KENAPA SAYA TENTANG PAS

 

1. Orang PAS amat marah kepada saya. Selain dari mendakwa saya kafir, penyokong PAS tidak langsung sanggup mendengar kritik saya terhadap PAS. Saya percaya sebarang pendapat saya tidak akan dibaca oleh orang PAS termasuklah rencana ini. Tetapi saya harap mereka yang tidak fanatik terhadap PAS akan baca. Terpulanglah kepada pembaca samada menerima atau menolak pendapat saya.

2. Sesungguhnya orang Melayu dahulu tidak bermasalah berkenaan pegangan mereka kepada agama Islam yang semua mereka anuti. Mereka semuanya berpegang kepada tafsiran dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) dan berimam dengan Imam Shafie.

3. Mereka juga tidak menolak ajaran tiga lagi Imam Sunni, iaitu Maliki, Hambali dan Hanafi.

4. Oleh kerana semua orang percaya dan pegang kepada ajaran dan tafsiran yang sama, mereka tidak berpecah dan berpuak-puak. Sudah tentu mereka tidak bermusuh sesama mereka seperti yang berlaku antara Sunni dan Syiah di beberapa negara Islam. Di banyak negara Islam permusuhan disebabkan tafsiran yang berlainan berlaku sepanjang masa sehingga mereka berpuak-puak dan kerapkali mereka berperang pun.

5. Tetapi di Malaysia, walaupun dahulu ada ajaran yang berlainan, umpamanya kaum muda dan kaum tua, kumpulan Hj. Ahmad Matahari, dan lain-lain, tetapi tidaklah sampai kepada permusuhan dan perpecahan yang teruk. Sesungguhnya orang Melayu Islam bersaudara dan mengamalkan ajaran Islam yang sama. Mereka bersatu padu sebagai orang Islam sehingga bangsa Melayu dikaitkan dengan agama Islam. Dalam perlembagaan pun tafsiran orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu, beradat istiadat Melayu dan beragama Islam. Jika seseorang itu tidak Islam maka ia tidaklah Melayu, walaupun bahasa ibunda mereka adalah bahasa Melayu.

6. Keadaan persaudaraan orang Melayu Islam ini kukuh sehingga dengan mudah mereka bersatu padu diwaktu menentang rancangan British untuk menakluk negeri-negeri Melayu secara langsung melalui Malayan Union. Demikianlah rapatnya perpaduan orang Melayu sehingga British yang baru sahaja menang perang, terpaksa tunduk kepada tuntutan orang Melayu. British mengakui kekuatan orang Melayu dan mengiktiraf parti yang mengalahkan Malayan Union dengan memberi hak kepada pemimpin mereka, Tunku Abdul Rahman menamakan calon-calon badan perundangan seperti Federal Legislative Council dan State Council (Dewan Undangan Negeri-negeri) dalam Persekutuan Tanah Melayu yang mengganti Malayan Union pada 1948.

7. Dalam parti UMNO pada masa itu terdapat semua aktivis Melayu dari yang berpelajaran Melayu, Inggeris dan yang berpelajaran agama. Mereka yang berpelajaran agama dikenali sebagai “ulama UMNO”.

8. Apabila British memberi hak kepada Tunku Abdul Rahman, Yang DiPertua UMNO menamakan calon, Tunku telah pilih pemimpin UMNO yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran. Hampir semua dari mereka ini berpelajaran Inggeris. Yang berpelajaran agama, “ulama” hampir tidak dipilih sama sekali.

9. Maka kecewalah pemimpin yang berlatar belakang agama. Hasilnya ialah desakan untuk keluar UMNO dan menubuh Pan Malayan Islamic Parti (PMIP). Kemudian namanya dialih kepada PAS, Parti Islam SeMalaya.

10. Orang Melayu semuanya memang kuat pegangan mereka kepada agama Islam. PAS berharap dengan kaitan parti kepada agama Islam maka akan berjayalah PAS dalam pilihan raya.

11. British mencadang diadakan PRU pada 1955 untuk 52 dari 98 kerusi Federal Legislative Council. Bantahan oleh UMNO supaya semua 98 kerusi ditandingi ditolak. Pendapat British ialah tidak mungkin mana-mana parti memenangi lebih dari separuh, iaitu 50, untuk mengambil alih Kerajaan dari British.

12. Dalam PRU itu isu utama ialah kemerdekaan. Sementara UMNO dalam Perikatan tuntut kemerdekaan selepas PRU, PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan.

13. Hasilnya ialah kemenangan besar Perikatan. Dengan Perikatan mendapat 51 kerusi, British terpaksa beri kepada Perikatan, pimpinan Tunku Abdul Rahman, home rule atau Pemerintahan Dalaman. Hanya Kementerian Luar dan Pertahanan sahaja dikuasai oleh British. Maka bermulalah perjuangan untuk kemerdekaan secara bersungguh-sungguh.

14. PAS memenangi hanya satu kerusi. Jelas penolakan kemerdekaan merugi PAS. Maka bermulalah Agama Islam diperalatkan sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu.

15. PAS mendakwa bahawa orang yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir. Oleh kerana UMNO bekerjasama dengan orang Cina (Buddhist) dan India (Hindu) dalam Perikatan, maka PAS mendakwa orang UMNO tidak Islam, orang UMNO kafir.

16. Akibatnya ialah orang Melayu bukan PAS yang semuanya beragama Islam dan mengikut ajaran yang sama, iaitu ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam dengan Imam Shafie, tiba-tiba dikafirkan. Perpecahan yang teruk dan mendalam berlaku.

17. Orang PAS tidak pun boleh bersama dengan orang UMNO, kenduri orang UMNO diboikot oleh orang PAS. Perkahwinan antara orang PAS dan UMNO tidak boleh diadakan. Mereka tidak boleh sembahyang bersama, tidak boleh diimamkan dengan imam yang sama. PAS sembahyang dengan lain imam di masjid dan mendirikan masjid berasingan dari orang UMNO.

18. Ada juga yang berpendapat perkahwinan ibu bapa mereka tidak sah dan ibu bapa mereka yang tidak jadi ahli PAS adalah kafir.

19. Kemudian Hj Hadi sebagai seorang dari pemimpin PAS telah mengeluarkan “Amanat” yang secara langsung mendakwa bahawa pemerintahan Barisan Nasional pimpinan UMNO adalah kafir. Pejuang-pejuang yang melawan Kerajaan UMNO/BN, jika mati, mereka mati syahid.

20. Dengan kepercayaan kepada amanat Hadi, pengikut Ibrahim Libya telah serang dan membunuh empat orang anggota polis. Dalam pertempuran antara polis dan pengikut Ibrahim Libya, 14 orang pengikutnya dan dia sendiri terbunuh.

21. Maka PAS pun dakwa pengikut Ibrahim yang mati adalah syahid. Mereka dikebumi sebagai syahid tanpa dimandi.

22. Adalah jelas bahawa PAS memecah belah orang Melayu Islam dengan amat mendalam. Sehingga ke hari ini masih ada sembahyang berjemaah berasingan di masjid yang sama.

23. Tiada ada ulama di Malaysia yang berani mendakwa bahawa pengkafiran orang bukan PAS adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam. Pegawai-pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam juga membisu seribu bahasa.

24. Inilah perbuatan PAS yang tidak boleh dimaaf. Sebelum adanya PAS orang Melayu tidak berpecah kerana agama. Hanya apabila PAS ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu. Demikianlah kelemahan orang Melayu sehingga PAS juga terpaksa meminta pertolongan orang-orang kafir. Tetapi apabila PAS bekerjasama dengan parti kafir, PAS dakwa mereka tidak jadi kafir. Sebab kononnya, kerana kerjasama PAS dengan orang kafir adalah “Tahaluf Siyasi”. Apa dianya Tahaluf Siyasi jika diterjemah ke bahasa Melayu. Maknanya ialah “Kerjasama politik” dan ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC. Jelaslah bahawa Bahasa Arab (Bahasa Quran) diguna untuk mengIslamkan kerjasama PAS dan orang kafir.

25. Dikalangan ahli PAS, penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama dari ajaran Islam. Sebab itu walaupun Al Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara, ahli PAS sanggup bermusuh dengan orang Islam lain kerana ajaran oleh pemimpin PAS. Kerana sikap inilah orang Islam (Melayu) di Malaysia berpecah sehingga sekarang. Bukan Islam yang memecah orang Melayu tetapi politik PAS yang membawa perpecahan kepada mereka.

26. Walaupun sebahagian dari ahli PAS sudah tinggal PAS tetapi ramai dari ahli PAS yang masih taksub dengan PAS dan ajarannya. Dan perpecahan yang mendalam dikalangan orang Melayu adalah berterusan. Dia akan berterusan selagi PAS menyalahtafsir dan menyalahguna ajaran Islam.

27. Inilah sebabnya yang saya tentang PAS.

 

 

92 thoughts on “KENAPA SAYA TENTANG PAS”

  1. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Izinkan saya Tun untuk berkomunikasi dengan pengkomen ‘Faridina’ (Sep 28,2018 4:15 AM) yang masih lagi tidak sedar diri:

    Famili ‘Faridina’,

    Komen saya pada Sep 27,2018 8:11 PM di rujuk. Antara lain saya tulis ayat berikut: “Saya beri anda TEMPOH DUA HARI untuk membuktikan yang anda tidak memfitnah saya.”

    Saya akan jawab perenggan pertama dan terakhir sahaja.
    1. ‘Faridina’ tulis: “Keizinan jua dipohon dari ayahanda dan pembaca sekalian untuk memberi penjelasan kepada Pn Hajar yang telah memberi TEMPOH 2 hari sahaja untuk berbuat demikian.”

    Komen saya:Penjelasan apa? Penjelasan bodoh? Terbukti dan memang sahih ‘Faridina’ ini famili yang betul-betul dung* @ bodoh piang. Apa yang saya minta ialah BUKTI-BUKTI di atas segara FITNAH yang dilemparkan terhadap saya.

    2. ‘Faridina’ tulis: “Memendekkan cerita sekiranya ada telahan dan gurauan saya terhadap anda yang tidak boleh diterima dan anda anggap fitnah – harap dimaafkan sahajalah ya.”</b?

    Komen saya: Ish…Ish…Ish…Semudah itu? (meminjam kata2 hikmah Bapak Farid & Ibu Ina). Apa yang saya senaraikan untuk kalian buktikan bukan anggapan saya. Ianya kenyataan-kenyataan yang ditulis dengan terang benderang dan jelas. Sila baca balik. (Memang susah berhujah dengan orang yang mudah lupa dan dung*). Bila pula saya beri pilihan ‘minta maaf (sudah terlambat…). Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!

    TELAHAN? Memang sahihlah dalam banyak perkara (tuduhan2 melulu) famili ‘Faridina’ main hentam keromo secara semborono saja – FAKTA memang tiada (TERBUKTI segala komen2 saya tentang hal ini benar belaka). Tiada kredibiliti langsung penulisan famili ‘Faridina’ ini. Pengakuan sudah dibuat. Sendiri buat salah (telahan), sendiri sudah buktikan yang diri sendiri memang hampeh! Ini yang dikatakan bodoh sombong kerana asyik mengeji orang lain sebagai “pandai tidak boleh diikut, dan bodoh tidak boleh diajar”. Memang kena batang hidung sendiri. Elok cermin diri sendiri dahulu sebelum celupar menghina orang lain.

    GURAUAN? Alahai…Inilah yang dikatakan manusia bermentaliti lapuk. Manusia hapr*k saja yang bergurau melampaui batas (keterlaluan) dengan tujuan menghina dan memperlekeh orang lain. Saya pun boleh juga bergurau ala ‘Faridina’, tetapi biarlah saya simpan dulu (tengok keadaan…). Firman Allah SWT pun ‘Faridina’ persendakan, dan jadikan bahan lawak. Bergurau tidak bertempat.

    P/S: Dulu saya malas jawab sebab ingatkan famili ini dah insaf…Nampaknya masih bermentaliti sama.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  2. Reformasi lead by ds anwar ibrahim had succeeded when tdm lend his helping hand to him via agong’s royal pardon.

    Reformasi mission completed.

    Transformasi vision is out.

    The dilenma now is which way to go?

    Will ph and bn move forward with mediocrity of low salary to maintan low income earner to stay with them tanpa pilih kasih?

    Will ph and bn move forward with meritocracy of high salary to maintain high income earner to develop the country tanpa pilih kasih?

    This question of halal and haram could be very tricky.

    Democratic party of japan could maintain only a term in chanting corruption.

    It wont be a surprise pakatan harapan can only maintain a term if they still stick to their old way of doing things in the name of nep with malay bias policy.

    Yup, there are no permanent friends and enemies but only permanent interest, so to speak

    It is up to the coalitions of ph and bn utilize their machineries in fishing for votes.

    In less than 5 years, another general election would be called.

  3. Assalamualaikum, Tun.

    PAS kian terserong dari halatuju yang betul. Apa yang boleh dinampak sekarang PAS hanya memperguna nama suci Islam untuk kepentingan politik.

    Dalam era Tok Guru (Allahyarham Nik Aziz), sesungguhnya PAS sebuah parti yang berprinsip dan memegang nilai-nilai Islam dengan begitu ketat. PAS sangat dihormati, bukan sekandar di kalangan umat-umat Islam.

    Demi kepentingan politik peribadi tokoh-tokoh politik PAS, PAS sanggup menunduk ke budaya “kotor”, amalan “menghilangkan” duit Negara! Apakah pergabungan dengan UMNO itu betul?

  4. When anwar said he cannot tolerate same sex marriage, but he would push for anti sodomy law, aku pun keliru dan terkejut.

    Umno, dap, pas and pkr can merged officially, tak payah curi-curi punya and form a muslim coalition with indian bias policy, but the end must justify the means.

    But the risk of loosing conservative votes is high, so pandai2 lah orang islam dan orang hindu.

    The old way of doing things base on who you know, not what you know is no longer relevant.

    It is not hard to read trump’s mind at the age of 70 + with so much wealth.

    Mr trump as 45th president of usa for sure will do something that he would be honoured by the americans in their history, and thats the universal norm of all leaders in the world, bukan?

    Usa is 2 political party system.

    China is 1 political party system.

    Sini, entahlah since mps can be rigged with snap of fingers, very scary, uncertain and not safe.

  5. Apa2 sin brands pun bermasalah di negara malaysia, kan custom diraja malaysia ikut rentak dan angin orang atas, betul tak?

    Yang peliknya kenapa other countries do not have this problem.

  6. Salam

    Nak share my pendapat tentang arak. Kebetulan Sdr Hajar dan Sdr RD ada sebut komen tentang ini.

    Sebenarnya I kurang arif tentang nama arak ini yang disebut dalam media massa.

    Zaman I kecik2 dulu pernah dengar nama Tody. Kalau orang India mabuk usually minum Tody. Ada orang bawahan ayah kaki Tody dapat gaji langsai. Isteri dan anak nak makan terpaksa tebal muka datang rumah kami minta makanan.

    As grow older I dengar golongan sederhana minum guiness stout. As I masuk stock market ada juga retail investors kaki minum but nama brand tak ingat.

    Since I tak minum arak so I pun tak kisah sangat pasal nama arak. But I do know kaum pendatang seperti dari Bangladesh, Nepal kerap beli arak dari Speedmart. Then again I did know the brand name.

    Anyway, pretty sure pihak berwajib akan jalan tanggung jawab dengan baik dan bijak. Kalau pengeluar dah keluarkan sesuatu produk yang membawa kepada kematian atau kecacatan ramai, itu dah salah besar.

    Goodnight!

  7. Good evening YAB!

    News baca online Hadi trying to split PH with remark on PM, says Santiago – FMT

    Puak ini kata macam ini, puak sana kata macam tu. That’s the reason why I never like politics.

    I nak kongsi dengan Tun cerita ini. My cerita, ianya terjadi to diri I sendiri. Its not something you read kat news portal.

    I pernah jadi member dalam satu business association. Orang berniaga mestilah masuk business association kan. At that time I berniaga. Business association ini hanya cawangan negeri.

    Mula2 tu ok, lepas tu budak2 Pengetua bukan main ambitious nak naik boss mereka keperingkat kebangsaan. I fikir tak betul ini.

    So I sound kat orang kanan Pengetua, Heh apa hal ini, I tengok Tan Sri belum ready lah. Tapi budak2 Pengetua bukan nak dengar mereka rasa boss naik mereka naik juga. Saban hari dok membedek boss mereka.

    Nak jadi cerita boss mereka kalah. Peringkat kebangsaan tetap Presiden lama pegang. Tak lama lepas tu cawangan negeri kena tutup, ada court order lagi. Tak pasal2 members kat cawangan negeri hilang association dan duit yuran.

  8. Hi Housewife,

    Ada good news I baca pagi ini. Berita Bernama. I kongsi sini.

    Let Mahathir be PM till term ends, urges Hadi

    KUALA NERANG: Prime Minister Dr Mahathir Mohamad should be given the opportunity to continue to administer the country until the end of his five-year term, said PAS president Abdul Hadi Awang.
    He said efforts by some quarters, including PKR president-elect Anwar Ibrahim, to take over the premiership, was an act not in accordance with political morals.
    “We do not want a person with lust to rule for fear that when he/she becomes a leader, the person does not shoulder the responsibility entrusted upon him/her.
    “So, let the present prime minister administer the country for as long as he can perform the task.
    https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/09/29/let-mahathir-be-pm-till-term-ends-urges-hadi/

  9. Umno tukar slogan daripada melayu hidup kepada melayu maju di pau.

    On the other hand, pkr mp resigned to pave way for anwar to contest.

    Pas hanya ikut rentak dan angin aja.

    Other component parties would shut up as expected kan melayu tu islam.

    To be or not to be, that is not the question.

    Able or not, we will see how far kita can go tak kisah you sokong pihak mana.

  10. Assalamualaikum Tun,

    Apa umno boleh buat sekarang?…untuk nampak gah umno hanya boleh mengeluarkan dan menggunakan senjata berkata2. Ya, hanya ini yang umno mampu buat sekarang konon boleh membangkitkan keyakinan dan semangat MelayuUmno. Dari dulu hingga kini mereka brainwash MelayuUmno dengan memanipulasi kelemahan dan ketaat setiaan dengan mempergunakan ayat2 dan kata2 yang manis dan sedap didengar sahaja dan juga sindir menyindir terhadap pihak lawan. Tapi kali ini mereka tidak mampu suap atau mendabik dada bermegah2 menghunus kris!

