DEMONSTRATION

If it is not right for a former leader to participate in demonstrations, I suppose it is right for a current leader to be a kleptocrat, accused of stealing billions of Ringgit from the Government, having 2.6 billion Ringgit in his private account from unknown source, incurring billions of Ringgit in debts, losing billions of Ringgit in dubious investments, suppressing the rule of law, abusing laws and power, being accused by the whole world of corruption, buying Government land at RM60/- psf and selling at RM3,500/- psf, usurping the authority of the Yang di-Pertuan Agong to declare emergency and suppress laws, denial of parliamentary right to debate, hiding reports of criminal act behind OSA etc.

Don’t demonstrate. Complain to your MP who has been stuffed with so much bran that he is now deaf and dumb.

Lest we forget in 1946 rakyats and their leaders demonstrated against the Malayan Union agreements and caused them to be abrogated. Where would everybody be if there had been no demonstrations.

DEMONSTRASI

Jika ianya satu kesalahan untuk seoarang bekas pemimpin menyertai demonstrasi, saya menjangka adalah betul untuk seorang pemimpin masakini untuk menjadi pencuri, dituduh mencuri berbilion Ringgit dari Kerajaan, mempunyai RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dari sumber yang tidak diketahui, membuat bebanan hutang berbilion Ringgit, menghilangkan berbilion Ringgit menerusi pelaburan yang mencurigakan, menginjak kedaulatan undang-undang, menyalahgunakan kuasa dan proses perundangan, dituduh rasuah di seluruh dunia, membeli tanah Kerajaan dengan harga RM60/sekaki persegi dan dijual pada harga RM3,500/sekaki persegi, merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat, menafikan hak perdebatan di Parlimen, menyembunyi laporan perbuatan jenayah di sebalik Akta Rahsia Rasmi dan sebagainya.

Jangan berdemonstrasi. Pergilah buat aduan kepada Ahli Parlimen yang telah terlalu kenyang memakan dedak sehingga ia sekarang menjadi pekak dan bis.

Sekiranya kita lupa, pada tahun 1946 rakyat dan pemimpin berdemonstrasi menentang perjanjian Malayan Union dan membuatkan perjanjian itu terbatal. Di manakah kita jika demonstrasi itu tidak berlaku.

18 thoughts on “DEMONSTRATION”

  1. Sekilas pandang ada baiknya Himpunan Bersih tidak disertai oleh mana mana suku sakat orang yang berpolitik kerana mereka mereka ini adalah orang yang ada kepentingan lain. Hanya mereka sahaja yang tahu apa faedah yang mereka dapat dengan menyertai perhimpunan ini.

    NGO Bersih 5 hanya meminta ketelusan pilihanraya walhal pemimpin parti pembangkang berobjektif untuk menegarkan lagi tekanan kepada Dato Sri Najib untuk meletakkan jawatan.

    Berkemungkinankah kerajaan yang ada sekarang hilang kuasa pada PRU 14 dan digantikan dengan kerajaan baru? Adakah kerajaan baru kelak mewarisi ketelusan pilihanraya didalam kerajaan mereka? Ahli politik manakah pula yang akan mengambil kesempatan dari Bersih yang lain jika mereka juga berperangai sama dengan kerajaan yang ada hari ini?

  2. Ada manusia yg mindanya sangat mudah dikawal dan digerakkan ke sana ke mari.

    Contohnya, bila sy buat satu eksperimen kecil di sini, utk lihat jenis ‘pak turut’ yg akan ambil bahagian, maka tampil Pn Faridina dan seorang lagi pengkomen, melakukan apa yg sy jangkakan .

    πŸ™‚

  3. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Seperti kebiasaan blog chedet menjadi sasaran bila topik Baju Kuning Baju Merah langsung tak buleh access buat sementara waktu katanya;

    SORRY
    If you are the owner of this website, please contact your hosting provider: [email protected]

    It is possible you have reached this page because IP x bla bla bla..

