HADI PERLU BERTAUBAT

1. Hadi suruh saya bertaubat.

2. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri.

3. Allah melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa)

4. Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. Allah SWT melarang perbuatan mengkafir dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Hadi dan PAS apabila bekerjasama dengan DAP.

5. Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid.

6. Apa hak Hadi dan apa hak PAS mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan menjadi ahli PAS sahaja barulah seseorang itu beragama Islam. Apakah 1.7 billion orang Islam diseluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti PAS.

7. Perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keIslaman ibubapa mereka. Ada di antara orang PAS yang menidakkan keIslaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.

8. Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

9. Ada yang bangun masjid berasingan sehingga sekarang ini pun.

10. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat.

11. Allah tegah perbuatan kerosakkan.

12. (Surah Al Baqarah Ayat 11, Ayat 60, Ayat 205, Surah Al A’raaf Ayat 59, 85, 86)

13. Sesunguhnya Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Hadi telah melemahkan orang Islam.

14. Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran Al Quran dan hadith yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Hadi tanpa soal.

15. Sekarang Hadi sedang mempertahankan rasuah dan seleweng wang oleh Najib. Sekaligus Hadi berusaha untuk memberi kemenangan kepada Najib dan UMNO walaupun dimasa yang sama PAS akan kalah.

16. PAS bersendirian tidak pernah menang selain dari peringkat negeri. Diperingkat pusat PAS hanya mampu jadi rakan kecil di antara pembangkang.

17. Tetapi PAS akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud PAS sudah digugur. Sekarang kononnya PAS akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguh. Tetapi PAS masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya.

18. Inilah PAS. Sebelum adanya PAS orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.

19. Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti PAS. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar Amanatnya.

20. Sesungguhnya Hadi berdosa besar dan Hadi perlu bertaubat dan batalkan Amanatnya.

12 thoughts on “HADI PERLU BERTAUBAT”

  1. Salam…

    Berkaitan isu “SURUH TAUBAT”:

    – Dia suruh Tun bertaubat, baguslah kan?..Nama pun taubat..Kita ambil sudut yang positif jela..Terima kasih jugak sebab mengingatkan..CUMA..apa yg ditaubatkan itu biarlah manjadi rahsia diri kita dgn Sang Pencipta..Takkan la taubat dari kutuk2 orang pun nak cite kat media..Kannn? Tu bkn taubat..Tu jd taubat berbaur riak..

    Tak perlulah Tun nak emosional..Relax je..Cool..Tun tu dh berumur..Biase org berumur cpt makan hati..Nasihat saya, Tun relax je..Berlapang dada..

    Berkaitan isu HALATUJU PARTI ISLAM MALAYSIA (PAS):

    – Aku sebenarnya xberapa berkenan dgn parti ni..Hujah aku senang je..Bab nama parti aku proceed..Bila sampai manifesto, ape nak buat, ape yang rancang..Tak macam seperti apa yang tertulis seperti nama parti..Macam xberapa nak kena..

    Ko nak buat Parti Islam, aku orang pertama sanggup pegang panji tu..TAPI..bila manifesto ko ckp pasal mansuh tol, kurang harga kete, aku rasa mcm pedang Khalid Al Walid nak menghunus je kat hati masing-masing..Apa ko pikir mase nak letak nama parti ni? Jangan main-main la..

    Skrg aku pcaye kat ko Tun..Walau aku xtau diri ko sebenar, aku cuma lihat dari apa yg ko penah buat dan majukan Malaysia..MUNGKIN dulu ko penah buat silap..Skrg aku nak ko betulkan balik Malaysia ni..Nak aku jadi Perdana Menteri pun xpe..Aku dengan lantang buat siaran langsung..

    “Sekarang aku nak Malaysia ni berubah..Islam sememangnya diishtihar sebagai agama rasmi..jadi segala undang2 Malaysia ikut undang2 Islam..Fullstop..

