Category Archives: UMNO

CAMPUR TANGAN ASING

1. Seperti biasa Najib gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salahlaku olehnya didedah.

2. Demikian pendedahan yang dibuat oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan salahguna wang oleh keluarga dan kawannya dan oleh “Malaysian Official 1” yang semua tahu ialah Perdana Menteri Najib sendiri.

3. Najib dan konco-konconya memikir akan cara memutarbelit fakta yang didedah supaya rakyat Malaysia tertipu.

Continue reading CAMPUR TANGAN ASING

NAJIB’S FREEDOM

1. Najib tells his tame audience that I want him to do things my way only. Maybe so though I don’t think it is true.

2. But if he wants to do things his way, it should at least to be something good for the country. Promoting corruption is certainly not good for the country or for anyone.

3. Having 2.6 billion Ringgit in his private account is also not good. No Prime Minister of Malaysia should have that amount of Ringgit in his private account. And the explanation he gives as to the source of the billions is quite ridiculous.

Continue reading NAJIB’S FREEDOM

PEMIMPIN UMNO

1. Bilakah pemimpin UMNO akan mengakui kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Najib?

2. Sejak mula skandal 1MDB didedah, pemimpin-pemimpin UMNO cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.

3. Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat – bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik. Mereka sengaja lupakan bahawa Dato Abdullah, PM Malaysia Kelima juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri.

4. Dalam negara demokratik banyak sudah pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya yang dijatuhkan sebelum edahnya. Demikian PM Abbott Austraila. President Brazil digantung jawatan atas keputusan mahkamah tinggi supaya siasatan dapat dibuat keatasnya tanpa halangan.

Continue reading PEMIMPIN UMNO

THE DUMB PEOPLE

 

1.I am told that Sarawak Report had somehow gotten hold of the top secret Auditor General’s report on 1MDB. And they say the A.G.’s report is damning. There were so many wrong things, even criminal things done by 1MDB people and the Chairman of the Board of Advisors, which warrant criminal charges being initiated against the Chairman and the staff of 1MDB.

2. But as we all know the other A.G. – the Attorney General declared that the Auditor General’s report did not show that Najib had done anything wrong or criminal. The A.G. dismissed the other A.G.’s report but he then invoked the Official Secrets Act to prevent members of the public from accessing the contents.

3.Obviously the two A.Gs, the staff of Auditor General’s and the Attorney General’s offices and the Public Accounts Committee know the contents of the A.G.’s report. But they are not talking. Their lips are sealed.

4.Then the Finance Minister II resigned from all his posts. He has not explained why he took that drastic action. He is going to Jordan to study religion. Seems that his lips are also sealed. He is dumb now.

5.Looking at the people involved in the setting up and the management of 1MDB, one must conclude that they were chosen because they were dumb. And there must be a lot of these dumb people around. Some quickly resigned, others took a longer time. Some must have been removed or transferred or retired. But the common disability they all suffer from is their inability to talk. They may also be deaf but they are certainly dumb.

6.There is I believe a law about covering up criminal acts. Even dumb people are not exempted from this law. They may be dumb but they are not so stupid that they cannot distinguish between right and wrong. They can read and they can understand.

7.A court of law may not take kindly to their plea of being dumb. They may claim they have been coerced into being dumb. One person may be. Even two or three. But a whole army of people cannot possibly be coerced into dumbness. Their pleas would be rejected by the courts.

8.Then there is a matter of conscience. But there are those who gleefully embellish what they know by telling lies. They cannot be so illiterate as to be unable to read. The press, the alternative media and the specialist investigators like the WSJ and Sarawak Report cannot possibly be fabricating all the massive cheatings the 1MDB is involved in. Until the original report is made public, claims by the stooges that they were all lies cannot be believed.

9.Today you may act dumb. But the time will come when the pretext is no longer excusable. Even if you turn religious, the cover-up will not hold.

