GST

1. Najib dan konco-konconya masih cuba pertahan cukai G.S.T. sebagai amat penting bagi kewangan Kerajaan. Kononnya tanpa GST Kerajaan tidak boleh berfungsi, tak dapat bangunkan negara.

2. Bahawa negara ini berjaya dibangunkan dahulu sehingga mendapat gelaran “Harimau Asia” tanpa GST tidak disebut sama sekali.

3. Sebenarnya pendapatan Kerajaan tiap tahun sejak 2009 hingga 2017 jauh lebih tinggi (3 kali ganda) dari pendapatan Kerajaan pada 1995-2002. Dengan pertambahan pendapatan yang begitu besar apa perlunya cukai tambahan seperti GST.

4. GST adalah faktor terbesar yang menyebabkan kos sara hidup melambung tinggi. Dengan ditarik balik berbagai subsidi termasuk minyak tekanan ke atas rakyat, terutama golongan miskin dan yang berpendapatan sederhana amatlah berat.

5. Sudah tentu kos sara hidup akan turun jika GST dihapuskan.

6. Penghapusan GST tidak akan menjejaskan pentadbiran dan pembangunan negara. Jika hari ini GST diperlukan sebabnya ialah kerana banyak wang Kerajaan disalah guna dan dibazirkan. Salahguna ini menjadi begitu besar menjelang PRU 14.

7. Sogokan kepada pengundi meningkat dengan mendadak. Wang tunai beribu Ringgit diberi kepada pengundi tanpa sebab. Di tiap-tiap negeri diadakan Ekspo mempamer jabatan-jabatan Kerajaan. Swasta dipaksa ambil bahagian dalam Ekspo ini. Hadiah yang diberi kepada pelanggan cabutan nombor bertuah termasuk rumah dan tanah, kereta dan motosikal, beras berkampit kampit, alatan dapur dan bermacam lagi. Bermillion Ringgit duit Kerajaan disalah guna untuk sogokan ini.

8. Kontrak Kerajaan dinaikkan nilai supaya  sebahagian  diselewengkan untuk kegunaan parti Kerajaan dan orang tertentu.

9. Hutang Kerajaan sekarang sudah hampir 1 trillion. Hutang 1MDB sekarang dibeban kepada Kementerian Kewangan. Bayaran faedah hutang ini menelan ratusan juta Ringgit.

10. Walaupun hutang sudah begitu tinggi, Najib hutang lagi. Keretapi Pantai Timur tidak berdaya maju tetapi pembangunannya dirancang supaya boleh hutang lagi. Lima puluh lima billion Ringgit di hutang dari negara China untuk ECRL walaupun keperluan hanya 35 billion Ringgit.

11. Dirancang lagi keretapi laju dari Singapura ke Kuala Lumpur. Ini memerlukan 60 billion Ringgit. LRT/MRT Kuala Lumpur akan telan berbillion lagi.

12. Dahulu tanpa GST negara bangunkan Lebuhraya Utara Selatan, landasan keretapi berkembar elektrik, Lapangan Terbang KLIA dan di bandar-bandar lain, pelabuhan-pelabuhan, jaringan lebuhraya, pembangunan luar bandar, sekolah, universiti, hospital, bekalan air dan stesen janaelektrik dan bermacam lagi. Sesungguhnya tanpa GST pembangunan  dan pentadbiran negara tidak terjejas bahkan lebih hebat dari sekarang. Hutang negara juga tidak begitu tinggi. Beban bayaran hutang tidak memakan peratusan yang tinggi dalam belanjawan negara.

13. Dengan pendapatan  Kerajaan jauh lebih tinggi dari dahulu, pentadbiran dan pembangunan negara sepatutnya ternampak jelas. Tetapi hakikatnya tidak banyak pembangunan terlihat dan yang meningkat dengan tinggi ialah hutang.

14. Sesungguhnya bukan sahaja GST tidak diperlukan tetapi hutang juga tidak perlu dipinjam dengan begitu banyak.

15. GST tidak diperlukan. Yang penting ialah pentadbiran dan pembangunan negara dibuat secara berhemah, tanpa pembaziran, tanpa rasuah.

