DANA LINDUNG NILAI

(Ini adalah rencana bersiri
mengenai aliran semasa yang membawa kepada krisis kewangan masakini. Rencana
asal di dalam bahasa Inggeris telah disiarkan di dalam blog ini pada Mei 4,
2009)

 

1. Perniagaan
yang dilakukan oleh dana lindung nilai (hedge funds) adalah lebih kompleks.
Tetapi mereka juga boleh meminjam dari bank sehingga 30 kali ganda nilai wang
pelabur yang mereka pegang. Dengan itu mereka mampu memberi keuntungan kepada
pelabur hasil dari melabur 30 kali ganda dari wang yang dilaburkan. Selepas
membayar faedah kepada bank dan komisyen pengurusan, pulangan kepada pelabur
dari 30 kali ganda pelaburannya tentulah amat besar – jauh lebih besar jika
pelabur sendiri melakukan pelaburan secara terus dengan modalnya sahaja.


2. Adalah dianggarkan 8,000 dana lindung nilai (hedge funds) menguruskan
sejumlah 620 ribu billion dollar (620,000,000,000,000 dollar Amerika).
Begitulah permainan mereka sehingga pelabur diyakinkan dengan keuntungan besar.
Cara mereka melakukan pelaburan kerapkali diselubungi rahsia. Pusat kewangan
bebas cukai luar negeri (offshore) kerap digunakan dimana mereka tidak perlu
menyerahkan akaun mengenai perniagaan mereka yang meragukan.


3. Negara-negara miskin tidak begitu terlibat didalam perniagaan yang meragukan
ini dan petunjuk-petunjuk ekonomi mereka adalah lebih tepat.


4.
Krisis masakini terjadi kerana kebenaran yang tidak terhad yang diberikan
kepada bank-bank untuk mencipta lebih banyak wang dan memberi pinjaman dan wang
ciptaan ini. Walaupun mereka mengambil insurans perlindungan dan sebagainya,
namun kerugian begitu besar sehingga tidak dapat ditangani dan disembunyikan
walaupun oleh pihak bank dan/atau pemerintah.


5. Sebagai contoh, apabila mereka melabur 30 kali ganda dari wang yang telah
dilaburkan kepada mereka, maka bila kerugian berlaku ia akan menjadi 30 kali
ganda juga. Mereka masih perlu membayar balik pinjaman yang besar yang telah
mereka dapati dari bank. Sudah pasti mereka tidak akan mampu melakukannya. Wang
yang dilaburkan kepada mereka tidak akan mencukupi. Mereka akan meruntun turun
bank-bank bersama mereka.


6. Walaupun kesannya kurang terhadap negara-negara miskin, namun krisis
sebegini masih boleh memiskinkan mereka. Ini disebabkan negara rakan dagang
yang dahulu mampu membeli barangan eksport negara miskin sekarang sudah tidak
mampu lagi.


7. Amerika Syarikat dan negara-negara kaya yang lain sedang cuba mengembalikan
kekayaan mereka dahulu dengan mengeluarkan ribuan juta dollar untuk
menyelamatkan (bail-outs) syarikat-syarikat dan bank mereka. Dunia harus sedar
ribuan billion dollar ini tidak datang dari cukai dan lain-lain pendapatan yang
dikutip oleh Kerajaan. Ianya dicipta.


8. Malangnya, usaha menyelamatkan (bail-outs) dengan wang yang dicipta tidak
akan dapat menjayakan usaha menghidupkan bank-bank dan perniagaan-perniagaan
yang telah gagal. Ini kerana mereka tidak akan dapat menebus diri mereka
menerusi perniagaan yang biasa dan halal kerana pendapatan dari punca ini tentu
terlalu kecil. Mereka cuma boleh berjaya jika mereka dapat melakukan perniagaan
yang meragukan dan tersembunyi. Tetapi, jika mereka melakukan yang ini, satu
lagi krisis yang mungkin lebih teruk dari yang berlaku masakini akan terjadi.


9. Kerana kita telah membenarkan sekumpulan orang yang tamak menyalahgunakan
system yang ada, dana lindung atau “hedge fund” telah dicipta oleh
mereka yang diberi hak pinjam sehingga 30 kali ganda modal mereka. Apabila
pelaburan mereka gagal maka kerugian yang besar yang dialami oleh mereka turut
menyumbang kepada krisis kewangan dan ekonomi yang kita hadapi.

50 thoughts on “DANA LINDUNG NILAI”

  1. Dengan Izin Tun…Terima kasih..
    Abang Kamal Ahmad..
    To be..or not to be? That is the question..Shakespeare
    You must maintain and preserves…
    Tangkap ayam..kepung dulu..Senang.
    Tangkap Al Capone tak dapat melalui ‘illegal crime’ tetapi melalui ‘accounting book disorder’.Susah..tapi telah berjaya.
    Nak tangkap Ketua Pemuda or anybody else for that matter mesti sangat-sangat teliti dan tulus ikhlas.
    Bringing them down is dirty job..Somebody got to do it..
    Allah will shows the way..

  2. ASSALAMUALAIKUM AYAHNDA TUN N BONDA,
    IZINKAN ANAKNDA,
    MAAF. SEBENARNYA BUKAN ‘ONE’ YG CAKAP PASAL SIMPAN MAS TAPI ‘COOLBUDDY’. THANKS TO ‘COOLBUDDY’ N SORRY FOR THE WRONG ADDRESS!! HEHE. THANKS A MILLION ‘COOLBUDDY’ FOR AN EYE-OPENING NOTES!!!
    MOGA AYAHNDA N BONDA DIDALAM PELIHARAAN ALLAH TA’ALA SELALU HENDAKNYA. INSYAALLAH, KEBANYAKAN YG MASUK BLOG NI MENDOAKAN KESIHATAN YG BAIK UNTUK AYAHNDA N BONDA BERDUA…
    WASSALAM.
    just my brain wave…

  3. Assalamualaikum Ayahnda Tun n Bonda,
    Terimakasih Ayahnda di atas segala jasa. Hanya Allah Ta’ala yg membalas segala kebaikan Ayahnda.
    Kepada ‘one’,
    Terimakasih kerana menyedarkan kami dgn catatan yg amat MENAKUTKAN! Mana nak cari duit beli EMAS banyak2 ni???? Kalau nak ikutkan, rasa nak kembali pada ‘zaman barter trade’ dulu, tak payah ada duit…tapi tak praktikal la plak zaman ni. Takkan saya nak tukarkan laptop saya dengan kambing ‘one’ kalau saya nak makan kambing? Tak berbaloi la plak kan? kan? kan?
    Dinar Emas sepatutnya menjadi matawang utama hari ni kerana benda ni dah lama Tun syorkan. Masalahnya, manusia ni selagi tak tersungkur, tak rasa sakitnya. Masa kita terkena musibah 1997-98 dulu, emas lah yg menyelamatkan kita. Makcik2, kakak2 yg ada memakai barang emas masa tu melurut buang dari tangan dan tengkuk bagi ka Tun untuk pulihkan ekonomi negara yg semakin merudum waktu tu…
    Sekarang ni kalau nak buat macam tu sekali lagi, bolehka??? Saya rasa ragu2….
    Marilah kita sama2 hidup dan bekerja dgn jujur n amanah, mengikut lunas2 yg ditetapkan oleh Allah. Biarlah dunia barat dengan sistem tunggang terbalik mereka. Kita jgn terikut2 dgn rentak barat kerana apa yg baik dan diredhai sebenarnya ada dalam agama Islam. Kita mesti menggunapakainya dalam hidup kita. Ada sorang peniaga tepi jalan bertentangan sebuah bank yg saya beli apambalik darinya berkata, ‘Bank itu walaupun gunakan nama Islam, caranya sama mcm bank2 ygb lain. Tidak ada ‘akad jual & beli’ masa berurusan’!!! Memang betul dan saya terkedu kerana baru keluar dari bank tu….
    Maaf jika menyentuh mana2 pihak tapi saya hanya menyatakan pengalaman saya…banyak urusan dengan bank yang kita buat tapi tidak ada satupun yang selaras dengan system Islam sebenarnya…tersekat dan tersiksa kita sebenarnya…jalan keluar terlalu sayup rasanya…
    Semoga Allah Ta’ala memberkati dan merahmati Ayahnda dan Bonda selamanya….
    Wassalam.
    just my brain wave…

  4. Dear Tun,
    In Malaysia, one just merely have to fork out RM2500 in order to buy a RM 400k property. That is on a borrowing factor of 160x. Do you think we should also clam down such irresponsible borrowing?
    When the property is vacant, there is no rental yield. Property owner is out of pocket and start to default on their mortgage. Worse still, if the property market dip, the banks will be left with a white elephant that nobody wants.
    I am sure it is a grave concern for the ordinary Malaysian who doesn’t get involve in the sophisticated hedge fund. The exposure of such lending in Malaysia is far higher risk than those of the hedge fund. Don’t you agree we should force the Malaysian bank to stop lending irresponsibly? If you have read Maybank Q3 financial statement, the loss on loans has increase nearly three folds.