10.A third group is made up of people who had been fed with dedak (bran). And the fourth is made up of the mindless supporters. This group believe that a President who is also a party leader is entitled to do anything he likes, including stealing Government money no matter how much. A million or a billion does not matter. It’s only about changing “m” to “b” and adding three more zeroes – i.e. adding nothing. For these people, “theirs not to reason why, theirs but to do and die”. “My President may he always be in the right, but my President right or wrong”. That is their mentality.

11.Between all these dumb people the country is going to the dogs. But who cares!!

12.The day of reckoning will surely come. It will come before the Muslims among them meet their Maker. Mouths will open and words will pour out. Religions will not absolve you. Performing the Hajj, especially with stolen money will not absolve your sins. You will get your just deserts.

 
VERSI BM
ORANG BISU

1. Saya diberitahu bahawa Sarawak Report, entah bagaimananya, telah dapat memperolehi laporan Audit Negara mengenai 1MDB yang paling rahsia. Dan mereka berkata laporan Audit Negara itu adalah menjahanamkan. Terdapat begitu banyak perkara yang salah, malah perkara-perkara jenayah yang dilakukan oleh orang-orang 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat, yang mewajarkan tuduhan jenayah diambil terhadap Pengerusi dan kakitangan 1MDB.

2. Tetapi seperti yang kita semua tahu A.G. yang satu lagi itu (Attorney General) – iaitu Peguam Negara telah mengisytiharkan bahawa laporan Ketua Audit Negara tidak menunjukkan bahawa Najib telah melakukan sebarang kesalahan atau jenayah. A.G. ini menolak laporan A.G. yang satu lagi dan beliau kuatkuasakan Akta Rahsia Rasmi untuk menghalang orang ramai mengakses kandungan laporan.

3. Jelas sekali kedua-dua A.G., kakitangan pejabat Audit Negara dan pejabat Peguam Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) mengetahui kandungan laporan Audit Negara ini. Tetapi mereka tidak bercakap. Bibir mereka dimeteraikan.

4. Kemudian Menteri Kewangan II meletak jawatan daripada semua jawatan. Dia tidak menjelaskan mengapa beliau mengambil tindakan yang drastik itu. Dia akan ke Jordan untuk belajar agama. Nampaknya bibirnya juga dimeterai. Dia membisu sekarang.

5. Jika melihat kepada mereka yang terlibat dalam penubuhan dan pengurusan 1MDB, seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa mereka itu telah dipilih kerana mereka bisu. Dan mesti ada banyak orang-orang bisu sebegini di persekitaran. Sesetengahnya meletak jawatan dengan cepat, yang lainnya mengambil masa yang lebih lama. Sesetengahnya mungkin telah dihentikan atau dipindahkan atau bersara. Tetapi kecacatan umum mereka semua adalah ketidakmampuan mereka untuk bercakap. Boleh jadi juga mereka pekak, tetapi sudah pasti mereka semuanya adalah bisu.

6. Saya percaya terdapat undang-undang mengenai menutup perbuatan jenayah. Bahkan orang-orang bisu pun tidak dikecualikan daripada undang-undang ini. Mereka mungkin bisu tetapi mereka tidak sebegitu bisu sehingga tidak dapat membezakan di antara betul dan salah. Mereka boleh membaca dan mereka boleh memahami.

7. Mahkamah undang-undang mungkin tidak dapat menerima dengan baik pengakuan bahawa mereka bisu. Mungkin mereka boleh mendakwa bahawa mereka telah dipaksa untuk bertindak bisu. Kemungkinan seorang. Mungkin juga dua atau tiga. Tetapi sekumpulan manusia yang besar tidak mungkin dapat dipaksa untuk bertindak bisu. Hujahan mereka akan ditolak oleh mahkamah.

8. Kemudian timbul persoalan perasaan yang ada dalam hati nurani. Tetapi terdapat mereka yang dengan penuh cerianya memperindahkan apa yang mereka tahu dengan membuat pembohongan. Tidak mungkin mereka begitu buta huruf sehingga tidak boleh membaca. Akhbar, media alternatif dan penyiasat pakar seperti WSJ dan Sarawak Report tidak mungkin dapat mereka-reka semua penipuan skala besar yang melibatkan 1MDB. Sehingga laporan asal diisytiharkan awam, tuntutan oleh konco-konco mereka bahawa semuanya adalah pembohongan tidak boleh dipercayai .