16. Jikalau dahulu kita dapat bangunkan negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger, tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bangunkan negara dengan lebih baik dengan pendapatan Kerajaan jauh lebih tinggi tanpa GST.

17. Dibawah ini diperturunkan angka-angka pendapatan Kerajaan antara tahun 1995 hingga 1997, pendapatan antara tahun 2000 hingga 2002, dan pendapatan antara tahun 2009 hingga 2017.

 

24 thoughts on “GST”

  1. Assalamualaikum.

    Kita faham tahun 2000 dan 2001 ekonomi gawat ketika itu.

    Tetapi sepanjang 9 tahun pemerintahan Najib kita berbelanja melebihi pendapatan?

    Teramat bahawa pada masa depan Malaysia.

    Selepas 2014 iaitu GST dikenakan pun tiada petanda pertambahan pendapatan berlaku.

    Ya Allah kau kuburkanlah BN setakat PRU14.

    Wassalam.

  2. Assalamualaikum Tun.

    Peliklah bagaimana dasar belanja Najib melebihi pendapatan. Kerja dia berhutang saja:

    TAHUN PDPTN BELANJA OPERASI BELANJA PBGN HUTANG TOTAL BELANJA LEBIHAN PDPTN
    1995 51.0 36.6 12.5 85.0 50.5 0.5
    1996 58.3 13.9 12.6 98.8 58.6 (0.3)
    1997 65.7 44.7 12.4 176.2 44.7 21.0

    2000 61.9 56.5 25.0 160.9 120.2 (58.3)
    2001 79.6 63.7 34.2 173.8 132.4 (52.8)
    2002 83.5 68.7 35.1 185.3 68.7 14.8

    2009 158.6 157.1 49.0 362.4 308.7 (150.1)
    2010 159.7 151.6 51.3 407.1 334.2 (174.5)
    2011 185.4 182.6 48.5 456.1 388.1 (202.7)
    2012 207.9 205.5 44.3 252.8 416.8 (208.9)
    2013 213.4 211.3 40.7 539.9 430.9 (217.5)
    2014 220.6 219.6 43.6 582.8 436.6 (216.0)
    2015 219.1 217.0 40.8 630.5 427.2 (208.1)
    2016 218.0 210.2 42.0 648.5 430.1 (212.1)
    2017 225.3 219.9 46.0 685.1 219.9 5.4

    Sungguh bahaya mamat ni lakukan pada Negara kita. Masa depan pemimpin / PM selama 30 tahun akan mencuci Najis dia saja ????

    Wassalam.

  3. 79. I support free trade because it creates jobs.

    80. I dont support tarif because it does not create jobs.

    81. It is up to the political parties to decide which way suites them before they starts their political campaign.

    82. Winner takes all.

    83. Similarly, loosers take all.

  4. 61. Pendek kata, if quantitative easing is still preferred, than, secara otomatik, millioaire will need to be upgraded to the next level, that is billionaire.

    62. In indonesia, the lower income group is already billionaire in rupiah in order to sustain their life style.

    63. Why opposition now claimed they are marginalized?

    64. Isnt this is their dream too to create billionaire, malaysian billionaire in myr too, just like bn?

    65. Why now bising, pelikkan?

    66. Bak kata mat salleh, we can fool asians sometimes, but we cannot fool asians all the time.

    67. The name of the game, or political campaign, is whoever gets majority votes, the winner will decide who gets what, and who dont get what for the next 5 years had already in practise for so many decades, and its impossible to change this rule of game over night.

    69. Therefore, memang tak pelik pun when someone become a billioaire in this country over night.

    70. Bak kata, once bitten twice shy.

    71. When bitten too many times, voters too become smarter just like them.

    72. Not happy voters?

    73. Jangan gusar, you boleh undi pembangkang to release your unhappiness.

    74. Not happy as mps?

    75. Jangan gusar, you boleh bikin political campaign to influence voters to vote you.

    76. When the result of general election is made known officially, everyone will know who is in, and who is out.

    77. We cannot change the past, but we difinitely can improve and do better in the future to make the world safer, better and more comfortable to work, live and enjoy life.

    78. I believe asean too can do it in the long run.

  5. 53. Its up to the malay and bumiputra muslim leaders to decide which direction best suits them.

