DAP

1. Banyak sudah yang diperkatakan berkenaan DAP, terutama kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bekerjasama dengan parti itu. Hampir semua cemuhan terhadap DAP diasaskan kepada kebencian terhadapnya sebagai parti totok Cina. DAP dipercayai berjuang semata-mata untuk bangsa Cina.

2. Yang anehnya parti MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu. Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu.

3. Walaupun MCA yang menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi menjadinya lebih kuat dalam Parti Barisan Nasional, ini juga tidak menarik bantahan dari ahli UMNO dan ramai orang Melayu.

4. Sebenarnya Parti DAP bukan parti perkauman Cina. Ia adalah parti berbilang kaum walaupun majoriti dari ahlinya Cina. Terdapat Melayu, India dan suku kaum Sabah Sarawak dalam DAP. Ada wakil rakyat DAP yang terdiri dari orang Melayu dan India. Pemimpin besar DAP dahulu ialah Karpal Singh.

5. DAP banyak mengguna bahasa kebangsaan dalam mesyuaratnya. Lagu partinya juga dinyanyi dalam bahasa kebangsaan.

6. Sebagai anggota dalam Pakatan Harapan DAP telah menyatakan secara terbuka dan menandatangani penyataan sokongan Pakatan Harapan kepada Perlembagaan Malaysia.

7. DAP bersama Pakatan Harapan, dan secara bersendirian menyokong dan mengiktiraf:

1) Institusi Raja-Raja Melayu
2) Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera
3) Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan
4) Agama rasmi Malaysia ialah Islam

8. Kepimpinan DAP tidak pernah tuntut jawatan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi DAP mengaku bahawa oleh kerana penduduk Cina adalah minoriti di Malaysia, tidak mungkin DAP mendiri Kerajaan diperingkat pusat di Malaysia, jauh sekali dari menjadi Perdana Menteri walaupun jika DAP menang semua kerusi yang ditandingi.

9. Dari 222 kerusi parlimen hanya 52 sahaja yang mempunyai majoriti Cina. Untuk mendiri Kerajaan DAP perlu miliki lebih daripada 111 kerusi. Jelaslah DAP tidak memiliki cukup kerusi. Tetapi ia boleh menganggotai Kerajaan campuran walaupun kurang dari kerusi Melayu. Demikian juga MCA dan Gerakan.

10. Mungkin juga parti berbilang kaum Melayu memberi beberapa kerusi kepada calon bukan Melayu. Tetapi majoriti dari tiga buah parti kepimpinan Melayu akan meletak calon Melayu dan PPBM sebagai parti Melayu tidak mungkin mencalon dan menyokong bukan Melayu sebagai Perdana Menteri. Gabungan parti-parti pembangkang tidak mungkin didominasi oleh DAP selain di Pulau Pinang.

11. Kenyataan Najib bahawa jika UMNO kalah maka Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri tidak berasas sama sekali. Sebaliknya Najib sudah pun mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China dan seorang penulis China menyatakan pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun dengan berbillion Ringgit modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut China. Kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Malaysia dengan negara China, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.

12. Sebenarnya yang patut ditakuti oleh UMNO dan orang Melayu ialah Najib sebagai Perdana Menteri, bukan Kit Siang. Rekod Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia, terutama orang Melayu. Sebaliknya rekod DAP di Pulau Pinang tidak seburuk Kerajaan BN di pusat.

40 thoughts on “DAP”

  1. Assalamualaikum Run

    Pada saya isu DAP ini isu lapok yg menjadi punchbag setiap Kali ada PRU. Sepanjang merdeka berapa org ahli DAP yg di jail atas sebab2 utk merosakan institusi orang melayu atau ugama Islam?… Jawapnya tak ada
    Jadi sebenarnya DAP ini bukan isu, isu ini hanyalah ilusi … Perkara ini boleh ditangani dengan MAKLUMAT … Comtohnya Kita buat dan cetak risalah2 simple dan diedarkan keseluruh negara utk disebar dan disampai keseluruh rakyat.
    Tq

  2. Dear Tun,

    If PH wins GE14, there are two things they need to declare/reconcile now. Firstly, it is about the selection process of PM. Secondly, first past the post method adopted should be changed ie the coalition that garnered the highest number of votes should be the actual / legitimate coalition to form the government.

    In developed countries.. citizens are allowed to choose their PM. There is even a mechanism for the President/PM to be impeached. Impeachment could perhaps it could be initiated by the MPs or the rakyat (when petition to Agong reached certain percentage). This needs to be defined and refined. There could also be multiple candidates for the PM election, and then, maybe from two of the best, Agong can select which one, to preserve Agong’s constitutional power. Or maybe candidate must obtain Agong’s endorsement, to be a candidate for the election of PM race, perhaps limit to maximum 4 candidates?.

    When the people elect the PM, it gives less reason for the elected PM to do things that are inappropriate to the rakyat betterment. The PM will know that his performance is crucial, for his reappointment will be based on that and determined by the rakyat. The current system is sth that promotes corruption – when MPs are given position by PM, they are loyal to PM (“cari makan”), instead of the rakyat, despite the PM doing blatant improper things to the nation.

  3. “Think of MACC as ‘family’, anti-graft chief tells public”

    family means Najis’s family??!!
    When MACC going to arrest Najis and his family for their big looting job?!!!

    lol…people not going to be perturbed by your actions on small looters…

  4. Salam Dearest YAB Tun,

    Allow me Tun:

    For Mr. Dave Copper, (who thinks that he is SO INTELLIGENT – S.I.),

    Hello again Mr. S.I.,

    You wrote: “The Prophet (s) said, “Seek knowledge even in China,”…” (May 9,2017 8:55 AM)

    This is not the first time you wrote the above (in this blog), and claimed that the ‘Prophet’ said it.

    I suggest you stop making a fool of yourself. (You should whack yourself again…)

    The above is NOT “Hadith Sahih”; it’s “Hadith PALSU / Hadith Maudhu’” (fake).

    Since you believe that you are so intelligent, may be you can at least do some research on the authenticity of the ‘hadith’.

    This time I said something about the ‘hadith’ (and your ignorance/ stup*dity?) because it seems that we have a person (PAS supporter / DAP supporter? – PAS is still cooperating with DAP in Selangor) who thinks that he is also so intelligent (like you – another Mr. S.I.). I bet he really believes that he is so knowledgeable and so highly EDUCATED (he totally agreed with what you said…ha…ha…ha…). In the past this person claimed that he knew Tun M very well, but then recently he said that Tun is an ‘INDIAN Muslim’. Jahil sungguh…Alahai…

    Thanks Tun.

    *** May Allah S.W.T. bless Tun and family ***

  5. …maaf buat rakan-rakan komentar dan kelab chedet kerana mungkin telah menyusahkan Tuan-tuan dan Puan-puan atas jemputan ke program JELAJAH SEMARAK DI KEPALA BATAS YANG TELAH TERBATAL ATAU TERTUNDA. RIMBA EMAS mohon maaf atas kegagalan ini. Untuk maklumat semua kekecewaan pihak AJK Kepala Batas ini telah mempengaruhi semangat terutamanya yang telah berkorban wang ringgit , tenaga, masa, kerjaya dan keluarga…

    Adakah ini juga akan mempengaruhi senario sokongan golongan bawahan terutamanya terhadap isu -isu semasa seperti GST, Subsidi dll. ??

    Mohon maaf dan terima kasih.

  6. Salam Tun.

    1. Di luah mati emak di telan mati bapak. Inilah ungkapan yang menjadi satu penyakit orang Melayu seperti pernah Tun ceritakan yang diterjemah dalam bahasa Malaysia membawa maksud MASAALAH ORANG MELAYU.

    2. Senario skripnya serupa dari kisah zaman Raja-Raja Melayu sehinggalah cita rasa terkini pergolakan kisah masyarakat popular CINTA MUDA MUDI.

    3. Semuanya kerana NAFSU yang telah di kurniakan kepada manusia ini. Maka tidak mengenal antara CINTA SEJATI DENGAN CINTA BUTA TULI.