    Simon

  5. TUN!!!!
    THANKS A LOT…
    BRILLIANT IDEA…
    ASSALAM’MUALAIKUM…
    BEST REGARDS.

  6. Assalamualaikum Tun,
    Saya kurang faham betul dengan masyarakat malaysia. Kenapa perlu mengagung-agungkan barat? Kenapa segala sistem dan idealogi mereka kita perlu ikut? Dalam sistem pendidikan sama juga. Kenapa orang yang belajar luar negara di anggap mulia? Sedangkan orang barat manusia dan kita pun manusia. Bukanya kita tak boleh cipta tamadun kita sendiri.
    Setahu saya semua sistem dan idealogi terbaik dunia telahpun dipraktikan beribu tahun dahulu oleh umat islam. Contoh, ilmu, jawapan, semuanya sudah ada di depan mata. Kita hanya perlu gunakan sahaja apa yang nabi kita tinggalkan. Bukanya menggunakan cara barat. Kenapa kita harus membiarkan mereka memijak kepala kita walaupun kita tahu mereka sedang memijak kepala kita. Fikir-fikirkanlah…

  7. Assalamualaikum Tun,
    Saya masih ingat pada masa saya bekerja sebagai remisier di sebuah firma broker saham di Kuala Lumpur. Pada masa itu matawang Ringgit diserang penyangak matawang Soros. Matawang kita pada masa itu adalah pada tahap RM2.50 berbanding USD1.00.
    Apabila matawang kita diserang harga saham kita merudum dengan teruknya sehingga setiap hari terdapat beberapa harga saham syarikat mencecah “limit down” pada setiap sessi dagangan.
    Setiap peniaga saham menyaksikan kejatuhan ini dengan penuh rasa gerun dan sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk memulihkan keadaan ini, sehinggakan ketua eksekutif kami memberitahu kami untuk menjual segala saham yang ada kerana tidak pernah melihat keadaan pasaran sebegini teruk seumur hidupnya.
    Kami merasa amat tertekan apabila harga Ringgit mencecah RM4.30 berbanding USD1.00 sehingga tersebar khabar angin di pasaran dimana Soros kononnya dengan angkuh menalifon Tun menyatakan “….I see u at 5”
    Pada masa ini negara sedang berada ditahap yang paling kritikal yang boleh menjadikan negara kita bankrap.
    Namun Tun telah menjadi wira bangsa dan negara apabila mempraktikan pendekatan yang penuh kontroversi yang kononnya menyimpang dari prinsip kewangan dunia.
    Namun saya amat berterimakasih kepada Tun kerana pendekatan inilah yang telah menyelamatkan negara kita dari musnah dan mungkin jatuh ditangan kuasa IMF.
    Sememangnya tekanan terhadap Tun pada masa itu amat dasyat kerana terpaksa berhadapan dengan penyangak matawang serta cabaran utk menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang apa yg sedang berlaku.
    Sememangnya penerangan Tun yang menyalahkan Soros kerana berlakunya kejatuhan matawang kita sukar diterima, hanya masyarakat yg berpendidikan tinggi tentang kewangan mampu memahaminya.
    Saya ingin mencadangkan agar pengalaman Tun menghadapi tekanan ini dijadikan filem bagi memberi pengetahuan serta berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia bagaimana besarnya pengorbanan Tun.
    Masih ramai rakyat Malaysia serta dunia tidak memahami cara Barat menghalalkan perdagangan matawang yang sebenarnya adalah satu rompakan disiang hari (daylight robbery).
    Kekayaan yang mereka cipta sebenarnya adalah satu rompakan keatas negara kecil dan membangun seperti kita. Saya berharap Tun dapat mempertimbangkan cadangan ini supaya generasi baru dapat mempelajari dan menghargai pengorbanan Tun serta dapat mempromosikan pengaharaman perdagangan spekulasi matawang.
    [email protected]

  8. Salam Sayang dan Sejahtera buat Daddy Tun,
    Jelas sekali kekuasaan ekonomi termasuk ketenteraan yang ada pada negara2 blok barat seperti Amerika sangat bebas melakukan apa sahaja untuk selamatkan syarikat-syarikat (bail-outs) yang berkaitan dengan mereka walaupun mereka pernah mengutuk keras apa yang kita lakukan perkara yang sama dahulu untuk selematkan syarikat yang ada kepentingan dengan Kerajaan kita demi kesejahteraan rakyat. Bezanya cara mereka lakukan ialah dengan mencetak wang kertas yang mereka cipta sendiri dimana wang-wang tersebut TIDAK datang dari pembayar-pembayar cukai dan bukan dari mana-mana pertukaran sumber asli, hakikatnya mereka bebas mencetak kertas-kertas tersebut dengan aktiviti-aktiviti palsu yang mereka cipta sendiri. TIADA siapa yang boleh menghalang mereka berbuat demikian kerana mereka terlalu berkuasa ibaratnya bumi ciptaan Allah ini adalah milik mereka. Leberalisasi dan Globalisasi adalah mainan mereka untuk merompak dan mencipta pemalsuan. Rasanya hanya bencana alam dari Allah SWT yang bisa menghapuskan perbuatan mereka.

  9. Salam Tun
    1) Saya mendapati agak sukar untuk menghantar sebarang maklumbalas kepada Tun sejak kebelakangan ini . Tidak seperti dahulu komen pun kurang mungkin ada cuba menghalang.
    2) Didalam komen kali ini,Tun menggunakan perkataan ‘mereka’ sebanyak 28 kali, ‘Amerika Syarikat’ sekali dan ‘orang yang tamak’ sekali untuk gulungan yang menjalankan skim yang menjahanamkan dunia ketika ini.
    3) Siapa ‘mereka’ Tun, Yahudi? …..Madoff pun gagal juga.
    4) Orang kata yang boleh menjahanamkan dunia ialah ‘DAJAL’.
    5) Kalau ikut tulisan Tun tentu sudah ada suspek yang bolih dikenal pasti. Tak guna kita perketat kawalan atau ubah undang undang kalau ‘DAJAL’ di biar berkeliaran…..
    Wassalam

  10. Asalamualaikum bapak…
    lari dari topik kot….saya rasa dari pak dol sampai najib sama jer cara depa berfikir n beri alasan…la ni pun depa duk bangga kata ekonomi makin pulih tapi kenapa pulak dgr2 taun ni kitorang tak naik gaji n takder bonus….minyak ron 97 naik pun guna alasan yg sama subsidi….tak abis2 ngan subsidi…masa minyak dekat 100 dollar setong tak ingat pulak kitorang bagi subsidi kat kerajaan barisan nasional…..kami tak naik gaji n tak dapat bonus kami boleh terima asal ada keje…tapi pemimpin tu toksah duk citer yg sedap2 jer…sakit telinga kami dibuatnyer….saya dah luahkan yg terpendam kat blog pm…tapi ntah dia baca ke dak……
    saya tak tau brunei ada kilang penapis minyak sendiri ke tidak tapi yg pasti kerajaan depa jual minyak yg murah pada rakyat depa….
    gamak kerajaan m’sia murah hati sangat kot sampai jual kat org luar sama harga dgn org m’sia…pastu bising subsidi tak abis2…boringlah..bosanbosan….