    54. Its up to their allies to twist and turn the stories fit their consensus.

    55. Cash is still the king so to speak.

    56. Cronism, nepositism, klectocracy, prejudice, pride, corruptions and lobbies, it makes no difference.

    57. By the end of the day, they will berebut2 for their self interests and political parties survive.

    58. Bak kata, when you copy and score 100% correct, it means you copy for the sake of copy.

    59. Stealing or cheating, does it matter?

    60. If nothing to hide, then, lets kick start general election, and let the voterx to be the judge bah…..

  6. 51. Seeing air asia top management in instructing their fleet in kissing the baggages of passengers, you will understand what kind of leaders we have.

    52. Que sera sera, whatever will be, will be…..

  7. 45. I have no objection with her sympathy and having banyak duit to spend as malay and muslim, with or without gst.

    46. The next challenge would be the middle income trap.

    47. Secara otomatik, siapakah bakal akan jadi billionaire atau jutawan, not millionaire atau jutawan anymore as the challenges is more difficult, obviously, the risk is higher.

    48. Therefore, whoever become the next perdana menteri, hakikatnya sama aja.

    49. Numbers do not cheat, but politicians cheat.

    50. Therefore, when you know mps jumping in and out, you will know the political environment is challenging, exciting and vibrate.

  8. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    Mohon izin Tun:

    /// 18. Pendirian mereka pasti sudah berubah, hanya hajar saja yang tak berubah.
    19. If she is not happy, she can declare jihad on non malay and non muslim, i mean trade war against china.
    20. When bording time is called, she still dillie dallie, mestilah she is left behind.///

    Komen saya:

    1. Kesian sungguh orang ini. Merapu meraban tidak keruan.

    2. “..she is left behind”. Kah…Kah…Kah.. Jika saya yang ada ijazah tertinggi ini dituduh ‘left behind’ agak-agaknya, orang yang mengaku ambil BR1M ini di manakah kedudukannya? Jauh di hadapan meninggalkan saya agaknya dengan wang BR1M beliau…

    3. GST tidak menggugat keupayaan saya untuk berbelanja (maaf cakap, duit saya banyak). Namun demikian, ada ramai orang yang terkesan dengan adanya GST. Saya sekadar bersimpati terhadap mereka.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  9. 42. I do not even want to argue with her.

    43. Those who anti-gst is as bad as those who support ruu355 as private bills.

    44. Therefore, when i no longer feel comfortable and safe, i will just leave the classroom.

  10. 41. When signed boards changed to jawi, who was the menteri besar, can hajar jawap dengan jujur?

    4

  11. 36. She can maintain bahasa melayu as bahasa kebangsaan as long as she does not force jawi as bahasa kebangsaan.

    b37. You dont have to go far, just look at kedah, when pas took over and change the writing to jawi, what happened, why diam?

    38. Almost 100 percent of civil servants are dominated by malay muslim, what do you expect the outcome of the general election?

    39. Therefore, whoever become the perdana menteri, it makes no difference.

    40. I am not muslim, but if you force me to be the muslim, i will leave without questioning, habis cerita.

  12. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Saya seorang Melayu Islam, dan hakikat ini tidak akan berubah sampai bila-bila.

    2. Saya ada pergi ke banyak negara yang mengenakan cukai GST / VAT, dan kos sara hidup amat tinggi di negara-negara tersebut. Minggu lepas saya berada di sebuah negara ‘orang putih’ (majoriti). Kos makanan dan pengangkutan amat tinggi. Harga barang pun mahal. Contohnya, air mineral yang kita beli dengan harga RM1.50 (di Malaysia), di sana harganya dekat RM 9.

    3. Bercakap tentang BM (Bahasa Melayu), saya sebenarnya ‘sakit mata’ melihat penulisan dalam bahasa ROJAK yang digunakan oleh sesetengah orang yang mahu tunjuk kehebatan kononnya dia pandai dalam BM (setakat sekerat-sekerat dan putus-putus saja). ‘Bahasa rojak’ bermaksud, dalam SATU AYAT PENUH, ada dicampur-adukkan BM dan BI berselang-seli. Jika kita mahu menulis dalam BM, amatlah wajar untuk menggunakan BM sepenuhnya dalam satu-satu ayat penuh (sebagai tanda hormat). Janganlah mencemarkan BM secara keterlaluan. Dalam satu-satu komen, jika mahu juga menggunakan BM dan BI, tidak salah jika setiap ayat ditulis lengkap samada dalam BM sepenuhnya atau dalam BI sepenuhnya. Jika masih mahu guna juga satu-dua perkataan BI kerana tidak terdapat perkataan Melayu yang setara, tidak mengapa asalkan tidak nampak seperti ‘rojak’.