    Ni bukan undang2 aku tapi undang2 Allah..Bagi sesiapa yg beragama Islam nak protes, sila beratur beramai-ramai dekat Dataran Merdeka..Biar Khalid Al Walid penggal kepala sorang2..

    Bagi yg bukan beragama Islam, korang dgn agama korang..kitorang dgn agama Islam..

    Hukum hudud dilaksanakan..Kalau bukan agama Islam nak protes, dipersilakan tukar kerakyatan atau menganuti agama Islam..InsyaAllah sesiapa yang menganut agama Islam dibawah pemerintahan aku, aku akan bagi layanan istimewa..Kemudahan2 belajar agama aku akan peruntukkan bajet..

    Sebagai keyakinan, kalau org yg bukan agama Islam tak percaya, aku mintak tempoh untuk korang lihat kebenaran agama Islam..Cukuplah korang tengok kat penjara..

    Bila hukum Allah ditegakkan, penjara tu bukan lagi dipenuhi oleh golongan beragama Islam..

    Kalau sesiapa nak bunuh aku, mari bunuh aku dpn org ramai..Kita tengok sape takut mati? Aku agama Islam..Dalam Islam tidak mengajar untuk takutkan manusia..”

    Hah..Tun ada tak orang yang layak? Carik org mcm Khalid Al Walid jadi wakil perundangan..Jadi tukang deal dgn media..

    Kalau dulu Khalid Al Walid naik kuda..Skrg ni better Khalid Al Walid naik moto je..Moto EX5 pun ok..SEBAB KL jem..Pelancong dtg pun stress..KUALA LUMPUR JEM!!..

    KETE MAHAL PUN ORANG BELI JUGAK..Aku xpaham kenapa purata rakyat Malaysia xpandai berkira2..Ko tgk kete baru kuar, ko tgk cantik, ko beli..Pastu ko buat lagi sesak jalan..

    Rumah pun mahal tapi org beli jugak..Ape la korang fikir? Ko beli rumah kos rendah pun dah 100K ++..SAMPAI MATI HIDUP KO ASYIK LA BAYAR HUTANG..Ibarat ko hidup ni untuk bayar hutang..Nnti mati gak..Allah xtanye rumah ko bape bijik, bape bijik buat sewa..bape bijik ko duduk..adoii..

    Ye aku tau, nak bagi anak bini tinggal..Masalahnya ko xmampu..Ko beli jugak buat ape!!..Cuba ko berkira2 dulu..Kalau xpandai, pegi carik PERSONAL ADVISOR yg tau..

    Korang jangan jumpa bank untuk advise..Org dalam bank senang je..Suh ko amek kad kredit..=D

    Bank pun nak selamat jugak..Ko ingt bank boleh survive ke dgn inflation yg mendatang??

    Bank bole survive dgn hutang2 kete rumah korang tula..Bank tapis jugak tgk kelayakan gaji la konon..

    Bank nak tengok kelayakan gaji..Statement la..ape la..Korang pulak menipu statement..Buat2 payment cantik..Padahal bank punye la xnk korang rugi..Kalau xbley byr, bank senang2 je kebas..

    Bank sbnrnye nak biar win-win..Ko dpt rumah, aku dpt survive dlm tempoh long term..Kalau xmampu, korang xpayah buat apa2 loan..

    Nanti bila bank kira2 bank xley survive, bank siap merayu suruh korang pinjam duit..hahaha..Promote la mcm2 agenda..Pakej la..menang kete la..Korang jgn layan..Korang suruh BANK NEGARA KAWAL INFLATION PER KAPITA dulu, baru kita beli kete ngan rumah beli borong..Xde la mahal..Kalau mahal skit pun berbaloi dgn harga..Takde la sampai dh nak mampus pun hutang xabis bayar..

    Pastu KALAU xmampu nak bayar..Hah..mula la makan dedak2 sane sini, amek kuih ulur dr bawah meja, tepi meja..Bila terdesak, haaa..ni la jadi..CANE NAK BANTERAS RASUAH?? Org tu amek pun nk hidup..Skrg ko nak pk KESIAN atau ko nk pk BAANTERAS RASUAH??

