Saya telah ikuti laporan berkenaan
keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb
Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.
Tun,
apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 – 87 dahulu?
Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun
telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO
kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti
oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai
Timbalan Presiden UMNO. Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk
jatuhkan saya.