    4. Biasanya, orang yang berfikiran berkecamuk memang penulisannya pun berkecamuk.

    5. Apapun, kita lihatlah nanti apa kesudahan cukai GST yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN.

    6. Jangan nanti bila PH sudah menang, ada pula yang berhujah bahawa mereka tidak dapat hapuskan GST sebab ianya telah dilaksanakan oleh BN, dan oleh kerana itu ia bukan masalah mereka. Contoh perkara sebegini yang berlaku di Selangor ialah isu ladang-ladang babi, isu arak serta judi dan pelbagai lagi perkara-perkara maksiat dan haram yang dahulu kononnya mahu dihapuskan (dikurangkan) jika mereka menang. Namun, keadaan bukannya semakin baik, malahan semakin bercambah dan berleluasa atau semakin teruk. Cakap tak serupa bikin…Munafiq!

    P/S: Saya sentiasa berterusan menuntut ilmu walaupun sudah ada ijazah tertinggi. Kesian saya melihat si Polan yang tidak boleh membuat keputusan dalam bahasa apa dia patut menulis komen di sini.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  13. 27. Dsn said pac had cleared him of stealing the fund from 1mdb.

    28. With arul kanda appointed as new ceo, it gives me the impression of him stealing the show is more appropriate, bak kata the smart ones show only words, the not so smarts ones show action.

    29. As warren buffet quoted, the business that took you 20 years to build could be ruined in 5 minutes, and this will make you do things differently.

    30. Frankly speaking, the war trade of sino-usa will not affect local because they will still buy imported foreign products that suits their needs.

    31. The war trade of sino-usa will not affect the local voters since many of them already decided who they prefer.

    32. Dont forget, those who allow them to steal are as guilty as those who steal.

    33. Since no one dare to take action, then, let the voters to decide lar.

    34. Good luck, and all the best to the wannabes.

    35. There is no free lunch in this world.

  14. 21. Tdm is already 93 years old, unless his so called supporters who claimed themselves as muslim first, want to bring him down with samseng behaviour?

    22. Muslim mudah lupa?

    23. If they dont learn from history, they too would be left behind.

    24. Because the cost of living for sure will be the hot topic for the wannabes to play along with the supremacy of malay and muslim to win votes.

    25. Ask yourself, dont you feel embarrass or ugly using poverty, i mean, ketuanan melayu dan muslim, as the tool to manipulate the sentiment to win votes?

    26. Renung2 lah wahai umno, pkr dan pas.

  15. 18. Pendirian mereka pasti sudah berubah, hanya hajar saja yang tak berubah.

    19. If she is not happy, she can declare jihad on non malay and non muslim, i mean trade war against china.

    20. When bording time is called, she still dillie dallie, mestilah she is left behind.

    2

  16. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Setahu saya PKR menyokong cukai GST. BR1M pun mereka sokong. Tidak tahulah samada sekarang pendirian mereka sudah berubah.

    2. Saya terbaca dalam akhbar baru-baru ini yang mengatakan Tun bertindak memecat DSAI berdasarkan bukti2 kukuh yang telah diberikan oleh pihak Polis (fakta sebenar). Dan Tun juga pernah mengatakan yang Tun ada memanggil pihak2 lain untuk memastikan yang salah laku (songsang / moral – dalam buku Tun ada fakta ini) DSAI memang benar, dan bukannya konspirasi jahat. Peliknya, ada yang masih lagi cuba menegak benang yang basah.

