Category Archives: UMNO

DEMOCRACY

1. Most newly independent countries chose democracy as their political system. They believe fondly that they would get good Governments as the people would choose the leaders to rule their countries. The people must surely choose good leaders.

2. However many now rue the day they chose democracy. Studies have shown that the system is very open to abuse and the wrong people may be elected who will not only abuse the power conferred on them, but who are able to stay in power for decades. Effectively these leaders would become dictators.

3. What usually happens is that once these elected leaders gain control of the machinery of Government, they would be able to manipulate elections so that they or their party would not be defeated.

Continue reading DEMOCRACY

PEMBATALAN

Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:

“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.

Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.

Sekian.

Terima Kasih.

KERAKYATAN

1. Menteri Besar Johor berkata bahawa tuduhan saya bahawa 700,000 orang asing akan mendapat kerakyatan Malaysia tidak munasabah.

2. Itu MB Johor. Itu bukan Perdana Menteri Najib. Kalau sebelum Najib menjadi PM saya tuduh bahawa ia akan mempunyai 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya di Ambank, siapa yang akan percaya. Orang akan kata saya gila.

3. Tetapi hari ini semua dunia tahu yang Najib telah lesapkan duit itu dari 1MDB yang ditubuh dan dikuasai penuh olehnya. Ya. Memang MB Johor tidak tahu. Memang ahli-ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat agong UMNO tidak tahu kerana telinga dan mata mereka telah disumbat dengan dedak dan mereka hanya boleh dengar cakap-cakap Najib dan konco-konconya schaja.

Continue reading KERAKYATAN

PILIHANRAYA

1. Kita lihat banyak negara-negara yang mencapai kemerdekaan setelah dijajah, memilih sistem demokrasi. Malaysia juga demikian. Tetapi sementara di Malaysia pilihanraya dapat menentukan parti yang akan mendiri Kerajaan, di kebanyakan negara lain pilihanraya hanya menghasilkan Kerajaan otokratik.

2. Sebabnya ialah banyak penipuan berlaku dalam pilihanraya sehingga keputusan dipertikai oleh pihak yang kalah. Kadang-kadang rusuhan berlaku, bahkan adakalanya perang saudara berlaku.

3. Sebenarnya penipuan mudah diperlakukan dalam pilihanraya. Diantaranya ialah dengan memindah pengundi dari kawasan yang tetap dimenangi kepada kawasan yang parti kalah dengan jumlah undi yang sedikit sahara.

Continue reading PILIHANRAYA

OBAMA’S VALEDICTORY

1. The outgoing President of the U.S., HE Mr Obama, made his last speech on foreign soil at the Lima Convention Centre, in Peru on Nov 20, 2016.

2. Najib Tun Razak managed to have a picture of himself shaking hands with his golf partner, President Obama at the conference. The Malaysian controlled media showed this picture proudly.

3. The suggestion is that despite the US Dept. of Justice openly implicating Najib (referred to as Malaysian Official 1) in the fraudulent siphoning of billions of dollars of 1MDB money into his account, the President of the U.S still regard Najib as his friend or at least golf partner.

Continue reading OBAMA’S VALEDICTORY

KLEPTOKRASI NAJIB

1. Najib dan konco-konconya kerap menuduh sebarang usaha untuk menjatuh Kerajaannya yang dipilih melalui pilihanraya sebagai bertentangan dengan demokrasi.

2. Yang sebenar ialah dalam negara yang mengamal demokrasi tuduhan dan tindakan untuk menjatuh Perdana Menteri atau Presiden adalah perkara biasa.

3. Di Australia Perdana Menteri Tony Abbott telah dijatuhkan oleh partinya sendiri dengan memilih pemimpin lain, Malcolm Turnbull untuk jadi Perdana Menteri.

4. Di Brazil Presiden yang dipilih secara demokratik telah digantung jawatan untuk membolehkan siasatan dibuat ke atas tuduhan ia terlibat dengan rasuah.

5. Di Korea Selatan rakyat mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak Presiden Park Geun-hye meletak jawatan kerana membenar kawannya terlibat dengan urusan Kerajaan.

Continue reading KLEPTOKRASI NAJIB

BILA LAGI

1. Wahai pemimpin UMNO yang masih menjunjung kepimpinan Najib. Bila lagi akan kamu berhenti dari menyokong kleptokrat yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kamu tahu ia telah memberi nama buruk kepada parti yang telah menyelamat negara ini dari dijadikan tanah milik British sebagai Malayan Union, parti yang memerdekakan Malaysia, parti yang membangunkan negara ini sehingga harum namanya di seluruh dunia.

2. Hari ini kerana kepimpinan kleptokratik oleh Najib, Malaysia terkenal sebagai negara yang disenarai sebagai satu dari 10 negara yang terkorap sekali di dunia.

3. Dunia pandang hina kepada negara ini kerana Najib didakwa melesapkan berbillion Ringgit duit negara, memasukkan Dua Ribu Enam Ratus million Ringgit ke dalam akaun peribadinya. Ia tidak dapat menjelas punca wang ini dan tidak dapat menafi dakwaan Department of Justice, Amerika Syarikat bahawa duit ini adalah duit 1MDB.