    4. Adingan yang terpilih kali ini bak kisah klasik Raja yang berpergian ke Oman maka sepeninggalannya yang berjawatan di bawahnya mula menunjuk taring bila NAFSU DI RASUK SIFAT DENGKI YANG ADA PADA SYAITAN MUSUH MANUSIA.

    5. Kalau di kisah al-Quran sifat DENGKI SYAITAN MERESAPI dalam diri manusia sehingga luruh imannya sehingga terpedaya HAWA kemudiannya keanaknya HARUT DAN MARUT.

    6. Kita cucu-cicit juga di rasuki nafsu DENGKI MILIK SYAITAN sehinggalah telah menular dalam pentadbiran PPBM ini samaada secara sedar atau tidak sedar.

    7. Perebutan SERIKANDI kerana nafsu merebut jawatan telah menggangu dalam Program JELAJAH SEMARAK di KEPALA BATAS.

    8. Penyakit lama seperti yang ada pada parti terdahulu UMNO telah di bawa ke dalam PPBM sehinggalah merobek hati individu yang bertungkus lumus ingin menjayakan program ini.

    9. Penyakit DENGKI yang susah di buang ini akan menjadi musuh utama dalam pentadbiran PPBM ini.

    10. Harta dunia seperti perebutan jawatan, mengekal pengaroh , cucuk-mencucuk , kalau tidak di bendung akan mempengaruhi sokongan terutamanya dalam mengundi Pru 14 nanti.

    11. Rakyat akan menilai cara pimpinan yang di bawa bila di pilihnya kita PARTI yang mewakili mereka. Maka MUSUH DALAM SELIMUT akan bermaharajalela dalam pentadbiran sesebuah Parti tersebut.

    12. Sifat DENGKI MILIK SYAITAN inilah menjadi musuh utama kita manusia yang pastinya ujian demi ujian perlu rakyat hadapi sehinggalah tiada gunanya penyesalan bila tiba hari akhirat nanti.

    Tun…dilema DENGKI ini menghantui Rimba Emas dalam apa bidang di ceburi. Mohon kerjasama Tun supaya ianya jangan menjalar dengan cepat sehingga kami yang baru bertapak hilang membawa diri.

    Wallahua’lam.

  7. Salam everyone.
    1)To Mr Dave..I totally agree what you said..but you dont have to talk abt history to uneducated people who only know how to belittle others without proper knowledge.A lot of these type of people are in this chadet who disrespect others without thinking every human being are GOD creation and indirectly we are brothers and sisters coming from the same root of Adam and Eve.

    2)Tun,..I think you notice this idiot Najib said this country is moving with GST money.So where is the money frm rubber industry,income tax money,petroleum money,padi money,gas money,.and the list goes on.Dont he has the brain to find asolution without begging and forcing others to sacrifice for his weakness and stupidness?If he dont have the capability why become PM ?

    3)What Najib is trying to do is capturing most of the capable opposition members like Rafizi,Guan Eng and others so that they have police records and wont be eligible to contest in the next general election.

    4)Why UMNO members are talking abt Malay rights when they dont even appoint a Malay PM?Tunku Abd Rahman was a mix,Tun Razak,Tun Hussein and Najib are Indonesian and you are Indian Muslim.Except for Badawi,there has been no maiay PM,so is this is a malay party or foreigners party?

    5)To Malay people,go and learn history of our origin before proclaiming Malay rights in this country.The real bumiputera of Malaysia are the org Asli.If they dont get anything,why the malays are shouting for their rights?JUST ASKING..
    WASSALAM

  8. ASSALAMUALAIKUM WBT, YANG DIMULIAKAN AYAHANDA TUN SERTA KERABAT SEMUANYA. Good Day.
    a. MENJATUHKAN najib dan BN adalah fokus utama. Semestinya dijatuhkan, kalau tidak Negara kita akan lenyap dek kerana nak melayan kerenah penyamun yang asyik nak mengelak dari kena tangkap sambil ‘enjoy katak’ duit rakyat.

    b. Habis semua strategi yang dia gunakan asalkan tak kena tangkap. Rasuah, pecah amanah, jual tanah, jual kerakyatan, peras ugut, menipu, cakap lain buat lain, mencuri, menyamun, menghasut, memfitnah & macam2 lagi. Daripada suka dah naik menyampah pulak tengok muka dia & asyik nak dengar cakap dia, konon2nya betul.

    c. Orang bangang je cakap najib ni betul. Bukannya diaorang ni tak tahu, tapi disebabkan nak dapatkan habuan & tamak, apa nak jadi, jadilah. Negara nak hancur pun lantaklah.

    d. Strategi yang Sesuai, Bijak, Kukuh & Tepat sangat2lah diperlukan untuk menjatuhkan si ‘Ali baba & 40 penyamun’ ni. Penggabungan semua parti pembangkang/Pakatan Harapan adalah langkah tepat seandainya ingin berjaya mengalahkan mereka.

    e. Sesiapa sahaja tak kira ahli umno ke, bebas ke yang tak setuju dengan cara najib mentadbir Negara & sudah semestinya ahli parti pembangkang mestilah bersatu supaya si pengkhianat & penderhaka ini disingkirkan.

    f. Kepada ahli umno khasnya & juga orang Melayu seluruhnya mestilah sedar, jika tindakan diambil awal dulu, tidaklah ia melarat sehinggakan duit simpanan Negara pun dah nak habis dikerjakan. Jangan jadi pekak, buta & tuli.

    g. Sejarah pilihanraya yang lalu hendaklah direnung & diambil iktibar. Kalau tak bergabung macam mana nak menang. Setiap parti punya imej & objektif masing2 tetapi kalau dapat disatukan ketika pilihanraya kali ini, Insya ALLAH boleh menang & berjaya.

    h. Kita bersyukur. Malaysia cukup segalanya tetapi kalau dibiarkan dipimpin oleh ketua penjenayah, tak lama lagi boleh hancur jadinya. Negara kita tanah keramat, kalau salah pemimpin, kena bala lah jadinya. Pilihlah, kita sayangkan orang ke, parti ke, agama ke, Negara ke, bangsa ke? Saya sayangkan Agama, Bangsa dan Negara.

    i. Kepada najib & kuncu2nya, rakyat semakin ramai yang dah sedar, penjawat awam ramai yang diam2 membenci (takut tak dapat pencen), penguatkuasa2 dah mula ramai yang nak bangkit, ahli2 agama pula sedang memohon petunjuk supaya yang zalim dijatuhkan…..

    j. Daripada buat projek billion2, lebih baik buat ‘renovation/upgrade’ penjara sg buloh tu. Kalau dapat buat ‘dorm’, lagi baik sebab kawan2 lain pun nak ‘join’ juga. Senang sama senang, susah sama susah. Jangan lupa penjara wanita sekali ye…

    k. Penjenayah ‘will always think inside the box’. ‘You can run but you cannot hide, but if you can hide, of course you cannot run’.

    l. Buat Ayahanda Tun, Wa Caya Sama Lu.

  9. Chinese is the Jew of the East. Really?

    The Prophet (s) said, “Seek knowledge even in China,” why not seek knowledge even in Israel?

    China’s Ming Emperor praised The Prophet with The Hundred-word Eulogy, did any of the Jews praised The Prophet before?

    China’s Ming Emperor sent Cheng Ho (Zhen He) to visit and protected Sultan Mansur Shah.

    China sent their princess Hang Li Po to marry Malaccan Sultan Mansur Shah.

    China has 22 million Chinese Muslims, more than Malaysia Muslim.

    Chinese is the Jew of the East?

    Ali Akbar Hashim must be Nazi of the East then.

  10. Assalamualaikum Tun,

    Tun, si keruak ni cakap dendam Tun terhadap Dap sudah hilang ditelan peredaran masa. Apakah masa itu Tun sebagai ketua negara berdendam dengan rakyat Malaysia, Dap pun rakyat Malaysia begitu juga dengan yang lain2 di luar kerajaan. Bila dah jadi PM Malaysia, you are PM for all. Bila dah tak jadi PM dan keluar umno nak dendam apa lagi kan, Tun.