    3. Jangan nanti perancangan Tun untuk menghapuskan GST terbantut pula kerana ada pihak di dalam PH yang sebenarnya pro-GST. Jika Tun tidak pecat DSAI, negara kita sudah sujud kepada IMF semasa krisis matawang dan ekonomi 1997/1998. Dari dahulu lagi (sebelum Tun bertindak menentang DSN) saya sudah katakan yang DSN banyak meniru gaya / strategi DSAI.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  17. Salam Tun,

    Mohon izin…

    Yup Unsib Sinjam, you voiced out something close to almost all Malaysians. We would have soared higher if not for the previous clash…

    Thanks Tun

  18. GST pada saya perlu
    Walau sebuah negara itu kaya dengan hasil bumi atau sebagainya

    GST untuk kerajaan membangunkan negara
    Terutama perlu bagi mempertingkatkan ketenteraan , mempertahankan pertahanan
    Mengawal sekeliling Bumi Malaysia
    Ketiadaan Ketenteranlah yg mengundang anda di bully , dijelajah
    Contoh diini hari
    Kerana Iraq tiada senjata permusnahlah maka US ambil kesempatan untuk menjajah Iraq . Begitu juga Syria , Libya dan yg lain

    Kenapa hingga kini US tidak membedil North Korea
    Sedangkan North Korea berulang kali mencabar US
    Setiap kali US buat sengkatan atau mengugat N.Korea
    Besoknya N.Korea test Ballastic Missiles mereka
    Hingga kini US ingin berbaik dengan N. Korea bukan kerana ingin Keamanan
    Tapi US tak mampu menangdingi N.Korea
    Kim , N.Korea berulang kali kasi tahu Dunia melalui Missiles Test mereka
    Kami N.Korea ada senjata Pemusnah .Kenapa tidak US membedil nya tanpa persetujuan PBB seperti Iraq
    Kenapa pula US hingga kini tidak membedil Russia , China
    Sedangkan China , Russia amat mengugat US dalam urusan ekonomy
    Saddam Hussein memgaku tidak ada senjata pemusnah dan mengizinkan PBB
    Menyiasat Fitnah US ug kononnya mereka ada senjata Pemusnah

    Kita perlu GST untuk meningkatkan Pertahanan , meningkatkan mutu hidup , meningkat kan quality tenaga kerja kita
    Seperti Kerjaan Singapura yg bukan saja memugut GST keliling pinggang
    Malah cukai segala cukai seperti kereta , rumah kesemuanya amat tinggi
    Hinggakan Air yg kita kasi mereka seolah secara percuma pun mereka cukai rakyat nya dengan harga tinggi . Ini asas keperluan manusia ,kita kasi mereka serupa Free of Charge , masih Kerajaan mereka ambil kesempatan

    Bezanya Najib
    Najib melahirkan GST untuk menutup Pekung beliau yg sudah berbau busuk dan untuk kepentingan beliau sekerluarga . Tak payah selindung di luar negara di dalam negara kita sendiri kita sudah melihatnya . Siapa yg tak nampak , akibatnya …tak lama lagi lah tu

    Kerajaan Singapura memeras pelbagai cukai , saman dan macam macan kaedah untuk dapatkan duit . Hingga kini Kerajaan Sinagpura adalah Kerajaan Terkaya di Dunia . Sedangkan mereka tak punya hsail Bumi . Tapi kerejaan nya membentuk , membendung Singapura ke arah Selamat dan Maju Jaya

    Najib hanya membesarkan Tembuluk beliau
    Apa kah kita nak berkorban untuk dia ?
    Ada kah kita ini Baruah Najib ?
    Lihat saja pakain beliau , bukan sembarang calang PM bro
    Dari screen Tv bolih nilaikan
    Lagak saja Lebih , Tapi menyusahkan Rakyat sampai Malaysia berhutang

    Jika GST untuk kebaikan, kepentingan , kemajuaan kita bersama , Ok lah
    Ini untuk Mascot Badut Malaysia

  19. Salam Ybhg Tun, you have done a lot for the country and achieved so much. We dropped our admiration for you when DSAI was implicated in the sodomy case which obviously it was a framed case as you are now prepared to appear before the Royal Pardon to free DSAI of the accusation. However the current political & economic situation warrants us to support you again as Najib the PM is causing so much havoc & shame to all Malaysian & DSAI is still behind bars to go down the street to lead any effective protest & demonstration.

