Category Archives: Uncategorized

UGUTAN

1. Saya dapati ramai orang kenamaan Melayu berada dalam ketakutan.

2. Mereka tidak senang dengan prestasi Kerajaan sekarang. Banyaklah sebab-sebab yang mereka berpendapat Kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.

3. Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama dengan mereka.

4. Sebabnya kerana mereka takut jika mereka dikenal pasti oleh Kerajaan tindakan akan diambil terhadap mereka.

5. Ada yang takut jawatan mereka ditukar kepada jawatan lebih rendah, atau dilucut terus.

6. Ada yang takut kontrak mereka ditarik balik atau diganggu.

7. Ada yang takut orang tertentu akan lapor kepada polis dan polis akan adakan siasatan. Polis akan soal mereka, akan saman mereka untuk disoal.

8. Ada ugutan untuk hantar kereta polis ke hadapan rumah mereka.

9. Ada yang takut mereka dimasuk ke dalam tahanan polis.

10. Tidak ada caj tetapi jika masuk dalam tahanan walaupun hanya beberapa hari sahaja tekanan jiwa amat teruk.

11. Sekarang Perdana Menteri ugut untuk dedah kertas siasatan oleh polis berkenaan Menteri-Menteri UMNO yang lama.

12. Ini adalah satu salah guna kuasa.

13. Kalau hendak dedah, dedah semualah. Dedah berkenaan Menteri sekarang pun. Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar sendiri, walaupun saya tidak lihat. Polis bagi tahu saya semasa saya Perdana Menteri.

14. Undang-undang dibuat untuk semua orang, bukan untuk parti lawan sahaja.

15. Apakah ugutan dan tindakan seperti ini diizin oleh demokrasi.

16. Siasatan oleh polis dan MACC perlu dilakukan. Tetapi dianya bukan untuk ugutan politik. Jika benar ada jenayah tindakan undang-undang hendaklah diambil. Amatlah tidak bertanggungjawab jika diguna untuk politik parti.

17. Apakah itu sebahagian dari Reformasi?

NEGARA MELAYU

1. Kata Ramkarpal Singh dakwaan saya bahawa mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang bangsa tidak menepati Perlembagaan adalah salah.

2. Dari segi kebebasan bersuara demokratik memang tidak salah.

3. Tetapi Perlembagaan Malaysia tidak mendakwa bahawa Malaysia adalah negara multiracial.

4. Dengan bahasa Kebangsaan, adat istiadat, dan dengan beraja Melayu, Perlembagaan mengesahkan bahawa negara ini adalah negara Melayu.

5. Dengan menerima warganegara dari bangsa lain tidak menjadikan Malaysia negara berbilang kaum.

6. Lihat keadaan di UK, US dan Australia, walaupun ramai bangsa lain menjadi warganegara tetapi negara-negara ini tidak menjadi negara berbilang bangsa. Mereka masih kekal sebagai UK, US dan Australia. Bangsa mereka masih British, American atau Australian – bukan British Indian, German American atau Malayan Australian.

7. Pemberian perlindungan undang-undang kepada orang asing yang diberi kerakyatan adalah perkara biasa. Ia tidak jadi negara sebagai negara berbilang bangsa.

8. Perlembagaan adalah undang-undang pengasas yang perlu dihormati.

9. Tetapi Perlembagaan boleh dipinda jika 2/3 dari ahli Dewan Parlimen bersetuju. Jika persetujuan dicapai Malaysia boleh ditukar menjadi negara berbilang kaum.

10. Maka ianya berasal dari negara Melayu akan hilang.

11. Kalau orang Melayu hendak hapuskan keMelayuan negara ini, sokong sahajalah tafsiran negara ini negara berbilang kaum.

POLITIK SYED SADDIQ

1. Sementara Sultan Kedah pun memperingati kita supaya jangan lupa sejarah, Syed Saddiq suruh kita hapuskan sejarah bangsa dan agama kita.