    Selepas 4 bulan kalah apakah tindakan mereka untuk pulihkan parti? Apakah hasilnya? Merangkak kepada Pas…sudah. Sekarang berangan hendak menyunting Bersatu dan Pkr pula seolah2 seperti hidung tak mancung pipi tersorong2.

    I think whatever they’re trying to build or structure will never come into shape, not in the next 60 years because they’re still keeping and protecting the klepto masters and associates. Umno is in no position to demand anything. Their president has no credibility to make demands. Their house is still messy with crooks and the corrupt roaming around in umno. They’ve suffered a big bad blow, still in shock and awe, could not think straight to find a better solution to rejuvenate and revamp their house. I think if si zahid is still their head, umno will surely collapse. So whatever this idea of his proposal to ask PH’s hand in marriage, this kind of relationship will never work out because it is just plain silly. Umno has belittled and said awful things about Tun, it is unforgivable I will never give my restu. Umno is still arrogant and greedy for power. Have they learned their lesson?

    May Allah bless you with great wealth in health, knowledge and wisdom. Take extra care in your safety and thank you, Tun.

  11. Its alright to me as voter, kan tu hal peribadi parti politik mereka masing2.

    Eventhough i do not want another era of mahathirism, i for sure wont tuih, sabatage, tunjuk perasaan, boycott mahupun marah, kan mereka ini pun pengundi malaysia since they are executing programmes that fixed by ruling government of the day with hq in putrajaya, bukan?

    Similarly, i wont tuih, sabotage, tunjuk perasaan mahupun marah at american products, kan yang menjalankan business ini adalah rakyat kita, iaitu warganegara malaysia including orang melayu, orang asli, orang cina, orang india, tak gitu?

    Bak kata, the old ones will leave one day, and the new ones will come in.

    Wealth does not penerate 3 generations.

    Rule of law?

    Rule of man?

    No one knows what lies ahead.

    Therefore, never take things for granted.

    To adapt, or to be replaced, its up to the political of the divides to decide.

    Yup, are their dna ready to cope with such challenges again?

    Itu kena tanya selera mereka.

  12. Dua hari lepas saya nonton Bernama TV. Ada temubual bersama Dato Nadzim Johan, orang-kuat PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Perbincangan mengenai sikap ‘kejam’ Bank dalam mengejar peminjam.
    Namun, kerana sibuk buat lempeng-kelapa, saya tidak dengar sepenuhnya temubual itu. Kelapa asalnya untuk buat penawar-anak demam. Malangnya, setelah diambil airnya, ia agak tua. Untuk elak membazir, isinya saya sagat-tangan, kemudian gaul dengan tepung untuk dibuat lempeng.

    Dalam temubual itu, dibawa seorang ‘mangsa’, yang mendakwa kereta ditarik tanpa ‘bertimbang-rasa atau sikap peri-kemanusian’ oleh pemiutang, dua hari lebih awal dari dipersetujui.
    Bagi saya, yang paling menarik perhatian ialah poster… ‘We See Many Humans But We Don’t See Humanity’, lebih kurang begitulah bunyinya… yang dibawa Dato Nadzim. Katanya dalam proses penarikan-kereta, mesti jaga air-muka peminjam dan elak dari dimalukan depan orangramai, terutamanya jiran-jiran.

    Berdetik dalam hati saya… Ehmm… jika ditangkap orang tak puasa, diaraknya dalam van-jenazah. Disebatnya lesbian, walaupun bukan untuk mendatangkan kesakitan melampau, didepan 100 penonton yang tidak diketahui samada bersih dari dosa, kecil atau besar. Ke’malu’aan adalah objektifnya.

    Sikap toleransi tidak kena-tempat inilah yang pelik. Padahal ‘dosa’ kerana tidak patuh perintah-Allah ini, jika dipandang dari sudut kemanusian (humanity) sejagat, tidaklah sebegitu negatif dari ‘lari dari bayar-hutang’. Malah, Islam sendiri menganggap tidak bayar-hutang sebagai ‘dosa-berat’.

    Begitu juga sikap kita Umat Islam terhadap insiden 40 kematian (still counting) dari 95 kes keracunan methanol yang dilaporkan. ‘Cheap liquor’, pilihan orang-miskin yang dijual pula secara haram.
    Orang kaya seperti Jho Low tidak minum arak-murah ni. Jho Low mampu berparti-liar bersama anak-tiri Najib, minum arak RM70,000 sebotol sambil bergomol simbol-sex Amerika, Paris Hilton.

    Jika mangsa keracunan ini tahu arak-murah itu mengandungi kadar methanol yang terlalu tinggi dan boleh mendatangkan kematian, sudah tentu mereka tak minum. Walaupun majority yang mati adalah pendatang-asing ‘kapir’, sepatutnya kita sebagai berAgama Islam Islam, mestilah menunjukkan sikap bertimbang-rasa sesama manusia supaya emej-Islam hormati dan dipandang mulia.
    Tak patut la kita kata… ‘Padan-muka! Yang dok pi minum arak haram-jadah tu, siapa suruh’.

    Setidak-tidaknya, kasihanilah ibu-bapa dan keluarga simati. Mungkin dia sajalah harapan dan tempat bergantung rezeki keluarga-miskinnya dikampung-halaman, nun-jauh.

    Sebab itu, saya rasa… musuh-Islam adalah orang-Islam sendiri.

  13. Good morning Tun

    Pagi lagi hubby ngadu yang ramai orang marah, sebab Syed Saddiq appointed Tony Fernandes head of stadium. Kata mereka, Tony bukan sokong PH, more of Anwar man. And sebelum Syed jadi Minister dia pernah bekerja ka?

    I baru tau. I was so caught up in my other things, that I didn’t realize what was happening. 🙂

    Anyway, I ada kawan. Company beliau dulu ada managed satu stadium. Kawan ada cable, petik jari dapat business, but his company yang run the show tak berjaya tarik income. Although I dari advertising background I tidak pernah bekerja dengan nya.

    Running a place like this, the head kena very creative. A lot of space in here can generate income. Kalau nak compare I think Lim Kok Wing a better candidate than Tony. Besides, Tony kan dah ada Air Asia and several companies listed on Bursa MaLaysia. Ada masa ka? Kalau jadi partner untuk buat promotions should be ok. Managing the whole place? I don’t think so.

  14. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Keizinan jua dipohon dari ayahanda dan pembaca sekalian untuk memberi penjelasan kepada Pn Hajar yang telah memberi TEMPOH 2 hari sahaja untuk berbuat demikian.

    Secara peribadi saya pun bukan jenis manusia yang suka memanjangkan cerita dan jika seseorang itu tidak dapat menerima hujah yang kita beri dengan penerangan sekali maka kita biarkan sahaja.

    Untuk kes Pn Hajar sekadar untuk menyatakan kita harus meraikan perbedaan pendapat antara satu sama lain itu sahaja dan tidak perlulah bertikam lidah sehingga berlarutan sebegitu lama.

    Dalam kes Najib dan rasuah pula anda terlalu perfectionist sehingga option yang kita ada dalam pakatan harapan anda turut pertikaikan.

    Rasuah ada di mana2 soalnya kecil atau besar itu sahaja tetapi matlamat utama telah anda jayakan dalam menyingkirkan Najib maka apalah salahnya kita bersabar dengan option yang kena ada pilihan ayahanda Tun hari ini.

    Jikalau mereka ini buruk juga anda ada hak menolak bila sampai masanya.

    Memendekkan cerita sekiranya ada telahan dan gurauan saya terhadap anda yang tidak boleh diterima dan anda anggap fitnah – harap dimaafkan sahajalah ya.

    Sekian. Terima kasih.

  15. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Mohon izin Tun untuk berkomunikasi dengan ‘Faridina’:

    ‘Faridina’ (famili),

    1. Tidak perlulah melalak sakan di sini dengan tuduhan2 dangkal anda terhadap saya secara berterusan. Lagi satu, saya bukan CIKGU. Jika anda masih panggil saya Cikgu, anda akan saya panggil si BACUL. Baru adil. Lagi pun anda menghina Cikgu2 dengan komen2 anda.

    2. Jika anda di pihak yang benar, saya mohon anda buktikan tuduhan2 anda. Saya pernah hantar satu senarai tuduhan2 anda untuk dibuktikan, tetapi anda abaikan saja. Jadilah orang yang budiman dan berani menegakkan kebenaran. Jika saya dituduh memfitnah, saya akan beri maklum balas bersama bukti dengan segera. Saya pun pernah dituduh memfitnah, tetapi saya tidaklah pula bersikap BACUL @ PENGECUT seperti anda, ‘Farid’. Jadi, tolong jadi lelaki yang berani. Malulah kepada wanita2 di blog ini. Jadilah pengkomen yang bertanggungjawab.

    3. Saya beri anda TEMPOH DUA HARI untuk membuktikan yang anda tidak memfitnah saya. Kesemua komen2 terdahulu saya ada di blog Chedet untuk rujukan anda sekeluarga (sebagai bukti siapa yang saya sokong sebelum PRU14 dan selepas). Jika anda gagal memberi bukti2 sahih, memang benar anda MEMFITNAH saya. Tolong jangan ambil ringan perbuatan memfitnah di alam maya. You are fully responsible for all of your comments here. Tidak pasal2 anda sekeluarga ada ‘saham dosa fitnah’ (lagi ramai orang baca lagi banyak dosa) sehingga dimaafkan. Saya tidak redha (tidak terima) segala tuduhan anda.

    4. Buktikan bahawa tuduhan2 berikut BENAR (tuduhan2 bahawa saya menyokong kekorupan rejim Najib):

    a. “Geli hati bila ada yang menyindir kesucian kerajaan PH bila mana dah terbiasa dengan kekotoran hakiki dari atas ke bawah kerajaan BN.”

    b. “Tak perlu rasis jika bangsa sendiri pun merompak terang-terangan di siang hari bila diberi amanah dari anak bangsa.”

    c. “ Kesian awak dan geng Najib @ UMNO jer yang rasa macam tu hari-hari mau.. kami semua rasa lega dapat keluar dari mulut harimau bau busuk tu dan sekarang dalam proses nak mengawetkan harimau tu dan simpan dalam kandang Sg Buloh. “

    d. “ Ceh ceh ceh kempenlah dari sekarang tak payah nak tunggu PRU 15 bagai.. Ada masa turunlah berkempen dalam dua lagi PRK di Selangor dan gunalah isu ‘Korupsi dan salah guna kuasa mesti ditentang habis-habisan tidak kira besar atau kecil nilai suapan @ rasuah’ Kalau boleh bawak sekali Ajib Gor awak tu pasti boleh beri isyarat pada pengundi untuk Protes kerajaan PH”

    e. “Kesimpulannya si polan membenci LGE yang tidak mencuri duit rakyat sepuluh kali lebih daripada Ah Jib Gor yang terang-terangan mencuri duit rakyat.”

    f. “Satu lagi LGE itu Cina dan Ah Jib Gor itu Melayu apa-apa bangsa datang dahulu tak gitu si polan entahlah.”

    g. “Makcik ini jugalah yang dahulunya tidak membenarkan ayahanda Tun turun menyertai Bersih yang kotor katanya tetapi hari ini marah apabila pengganti Jamal tongkol iaitu Lokman beruang hendak berarak ala2 Bersih.”

    h. “Makcik dari dahulupun cukup rasis terhadap bangsa Cina sampai ke hari ini tidak tahu kenapa mungkin masa belajar dahulu dia tidak dapat markah setinggi mereka dan dapat markah cukup2 makan gitu serta tidak sepandai mereka.”

    i. “Makcik ini juga yang dahulunya sering menentang PAS serta hukum hudud mula kelihatan Islamik bilamana memberi lampu hijau perlaksaan hukuman sebat di atas sebab si derhaka dan pakcik Khalid telah bersuara.”

    5. Lagi satu, jangan jadi BIADAB. Tolong guna nama sebenarnya saya di dalam komen anda. Anda memang betul2 bacul dan pengecut kerana takut untuk menggunakan nama sebenar saya.

    6. Walaupun anda cuba memperlekeh saya, saya tetap ada ijazah Kedoktoran; tak luak pun… 🙂 Hang ada? Ini mesti kes PHD (Perasaan Hasad Dengki). Yelah, ijazah Ph.D. tak ada, sekadar PHD sajalah! Astaghfirullah… (saya bukan mahu berlagak, tetapi orang ini sudah keterlaluan).

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  16. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/09/26/lagi-keracunan-metanol/

    Mati sia2 saja mereka yang minum arak (beracun) yang diharamkan dalam Islam.

    Ada sebab arak diharamkan. Ini pengajaran kepada peminum2 arak, tidak kiralah siapa.

    Ada juga orang Islam yang minum arak, dan bangga pula sebab walaupun mereka minum arak yang haram mereka amat berjaya dalam kerjaya dan hidup kaya-raya. Dan mereka ini disukai dan disenangi oleh orang kafir. Kononnya, walaupun mereka minum arak, mereka masih hebat berbanding umat Islam lain yang tidak minum arak. Mereka sama hebat dengan orang kafir yang minum arak. Mulalah mereka memandang rendah kepada umat Islam lain yang tidak sehebat mereka.

    Allah memberi nikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, tidak kira kepada yang kafir atau yang Islam. Hayati kisah Firaun, Namrud, dan Qarun (Karun – kita ciplak, jadi harta karun).

    Kepada yang Islam, berjaya dalam kerjaya (boleh cipta macam2 produk/ teori, bisnes maju, etc) walaupun banyak ingkar akan perintah2 Allah, ia merupakan UJIAN dari Allah SWT. Ini dinamakan ISTIDRAJ. Mereka hidup mewah dan berjaya, namun lupa akan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. Bagi golongan ini, orang lain semuanya tidak tahu berfikir atau tidak menggunakan akal fikiran.

    2. Mohon izin Tun (nak beri pencerahan):

    Kepada ‘Sri Sense’, HBT456 is a Chinese from Selangor, ‘Faridina’ is a Malay family from Johor (I think the husband’s name is Farid; the second part is the wife’s name).

    Persamaan mereka (what they have in common) ialah mereka suka merapu meraban / meracau menuduh orang lain tanpa bukti. Jenis tidak tahu dosa pahala. Yang Cina oklah, sebab bukan Islam, yang Islam, astaghfirullah…

    Si HBT456 ramai dah kenal. Yang si Farid (FARIDina) pula, lelaki ‘muda’ yang ‘bijak’ kononnya – so pathetic. Dulu remisier (in the 90’s until ?). Sekarang ada kedai penjagaan kesihatan (dia cerita la..). Tapi orang ini pelupa bangat – ini dalam kategori MELAYU MUDAH LUPA…Ada kejutan budaya kot bila jadi ahli Bersatu 🙂 .. Shame on him.

    P/S: Kepada yang masih g*la meroyan, insaflah. Memang tidak boleh dimaafkan orang ini sebab tidak sedar/insaf dan tidak mengaku salah dan masih lagi g*la meroyan meracau entah apa2 menuduh orang lain sesuka hati. Maaf cakap. Kesian kat famili dia. Jangan sampai keluarga dia dapat bala dari keceluparan mulut longkang dia. Maaf cakap saya tidak redha (tidak terima) dituduh sebagai penyokong Najib dan terbiasa dengan segala kekotoran (korupsi) rejim Najib. Memang bacul, sebab tidak boleh bagi bukti2 sahih di atas segala tuduhan2 dia. Buat2 lupa pula cabaran saya. Alahai…

  17. Salam Saudari Hajar.

    Terlebih dahulu… saya mohon maaf.

    Saya tidak memihak dalam perlekehan antara sesama-Islam, Saudari dengan Faridina.

    Saya juga tidak pernah menuduh Saudari terlibat dengan aktiviti keganasan atau demonstrasi-haram. Apa yang saya maksudkan adalah sikap Saudari yang nampaknya terlalu cepat dan mudah mempertikaikan kepercayaan, kefahaman, keimanan atau akidah sesaorang, seolah-olah langsung tidak boleh menerima perbezaan perdapat atau cara permikiran.
    Inilah puncanya, kita sesama Islam kerap membazirkan wang dan masa, berbalah diantara satu dengan lain, seperti di Negara-Negara Pak Arab.
    Puak Sunni kata Puak Syiah kapir dan sebaliknya, tetapi dengan Negara-Negara yang kedua-dua kabilah ini sangat yakin sah-Kapir, seperti Israel, Amerika dan Russia, boleh pula mereka duduk berbincang dan berpakat demi melingkop sesama sendiri.

    Tanpa mengetahui ‘mahzab’ saya… Sunni ke Syiah… Saudari tanya cara saya solat, seolah-olah saya jahil dan cara solat Saudari saja yang betul.

    Saya bagi contoh lain.
    Kita tahu, ada juga dikalangan Yahudi dan Kristian berfahaman orthodox, pergerakkan anggota-badan mereka ketika beribadat, mirip solat orang Islam.
    Jika kita mempertikaian cara mereka beribadat, mustahil kita boleh menyakinkan mereka bahawa cara Solat Islam adalah betul.
    Maklumlah… Agama mereka mendahului kita beratus-ratus tahun. Jika mereka tuduh kita yang meniru pergerakan solat dari Agama mereka, bagaimana kita nak jawab?

    Saudari terlalu cepat buat tanggapan-salah terhadap sesaorang.
    Saudari anggap saya tidak tahu… ‘To you your religion, to me mine’… datang dari mana.
    Tulisan saudari ini dirujuk:-

    “Saya yakin anda tujukan ayat itu kepada saya, dan saya percaya yang anda tidak tahu ianya dipetik dari Surah Al-Kafirun (sebab itu saya tulis nama surah pada komen sebelum ini untuk memudahkan pencarian anda – ini tanggapan saya selepas baca komen anda dahulu; mungkin saya silap)”.

    Begitu juga terhadap Allahyarham Kassim Ahmad. Dengan begitu mudah Saudari mempertikaikan akidah beliau dan melabel seolah-olah beliau tergolong dalam ‘anti-hadith’ atau mengabaikan hadith sepenuhnya. Oleh itu, terpesong akidah dan boleh menjurus keluar dari Islam dan sebagainya.

    Pada saya, pendekatan sebegini tidak jauh bezanya dengan apa yang pernah dilakukan Haji Hadi dalam amanat beliau di Banggol Peradong pada 1981.