    Tun, please be yourself again as you were before the “sodomy era” and stride together with DSAI to bring back our country on the proper track for development. If there was no drift between you & DSAI at that time, I believe Malaysia is much further ahead than it is now and your Vision 2020 targets is within our grasp or atleast almost sure in our hands.

    By the way, I fully agree with you that Hadi do not understand what is GST where as Najib knows too much how to manipulate it. Saya doakan semoga Tun & isteri dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kekuatan sehingga negara kita pulih seperti sediakala seperti masa Tun menjadi PM dulu.

  20. Assalamualaikum wbt Tun

    Saya cuba memahami kenapa golongan berumur di Kampung2 sukar utk tolak UMNO-BN biar dunia telah memartabatkan bhw Najib MO1 sedang melanyak Negara ini ke arah ketergadaian. Saya bukan pakar dlm kajiselidik tentang saikologi di bidang “tanggapan dan politik”. Saya hanya pemerhati dan cuba berfikir tentang sesuatu gejala @ pola ketaksuban dlm masyarakat kita.

    (2) Saya kira faktor utama orang2 Kampung cekal bersama UMNO-BN adalah kerana soal kecintaan dan ketaatan kpd Melayu dan Islam. Mereka terhutang budi kpd UMNO n Kjaan. Melayu sayangkan bangsanya mengatasi Islam dan Negara. Maka apa saja berjenama Melayu dan kemandirian Melayu, maka mereka cukup mudah utk terima tanpa banyak soal. UMNO=Melayu. Inilah apa yg dilaungkan sebagai “Malay First!” Di Sabah n Sarawak, pemikiran orang Kampung di sini lain sedikit ie lebih condong kpd Kjaan kerana racun propaganda dan dakyah TV3 n RTM. Di sini saya cuba teliti sikap orang Kampung di Malaya dulu.

    (3) Golongan tua di Kampung2 dulunya esp di 1960-1970an dan awal 1980an adalah golongan susah. Mereka hidup susah utk membina keluarga esp anak2. Mereka membina kekuatan keluarga dari perih susah yg tidak kepalang. Mereka insaf akan kesusahan masa silam mereka. Pada 1990an dan kini, anak2 mereka kira sudah berjaya, mereka lega, menjadikan mereka cukup bersyukur. Beban galas sudah terlepas dari bahu mereka. Apa lagi, biawak hidup yg mereka galas dulu terlepas enak kerana dokongan Kjaan; UMNO.

    (4) Kini golongan ini, yg saya kategorikan sebagai “ibu bapa pencen” di Kampung2. Anak2 sudah mula boleh memberikan mereka “saraan”. Kebun dan sawah juga memberikan pulangan yg tidak perlu lagi diagih utk keperluan anak2. Pokoknya “pendapatan” mereka sudah stabil dan bertambah2. Apa lagi jika mereka adalah terdiri dari para pencen penjawat awam. Kerana pendapatan mereka sudah stabil dan bertambah2, maka mereka semakin bersyukur dan terus berterima kasih kpd Kjaan. Pd mereka kerana Kjaanlah maka mereka kini lebih senang dan mewah dari kehidupan silam mereka. Mereka cukup bersyukur, berterima kasih dan patuh taat setia kpd Kjaan terutama UMNO yg telah bersama mereka merempuh kehidupan susah silam. Mereka kini sudah berusaha utk melupakan masa susah mereka dulu2. Mereka ingin mengecapi kehidupan enak kini tanpa perlu banyak berfikir lagi. Mereka ingin hidup at peace to themselves. Di usia senja, itulah pokok pangkal pertimbangan kebanyakan manusia. They become selfish for themselves to achieve to their heavenly lives hereafter; no more this worldly husle.

    (5) Apa lagi bila anak2 mereka juga kelihatan sangat berjaya. Bukan sekadar mampu memberi nafkah kpd mereka tetapi juga mereka nampak jauh lebih mewah. Cucu2 juga kelihatan jauh berkehidupan senang dan mewah. Semua ini menambah syukur dan taat setia mereka kpd Kjaan n UMNO. Kayukuran mereka adalah kemewahan tampak di depan mata mereka. Dan ini ditokok tambah oleh berita2 sehala dari TV3 n RTM.

