Category Archives: Uncategorized

MAHB

1. Apabila saya dengar Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, sangkaan saya ialah MAHB rugi.

2. Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023.

3. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini.

4. Kenapa nak jual 30% kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?

5. Saya tak faham.

6. Mungkin ada udang di sebalik batu?

KENYATAAN SEJARAH

1. Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael menyerah Johor kepada British dan hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja.

2. Perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.

3. Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka.

4. Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.

5. Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berparlimen.

6. Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives)


HUMAN CIVILISATION

1. Human civilisation has come to its end. All that we believe in, such as human rights, the sanctity of life, freedom, brotherhood, equality, free speech, free press – have now been rejected.

2. In their place the great advocates such as the United States of America and European countries, have openly supported wars, the mass killing of people, genocide, infanticide, injustice, etc. They now approve mass murder, provide arms and funds, vetoed any attempt to end war and genocide.

3. The only people protesting against the breakdown of moral and civilisational values are the young people.

4. They have risen in protest. They defied their own governments. They demand an end to the genocide against the people of Gaza.

5. They are not anti-semitic. Many of the demonstrators are Jews. They are simply against the genocide.

6. Netanyahu vows to continue the genocide. His objective is to conquer Gaza and make it a part of Israel.

7. But he will not stop there. The next target is the West Bank. Then Lebanon. Then Syria. To achieve this all Palestinians must be killed.

8. And the great power will support him with arms and money. Their veto power will ensure Netanyahu will achieve his objective.

RTS

1. Great things are happening in the south. Concrete pylons are rising across the Selat Tebrau.

2. Soon 40,000 passengers will ride on the Rapid Transit System (RTS) every day from Woodlands in Singapore to Bukit Chagar in Johor.

3. We don’t hear much report on this project locally. But of course it cannot be built without the Malaysian Government approval.

4. Of course we should approve. We always approve projects by Singapore.

5. But Singapore does not approve our proposal for the replacement of the causeway with a bridge.

6. If a bridge is built it would be possible for barges and boats to ply between Pasir Gudang port and Tanjung Pelepas.

7. Currently sailing from Pasir Gudang to Tanjung Pelepas is four times longer than direct sailing along Selat Tebrau.

8. This is of course not the reason why Singapore is against replacing the causeway with a bridge. But the fact remains that as long as the causeway is there it will not be possible to sail along Tebrau from Pasir Gudang and Tanjung Pelepas.

9. And now the RTS link will cross Selat Tebrau on elevated tracks. It does not seem to be designed for ships to sail between the pylons as with Penang bridge.

10. So even if the causeway is dismantled, movement along the straits between Pasir Gudang and Tanjung Pelepas will not be possible.

11. Maybe now Singapore might look kindly at Malaysian proposal for the dismantling of the causeway and replacement by the bridge.

12. In the meantime we can all enjoy Singapore hospitality on the four kilometre ride on the RTS.

POOR UKRAINE

1. Thousands of its soldiers and civilians have been killed.

2. Four million of its people have fled to other countries.

3. Ukrainian cities and towns have been razed to the ground.

4. All because of wanting to join NATO.

5. Russia warned Ukraine not to join.

6. It may be invaded by Russia.

7. Not to worry.

8. NATO will defend Ukraine.

9. But only if Ukraine is a member of NATO.

10. So when Russia pre-emptively attacks Ukraine, the poor country not being a member of NATO had to fight the war by itself.

11. The likelihood is Ukraine will lose the war. But the whole country and the people would be devastated for nothing.

12. Russia is a big power. It is not going to accept defeat.

13. Poor Ukraine will become poorer.

HAJI ISMAIL BIN MANAF

1. Hari ini saya berasa sangat sedih. Saya kehilangan seorang kawan baik, pembantu dan penyokong kuat saya yang meninggal dunia pagi tadi. Haji Ismail Manaf telah setia bekerja dengan saya sejak saya jadi Timbalan Perdana Menteri lagi pada tahun 70’an.

2. Ismail seorang yang luar biasa kesetiaannya, tidak pernah tidak datang kerja, tidak pernah cuai. Sehingga semalam pun Ismail masih lagi datang bekerja.

3. Apabila saya datang pejabat, tak pernah Ismail tiada di pejabat, beliau setia tunggu untuk buat kerja-kerja yang diperlukan. Beliau seorang yang berkhidmat bukan semata-mata untuk mendapat upah tetapi kerana percaya apa yang dia sedang lakukan adalah sesuatu yang baik.

4. Semalam Ismail tidak sihat dan sepatutnya bercuti hari ini. Sebelum pulang kami sempat bersalaman. Saya tidak sangka itulah kali terakhir kami berjumpa. Itulah ketentuan Allah SWT, setiap yang hidup pasti akan mati.

5. Hari ini Ismail tak tunggu saya lagi. Saya kehilangan seorang pembantu yang ikhlas. Saya amat terasa kehilangan Ismail.


قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

MANUSIA BERSIFAT BINATANG

1. Kita hairan.

2. Tiap hari kita lihat ratusan orang Palestin di Gaza dibunuh oleh tentera Israel. Tiap seorang orang Palestin tentu sedar esok mungkin mereka yang akan dibunuh oleh letupan bom dan roket Israel.