    Akhir sekali… saya menyambut-baik keputusan Kerajaan Pakatan Harapan-Baru kerana mengeluarkan buku-buku Allahyarham Kassim Ahmad dari pengharaman Kerajaan terdahulu yang telah banyak memyebabkan Islam dipandang-serong dan sinonim sebagai Agama yang bengis, jumud, tidak boleh menerima perbezaan pendapat dan regresif.
    Disamping dapat memberi sedikit sumber pendapatan kepada keluarga tinggalan beliau, semoga pemikiran Allahyarham Kassim Ahmad dapat menyemai benih-benih permikiran yang lebih progresif demi kemajuan Agama Islam dan Tanahair tercinta, dengan kerjasama Bukan-Islam.

  18. I already said, china too will not go for hard landing kerana muereka bukan pak china yang buta huruf dan pekat bahasa.

    They too will be very selective in picking cherries that can sustain their economic growth in the future too.

    As for middle-east leaders, will there be another civil wars to show their military strenghts, itu terpulang kepada pak arab muslim.

    Bak kata, tak nak takpa, tapi jangan hina.

  19. It is up to sri sense and faridina to write what they want.

    It is up to the readers to pick.

    It looks like trump is seeking for another term with his hard way via archaic patriot law.

    But, how will the democrat, business leaders and american voters react?

    We just have to wait it out.

    Bak kata, mahu minum susu, tak semestinya kita kena bela lembu betina.

    Mahu makan pisang, tak semestinya kita kena pokok pokokkan pisang.

    But, what trump said in united nation hq in new york, there are some truths there though.

    You can agree to disagree.

    You can agree.

    You can disagree.

    You can deny too.

    Foreign meddling?

    Ikat perut?

    Leaders of political parties to decide.

  20. Hari ni Khamis,
    Esok JUMAAT,
    Lusa sabtu..
    Cerita tak habis,
    Kisah umat..!
    Mana satu..?

    *
    https://youtu.be/tkPvYbQZrEc

    Selamat datang,
    Selamat bersidang,
    selamat berjuang..semoga tenang,

    https://youtu.be/LOXELk8Uq78

    ——-

    **
    Lusa sabtu, siapa yg tahu.?

    ****
    main catur, main dam…
    Apa diatur? Apa diidam?

    dam aji, dam ular..
    Mana pasti.! Siapa anwar.?

    _______
    Apa ditanding, nk direbut.!
    Nk dibanding, apa diboikot.?

    ///
    Tangan bertaut..Apa dimaksud?

    *******
    Asalamualaikum,
    Salam sepertiga malam tun…

  21. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Sebelum ayahanda Tun berucap di UNGA ke 73 izinkan anakanda berpantun seloka untuk hilangkan stress sedikit, terima kasih.

    Ayahanda Tun tak suka menunjuk,
    Tapi ada kenangan di Pekan Nenas,
    Cuaca di New York semakin sejuk,
    Di sini pula kenapa semakin panas?

    Malaysia Baharu Boleh!

  22. Good evening Tun

    Apa jadi kat wall Tun sini? Asyik bertekak sesama sendiri.

    Aneh juga bila I melintas satu group dalam FB iaitu penyokong PPBM tapi penuh dengan komen negatif, I ingat I salah group, tapi bila tengok member, Hanif Kathri pun ada dalam. I terus garu2 kepala. Orang yang lawan to those negative postings pun macam tak berdaya nak lawan.

    Cara I mudah, open forum begini:

    1. Jangan baca posting orang yang you tak suka
    2. Nak post just post, approval dari admin, kalau nak sue pun, boleh sue admin, kuasa veto ditangannya.

    Setau I yang panggil ayahanda bukan anak Tun tapi budak2 Tun, then again anyone pun boleh panggil ayahanda. IDK. No guarantee.

    If you like menulis I sarankan buka blog sendiri, you can get it free, tak payah bayar sesen pun.

    To Hajar, do you think HBT and Faradina, same person?

    Last but not least congrats to Kadir Jasin yang telah jawat Ketua Media Tun.

    Goodnight!

  23. Good evening Tun

    Apa jadi kat wall Tun sini? Asyik bertekak sesama sendiri.

    Aneh juga bila I melintas satu group dalam FB iaitu penyokong PPBM tapi penuh dengan komen negatif, I ingat I salah group, tapi bila tengok member, Hanif Kathri pun ada dalam. I terus garu2 kepala. Orang yang lawan to those negative postings pun macam tak berdaya nak lawan.

    Cara I mudah, open forum begini:

    1. Jangan baca posting orang yang you tak suka
    2. Nak post just post, approval dari admin, kalau nak sue pun, boleh sue admin, kuasa veto ditangannya.

    Setau I yang panggil ayahanda bukan anak Tun tapi budak2 Tun, then again anyone pun boleh panggil ayahanda. IDK. No guarantee.

    If you like menulis I sarankan buka blog sendiri, you can get it free, tak payah bayar sesen pun.

    To Hajar, do you think HBT and Faradina, same person?

    Last but not least congrats to Kadir Jasin yang telah jawat Ketua Media Tun.

    Goodnight!

  24. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Izinkan saya Tun untuk berkomunikasi dengan Sdr. RD.:

    Saya merujuk kepada komen Sdr. RD. pada Sep 26,2018 12:59 PM.

    Sila amati kembali komen lama anda seperti di bawah (bukan di bawah artikel ini; anda tahu di mana komen ini anda tulis):

    ///
    Sesama Islam, tak perlu la Saudari Hajar tanya cara bagaimana saya solat, ke apa. ‘To you, your religion, To me, mine.’ Mungkin orang-orang Kapir menghayati pesanan ini. Sebab itu mereka jauh maju, aman & makmur dari masyarakat Islam.

    Cuba Saudari Hajar belajar mengenai Agama dan Kitab-Kitab Kristian dan Agama Yahudi, untuk buat perbandingan. Mereka juga Ahlul-Kitab. Ada mereka bertelingkah sesama mereka mengenai Agama, seperti Umat-Islam? …
    ///

    1. Sebenarnya makna terjemahan yang saya beri sama dengan makna terjemahan yang anda beri seperti di atas. Terdapat beberapa versi terjemahan (boleh ‘google’).

    2. Saya beri anda masa untuk menilai semula komen anda (seperti di atas). Adakah ianya secara umum? Baca balik ayat pertama dan ayat terakhir dalam komen anda di atas. Saya yakin anda tujukan ayat itu kepada saya, dan saya percaya yang anda tidak tahu ianya dipetik dari Surah Al-Kafirun (sebab itu saya tulis nama surah pada komen sebelum ini untuk memudahkan pencarian anda – ini tanggapan saya selepas baca komen anda dahulu; mungkin saya silap).

    3. Anda juga wajar menilai kembali apa yang anda telah tulis pada Sep 26,2018 12:59 PM di sini. Ayat terakhir anda satu TUDUHAN yang amat berat kerana saya tidak pernah terlibat dengan mana2 aktiviti keganasan (sebab itu saya kata saya tidak mahu lagi komen lebih2; banyak lagi tuduhan2 anda sebelum ini yang tidak masuk akal – secara umum / spesifik). Berdemo (jalanan) pun saya tidak pernah terlibat, inikan pula sampai mahu berbunuhan. Yakin betul anda dengan rumusan yang anda buat ye… Astaghfirullah…

    4. Saya tidak berniat untuk mengheret anda ke dalam pertelingkahan ini. Nama anda ditimbulkan di dalam komen pengunjung lain yang ditujukan kepada saya, dan kebetulan saya pernah berkomunikasi dengan anda.

    5.Maaf cakap, rumusan anda sebenarnya telah memperlihatkan anda di pihak mana. Terima kasih Sdr. RD.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  25. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Semoga ayahanda Tun diberikan kesihatan yang baik membawa Malaysia baharu ke persada dunia barat sebagai PM yang ke 7 pula.

    Sementara ayahanda Tun di luar negara kita sembang2 kosong dengan cikgu serba tahu dalam blog keramat ini (mungkin ayahanda Tun boleh baca dan tertawa lihat gelagat veteran yang sudah obsolete ini – nama beliau cikgu bedah hihihi..).

    Amboi marah sungguh cikgu bedah.. agak2lah nanti kena jual.. tapi kena lelong harga rock bottom nampak gaya ni hihihi .. mohon maaf pada pakcik di rumah terlebih dahulu ya tapi pakcik jangan pulak ketawa ya 🙂

    1. Cikgu memang nak kena dungu aka dangkal sebab hendak menyamakan diri dengan ayahanda Tun hahaha.. dulu kami pernah bilang cikgu ni pandai tak boleh diikut dan bodoh tak boleh diajar.. lepas tu dia asyik seru nama kawan baik dia Pakpandir08 pula hihihi..

    2. Hehehe.. tak dapat mematah hujah nampaknya Cikgu Bedah ya sehingga soalan kita beri dia, tiba2 ayahanda Tun pula disuruh jawab hehehe.. lain kali kalau ayahanda Tun sudah sebut janganlah nak jadi parrot sangat ya..

    3. Yelah cikgu serba tahu memanglah lebih arif tentang ajaran Islam dari kami terutamanya isu fitnah.. isu munafak (munafik) cikgu tak nak laungkan sama dengan Zahid ponorogo tu? Apa2pun melalui tulisan cikgu jelas menunjukkan setiap kali cikgu berkarya Pakcik duduk di sebelah ya selama ini? (mohon maaf sekali lagi kat pakcik – peace yo).

    4. Ish..ish..ish… cikgu ni sampai ke padang mahsyar perginya.. (macam budak2 PhD jer).. tidak cikgu tidak cikgu orang2 kat sini semua tahu cikgu orang pertama yang tentang Najib semasa ayahanda Tun sedang berbaik2 dengannya lagi.. tapi bila Najib dah kalah pilihanraya cikgu cakap dia dah terima hukumannya maka sudah-sudahlah.. Semudah itu?

    5. Boleh percaya ke undi PH? Entah2 dah menang baru mengaku undi PH hihihi gurau jer jangan marah tapi peringatan : undi itu rahsia.. buruk2 sambut juga seruan ayahanda Tun jadi ahli biasa2 pun takpe.. awak tu apa ada? Asyik membebel kat ayahanda Tun dari dahulu kala..

    6. Kita punya perangai buruk je dia nampak.. dia tu kalau betul dah mengundi PH alhamdulillah tapi janganlah sampai nak mengugut2 pula setakat kalah berbahas gitu 🙂 bab Anwar tu.. kita serupa tapi tak sama.. kita lihat dahulu percaturan yang ayahanda Tun sedang aturkan.. hak mengundi di tangan anda dan kami rakyat Malaysia bila sampai masanya.

    7. Cikgu serba tahu.. dia tak mahu jawab.. buat apa gatal2 tanya?

    8. Inilah masalah cikgu asyik buat keputusan syiok sendiri.. tidakkah cikgu terfikir kemungkinan bebelan cikgu ini juga mendedahkan kebodohan cikgu sendiri di khalayak ramai? (lepas tu siap bagi arahan lagi ‘shut up’.. terusterang cikgu ni siapa ha? hihihi.. pakcik selalu kena marah kat rumah macam tu agaknya ya).

    9. Ala cikgu apa ada pada nama? (tapi ayahanda Tun selalu ada sebut apanama-apanama) 🙂 tapi sejujurnya cikgu teringatkan kami Ahmad Mustlearn pantang orang cakap dia bodoh siap bagi CGPA dia lagi masa buat master gitu.. nasib baik dia tak buat PhD kalau tak bikin malu kaum jer..

    p/s : para hadirin sekalian mohon maaf kerana terpaksa layan balik cikgu bedah seorang ni – nasib baik sampai perkara 9 tak sampai perkara 20.. macam Wajaperak kena dulu 🙂

  26. Saya dengar semasa Tun berada di Oxford Centre for Islamic Studies, Tun ada mengatakan Tun sudah tahu bahawa mengikut ajaran Islam harus adanya kebebasan beragama untuk umat Islam dan tidak ada apa-apa hukuman yang harus dijatuhkan oleh mana-mana pihak di dalam dunia ini untuk sesiapa yang murtad. Oleh demikian, saya rasa bahawa Tun haruslah mencuba sedaya upaya Tun untuk memberikan hak asas untuk memilih agama sendiri kepada umat Islam di Malaysia supaya pentadbiran negara selaras dengan ajaran Islam. Bukankah ini tanggungjawab Tun sebagai perdana menteri Malaysia? Lebih-lebih lagi, saya rasa bahawa jika sebab yang diberikan untuk wujudnya sebarang ciri pentadbiran negara yang tidak selaras dengan ajaran Islam ialah semata-mata kerana ia mengikut adat, maka ia bukanlah satu alasan yang baik.

  27. Salam Saudari Hajar.

    Pada mulanya saya mahu berkecuali dan tidak lagi mahu masuk-campur dalam perkelahian ‘orang-perempuan’ yang tidak mungkin berhenti, sama seperti pembunuhan sesama Islam di Timur-Tengah.

    Namun, oleh kerana Saudari Hajar telah tersalah anggap terhadap saya dengan menulis:-

    “Saya kenal (dari komen2 beliau yang lepas) siapa Sdr. RD. ‘Untuk mu agama mu, untuk ku agamaku = For you is your religion, and for me is my religion.’ dari Surah AL-KAFIRUN Sdr. RD. telah tujukan kepada saya yang beragama ISLAM.

    Kalau tak silap, saya sebenarnya tulis… ‘To you your religion, to me mind’ dan saya tujukan secara umum. Bukan niat saya untuk tujukan kepada Saudari Hajar seorang saja kerana saya tahu Saudari berAgama Islam.

    Dan… jika dihayati sepenuhnya Surah Al-Kafirun itu, ia bukan ditujukan kepada sesama Islam.

    Untuk maklumat Saudari Hajar… Adalah menjadi etika-sejagat yang baik demi civility (formal politeness and courtesy in behaviour or speech) dalam apa-apa pun theology (the study of the nature of God and religious belief), terutamanya monotheistic (relating to or characterized by the belief that there is only one God) seperti Judaism, Christianity dan Islam, jika dipetik Ayat-Ayat suci dari Kitab-Kitab Suci, ia seMESTInya digunakan-pakai secara umum, bukan ditujukan kepada individu perseorangan.

    Sambil mengheret saya dalam perkelahian, permusuhan atau perlekehan sesama-Islam, Saudari tulis lagi:-

    “Saya sedia maklum apa pandangan beliau tentang Islam. Saya tidak mahu lagi komen lebih2.”

    Tanpa mengenali saya secara peribadi, apa sebenarnya “pandangan saya tentang Islam” yang Saudari “sedia maklum”?

    Adakah Saudari Hajar rasa pemahaman Saudari tentang Islam saja yang betul, pemahaman saya tidak betul?

    Mungkin sikap dan pemahaman tentang ‘berAgama’ oleh orang-orang Islam seperti Saudari lah yang memyebabkan Umat Islam saling berbunuhan sesama-sendiri dan pada masa yang sama, menguntungkan orang Kapir yang lebih maju dan kuat dari segi ketenteraan.

  28. Tun
    Saya menunggu dan mengalu alukan ucapan Tun di United Nation bagi mewakili
    Malaysia . Saya yakin ramai menunggu ucapan dari seorang Pemimpin yg Luar biasa berusia 93 tahun.

    Saya berharap Tun dapat tampar United Nation
    Kerana United Nation membiarkan Pembiakan Kuasa Besar
    Membuat juga bersaing Hebat masing masing meningkatkan Senjata dan Ketenteraan
    Baik si Russia , China , Israel dan terutama Amerika
    Jadi sampai bila bila Dunia ini akan digugat dengan Senjata , di gugat dengan peperangan .
    Jangan beri alasan peningkatan Senjata bertujuan Keamanan

    Tun syorkan United Nation menghentikan semua Negara Berhenti menbina Senjata
    terutama US , Israel ,China dan Russia
    Cadangkan Keamanan Dunia tanpa Senjata

  29. Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih Huda atas doa semoga saya tabah.

    Mungkin saya sedikit mereng. Mungkin atas sebab itu juga ‘abang’ saya jemput ke rumah beliau di Johor. Tinggal di rumah bersama famili beliau.

    Bila saya keluar bersama ke pasar Johor, ada orang kata “kamu berkawan dengan orang gila tu”.

    Saya tak tahu beliau gila.

    Pada satu masa, beliau ajak saya teman beliau ke satu kelab malam. Saya kata “okey”. Niat saya cuma mahu kenal kawasan.

    Tapi tak sangka pula bila tiba di sana, terdapat 4 orang bodyguard sedang menunggu. 2 di tepi kiri tangga kelab dan 2 lagi di tepi kanan tangga.

    Wow! Ingatkan dalam filem je ada orang bertores panjang di muka. Rupa rupanya memang ada di kehidupan ini.

    Beliau kata, “kamu baliklah dulu. Biar aku masuk sorang je. Esok kita jumpa semula”.

    Saya tak tahu beliau buat apa. Tapi saya sedikit kecewa sebab tak dapat masuk tengok sekali.

    Ini cerita lama. Saya pun dah lupa di mana rumah beliau.

    Beliau ex JMF dan bekas pengiring Almarhum Sultan Iskandar.

    Semoga silaturahim bertaut kembali jika punyai rezeki. InsyaAllah.

    Terima kasih Tun.

  30. Tun,

    Encik musato ni nampak mereng sikit. Mungkin begitu taksub dengan Tun. Semoga encik musato tabah.

  31. Salam Dearest YAB Tun,

    “If you don’t understand that in a democracy the vote is powerful, then you cannot have a democractic system”
    – Tun Dr. Mahathir Mohamad –
    (Oxford Centre for Islamic Studies in Oxford University, London)

    Exactly! I totally agree with Tun.

    But there’s a mor*n here who is so angry at me (I don’t know what’s his problem) when I requested (asked) Tun not to join Bersih 4.0 in Aug 2015 (of course Bersih 5.0 too…).

    DSN was still the PM right after Bersih 4.0 and Bersih 5.0 (street demonstrations). Both failed to remove DSN.

    DSN was removed only after PRU14. Yes, we VOTED him out!

    “Selamat berjuang di persada antarabangsa Tun”. Semoga Tun dan Tun Hasmah sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT di mana saja Tun berdua berada.

    Thanks Tun.

    – May Allah SWT bless Tun and family –

  32. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Izinkan saya Tun:

    Astaghfirullah…masih g*la meroyan lagi si Polan yang berotak dangkal ni… (Sep 24,2018 12:53 PM). Sekadar merepek meracau sajalah yang dia tahu. FAKTA tiada.