2. Dengan itu dengan definasi Melayu sebagai orang yang bertutur kata dalam bahasa Melayu, mengamal adat istiadat Melayu dan agama Islam seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, maka kita semua tidak lagi jadi orang Melayu.

3. Itulah kesan apabila negara ini diiktiraf sebagai negara multiracial.

4. Syed Saddiq okay.

5. Melayu lain tidak okay.

APA DIANYA MULTIRACIALISM, NEGARA BERBAGAI KAUM

1. Tidak pernah terjadi pendatang asing atau keturunan mereka yang diberi suaka disesuatu negara menuntut supaya negara yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara kaum pendatang, iaitu negara berbilang kaum.

2. Itulah maksud Malaysian Malaysia. Negara Melayu hendaklah ditukar menjadi negara berbilang kaum Malaysian Malaysia. Tanah Melayu dihapuskan dan diganti dengan negara berbilang kaum Malaysian Malaysia.

3. Percubaan ini diperkenal kali pertama oleh Malayan Union British. Ia ditolak. Tetapi parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew mencadang Malaysian Malaysia juga dengan tujuan yang sama. Ia ditolak dalam PRU 1964.

4. Sekarang DAP dengan disokong oleh Parti Keadilan dan Amanah sekali lagi memperkenal matlamat yang sama iaitu Malaysia bukan negara yang asalnya tanah Melayu tetapi Malaysia adalah negara berbilang bangsa.

5. Dalam negara berbilang kaum tidak ada taraf yang berlainan antara orang Melayu sebagai indigenous (pemastautin asal) dengan pendatang asing dan keturunan mereka. Dengan ini semua kaum mempunyai taraf sama.

6. Sejak sebelum merdeka jentera pentadbiran, polis dan tentera dipimpin dan dipenuhi dengan orang Melayu.

7. Sebagai negara berbilang bangsa pentadbiran kerajaan, polis dan tentera tentulah dipimpin dan dipenuhi dengan berbagai kaum.

8. Dimasa yang sama bidang ekonomi (perniagaan dan perusahaan) akan kekal sebagai bidang yang orang Melayu tidak mendapat tempat.

9. Terpulanglah kepada orang Melayu memikir samada keadaan dalam negara berbilang kaum ini menguntung orang Melayu atau tidak.

10. Pihak Proklamasi Orang Melayu bukanlah berhajat untuk rampas hak dan milik orang lain. Pihak Proklamasi hanya ingin mendapat keadilan – iaitu pengiktirafan Semenanjung ini sebagai Tanah Melayu, menerima pendatang dan keturunan mereka sebagai bangsa yang diserap seperti orang keturunan Arab, India, Pakistan, Indonesia dan lain-lain diserap menjadi bangsa Melayu. Menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

11. Bagi pendatang dan keturunan mereka yang ingin kekal identiti mereka dengan negara asal mereka layanan terhadap mereka tentulah berbeza dengan layanan terhadap penduduk asal serta mereka yang menerima penuh bahasa dan budaya kebangsaan.

12. Perlembagaan Malaysia menyetujui bahawa agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Agama-agama lain boleh dianuti oleh pengikut agama asal mereka.

13. Tetapi desakan dibuat supaya Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam. Malaysia hendaklah dijadikan negara sekular iaitu negara yang tidak ada agama rasmi iaitu tidak Islam.

14. Semua ini akan berlaku semasa tanah orang Melayu terjual kepada kaum lain. Rata-rata orang Melayu miskin. Mereka menjual tanah milik mereka kepada orang yang kaya yang hampir semua terdiri dari keturunan kaum pendatang.

15. Dimasa yang sama semua estet besar milik penjajah sudah dibeli oleh orang yang kaya. Estet yang dimiliki oleh Kerajaan dari lain-lain tanah Kerajaan juga dijual kepada pihak yang kaya yang hampir kesemuanya bukan Melayu.    