    Pada pandangan saya, dalam politik semua ketua mesti ada something as baits or to act as nice curry flavour in an attempt to keep their members in tact, spirited and mesmerized. Dap dan Pas jadi baits yang sangat popular. There’s bound to be shift policy when something extraordinary or certain circumstances occurred. So it’s nothing out of the ordinary, if a person who used to believe in someone but that someone betrays the trust given, made a U-turn not to believe and trust that someone anymore, well after all attempts and advices were brushed aside by that someone.

    Tapi bagaimama pula umno boleh buat U-turn dengan Pas yang dulu2 memfitnah umno kafir dan malaun dan mendoakan umno TKO? Apakah umno dah terpukau dan terpaut dengan politik matang Pas sekarang? Pas dulu tak matang la ye. So umno pun ada buat U-turn, pusing roundabout, gostan – apa2 kaedah dan strategi digunakai adalah untuk kepentingan masing2. That’s Malaysia politics.

    Now umno don’t have the guts to offend their new brotherhood with Pas. With the Dap umno is showing off its masculinity, but with Pas it has become soften almost like a…pussy? With all their newfound ‘love’ splashed all over the mainstream media I couldn’t help feeling that either they’re trying to ‘umnonified’ or ‘pastified’ the Malays. Either way, what do the Malays get – a massacre of trust and extermination of courage by the hypocrites. Can the Malays declared themselves independent when they’re not free to choose and get punished to be different by the bullyboys?

    On another matter Tun, before it is even built Bandar Malaysia has collapsed. All those wastage of billions ringgit paid to the brilliant advisers and analysts in businesses and economy. Not to worry, Malaysia they will tapped even more from the taxpayers with their next plan B. Now we can see so many projects announced here and there – and where do the money come from? More donations? Make money without money? Cashless payment? – of course without any necessary documented transactions, it’s as easy as abc, to them la not to ordinary lowly people.

    You know Tun what we need most for the kerajaan to do to the people – to provide our children with unpolluted politics and affordable living. Please help our children, Tun.

    May Allah bless and protect you and family always. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care of your safety and Thank you Tun.

  11. Assalam Tun.

    Two days after the termination of the share sale agreement by TRX City with IWH-CREC consurtium, on 05th May ’17 1MDB president and chief executive officer Arul Kanda the liar has assured BN MPs that an important announcement would be made soon…..

    Today Arul Kanda the liar made that announcement, he was sacked as TRX director!
    At last!
    This time he’s not lying.

  12. Really??? Its a surprise coming out from you…am so confused…even singapore not ready to give a way for an Indian prime minister despite how ready he is.. lks is ready to protect all of us?? How abt the malays?

  13. Berdasarkan kepada 22 tahun pimpinan Tun, saya lebih mempercayai kejujuran Dan keikhlasan dalam diri Tun berbanding Najib. Kedua-dua elemen tersebut adalah penting dalam diri pemimpin. DAP pula lebih baik dari MCA, MIC dan PAS. Saya berdoa agar Pakatan Harapan berjaya dalam PRU14 atau setidak-tidaknya Najib kecundang di kawasannya sendiri. Kita bina semula Malaysia yang berjaya dan disegani. Kembalikan kesejahteraan negara dan rakyat. InsyaAllah pelaburan yang ikhlas akan mencurah-ruah masuk ke negara kita.
    Kelihatan penyokong Najib terdiri daripada kalangan yang belum merdeka minda dan jiwa sebab mereka berajakan wang. Berbeza dengan penyokong Tun. Penyokong Tun terdiri daripada golongan yang sudah merdeka minda dan jiwa. Tidak gentar mencari keadilan sebab mereka berpegang kepada prinsip demi kesejahteraan negara.

  14. Dear Sir,

    Everyone are hoping that the next General Election will be the calamity to Najib And The Gang

    With a such a briliant teams behind Najib And The Gang, mathematically it is very thin hope of opposition to win

    The National Front coalition since 50 years back are truly united but the opposition are divided till now

    If only The MCA and MIC are out from the National Front coalition and join hand with Pakatan Harapan, chances of winning definitely in hand

    MCA and MIC know the wrong doing but choose to stay

    MCA being a Chinese dominated party with a Chinese mindset i.e. cling on to whom with power for economic and monetary gain

    Being a Chinese money is everythings

    Chinese is the Jew of the East, opportunist

    Being a Chinese, most of them are doing their home work well

    If only Pakatan Harapan can convince and offered a better pie than National Front, A SWING VOTES, massive swing will not happened

    It is a very difficult war against Najib and The Gang

    He is so much brilliant and that the reason why you self pick him as a Prime Minister of Malaysia

    I have wrote to you back in the days you in power that so many deadwood in your cabinet

    Najib has brain and you see it

    Now he outshined you in every angle

    I have faith on you

    Winner never quit, quiter never win

    UNITED WE STAND DIVIDED WE FALL

  15. Assalamualaikum Tun.

    Sebagai orang Islam pegangan kita adalah Al Quran dan Sunnah.

    Walau banyak pendapat berlainan tetapi itulah kreativiti khalifah bumi ciptaan Allah swt.

    Usah risau setelah belajar agama (belajar jadi baik sampai dihina mungkin), Allah adalah tempat berlindung di hati kita.

    Jangan kita fikir belajar agama adalah perkara mudah dan tanpa disiplin yang ketat menuntut kekentalan jiwa dan mental.

    Malah belajar agama adalah lebih ketat disiplinnya dari belajar sekolah kerajaan.

    Melalui pembelajaran tidak rasmi saya sendiri, pisau berada di tengkuk saya. Saya biarkan saja…

    Cubalah sekarang, saya tak tahu apa saya akan lakukan.

    Terdapat di kalangan orang besar kita membezakan pendidikan pondok agama dengan pendidikan biasa/English. Malah menghukum pendidikan pondok agama sebagai keterlaluan.

    Mungkin ada yang silap kerana sikap manusia pendidik itu sendiri yang berada tidak kira di mana mana pusat pendidikan. Namun ia tidak terhad pada pendidikan pondok semata mata.

    Contohnya Tun lebih kepada aliran English, dan saya lebih kepada tasawuf. Siapa yang lebih bagus? Malah jika Tun menulis mengenai perkara yang condong kepada agama, banyak komen akan menegur tulisan Tun dah lain, kerana semua orang tahu Tun berpendidikan English.

    Tetapi orang terlepas pandang, Tun berjaya dalam hidup kerana Tun mendengar pesanan ibu Tun. Ibu Tun banyak memberi pengaruh dalam kejayaan Tun. Itu pandangan dari mata hati saya. Kalau nak tahu betul betul atau tidak kena tanya Tun sendiri la…

    Saya tidak fikir cikgu pendidikan English akan bagi nasihat “dengar cakap ibu kamu”

    Al Fatihah untuk adik Thaqif. Demi Allah yang Maha Pemyantun.

    Terima kasih Tun.

  16. Salam Sejahtera kepada Tun Bijaksana dan rakan rakan yang lain,

    Saya amat tertarik dengan persoalan yang dibawa oleh En syed. Pada pengamatan saya, Bijaksan seperti Tun Mahathir dan Pehin Taib Mahmud adalah sukar ganti. Mereka mempunyai tahap pemikiran yang jauh kehadapan, maju dan mereka adalah top student di sekolah zaman dulu.

    Bagi saya untuk melihat kebijaksanaan pemimpin kita kena lihat track record, 10 langkah mereka bila mengambilalih kepimpinan dan usia ketika memimpin. Contoh-contoh kepimpinan yang berjaya,

    1) Tun Mahathir berjaya mengamgkat malaysia dari negara kecil dan miskin hingga berstatus Negara Membangun. Dari pendapatan petani Rm100 sebulan ke pendapatan Rm10 000. Orang melayu yang disisih british ber-puluhan5 tahun menjadi sebahagian dari ekonom.Langkah pentadbiran politik pembangunan dan peningkatan kewangan negera.

    2) PEhin Taib berjaya membangun Sarawak dan memastikan keharmonian kaum. Berjaya Meningkat Pendapatan negeri berbilion2. Langkah pentadbiran politik pembangunan dan peningkatan kewangan negeri.