  11. Yg Berbahagia Tun,
    Saya doakan semoga Tun sekeluarga dan seluruh warganegara yang cintakan keamanan, selamat sejahtera kerana di berikan rezeki olih Yang Maha Esa untk hidup di bumi bertuah, MALAYSIA ini.
    Sebagai warganegara yang prihatin, kita sepatutnya berasa amat bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan kepada kita semua, tanpa mengira asal usul, bangsa, agama dan fahaman politik. Sebagai sebuah negara yang berdaulat & merdeka, berperlembagaan dan mengamalkan sistem demokrasi tinggi, kita semua bebas untuk melakukan apa saja asalkan tidak melanggar tatasusila dan undang-undang negara.
    Dukacitanya, sejak akhir-akhir ini, negara tercinta ini telah diganggu-gugat olih puak-puak yang kecewa dan berkepentingan. Kewarasan pemikiran rakyat telah di manipulasikan dan sentiman bencikan pemerintahan dipalukan. Nyata sekali tindakan sedemikian amatlah keji dan tidak bertanggungjawab sama sekali.
    Mereka merinteh dan meruntun mahukan perubahan dan pembaharuan. Kesian! buta sejarah rupanya. Perubahan macam mana yang diidamkan? Sudah terang lagi bersuluh. Basuhlah muka, kemudian cerminkan diri. Barulah dapat realiti perbezaan dulu dan sekarang…

  12. Salam YAB dan Di Kasihi Tun,
    Artikel yang membuka minda. TABIAT BERHUTANG MEMANG AMAT DILARANG DALAM ISLAM, sebab akibatnya amatlah BURUK.
    Ikhtibar dari artikel Tun ini ialah SEBOLEH-BOLEH NYA ELAKKAN DARI BERHUTANG. Sebab itu Tun selalu nasihat (masa Tun PM) supaya jangan berhutang. Kalau berhutang untuk beli rumah/kereta, bolehlah dimaafkan lagi…sebab nampak hasilnya (bukan terlindung…)
    Memanglah, kalau melabur dalam DANA LINDUNG NILAI, pulangan atau keuntungan nya AMAT TINGGI, tetapi, RISIKO NYA JUGA AMAT TINGGI. Yang malang & pelik nya, ramai yang nampak pada UNTUNG SAJA, TAPI LUPA PADA RISIKO. Cepat Kaya, Cepat Juga Jatuh Miskin.
    Terima kasih Tun atas nasihat yang AMAT berguna.
    — Semoga Tun sekeluarga sentiasa dilindungi Allah SWT & sihat sejahtera —

  13. Assalammualaikum Tun,
    Kejatuhan ekonomi dunia tidak akan berhenti selagi kita menyokong sistem Barat. Ia akan berterusan sehingga amalan riba dihentikan. Jadi, sudah tiba masanya bank-bank di Malaysia berhenti daripada berurusan sistem riba ini. Dan sudah tiba masanya kita mengurangkan pergantungan negara luar memandangkan negara kita kaya dengan sumber galian dan makanan. Kerajaan perlukan satu pelan jangka panjang bagi membolehkan produk-produk berasaskan makanan dapat dikeluarkan secara aktif. Mungkin kita patut cipta satu jenama dibawah agensi kerajaan seperti Felcra, Felda atau Mardi (yang ada tak cukup).
    Mungkin saya kurang arif dalam hal ekonomi. Tetapi saya percaya jika kita menjaga kepentingan kita….insyaAllah kesan kejatuhan ekonomi seperti ini dapat dikurangkan, rakyat masih mampu hidup dengan selesa.
    Jika boleh, turunkan harga kenderaan (sebab kereta di Malaysia lebih mahal). Supaya rakyat mampu beli rumah (rumah pun mahal-mahal sekarang). Didiklah rakyat tidak berhutang, barulah rakyat suka membeli belah.

  14. SALAM TUN, SEMOGA SIHAT HENDAKNYA DI SAMPING ISTERI TERCINTA.
    PENJELASAN TUN AKAN HAL INI MEMANG HEBAT DAN TULUS. MASAALAHNYA SIAPA YANG TAK TULUS SEKARANG NI? ADAKAH KERAJAAN KITA JUGA TULUS DALAM MENJAGA HATI KAUM MELAYU? ADAKAH KAUM LAIN AKAN MENYOKONG KERAJAAN PADA PRU KE 13 NANTI?
    SAYA TIDAK LIHAT YANG KAUM LAIN AKAN MENGUNDI KERAJAAN YANG ADA KINI. MEREKA SEBALIKNYA AKAN MENYOKONG PERJUANGAN YANG ENTAH TIDAK TAHU KE MANA PERGI. MENGAPA KERAJAAN SEOLAH-OLAH CUBA MEMINGGIRKAN MELAYU? SEOLAH-OLAJ KAUM LAIN LEBIH PENTING PADA KERAJAAN. APA MELAYU INI TIDAK ADA APA=APA KE?
    MAAF TUN TERKELUAR TAJUK. TAPI INILAH HAKIKAT YANG TERJADI PADA MASA KINI.
    1 JULY HARI KEBENARAN kita sebarkan pada semua akan 1 july ini hari kebenaran http://anwar-juburi.blogspot.com/2009/05/1-july-hari-kebenaran. html

  15. Assalamualaikum Tun Dr Mahathir,
    Terima Kasih kerana penjelasan ini,
    Kalau pada tahun 98 pentadbiran tun berjaya mengenal pasti punca
    dan terus mencipta jalan keluar,maka seharusnya pentadbiran sekarang
    mengambil iktibar dan cuba mencipta satu lagi idea yang bernas spt
    yang pernah dilakukan oleh tun.
    MY WAY.

  16. Dear Tun,
    Maaf jika apa yang akan di sebutkan di sini tidak selaras dengan perkembangan semasa apa yang di katakan Bank Islam, (Islamic Finance) Kewangan Islam dan Islamic compliant financing dll.
    Saya suka memetik ayat seorang Islamic Financer dari Canada. Kata nya,” What is Islamic Financing but conventional Investment financing to get around the issue of Usury” atau “Apa itu Kewangan Islam melainkan Kewangan Investasi convensional yang mengenepikan isu riba'”.
    Jika ini lah landasan yang di gunakan oleh hampir semua institusi kewangan yang mengunakan Istilah Islam, seperti Islamic Banking, Islamic Financing dll…nampak nya kita semua sudah melisit dari landasan sebenar yang di ajarkan kepada Muslimin & Muslimat olih Al Quran and Sunnah Nabi Muhammad SAW.
    Landasan yang di gunakan institusi kewangan Islam masakini masih pada landasan kewangan convensional yang berlaku dan berputar kepada (interest) riba’ yang di haramkan olih Allah!!! na ‘uzubillah.
    Landasan sebenar system kewangan Islam telah di telah diajar kepada kita olih Nabi Muhammad SAW adalah berdasarkan ZAKAT (bukan Riba’).
    Zakat adalah berlawanan dari Riba’. Keredhaan dan hikmah yang ada di dalam penggunaan zakat sebagai dasar system kewangan adalah meluas, adil dan menyeluruh. Ia system sejagat yang tidak akan mengenepikan yang miskin/susah dan tidak pula meng-agongkan ketamakkan (greed).
    Ia akan menanamkan sifat fitrah manusia yang baik seperti yang di laung2kan pada bulan Ramadan – di mana kita juga di suruh keluarkan zakar fitrah. Amalam Bulan Ramadan (selain dari berpuasa) adalah amalan yang di suruh kita amalkan seterus nya di dalam hidup kita.
    Zakat adalah riba dibawah sifar (atau negative interest). Zakat WAJIB keatas semua harta yang cukup nisab dan haul nya. Maka jika kita simpan wang (yg melebihi nisab) di bank maka selepas setahun (haul) zakat nya wajib di potong. Bukan riba di bayar kerana wang nya di simpan di bank seperti sekarang!!
    Cukup sampai di sini saya merangsangkan fikiran pembaca2 blog Tun yang mahu berfikir dan bertakwa demi keredhaan Allah.
    Wassalam

  17. This is for XBB who expressed objection to have a subway (MRT) linked from Singapore to the Iskandar economic zone. Does he or her not see commercial benefits to Johor in the long run? What is so bad an idea to have the MRT running into the heart of Johor as opposed to having a crooked bridge which will not be able to totally solve the traffic jam, assuming one side is not bulging.

  18. Teringat masa dulu, ramai kawan-kawan ajak bersama melibatkan jualan seperti Amway, zulian. Saya rasa tak banyak-sikit macam tu la gaya nya nak dapat keuntungan atas angin bagi mereka yang dapat ahli yang ramai. ye tak?