    Berikut pendapat dangkal si Polan yang g*la meroyan marahkan Cikgu Bedah. Saya petik sikit saja sebagai contoh; banyak lagi yang lain yang diracaukan oleh si Polan ini…:

    ”Sudah2lah Cikgu janganlah hendak merapu sangat kes Hj Hadi ni pun dah basi janganlah nak mengomel tunjuk pandai sangat semua orang dah tahu ceritanya hihihi.. (awak tu siapa? Kalau ayahanda Tun tak mengapa). Lagipun kalau Hj Hadi kafirkan orang lain maka kafirkah kita? Kita jangan over react sangat sebab Hi Hadi bukan Tuhanpun.. biarlah dia hendak bertaubat ke dah bertaubat itu antara dia dengan Tuhan tak usah kita nak memandai nak menghukum orang lain.. itu kerja Tuhan.”

    1. Astaghfirullah…Dalam erti kata lain si Polan yang dung* ni berpendapat bahawa Tun M (‘Ayahanda’ 🙂 ) pun merapu sangat (sakan) dalam kes Hj. Hadi sebab artikel ini ditulis oleh Tun M. Ini si Polan yang dung* yang kata, bukan saya kata. Rasanya, dia dah mula ikut ajaran Pakpandir08 (yang asyik mengutuk / memfitnah Tun M dahulu). Allah SWT makbulkan hajat dia untuk ‘ikut’ PakPandir08. Si Polan kata “PakPandir08 bodoh boleh diikut..” (Sep 9,2018 8:48 PM) sebab dia jahil dan dung* dan tidak kenal siapa PakPandir08 sebenarnya. Alahai…

    2. Eloklah orang ini tanya / kata kepada Tun M, “Ayahanda, kalau Hj Hadi kafirkan orang lain maka kafirkah kita? Kita jangan over react sangat sebab Hi Hadi bukan Tuhanpun.. janganlah hendak merapu sangat kes Hj Hadi ni pun dah basi janganlah nak mengomel tunjuk pandai sangat semua orang dah tahu ceritanya” Hehehe…Ada berani?

    3. Si Polan ini juga kurang arif tentang hukum hakam dalam Islam (jahil…kesian..). Siapa pula kata Hj. Hadi tuhan? Pokoknya, jika kita MEMFITNAH seseorang, dosa kita dengan orang tersebut (bertaubat pun masih ada dosa dengan manusia yang difitnah). Hanya orang yang difitnah boleh memaafkan si PEMFITNAH. Faham! Memang dari spesis dung* si Polan ni (dan peneman setia yang duduk di sebelah…)

    4. Si Polan (kaki fitnah) memfitnah saya menyokong DSN dan geng, dan tuduh saya sudah “terbiasa dengan kekotoran hakiki dari atas ke bawah kerajaan BN”. Jika dia masih berdegil dan enggan meminta maaf dengan ikhlas (memang sah tidak boleh buktikan tuduhan2 liar beliau; tapi masih lagi tidak mahu mengaku), tidak mengapa. Carilah saya nanti di padang mahsyar.

    5. Awatlah orang yang panggil Tun ‘Ayahanda’ ni dangkal sangat otaknya…Buat malu Tun saja. Dah semakin teruk perangainya. Saya yang mengundi PH pada PRU14 yang lalu dah teramat meluat melihat gelagat buruk ahli Bersatu yang ini.

    6. Perangai buruk dia sama macam perangai buruk penyokong2 tegar DSN dahulu. Tun patut risau kerana ramai orang seperti saya yang mengundi PH. Kami sebenarnya bukan penyokong bekas Pembangkang-PR (sebab berlainan ideology dan tidak rela ber-PM-kan DSAI), tetapi mengundi PH kerana Tun calon PM, dan kerana sudah tidak boleh lagi melihat kerakusan DSN dan konco2 beliau. Jika saya boleh mengambil risiko yang besar bila mengundi PH pada PRU14, saya juga tidak ragu2 untuk mengambil satu lagi risiko yang besar pada PRU15.

    7. Si Polan tulis: /// “Buat Pakcik Khalid nampaknya saudara RD telah membuat pencelahan dan pencerahan yang baik sehingga Pakcik Khalid disarankan berguru dengan Cikgu terlebih dahulu walaupun Cikgu sedang purak2 mahu belajar dengan malaysiamalaysia atau lebih baik Cikgu serahkan pada RD sahaja kot.( Sep 24,2018 12:53 PM) ///

    Komen saya: Saya kenal (dari komen2 beliau yang lepas) siapa Sdr. RD. “Untuk mu agama mu, untuk ku agamaku = For you is your religion, and for me is my religion.” dari Surah AL-KAFIRUN Sdr. RD. telah tujukan kepada saya yang beragama ISLAM. Saya sedia maklum apa pandangan beliau tentang Islam. Saya tidak mahu lagi komen lebih2. Saya sebenarnya ‘perli’ si Polan denga soalan kepada ‘malaysianmalaysia’ (jika ikhlas mahu belajar, takkan dengan cara menghina orang dan bersikap teramat biadab). Lagi pun saya tahu’ malaysianmalaysia’ tidak akan jawab soalan saya (dia bukan Islam).

    8. Inilah masalah si Polan. Dia ni rasanya kurang membaca dan sentiasa ‘blur’ dalam banyak hal. Sebelum dia terus memperbodohkan diri sendiri di khalayak ramai, lebih baik dia bermuhasabah diri (ikut nasihat sendiri). Si Polan yang g*la meroyan ini elok diam saja (shut up…).

    9. Lagi satu, orang yang tidak tahu menghormati nama orang lain ialah orang yang paling biadab (tidak tahu adab).

    P/S:
    – Sdr. Wajaperak wajar tolong kawan baik dia ni…Si Polan yang sebenarnya mula seru nama Wajaperak (FAKTA – biasalah si Polan memang mudah LUPA…) bila hujah2 dia sudah dipatahkan dengan teruk (nak minta simpati dari orang lain agaknya). Ubat yang Wajaperak beri hari tu dah habis kot…kena beri lagilah ubat penenang tu kepada si Polan supaya kurang sikit sakit g*la meroyan dan meracau dia…Kesian…
    – Memang pun Wajaperak (pernah) kerja di Hospital Bahagia…Pengkomen2 lain boleh betulkan jika saya tersilap…Saya rasa si Polan (suami-isteri) ini ada masalah ingatan. Ingatan Tun M yang berusia 93 tahun pun jauh lebih baik dari mereka ni. Entahlah..tapi asyik memperlekeh orang lain…saya tidak mahu mencela orang secara fizikal (dan peribadi), tetapi mereka ini… Astaghfirullah…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  33. Assalamualaikum Tun.

    Saya masih lagi bercerita mengenai kerajaan Islam dan pimpinan yang selalu kita baca dan dambakan.

    Tidak lari dari cerita mengenai kegemilangan kerajaan Islam silam selain dari kisah ketakwaan ketua pentadbirnya, adalah kisah tentang peperangan yang dilalui

    Sebenarnya sedar tak sedar di sini saya boleh senaraikan 3 peristiwa yang berkaitannya dengannya ;

    1. LAHAD DATU

    Kisah ini belum pernah saya ceritakan sebelum ini.

    Sebelum kita membalas balik tindakan penceroboh, sebenarnya saya telah memberi ‘green light’ untuk berperang kepada Tun, yang mana ia telah disambut oleh Tun dan kemudiannya telah dilakukan sidang media oleh DS Najib.

    Keadaan yang ditangani semasa itu adalah perlahan dan telah mengorbankan beberapa anggota keselamatan kita.

    Saya terus menulis sehinggakan berasa Tun katakan “sudahlah tu, dah selesai”…hahahaa

    2. MH17

    Selama 3 hari pertama, kerajaan masih tidak punyai cara penyelesaian yang terbaik.

    Namun setelah melalui 11 sekatan dan perjalanan selama 9 jam rasanya di bulan ramadhan, Dozen Person yang diiringi oleh PASKAU dari kem adik saya telah berjaya membawa balik Black Box dan mencapai kata sepakat untuk membawa balik mayat mangsa kejadian.

    Beberapa hari kemudian, Israel telah menuduh Malaysia telah menghantar anggotanya dan mengajar Al Qasam menjalan operasi setelah pasukan tentera Israel dikalahkan oleh Al Qasam di sempadan mereka.

    Ketika itu Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan telah memperli Israel.

    3. Sabotaj Flight Tun.

    Tun kata flight Tun telah disabotaj dan disedari ketika mahu berlepas ke Langkawi sebagai calon bertanding PRU14.

    Saya tidak memberi sebarang komen, kecuali apabila Tun menulis di sini. Ini kerana saya yakin bahawa ia adalah selamat.

    Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.

    Benar apa yang kita telah baca dan yakin bahawa pemimpin akhir zaman yang akan muncul nanti adalah seperti yang diharapkan.

    Kita tidak berasa terbangkit kerana tiada orang zaman ini lagi yang menulis sedemikian melainkan kita berbawa bawa dengan kisah yang lampau yang mana ia adalah benar.

    Terima kasih Tun.

  34. Assalammualaikum Tun….

    Tidak dinafikan orang Melayu memang sudah berpecah. Jika berterusan kita akan lemah.

    Menunding jari kepada satu pihak menjadi punca perpecahan, tidak menyelesaikan masalah.

    Rundingan harus dibuat dan ketepikan ideologi politik masing-masing. Pemimpin politik harus sedar kerosakkan ini.

  35. Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    HARDTALK 2018

    Tidak sabar rasanya mengikuti tembual ayahanda Tun bersama Hardtalk edisi terkini sebagai PM ke 7.

    Kami percaya ayahanda Tun dengan mudah akan dapat mematahkan hujah2 keras pihak Hardtalk kerana melalui pengalaman lampau mereka tidak pernah dapat mengenakan ayahanda Tun tetapi sebaliknya mereka dengan muka selamba malu dikenakan balik hahaha..

    Soalan2 panas yang bakal ditanya selain Najib adalah Anwar!

    Sekian.

    p/s : Moga segera upload video tembual tersebut hendaknya.. juga coming soon ucaptama di UNGA ke 73 akan diulas.

  36. Maafkan saya kerana buat pembetulan pada Sep 24,2018 5:34 PM, seperti berikut:-

    1. Perenggan kedua… munasah, sepatutnya, munasabah.
    2. Perenggan ketiga… jerap, sepatutnya, kerap.

    Sekian, terima kasih Tuan-punya Blog, Chedet PM Malaysia & Tuan/Puan Pengendali.


  37. Tanda soalan berat dijunjung..!
    Apa peranan? Umat disanjung..!

    Salam Maghrib tun,
    Dari kami di Malaysia..

  38. Asalamualaikum, Slmt petang,
    Sambil tersenyum, terasa nk sembang..

    Minum teh, amal petang..
    Hukum celoteh.,
    Ehem..kapal Teeerbang..!!
    ✈✈
    *
    Dari UK, pegi Amareeka..!
    Hati terfikir,sari dooniaaa..??

    “Jaga kesihatan Tun. Hati2 dipersada Antarabangsa.”
    -tn. Asahamat-

    **
    Siapa menguap..? apa mengantok.??
    Disorong bantal, tidur di mana.?
    Sana brucap.? Apa diketok.?
    Payong diimbal, luhur negara.!
    =======

    ****
    “Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu.”
    -Albert Einstein-

    –£££££–
    Eehh, kita perang donia ke-3 pun belum rasa lagi..
    Eehh, apsal berat jee rasa kepala ni..?
    😓
    — oooo, ada tanda soalan rupanya tumboh atas kepala..
    –hahahaha,
    #sembang_petang lawak jenaka….

    *****%%%%%%%
    https://en.m.wikipedia.org/wiki/High_Frequency_Active_Auroral_Research_Program

    — oooo.

    “o” tu bulat..,
    ..hihihihi..😂,

    –???????–
    ✈✈
    huhuhuhu…..😥

    *******
    https://youtu.be/HlJDD1b1lV8
    -Allah juga yg Maha tahu-

  39. Salam Saudara Khalid Al-Walid.

    Minta maaf.
    Kali ni, bukan nak tanya soalan lagi, tetapi ingin beri sedikit panduan atau nasihat demi kemuliaan Agama kita.
    Supaya penganut Agama Islam lebih dihormati dan disegani kerana kepercayaan kita terhadap sesuatu perkara yang boleh diterima dek akal atau logic dan selari dengan hakikat atau bersandarkan kenyataan sedia-ada didepan mata yang boleh dihadam dan diyakini.

    Dalam penyampaian dakwah atau menyeru kepada Agama Islam, kita tidak boleh samasekali ketengahkan cerita-cerita karut-marut, tanpa logic munasah yang boleh diterima akal atau hanya mengharapkan orang bukan-Islam mempercayai cakap kita secara membabi-buta semata-mata.

    Jika kita terlalu jerap mempamerkan permikiran yang cetek dan jumud, ia akan menyebabkan Agama dan Tuhan kita diperlekeh dan ditertawakan bukan Islam .

    Contohnya, ungkapan Saudara ini…

    “Kalau ko bkn beragama Islam, aku nk bgtau satu fakta..Serius aku xtipu ko..
    Islam akan kembali memerintah Bumi ni sebelum kiamat..”

    Nasib baik Saudara tujukan ayat diatas kepada saya yang dilahirkan ‘dalam’ Islam dan sudah tentu saya sudah biasa dengan ‘false bravado’ atau kesombongan-palsu sedemikian.
    Hakikat sebenarnya, walaupun zaman keagungan Islam berada pada puncaknya, satu ketika dulu, ia tidak pernah memerintah ‘Bumi’… atau satu dunia.
    Empayar Islam tidak pernah menaklok dan memerintah secara terus, sebahagian-besar Africa, Eropah, China dan Benua Asia. Oleh yang demikian ungkapan… “kembali memerintah Bumi”… adalah penipuan yang nyata.

    Harap Maklum.

  40. Assamualaikum Ayahanda Tun,

    Izinkan anakanda berkomunikasi dengan Cikgu Bedah serangkap dua..

    Ada sipolan tu memang lawak orangnya, sekejap pembengis sekejap jadi mak lawak ikut otak Pee hash Dengkinya.

    Cikgu ni makan cili tapi buat2 rasa tak pedaslah ya tapi masih berbalas pantun sehingga kait nama Wajaperak dengan Hospital Bahgia sekali (buruknya perangai Cikgu hingga cuba mengaitkan orang yang tiada kena mengena dalam hal ini) atau Cikgu sengaja seru nama Wajaperak untuk bernostalgia dengan perkara2 disebalik kain? (sudahlah Cikgu dah tua tak malu ke?).

    Untuk pengetahuan Cikgu, ayahanda Tun taklah semacam Cikgu yang malu nak mengaku kami anaknya jika dibandingkan Cikgu yang enggan mengaku dirinya Cikgu Bedah yang serba tahu dalam blog keramat milik ayahanda Tun ini.

    Untuk pengetahuan Cikgu sahaja, jangan beritahu orang lain semalam kuncu2 Hj Hadi ramai yang hantar perutusan syabas dan tahniah kepada kami yang dikatakan telah dapat mematahkan hujah2 basi Cikgu hihihi..

    Buat Pakcik Khalid nampaknya saudara RD telah membuat pencelahan dan pencerahan yang baik sehingga Pakcik Khalid disarankan berguru dengan Cikgu terlebih dahulu walaupun Cikgu sedang purak2 mahu belajar dengan malaysiamalaysia atau lebih baik Cikgu serahkan pada RD sahaja kot.

    Sekian.

  41. Salam Saudara Khalid Al-Walid.

    Kata Saudara..

    “Kristian biarlah dgn agama Kristian..Yahudi pun biarlah dgn agama Yahudi..Aku dgn agamaKu.”

    Tapi… bukankah ‘Ahlul-Kitab yang disebut dalam Al-Quran itu ditujukan kepada kaum Yahudi dan Kristian?
    Lepas itu baru Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang berbangsa Arab?

    Jika kita sebagai Pengikut Nabi Muhammad diseru, seperti Saudara kata… “Kristian biarlah dgn agama Kristian..Yahudi pun biarlah dgn agama Yahudi..Aku dgn agamaKu”… bagaimana dengan Nabi Ibrahim (Abraham bagi Yahudi) & Nabi Isa (Jesus Christ bagi Kristian)?

    Tidak perlukah orang Islam berpegang kepada no.3 & no.4 dalam Rukun Iman seperti dibawah?

    1. Percaya kepada Allah
    2. Percaya kepada Para Malaikat
    3. Percaya kepada Kitab-Kitab Allah
    4. Percaya kepada Nabi dan Rasul
    5. Percaya kepada Hari Akhirat
    6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar

    Selain menghafal Al-Quran, tidak bolehkah kita menghafal juga Kitab Bible untuk buat perbandingan?
    Jika tidak boleh, mengapa ramai orang Melayu-Islam sangat memandang tinggi & menghormati Dr. Zakir Naik yang boleh menghafal Kitab Bible dalam Bahasa Inggeris, walaupun tidak tahu berbahasa Melayu?
    Bukankah iman Dr. Zakir Naik terhadap Agama Islam akan bertambah teguh setelah membaca Kitab Bible?

    Jika “Kristian biarlah dgn agama Kristian” mengapa ramai dikalangan orang-Islam mahu hukuman bunuh terhadap murtad, seolah-olah ‘menuruti perintah’ yang banyak terdapat dalam Kitab Taurat & Bible?

    Padahal, dalam Al-Quran langsung tidak disebut sebarang hukuman, walaupun ada memperkatakan mengenainya dalam Surah An Nisaa’ Ayat 4:137, seperti berikut:-

    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.”

    Saudara Khalid Al-Walid berkata lagi…

    “Yang pasti..Imam Mahdi akan memerintah bumi ni menjadi aman damai..Fullstop..”

    Dengan Umat Islam yang saling berbunuhan sesama sendiri di Timur_tengah, sambil semua pihak yang bertelagah, berlumba-lumba memperkayakan lagi Negara Kapir dengan membeli senjata dari mereka, secara langsung menyemput campur-tangan Negara Kapir yang beri bantuan atau jual senjata, bolehkah ‘bumi ni menjadi aman damai’?

    Yang mana satu ‘musuh Islam’ sebenar? Zionist Israel, ke Puak Syiah? Ataupun… musuh-islam adalah orang Islam sendiri?

    Maklumlah, kebelakangan ini, Kerajaan BerRaja Arab Saudi yang menjadi Penjaga Kota Suci Umat-Islam, nampakgayanya sudah berbaik-baik dengan Kerajaan Zionist Israel dan musuh mereka hari ini sudah beralih kepada Puak Syiah, terutamanya Iran.
    Jika tidak, mengapa Arab Saudi sanggup bersubahat dan dengan bantuan Tenteru Udara Amerika yang menjadi rakan-baik Zionist Israel, mengebom Yemen, sebuah Negara Arab paling miskin diduia sehinggakan mahu miliki Tentera Udara sendiri pun tidak mampu.

