1. Saya diberitahu bahawa Datuk Jamal Yunos kini sedang dirawat di hospital kerana sakit kanser paru-paru dan kini telah merebak ke otak.
2. Saya terbaca ada yang menyuruh Datuk Jamal meminta maaf kepada saya kerana kata-kata yang tidak wajar dilemparkannya terhadap saya dahulu semasa saya sedang menentang Umno kerana kes 1MDB.
3. Bagi saya tidak perlulah mengungkit perkara itu kepada saudara se-Islam kita yang sedang menghadapi kesukaran.
4. Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
5. Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya.
