KEMAMAN

1. Kemaman menunjuk bahawa sokongan kepada UMNO merosot lagi. Selagi UMNO bersekongkol dengan DAP sokongan kepada UMNO akan terus merosot.

2. Semua sedar UMNO bukan lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Perjuangan UMNO ialah untuk duit, untuk selamatkan kepimpinan yang bersekongkol dengan jenayah.

3. Lagi pun pengundi UMNO bukan lagi yang ketahui jasa UMNO kepada negara. Mereka sudah tua dan tidak lagi aktif dalam arena politik.

4. Pengundi muda dibesar setelah negara maju. Mereka berpendapat memanglah negara maju sehingga penuh dengan pencakar langit. Peranan UMNO memajukan negara dari kemiskinan dahulu sehingga separuh maju sekarang tidak disedari oleh mereka.

5. Dalam PRU 16, UMNO akan hapus sama sekali. Yang boleh selamat UMNO ialah pemisahan dari DAP dan kembali perjuangan untuk bangsa, negara dan agama. Pemimpin yang usang perlu digugurkan. Dan masalah Melayu perlu diperjuangkan semula. Khusus berkenaan kemiskinan orang Melayu.

6. Saya sedih kerana bapa yang menyelamat UMNO pada satu masa dahulu, anak yang musnahkan UMNO setelah mengambil alih kepimpinan.

7. Suka atau tidak suka inilah kenyataan.

8. Inilah mesej Kemaman.