    Malah… baru-baru ini Arab Saudi, secara senyap-senyap telah membeli sistem pertahanan ‘Iron Dome’ buatan Zionist Israel.

    Sudahkah kita lupa, bahawa Amerika pernah mengebom Iraq/Libya untuk membunuh Saddam/Gadaffi?

    Adakah nanti, jika kiamat berlaku dalam setahun-dua ini. Imam Mahdi akan menyebelahi Arab saudi, Amerika dan Israel untuk melenyapkan Puak Syiah, supaya dunia akan aman-damai?

    Jika Negara Kapir yang mempunyai senjata Nuclear, seperti Barat/Amerika dan China/Russia pula yang berperang, sebelah manakah yang akan disokong oleh Imam Mahdi?

    Yang pasti… penghayatan Saudara Khalid Al-Walid dengan saya terhadap Agama, berlainan. Manakala saya sentiasa mengunakan akal-fikiran dan bertanya, setidak-tidaknya, diri-sendiri jika merasa sesuatu tentang Agama itupelik dan tidak logic, Saudara Khalid Al-Walid pula percaya bulat-bulat seolah-olah dalam berAgama ada kuasa magic dan mystic.

    Ni… saya nak tanya soalan last.

    Apabila terlihat kilat atau dengar bunyi petir dilangit, Saudara percaya ke tidak, bahawa Allah sedang menembak iblis/syaitan?

  42. Assalamualaikum Tun.

    Saya tidak menyebelahi sesiapa. Saya menulis berdasarkan pengetahuan saya.

    Saya bukanlah pelajar aliran agama mahupun aliran professional. Saya hanya menjalani kehidupan biasa sahaja.

    Kekadang kerja kilang. Kekadang kerja supermarket. Kekadang kerja bank. Kekadang kerja buat roti. Kekadang kerja memasak. Kekadang kerja basuh insert dan plate.

    Saya juga kekadang main bolasepak. Kekadang swim butterfly. Kekadang main badminton. Kekadang indoor games. Kekadang main congkak.

    Saya tidak tahu kenapa begitu. Saya tanyakan nenek saya “orang agama kerja apa tok?” Nenek saya nak jawab pun serba salah. “Ajar orang?”

    Tapi saya baca guru pada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani hanyalah seorang tukang buat sirap. Malah seorang syeikh yang mashyur pada zamannya tetiba menziarahi seorang tukang uli roti.

    Sampaikan ditanya “apa yang membuatku ke mari wahai sahabatku?” “Aku hanya bertasbih dan aku berkeinginan untuk berjumpa denganmu wahai syeikh”, kata tukang roti tersebut – begitulah yang boleh difahamkan seperti yang didengari kisahnya.

    Di dalam Al Quran antara lain menyebutkan tentang mimpi iaitu kisah Nabi Yusuf. Kisah Nabi Muhammad seperti diturunkan surah An Nas dan Al Falaq, yang mana berkenaan jin serta sihir (alam ghaib).

    Hal hal ini saya ada sedikit sebanyak tuliskan di dalam blog ini.

    Apa yang boleh saya katakan adalah benar bahawa Tun Mahathir (bakal pemimpin kita pada masa itu) sendiri ada datang berjumpa dengan saya dalam mimpi sebanyak 3 kali iaitu semasa sebelum BERSATU mahu ditubuhkan dan selepas BERSATU ditubuhkan, serta termasuk setelah kata sepakat dicapai untuk carta organisasi PH – ini adalah penceritaan berkenaan di alam kerohanian.

    Usah kita sangsi bagaimana Hamba Allah itu diberikan tugas dan bagaimana cara Allah mahu ia diselesaikan.

    Seperti di dalam Al Quran. Demi Kuda! Demi Matahari! Demi Siang dan Malam!

    Ciptaan Allah tiada tolok bandingnya. Allah Maha Berkuasa.

    Di alam nyata ini kita punyai motorsikal, kereta, kapal terbang dll pengangkutan.

    Dalam Islam kita punyai sistem pemerintahan sendiri. Kita punyai angin seperti contohnya. Inilah yang dikatakan ‘lipat bumi’ , ke sana ke mari hanya sekelip mata, dengan izin Allah swt (karamah).

    Terima kasih Tun.

  43. Salam..

    Attn: RD

    Kristian biarlah dgn agama Kristian..Yahudi pun biarlah dgn agama Yahudi..Aku dgn agamaKu..

    Kalau ko bkn beragama Islam, aku nk bgtau satu fakta..Serius aku xtipu ko..

    Islam akan kembali memerintah Bumi ni sebelum kiamat..

    Kalau ko nak selamat, ko ucap syahadah..Tiada tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah..

    InsyaAllah..Sejurus sahaja ko ucap kalimah syahadah..Aku doakan mudah2an ko akan selamat didunia dan diakhirat serta aku dengan rendah diri rela darjat ko diangkat lg tinggi dr aku..Amin..

  44. Salam

    Attn: RD

    Kawan…jgnlah engkau sombong dgn ilmu ko..Tuhan yg ajarkan ko ilmu dunia ni oii..

    Bila ko dah diberikan dgn ilmu tu, ko xyah la nk bangga dan nk jatuhkan org lain..

    Ya..ko power..Xde org yg lg power dr ko..Harap ko xmengaku ko tuhan la..

    Bab pasal ko beriman pg hari kiamat tu bererti jugak ko beriman terhadap perkara ghaib..So? Ape masalah ko? Ko terlebih beriman ke smpi akal level manusia ko tu pk merepek meraban?

    RD…Ko nk pk cara pemerintahan mahupum cara tunggangan Imam Mahdi tu kuasa ko ke? Naik kerete ke, terbang ke, jln kaki ke, wallahualam..Allah yg Maha Mengetahui..

    Jgn ko sesekali sangsi..

    Yang pasti..Imam Mahdi akan memerintah bumi ni menjadi aman damai..Fullstop..

    Semoga Allah bukakkan lg byk pintu hidayah utk ko..dan dgn ilmu tu ko gunakan ke arah jalanNya…Amin..

    Salam..

  45. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Izinkan saya Tun: (kepada pengunjung lain harap maaf)

    Tun, ada orang g*la meroyan dan meracau-racau marahkan Cikgu Bedah di sini. Saya cuma perihatin. Dia panggil Tun ‘Ayahanda’, jadi mungkin anak Tun agaknya… Buat malu Tun saja orang ni 🙁 .

    Saya kurang pasti siapa dia Cikgu Bedah, tetapi memang marah bangat si Polan ini kepada Cikgu Bedah.

    Setahu saya tiada sesiapa pun di kalangan pengunjung blog Chedet ini yang bernama Cikgu Bedah. Agaknya orang yang meroyan sakan ni tersilap blog. 🙁 🙁 🙁

    Kesian…atau pun mungkin ada masalah ‘upstairs’ kot…Alahai…

    Hj. Hadi dan konco2 pun boleh terpinga-pinga jika berhadapan dengan orang yang g*la meroyan ni…Sudahlah berotak dangkal, asyik menyibuk saja kerjanya…

    Entahlah…Mungkin boleh minta bantuan Sdr. Wajaperak sebab jika tidak silap saya Wajaperak dahulu bekerja di Hospital Bahagia (mungkin dah bersara…).

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  46. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    Mohon izin Tun untuk berkomunikasi dengan Sdr ‘malaysianmalaysia’

    Merujuk kepada komen Sdr. pada Sep 20,2018 4:27 AM:-

    Sdr. tulis ayat berikut:

    “Islam juga tidak menegaskan bahawa paksaan digunakan agar ajarannya dianuti sesiapa {Surah Al-Baqarah [2:256]}.”

    1. Boleh Sdr. beri penerangan (penjelasan) lanjut mengenai Surah Al-Baqarah, ayat 256 [2:256] supaya kami lebih faham apa yang anda maksudkan dengan kenyataan anda di atas?

    2. Saya mohon anda beri terjemahan penuh, dan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang ayat tersebut (setiap firman Allah SWT ada cerita di sebaliknya) supaya kami di sini boleh faham dengan lebih lanjut sebab-sebab ayat di atas diperturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia.

    3. Saya harap anda tidak segan silu berkongsi ilmu untuk kebaikan kita bersama. Saya ikhlas untuk belajar dari anda. Mungkin ada yang anda tahu mengenai ayat ini yang saya tidak tahu. Terima kasih.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  47. Assamualaikum Ayahanda Tun,

    Kadangkala hendak tergelak pun ada tengok gelagat Cikgu Bedah yang pemarah dan garang orangnya (kesian sekali lagi buat Pakcik kat rumah tu mesti selalu kena marahkan) tak habis2 dengan isu fitnahnya.

    1. Sudah2lah Cikgu janganlah hendak merapu sangat kes Hj Hadi ni pun dah basi janganlah nak mengomel tunjuk pandai sangat semua orang dah tahu ceritanya hihihi.. (awak tu siapa? Kalau ayahanda Tun tak mengapa). Lagipun kalau Hj Hadi kafirkan orang lain maka kafirkah kita? Kita jangan over react sangat sebab Hi Hadi bukan Tuhanpun.. biarlah dia hendak bertaubat ke dah bertaubat itu antara dia dengan Tuhan tak usah kita nak memandai nak menghukum orang lain.. itu kerja Tuhan.

    2. Kih..kih.kih.. Cikgu jangan perasan sangatlah awak tu siapa sampai menitahkan wajib mohon maaf pada ahli UMNO pulak tu? Cikgu memang kelakar binti lawaklah kemudian nak bersimpati dengan ahli2 PAS kunun.. Cikgu jangan risau dia orang ok jer.. ahli2 UMNO tu lagi kesian tak sedar2 diri.

    3. Eish..ish..ish cikgu memang pemarah orangnya tapi Pakcik kat rumah jer yang takut.. rasanya Hj Hadi dan kami kat blog sikit pun tak takut.. bab pepecahan tu ayahanda Tun dah bercerita panjang tak payahlah nak tumpang semangkuk.. oh baru tahu Cikgu golongan anti-fitnah ingatkan cikgu golongan asyik nak tunjuk pandai tapi ke laut..

    4. Yelah teruskan dengan isu fitnah anda dan haprak anda.. asyik kitar semula hihihi.. dah habis modal ke? Cuba lagi you can do better.. kata ada PhD.

    5. Astagfirullah.. dah nak jadi ustazah lah pulak.. isunya fitnah lagi.. syarahan ni dah banyak kali dengarlah Cikgu.. terima kasih jer lah ya.

    6. Tang ni kami setuju Najib memang haprak orangnya itu sebab masa dia berkuasa dia boleh aniaya orang lain yang tak salah pun boleh jadi dan mana2 orang politik pembangkang yang dia rasa nak ‘frame’ dia senang2 boleh buat. Cuma masalah UMNO sekarang ini ialah UMNO acuan Najib dan yang jadi Presiden pulak memang sah2 protege dia Si Ponorogo tu maka eloklah ramai MP2 UMNO keluar untuk sekurang2nya mengurangkan bilangan kerusi UMNO yang tak sedar diri.

    7. Jangan meroyan sangat lah Cikgu bab kafir mengkafir ini sebab sejujurnya sebilangan orang2 UMNO belum tentu menuruti ajaran Islam jikalau mereka tidak dikafirkan PAS. Yang penting jaga solat lima waktu dan kalau bermesyuarat atau bersidang sekalipun jangan lupa solat ya.

    Sekian.

  48. Saya rasa Khalid Al-Walid ni… tidak suka membaca. Sebab tu dia tak terbaca komen saya dibawah, mengenai ‘beriman kepada Hari Kiamat’.

    Bagaimana kepercayaan Yahudi dan Kristian kepada ‘Hari Kiamat’ dilihat lebih positif dari apa yang dipercayai orang Islam.

  49. Saudara Khalid Al-Walid kata…

    “Mudah2an cpt skit Imam Mahdi keluar..Asalkan aku sempat tgk satu dunia ubah ikut pemerintahan Islam pun aku dh cukup syukur…”

    Imam Hadi… ops salah… Mahdi keluar dari mana dan di mana? Keluar dari perut seorang Ibu Muslim, keluar di Negara Kapir?

    Saya harap dia boleh keluar di Israel atau Myanmar supaya boleh membantu masyarakat Palestine & Rohingya dari ditindas dan dibunuh oleh Kapir Zionist dan extremist Buddha.

    Jika dia ‘keluar’ nanti, dia menunggang unta/kuda ke bawa kereta? Dia bawa senapang apa… AK-47 buatan Russia ke M16 buatan Amerika?

    Lain-lain senjata-berat, dia buat sendiri ke, beli dari kuasa-besar-dunia yang semuanya Negara KAPIR?
    Oh… kalau dia beli, duit datang dari mana? (Jangan klepet duit Rakyat macam Najib, sudah).

    Ataupun Imam Mahdi tak perlu guna sebarang senjata kerana ada kuasa luar-biasa seperti Superman?

    Oh…lupa pulak nak tanya… Imam Mahdi bergaya dengan kereta jenis apa?

    Proton Perdana… buatan anak Bangsa, Agama dan Negara sendiri… ke Mercedes Benz, buatan orang Kapir?

  50. Salam YAB dan DiSanjungi PM Tun Dr. Mahathir,

    1. Hj. Hadi telah memfitnah terlalu ramai umat Islam di Malaysia. Beliau mesti bertaubat dengan menarik balik AMANAT sesat beliau yang mengkafirkan orang Islam yang tidak sependapat dengan beliau (dalam politik).

    2. Beliau juga wajib memohon maaf dengan seikhlas hati terhadap golongan (ahli-ahli UMNO, dll.) yang beliau telah kafirkan. Saya simpati dengan ahli2 PAS yang (pernah / masih) termakan dengan fitnah Hj. Hadi dan menganggap orang Islam dalam UMNO sebagai kafir dan wajib diperangi.

    3. Saya amat marah terhadap Hj. Hadi kerana fitnah jahat beliau telah banyak menyebabkan umat Islam berbalah sesama sendiri dan berpecah-belah. Saya memang anti golongan yang gemar MEMFITNAH orang lain.

    4. Orang yang memfitnah orang lain dan enggan mengaku dan meminta maaf di atas kesalahan (memfitnah) yang telah dilakukan merupakan golongan yang betul2 h*pr*k. Niat mereka memfitnah semata-mata untuk melaga-lagakan orang lain supaya mereka mendapat keuntungan (politik, etc.) dari perbalahan tersebut.

    5. Allah SWT sudah mengingatkan kita bahawa dosa fitnah (memfitnah) lebih besar dari dosa membunuh. Fitnah Hj. Hadi membawa kepada trajedi berdarah Memali yang telah mengorbankan banyak nyawa. Memang benar firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 217 (sedutan Al-Baqarah, ayat 217: “…And fitnah is greater than killing…”).

    6. Hj. Hadi yang bersekongkol dengan DSN memang seorang yang betul2 h*pr*k. Beliau menentang Tun M, tetapi boleh pula membela DSN yang ternyata teramat korup dan telah banyak menyalahgunakan kuasa beliau semasa menjadi PM Malaysia. Saya amat sedih bila melihat kebinasaan yang dilakukan oleh DSN & geng terhadap UMNO khasnya (dulu saya memang penyokong UMNO/BN), dan Malaysia amnya. Kepada pemimpin2 UMNO yang baru sekarang mahu keluar UMNO, “nasi sudah menjadi bubur” – sudah terlambat. Kepada mereka, “Anda semua turut bersubahat memusnahkan UMNO kerana bersekongkol dengan DSN. Anda semua pengkhianat Agama, Bangsa, dan Negara.” Saya pelik bila melihat ada yang memuji-muji MPs (dan ADUN) yang lari dari UMNO selepas UMNO tumbang. Dah tumbang baru nak lari? Alahai…Sepatutnya mereka insaf, bertaubat, berazam serta beriltizam untuk memulihkan UMNO dan memenangi semula hati bekas penyokong2 UMNO/BN yang telah lari dari UMNO/BN pada PRU14 (termasuklah saya dan ramai lagi kenalan dan saudara-mara saya; kami semua tidak pernah pergi demo BERSIH, dan tahu bahawa UMNO/BN cuma boleh ditumbangkan melalui PRU – ini FAKTA).

    7. Namun, jika mereka (ahli2 UMNO dll.) masih lagi berpegang kepada Rukun Islam dan percaya kepada Rukun Iman (beriman dengan Allah SWT dan mengaku Nabi SAW sebagai Utusan Allah), maka mereka masih lagi Islam. Orang yang mengkafirkan orang Islam lain, jika yang dikafirkan masih lagi Islam, hukum kafir berbalik kepada yang menuduh.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  51. Assalamualaikum Tun.

    Wasap dan media sosial lain kadangkala ada juga kebaikannya.

    Dari situ tak lama dulu baru saya tahu bahawa assalam adalah ganti kepada salam.

    Tak lama dulu juga. Pada awal blog ini dibuka, saya membuat keputusan untuk menulis mengenai agama (tasawuf) kerana dapat merasakan perjalanan saya lebih terarah ke situ.

    Saya beritahu Tun. Tun kata ia tidak begitu digalakkan. Cadangan tersebut mempunyai turun naiknya, seperti saham.

    Walau bagaimanapun, hari ini, masih di sinilah kita.

    Baru baru ini saya ada mengulas sedikit mengenai Imam Mahadi berdasarkan pandangan peribadi saya setelah ditanya oleh rakan pembaca di sini.

    Saya rasa perlu mengulas kerana di Malaysia pengaruh ISIS, Daesh masih ada.

    Baru baru ini pun, terbaca tentang tangkapan di Pahang, Selangor dan beberapa negeri lain oleh PDRM.

    Saya fikir sudah tentu juga penulisan dan pergerakan saya turut dipantau oleh pihak berkuasa. Saya bersiaran secara langsung, okey.

    Risik di Malaysia dikatakan antara terbaik di dunia kalau tak silap, kan.

    Bukan sekacang ABC menulis, “saya Musato adalah penasihat PM Tun Mahathir Mohammad”.

    Pertanyaan rakan pembaca saya di sini (maaf ye tak,tulis nama) lebih menjelaskan tentang peranan Tun M pada pemerintahan Islam masa ini.

    Tun M dikatakan adalah orangnya yang menyediakan tapak untuk peringkat pemerintahan Islam seterusnya.

    Tun M dan saya bukan Imam Mahadi.

    Tapi bagaimana kami melihat negara itu samada Islam atau tidak, itulah yang terpenting sekali.