    Dah la gaji swasta x relate dgn sijil kelayakan..alasan tiada pengalaman..Ko blaja PHD pun, bos bg gaji kecik sbb tiada pengalaman..TIADA floor rate..

    Bos SWASTA IKUT SUKA HATI bagi gaji..Kadang ikut basement rate..kadang ikut foundation rate..

    Dah la dari golongan miskin sampai golongan papa kedana pun kena cas GST..
    Aku nampak Malaysia ni rata-rata rakyat dah berlaku INFLASI TERHADAP DIRI SENDIRI..Bole jadi mmg masing-masing xsekolah..atau xpandai matematik..CUBA KORANG KIRA berapa ringgit kerajaan amek setiap hari dari beli barang??

    Aku pun sedih..Senang sangat kerajaan dapat duit..Jadi macam Ah Long yang xnampak..Dalam diam2 duit kite kerajaan paw sikit2..Sikit2 lame2 jadi bukit..Aku xkisah pun kerajaan kaya..CUMA..TAKDE CARA LAIN KE NAK DAPAT DUIT?? Agak2 la..Ko pikir la..Pengemis pun kena GST beb..Jgn la jd kerajaan yg kaya dgn DUIT SUMBANGAN PER KAPITA SECARA PAKSAAN..Kalau aku paksa org bagi singgit pun org cakap aku peras ugut..Kelakar beb..Malaysia byk duit dgn cara peras ugut yg xnampak dimata kasar..

    Kerajaan Islam dulu bukan maju dgn cara mcm ni..Cukai pun 2% sahaja untuk golongan bukan Islam..Org Islam free..Malaysia negara Islam sebagai agama rasmi kan??

    Org bukan islam nak bising xguna..Aku ckp senang je..Ni negara Islam..Ko nak bising2, aku tetap dgn undang2 agama Islam..Kalau ko xnak byr cukai 2%, ko peluk Islam..

    Tun..Aku sedih tun..Kalau ko tanye aku, aku pilih mati je Tun..Senang..Tapi sbb Allah xbagi aku mati lg..Aku buat jela apa yg termampu sampai akhir hayat aku..

    Dah la..Aku tamatkan sampai sini dlu..

    Maaf kalau ada terkasar bahasa atau tersinggung..Tujuan bkn utk nak menyakiti atau disakiti..Cuma sekadar merenung agar APA YANG POSITIF diambil iktibar dan KESEMUA MENDAPAT KEBAIKAN..

    Salam..

  2. Assalamualaikum, Tun.

    Ya, Hadi perlu bertaubat kerana telah mencemari nama suci Islam dengan persepsi peribadi yang kurang betul, apatah lagi menyalahguna istilah “kafir” sewenang-wenangnya!

    Semoga insan berdosa akan dihukum di dunia akhirat nanti!

    Generasi muda kita harus tahu membeza apa yang betul dan apa yang disandiwarakan!

  3. Salam Tun

    Seingat I bila MO1 jadi pahlawan bugis, Hadi pakai baju Melayu, saolah-olah MO1 illegal, Hadi legal IMAO

    About a month ago I jumpa kawan, dia kata nak jumpa Pak Lah kena jumpa kat luar tak boleh kat rumah, sebab Pak Lah takut isteri Portugisnya marah. Tak tau pulak kenapa kawan I ini nak jumpa Pak Lah, my guess mungkin kawan2 buat kempen untuk UMNO.

    Anyway berbalik pada Hadi, sudi kah Hadi bertaubat?