    Emm… Lupalah pulak depa buleh buat macam2 menjelang perhimpunan bersejarah ini.

    Tapi yang penting kalau nak dapat ilham kena selalu minum2 dengan otai macam kami tak gitu Odikarl dek-dak hahaha..

    Kekadang kita nak buat sesuatu akronim baharu kita semak betui2 kalu tidak back fire ni saja nak habaq mai..
    jangan marah cuba lagi na!

    Wasalam Tun.

  4. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Buat Odikarl dek-dak, larangan Sultan Johor hanya terhad di Jajahan Takluknya tapi hak YDP Agong dan Raja2 Melayu lain diam membisu tanda setuju tu πŸ™‚ apatah lagi siap hantar wakil warna kerabat lagi.

    Makanya tidak timbul soal kena berhijrah ke negara lain tak gitu.

    Hidup TMJ sungguh prihatin sekali siap buat parodi dan Sultan Johor tiada titah apa2 pun Odikarl.

    Kenapa ekk?

    Wasalam Tun.

  5. Assalamualaikum.

    Setuju dengan Tun dan setuju dengan pandangan MEGATI DEWANI.

    Yang saya dok tengok dak Karl Iskandar ni banyak maka benda haram dan tidak dapat membezakan yanng mana haram dan yang mana haram.

    Wassalam Tun.

  6. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Kepada yang berkenaan.

    Virus Dek-Dak, mengikut Yang Bernajis Raja Wang Tunai sangat berkesan.

    Sasaran virus menyerang jantung dan otak, titah Najis lagi. Hati membusuk dan otak gagal berfungsi kerana akan lebih mengutamakan ganjaran wang ringgit sahaja dari kebenaran.

    Patik lihat sah-sah banyak kaldai dalam blog chedet.cc dah kena jangkitan Virus Dek-Dak ini maka biarkanlah sahaja tak buleh buat apa-apa gong case hihihi.. πŸ™‚

    Tanda-tandanya atau simptom ialah: memaki hamun, meracau, delusional dan Demam Baju Merah.

    Wasalam Tun.

  7. Biarlah sultan nak kata apa kat Tun. Kami tetap yakin dengan Tun yang telah menunjukkan jasa yang tak ternilai kepada rakyat Malaysia dan dunia. Orang yang menghina Tun tu sikit habuk pun tidak memberi apa2 selain hanya pandai bercakap. Mereka hanya tahu membuat koleksi kereta mewah, motosikal mewah. Hidup pun atas tanggungan rakyat.
    Apa kata kita demonstrasi di Stadium Shah Alam. Bolehlah nanti kita lihat berapa ramai yang akan hadir. Kita tunjuk kepada pemakan dedak dan baju merah.
    Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Tun dan para pejuang kebenaran dan keadilan

  8. Kepada yang berkenaan.

    Virus Det-Dak, mengikut tuanku Sultan Johor, sangat berbahaya.

    Sasaran virus Det-Dak ialah menyerang jantung dan otak, titah baginda lagi. Hati membusuk dan otak gagal berfungsi.

    Saya lihat ramai pengkomen dalam blog chedet.cc dah kena jangkitan Virus Det-Dak ini.

    Tanda-tandanya atau simptom ialah: memaki hamun, meracau, delusional dan Demam Kuning.

    πŸ˜€

  9. Karl Iskandar,,,You are still that stupi@ DOG
    Actually, you are barking on the rest of us as well, including your friends in the same doghouse.
    Barking DOG like you never bites.
    Pergi nyalak tempat lain la ….
    Masa Rosmah pergi China, kau jaga rumah dia ke? Atau kau ikut sekali?

  10. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Buat budak ibra memang kami nak pegi dah itu Bersih 5 sebab masa DSAI buat demo zaman Tun PM kamu berhingus lagi mana kamu tahu atau masih menyusu lagi tapi tanpa GST tau πŸ™‚ .

    Tapi kalau dapat tapau mee goreng MAMAK sekali best juga terima kasih bagi ingat na.

    Wasalam Tun.