    Seperti mana Allah mengatakan bahawa Islam itu adalah agama yang benar, adakah benar Islam yang anda lihat itu?

    Pada saya itulah peranan tasawuf/kerohanian dalam menyuluh serta menerangi jalan ketika dalam kegelapan walaupun deria mata melihat alam nyata ini terang benderang.

    Terima kasih Tun.

  52. Musato

    Same. I also tak nak sokong. Baca saja press news dari keluar penjara sampai sekarang, macam2 hal, orang macam I boleh kutip.

    I cuma tergelak besar pagi ini baca wall KCD, alkisah hantu raya cari tuan. Memang kelakar.

  53. Salam…

    Berkaitan Topik Menentang PAS

    Tun..aku nk ckp byk pun dh malas dh Tun..Retorik politik ni teruk..Penuh kepura-puraan..

    Kejap ckp gini..Kejap ckp gitu..Ckp pun xhabis..Bila ckp xhabis, ade jela bende nk dicakapkan lg..Mmg smpi bile pun xkan habis..

    Xkisah la..dh nak kiamat pun..

    Mudah2an cpt skit Imam Mahdi keluar..Asalkan aku sempat tgk satu dunia ubah ikut pemerintahan Islam pun aku dh cukup syukur..

    Bab Dajjal pun keluar tu mintak jauh la..Bukan isu Dajjal yg aku nk cite..

    Ko ketua negara skrg Tun..Buat la sesuatu utk pertahankan agama..

    Pk la..xkan la ko nak tunggu Imam Mahdi keluar baru nk ubah sistem pemerintahan berasaskan Islam?

    Bila Imam Mahdi dtg kat ko dgn panji Allah, baru la ko nk takut? Baru ko nak angguk?

    Skrg ni masing2 ade power tp takut nak guna power..Ntah pape..Aku kecewa..

    Camni taw..Nk pcaye ke xnk pcaye tu hak masing2…Cuma apa yg dikatakan oleh Al-Quran tu xpernah tipu..

    Islam kini dh menyimpang jauh…

    Aku yakin dan percaya..bahawa..

    Islam akan memerintah kembali dunia ni dengan keindahan..

    Mudah2an…Amin..

  54. Assalamualaikum Tun.

    ” Kita tidak boleh menerima LGBT, budaya kita berlainan dari Barat” kata PM

    Saya kira itu satu berita baik untuk rakyat.

    Anwar akan bertanding. BERSATU terpaksa berkecuali. Tiada komen boleh dikeluarkan bagi menentang Presiden PKR bertanding kerusi Parlimen bagi membolehkan Anwar menuju ke puncak kuasa tidak lama lagi.

    Bagaimana dengan anda. Adakah anda di PD juga berkecuali?

    Terima kasih Tun.

  55. Salam Tun

    Since I pangkat anak, I rasa boleh bahasakan Tun sebagai ayahanda macam Faridina 🙂

    I pernah sebut earlier, Tun tak perlu minta maaf dengan sesiapa, baik DAP atau PKR atau PAS. Sebab apa yang Tun lakukan dulu adalah mengikut keperluaan masa. What is needed to be done.

    Seperti apa yang sdr Hussein tulis dalam link yang saya beri earlier. Belaiau ada menyebut bila sampai sesuatu usia sememangnya ada hasrat dan pemikiran nak memperbetulkan keadaan….

    Even I yang pangkat anak Tun ini pun, punya perasaan begitu bila lihat anak2 sendiri, patut aku buat ini dulu, supaya tak jadi begini sekarang, rasa bersalah la, you know that kind of feeling.

  56. * tambahan penting yang tertinggal.

    Tun tak kata Tun tentang PAS sebab hudud.

    Saya setuju.

    Politik di Malaysia masih lagi berpaksikan pada perkauman seperti Tun katakan di Ulangtahun ke2 BERSATU.

    InsyaAllah pemimpin akan datang cuba selesaikan.

    InsyAllah.

  57. Assalamualaikum Tun.

    Hang Jebat Derhaka,

    Pada hemat saya untuk menjadi pemimpin seperti Tun, ahli politik tetap perlu bercakap jujur, amanah, menyampaikan dan benar (sepertimana sikap yang dimiliki oleh Rasulullah saw).

    Apa yang Tun terangkan kenapa beliau tentang PAS adalah fakta yang benar. Saya terima 100%.

    Begitu juga berkenaan DAP.

    Dalam sistem politik Islam helah adalah dibenarkan. Orang bukan muslim perlu ditolong namun tidak boleh disayangi.

    Kalimah syahadah adalah tanda keimanan.

    Dr Zakir Naik yang dihebahkan sebagai menggalak pengganas pernah berkata dan boleh dimaksudkan sebagai, lebih baik bersuamikan pemuda muslim yang jahat dari bersuamikan pemuda bukan muslim yang baik sekiranya seseorang wanita itu mahu berkahwin.

    Besarnya peranan iman adalam setiap manusia. Iman yang berkata Tiada Tuhab selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

    Islam boleh dimajukan dengan membina PROTON (teknologi), angkasa lepas (syeikh muzaffar), terjemahan ilmu (iqra’), tadika islamik (struktur kekeluargaan), pakaian serban dan jubah (psikologi thinking), muzik dan tarian (kebudayaan), sistem tandas (bersuci), program sapu sampah (kebersihan), binaan KLCC (senibina), majlis ilmu (zikir) dll yang berkaitan.

    Islam di Malaysia bukannya tidak boleh dimajukan. Ia cuma telah dibataskan oleh pemimpin negara kita sendiri.

    Islam di Malaysia diperbolehkan untuk disanjungi tanpa apa apa pindaan Perlembagaan.

    Tun perlu bertanyakan pada diri sendiri. Sanggupkah Tun sendiri berubah? Tiada musuh lain selain dari diri Tun sendiri.

    Kadangkala saya sendiri terfikir untuk pakai kopiah masa tebar roti canai. Kelihatan islamik dan InsyaAllah dapat jualan lebih sikit.

    Cara inilah Lee Kuan Yew guna pakai suatu masa dulu. Tun lebih mengetahui, kan?

    Terima kasih Tun.

  58. Assalamualaikum Tun.

    RD,

    Saya rasa Malaysianmalaysia itu penulisnya bukan muslim.

    Anyway, penulisannya dalam bahasa Melayu sangat baik 👍👍👍. Tahniah.

    Malaysianmalaysia memberi idea bahawa Melayu PERLU MURTAD untuk memajukan Islam.

    Terima kasih Tun.

  59. Assalamualaikum,

    Seperti sebelum ini saya akan mengutarakan pendapat saya yang agak kritikal. Ini adalah kerana saya sudah semakin faham akan selok-belok politik ini. Maka saya tidak akan menelan apa2 pun secara mebuta-tuli lagi.

    Sebenarnya politik ini sebahgian besarnya adalah untuk membina persepsi mengikut keperluan semasa. PAS atau DAP kedua2 nya adalah parti politik yang dimusuhi atau ditentang mengikut keperluan. Ini adalah terbukti atas pengakuan Tun dalam postingnya yang lalu dimana beliau pernah mengatakan “ada di antara mereka yang anggap saya sudah mengkhianati Melayu dengan bekerjasama dengan Kit Siang dan DAP. Mereka tidak boleh terima DAP sama sekali kerana DAP ini anti Melayu. Sebenarnya sayalah orangnya yang mempersetankan DAP. Dalam politik jika kita nak kalahkan musuh, kita terpaksa memburukan imej musuh. DAP adalah musuh parti saya dan saya sendiri. Pendekatan saya amat berkesan walaupun saya juga dipersetankan oleh DAP. Demikian kesannya usaha saya dan rakan-rakan saya dalam mempersetankan DAP sehingga orang Melayu tidak boleh terima DAP dan sesiapa yang mendampingi DAP sama sekali”.http://chedet.cc/?p=2631

    Saya disini tidak ingin menyalahkan Tun sebaliknya ingin memberi pengiktirafan sebagai ahli politik yang terhebat yang Malaysia pernah ada. Persoalannya hari ini bagi saya ialah kemanakah hala tuju yang hendak dibawa oleh Tun.

    Bagi saya setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukan. Dan yang paling utama adalah mencapai matlamat dalam hidup di dunia selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah S.W.T. Saya berlindung dengan Allah dari disesatkan dari jalan yang lurus.

    Sekian terima kasih kerana memberikan ruangan untuk saya membrikan komen.

  60. Assamualaikum Ayahanda Tun
    dan Salam Jumaat..

    PAS Menghalalkan Cara

    Isu PAS..
    Ayahanda Tun lePASkan sahajalah..
    Kes sudah jadi hamPAS..
    Usah dihemPAS lagi..

    Benar ayahanda Tun isu kafir mengkafir, kes sembahyang dua imam, perceraian suami isteri berlainan fahaman politik dan banyak lagi adalah makanan PAS.

    Namun hari ini alaf ini makanan seperti ini sudah basi dan tidak lagi dimakan oleh PAS kerana jika dimakan akan membuat mereka cirit birit lantas menghalang perjalanan mereka ke Putrajaya.

    Entahlah suka cara orang tabligh berdakwah lemah lembut, bersederhana dan penuh kasih sayang menurut sunah Rasulullah tanpa mengharapkan ganjaran dunia.

    Dakwah PAS turut mengejar ganjaran dunia berupa kedudukan, kekuasaan dan kestabilan ekonomi peribadi pemimpinnya manakala pengikut setia mereka pula sentiasa dipasakkan dengan isu akhirat untuk kelangsungan politik peribadi mereka.

    Namun kita usahalah merintih kerana nasi sudah menjadi bubur, terimalah mereka seadanya dan kengkang pengaruh mereka supaya terhad di Kelantan dan Terengganu sahaja.

    Wallahualam.

    p/s : Mungkin elok ayahanda Tun bisikkan ke Mukhiz supaya menguatkan Bersatu di Kedah melalui contoh teladan yang baik kerana pengaruh PAS di negeri kelahiran ayahanda Tun jangan dipandang enteng.

  61. Tun

    Saya memilih parti yang memperjuangkan hak orang Melayu. Tanpa hak istimewa ini, bagaimanakah kita nak menegakkan islam.

    I pernah pergi Kunming, China. Trip with friends. Kami tinggal di hotel. Nak makan pun payah, all non halal food. Pasal lapar breakfast kami makan telur rebus sahaja, nothing there yang kami nampak halal. Many sana tak boleh berbahasa Inggeris, only selected few sahaja yang boleh. And I heard the criteria sangat tinggi untuk layak sertai program UN.

    Masa itu kami rasa sangat thankful kami duduk Malaysia. Senang nak cari makanan halal. Even their McD or any fast food pun tak halal sana. Kawan yang bawa paket serunding Brahim kami bedal bukan main lagi 🙂

    Because of this, tour guide bawa kami jelajah tempat makanan Islam, one of them street yang mana peniaga islam berniaga. Besar lagi Petaling Street sini.

    Wajah peniaga biasa la, wajah orang China, ada yang pakai kopiah, bertudung, ada yang tak. Ada roti ada macam2 jual situ, kami semua gembira.

    Tiba2 seorang wanita terlepas barang yang dia bawa, periuk berisi makanan, dia laung ALLAH HU AKHBAR.

    Masa tu kami terasa dikelilingi orang Islam. Since kami tak pandai bahasa mereka, mereka juga tak pandai bahasa kami, seorang lelaki peniaga situ tunjuk gambar dia pergi Mekah dengan bangga.

    Kami hanya mampu tunjuk tanggan sign GOOD. Ramai sini peniaga illegal so bila kena kejar penguasa, lari lintang pukang bawak barang2. 🙂

  62. Saudara tamchi kata… “Penghujung hari itulah kiamat.”

    Selain Islam, Agama Yahudi & Kristian juga percaya kepada Hari Kiamat. Namun kepercayaan Yahudi & Kristian kepada hari kiamat, nampaknya lebih positif berbanding Islam.

    Mana tidaknya… manakala kapir Yahudi & Kristian sudah berjaya mencipta kapal-angkasa, seolah-olah mahu lari dari kiamat, Umat Islam terus ketinggalan dalam serba-serbi kehidupan. Lebih malang lagi, di Timur-tengah Umat Islam asyik berbunuhan sesama-sendiri sambil memperkayakan lagi Negara-Negara Kapir dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan, berlumba-lumba beli senjata-perang dan memberi mereka peluang untuk campur-tangan dan mencatur urusan dalaman Negara mereka sendiri.

    Cuba lihat di sekeliling… didalam atau diluar rumah kita…dari iPhone, komputer, game Dota yang menjadi kegilaan anak-muda Melayu, kereta berjenama, motosikal yang banyak menyebabkan remaja-Melayu mati atau cacat seumur-hidup, mesin-basuh, sterika, hair-dryer… sehinggalah microphone & loud-speaker yang kita gunakan untuk laung Azan lima kali sehari… semuanya adalah ciptaan & buatan orang kapir yang minum arak.

    Jika kita terus ‘beriman kepada hari-kiamat’ secara membuta-tuli seperti sedia ada, maka Umat Islam akan lebih jauh tertinggal kebelakang.

    Harap Maklum.

  63. Saudara/i malaysianmalaysia.

    Saya sependapat dengan Dr.M bahawa PAS adalah kepala-bapak perpecahan-Melayu.

    Perpecahan pertama, seperti yang Dr.M jelaskan, kerana golongan Agamawan dalam UMNO tidak diberi jawatan kabinet pertama Kerajaan, sebelum Merdeka. Maka jelas, mereka lebih mementingkan pangkat & jawatan. Maklumlah, dengan pangkat & jawatan akan mendatangkan WANG & harta. Jika mereka lebih utamakan perpaduan Melayu & Islam sudah tentu mereka akan setia bersama UMNO, supaya boleh membantu dari dalam, memastikan Kerajaan menuruti ‘kehendak’ Islam, mentadbir Negara.

    Pada 1980an pula, PAS melalui ‘Amanat Haji Hadi’ telah mengkapirkan UMNO, termasuk penyokong mereka atas alasan ‘berkawan’ dengan kapir MCA & MIC. Ketika itu, selain UMNO/BN, DAP adalah musuh paling utama bagi PAS, yang mereka labelkan sebagai Kapir harbi yang wajib di’perangi’.
    PAS mahu buat Negara-Islam hingga tercetus Insiden Memali. Keluarga bercerai-berai. Tidaj makan sembelihan orang UMNO, Solat dua Imam dan lain-lain.

    Alih-alih, pada 1998 setelah Anwar dipecat dari UMNO dan tubuh party-baru yang akhirnya dikenali PKR, boleh pula PAS dengan alasan bahasa Arab, bahalol-siyasi, sanggup pula ‘berpelok’ dengan DAP dalam gabungan BA (Barisan Alternatif) yang kemudiannya dikenali sebagai PR (Pakatan Rakyat).

    Kemudiannya, BERSIH ditubuhkan oleh NGO yang ditunjangi DAP dan dalam kesemua demontrasi yang diadakan, ahli-ahli PAS yang memainkan peranan penting sehingga sanggup tidur atas jalanraya bagi menghalang kenderaan Polis.
    Ketika inilah demontrasi Bersih semakin ganas sehingga menterbalikkan kereta dan memukul anggota Polis. Lebih malang lagi, PAS tergamak solat berjemaah dalam Stadium, memohon kepada Allah supaya menjahanamkan UMNO.

    Setelah PAS keluar dari PR, demontrasi-BERSIH terus jadi lesu dan majority pesertanya adalah bukan-Melayu. Lebih malang lagi setelah keluar PR, PAS pula kepada PAN, yang kemudiannya menjadi Party Amanah.

    Setelah bersendirian menjelang PRU 14, PAS diketahui ramai ‘bersubahat’ pula dengan Penyamun-UMNO yang dikenali seluruh dunia sebagai Kleptocracy, demi memberi keuntungan kepada UMNO/BN, memecah undi PH supaya sebanyak mungkin kawasan, berlaku pertandingan 3 penjuru atau lebih.

    Setelah majority Rakyat berjaya menjatuhkan UMNO/BN, secara terang-terangan UMNO dijemput ke Muktamar PAS. Akibatnya, UMNO yang sudah lemah setelah BN tewas dan hanya tinggal 3 dari 13 parti-gabungan, berpecah pula apabila 4 Ahli Parlimennya istihar keluar Party dan kemungkinan-besar, ramai lagi akan turut berbuat demikian.

    Maka jelas PAS adalah kepala-bapak perpecahan Melayu….

    1. Keluar UMNO, tubuh parti sendiri, PAS.
    2. PAS kapirkan UMNO.
    3. PAS masuk BA, BA lingkop.
    4. PAS masuk PR, PR lingkop.
    5. PAS dan UMNO ‘berpelok’ selepas PRU 14, UMNO bertambah lingkop.

    6. Yang pasti, PAS sendiri bakal berpecah lagi. Mesti ada dikalangan Ahli PAS yang jujur dan ikhlas menegak dan memperjuangkan Islam. Sudah tentu mereka tidak mahu Agama Islam terpalit dengan emej-buruk dan dipandang serong oleh Bukan-Islam akibat ‘berpelok’ dengan Penyamun-UMNO.

    Mengenai cadangan supaya Melayu diberi kebebasan berAgama… saya rasa, hanya orang Bukan-Islam yang berani beri pendapat sedemikian. Ia samasekali bukan cadangan yang mudah untuk dipersetujui oleh sebahagian besar orang-Melayu dan sudah tentu akan memecah-belahkan lagi perpaduan Melayu.
    Lebih mudah dipisahkan Agama dari politik dengan menempatkan Institusi Agama didalam Kawasan Istana, seperti yang saya telah cadangkan pada posting Chedet yang lepas.
    Cuba Saudara/i malaysianmalaysia cari dan baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  64. Salam pagi Tun

    Sempat juga I baca berita online, dah nampak true colour Anwar, bila kata It should have been me, Anwar says on seeing Dr M becoming PM.

    I teringat satu peristiwa hari raya haji yang lalu.

    I jalan rumah kawan lama. I sebut yang I baca kat wall Tun, ada yang kata, Anwar tidak layak jadi PM because dalam interview radio, are you a homosexual, anwar pusing2 tak jawab direct, seperti tak boleh buat decision. Kawan ini jawab, hah memang homo la tu.

    Sekarang that same radio interview circulates around, hubby pun dapat. Now siapa yang dapat pun cakap serupa, sah homo, kalau tak betul kenapa tak jawab firmly, NO I’M NOT. I tak dapat though. 😛

    At the same rumah kawan, ada juga cakap tentang agama, kawan kata orang sekarang ini petty things nak gaduh, for example cara you sembahyang, jari telunjuk, wahabi but the big thing like siti kassim, diam pula.