  19. TUN.
    Didada akhbar hari ini pelbagai tajuk dan issu di utarakan.
    1.Kes politik negeri Perak. Siapa yang sebenar dan sah sebagai MB. Apakah ‘service’ bertukar tangan lagi.
    2.Gerakan PP mahu ketua parti komunis Malaya Chin Peng di benarkan pulang ka Malaysia. Apakah perlu bekas komunis ini kembali setelah bertindak kejam pada rakyat Tanah Melayu ketika itu, terutama pada kaum melayu. Adakah issu ini untuk kepentingan politik. dan akhir nya akan menambahkan lagi kemelut dan masaalah politik dalam negara.
    Saya haraf kerajaan tidak melayan pehak2 tertentu dalam issu ini.
    3.Pertubuhan haram Hindraf mengugut kerajaan. Tindakan yang lebih keras perlu diambil pehak keselamatan kerajaan untuk menyekat aktiviti Hindraf ini. Apa lah sangat kumpulan ini jika kerajaan mengambil kira keselamatan umum yang lebih besar jumlah nya.
    4.Setiap hari berlaku kes jenayah. Pembunuhan kejam. Rogol. Rompak. Ragut. Culik dan pelbagai jenayah lain. Apa dah jadi pada Malaysia
    sebuah negara 10 tahun yang lalu amat tenang dan bergitu selamat. Tapi tidak lagi waktu kebelakangan ini. Rakyat sudah rasa tidak lagi selamat walau dimana pun berada.Dirumah, di bandar, di jalan2 raya, siang atau malam tidak lagi berasa selamat. Bila2 masa sahaja bolih jadi mangsa jenayah. Apakah punca nya.
    5.Adakah Malaysia sedang menghadapi ‘musibah’ atau bala dari Allah SWT.

  20. In response to the comment given by XBB on the rumour of S’pore will be joining Iskandar region with sub-way, I would like to give my opinion as the resident of JB.
    There are so many huge shopping centers in JB. Todate, you hardly find them successful. Why ? very simple, in JB, we are short of population, short of tourist and more importantly, we lack people with spending power. Whether we like it or not, without Singaporean spending in JB over the week ends, JB businesses will not be able to sustain expensive rental rates.
    Well, what the government potrays of JB is different from reality. We have no way to compare to Penang, leave alone KL. Unless we have good infrastrutures such as high speed MRT/train linking JB and S’pore or within the towns in JB, businesses in JB will never be good.
    We need to face the reality. The reality is, we lack people that can spend.
    So, there is nothing wrong about having a sub-way joining S’pore and JB. This proposal, to me, is more pracitical than the proposal made by the Johor Mentri Besar to have LRT in the city of JB. Nothing is seen after his proposal was made years ago.

  21. Salam Tun,
    1) Di dalam nenerangkan hal dana lindung nilai ini, Tun telah menggunakan perkataan ‘mereka’ sebanyak 28 kali.
    2) Perkataan Amerika Syarikat dan Negara Kaya lain sekali.
    3) Perkataan ‘orang yang tamak’ cuma sekali.
    4) Perkataan tersebut terlalu umum, Tun tentu mengenali ‘mereka’ ini.
    5) Kita selalu menyalahkan Yahudi, itu mudah… Madoff pun Yahudi.
    6) Jika kita tonton TV setiap hari terutama CNN, CNBC, BBC, AJ dsbnya wartawan hanya membaca skrip yang di lulus pengarang yang dibayar gaji pemilik stesen yang sebenarnya dimiliki pula entah siapa.
    7) Contohnya didalam analisa kewangan yang mana naik turunnya saham boleh dipengaruhi oleh unjuran tertentu yang dibuat oleh pakar yang dibayar gaji oleh ‘mereka’ yang Tun sebutkan berulang kali. (percayalah ‘mereka’ tidak akan membayar Tun untuk kerja ini)
    8) Sama juga dengan situasi dunia; lapuran mengenai perang, keganasan, bencana alam, ketidakstabilan politik dsbnya semua boleh di skrip kan agar kita selalu melekat di TV dan mempengaruhi saham.
    9) Diharap Tun dapat kenalkan ‘mereka’ ini kepada kita semua. Mungkin ‘DAJAL’
    Wassalam.

  22. Tun,
    Great articles and interesting to know of the greed and abuses of the Hedge Funds being created where there isn’t any money involved.

  23. Assalamualaikum Ayahanda Tun,
    Maaf tun kalau komen saya lari dari tajuk.Saya sangatlah sedih apabila membaca komen dari saudari Diana berkenaan dengan Pulau Langkawi.Amatlah menyedihkan apabila terpaksa menerima hakikat bahawa pulau kebanggaan kita rakyat malaysia telah menjadi sesedih itu … Apa yang menyebabkan pulau langkawi telah dipinggirkan dan dipandang sebelah mata sehingga menjadi sebegitu rupa pada waktu pemerintahan kerajaan terdahulu amatlah membingungkan kepala …. Apakah kerana marahkan Tun lalu pulau langkawi yang dianggap sebagai Pet Projek tun telah diabaikan ? Apakah tiada pertimbangan langsung terhadap masa depan penduduk2 di pulau langkawi ? apakah pulau langkawi sudah tidak lagi berkemampuan membawa keuntungan terhadap negara ? saya tidak fikir begitu …. jikalau alasan untuk meminggirkn pulau langkawi hanyalah kerana atas alasan peribadi maka jelaslah disini bagaimana jenis orangnya manusia yang bernama Abdullah Ahmad Badawi … dan sedikit rasa hormat saya yg masih ada padanya sebagai bekas perdana menteri negara kita secara rasmi pada hari ini HILANG SEPENUHNYA !!!! kami rakyat malaysia sangat2 tidak menyangka bahawa kami hampir saja menggadaikan masa depan negara kami ini apabila menyerahkannya pada manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi … i have only one question to u sir … how do u sleep at nite ?

  24. Salam Tun,
    Sepertimana yg tun sedia maklum bukankah sistem kewangan dunia ini di monopoli oleh bank2 dan pemodal2 dan peniaga2 yg melaksanakan sistem kapitalis sebagai perkara pokok dalam perniagaan mereka yang mana ianya membolehkan mereka semua itu memaksimunkan keuntungan, jadi disebabkan pendukung2 yg ada dibelakang bank2 yg menjadikan sistem kapitalis sebagai asas perniagaan dalam mencari keuntungan maka amatlah sukar utk kita semua bangkit menangkis semua masalah berkaitan dgn ekonomi skrg ini.
    Seperti kata Tun dulu2 “If we cant beat them, why not join them”
    Ini semua ada angkara tangan2 ghaib yg dok berselindung di sebalik tabir pentadbiran sesebuah negara yg mana para politikus yg berkepentingan turut sama menjayakan dan menjaga supaya sistem kapitalis terus utuh dan berkembang demi mendapatkan keuntungan yg maksimun.
    Akhir sekali bagi saya yg tak berapa pandai ni dari apa yg saya faham tentang turun naiknya ekonomi semuanya terletak pada graf dan bukannya pada spekulatif sesuatu berita, kerana selama 7 thn saya berkecimpung dalam dunia forex dan intermarket semua perkara ini terletak pada wave pattern yg telah sedia ada sejak dari dulu lagi,
    cuma masa berlakunya kejatuhan ekonomi yg baru2 ini telah bermula setahun lebih awal iaitu pada thn 2007 wave pertama berlaku dan pada 2008 wave ketiga berlaku dan pada pengamatan saya skrg ni wave ke4 sedang menuju puncak dan ada kemungkinan besar akan berlaku new low pada sebahagian insturment yg diperdagangkan dalam jangkamasa 2 bulan kehadapan. Kesimpulannya apa sahaja komoditi indeks metal forex semua ini ada grafnya dan pergerakkan bergantung pada wave dan semua instrument yg diapungkan pasti akan ada spekulasi walaupun hanya beberapa % sahaja ianya tetap akan berlaku.
    Waallahualam.

  25. Dear Tun, salam mesra moga sihat bahagia. Kiriman saya untuk tajuk ini dgn izin…
    ……………WRITING A RESUME?
    I hope this mini series on economics is not turned into a resume! Just got this thought from the opening notes of the chorus line of loyal Che Det followers? The chorus of praises may switch to clamour for post?
    However the intellectual value of the series cannot be denied.