  11. Det-dak of Dr Mahathir

    DrM’s supposition is to not solve but aggravate the problem.

    I see that his ability at problem solving is not on a straight line, siratulmustaqim, basis anymore.

    In fact, DrM takes on the offensive approach towards UMNO that closely resembles DAPigs way of doing things.

    Det-dak is the word.

  12. saudara ibra2002…masih ingat lagi demontrasi saban minggu selepas anwar ibrahim dipecat sebagai timb perdana menteri?

  13. Dear Tun,

    I believe I’m not the only one who’s so happy and proud to see my statesman Tun Mahathir actually moved his paradigms and achieved tremendous breakthroughs!

    Thank you for being truthful to yourself Tun. Yes every citizen of this beloved land has the right to protest and to assemble in PEACEFUL demonstrations and rallies. This right to protest and gather is critical to a FUNCTIONING DEMOCRACY. There is no more democracy in Malaysia. Democracy is dead in this country. It is every sound minded citizen’s duty to REVIVE DEMOCRACY in this country.

    It is time you and me and all peace loving Malaysians we stick together from now onwards to protect Malaysia from the PPP (Pencuri, Perompak, Penyamun) and his lot of thieves and thugs! We all must see as ONE irrespective of our race, religion, culture, political affiliation whether PPBM BERSATU, PKR, DAP, AMANAH or PAS. If that ONENESS can be achieved it will be a real breakthrough for Malaysia. With God’s grace we will triumph Tun.

    Take good care dear Tun Dr. Mahathir.

  14. Salam Tun.

    1. Kenapa pilihan Bersih menuju ke KL sahaja.

    2. Rakyat marhain dari negeri-negeri lain terpaksa korban wang ringgit.

    3. Ini adalah kali kelima golongan rendah ini berkorban menyahut seruan yang memimpin perhimpunan ini.

    4. Adakah hasutan kali ini akan berhasil membantu golongan yang terpaksa berkorban ini dengan dakwaan berjaya di lakukan rakyat negara lain yang di contohi.

    5. Golongan yang berkorban ini menjadi tanggungjawab golongan yang menghasut.

    6. Allah s.w.t penguasa kita juga tempat kita memohon pertolongan.

    Wallahua’lam .

  15. Cakap berbalik2. Masa diri jd PM semua camni… demo, himpunan etc etc…. semua X boleh…. Tp masa orang lain jd PM…. yang itu semua mesti boleh…. Pegi dah….MAMAK…

  16. Assalamualaikum Dearest Tun,

    Tun Sir! Please don’t give a damn to what they said or try to indimidate us not to participate in the coming Bersih 5 rally.

    Alas during your premiership there were events of real bad demonstration without notice what so ever and even few have been caught and detained under the ISA act but still you stayed in power and later those jailed in the name of democracy today are MP’s, MB’s and will be with us to fight justice for the rakyat with ample notice.

    We just want to show the regime that by going to the street in numbers far far more from the previous Bersih rally will boost our spirit when comes the next GE! Not least important the whole world is watching!

    A day you will live to regret for not joining this memorable historical moment with our world renowned statesman.

    Long live Tun M !

    Wasalam Tun.

  17. Assalamualaikum Tun,

    Well said. Sebelum ni maybe ramai yg ckp rakyat Malaysia suka keamanan, tidak suka protes jalanan, semuanya kena lalu saluran diplomatik dan mengikut saluran yg betul. Saya faham apa yg Tun cuba ketengahkan kali ini, dlm komen sy sebelum ini juga ada hint bahawa sy sedikit sebanyak setuju dgn tindakan Tun. PM permainkan rakyat dgn sistem demokrasi palsu dan menggunakan dana kerajaan utk menutup mulut dan raih sokongan. Byk dah kita nampak, PM makin bijak dlm menangani musuh2nya. Kalau dahulu PM akan guna taktik ugutan, tp ternyata kdg2 api semangat tak blh dipadam dgn ugutan lalu PM guna taktik plg mudah dan berkesan iaitu suapan, jd benarlah cash is king. Duit blh padam api yg berkobar2 dgn sekelip mata, tak kira bangsa atau agama apa pon.