9. Hari ini anda boleh bertindak bisu. Tetapi akan tiba masanya apabila helah ini tidak dapat dimaafkan. Walaupun anda berselindungkan agama, pengelakan tidak akan bertahan.

10. Kumpulan ketiga terdiri daripada mereka yang telah diberi makan dedak (bran). Dan yang keempat terdiri daripada penyokong yang tidak boleh berfikir. Kumpulan ini percaya bahawa seseorang Presiden yang juga seorang pemimpin parti berhak untuk berbuat apa-apa saja yang beliau suka, termasuk mencuri wang Kerajaan tidak kira berapa banyaknya. Satu juta atau satu bilion tidak mengapa. Ianya hanya melibatkan perubahan “m” kepada “b” dan menambah tiga lagi sifar – iaitu menambah kosong. Bagi mereka, “bukan mereka untuk menyoal sebab mengapa, tetapi bagi mereka ialah membuat sampai mati”. “Presiden saya, semoga dia sentiasa berada di landasan yang betul, tetapi dia Presiden saya, betul atau salah”. Itulah mentaliti mereka.

11. Di antara semua orang-orang yang bisu ini, negara ini akan musnah. Tetapi siapa yang mempedulikan !!

12. Hari pembalasan pasti akan tiba. Ia akan tiba sebelum orang-orang Islam di kalangan mereka bertemu Pencipta mereka. Mulut akan terbuka dan kata-kata akan mencurahkan keluar. Agama tidak akan membebaskan anda. Menunaikan Haji, terutamanya dengan wang dicuri, tidak akan menebuskan dosa-dosamu. Anda akan mendapat balasan yang setimpal.

THE STORY OF THE PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION

1. I think generally Malaysians know very little about the Perdana Leadership Foundation. Certainly very few know of its origin.

2. Now that the Government of Dato Sri Najib is trying to destroy this foundation, it has achieved certain notoriety. Perhaps it is time to enlighten the public about its origin and its work.

3. It began with a proposal by a few businessmen that a library be built to commemorate the twenty-two years of my premiership.

Continue reading THE STORY OF THE PERDANA LEADERSHIP FOUNDATION

RASUAH

1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor dari mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif. Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewat keputusan dan pelaksanaan.

2. Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

3. Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima 100 juta Ringgit rasuah akan dikenakan tindakan samada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

Continue reading RASUAH

HAK ISTIMEWA

1. Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda, yang mengsyor supaya Kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.

2. Memanglah menjadi hak Kerajaan mengguna kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.

3. Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power sudah ditunjuk.

4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.

5. Negara sekarang tahu apabila Khairul Azwan dengan konco-konconya mendapat kuasa (melalui rasuah) negara akan melihat suapan dan rampasan oleh Kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.

6. Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa.

7. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul.

8. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.

9. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan . Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

10. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah.

STATUS RASUAH DI MALAYSIA

1. Rasuah adalah suatu jenayah yang dipandang keji dalam masyarakat manusia. Agama Islam melaknati mereka yang mengamal rasuah. Pendapatan mereka dari rasuah termasuk dalam pendapatan yang tidak halal. Mereka yang makan duit rasuah memakan benda yang haram.

2. Ada seorang yang menggelar dirinya ulama, berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Balasan hanya diterima diakhirat. Pendapat ulama ini menghalalkan rasuah di dunia, walaupun diharamkan oleh Islam dengan menjanji neraka di akhirat.

3. Rasuah atau korupsi atau dalam bahasa pasar, makan suap, berlaku di semua negara di dunia. Perbezaan hanya dari segi tahap amalannya. Ada negara yang ternampak seolah-olah bersih tetapi dari semasa ke semasa dilapor kes-kes perlakuan korupsi.

Continue reading STATUS RASUAH DI MALAYSIA