    I also teringat another kawan dia tak suka keluar rumah sebab jiran dia kaki condemn tudung. Bukan isu tak pakai tudung, tapi tudung pendek dan tudung labuh. Ada klas klas. Can you imagine that, kalau tak bertudung apa pula mereka kata.

    And I also find it strange bila tengok rancangan astro dimana bride cari baju kawin. Di Malaysia yang bertudung pun peluk jovian, the fashion designer seorang lelaki. Kalau tak bertudung boleh lah I kata ala bride ini westernize. Peluk ini tak ada apa bende. Ini bertudung apa pula I nak cakap.

  65. Penghulu hari itulah Jumaat
    Penghujung hari itulah kiamat.

    Al Fatehah ayat ke-empat..

    *
    Asalamualaikum, saudaraSaudari,
    Allah jualah Maha mengetahui..

    ——-
    ***
    Islam ad-Din.

    Hendak dikisah, apa yg perlu..!
    Hendak dipisah, apa tak tentu.???

    https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Politik_Islam

    “Saya tidak mahu menggunakan nama Islam pada parti Islam saya kerana tidak mahu kelemahan parti saya dilihat sebagai kelemahan Islam”
    -Recep Tayyip-

    https://youtu.be/Z5vYKyaGCwY

    Maaf saudara, tersalah sangka..
    Maaf saudari, andai tersangsi..

    p/s :
    mengimarahkan masjid, anak & bapa..
    Solatlah jemaah bersama sama..
    Bg Alasan indah,
    anak dpt keluar sesuka..
    Sape yg dok rumah,
    anak tah pegi mana..?

    https://www.malaysianreview.com/185280/mutfi-perlis-lancar-kempen-solat-subuh-berjemaah-di-masjid/

  66. Orang yg menggunakan Agama dalam Politik adalah
    Mereka yg Gagal dan tidak Berupaya Bertanding secara Politik atau Peribadi
    Maka mereka akan gunakan Agama bagi memberi mereka alasan

    Seperti juga
    Kebanayakn Perniaga Melayu yg Gagal akan Usaha mereka
    Akan menyalahkan Orang lain seperti Oh kena buat Orang ,Oh… Orang hantar barang dan sebagainya
    Yg mereka tidak mahu akui adalah mencermin dimana salah mereka

    Begitu juga apa yg terjadi pada Dunia Islam sekarang
    Lebih menyalahkan Yahudi , Israel , Amerika, Negara Barat , NATO dan sebagainya LEBIH dari Tidak mahu menyalahkan dan mencermin diri sendiri
    Kerana Tidak Satu Padu sesama UMMAH
    Tidak bersedia mendirikan Pertahanan yg Kukuh sedangkan Allah amat mengkurniakan Dunia Islam dengan rezki yg melimpah
    Kesemua Bumi Islam Allah Kurniakan Kekayaan seperti Minyak dan Hasil Bumi yg Meiimpah
    Contoh dekat , Malaysia , Indonesia sedangkan Singapura yg di Kerjaani si Kafir , lebih pendududk Kafir tidak punya apa Hasil Bumi malah amat lebih kaya dari Malaysia , Indonesia
    Begitu juga Timur Tengah dan Negara Barat
    Minyak Hasil Bumi yg seperti EMAS melimpah di Bumi Islam
    Tapi sayang Ummah Islam Lalai dan Leka
    Lihat Padahnya

    Jadi
    Jangan Salahkan Ibu Mengandung
    Jangan Salahkan Bapak punya Burung
    Salahkan diri sendiri kerana Gagal melaksankannya dengan Ilmu
    Dengan Perpaduan Ummah

  67. Penghulu hari itulah Jumaat
    Penghujung hari itulah kiamat.

    Al Fatehah ayat
    Asalamualaikum saudaraSaudari,
    Allah jualah Maha mengetahui..

  68. Inilah penerangan saya supaya RD boleh memahami dengan lebih lanjut lagi apa yang sudah saya terangkan dengan ringkas sebelum ini.

    Tun berpendapat bahawa PASlah yang memecah belahkan orang Melayu. Tetapi situasinya tidaklah sebegitu. Orang Melayu berpecah belah sebab undang-undang negara serta perlembagaan Malaysia tidak selaras dengan ajaran Islam, iaitu bahawa orang Melayu tidak harus dipaksa memeluk Islam {Surah Al-Baqarah [2:256]}. Oleh kerana wujudnya sekatan terhadap kebebasan orang Melayu untuk memeluk agama lain, maka mereka kerap berselisih faham lalu berpecah belah.

    Pemikiran dan hati semua orang memanglah berbeza di antara satu sama lain. Jika mereka dipaksa menganuti sesuatu agama, maka terjadilah tafsiran yang berbeza-beza di antara mereka hinggakan mereka bertengkar tidak habis-habisan lalu berpecah belah. Lebih baik jika kita ikuti ajaran Islam dan memberikan kebebasan kepada orang Melayu supaya berhak memeluk agama yang sesuai untuk dirinya.

    Sebagai contoh, cuba bayangkan jikalau kita semua diperintah untuk memakai pakaian merah jambu sahaja. Sudah tentu ada di kalangan kita yang tidak suka warna tersebut. Jadi akan ada di kalangan kita tafsiran yang berbeza-beza untuk perintah tersebut. Contohnya, ada yang berpendapat warna tersebut mestilah cerah kerana ia mesti ‘jambu’, ada yang berpendapat bahawa gelap sedikit lebih memadai, dan ada berpendapat bahawa warna yang hampir merah pun boleh diterima, ada yang berpendapat bahawa warna yang ramai mengatakan warna merah sebenarnya masih merah jambu, dan sebagainya. Maka pertengkaran sebegitu akan memecah belahkan mereka.

    Keadaan sebegitu tidaklah berlaku di kalangan kaum lain di Malaysia sebab mereka tidak dipaksa untuk memeluk mana-mana agama. Memanglah di dalam satu keluarga Cina atau India, mungkin ada beraneka agama di kalangan ahli-ahli keluarga mereka samada Christian, Buddhism, Taoism, Hinduism, Bahai, Islam dan sebagainya, tetapi mereka saling menghormati dan tidak bertengkar. Oleh kerana setiap individu berhak memeluk agama masing-masing, maka mereka bersikap toleransi dan bukan hanya tidak berpecah belah, malah lebih bersatupadu.

    Lebih-lebih lagi, sikap toleransi kaum-kaum bukan Melayu menyebabkan mereka juga boleh bersatupadu di antara satu kaum dengan yang lain. Lagipun berbezaan di antara kaum-kaum Melayu dari segi agama tidaklah sebegitu luas kerana orang India boleh jadi Christian atau Buddhist dan sama juga untuk orang Cina. Oleh demikian, mereka lebih bersedia untuk menyesuaikan diri mereka di dalam Malaysia Baru ini.

    Jika kita mengharapkan orang Melayu boleh bersepadu, dan bukan hanya di antara satu sama lain, malah juga bersama dengan kaum-kaum lain di Malaysia, maka undang-undang dan perlembagaan negara kita haruslah selaras dengan ajaran Islam yang sebenarnya, terutamanya mestilah wujudnya hak kebebasan memilih agama tersendiri untuk semua orang Melayu.

  69. Salam Saudara Tamchi.

    Sebenarnya saya tidak berapa setuju pendekatan menakut-nakutkan Melayu-Islam dengan kaedah ‘tanda-tanda kiamat semakin dekat’ ini. Kalau tak silap saya, istilah ‘tanda-tanda kiamat’ ini muncul sekitar 1400 tahun yang lalu dan menjadi lebih ‘popular’, 200~300 tahun selepas Wafatnya Rasullulah SAW.
    Mungkin juga ia adalah antara punca yang menyebabkan Islam, sedikit demi sedikit, semakin mundur, berpecah-belah sehingga berbunuhan sesama sendiri dan secara langsung, menguntungkan Zionist Israel dan Negara pengeluar senjata-perang yang kesemuanya Negara Kapir dan Kuasa-Kuasa Besar Dunia.

    Jika kita terlalu ‘taksub’ dan agresif dengan kaedah penghayatan Islam sebegini, Umat Islam akan lebih cenderong mengabaikan ilmu-duniawi yang sangat penting bagi memajukan Bangsa & Agama demi menyaingi Bukan-Islam.
    Namun, sex dan berkawin-empat dengan alasan Sunah-Rasul, tidak akan berkurangan. Lihat saja industry makanan/minuman/jus kesihatan dan kecantikan berunsur penambahan kehebatan sex dikalangan usahwan Melayu. Kebanyakannya mengiklankan produk mereka, guna wanita berdahi-licin, cantik-mulus dan mengiurkan.
    Akibatnya Umat-Islam akan bertambah berlipat kali ganda ramainya yang synonym dengan kemiskinan, huru-hara dan kacau-bilau.

    Akibat terlalu ‘beriman-pada-hari-kiamat’, orang Melayu-Islam akan ketinggalan lebih jauh kebelakang. Maklumlah, apa lagi mahu mengejar dunia bila kiamat sudah dekat. Jadinya orang Melayu akan berlumba-lumba belajar ‘ilmu selepas mati’ untuk ke Syurga. Lebih banyak ibu-bapa akan menghantar anak ke Sekolah Tahfiz untuk menjadikan anak-anak mereka Ustaz & Ustazah dan tidak menitiberatkan lagi ilmu sains dan mathematics. Lebih ‘hebat’ jika anak-anak dapat masuk program Daie TV3 dan jadi ‘Ustaz/Ustazah Celebrity’.

    Jika kiamat hanya akan terjadi 100~500 tahun lagi, maka ketika itu, scientist, doktor, engineer, ahli-politik dan lain-lain kerjaya professional technical akan di monopoly oleh bukan-Islam. 100~500 tahun lagi, lebih ramai Melayu akan jadi Ustad & Ustazah. Dengan bertambahnya Agamawan, maka akan lebih banyaklah percanggahan pendapat mengenai hukum-Agama. Jika Agama tidak dipisahkan dari Politik, bermakna Islam akan bertambah berkecamok, haru-biru dan berpecah-belah, lebih-lebih lagi jika Agama ditunggang oleh ahli-politik untuk mendapatkan undi atau sokongan.

    Jika 500~1000 tahun pun, masih belum kiamat… gamaknya, merempat & bangsatlah Bangsa Melayu & Agama Islam.

    Amalan ‘mengimarahkan Masjid’ juga terdedah kepada gejala-sosial. Anak-anak akan ambil kesempatan, menipu ibu-bapa dengan alasan ke Masjid/Surau, lepas tu membuang masa berlepak dikedai Mamak bersama kawan-kawan mereka.
    Dalam bulan-puasa misalnya, kita akan dapat lihat hampir disemua taman-taman perumahan yang dihuni majority Melayu, terutamanya berdekatan Surau, anak-anak kecil akan bermain sehingga ketengah malam didepan rumah, hampir setiap malam.
    Anak-anak yang lebih besar pula akan minta izin sambil memberi alasan untuk ‘berbuka & bertarawih’ di Masjid/Surau bersama kawan-kawan. Bila ibu-bapa tanya… dengan kawan yang mana… anak akan beri nama kawan-kawannya yang diketahui baik-baik belaka. Pada hal, dia pergi dengan kawan lain, lepas pukul 12 tengah malam, baru balik.
    Hakikatnya, anak-anak bukan ke Masjid untuk beribadah, tetapi untuk bersama kawan-kawan. Dari sinilah bermulanya, mereka belajar melepak, hisap rokok, hisap dadah & merempit.

  70. Saudara/i malaysianmalaysia.

    “Hanya dengan pengajaran Islam yang betul dan wajar barulah orang Melayu Malaysia boleh bersatu padu antara satu sama lain bersama-sama dengan kaum-kaum lain di Malaysia.”

    Pelik… “pengajaran Islam yang betul dan wajar” lagu mana? Huraikanlah sedikit cara atau teknik pengajaran Islam yang boleh menyatu-padukan Melayu, bersama kaum-kaum lain di Malaysia.

    Saudara/i kata… “Tun memanglah pandai berbahas dan bercerita untuk menjadikan hujahan Tun nampak bernas dan benar. Tetapi untuk yang lebih cerdas, perbahasan Tun tidaklah begitu meyakinkan.”

    Apabila terbaca saja perenggan pertama, saya ingatkan, tentulah hujah Saudara/i akan lebih bernas dari Tun. Rupa-rupanya sampai kesudah, langsung tiada cadangan atau idea yang bernas supaya Islam dilihat sebagai Agama yang progressive dan penganutnya dipandang mulia dan disegani.

    Oleh kerana Saudara/i tidak beri apa-apa input untuk membaiki keadaan, izinkan saya beri beberapa cadangan.

    1. JANGAN ajar anak-anak kecil kita, terutamanya di Sekolah Rendah bahawa… jika kita menunaikan Haji, semua dosa kita yang terdahulu, akan atau berkemungkinan terhapus, setelah menunaikan Haji. Secara tidak langsung, anak-anak akan menjadi jahat kerana percaya bahawa ada amalan/ritual yang boleh membersihkan dosa itu.

    Saya beri satu contoh: Anak saya berumur 11 tahun ketika itu, di’tangkap’ abangnya mencuri basikal jiran, dua lorong dibelakang rumah saya, bersama tiga kawan-kawannya. Saya paksa beliau pulangkan serta-merta kedalam pagar yang penghuninya tiada dirumah. Saya perhatikan dari jauh, risau jika sesiapa datang pukul anak saya.
    Pada malamnya, saya cuba nasihatkannya dengan bertanya… ‘Arith, apa yang akan Arith rasa, jika barang kita pula yang dicuri orang?’
    Jawabnya… ‘Ek-eleh Abah, Arith besar nanti, Arith pergi Haji, habislah dosa Arith Abah’.

    Terkejut beruk saya. Saya tidak pernah ajar atau cerita kepada anak-anak mengenai amalan-penebus-dosa. Malah, soal dosa atau pahala pun saya jarang sebut apabila mengajar anak-anak.
    Sebab itu saya amat yakin bahawa ibadat-Haji-sebagai-penebus-dosa ini di ajar oleh Ustaz/Ustazah di sekolah.

    Cara mengajar dosa & pahala dengan teknik menakutkan anak-anak sudah tidak lagi berkesan dizaman moden ini.
    Contohnya: Kita ajar mereka… jangan mencuri, nanti diNeraka Allah akan potong tangan. Anak-anak yang sudah terbiasa dengan cerita kartun di TV tidak akan rasa terkesan apa-apa. Maklumlah, dalam cerita kartun, kepala terputus pun boleh bersambung kembali.

    2. Lebih baik kita didik mereka secara lebih positif. Misalnya; Jangan buat jahat, nanti emej Agama kita dan Allah yang kita kasihi akan dipandang serong dan dihina oleh bukan-Islam.
    JANGAN dididik anak-anak kecil dengan pendekatan menakut-nakutkan apabila mengajar Agama di sekolah. Ia akan menghasilkan Umat Islam yang berfikiran jumud, pendek akal dan tidak rasional. Lebih buruk lagi kesannya kepada mental anak-anak kecil apabila dikaitkan pengajaran Agama dengan kisah mistik atau alam ghaib. Ditokok-tambah dengan cerita, kisah atau kepercayaan karut-marut mengenai hantu, jin, iblis & syaitan ketelinga dan minda anak kecil kita.

    Kesannya nanti:-

    – anak-anak akan jadi phobia pada tempat gelap.
    – Bila terdengar petir/kilat dilangit, anak saya yang lain, berusia 14 tahun ketika itu, secara spontan berkata… ‘Allah sedang menembak iblis/syaitan’. Lagi sekali, saya terkejut-beruk. Secara tidak langsung, dia telah menghina Allah yang Maha Berkuasa… ‘Maha Berkuasa’ mai kot mana, jika perlu guna senapang yang dicipta manusia untuk menembak iblis/syaitan.
    Lebih malang lagi, jika cerita-Allah-tembak-syaitan-guna-panahan-kilat/petir ini didengar oleh bukan-Islam yang mengetahui ilmu-sains. Sudah tentu mereka akan tertawakan kepercayaan kita.

    Akhirnya:-

    -Akibat terlalu percaya pada iblis & syaitan, anak-anak kita paling terpengaruh dan terkesan dengan apa dipecayai oleh golongan scientific sebagai ‘masalah’ mental dalam gejala Hysteria yang kerap berlaku dikalangan anak-anak Melayu.

    Pernah kita dengar anak-anak Cina & India kena Hysteria secara ‘berjemaah’?

    Sebab itu Agama Islam tidak dihormati dan anggap sebagai, jumud, kejam, tidak bertamaddun, tidak boleh terima perbezaan pendapat dan mudah melenting bila berbeza pandangan. Anggap pendapat kita saja yang betul. Percaya kepada jampi-serapah, cerita hantu, toyol, iblis & syaitan. Lebih malang lagi, apabila perbuatan Melayu-Islam yang ganas, keji, dan karut-marut, disensasikan pula oleh media & akhbar-Melayu demi meningkatkan penjualan majalah/akhbar… dimuka depan pulak tu. Cerita mengenai kehebatan berbina 4 tinggal serumah, keberkesanan jamu/minuman kesihatan dan ubat-kuat kegunaan diatas ranjang.
    Akibatnya, Bangsa & Agama kita dikaitkan dengan tahyol-mahyul mengarut, keganasan, sumbang-mahram, gila-sex, liwat, rogol anak-sendiri dan lain-lain.

    Mungkin, ini adalah antara sebab mengapa Tun Dr.M pada mulanya, mahu ‘pegang’ jawatan Menteri Pendidikan juga, namun kerana bantahan ramai-pihak dan memikirkan terlalu banyak beban ‘kerosakan’ yang ditinggalkan oleh Kerajaan terdahulu, hasrat itu diketepikan.

  71. Salam Tun

    I tadi terkejut baca berita nak dapat jawatan besar BERNAMA, orang Melayu tapi sebelum ini kerja beliau adalah editor the Rocket.

    Tun, tak ada orang Tun ka?