16. Akhirnya pemerintah Malaysia juga tidak dapat dipengaruhi oleh orang Melayu. Kita sedang lihat didalam wilayah yang sudah tidak lagi dikuasai oleh orang Melayu nasib orang Melayu amatlah buruk. Biasiswa untuk pelajaran tinggi hampir tidak ada bagi orang Melayu. Bahasa Melayu, walaupun diiktiraf sebagai bahasa rasmi tidak diguna sama sekali. Sebahagian anak Melayu pun tidak lagi faham Bahasa Melayu.

17. Ramai dari orang Melayu yang melihat negara berbilang kaum sebagai agihan sama rata antara semua kaum dalam bidang politik sahaja. Mereka tidak terfikir berkenaan perubahan-perubahan lain.

18. Rencana ini bukan bertujuan menakutkan orang Melayu terhadap desakan supaya Malaysia menjadi negara berbilang bangsa.

19. Kita sudah lihat dan boleh teliti apa yang sudah jadi kepada wilayah tanah Melayu yang sekarang dimiliki oleh bukan Melayu.

20. Lihat dan ambil iktibar.

21. Mereka yang tidak hendak lihat akan jadi mangsa yang sudah pupus.

22. Kata Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia.

23. Tetapi Melayu sudah hilang banyak wilayah. Aliran sekarang menunjuk Melayu tidak akan kekal sebagai satu bangsa.

24. Melayu akan hilang negara mereka dan akan hilang di dunia.

BOSAN DENGAN POLITIK

1. Sebelum PRU15 terdengar berita angin bahawa orang Melayu sudah bosan dengan politik.

2. Benarkah?

3. Dalam PRU15, 75% sahaja dari pengundi Melayu keluar mengundi. Apakah ini bermakna 25% Melayu bosan?

4. Tetapi 95% dari orang Cina keluar mengundi. Apakah ini bermakna orang Cina tidak bosan dengan politik di Malaysia? Apakah ini bermakna mereka berminat dengan politik. Mengapa?

5. Apa kesannya?

6. Pada PRU 14 DAP dapat 42 kerusi Dewan Rakyat. Tak pernah jumlah yang begini besar.

7. Sebab – Pengundi Melayu dari parti Bersatu, yang benci dengan Najib, beri undi kepada DAP.

8. Pada PRU15 Bersatu tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan (PH). Sudah tentu DAP tidak dapat undi Melayu.

9. Tetapi DAP menang 40 kerusi Dewan Rakyat.

10. Sebab? Kerana 95% orang Cina keluar undi.

11. Orang Cina tidak bosan. Hasilnya Pakatan Harapan yang lebih ramai bukan Melayu memperolehi 82 wakil rakyat.

12. Sementara orang Melayu yang jadi majoriti penduduk di Malaysia dapat hanya 73 wakil rakyat (tidak termasuk Melayu Keadilan, Amanah dan DAP).

13. Hari ini parti yang terbesar dalam Kerajaan ialah DAP.

14. Tentulah pengaruh DAP dalam Kerajaan Unity amat kuat.

TANAH MELAYU

1. Jika kita teliti sejarah orang Melayu, kita terpaksa akui bahawa sepanjang zaman tanah air orang Melayu merosot kawasannya.

2. Demikian apabila British mengada perjanjian dengan Siam di Bangkok pada tahun 1909, empat buah negeri Melayu, iaitu Patani, Singgora, Menara dan Yala di selatan Siam, diserah kepada Siam.

3. Pihak British mendakwa bahawa Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diletak di bawah naungan British.

4. Perjanjian ini dibuat oleh British tanpa rundingan dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri berkenaan. Tidak ada laporan berkenaan pandangan Raja-Raja Melayu terhadap perjanjian ini.

5. Maka terhilanglah sebahagian dari Tanah Melayu.

6. Di selatan pula terdapat Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian dari negeri Johor. Apabila Belanda menyerang dan menjajah kepulauan yang sekarang dikenali sebagai Indonesia, mereka menawan juga Kepulauan Riau.

7. Johor tidak membantah kerana Belanda terlalu kuat. Maka kepulauan Riau menjadi wilayah Indonesia apabila negara itu merdeka dan semua wilayah yang ditawan oleh Belanda diiktiraf sebagai sebahagian dari Indonesia.