    3) Era malang bagi YAB Najib Razak yang menambah hutang 1 trillion untuk memajukan negara tetapi yang terjadi sebaliknya. Kelemahan ketenteraan negara dan GST munkin akan meruntuhkan Empayar Melayu dan mungkin dia akan menerima nasib sebagai Tun Mahmud(Sultan melaka terakhir). Masa sekarang Malaysia telah dibuli teruk diluar negara disebabkan kelemahan ketenteran, ekonimi dan kewangan.

    4) Presiden Obama sewaktu mula2 menjadi Presiden dia melantik Consultant untuk mengkaji keseluruhan GLC untuk menghasilkan keuntungan dan berjaya. MEreka sangat canggih dari ketenteraan,teknologi dan kekal sebagai Negara menguasai dunia.

    5) Genhsis Khan berjaya menguasai 85% populasi dunia dan 75% dari keluasan tanah dunia era dahulu. Langkahnya dengan menyatupadukan kaum/ puak2 kecil dan memerangi penentang dengan agresif.

    6) Alexander the great berjaya menguasai 60% populasi dunia dan 50% keluasan tanah. Padahal usia beliau hanyalah 22 tahun dengan halatuju untuk menguasai dunia.

    7) Sultan AL-Fatih. MEnguasai kerajaan Islam antara yang terbesar di dunia dengan merampas semula maruah Islam iaitu Jarusalem (masjid AL-Aqsa). Di usia 20-an tahun.

    8) President Erdogan. Berjaya mengangkat semula ekonomi bangsa Turki sehingga menjadi yang ke2 maju di Eropah. Langkah kepimpinan memajukan negara, meningkat pendapatan rakyat, mengembang Ekonomi dan kekayaan negara (Top 1st ekonomi paling cepat maju di Eropah), Pendidikan Percuma, Peluang Pekerjaan, Pelabuhan Kapal terbang terbesar Eropah dan bermacam lagi.

    Selesi sudah penjelasan mengenai kejayaan pemimpin negeri, negara dan dunia.

  17. Assalamualaikum Tun.

    Saya tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh saudara quprum.

    Persoalan itu selayaknya telah diambil maklum oleh saya, dan boleh dikatakan saya boleh berpuashati dengan keputusan dan tindakan yang telah diambil oleh Tun Mahathir.

    Tahniah Tun.

    Terima kasih.

  18. salam sejahtera Tun Yg amat bijaksana …

    Saya selaku warganegara malaysia (dan berjaya disebabkan oleh sistem ekonomi dan pendidikan yang di bina oleh tun sejak tahun 1980an) berhak untuk menanyakan mengenai masa depan rakyat.

    Yang Bijaksana Tun,

    Pihak kami ingin mengetahui pandangan tun terhadap beberapa persoalan ini?

    1) Masa Depan Politik di sarawak.

    Di bawah pentadbiran Taib Mahmud di Sarawak negeri ini terbukti berjaya maju. Buktinya dari tahun 1980an sarawak sebuah negeri miskin berjaya menghasilkan pendapatan Puluhan billion di tahun pentadbirannya, membangun pesat beberapa industri dan sistem ekonomi dan bermacam lagi.

    1)Bagaimanapun, sejak pentadbiran adenan satem. 6 tahun negeri ini berada dalam keadaan statika datang pada tahun 2010 dan tahun 2017 keadaan adalah sama dan statik. Kalau kita di bandar kuching seluruh bandah bangunan telah buruk dan usang. Di pelabuhan kapal2 kelihatan 1-2 biji sahaja. Di bandar terdapat banyak kedai judi dan pusat urut dan pasar2 yang kosong tanpa pembeli. Bangunan kerajaan yang buruk dan tak sesuai ikut zaman.

    2)Baru baru ini, kita melihat Abang johari merombak kabinet dan meletak cina sebagai menteri ekonomi dan e commerce (Sepatutnya bidang IT atau ecommerce diberi kepada orang Melayu sebab itu boleh jadi selling point dan intergrate business model/di sebabkan banyak orang melayu kekurangan sebagai pengusaha jadi mereka boleh jadi penjual online) Tidakkah ini seperti tindakan british awal tahun 1980an dengan meletakkan bangsa melayu di kampung2 dan peringkat miskin.

    3) Track record. Sepanjang pentadbiran Taib Mahmud yang berjaya meningkat pendapatan negeri kepada Billion sejak 1980an. Sepatutnya, abg johari berusaha untuk meningkat pendapatan negeri kepada Trillion barulah dapat menjamin masa depan rakyat. (kalau ada 1 trillion barulah gaji pegawai kerajaan naikan, budget glc kerajaan negeri dinaikkan, brim 1000 sebulan utk penganggur dan macam2 lagi) Tapi strategi dan perancangan yang nampak kelihatan lapuk dan bodoh.

    4) Kebodohan Abang Johari. Pertama dia menambah hutang/beban dengan mengambil Sarawak Hidro dari Semenanjung. Kedua, Dia membuka bank yang tak perlu dan buang masa..sedangkan di malaysia sudah ada 23 bank dan beribu-ribu bank di luar negara. Kalau projek genuine, ada track record, feasible dan menguntungkan sudah tentu berebut bank luar negara naik memberi hutang. Ketiga, sosioekonomi kaum yang tidak matang dalam pelaksanaan pentadbiran.

    Jadi, saya berharap agar Tun yang bijaksana dapat memberi pendapat yang lehih bernas dalam persoalan ini. Disebabkan pengalaman abang johari hanya dalam negeri (macam ikan dalam kuali kecil) berbanding tun yang mengetuai negara dan terbukti berjaya.

    Di harap pembaca lain memberi pandangan mengenai persoalan ini.
    Sekian

  19. Salam Tun Mahathir,

    Say amat kagum dengan tun sejak zaman persekolahan lagi. Ayah sering menceritakan kehebatan tun. Saya juga selalu tonton video ucapan Tun. Namun, kekaguman saya terhadap Tun tidaklah sampai mengiyakan segala apa yang Tun syorkan. Tun pernah cakap segala-galanya terpulang kepada rakyat untuk memilih. Saya berpendapat perjuangan UMNO masih relevan kerana objektif matlamat penubuhannya amat luhur walaupun kepimpinan sekarang tidaklah sekuat dan sehebat zaman tun. Tun dilihat sering mengeluarkan komen2 negatif terhadap kepimpinan sekarang masih boleh diterima namun bila Tun mula bekerjasama dengan pembangkang lebih2 lagi DAP, itu merupakan tindakan yang tidak boleh diterima lebih2 lagi oleh seorang negarawan yang disanjungi. Tun sanggup bekerjasama dengan DAP dan Anwar semata2 untuk menjayakan hasrat Tun untuk melihat Najib jatuh. Sejauh ini Tun sudah pergi. Namun, itu pilihan yang Tun buat dan rakyat juga punya pilihan mereka. Saya masih percaya banyak lagi cara untuk memperbaiki keadaan tetapi bukan dengan bekerjasama dengan DAP dan Anwar. Walaupun begitu tidaklah saya membakul sampahkan buku memoir Tun. Itu merupakan buku terbaik yang pernah saya baca selama ini. Jasa Tun pada negara tidak boleh dinafikan dan sentiasa dalam ingatan dan sejarah negara ini. Pandangan yang tun berikan(selain jatuhkan kerajaan sedia ada) sentiasa relevan lebih2 lagi isu ahli Bersatu yang inginkan habuan dan keuntungan serta isu Teksi vs Uber. Mohon Tun sentiasa sihat dan boleh menyumbang idea kpd pembangunan negara serta perjuangan keamanan untuk umat Islam khasnya di timur tengah. Pilihan raya era Najib agak menarik dan setiap siri2 pilihan raya ibarat ibu segala pilihan raya. Moga rakyat Malaysia khasnya umat Islam boleh dan mampu buat pilihan terbaik.

    Terima kasih Tun.

  20. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Seorang yang RASIS akan SENTIASA menuduh kaum LAIN rasis jika kaum tersebut berjuang untuk kepentingan kaum sendiri.