    (6) Biar hakikatnya kemewahan dan kesejahteraan tampak pd anak cucu mereka adalah di sebalik keberhutangan tinggi sehingga mencecah 85% dari pendapatan mereka. Mereka juga tidak sedar selain anak cucu mereka “domestically in high debt” tetapi Negara juga kian sangat berhutang secara “economically not to our best advantage”. Golongan ini sedang berada dalam halimunan illusion di atas kemakmuran yg terpamir tanpa sedar jerat jurang dalam yg sedang menanti cicit piut mereka.

    (7) To me Tun, if PH is to make a real push in the Kampung to really unseat UMNO in the coming GE14, your front of attack now is to wake these grps of “orang pencen” yg kemamar oleh lagak dan gaya semu ie palsu yg sedang mereka saksikan samada pd anak cucu mereka dan
    juga Najib MO1. Caranya, di antaranya adalah dgn mengajak golongan muda yg kini terkesan hebat akibat peningkatan “cost” hidup yg jauh lebih tinggi dari pendapatan yg ada utk sama2 berdepan dgn golongan ini secara face-to-face ikhlas. Pls go on insurgency warfare on this. Conventional debate won’t help much but combination of both In Shaa Allah will give PH a greater better impact.

    May Allah keep all of us on His blessed tract n to fight with all dignity. Jaga kesihatan Tun.

  21. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Saya setuju bahawa pada zaman Tun menjadi PM Malaysia, kehidupan amat baik dan harmoni berbanding sekarang, walaupun tanpa GST.

    2. Banyak hasil pembangunan yang bermanfaat kepada rakyat jelata secara langsung dapat dilihat sehingga ke hari ini.

    3. Tetapi, kita mesti berpijak di bumi nyata (tidak perlu bersikap hipokrit) bahawa semasa Tun PM, Pembangkang (yang sekarang menjadi kawan2 Tun) sentiasa menyusahkan dan memfitnah Tun dengan pelbagai tuduhan2 melulu seperti Tun membazir wang rakyat dengan pembangunan2 (projek mega – Tun Lah tolong batalkan beberapa projek yg belum siap untuk mengambil hati Pembangkang) yang mereka kata tidak berfaedah seperti KLIA, Petronas Twin Tower, KL Tower, Lebuhraya Utara-Selatan, etc. Mereka juga menfitnah Tun dengan pelbagai skandal kewangan dan rasuah. Tun dituduh sebagai diktator, Mahazalim, Mahafiraun, korup, etc.

    4. Sebenarnya, perangai pemimpin2 dalam rejim Najib sekarang ini SALING TIDAK TUMPAH seperti perangai pemimpin2 Pembangkang pada zaman Tun jadi PM (sama strategi). Mereka semua buta mata dan hati (beremosi dan tidak rasional) terhadap segala pencapaian Tun dalam membentuk dan membangunkan Malaysia.

    5. Yang lagi kelakar, ada pula yang ingat Tun sekarang sudah insaf, yang membawa maksud bahawa dahulu Tun memang pun seperti yang mereka tuduh. Kalau benar perangai Tun seperti yang mereka percaya, mengapa pula Tun masih lagi tidak diheret ke mahkamah di atas segala (kononnya) salah laku Tun yang lampau?

    6. Saya selalu baca artikel2 tentang pengurusan wang yang betul (untuk menambah ilmu). Masalah utama PM Najib @ Ah Jib Gor ialah beliau tidak ada kemahiran dalam pengurusan wang (kewangan), dan yang peliknya beliau ialah Menteri Kewangan. Memang lingkup negara dibuatnya.

    7. Pendapatan negara yang tinggi tidak berguna jika disalah urus oleh seorang PM dan Menteri Kewangan yang dung* dalam teknik dan strategi pengurusan wang yang betul. Sudahlah dung*, boros dan korup pula.

    7. Jika JAHIL, bertanyalah kepada yang arif, dan belajarlah untuk mendalami ilmu pengurusan kewangan. Tetapi, terdapat banyak manusia yang dung* dan jahil, tetapi masih mahu mengaku pandai. Bodoh sombong…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  22. Salam atok…semoga sihat disamping keluarga….sedih tgk najibi dan rosmahi.ape la nasib lepas pilihan raya ni…….

Comments are closed.