8. Maka terhilanglah Kepulauan Riau sebagai sebahagian dari Tanah Melayu.

9. Pada 1819 British membeli pulau Singapura atau Temasek dari Temenggung Johor, dengan harga dolar Sepanyol sebanyak 60,000. Menjadi amalan biasa apabila kuasa Eropah menamatkan penaklukan wilayah takluk mereka selepas perang dunia kedua wilayah berkenaan dikembalikan kepada negara asalnya. Dengan perkataan lain Singapura hendaklah dikembali kepada Johor, satu daripada negeri Tanah Melayu.

10. Semasa British menjajah Singapura, ramai orang bangsa Cina dan India diterima masuk sebagai pemastautin tetap. Akhirnya hampir seluruh pulau Singapura diduduki dan dimiliki oleh orang Cina.

11. Pentadbiran kolonial British akui bahawa Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. Seperti yang disebut di atas apabila penaklukan British tamat, wilayah yang dijajah oleh mereka, diserah balik kepada negara asal wilayah berkenaan.

12. Itulah niat British dan itulah juga kehendak Malaysia. Oleh itu apabila penjajahan tamat, Singapura kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.

13. Malangnya penduduk Cina Singapura menimbulkan masalah politik dalam negara Malaysia yang baru didirikan. Mereka tidak bersetuju dengan syarat-syarat kemerdekaan Malaysia, iaitu keistimewaan bagi penduduk asal Tanah Melayu, iaitu orang Melayu. Mereka tuntut hak sama rata dengan orang Melayu.

14. Berhadapan dengan masalah ini, pemerintah Malaysia yang merdeka memutus untuk pisahkan Singapura dari Malaysia dan mengiktiraf Singapura sebagai negara bebas.

15. Dengan itu hilanglah sebahagian lagi dari Tanah Melayu. Semua kehilangan kawasan Tanah Melayu berlaku tanpa apa-apa bantahan oleh orang Melayu atau raja-raja mereka.

16. Sekarang Tanah Melayu sudah jadi amat kecil. Ia terhad kepada semenanjung ini sahaja. Negeri-negeri yang masih ada ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan Pahang dan Johor.

17. Wilayah yang dahulu ditakluk oleh British iaitu Melaka dan Pulau Pinang kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.

18. Ini sahajalah yang tinggal sebagai Tanah Melayu sekarang. Tetapi walaupun masih dikenali sebagai Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak lagi tanah Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu.

19. Sebabnya di zaman British terutamanya, ramai orang asing berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Melayu tidak bantah walaupun pada satu masa jumlah orang asing lebih ramai dari orang Melayu. Mereka yang datang dari negara China dan India, meringankan beban orang Melayu kerana mereka bersedia membuat kerja-kerja yang berat, kotor dan merbahaya yang tidak sanggup dibuat oleh orang Melayu sendiri.

20. Pendatang asing ini juga mengadakan perniagaan dan perusahaan yang memperkayakan Tanah Melayu. Tumpuan orang Melayu ialah kepada jawatan bergaji Kerajaan. Jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan dipegang oleh orang Melayu.

21. Setelah pendatang asing tinggal lama di Tanah Melayu maka mereka pun diberi kerakyatan. Sebagai rakyat Tanah Melayu kuasa politik pun diperolehi oleh mereka.

22. Tetapi orang asing ini tidak dapat taraf kerakyatan sama rata dengan orang Melayu kerana mereka kekalkan kaitan mereka dengan negara asal mereka. Namun mereka menguasai ekonomi dan kekayaan yang dapat mempengaruhi politik negara.

23. Di Tanah Melayu tidak ada sekatan terhadap siapa sahaja dalam pemilikan tanah. Setelah menjadi kaya banyaklah tanah yang dibeli oleh puak pendatang dan keturunan mereka.