    2. Golongan yang rasis juga dengan tidak segan silu menjaga kepentingan kaum mereka, namun akan bermati-matian tidak mengaku bahawa merekalah yang sebenarnya rasis.

    3. Sebagai seorang Melayu Islam kita perlu jaga kepentingan kita.

    4. Jangan haraplah ada kaum bukan Melayu/Islam yang akan bertungkus lumus untuk menolong kita. Jangan berharap juga kepada golongan yang liberal (lemah jati diri Melayu / Islam). Sudah tentu golongan munafik (hipokrit) perlu ditolak.

    5. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, amat sukar untuk saya dengar laungan AZAN di tempat saya (MB orang Melayu Islam dari Kerajaan DAP/ PKR/ PAS). Jika dengar pun (azan), cuma sayup2; kadang2 tidak kedengaran langsung. Kediaman saya hampir dengan Masjid, dan boleh nampak kubah Masjid dari rumah saya. Dulu saya boleh dengar dengan jelas azan, tazkirah subuh, dan juga khutbah Jumaat, tetapi sekarang sudah rasa seperti tinggal di negeri/negara kafir. (Isu2 lain telah saya ulas banyak kali dalam blog ini.)

    6. Sebenarnya pihak Pembangkang tidak perlu bekerja keras untuk menumbangkan BN kerana PM Najib @ Ah Jib Gor & gang telah /sedang melakukan tugas CEMERLANG dalam merealisasikan impian parti2 Pembangkang. Saya lihat pihak DAP tidak bekerja terlalu keras (berbanding dahulu) sebab mereka ‘sedar’ yang PM AhJib banyak ‘membantu’ mereka. PM AhJIb ialah ‘aset/senjata’ paling berharga untuk menewaskan BN.

    7. Apa yang saya lihat, cuma Tun M dan PPBM yang sedang bertungkus-lumus. (Maaf Tun kerana berkata benar.)

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  21. Assalamualaikum Tun.

    Tajuk DAP.

    Timbul dibenak pemikiran saya, apa bezanya DAP dan MCA?

    1. Kalau kita lihat ahli-ahli MCA terdiri hanya dari kaum Cina sahaja. Manakala DAP terdiri dari berbagai kaum. Di sini boleh kita lihat MCA lebih rasist dari DAP.

    2. Kalau kita lihat tentang perjuangan, MCA pernah meminta jawatan TPM tetapi DAP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan pun tentang jawatan tersebut. Yang mengeluarkan kenyataan itu cuma momokan “menakut-nakutkan Melayu” dari pemimpin UMNO kepada ahli-ahli UMNO yang tidak matang tentang maklumat sahih.

    3. Politik boleh berubah-ubah ikut pemimpin. Dulu UMNO dipimpin oleh pemimpin yang berfikiran luas demi kepenting semua rakyat dan cukup berintegriti tetapi kini dipimpin oleh individu yang tersangat lemah integritinya. Cakap tidak seperti bikin. Penipuan paling jelas rakyat fahami ialah lebih 30 alasan dari PM sekarang menafikan wang tidak masuk ke akaun peribadinya tetapi akhirnya mengaku. Adakah kepimpinan sebegini yang rakyat bijak mahu kekalkan dan jenerasi akan datang wajar banggakan? Samalah ibaratnya kalau sebuah parti itu sebuah kapal perang dan ianya jelas dipimpin oleh pemimpin yang jelas munafik (mengaku Islam tetapi penipu besar), manakala sebuah kapal lagi dipimpin oleh orang yang bersifat sebaliknya. Antara dua pilihan, kapala apakah pilihan rakyat? Pilihan adalah masa PRU berlaku.

    4. DAP dan MCA agak sama perjuangannya iaitu menolak hukum HUDUD. Hairannya semasa bergabung dengan Pakatan Harapan sebelum ini, PAS tidak nampak perkara asas ini. Tetapi sekarang bila bergaduh dan bercerai dengan DAP, perkara dalam kain pun dibongkar.

    5. Antara dua parti terbesar Cina, saya melihat pengaruh DAP berbanding MCA adalah 90:10. Ini boleh kita lihat keputusan PRU yang lalu di kawasan majoriti Cina khususnya di bandar-bandar. MCA dan Pergerakan hampir tidak releven lagi dewasa ini.

    6. Dalam PRU14 akan datang, sekali pun PAS menyatakan tidak akan bergabung bersama BN mahupun PH, kerusi PAS akan berkurangan dengan lebih ketara di kawasan luar Kelantan dan Terengganu di mana bukan pengundi Islam tidak akan memberi undi kepada PAS.

    7. Bagi saya, sepatutnya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dipimpin oleh orang seperti Najib, rakyat hanya ada satu pilihan iaitu:

    RAKYAT MESTI MENOLAK PARTI YANG DIPIMPIN OLEH NAJIB DAN JUGA TIDAK MEMBERI UNDI KEPADA PARTI YANG BERSEKONGKOL DENGAN NAJIB.

    RAKYAT PERLU BIJAK, PILIHAN HANYA SATU.

    Wassalam.

  22. Assalamualaikum Tun.

    Saya tak percayakan sesiapa. Orang minta tolong saya tolong kalau saya ikhlas.

    Saya tidak meminta. Saya hanya memberi.

    Semua orang ada kepentingan peribadi untuk dicapai. Saya tidak percayakan sesiapa. Saya hanya ikhlas kerana Allah swt.

    Saya terhidu bau politik yang amat kuat pada hidung saya pada 6 bulan pertama saya log in blog http://www.1Malaysia.com (blog Najib). Dan benarlah bau tersebut.

    Apa yang saya tahu, saya selesa berada di blog ini. Saya tidak percayakan sesiapa.

    Jika umur Tun masih muda dan tidak dalam lingkungan 80-an ketika saya log in di sini, mungkin saya tidak akan menulis seperti mana saya menulis. Buat apa saya bagi percuma kuasa dan kekayaan pada orang yang masih boleh berkuasa tanpa saya mendapat apa apa?

    Semuanya adalah ketentuan Allah swt.

    Terima kasih Tun.

  23. Dear Tun,

    How are you? Both you and Tun Siti Hasmah are always in my prayers.

    I hope you stay strong amidst all this. Stay true to what you believe even if the journey to the truth isn’t easy. Don’t give up. Don’t back out. Don’t let those unworthy of the people’s trust continue to devour this country.

    My family and I just want to live normally, in peace where there is safety, no racism, no persecution, no racial nor religious chauvinism, no castes. I wish everyone in this country could live a normal life without one species claiming superiority over the others. I wish that there is respect among our people.

    60 years and still lagging behind in terms of racial and religious harmony. Clans and cults masking behind race and religion superiority.

    It is time we change, turn over the page. We must be brave to do this.

    My family and I are ready any time now to make this change a reality. We are ready to cast our votes for the PAKATAN HARAPAN.

    And we pray for you dearest Tun Mahathir, for uncle Lim Kit Siang (for being brave and selfless all his life) and all Pakatan Harapan patriots – stay strong and true to what you believe. The truth will prevail. Evil never last, history has proven.

    Take good care dear Tun.

  24. Assalamualaikum, Tun.

    Tibalah masa untuk generasi muda kita mengubah minda dan pemikiran, yang Melayu akan kehilangan kedudukan istimewa atau penguasaan politik, sekiranya PH yang disertai DAP mengambilalih nanti.

    Begitulah taktik menipu agaknya, yang dipermain oleh tokoh-tokoh tertentu. Kenalah kita faham yang Cina hanyalah kaum minoriti, di mana kerusi-kerusi yang dipertandingi kurang daripada sesuku, kerana masih perlu berkongsi dengan kaum India.

    Generasi muda kita harus berusaha teguh untuk memperkayakan diri. Janganlah masih pegang kepada minda yang kita harus ditolong, diberi tongkat dan diberi layanan lebih. Polisi-polisi kerajaan telah banyak menolong dan memihak kepada kaum kita. Yang penting, berusahalah dan tak usahlah beriri hati dengan pencapaian kaum lain lalu membenci!