  4. Salam Tun.

    1. Benar Tun bertaubat memang di tuntut kepada semua umat manusia.

    2. Orang yang telah beriman disuruh memeliharakan diri dan keluarga daripada azab api neraka.

    3. Orang yang telah beriman di suruh supaya taubat, sebenar-benar taubat

    4. Bukanlah orang yang berdosa saja yang disuruh bertaubat, orang yang tidak bersalah pun disuruh bertaubat.

    5. Nabi s.a.w sendiri pun bertaubat. Beliau bersabda;
    “Dari Abu Hurairah r.a berkata dia; berkata Rasullullah s.a.w; “Demi Allah s.w.t sesungguhnya aku sendiri memohon ampun kepada Allah dan taubat kepadanya dalam sehari lebih tujuh puluh kali.” Riwayat Bukhari.

    6. Berkatalah al-Qurthubi dalam tafsirnya bahawa bertaubat itu adalah fardhu ‘ain atas tiap-tiap Mu’min dalam tiap-tiap hal dan dalam tiap-tiap zaman.

    7. Wajiblah segera taubat dari sekalian dosa, yang diingat ataupun yang tidak ingat serta yang tidak di ketahui.

    Wallahua’lam.

  5. Assalamualaikum wbt Tun

    Firstly, tahniah di atas sedikit penjelasan Majlis Presiden bagi 5 perkara utama dlm Agenda Transformasi PH. Wajar perkara ini ditegaskan sebagai perkara yg menjadi bhn debat dan kempen halatuju PH n Msia di masa2 ke depan ini. Inti pati dan kesannya pd kehidupan rakyat dan Negara perlu dijelaskan. Time to layout PH offer to the rakyat. Perkara ini boleh menjadi asas utama utk membina Bangsa, Islam dan Negara yg betmaruah bagi kita.

    (2) Nik Abdul Aziz Nik Mat, Azizan Abdul Razak dan Ahmad Yakob, depa ni semua kira orang2 kuat PAS. Semua nama depa bermula dgn huruf “A”. Kira kelas “A” punya PAS leadershiplah. Nik Aziz kira double “AA” punya kelas.

    (3) Abdul Hadi Awang kira nama dia dgn “A” juga. Cuma bila nama penuh dia digabung, maka jadilah “AHA”. Diapun leadership PAS kelas “A” juga. Tapi kelas “A” jenis “agas” takbur, bongkak, gelojoh. Aha” dlm sembang biasa Melayu jadi “aha aha” atau “ha ha ha…”. Jika Melayu sembang cara tu especially di Pantai Timur, itu petanda tak berapa nak elok. So Hadi ni “aha aha” dia dgn Najib MO1 “pasti ada apa2 kot”. Depa dua to me, sedang dan pakat nak bina nama sendiri ikut jalan “aha aha”. Dua2 sedang membina imej diri cara
    mencarut – Hadi bibiaq berlemuish, Najib MO1 bibiaq merah “aha aha”, dua2 kira pinang digelek tayar kereta lipang.

    (4) Mudah2an Allah tetapkan kita terus di jalan benar. In Shaa Allah

  6. Saya sudah lama berpendapat bahawa Party yang menggunakan Agama untuk meraih undi, MESTI diharamkan. Pada masa yang sama, demi memajukan Bangsa, Agama dan Negara, semua institusi Agama, terutamanya yang berkaitan Islam, sepatutnya ditempatkan dalam perkarangan Istana di setiap Negeri dan DYMM YDP Agong, mengetuai Negeri tiada Sultan dan Persekutuan Malaysia.

    Oleh yang demikian, Kerajaan yang memerintah, tanpa mengira dipihak mana, tidak ada ruang/peluang memperkudakan Agama untuk mengaburi sebarang kesalahan pecah-amanah yang dilakukan kemimpinan mereka atau/dan meraih undi menjelang piliharaya. Ahli politik atau Pegarah tertinggi disetiap Jabatan Kerajaan juga, diharam sama-sekali menjadi Imam, Sami atau Paderi atau/dan bersyarah dalam Rumah-ibadat.
    Dengan itu, Kerajaan tidak lagi dikekang/dibebani tindak-tanduk dan salah-guna Agama oleh segelintir Ahli Politik/Agamawan yang berfikiran jumud, fanatik, bodoh dan hanya pandai mengampu demi kesenangan/kemewahan hidup mereka sendiri yang sudah tentunya, mencemar/memalukan Agama mereka sendiri.

