12. It may take a hundred thousand years. But can we expect the changes to cease. Can we expect the volcanoes and the quakes, the violent storms, tsunamis and tornadoes, the floods and landslides etc to remain mild or benign as they used to be. I should think not.

13. Instead we must expect increasing frequency and violence of the natural cataclysms. The world may become so hot that living things cannot survive. The world may become so cold, the third Ice Age, that living things cannot thrive either.

14. For humanity it can mean the end of their world .

15. So it is true, what the religions warn us about. For Muslims there has never been any doubt. There will be kiamat. Perhaps the scientists too will finally admit that for men the world has come to an end.

16. But whether they do or not the end will come.

TUN RAZAK

1. It is difficult to think that 40 years have passed since the demise of Tun Razak, the much respected and beloved second Prime Minister of independent Malaysia .

2. Watching the T.V documentary on his life and times, I cannot help but feeling sad. Those were great days. Leaders then were dedicated, bent on developing the country and tackling the disparities in Malaysian society. It was Tun Razak who introduced the New Economic Policy.

3. He broke away from the apron-strings of the British Commonwealth past, and visited Russia and China. The winds of change blew strongly.

Continue reading TUN RAZAK

MALAYSIA TANAHAIR -KU

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi

Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan

Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

COMPETITION IS GOOD

1. Competition is good, says the CEO of the Malaysian Automotive Institute (The Edge Malaysia, June 22, 2015). It will benefit consumers and allow local industry players to explore export market.

2. It is therefore good that the Malaysian automotive industry should compete with cars imported from Japan, Korea, China and Germany. Incidentally these countries impose conditions and standards which prevent Malaysian cars from being imported into their countries to compete. So the consumers in Japan, Germany, Korea and China cannot enjoy the benefits of competition like their Malaysian counterparts

3. Some of us may have noticed that in sports for example competition is between people of the same category by age or in football by division. In golf handicaps are given so that the competition would be fair.

Continue reading COMPETITION IS GOOD

RACIAL EQUALITY

1. “Foreign Affairs” is an American magazine. It is highly respected in America but it is not my favourite magazine.

2. Recently while flying I came across its latest edition. Its theme in the issue is on race and colour and on how they affect relations between people. I became interested because I felt sure the magazine would have nothing good to say about Malaysia.

3. There is an article on colour-blindness in America – meaning to say that all Americans of whatever colour are equal. Apparently the equality between people of different colours has not produced good results. What it really means is that everything, including opportunities must be based on merit.

Continue reading RACIAL EQUALITY