24. Menjual tanah menjadi punca pendapatan orang Melayu. Tanah, jika tidak dijual akan kekal selama-lamanya. Tetapi jika dijual, duit yang didapati tidak kekal. Duit akan habis apabila dibelanja.

INTERROGATION



1. On 2nd June 2023 I was interrogated by the police over two statements I had made.
2. The first was on the history Kedah and the lessons we could learn from it.
3. The second was about the Proclamation or Proklamasi Orang Melayu.
4. It would seem that I was disrespectful of the rulers by talking about the history of the Malays and that the proclamation was meant to overthrow the present Government.
5. My answers to the many questions I was asked were simple. If charged in court (open court) I would answer.
6. But I must admit that I felt my freedom of speech is not part of the reforms promised. In Tanah Melayu with a Malay heading the Government, Malays must not talk about their problems. It is racist.
7. Yet the Constitution of the country makes frequent reference to the Malays and their position in this country as the indigenous people.
8. Democracy provided for the overthrow of the Government through elections or through a vote of non-confidence.
9. As to history, the law does not ban it. Only if we promote fake stories for whatever purpose that is wrong.
10. But telling the truth about the past is not a crime. As George Santayana -said, “those who forget the lessons of history are condemned to repeat their mistakes over and over again”.
11. If what I say is wrong, prove it. If not sending the police to question me is a form of threat.

OPR DAN RINGGIT

1. Ramai yang datang jumpa saya yang menyata kebimbangan berkenaan kedudukan ringgit yang terus merudum berbanding dolar Amerika.

2. Saya kata Kerajaan perlu lakukan sesuatu kerana ia menyebab keresahan dikalangan peniaga dan juga ibu-bapa yang anak mereka belajar di luar Negara.

3. Di Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menyeru pembangkang untuk menyokong keputusan Kerajaan menaik OPR (Overnight Policy Rate) atau kadar dasar semalaman kerana ia membantu mengukuh ringgit.

4. Di masa yang sama kenaikan OPR mengakibat pinjaman orang ramai kepada bank-bank juga meningkat.

5. Kata Datuk Seri Anwar dolar Singapura mengukuh selepas republik itu menaik OPR.

6. Ada pihak telah pertikai kenyataan Datuk Seri Anwar kerana Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

7. Seingat saya memang Singapura tidak ada OPR. Ia ada SORA – Singapore Overnight Rate Average. Pendekatan SORA Singapura dan OPR Malaysia berbeza.

8. Saya selidik, termasuk menerusi ChatGPT yang menjadi trend masa kini, dan hasilnya semacam. Ia bukan satu perbandingan yang sama – “bukan apple to apple comparison”.

9. Sama ada jawapan Anwar boleh dianggap menipu atau mengelirukan Dewan Rakyat terserah kepada ahli-ahli Parlimen menentukan.

10. Sebelum jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar marah Tengku Zafrul, Menteri Kewangan ketika itu dan menyindir sama ada Tengku Zafrul bekerja untuk bank atau rakyat apabila menaikkan OPR.

11. Jadi Datuk Seri Anwar bekerja untuk bank atau rakyat sekarang ini?

12. Cara Kerajaan tangani ringgit yang melemah dan jawapan serta pandangan Datuk Seri Anwar berkaitannya sebelum dan selepas jadi Perdana Menteri tidak memberi keyakinan sama-sekali.

PULAU PINANG

1. I do not want to be involved in the controversy over Penang. But suggesting that Sanusi, the MB of Kedah is committing a crime for giving his views of the history of that island is too much.
2. Historically the Sultan of Kedah agreed for the British East India Company to take over the island on payment of 6000 Spanish dollars a year. Later a strip of the mainland opposite was added for 4000 Spanish dollars a year.
3. In addition the agreement required the British company to help in the defence of Kedah if attacked by foreign countries. We know that the British failed to honour their words.
4. The agreement with regard to the ceding of Singapore was different. It was clearly a straight forward sale. The British made a one time payment of 60,000 Spanish dollars to the Temenggong.
5. It is worthwhile noting that Sultan Ali, the Sultan at that time did not sign. He was awarded a house in Kampung Gelam in Singapore. This generosity was not accompanied by British recognition of Ali as the Sultan.
6. The difference between the Penang deal and the Singapore deal is obvious.
7. I will not say anything about what happened to these two territories of Malaya except to admit that I persuaded Guan Eng as Minister of Finance to give more than RM10,000 to Kedah every year.
8. I am not asking anyone to believe me.
9. So you can take this story with a dollop of salt.