  26. Salam Tun and all, the world citizen need to change the feudal lord’s of current system.
    Excuse me if I’m wrong…
    Then, illegalised the current legal system which is actually illegal.
    After that, find the world resources supplied and understand why the greatest conflicts of power always happened where the resources are found?
    Further after that, understand the system of the world financial system since way before the world war 1
    Then for an individual to take part, everyone just need to think of the basic thing of what an average citizen in the world need, which is only three – home, food and love. The rest like edycation and comfortable life style will fall eventually.
    Hence, we need not to fight in those round table for cronism and allies and dividing the spread of the earth wealth and… and… wasted billions to loby for friends? I’m counting the billions that could be spend to provide those list to every single human being….
    I remember Bangladesh’s microcredit Grameen Bank and its creator, Muhammad Yunus for their efforts to create economic and social funds available to the poorest of the poor. If we do a simple culculation based on how much, says 27 dollars multiplied by earth populations plus income out of it…. now put the billions in the wealth of the well….I mean wishing well….sure the detail will be much in-depth if we go into financial system method.
    The fastest solution is to find a technology to change the human brain out there in the world table to accept that the current financial system is wrong and needed adjustment and changes of foreign policy/neighbour view on what I called “finding friends’ for life or money but its ended up normally losing both but finding a wealth for the earth and travel beyond…
    Every citizen aquire all the list aboved, we need nothing else, except, peace of mind. Where’s the fund, hiding? Find it under our very mind! No need to plan about finding the rich for your son or daughter. That investment doen not have a long term effect. Mostly severe suffering and give birth to more unwelcome crisis…world financial system must allow every citizen to be rich by themselves and not by Other People’s Money. Danny de Vito was just a lucky film star….who act in the movie where director’s using producer’s money. Danny knows, the producer’s used other people’s money too…so what the fuss of marrying the rich people who loan from the fund that the poor works for and saved for it?
    Corruption of the mind must have been happening since an ancient times. Why bother to change? Yoo, we need to change because the biggest supplier of the money, loan by the rich come from the poor! What if the poor stop saving every last dollar that they can afford and close their bank account in the whole world tomorrow? or… the whole world citizen who work in the ground in the countries commodities, strike for only a day… what will happen to the countries in the following weeks? The countries goes bust!
    Billions dollars injected to the rich companies, world wide….. and the poor take only little credit out of what they’re working for. Take care the poor companies, spread the wealth to them. The job is in the hand of the World Bank. Have our financial system adjusted soonest possible. The world have too much of ‘dirty and blood’ money.
    The world must listen to humanity calls……………stop.
    Without prejudice, much obliged
    “HUMANITY MUST RISE ABOVE THE EARTH, TO THE TOP OF THE ATMOSPHERE AND BEYOND, FOR ONLY THEN WILL WE FULLY UNDERSTAND THE WORLD IN WHICH WE LIVE” – SOCRATES

  27. Salam YAB Tun,
    Selepas penerangan-penerangan semua ini kita harap jangan ada lagi sesiapa yang masih jahil tentang hal-hal kewangan dan perbankan hendaknya.
    Jangan sesiapa cuba menyalahkan orang lain atas kejahilan diri mereka sendiri kerana tidak mengetahui, tidak faham atau malas untuk memahami penerangan-penerangan yang telah dibentangkan.
    Apa yang cuba dilakukan oleh Tun adalah atas rasa sempati, tanggungjawab, perihatin dan belas kasihan beliau terhadap rakyat negaranya yang masih ramai tidak mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku disekeliling mereka sekarang, agar kita semua belajar dan segera sedar.
    Pastinya ramai akan lebih minat tentang pergolakan politik semasa dan lain-lain topik daripada perkara penting yang melibatkan dan mengakibatkan kesengsaraan hidup manusia diserata dunia sekarang ini, yaitu, satu sistem ciptaan manusia untuk menghancurkan manusia lain dan cara operasi sistem tersebut.
    Apakah kita semua akan terus duduk diam sahaja menunggu sesuatu yang akan berlaku selepas ini atau akan terus bergelumang dan menyokong ketidakadilan sistem tersebut?
    Tiadakah sesiapa berani mencabar, menukar-ganti, membaik-pulih atau menghapuskan sistem yang ada dengan yang lebih adil dan saksama? Adakah sesiapa yang masih hidup dan sedar akan tugas dan amanah terhadap seluruh umat manusia di negara ini?
    Wassalam.

  28. Dearest Tun
    Thank you for the article. You’ve simplified it in such a way that ordinary people like me understand the root cause of this economic problem which started in the US.
    With your great mind and ability and guts and leadership, I would like to know your suggestion or what would you do to solve this problem and bring back the US and the world economy to where it was before the crisis.
    Good nite, dearest Tun.
    Tanjung Bunga and The View of Kedah Peak.

  29. Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun.
    Please pardon my off topic commenting here Tun. But perhaps kindly, I could still say a few lines here.
    Tun, something crossed my mind today; many years back when I was working somewhere, we had a situation whereby one of our senior managers had been caught taking cuts from a supplier big time. The manager was also disclosing quotation sums and classified spec figures to the said supplier – and so we caught up with him. And I was tasked to head that very posse committee that had investigated, prosecuted, bring to light the truth and proved the case for my higher seniors. As a result, the senior manager lost his job. To avoid bad PR, the company had agreed to just leave things at that. Last I heard he was a street vendor somewhere.
    But that is not why I am writing this in Tun. I write this in because I read the on-line news just now about the UMNO Ketua Pemuda making speeches on some issues in Malaysia and the news editor deemed it fit to carry out a whole net paragraph of it. I won

  30. Salam tun dihormati,rakyat tunggu-tunggu bila perlantikan penasihat ekonomi negara oleh Pak najib spt dijanjikan kepada rakyat,benda yg baik jangan lama-lama kerana rakyat tengah nilai kejujuran PM baru.

  31. DUN / MP kosong gantikan sahaja
    Kerajaan jangan membazir wang kerajaan dengan mengadakan pilihanraya kecil.
    Kalau mana-mana DUN / MP kosong atas apa sebab pun gantikan sahaja pemenang yang dekat sekali. Ubahkan undang-undang jika perlu. Gantian in adalah secara otomatik
    [email protected]

  32. Salam alaik…
    I want to reply the comment of
    By JoAuthor on May 16, 2009 5:25 PM:
    [quote]
    Dah la tu. Orang pun dah bosan dengar komen Tun yang tidak
    pernah membawa faedah kepada orang ramai, kecuali Tun sendiri.
    Sekali sekala tu cuba la merendah diri sikit. Jangan asyik kata
    orang lain saja yang salah. Tun sendiri ada buat banyak salah,
    tapi sentiasa nak salahkan orang untuk menutup salah Tun
    sendiri. Kita ni semua manusia biasa sahaja dan bukannya maksum,
    termasuk Tun sendiri.
    [/quote]
    As we all are Malaysian, I think there’s no need for me to
    translate his comment to English, presumably all of you can
    understand it… He said that Tun’s comments didn’t bring any
    BENEFIT to the people… The first English-language IQ test, the
    Terman-Binet, was adapted from an instrument used to measure IQ
    potential developed by Binet in France… Terman translated the
    test and employed it as a means to measure a person’s
    intellectual capacity based on their oral language, vocabulary,
    numerical reasoning, memory, motor speed and analysis skills…
    Profound mental retardation is an IQ test result below 20. Based
    from a Jo’s comment, it’s obviously everybody can say in
    scientifically way that Jo’s IQ is -20,000,000 (negative twenty
    millions). We are refering that as a mental retardation or
    simply, THE RETARD. When the retard start speaking or writing,
    they are going to show obviously a decremental of the X-Y axis
    graph (Cartesian coordinate system ) mental functioning because
    of the effect of retardation… The retard (the “terencat akal”)
    cant differentiate between benefit or failure… The term “mental
    retardation” has itself now acquired some pejorative and shameful
    connotations over the last few decades due to the use of
    “retarded” as an insult. This may in turn have contributed to its
    replacement with expressions such as “mentally challenged” or
    “intellectual disability”. Although there is no specific
    medication for mental retardation, many people with developmental
    disabilities have further medical complications and may take
    several medications… Mr Kamal Ahmad, do you have any treatment
    for this kind of a retard Malay? Owh yea, thanks for the email…
    Its cool and superb… Thanks kamal ahmad.
    ———————-
    Oh yea, Tun. I have read in The New York Times… A NASA Mars
    rover (NASA robotic vehical on Mars), the Spirit, is stuck… The
    rover drove into soft ground a couple of weeks ago, and when it
    tried to get out, its wheels slipped and it moved only a couple of
    inches… The engineers of NASA also have to investigate why the
    Spirit

  33. Salam Tun Yang di Hormati dan Pembaca budiman sekelian.
    Saya ada dapat satu e-mail bertulis seperti di bawah;
    Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk
    sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)
    Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.
    Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di
    Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
    Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk
    sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,
    Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly
    Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat
    tahu kekayaan sebenar ialah :-
    1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
    2. emas dan perak
    Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk
    buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
    Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar
    dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle
    East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).
    Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi
    kekurangan minyak.
    Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan
    pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
    Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa
    untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
    Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
    MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
    Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower.
    Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.
    Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, we have a 75% chance of a crisis within 5 years.
    Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam.