    Minda generasi muda kita harus lebih terbuka, memberi keutamaan kepada agenda/ kepentingan ibu pertiwi dan bersedia untuk menghadapi cabaran globalisasi.

  25. Najib sebenarnya Kosong
    Tidak Berilmu , Tidak Berpegalaman , senang orang Melayu cakap Najib Bodoh
    Benar sekali Tidak ada satu projek Najib
    Tidak ada satu pun yg berjaya
    Kerana Najib bermodal hasil tanah negara yg beliau ambil mudah
    Kerana Najib tidak berilmu , hampuslah segalanya
    100 lori punya duit kalau kasi Najib untuk niaga
    Saya yakin dengan lori lori pun akan hilang begitu sahaja
    Sebab Tidak Berilmu
    Lebih Lagak dari Buat

    DAP
    DAP adalah Adik Tiri PAP
    Yang Bertopengkan Demokratik Berbilang Bangsa
    Sebenarnya Bertujuan untuk Kaum Cina
    Memanglah sekarang DAP perlukan sokongan Melayudan Melayu di Sanjung sekarang
    Besok apabila mereka Berjaya Berkuasa
    Ahmad masih di perlukan juga
    Tapi hanya sebagai Boneka….lihat contoh terdekat sajalah

    Seperti juga apabila US memerlukan bantuan Dunia
    Untuk merampas kuasa di Timur Tengah
    Ramai Pemimpin Islam seperti Gadaffi , Saddam , Osama , sekarang Assad di Fitnah, di Zalimi
    Kononya mereka Pemimpin yg Zalim
    Andaian pula Kaum Shia & Suni, Kurds sebagainya punca keretakan
    Punca Keretakan adalah berpunca dari Sarang Tabuan di Timur Tengah yang di Ganggu oilh US
    Maka sang tabuan pun bermaharaja gila tidak ada panduan
    Yang sedihnya Negara Islam yg seharusnay menyatu padukan mereka
    Kebanyakan Negara Islam berpaling tadah tidak menyatupadukan sauadara mereka yg sedang keliru membunh sesama sendiri
    Malah mereka tergamak memihak pada US yg punca segala porak peranda di Timur Tengah

    Begini juga sekarang
    Ketegangan antara North & South Korea sebenarnya tidak akan berlaku kalau tidak ada campur tangan US
    Ketengangan sekarang berlaku adalah lebih pada sengketa US dengan North Korea
    Bukan North Korea dengan South Korea
    Amerika perlu campur tangan sebab Amerika perlu menjaga Kepentingan mereka di Asia Tengara
    Bukan kerana US nak bantu South Korea demi Kemanusiaan
    Trump sekarang sibuk bercampaign memanggil kawan kawan Dunia supaya bersama US melawan North Korea
    US Tidak mampu melawan North Korea 1 & 1

    US yang selalu beranggapan diri beliau Polis Dunia
    Sebenarnya Penyagak , Perompak , Perogol , Pembunuh Dunia yg Pertama yg Terhina

    Ini sebenarnya Sandiwara Dunia
    Seperti juga saya tingkas hujah Tun yg kononya DAP adalah untuk kaum semua
    Ya benar tapi untuk terkini sahaja , Lihat saja apabila mereka Berjaya
    Lihat mana duduknya kita Kaum Melayu kelak

  26. DULU… MOYANG KITA KENA PENAMPAR JEPUN

    SEKARANG… NEJIB KENA PENAMPAR CHINA

    TERBARU! APA DAH JADI DENGAN BANDAR MALAYSIA. PERJANJIAN BANDAR MALAYSIA

    GAGAL!!

    Kalau kita perasan tak satu pun program nejib ni berjaya. Tun Razak Exchange Konon… Masih lagi seperti padang pasir

    # BERSATU, SATU TANGAN RAKYAT UNTUK SATU TAMPARAN KE MUKA NEJIB

  27. Assalamualaikum Tun,

    Tun telah menerangkan mengenai DAP dengan bahasa yang mudah difahami. Sepanjang hidup Tun dan TSMY telah berjuang untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu. Bahkan dikala Najib memperkenalkan 1Malaysia yang menekankan hak sama rata sebab nakkan undi kaum cina, Tun lah yang menentang dengan menubuhkan Perkasa. Kalau bukan Tun yang menentang 1Malaysia,mungkin kita dah jadi sama rata.

    Tidak mungkin Tun dan TSMY menjual hak-hak orang Melayu. Siapa yang menjual Forest City? Siapa yang menjual IPP? Siapa yang menjual pelabuhan di Melaka? Siapakah yang menyeleweng RM50billion?
    Siapa yang menggunakan duit Tabung Haji untuk beli tanah 1MDB?

    Tapi itulah, orang Melayu tidak nampak semua itu. Semua itu memerlukan pemikiran yang mendalam. Jalan mudah adalah melabelkan. They believe what they want to believe, not what is actually happening.

    Dengan ini, apabila dengar sahaja DAP, terus jahat tanpa perlu berfikir.

    RUU 355, dengar sahaja PAS dapat bentang, baguslah, pejuang Islam. Tetapi bagaimana dapat bentangkan kalau bukan bantuan Najib? Mengapa Najib tolong PAS? Eh..jgn fikir lebih-lebih. Dapat bentangkan, pejuang Islam la tu.

    Inilah pengundi-pengundi dan cabaran yang akan dihadapi Pakatan.

  28. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. MCA dan DAP sama saja. Kedua-duanya ‘pro-Cina Komunis’. Jangan lupa bahawa DAP ialah ‘adik kecil’ PAP (Singapura). Pemimpin2 DAP ramai yang sokong Chin Peng (yang telah banyak membunuh askar2 yang majoritinya Melayu).

    2, Dalam DAP, pemimpin ‘Islam’ (mengaku Melayu Islam) yang diangkat mereka ialah ‘Cina’ yang masuk Islam, tetapi gaya hidup entahlah (asyik ada pelanduk dua serupa saja…). Jenis sebegini yang memburukkan imej Islam (Melayu Islam). Ditambah pula perangai pemimpin2 (DAP) Melayu liberal di mana cara hidup mereka amat memalukan umat Islam. Saya lebih ‘respek’ seorang pemimpin Cina MCA yang sedia mengaku terlibat dengan skandal yang heboh diperkatakan orang ramai.

    3. Dari dulu lagi saya sudah katakan bahawa slogan ‘1Malaysia’ PM Najib @ Ah Jib Gor menyerupai slogan ‘Malaysian Malaysia’ DAP. PM AhJib memang pro-Pembangkang (liberal) dari segi pemikiran dan tindakan, tetapi malang sekali PM AhJib ialah Presiden UMNO, parti Melayu Islam. Alahai…

    4. Yang peliknya ‘para pemakan dedak tegar’ masih lagi tidak nampak bahawa PM AhJib telah GAGAL dalam misi mewakili umat Melayu/Islam; KORUP pula! Tindak-tanduk PM AhJib tidak memberi faedah atau manafaat kepada kaum MELAYU (seperti yang sepatutnya), malah merugikan kaum Melayu!

    5. Kononnya, setiap parti (dalam BN) mahu ‘menjaga hak dan kepentingan kaum masing2’ di Malaysia. Apa sudah jadi? Ahli2 UMNO takkanlah dung* sangat, dan tidak nampak betapa bahayanya PM AhJib ini. Mengapa beliau masih dikekalkan sebagai Presiden UMNO? Bod*h sungguh…

    6. Sekarang, segala-galanya hendak di ‘Chinakan’. Penasihat Ekonomi Digital Malaysia pun diberi kepada warga China, Jack Ma. Alahai…macamlah tiada pakar2 yang berkelayakan di Malaysia ini…

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  29. Assalamualaikum, Tun.

    Tak usahlah parti komponen BN mahupun PAS berfokus ke atas perbuatan mengutuk atau memburuk-burukkan imej DAP. Cara berpolitik ini bersifat kebudak-budakan.

    BN masih berkuasa. Baik kerajaan membuat polisi-polisi untuk kepentingan Rakyat, demi menarik sokongan Rakyat/ undi. Generasi muda kita yang telah banyak menerima pendidikan tahu menilai prestasi.

