Kita tidak dibenar bercakap berkenaan 3R (Bangsa, Agama dan Raja). Kita tidak boleh bercakap berkenaan jualan saham HeiTech Padu.
Sekarang kita tidak boleh buat hate speech – ucapan kebencian. Masalahnya apakah ucapan yang dianggap membenci. Tidak ada definisi.
Yang akan tafsir ucapan ialah Kerajaan. Walaupun ucapan itu mengelak dari kebencian, tetapi Kerajaan masih boleh tafsir ucapan berkenaan sebagai membenci. Untuk elak dari tafsiran Kerajaan, jangan bercakap. Membisu.
Sebenarnya mulut semua orang sudah ditutup. Sama ada ahli akademik atau ahli dewan rakyat, mereka tidak terkecuali dari dituduh melanggar 3R dan membenci.
Kita tidak pun boleh bercakap berkenaan Perlembagaan kerana Perlembagaan juga menyebut kaum tertentu dan hak-hak mereka.
Akhir sekali Tuan Speaker boleh gantung ahli dewan. Ahli berkenaan tidak pun dibenar duduk bersama pemerhati atau pegawai dalam dewan.