  34. Tun,
    I use to wonder how a man of your intelligence, character and vision could ever work with people like Badawi, Khir Toyo, Samy, Syed Hamid etc. I mean, were they your “yes men ” or did they ever contribute, really contribute to nation building.I have read all your wonderful articles and i am amazed at the strength of your words.
    Having said that, i guess for all the ills,( judiciary, racial tensions, Badawi, KJ, English & Maths, Anwar, Hindraf ) faced by Malaysians,you have somewhat been the contributing factor.
    AS they say, ” truth hurts “. Think about it.
    Nambiar

  35. Tun yang dikasihi.
    SATU RENCANA YANG MEMBINA, DAN PERLU DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG, APA LAGI IA DITULIS DALAM BAHASA MELAYU.

  36. Sekarang barulah saya faham kenapa krisis ekonomi makin lama makin teruk. Selama ini saya tertanya-tanya, apakah penyebab krisis ekonomi ini? Tun, adakah keadaan ini sama seperti tahun 1997/1998 dahulu? Kalau betullah, maknanya kita takkan pulih sampai bila2 ke?

  37. Salamunalaikum
    Berhutang atau mencetak wang untuk menampung spekulasi dunia, satu perbuatan yg dianggap wajar oleh cerdik pandai barat dan tidak kurangnya timur.
    Kalau kita lihat, M’sia pun tidak jauh ketinggalan kalau kita tak berhati2. Ada ura2 atau cadangan untuk menubuhkan derivative market yg syariah compliant. Dan jikalau ini berlaku, saya rasa mereka2 yg duduk di majlis syariah yg membenarkan ini berlaku boleh lah mencampakkan Quran kedlm tong sampah.
    Begitu juga dgn bursa saham. Kecuali ketika syarikat menerbitkan saham untuk org ramai, rata2 perdagangan saham tidak memberi menafaat kpd syarikat, ia cuma memberi menafaat bila syarikat ingin menerbitkan sekali lagi saham kerana dpt memperolehi premium yg lebih tinggi. Alternatif yg lebih baik ada tetapi tidak menjanjikan pulangan sekelip mata.
    Kemasukan dana asing utk melabur dlm saham akan merancakkan bursa, tetapi ia juga satu manipulasi. Ekonomi kita kecil berbanding amerika dan amerika telah gagal mengawal pelaburan masuk yg berbentuk spekulatif.
    Apa yg tun ckp betul, ternyata semua ini ada perkaitan rapat. Jawapan utk masalah ini pun ada tetapi persoalannya mungkin tiada politikal will untuk melaksanakannya ataupun kurang kepercayaan. Ataupun mungkin ilmu tak kesampaian.
    Di M’sia (dan serata dunia), rata2 penipuan berlaku dimana2, tetapi kita terpaksa menerimanya sebab kita tiada kuasa sebagai individu kecuali org2 yg bernasib baik yg dpt melaksanakan kehidupan mereka dgn meniaga (itupun kalau comply dgn peraturan Quran). Dari MLM, dari bursa, dari sistem bank dan insuran, dari majikan2, dari kerajaan dan sistem cukai, dari politikus2 yg memperjuangkan diri masing2, dari rakan2 yg mercari makan, dari sistem pembelajaran, dari sistem kesihatan dan mcm2 lagi. Semua penipuan ni ada contoh2 yg sudah dilakukan di barat yg cuba kita bawa ke sini dgn kata untuk memakmurkan lagi M’sia.
    Semua ni mungkin berniat baik, tetapi ternyata membawa kepada keburukan. Persoalannya utk kerajaan, jika kita dah ada contoh dari negara2 barat apa yg baik dan apa yg buruk kenape kita ambil juga contoh yg buruk tu menjadi model kita? ni saya tak paham.
    Kononnya amerika berminat nak belajar dari M’sia mcm mana kita tangani masa crisis ekonomi dahulu. Jawapannya bukanlah sesuatu yg canggih atau kompleks cuma kita berani mempraktikkan prinsip asas ekonomi dimana duit kita hanya laku didalam negara dan duit luar hanya laku dlm negara duit tu dtg. Apabila kita praktikkan prinsip itu, kita dpt mengelakkan duit kita dari dispekulasikan. Tetapi cara ini memerlukan adjustment kepada nilai matawang kita utk mengimbangi import/inflow/eksport/outflow. Dari segi infrastruktur yg ada tidak mencukupi utk melaksanakan perimbangan tersebut dgn lancar.
    Masalah ekonomi ni fluid, bermaksud masalah ni boleh evolve bila2 masa kerana polisi2 sedia ada dan akibat dari mempraktikkan polisi2 tersedia ada dan baru. Jadi pucuk pangkalnya, kalau kita betul2 nak repair kita kena pi ke asasnya dan dari situ kita repair sampai ke atas. kita tak boleh repair by piece meal.
    Satu lagi yg saya tak paham, dah lah negara kecil, nak bank banyak2 dlm negara kononnya nak jadi financial centre, nak challenge Singapura. Tapi apa gunanya utk rakyat M’sia? rumah mahal, kereta mahal, tax tinggi, yg kaya bertambah kaya sbb ada wealth mgt yg menambahkan lagi kekayaan mereka (money makes more money) yg majoriti tak kaya ni semakin terpinggir… lepas tu ada pulak idea dari Tun transform M’sia ke high cost country, naikkan gaji pekerja2 yg pastinya lebih ramai org asing masuk utk mendapatkan pekerjaan tersebut. Lebih byk bank, lebih cepat kita perkembangkan hedge funds di M’sia. Dahlah BNM buntu akal nak buat apa dgn monetary policy yg tak menjadi, buat pulak fiscal stimulus.
    Persoalannya: adakah bank2 tahu fungsi masing2? Sebagai pemegang amanah kemudian barulah sebagai pemiutang. Bank2 tak boleh bagi pinjaman dgn sewenang2nya kerana setiap RM1.00 bank rugi (NPL) bank perlu bagi RM34 dlm pinjaman baru utk mendapat balik modal yg rugi tu (assuming net margin of 3%). Tapi kerana bank besar, tak ramai lah nampak bagaimana seriousnya rugi RM1 tu. Seperti yg saya tulis tadi, kalau kita balik ke asas, kita boleh dpt jawapan kepada masalah kita. Dan sebagai org2 melayu yg mengaku Islam asas kita kat Quran, tetapi malangnya ia dilupai.
    Supaya org tak TERsinggung, diatas hanyalah perspektif saya dan bukan semua yg kerajaan buat tu tak baik, niat kerajaan selalunya baik (walaupun selalunya satu sifat reaktif bukannya proaktif) tetapi hasilnya mungkin tak baik utk masa panjang. Saya juga bukan penyokong pembangkang yg nyatanya bersikap opportunis seperti yg terpampang sekarang ni (sikap opportunis BN mungkin tersorok sikit bukannya takde tetapi individu yg berada dlm naungan BN ramai yg opportunis dan mementingkan diri sendiri tetapi mencerminkan yg sebaliknya dikhalayak ramai).