  7. Chief penchuri MO1 Najis and his corrupted family and slaves are trying deviate the people from Govt. failures by highlighting petty cases in their media.
    For example, their media unnecessarily giving big coverage to the arrest of a “Datuk Sri”…and deputy minister is also speaking about this!!! Don’t he have other important works??!!!

    Malaysians should know that these thieves are hiding something from people now…this is a kind of trick often can be seen in other countries ruled by rogue leaders.

    Malaysia will not be a developed country by 2050…may be in 3050…

  8. Assalamualaikum Tun.

    Kenyataan Tun tentang Hadi itu sememang tepat sekali.

    Rakyat bukan bodoh untuk memahami bahawa UMNO dan PAS ada pakatan sulit.

    Beberapa hari lalu ada beberapa ahli PAS berkunjung ke rumah saya untuk meminta undi kepada PAS pada PRU14. Saya bertanya apakah ada pakatan antara PAS-UMNO pada kali ini? Mereka menjawab, tiada dan hanya media kerajaan sahaja yang mengatakan begitu tetapi pihak tertinggi PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan PAS-UMNO ada pakatan. Memendekkan bicara dan untuk menjaga hati seagama, saya mengiyakan sahaja.

    Bagi mereka, rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu perkembangan semasa.

    Wassalam.

  9. Bertaubatlah Hadi Awang!

    Orang yang benar adalah bercakap benar.

    Hati adalah raja. Hati yang benar adalah yang bercakap benar.

    Bertaubatlah Hadi Awang!

    Jangan berpura pura. Jangan menggunakan Islam untuk politik kamu.

    Besar dosanya memecah belahkan rakyat jelata.

    Muhasabah diri dan bertaubatlah Hadi Awang!

  10. Salam Tun Mahathir,

    Memang benar apa yang diperkatakan oleh Tun.

    PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang adalah tidak sama dengan PAS yang dipimpin oleh pemimpin PAS terdahulu malahan kehilangan jiwa keislamannya.

    PAS HAdi Awang ini lebih kepada duniawi.

    Lihat sahaja keselesaan Hadi Awang dan keluarganya.

    Lihat pula kepimpinan tertinggi PAS sekarang ini yang lebih mewah.

    Benarkah mereka mendapat habuan?

    Amanat Hadi Awang telah memakan keseluruhan Parti PAS sendiri. Kononnya kerjasama ditukar dalam bahasa Arab Tahaluf Siyasi.. ternampak cantik apabila ingin bekerjasama dengan DAP.

    Sebenarnya kerjasama PAS di dalam Pakatan Rakyat itu adalah sama seperti kerjasama UMNO dengan MCA dan Gerakan di dalam Barisan Nasional.

    Dengan Amanat Haji hadi ini lah PAS sendiri jatuh kafir kerana berkerjasama dengan kafir sehinggalah mereka ditendang keluar dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak bijak berdiplomasi dan berdiskusi.

    Benarlah juga Hadi Awang ini perlu bertaubat kerana berbohong tidak berkerjasama dengan UMNO didalam pilihanraya yang akan datang kononnya PAS mampu mendapat kemenangan bertanding bersendirian.

    Seperti termakan sumpah sendiri Haji Hadi ini.

    Dan benarlah juga ayat ayat al-Quran yang Tun nyatakan berkenaan orang – orang Islam yang menuduhorang orang Islam lain kafir.

    Dan pembalasan ini dengan izin Allah swt akan dapat kita lihat didalam pilihanraya akan datang kerana bekerjasama dengan golongan yang melindungi pencuri wang rakyat.

    Bertaubatlah Hadi Awang.

    Wallahualam.

Comments are closed.