3. Bandar Gaza dan bandar-bandar lain juga sudah diserang sehingga tidak ada satu bangunan pun yang masih terdiri. Kerapkali pula bangunan-bangunan dibom dan diruntuh bersama dengan penduduk yang ada di dalamnya. Ramai dari mereka ini tidak dapat dikeluarkan setelah mereka tertindih di dalam rumah runtuh. Mereka tentu mati apabila tidak dapat dikeluar.

4. Bangunan yang diserang dan runtuh hancur termasuk hospital dan sekolah. Serangan ke atas bangunan-bangunan ini diharamkan oleh undang-undang perang. Tetapi tentera Israel tidak hirau undang-undang perang. Dengan sengaja mereka serang hospital di mana pesakit masih ada dalamnya.

5. Yang sengaja dibunuh melalui serangan tentera termasuk orang awam, perempuan, budak-budak dan kanak-kanak yang baru lahir. 70% dari yang sudah dibunuh terdiri dari wanita dan kanak-kanak.

6. Tetapi penduduk Gaza tidak cuba lari tinggal wilayah mereka. Biarlah Israel serang sehingga ribuan akan mati dan ribuan lagi cedera parah, penduduk Gaza tidak lari untuk selamat diri.

7. Rancangan Israel untuk tawan Gaza tidak akan berjaya. Tetapi tiap seorang dari penduduk Gaza yang masih hidup sudah kehilangan ahli keluarga kesayangan mereka.

8. Mereka tidak akan lupa akan apa yang dilakukan oleh Israel. Selagi ada nyawa dibadan mereka akan musuhi orang Yahudi. Perasaan ini akan diteruskan melalui generasi-generasi yang menyusul.

9. Kata Israel mereka bertindak membunuh orang Palestin untuk menyelamatkan Israel. Oleh itu mereka akan bunuh semua orang Palestin.

10. Mereka tidak akan berjaya. Sampai bila pun orang Palestin akan ada. Dan mereka akan serang Israel dan orang Israel.

11. Niat jahat Israel tidak akan berjaya sepanjang zaman. Yang akan berjaya ialah nama buruk orang Yahudi dan Israel di seluruh dunia akan berkekalan. Dunia akan pandang orang Yahudi dan Israel sebagai manusia yang bersifat binatang, yang tidak bertamadun, yang perlu dimusuhi sepanjang zaman.

REFORMASI-REFORMASI

1. Rakyat Malaysia tidak dibenar bercakap/berbincang berkenaan isu-isu yang sensitif tidak berkenaan dengan 3R iaitu bangsa, agama dan Raja, tidak boleh bercakap berkenaan tuduhan PM Anwar menjadi ahli dalam organisasi Yahudi, berkenaan dengan tuduhan ada rancangan menubuh kasino.

2. Jadi apa yang boleh kita bercakap.

3. Dahulu Anwar menjanji kalau jadi PM ia akan lakukan reformasi.

4. Apakah menutup mulut rakyat adalah REFORMASI yang dijanji??



DAKWA ANWAR

1. Anwar mendakwa saya telah curi berbillion duit Kerajaan semasa saya jadi Perdana Menteri.

2. Saya hairan kerana saya tidak pernah tengok duit ini dan tidak tahu dimana duit ini ada. Yang tahu ialah Anwar kerana dia yang mendakwa saya miliki duit berbillion ini.

3. Kata Anwar orang yang mencuri duit berbillion hendaklah bawa balik duit ini dan bantu orang Melayu yang miskin. Saya sanggup bawa balik 100% duit yang dikatakan ada pada saya dan derma semuanya kepada orang miskin. Tetapi Anwar kenalah beritahu kepada saya dimana duit ini berada.

4. Mungkin ada di bank Switzerland. Saya sanggup bersama Anwar pergi ke bank di Switzerland dan minta bank tunjuk akaun saya seperti Najib ada akaun dalam Ambank. Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. 100% dari duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu.

5. Tetapi jika tidak ada akaun saya di bank atau di mana-mana sanggupkah Anwar menjawab dalam mahkamah akan asas dakwaan bahawa saya memiliki berbillion Ringgit wang Kerajaan yang saya curi.

6. Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas.

7. Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar 150juta Ringgit kepada saya.

SOKONG PALESTIN

1. Saya kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.

2. Mereka sudah sampai ke tahap tidak hadir kuliah oleh profesor mereka. Ada yang tolak sijil semasa majlis konvo dan keluar dari acara.

3. Sesungguhnya siswa-siswi Amerika dan Eropah membantah dengan sekuat-kuatnya pembunuhan beramai-ramai orang Palestin oleh Israel.

4. Dan Afrika Selatan membawa kes genosid oleh Israel ke Mahkamah Antarabangsa.

5. Tetapi di negara-negara Islam tidak ada banyak reaksi. Tidak ada penuntut universiti yang mengecam Israel dengan sifat kebinatangan mereka.

6. Dan di Malaysia penuntut universiti tidak pun menyuara bantahan terhadap Israel.

7. Kenapa?

8. Apakah Malaysia tidak berperasaan apa-apa apabila 40,000 orang Gaza, perempuan, kanak-kanak dan bayi dibunuh oleh Israel.

9. ?