    Kenapa kita harus demonstrasi dijalanan? Kerana saluran diplomasi telah ditutup rapat. Kenapa kita mesti ikut perintah utk demonstrasi ditempat2 yg dipilih org pihak berkuasa spt Stadium2 tertutup? Isu disini ialah kita tuntut PM yg zalim berundur, medan kita ialah ditempat2 utama, tempat2 yg kita berkumpul meraikan kejayaan/kemerdekaan negara spt Dataran Merdeka. Demonstrasi menuntut keadilan buat Anwar dulu lebih hebat dan meninggalkan kesan, kerana ramai yg hadir dan majoritinya adalah PRIBUMI. Ketepikan siapa BERSIH siapa KOTOR dahulu, skrg rakyat Malaysia mesti bergabung tenaga tuntut Rejim Najib dan Umno berundur. yg penting dlm suatu perhimpunan adalah matlamat bersama dan hasil yg ingin dicapai bknnya ideologi individu.

    Selagi kita berbalah, kita berpecah belah, tiada apa pon akan tercapai. Dalam post Tun sebelum ini, amat buruk imej2 kalian. Yg TUA sibuk bermadah dgn sejarah dan pengalaman, yg MUDA pula bermegah dgn ilmu buku teks. MASING2 MENUDING JARI SIAPA LEBIH HIPOKRIT. Ramai org marah dgn kesilapan2 lampau Tun, termasuk saya. Tapi kita semua faham siapa Tun sekarang, seorg warga emas yg cuba betulkan kesilapan dan sukarelawan memulihkan negara. PPBM ada plan pemulihan ekonomi, kita yg jerit marah2 ni ada ke? Kita tolak Umno, habis tu siapa nak ganti? siapa yg ada idea bernas utk pulihkan ekonomi dan kembalikan keyakinan pelabur?

    Bukankah matlamat kita skrg ni SATU iaitu untuk tukar PM dan kerajaan? Selagi kita hilang fokus, selagi itu najib akan terlepas dan rakyat makin sengsara. Lepas jatuhkan rejim zalim ini, kita fokus isu AGAMA dan betulkan kesilapan2 lampau.

    Saya pernah bangkang cara Tun, tapi bila saya buka minda dan berfikir waras. Satu yg jelas sy amat faham kenapa Tun memilih untuk sertai BERSIH 5. Dan saya galakkan Tun sertai demonstrasi aman mana2 sekalipon selagi matlamat demonstrasi tertera jelas pada sepanduk2 yg dibawa. Minta maaf Tun atas kekasaran sblm ini, kami cuma rakyat marhain yg tertindas.

    Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jazakallahu khaira.

  18. assalamualaikum untuk Tun yang sangat dihormati,

    Tersangat betul apa yang Tun katakan iaitu tidaklah betul mantan pemimpin untuk mengambil bahagian dalam demontrasi…bukan itu sahaja Tun, banyak lagi yang tak betul seperti pemimpin tanya hal IMDB, tak betul, pegawai bank yang maklumkan akaun siapa yang dikreditkan , tak betul, DOJ Amerika membuat laporan, tak betul, keujudan J. Low, anak tiri Najib pun tak betul. Tanah kem Sg.Besi diberikan kepada syarikat China pun tidak betul.

    yang betul ialah setiap maklumat penyalah gunaan wang IMDB ialah fitnah, berita dari WSJ ialah khabar angin adalah betul,derma dari Sheikh Arab betul, Zaid Hamidi yang berjumpa dengan Arab Penderma tu , betul, Karl Iskandar tidak percaya yang Najib selewengkan duit , betul.

    jika nanti keputusan pilihanraya untuk Semenanjung majoritinya berpihak kepada Barisan Pembangkang pun tidak betul…..

    Saya mendoakan supaya kesihatan Tun dan Isteri didalam sehat walafiat.

Comments are closed.