    Penentangan terhadap usul peribadi Hadi adalah berasas, kerananya pada akhirnya, bukan Islam akan juga terbabit, tidaklah sepertimana yang diberitahu yang hanya mempengaruhi umat-umat sahaja. Baik PAS berfokus ke atas caranya menghayati nilai-nilai murni Islam, daripada perbuatan menunjukkan ia lebih “Islam” daripada yang lain dan “memperkafirkan” sesiapa yang tidak bersetuju dengan usul mereka.

  30. Dewasa ini dilihat MCA dan MIC dilihat lebih rscist memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing tampa segan silu. Mereka saolah-olah tidak berada dalam Barisan National yang sepatutnya berjuang untuk kepentingan bersama.

    DAP dibenchi olih Melayu olih kerana sikap angkoh mereka selama ini memperjuangkan hak sesama yang lebih cenderong kapada hak bangsa Cina ,dan tidak mengambarkan parti ideoligi Malaysia yang sebenar sebagaimana yang mereka cuba tonjolkan .

    Dikala UMNO sudah begitu kotor ketika ini ,dan sudah dilihat terlalu lemah dengan memperdagangkan kepentingan bangsa dan negara ,apa-apa pon bolih ,asalkan bukan UMNO .

  31. Bismillah
    Assalammualaikum Tun

    Tun mempunyai pengaruh yang besar di Malaysia, 22 tahun pemerintahan sudah cukup mencipta ramai peminat finatik. Apa yang Tun kata sama ada betul atau tidak, kelihatan betul belaka.

    Dulu yang kata DAP rasis Tun juga. Tetapi sejak berkawan baik dengan DAP orang melayu pula nak disalahkan.

    Umum tahu MCA sememangnnya ditubuhkan untuk mewakili kaum cina. UMNO, MCA dan MIC, 3 parti kompenan untuk menjaga hak dan kepentingan kaum masing-masing di Malaysia. Membentuk satu gabungan yang dinamakan Barisan Nasional. Sewaktu pilihan raya logo BN digunakan, berbeza dengan pembangkang yang masih bercelaru.

    Melihat kesungguhan wakil dari DAP mententang usul Tuan Guru Haji Abdul Hadi membentangkan RUU355 cukup memberi kesan pada saya. Kecilnya kita ini sebenarnya untuk bersuara. Mahu memperkasakan makamah syariah yang tiada kene mengena dengan kaum lain sudah menjadi satu masalah yang begitu besar.

    Bersyukur PAS memilih haluan sendiri. Biarpun tidak bersama UMNO.

    Saya percaya pada sesiapa yang masih bersama BN, bukan disebabkan mereka begitu betul, tetapi mereka yang saya fikir paling rendah risikonya. 🙂

    Tun, BERSATU itu biarlah maksudnya bersatu bukannya berpecah.

    Yang benar,
    Pemakan dedak tegar 🙂

  32. Salam Tun.

    Dengan izin Tun Rimba Emss ingin menjemput rakan-rakan komentar ‘ chedet ke majlis :-

    Jelajah SEMARAK BERSAMA TUN , DSMM , DSMY
    SELAMATKAN MALAYSIA I SELAMATKAN RAKYAT

    Tarikh :- 13 / 05 / 2.18 ( SABTU )

    TEMPAT :- KOMPLEK SUKAN MPSP BERTAM ,
    KEPALA BATAS

    MASA :- 9.00 p.m – 12.00 p.m

    u.p – Ahli Komentar , Kelab Chedet .

    Terima Kasih Tun & rakan -rakan ‘ chedet ‘ .

  33. Salam Tun.

    1. Agama Islam melarang perbuatan rasuah, mencuri, riba, menindas orang miskin, melakukan perbuatan haram, syirik kepada Allah s. w. t, semuanya boleh di rujuk dalam bab halal dan haram.

    2. Jadi siapa (orang Islam, Melayu, Cina, India dll ) yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah s. w. t, tunggulah azab yang akan di terima pada hari bicara atau akhirat nanti.

    3. Dunia hanya sementara (mengumpul amalan untuk di bawa pada hari akhirat) akhirat jua kekal selama-lamanya.

    4. Untuk berjaya di akhirat kita tidak boleh melakukan perbuatan yang di larang oleh Allah s.w.t serta memperbanyakkan amalan baik yang di suruhnya.

    5. Amalan baik wajib dari sumber yang halal bukan haram.

    6. Kalau di dunia kita melakukan perkara haram bermakna samalah kita dengan golongan kafir ke dalam neraka.

    7. Ingat neraka ada tingkatannya kafir yang buat baik mungkin di beri keringanan atas perbuatan itu.

    8. Berbaik dengan kafir yang buat perkara baik sekurangnya kita tidak mudah terpengaroh perbuatan jahat.Kalau di beri hidayah Allah s.w.t boleh menerima agama Islam akhirnya.

    9. Bersekongkol dengan kafir yang melakukan perbuatan jahat akan menjerumuskan kita ke dalam neraka terbawah dengan azab yang mengerikan.

    10. Kembalilah kita ke pangkal jalan menuju syurga yang kekal bersama-sama Rasullullah s.a.w yang kita cintai.

    Wallahua’lam.

  34. Salam Tun M,

    Sememangnya Melayu anti Dap. Dap dikatakan parti chauvanist. Parti yg memenangkan orang Cina sahaja dengan cuba untuk mengganggu Hak keistimewaan orang Melayu. Seperti yg dapat dilihat DAP begitu rapat dengan NGO Guang Zhou yg memperjuangan hak kesamaan dan pengiktirafan Bahasa China untuk disama tarafkan dengan Bahasa Kebangsaan.

    Perjuangan agresif DAP ini adalah amat membimbangkan orang2 Melayu seolah olah DAP mahukan kuasa politik untuk melakukan perubahan didalam Perlembagaan Malaysia.

    Untuk menebus DAP dengan memberikan sokongan orang Melayu pada masa ini adalah tersangat mustahil.

    Namun DAP membuktikan bahawa semangat mereka yang tidak mahu melihat Malaysia musnah dengan pemimpin pemimpin UMNO/BN yang korup adalah sangat dihargai.

    Sekiranya DAP masih mampu untuk mendapatkan 90% undi Cina Malaysia, maka UMNO/BN bolehlah mengucapkan Selamat Tinggal Putrajaya.

    Dengan satu logo dan satu manifesto hasil dari cadangan dan kerja keras Tun, saya dapat merasakan ada satu jiwa bari yang bakal diterapkan kepada seluruh Pengundi di Malaysia.

    Adakah Pengundi memilih BN sekiranya mereka mengetahui Negara ini rosak kerana Perdana Menteri yang korup? Atau adakah jentera BN akan berjaya mengalih isu rasuah dan pembaziran berlebihan dengan umpanan wang dan barangan elektrik percuma dan juga sogokan rumah mampu tengok sahaja?

    Kebijaksanaan Tun amat diperlukan dan pastikan kepimpinan dan penyokong melakukan kerja lebih masa.

    Saya lihat Tun kini sebagai penggerak utama. Diperingkat Bahagian2 dan negeri2 pula terasa bagai sepi cuma menjadi sibuk apabila Tun, TSMY dan Dato MM hadir bersama.

    Semua penyokong sepatutnya kini bergerak masuk keseluruh pelusuk kampong, daerah dan negeri dengan satu misi bahawa yang menyokong UMNO/BN adalah mereka yang menyokong korupsi.

    Saya akan mengundi PPBM nanti walau apa jua bentuk logonya.

    Wassalam wbt.

