1. Saya berasa amat sedih dengan tindakan
untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari
menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa.
telah melakukan kesalahan yang besar yang tindakan ini perlu diambil.
Tetapi secara kebetulan tindakan terhadap Presiden UIA ini diambil
sejurus selepas dia keluar daripada UMNO. Apakah perbuatan beliau ini
yang menyebabkan dianya disingkir?
3. Secara kebetulan juga
sehari selepas dia berkempen untuk anak saya di Jerlun pejabat syarikat
UIA Holdings Sdn Bhd milik UIA telah digeledah oleh Badan Pencegah
Rasuah. Tidak ada apa-apa kesalahan dikesan yang dilakukan oleh
Syarikat atau Tan Sri Sanusi.