  38. Salam buat Tun berdua moga diberkati Allah s.w.t.
    1.Saya percaya semua ciptaan mereka ini dimonopoli oleh golongan yang memang ada kepentingan dengan bank-bank tersebut.Sama ada rakan niaga atau rakan-rakan perdagangan yang dikenali oleh pengurusan atasan bank-bank yang memberi perkhidmatan tersebut.
    2.Saya percaya krisis ekonomi ini akan diatasi oleh kerajaan Amerika sebab mereka mempunyai resolusi seperti mencipta pula bank-bank yang baru dan perniagaan secara haram ini akan terus dilaksanakan oleh mereka kerana kelulusan ekademik mereka yang ada memberi peluang pengurus-pengurus ini peluang pekerjaan ditempat yang lain.
    3.Proses ini akan sentiasa berulang-ulang selagi tiada hukuman yang adil dikenakan terhadap si pencipta sistem ini.Saya percaya rakan-rakan chedet seperti juga Rimba Emas tidak mungkin akan melibatkan diri semua ini malah tiada peluang diberikan oleh bank-bank ini.Kita hanya mangsa kesan tindakan oleh mereka melalui kesususahan dalam mendapatkan pekerjaan,kasta kuasa,kasta ilmu,kasta kehidupan serta kegagalan menuju jalan lurus kepada Allah s.w.t.
    4.Dalam kita meluahkan pandangan serta memberi komentar terhadap situasi ini kadang-kadang Rimba Emas terdetik juga hati ini apakah saat ini luahan kita didengari oleh yang memerintah atau cuma pandangan sesama kita yang kelapangan melayari laman ini.
    5.Pada pandangan Rimba Emas sekarang ini akibat tekanan untuk memenangi hati pengundi serta meramaikan penyokong kadang -kadang kebenaran kita di..iakan serta yang tidak kita ia..kan di..iakan oleh pemimpin kita.
    6.Komentar yang menghasilkan realiti serta kemahuan Tun mendekati pelayar chedet dari mereka yang sudah berjaya diatas membuatkan kami bagaikan dihargai juga walau pun bekas seorang pemimpin..
    7.Terima kasih Tun.Wallahua’lam.

  39. Salute to you Tun ;
    “WONDERFULL” to read your blok that teach us various issues nowaday, i found it is fruitfull & hope to read more, at least it is much more wonderfull than reading newspaper which are full of those wasteful politics.
    Thanks.

  40. Assalamualaikum Tun,
    Tun, saya tak tahu bagaiman caranya saya boleh meluahkan apa yang terbuku di hati saya ini kepada Tun. Tiba-tiba saya teringat beberapa bulan dulu saya pernah terbuka laman web Tun, maka saya fikir ini mungkin medium terbaik untuk saya meluahkan isi hati kepada Tun.
    Sebulan yang lalu saya telah pergi ke Pulau Langkawi. Pulau yang satu ketikanya di zaman pentadbiran Tun merupakan pulau tumpuan yang sangat gemilang dan berkembang pesat. Pada ketika percutian saya dan keluarga ke sana, bukanlah musim cuti sekolah tetapi masih pada hari minggu. Hakikatnya, Pulau Langkawi itu memang tidak sehebat pada zaman pentadbiran Tun. Ia bukanlah satu pulau bebas cukai yang digilai lagi. Kedai-kedai coklat dan beg di situ sungguh sayu sehingga jumlah manusia hanya boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja.
    Ketika saya dan keluarga pergi ke kilang pembuatan gamat yang paling popular di Langkawi (Jenama yang telah menembusi pasaran dunia), peniaga di situ mengakui bahawa Langkawi tidak lagi menjadi tumpuan seperti zaman pentadbiran Tun. Katanya, kebanyakan pengusaha industri gamat semuanya berpendapat begitu. Perusahaan merosot dengan teruk malah jumlah pelancong yang sedikit terpaksa dikongsi dengan pengusaha gamat yang terlalu ramai. Akibatnya banyaklah perusahaan gamat ditutup yang tinggal hanya kedai dan papan tanda yang lusuh bersepah di tepi jalan.
    Tun masih ingat The Datai dan The Andaman? Dua resort di Teluk Datai paling mewah di Langkawi. Kalau Tun pergi ke sana hari ini, Tun dapat lihat betapa sedihnya keadaan kedua-dua resort mewah tersebut. Jalan masuk ditumbuhi lalang setinggi manusia, rumah pengawal keselamatan ditumbuhi semak dan pokok menjalar, tak ubah seperti kawasan tinggal. Hakikatnya kedua-dua resort tersebut masih beroperasi ibarat Hidup Segan, Mati Tak Mahu. Saya sempat bersembang dengan penyambut tetamu, mereka mengatakan tempat mereka telah jatuh seiring dengan pengunduran Tun.
    Tun masih ingat Air Terjun Langkawi hasil Ilham Tun? Air terjun paling cantik dan saya pasti menelan kos yang amat tinggi untuk menghasilkannya. Air terjun itu telah lama kering, Tun. Batu-batunya telah pecah dan berlubang-lubang. Keadaannya sangat mendukacitakan. Kebetulan ketika saya dan keluarga meninjau keadaan di situ datang pelancong dari Holland sedang berbasikal berhenti untuk mengambil gambar. Katanya

  41. ASSALAMUALAIKUM AYAHANDA TUN!
    SAYA HARAP DATO SERI NAJIB AMBIL MELANTIK TUN SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI!
    WAHAI DATO SERI NAJIB, BUKALAH MATAMU DAN LIHATLAH, BETAPA HEBATNYA AYAHANDA TUN DR M YANG TERCINTA INI!
    SAYANG KALAU PM KITA TIDAK MELANTIK TUN SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI! TUN ADALAH PAKAR EKONOMI!
    KAMI BERHARAP YANG DS NAJIB AKAN MELANTIK TUN MENJADI PENASIHAT EKONOMI NEGARA!
    http://www.parpukari.com

  42. KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob menyokong penuh permohonan Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya.
    Salahuddin juga mengesa agar lima hakim yang akan mendengar rayuan Nizar khamis nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti.
    Beliau menegaskan demikian sebagai respon kepada permohonan Nizar semalam yang mahu mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
    “Bukan hanya lima hakim sebaliknya hakim-hakim tersebut perlulah mereka yang mempunyai intergriti dan juga telus dalam menjalankan tugas mereka.
    “Jika tidak kita bimbang keputusan Khamis nanti akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana hakim yang mendengar rayuan itu terdiri dari mereka yang boleh dibeli,” tegas beliau.
    Salahuddin turut menegaskan jika hakim yang dipilih tidak mempunyai integriti kepentingan awam tidak akan terbela dalam kes tersebut.
    Dipetik dari : Harakahdaily
    PARPUKARI: Anda lihatlah perangai pembangkang ni! Bila saja keputusan menyebelahi mereka maka mereka akan meraikannya dan mengatakan bahawa ini keputusan adil, tetapi apabila keputusan tidak menyebelahi mereka maka akan dituduh bermacam-macam!
    Kes ini belum selesai pun lagi tetapi Salehuddin Ayob sudah pun menjatuhkan hukuman ke atas hakim-hakim tersebut dengan menuduh mereka “mudah dibeli”
    Begitu mudah manusia bernama Salahuddin ini menjatuhkan hukuman! Dia bercakap sesuka hati dia, Salahudin dengan sengaja membuat kenyataan seperti ini! Apa tujuan sebenar beliau! Saya nampak kenyataan ini lebih kepada hasutan!
    Ya! Dia nak hasut rakyat supaya jangan percaya pada institusi kehakiman sedangkan anda semua tahu banyak keputusan yang menyebelahi mereka kebelakangan ini! Apa lagi yang mereka mahukan?
    Jika ditakdirkan keputusan menyebelahi BN maka cerita ini akan di jual di serata negara! Jika keputusan menyebelahi mereka maka mereka akan mengatakan inilah yang sepatutnya! Apa nak jadi ni? Kenapa manusia macam Salahuddin boleh memperkecilkan institusi kehakiman dan tiada siapa pun berani menegur atau ambil tindakan terhadapnya?
    Ini sudah terang lagi bersuluh merupakan ‘HASUTAN’. Mana pihak berkuasa kita? Perlukah kita membiarkan manusia yang tak bertanggungjawab ini terlepas begitu sahaja selepas dia meghina dan mencaci badan kehakiman yang adil?
    Inilah perangai tidak bermaruah pakatan pembangkang, kalau keputusan tidak menyebelahi mereka, maka akan dituduh sesuka hati mereka semuanya tidak adil! Mereka menuduh polis, badan kehakiman dan siapa sahaja dengan pelbagai macam tuduhan apabila apa yang mereka ingini tidak kesampaian!
    Apakah anda sebagai rakyat Malaysia masih lagi buta? Tidakkah anda nampak akan permainan politik kotor yang dipersembahkan oleh pembangkang yang tidak bertanggungjawab ini? Atau anda nampak tapi bua-buat tak nampak?
    Persoalannya, sampai bila kita sanggup di tipu oleh pakatan pembangkang yang tidak bermaruah ini? Artikel ini adalah satu dari fitnah dan tohmahan terhadap badan kehakiman, tetapi kalau hendak diceritakan akan FITNAH pakatan pembangkang ini, maka tujuh hari tujuh malam pun belum tentu habis perkiraannya!
    Minggu lepas apabila keputusan tidak meyebelahi BN, saya lihat BN menerimanya dengan hati terbuka! Tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan keputusan hakim tersebut, malah Dr Zambry dan exco-exconya keluar dari pejabat Menteri besar dengan tenang dan sabar tanpa berlaku apa-apa kekecohan!
    Bayangkanlah kalau perkara yang sama berlaku terhadap pakatan pembangkang! Saya percaya senarionya pasti berbeza!
    Fikir-fikirkanlah!
    http://www.parpukari.com