Continue reading BILA LAGI

JURUCAKAP NAJIB

1. Amatlah menyedihkan kerana kemampuan jurucakap Kerajaan Najib amat terhad.

2. Apabila didedah bukti berkenaan rasuah, pencurian wang Kerajaan, dan salahguna kuasa oleh Najib, jawapan yang diperolehi dari anggota kabinet kleptokratiknya terhad kepada memberi gelaran kepada saya. Memanggil saya antique, puppet, gimmick dan bermacam lagi tidak dapat menutup kesalahan Najib dan pemerintahannya; tidak dapat menidakkan dakwaan yang Najib memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya; tidak dapat mempertikai dakwaan DOJ yang wang ini datang dari 1MDB, tidak dapat mengembali berbillion Ringgit yang dihilangkan oleh 1MDB yang dipimpin oleh Najib, mengadakan Kerajaan kuku besi yang ditakrif sebagai Kleptokrasi iaitu Kerajaan pencuri, penyangak dan perompak.

3. Panggillah saya dengan apa nama dan gelaran pun, kebenaran dakwaan oleh saya tidak terjawab.

4. Kata pepatah Melayu anjing menyalak, bukit tak akan runtuh. Saya terima baik gelaran yang diberi kepada saya kerana ia sebenarnya adalah pengakuan bahawa segala dakwaan oleh saya dan oleh lain-lain pihak memang benar dan tidak dapat dinafikan.

BAJU KUNING BAJU MERAH

1. Kita sedang melihat perang baju – kuning lawan merah.

2. Kuning berjuang untuk membersihkan pilihan raya. Baju merah yang menentangnya tentulah berjuang untuk pilihan raya yang kotor. Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka merah bersetuju dengan tuduhan baju kuning bahawa Kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya.

3. Undang-undang Security Council Act yang baru dilulus oleh Kerajaan memberi kuasa kepadanya mengisytihar keadaan sekuriti dalam mana-mana kawasan berada dalam keadaan bahaya.

Continue reading BAJU KUNING BAJU MERAH

HIPOKRIT MALAYSIA

1. Keadaan politik dan pemerintahan di Malaysia agak pelik dan ganjil.

2. Di lain-lain negara di dunia, pemimpin besar diturunkan jika melaku perbuatan yang salah atau dituduh salah. Jika tidak diturunkan, pemimpin digantung jawatan sementara siasatan dibuat.

3. Tetapi di Malaysia walaupun terdapat bertimbun-timbun bukti salahlaku Najib berkenaan pinjaman yang dibuat oleh 1MDB yang dipengerusi olehnya, kehilangan berbillion Ringgit oleh 1MDB, kegagalan membayar faedah hutang, kesalahan pelaburan, terdapat 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib dalam Arab Malaysian Bank, kenyataan yang tidak munasabah tanpa bukti/dokumen akan punca wang itu yang dibuat oleh Najib, kenyataan oleh akhbar asing tentang punca wang itu, dakwaan laporan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat bahawa wang itu dari 1MDB, kemasukan RM42 million dari SRC International (milik Kementerian Kewangan diperbadankan) ke dalam akaun peribadi Najib, ia masih berada sebagai YAB Perdana Menteri Malaysia. Selain dari itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa masih Timbalan Perdana Menteri telah dimaklum oleh Tan Sri Gani Patail akan kemasukan ke dalam akaun Najib di AmBank berbillion Ringgit. Sekarang Husni Hanadzlah pula menyoal berkenaan 1MDB dan pengurusannya.

4. Penerimaan Najib ini adalah oleh kerana Ahli Dewan Rakyat termasuk Ahli Kabinet dan penyokong Najib dalam UMNO, MCA dan lain-lain parti dalam BN masih kononnya menanti sehingga Najib didapati bersalah sebelum mereka terima kebenaran tuduhan-tuduhan terhadapnya.

5. Pendirian ini cuma merupa alasan yang lemah terhadap pendirian mereka. Sebenarnya mereka tahu tuduhan terhadap Najib memang berasas dan benar.

6. Mereka tahu bahawa sebabnya Najib tidak didapati bersalah ialah kerana ia sendiri menyalahguna kuasanya dengan menyekat proses undang-undang dengan menukar Pendakwa Raya supaya penjawat yang baru menolak segala tuduhan terhadapnya.

7. Jika proses perundangan berjalan Pendakwa Raya akan membawa kesnya ke mahkamah dan perbicaraan boleh diadakan. Menurut tuduhan dan bukti yang diketahui umum Najib tetap akan didapati bersalah oleh mahkamah.
8. Tetapi Pendakwa Raya menyembunyi laporan-laporan ini supaya mahkamah tidak dapat mendengar kes Najib. Sebaliknya Pendakwa Raya berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya.

9. Yang jelas ialah Najib bukan didapati oleh mahkamah tidak bersalah, tetapi perbicaraan tidak dapat diadakan kerana disekat oleh Pendakwa Raya.

10. Alasan mereka yang kononnya menerima Najib sebagai Perdana Menteri kerana ia tidak didapati bersalah, hanyalah alasan yang tidak berasas.

11. Mereka sebenarnya cuba menipu diri dan menipu masyarakat. Mereka bersikap hipokrit. Mereka tahu tindakan Pendakwa Raya menghalang proses perundangan adalah salah.

12. Amatlah malang Malaysia mempunyai wakil rakyat dan pemimpin masyarakat hipokrit yang turut bersama dengan Najib menjayakan penipuan olehnya.