  35. Salam tun,
    Nak lari topik sikit.
    Cuma nak kata udang2 malaysia dah jadi ala mickey mouse. PM pun boleh jadi swasta? Undang2 ala mickey mouse tu!.Apa guna kita mengundi? Yg pelik yg report kerana kebenaran boleh sumbat masuk jel?
    Negara malaysia kecil hutang nak masuk 1 trilion.? Tun, najis ala penyamun merupakan pengkhianat negara. Boleh kata negara nak jahanam dibuatnya. Teruk tu. Ohh lupa. Kalau najis kata peluang kerja terbuka sampai 1 juta ke..yg dapat pendatang asing. Kalau rakyat negara sendiri campak buang. Nak tunjuk bagus dalam tv ambik 10 je rakyat. Lebih senyap terus. Kuh.. wakil rakyat bn ni lupa pru 13 walaupun teruk kami pangkah gak korang nanti tunggu pru 14 jangan harap kami nak pangkah bn lagi. Pengkhianat negara.

  36. Salam Tun,

    Menarik skali penulisan Tun kali ni..bleh jadi penerangan kpd org UMNO-BN supaya jgn ditipu dgn tuduhan najib n the geng..n bleh jd juga peringatan kpd ahli DAP jika ad yg berharap pemimpin dap bleh jd PM jika PH menang PRU nnti..

    Tak dpt lari isu perkauman mmg jd asam garam dlm kancah politik negara ni..tak kira BN, DAP, MCA,MIC atau PPBM sndri..blum kira lg parti2 dr sabah n sarawak..sumenya brlatarblakangkn kaum2 trtentu..walaupn ada yg buka keahlian pd sume bangsa namun hal2 mlibatkan kaum2 trtentu ttap jd keutamaan..bkn shj jd pada parti2 org melayu tp juga jd pd parti2 org bkn melayu..sbb dr dlu lg keadaannya mmg bgitu..dr sblum merdeka lg..ssah nk ubah..

    Ape yg bleh buat ialah brjuanglah utk mmpertahankn bngsa/kaum/agama masing2..tp jgn abaikn hak n kpentingan kwn2 kita dr bangsa/kaum/agama yg lain..cuba jgn pinggirkn mereka, jgn jdikan mereka rasa tak brkepentingan..walaupun ada bangsa2 lain yg mngkin dh terkehadapan sdikit dr kita dlm sstengah sektor..cuba dptkn kesama rataan yg spatutnya tp tetap trus jaga kedaulatan n ketuannan melayu tu sndri..

    Sbb tak kira apa bangsa atau apa parti yg dipangkah nnti hujung2nya kita semua ttap rakyat..

    *n utk laksanakn semua ni najib kne ditewaskn dlu la sbb slagi najib bermaharajalela di atas buat la pe pn ttap takkan jd..

  37. Assalamualaikum, Tun.

    Kenalah tokoh-tokoh politik kita memahami konsep bahawa tidak sehaluan dalam halatuju bermaksud patut bermusuhan. Peganglah nilai murni yang kepentingan ibu pertiwi dan Rakyat harus diutamakan pada setiap masa.

    Jangan pula PAS meluahkan kata-kata berat “memperkafirkan” sesiapa yang tidak menyokong usul mereka! Perbuatan sebegini sesungguhnya bersifat hipokrit.

  38. Assalamualaikum, Tun.

    Ketara sekali, tokoh-tokoh politik di Negara kita tidak mengamalkan prinsip yang baik dan beretika dalam soal berpolitik. Apabila tidak sehaluan, parti-parti akan bermusuh-musuhan.

    Pada pandangan saya, DAP tidaklah rasis sepertimana yang dituduh. Tak kan Kit Siang nak bermusuh dengan bangsa kita, tanpa mengira masa depan dirinya dalam arena politik tanahair! Golongan yang kurang bertanggungjawab cuba memfitnah dan memburuk-burukkan imej beliau.

    Jangan pula kita terlupa akan hakikat bahawa KM Pulau Pinang pernah dipenjara kerana cuba menegakkan keadilan bagi seorang remaja perempuan Melayu di Melaka!

  39. Assalamualaikum wbt Tun

    Now, saya fikir, Tun dah tak perlu balun Najib MO1 pasal 1MDB ka, FGV ka, salah itu ini ka. Tun, dah cukup bercakap bab itu n ramai yg dah faham. Bahkan Tun tak perlu dah buang masa berjumpa dgn terlalu ramai golongan tertentu di Pejabat Tun utk bercakap hal2 tsb dah.

    (2) Kecuali jika ada benda2 baru, itu OK. Sikit2 OK juga tetapi jgn dok main “tape @ DVD lama” berulang2. Orang nanti cemuish n Tun hilang aura.

    (3) Orang cukup seronok bersama Tun. Tetapi utk menang Tun n kawan2 jgn dok lalai dibuai kehadiran ramai orang di keliling Tun. Pi mana2, ramai orang keliling Tun. Saya khuathir, orang yg sama juga bersama Tun di mana2. Jika itu benar, nanti takutnya, Najib MO1 jadi macam cencaru makan petang. You laugh first, but he laugh last n longing.

    (4) To me now is the time utk second last phase of attack Najib MO1. Hak last phase bila PRU dah diistihar. Lani, Najib MO1 tengah racunifikiran Melayu utk anti-DAP. Jika itu berjaya, maka Melayu akan anti-PH. Maka, saya fikir, pandangan Melayu terhadap DAP kena diperbetulkan. Tun kena buat benda ni. Selama 22 tahun dlm pemerintahan Tun dan tahun2 sebelumnya sejak 1963, n apa lagi lani, dakyah UMNO terhadap DAP cukup kuat. Melekat dah dlm sanubari dan otak Melayu. Maka dakyah itu Tun paling layak yg cuci dan dedahkan DAP yg sebenar2 ie cukup lain dari MCA n MIC n depa tidak jahat. DAP tidak pernah sokong Komunis dan bukan Komunis. May 13 adalah akibat dakyah dan rasa kecewa Melayu dan kaum2 lain. Itu kesilapan masa lalu.

    (5) Dalam masa yg sama, DAP kena berubah. LKS n LGE kena berwajah dan membuktikan benar2 Makays Friendly. Tak perlu depa terikut2 membalun pemimpin Melayu. Itu biarkan kpd Melayu utk membetulkan pemimpin mereka yg jahat. Sikit2 dlm lawak OKlah. Balun jenis rapat ke dinding, janganlah. Jika itu dibuat, itu ibarat ikat leher ke tali gantung. DAP mesti berubah wajah n watak. DAP kena kemukakan apa2 yg menjurus kepada perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama. Let we the Malays handle our own leaders. Such is Asian culture!

    (6) Along the way Tun, give us the bright future. Putting Najib MO1 away is not our future. He just stands there in between to block. What are there after Najib MO1 that PH will pursue to take us the New Malaysia ….. I know you can, let now say it …

    Mudah2an Tun n semua dalam limpah hidayah Allah utk kebaikan suruh UmatNya.

  40. Salam Tun M dan shbt lainnya..

    Tulisan Tun kali ini menjawab persoalan yg ditimbulkan oleh 2-3 org (sememangnya boleh dikatakan totok UMNO ) ketika berborak dgn saya dua hari slps Tun mgadakan ceramah bersama Yb Nurul Izzah dan Yb Husam di Tasek Gelugor, P.Pinang tempoh hari.

    Mereka membgkitkan hal2 seperti :
    A) dominasi DAP dlm pakatan sekiranya pakatan menang PRU-14 nnti..seolah2 bakal ketua pemimpin yg bakal dilntik nnti hanyalah boneka….boneka pda DAP..
    B) akn hilang segala yg berkaitan dgn melayu cthnya Uitm, bhsa melayu, dh tak boleh laung azan dgn pembesar suara dan yg mmbuatkn saya hampir gelak besar ttg bunga kebgsaan bunga raya pn dibgkitkan juga….subhanallah..

    Apa yg saya kongsikan ini terjadi kerana ada yg memainkn sentimen2 perkauman ketika pilihanraya hmpir tiba…menakut2kan melayu dgn isu2 ketuanan melayu telah meresapi hati dn akal sebahagian dri org melayu….hal2 sprti ini WAJIB diberi mklumbls oleh pakatan….

    Brrhati-hatilah menangani isu2 ini bak kata2 skrip filem laksamna do re mi…scene dimna sultan bisik pd anknya si tuan puteri…”ibarat mnarik rmbut dlm tepung…rambut x putus…tepung x berselerak..”

    Wassalam..

Comments are closed.