AKHLAK


1. Tiap bangsa yang bertamadun mempunyai susunan tata tertib yang mencerminkan nilai hidup yang dipegang dan diamal bangsa berkenaan.
2. Buat beberapa kurun dunia anggap akhlak dan budaya orang Eropah sebagai yang terbaik. Oleh itu ramai masyarakat dunia meniru pakaian dan adat resam orang barat.
3. Sampai sekarang pun pakaian kot, tali leher dan seluar panjang dijadikan pakaian kebanyakan orang ramai di merata tempat.
4. Demikian juga nilai hidup atau budaya orang Eropah ditiru dan diamal dalam kehidupan manusia. Demikianlah sehingga orang Barat anggap budaya mereka adalah budaya dunia, (universal). Mereka anggap orang Asia tidak ada budaya tersendiri.
5. Tetapi sekarang kita sedang lihat budaya barat runtuh dan merosot.
6. Pakaian orang Barat sekarang tidak senonoh. Seluar pendek dan carik dipakai oleh muda mudi sehingga terdedah aurat tanpa segan silu.
7. Institusi perkahwinan dan berkeluarga (family) tidak lagi diamal, terutama dikalangan orang muda. Mereka mengadakan hubungan seks dengan siapa sahaja. Anak yang dilahir tidak lagi menjadi anak haram. Dengan bangganya mereka akui mereka adalah anak diluar nikah. Siapa yang menjadi bapa tidak dihirau.
8. Ada kala anak diluar nikah ini hidup bersama seolah-olah satu kelamin.
9. Tuntutan kesamaan (equality) antara wanita dan lelaki sudah sampai ke tahap cara hidup lelaki dan perempuan tidak lagi berbeza, walaupun dalam perlakuan maksiat. Jika lelaki boleh buat kenapa tidak wanita.
10. Akhirnya perkahwinan dan kekeluargaan boleh didiri antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Sebelum pun amalan ini dilaku masyarakat menerima liwat sebagai perkara biasa, tidak haram lagi dan dihalalkan oleh agama mereka.
11. Semua amalan-amalan ini bermula dalam masyarakat termasuk agama mereka. Tetapi semua amalan ganjil dan haram ini direstu oleh Kerajaan-Kerajaan mereka. Undang-undang lama dimansuhkan dan diganti dengan undang-undang baru. Undang-undang perceraian antara pasangan lelaki atau pasangan perempuan disediakan.
12. Semua amalan haram ini diamal secara terbuka di negara Barat.
13. Masalahnya Barat berpendapat semua amalan haram yang sudah dihalal oleh mereka hendaklah diamal oleh semua negara dan bangsa di dunia.
14. Secara terbuka mereka mempromosi budaya songsang mereka melalui filem dan konsert.
15. Mereka mengambil warna pelangi sebagai bendera mereka. Melalui berbagai acara dan produk, warna pelangi diguna untuk bukti penerimaan LGBT oleh mereka.
16. Dahulu kita semua sering meniru budaya dan akhlak Barat.
17. Hari ini budaya Barat sudah runtuh. Yang haram sudah dihalal oleh mereka.
18. Dunia tidak perlu tiru Barat, selain dari budaya lama mereka yang tidak menidakkan nilai hidup dan budaya kita.
19. Kita tidak harus keterlaluan. Tetapi pilihlah yang jernih dan buanglah yang kotor.
20. Janganlah terlalu taksub dengan Barat sehingga kita perhambakan diri kita.
21. Bagi orang Islam pegang kuatlah kepada cara hidup Islam atau Addeen.