  43. Salam,
    Kebijaksanaan pakar ekonomi dunia boleh membenarkan tahap ekonomi meningkat atau menjunam dengan mudah.
    Di negara kita,pakar-pakar ekonomi perlulah bertindak dengan telus dan berwibawa,agar dunia dapat melihat kebijaksanaan pakar kita dan mencetuskan peningkatan ekonomi yang tinggi dan mengurangkan tahap inflasi kerana pada hemat saya,orang yang kaya memang merasai turun naik sumber kewangan mereka tapi kalau dah ada juta-juta,turun puluh ribu boleh makan KFC lagi,tapi golongan sederhana dan miskin,semasa ekonomi kukuh pun masih berfikit berkali-kali untuk makan KFC.Jadi para pakar ekonomi dan desokong dengan padu para pemimpin yang ada sekarang yang begitu bijaksana,maka tahap inflasi dapat dikurangkan,malahan kalau boleh hapuskan terus agar tiada lagi penduduk miskin tegar di negara kita.
    Sekadar pendapat dari org biasa-biasa je.
    http://www.zoompanas2.com

  44. Salam Tun.
    Semoga di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan usaha memberi kesedaran dari segi pengurusan kewangan dan ekonomi kepada rakyat malaysia am nya dan ummat islam khususnya

  45. Assalamualaikkum Dr.Mahathir & Dr.Siti Hasmah,
    1.Harap Dr.M seronok bangun awal-awal pagi, menghirup udara sejuk,segar dari ruang balkoni.
    Mungkin dengan Dr.Siti Hasmah dan kopi O’ di sebelah.
    (saya pula menulis dengan kucing parsi kesayangan saya disebelah…).
    2.Terima kasih kerana terus berkongsi ‘Methodologies'(kaedah2) kewangan dan mengajar kami supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap, sekaligus lenyap dari dunia perniagaan.
    Ini salah satu pengajaran Dr.M untuk kami sepanjang hayat kami.
    3.Inilah kebaikan “MAHATHIRISM”.
    4.Hang Tuah penah berpesan; “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”.
    Bukan saja Melayu, malah bangsa Malaysia pun akan hilang di dunia jikalau rakyat nya tidak berilmu, tidak mahu belajar dan meperbaiki diri melalui nasihat2 pakar pentadbir negara bertaraf antarabangsa, seperti Dr.M.
    5.Saya cuma harap, seluruh rakyat Malaysia sedar bahawa, kekalahan teruk BN pada 8 March adalah kerana, rakyat ‘hilang arah’,marah bila ‘kehilangan’ Dr.Mahathir sekian lama dan kesan baik ‘MAHATHIRISM’, amat-amat dirasai.
    6.Kini, rakyat perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib.
    Ini wajib, sebagai manusia yang di sayangi Tuhan.
    Tuhan suka bila kita memaafkan dan melupakan salah silap orang lain.Itu juga lah sifat Tuhan.Memberi peluang UNTUK BERUBAH.
    7.Sebab yang penting saya fikir…Prinsip ikhlas Datuk Seri Najib adalah “UBAH ATAU DIUBAH” (diubah oleh rakyat).”SHAPE UP OR SHIFT OUT”.
    8.Kita jangan bakar kelambu sebab marahkan nyamuk(hancurkan negara dengan serahkan sepenuhnya kepada pembangkang).
    9.Jangan kita serahkan sepenuhnya negara kita pada pembangkang yang tiada pengalaman langsung.
    Bila pembangkang memerintah, akan banyak berlaku “trial and error” & ‘power fights’ dan yang tanggung kesan buruk nya ialah rakyat sendiri.
    10.Bila itu berlaku, Malaysia akan kembali seperti bayi yang baru lahir.’Proses pembesaran dan pembelajarannya’ akan mengambil masa bertahun-tahun yang penuh onak dan duri.
    Mampukah kita tanggung dan merasa kesakitan duri2 nya?
    11.MAHATIRISM’ bagaikan ‘Alat Bantuan Pernafasan’ yang mula memberi hidup dan semangat baru kepada rakyat.
    12.Jadi kita pilih dan sokong pemimipin yang Dr.M suka.
    13.Sebab pemikiran waras yang bermula dihari ini,akan menentukan nasib Malaysia pada pilihanraya umum akan datang…
    12.Jadi, sokong lah MAHATIRISM yang terbukti di seluruh dunia yang penuh sumbangan…dari memilih yang hanya suka tidok dan mimpi di siang hari…
    Terima kasih!
    Jeffry Suresh Bin Abdullah

  46. Salam Tun & Famili,
    Bila Tun ceritakan pasal wang yang dicipta oleh penyangak2 ini, saya teringat cerita arwah nenek yang berniaga karipap ketika zaman Jepun. Duit “PISANG” telah dicetak dengan banyak dan diguna secara meluas ketika itu. Dipendekkan cerita, nenek saya dapat kumpul banyak duit PISANG ni hasil jualan karipapnya. Apabila perang tamat, tentera Jepun keluar dari Malaya, British kembali dan duit PISANG tak laku dah. Menangis tak berlagulah nenek saya. Itu cerita masa perang dunia ke 2. Hari ini, kisahnya lebih rumit sebab dirumitkan oleh penyangak2 tu.
    Dulu lagi orang dah buat lagu tu. Takdak dulu takdak la sekarang. Tapi orang kita mudah lupa.
    wassalam.

  47. Dear Tun,
    Is it all you want to tell us as far as the financial situation and how the trading of currencies….etc etc.. Anyway, thanks for sharing your knowledge.
    I believe we all would like to hear more on your point of view, what is going on with the current political situation in Malaysia, the state of Perak crisis, the Penang bridge, Where is the money of the port Klang investment, the JB/S’pore bridge. Now there are story about possible a subway which allow from S’pore to Iskandar economic zone. That’s a scary one!!! I do not think that’s a good idea, we want to build the bridge but was abolish, now S’pore wants to have their subway come thru to our economic heart. Does’t make sense at all if our government support that.

  48. Salam sejahtera pembuka bicaraku
    Ke hadapan Tun ayahanda Malaysiaku
    Harapanku agar sudi membaca pantunku
    Kerana ini adalah mesej tersiratku
    Epal Baiduri dibawa belayar
    Banyak betul diambil orang
    Ilmu jenis itu masih baru anakanda belajar
    Lebih baik anakanda berterus terang
    Kais pagi makan pagi
    Makan nasi menggunakan sudu
    Tercakap lebih melalui Digi
    Angkara mabuk buah Mengkudu
    Tsunami melanda merubah dunia
    Terpahat kenangan sukar dilupa
    Pelajaran dari Maha Guru suatu kurnia
    Hanya di Malaysia tercinta boleh ku jumpa
    Terlajak perahu boleh ku tarik
    Walau sederas mana arus menghalangku
    Terlanjur cakap yang tidak menarik
    Hanya trilion maaf yang mampu ku pohon darimu
    Takkan hilang melayu di dunia
    Walau ke mana masa dah pergi
    Gelagat negatif dah jadi sejarah dunia
    Janji ianya takkan berulang lagi
    Ilmu itu bagai sinaran cahaya mentari
    Aku sentiasa berguru mempelajarinya
    Wahai tuan Dr yang bijak bistari
    Penyakit stressku apakah ubatnya

  49. Askm dan Selamat Pagi Tun…
    Hanya org ekonomi memahami dan berfikir jauh tentang ekonomi…
    Diharap Tun dpt terus menyumbang pandangan dan pendapat Tun untuk kebaikan kita semua…
    TQ….

Comments are closed.