  72. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura

    Salam sejahtra selamat petang..
    Sunat berpuasa, tidak dilarang…

    Sebentar lagi hendak berbuka..!
    Siapakah Pasti.? Siapa yg sangka.?

    https://www.google.com/amp/s/fitrahislami.wordpress.com/2011/10/18/orang-yang-menjual-agama-kerana-kepentingan-dunia/amp/

    73, yg ada 1..
    Siapa yg sangka.? Siapa yg tahu.??

    https://sportsukan.tv/zaman-yang-paling-rasulullah-takuti-sudah-tiba-kalau-anda-baca-hadisini-anda-akan-faham-kiamat-sudah-mengetuk-pintu/

    _____
    ***
    Manusia rencana bersama cita,
    Tuhan rencana bersama cinta.

    *******
    Asalamualaikum, saudaraSaudari..
    Allah jualah Maha mengetahui…

  73. Assalamualaikum wmwbt Tun

    Bab2 Islam ni, rasa2 koi banyak Tun ke depan, koi teruk Tun depa balun. Balun Tun OK, sebab Tun tetap Tun, but hak tak elok, kesan PRnya kpd rakyat marhain. PH popularity will eroded. Jgn pulak kata itu “tak apa”. Jgn.

    (2) Bagi saya, bab Islam ni biaq Menteri Hal ehwal Islam, Penasihat Hal Ehwal Islam, JAKIM, Mufti, n Menteri Pendidikan buat apa yg depa mesti buat ie tunjuk, jelaskan n pertontonkan kerja2 depa secara bijak. PR mau ada. PR hak betoi, PR hak tunjuk kerja bukan PR riak syok sendiri.

    (3) Tun sebagai TunPM, tak perlu go public. Tun boleh bincang dgn puak2 ni ie puak2 yg patut buat kerja secara tetutup n berkala. Biaq depa lepas tu pakat terang kat takyat. You just set the direction n monitor the results. Time to talk less Tun. Time to b smart to keep them to nothing to complain ….

    (4) Last but not least, Tun kena hidupkan budaya less talk let work dlm PH n rakyat Msia. Kita dah lama sangat suka sembang, tapi Mamak juga hak pakat jadi usahawan n jutawan.

    Jaga kesihatan Tun. Gerakan di peringkat antarabangsa Tun kena hati2.

  74. Assalamualaikum wmwbt Tun.

    Lama saya tak jengoi. Saja tahan diri utk tidak jengoi utk elak rasa syok sendiri n riak. Dalam masa sama dok perhati juga gelagat PH dari penyokong ke Wakil n Menteri.

    (2) 100 Hari pertama PH dah lepas. Masa syokpun kira dah lepas. Masa letih dok balun dari 2015 juga kira dah lepas. Now sebenaqnya masa utk buat kerja.

    (3) Dari 2003 sehingga awal 2018, kritik saya pd GOM adalah pasal tak buat kerja. Sikit sangat dok buat kerja. Pakat dok biaq Najib MO1 sorang kerja, tu yg last2 jadi kalut tak tentu pasal. Jadi rasa selepas kira2 dah masuk bulan ke 5 PH menang, bulan depan kira masuk 6 bulan, maka elok pakat buat kerja supaya nanti Report Card pd 10/11/2018 jadi lebih baik dari Report 100 Hari Pertama.

    (4) Jgn kecik hati Tun. Saya tak kata Tun tak buat kerja. Tun kerja. Kerja cukup kuat. Cuma hasil kerja belum nampak. Hak kita dok dengaq, PH masih hanyut dok layan kerja2 mengata n seleweng UMNO-PAS. Itu kerja buang masa. Tak perlu focus hak tu. Rakyat cemuih dah bab2 ni. Rakyat nak tengok PH bijak n focus pd kerja.

    (5) Jom kita pakat kerja dgn bijak. Rakyat boleh sabaq sikit dgn PH pasai result. Depa boleh puas hati bila tau n nampak PH betoi2 bekerja n bekerja smart. Hasil depa boleh tunggu. Saya nak cadangkan sikit2 lagu mana PH boleh dilihat secara jelas bekerja n bekerja smart.

    (a) Gunakan TV, Radio, Akhbar n Social Media utk jelaskan apa PH dok buat. Kerja PH disemua peringkat mesti diperjelaskan kpd rakyat. Apa dia, pasai apa, apa result yg kita nak capai n bila …. itu kena habaq jelas kat rakyat. Management explanation kena mengatasi political propaganda. Slow sikit bab politik. Tunjuk lebih bab real Management. Kena tunjuk betul2, memang segala lapisan PH dok bekerja. Kerja, kerja, kerja. Stop cakap cakap cakap. Cuma jgn terlalu percaya Social Media boleh sampaikan semua kpd rakyat. TV, radio n akhbar masih ada pengaruh kpd rakyat marhain. Ingat, yg ubah Kjaan sebab rakyat marhain ubah sokongan. So jgn lupa utk keep in touch dgn depa …. so to me Kjaan PH ada masalah PR, bentuk n cara PR tak cun n tidak menguja rakyat.

    (b) Menteri2 kena heart-to-heart dgn pegawai2 hak ada. Depa dok lama dah di situ. Depa tau banyak pasal kerja. Depa dulu sokong BN, itu cerita lepas. Betul cara PR Menteri dgn Pegawai2 ni, depa akan taat pd Kjaan hak ada. Kerja singkir, buang apa lagi tindas depa make you making lots of silent enemies. Counter productive. Maafkan depa. Atoq PR n Plan kerja betoi2dgn depa based on priority of issues n constraints. In Shaa Allah depa cepat sedaq n mahu menyumbang utk kebaikan Negara. Kjaan PH jgn jadi musuh utk semua. Biaq musuh, PH tetap kawan n buat kerja. Awat Tun n LKS boleh kawan, maka siapalah pegawai2 ni dgn PH?

    (6) Dua tu dulu dari saya, In Shaa Allah by time, semua pakat elok jika semua nak buat hak elok. Masa utk kutuk mengata dah habis, kita kena kerja.

    Jaga kesihatan Tun. Hati2 dipersada Antarabangsa.

  75. Assalamualaikum Tun,

    Sebagaimana yg pernah saya luahkan di chedet ini. Tun lantik Mukfti2 dan Alim Ulamak di Malaysia/di Kerajaan bercakap tentang Ugama apa2 jua yang di bangkitkan oleh Orang Islm disabelah sana (PAS).

    Tun hanya mendengar dan menukuk-tambah mana2 yg perlu sebelum Multi2/Alim Ulama meutara pandangan/pendapatnya berkaitan Keperluan Islam.

    Tun dan orang2 yg tiada Degree di bidang keugamaan walaupun mahir berilmu/berpengelaman/berpengetahuan yg tinggi di bidang ugama, dia tidak akan dipandang dan diterima ujah2nya malahan dicemoh.

    Kalau perlu, kita lantik Ulamak2 Pas sendiri duduk di Kerajaan (kalau lantik Ulamak Kerajaan akan dikecam), menerajui kehendak keperluan2 berkaitan Ugama. Sekarang mereka hanya bercakap dari luar. Kita beri tugas2 ini, apa katanya.

    Saya yakin dgn ketuanya kita ambil untuk menasehati dibidang ugama, lambat laun Umat Islam dan Orang Melayu akan bersatu sebagaimana masa2 lampau.

    Maaf Tun sekadar memberi pandangan dan pendapat. Kadang2 ada kalanya kita perlu fikir di luar KOTAK.

    Saya ini Tun, saorang Persara dari Kerajaan. Bila dah bersara saya dapati ada kalanya tindakan/keputusa yg kita buat ketika itu menyulitkan orang ramai, dan terfikir kenapa tak buat begitu atau bagini. Saya yakin Tun juga berfikir sademikian.

    Wassalam.

  76. Hi Chedet,

    Have you study numbers and it’s meaning? Not numerology. The actual numbers like Fibonacci Numbers and the multiplication of 9. Nine multiply and add will always be a 9.

    Any way you believe in 7. Your cabinet was in 7:7.

    Alright Chedet. I send you email from now on.

    Shalom,

    SJ
    MSC 0072
    74 270 74

  77. To voters, bo lui, bo power, bo rich papa mama, bo political connection, dedak pun jadi lah, tak gitu?

    Sakit mata, atau sakit hati, life will go on as usual for voters.

    Marah2, gaduh2, protes2, maki2, sidir2, korban2, maaf2 atau stres2 pun no point.

    Kek pulut, kek agar2, kek jeli, kek ais kream, kek baker, walaupun harga, ingredients, tastes and brands tak sama, mereka tetap kegemaran semua lapisan masyarakat umun di negara mahu pun di negeri masing2.

    Unite, there will malaysian federation.

    Disunite, there will be malaya, north borneo and borneo sharing ringgit malaysia and bursa malaysia iaitu bursa klse, itu saja.

    Wealth does not pass through 3 generations is very common.

    Therefore, pandai2 mereka yang bergelar penjuang dan pendekar bangsa dan negeri mereka.

    As voters, our obligation is to vote in every 5 years, itu saja.

  78. Sri sense can continue with her bullshit consultantcy since she is not the only one who is doing those stuffs with cronism, nepotism, i help you you help me, or i scratch your back you scratch my back ma since semua pun ada buat, betul kan?

    I am least worried about what sri sense wants to do since everyone like her is doing the same, asyik top down, rigid, one way street of dia boleh buat, yang lain tak boleh buat.

    The result of last ge is out, and she knows voters voted ph.

    When comes to self rescue or bailout, politicians cum consultants too could be very kafir, nasional, racist and extreme too, kan mereka ini pun orang.

    Fake news or alternative news, itu terpulang kepada citarasa pembaca masing2.

    Winning, or loosing is not important.

    Most importantly, move forward the economy for the next 50 years base on rule of law, not rule of man, so that all can enjoy tanpa pilih kasih.

    By the way, if sri sense loose her temper by telling a voter like me to shut up then, she is bound to loose more votes.

    Jangan lawan boss, tak gitu?

    Mahu dengar atau tidak, itu terpulang kepada peminat2 sri sense.

  79. Assalamualaikum Tun.

    Saya baca Sri Sense tulis tengok video Menteri Pendidikan cool bila kena ejek students IPT.

    Ulasannya kata, Menteri Pendidikan depan muka pun masih tak ambil peluang nak bincang apa yang patut.

    Serupa di sini, saya harap ada rungutan dari penulis penulis di sini berkenaan negara dan keadaan hidup sekarang.

    Lebih banyak maklumat kita dapat lebih baik jalan penyelesaian kita boleh fikirkan.

    Ingat, kita berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia ke 7 di blog ini. Perdana Menteri perlu tahu samada pentadbiran sekarang dalam landasan yang betul atau tidak.

    Untuk diri saya sendiri, saya perlu maklumat apa yang tidak kena sedang berlaku di dalam negara sekarang ini.

    Saya rasa saya tidak perlu sembunyi perasaan saya sekiranya Tun tidak lagi jadi PM selepas ini.

    Tapi buat masa sekarang, Tun Mahathir masih jadi pemimpin negara kita, tolong dan tolong lebihkan rungutan yang bernas berkenaan kehidupan dan negara.

    Seperti saya makluman sebelum ini bahawa saya memberi pertolongan pada Tun Mahathir setelah mata saya tertangkap perkataan berkenaan ‘1MDB’ yang ditulis oleh Pn Hajar (kakitangan kerajaan high level) di blog ini.

    Sebelum itu, apa Rafizi ke atau tv3 kata ke, saya dengar tak dengar sahaja.

    Masa itu pun, Tun masih tak dapat tulis dalam blog berkenaan 1MDB. Kenapa? kerana ia akan beri kesan yang besar pada suasana politik semasa.

    Sekali Tun tulis, Tun akan dikecam dan dikepung. Anda telah saksikan, bukan?

    Selepas itu, mahu tidak mahu, saya telah minta Tun tuliskan dan terangkan apa itu 1MDB di sini untuk saya analisis dan bersedia lakukan tindakan yang pantas.

    Pantas maksud saya, kita lindungi diri sebelum musuh bunuh kita. Anda telah saksikan, bukan?

    Sekarang, saya rasa semua orang tahu, Tun Mahathir tidak boleh lagi menulis masalah masalah di blog ini secara berlebihan. Kenapa? Kerana PM punyai sistem kerajaan. Atau adakah kita mahu Tun jadi seperti Najib? ada kerajaan tapi masih guna orang tengah yang tiada apa apa tanggungjawab dalam kerajaan?

    Ketahuilah rungutan rungutan anda dibaca dan maklumat maklumat akan diproses, samada oleh saya atau oleh Tun Mahathir sendiri.

    Harap anda semua tahu tentang kepentingan perbincangan di sini.

    Mungkin ia akan menggangu kerja harian punca rezeki saya. Tapi tak kisahlah kerana rezeki itu datang dari Allah swt. Kita pernah lalu pelbagai cabaran sebelum ini.

    Dan benarlah kata kata Allah itu.

    Terima kasih Tun.

  80. Assalamualaikum Tun,

    Sebelum PRU 14, terdapat satu perbincangan antara PPBM dan PAS, untuk membincangkan satu bentuk kerjasama antara PPBM dan PAS dalam melawan Najib. Sememangnya di kalangan ahli PAS juga dapat melihat kerosakan yang dilakukan Najib. Perbincangan dilakukan antara Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Mukhriz (mewakili PPBM) dan Dato Tuan Ibrahim (mewakili PAS). Hasil perbincangan tersebut, telah capai satu kesepakatan, untuk PPBM dan PAS berkejasama menentang Najib. Ada dikalangan pemimpin PAS yang sedar kemusnahan yang dilakukan Najib dan sanggup mengenetepikan sengketa lama demi menyelamatkan negara Malaysia tercinta ini.

    Namun, kerjasama itu ditentang oleh Presiden dan orang-orangnya, yang akhirnya menyebabkan kerjasama itu tidak dapat dilaksanakan. Presiden PAS ketika itu lebih cenderung untuk bersahabat dengan Najib. Melalui video yang diviralkan, Presiden PAS ini yakin dapat menawan beberapa negeri melalui politik matang mereka dengan Najib.

    Di pihak PH pula, menurut kiraan kita, PAS akan kalah dalam semua kerusi, apabila berlaku pertandingan tiga penjuru. Tapi semua itu diketepikan kepimpinan PAS, kerana begitu akrabnya mereka dengan Najib pada ketika itu.

    Apabila PRU 14, PAS bertanding dalam kerusi terbanyak dalam sejarah parti itu, mewujudkan pertandingan tiga penjuru. Begitulah kepimpinan PAS, begitu ego, yakin sangat akan menang banyak dalam PRU 14.

    Apabila PRU 14 berlaku, ternyata PAS kalah dalam hampir kesemua negeri sama ada kerusi DUN ataupun Parlimen, kecuali Kelantan dan Terengganu. Seperti yang Tun terangkan, PAS menang di Kelantan dan Terengganu kerana PPBM tidak dibenarkan menggunakan logo mereka, sebaliknya guna logo PKR. Di kedua-dua negeri ini, pengundi-pengundi mahukan parti Melayu. Disebabkan tiada parti Melayu yang lain, maka pengundi di kedua-dua negeri ini memilih PAS.

    Di manakah gahnya dapat menjadi “King Maker” yang dilaungkan-laungkan PAS sebelum PRU-14?

    Hakikatnya, segala strategi PAS untuk memecahkan undi melayu, strategi PAS untuk bekerjasama dengan UMNO, strategi PAS untuk menjadi King Maker, strategi PAS untuk membentuk kerajaan pusat, strategi PAS untuk tidak berkejasama dengan Pakatan Harapan, semuanya gagal. Siapakah di dalam kepimpinan PAS yang harus bertanggungjawab terhadap semua strategi-strategi yang bodoh ini? Saya katakan strategi bodoh sebab semua dah jangkakan dan beritahu PAS akan kalah teruk, tetapi buat juga. Dah la kalah teruk dalam PRU 14, masih lagi nak bersahabat dengan UMNO selepas PRU 14. Ini lebih teruk dari bodoh, tidak tahu apa perkataannya.

  81. Salam Tun

    Semalam I sempat pergi wall KCD, nampak jawapan pada article yang sama diatas. Ada seorang tu sebut macam2 nama Islam PAS guna untuk tujuan tertentu.

    Masa tu I teringat Islamic finance, Mudharabah, Wadiah, Sukuk, Ijar, hawala, takaful. Sebenarnya hanya nama, kalalu kaji balik, it actually the same as conventional financing.

    And I also teringat kat investment forum bila ada forummer bangsa Cina sebut Taliban. I tidak tau siapa Taliban masa mula baca, bila tau I tegelak besar bila wajah Hadi menjelma depan mata.

    I nak share cerita ini, about one month ago, I pergi satu kedai makan Melayu, ketika I terlihat seorang lelaki jual capati one corner. Kulit cerah pakai kopiah, wajah seperti orang beriman. Handsome lah. I wonder siapa dia, so I tanya pekerja kedai, dia jawab dari PAKISTAN.

    Tapi I ragu, so I tanya empunya diri WHERE ARE YOU FROM? Dia diam sejenak, kemudian jawab AFGHANISTAN. Dia kata dia buat PHD sini, political science, kerja ini part time untuk tampung kos belajar. Itu my conversation with this guy. So bila masuk kereta I kasi tau hubby that guy from AFGHANISTAN bukan PAKISTAN. Hubby terus kata, tak usah beli lagi, TALIBAN.

    If KJ nak masuk PPBM, ambil sajalah Tun, dulu dia Menteri dan Ketua Pemuda sekarang dia tak lagi. Dia strong dengan orang muda. Dia more urban type. With proper guidance dia ada potential untuk jadi good leader.

    Hishamuddin pun ambil saja la Tun. That’s all I can say. As for DAP I like anak karpal singh, i like anthony loke, i like hannah yeoh, sebab mereka ada nampak buat kerja.

    LGE kena tone down. If Malaysia is your home, please do all your best to make your home the sayangi not only by you, but also by those out there, foreigners especially, investment investment, which not necessarily from China only.

    Beside kalau kaji balik China ini kat negara Eropah pun banyak masaalah, banyak projek mereka tak jalan, bukan saja di Malaysia. Kat Negara India pun China ada masaalah. Mabuk bawak kereta dalam keadaan naked, langgar ramai rakyat India, lepas tu kata sebab tak biasa minum beer India.

    OK, bye, I nak buat kerja. You know the usual my cats, my investments and buying groceries. All the best Tun! Big hugs to Tun Siti.

  82. sepanjang hidup 27 tahun ni tak pernah lagi tengok mana mana video yang pemimpin PAS cakap UMNO kafir..mohon tunjuk kalau ada

  83. Good morning Tun

    I baca berita online pun pening. Isu PAS ini sudah tak penting.

    For example Anwar nak kasi DPM pada Muhyiddin, Tun jadi advisor. Not to mention gabungan baru where PKR dan PAS ada dalamnya. Apa motif Anwar? Kena ingat hal Najib ini yang start heboh adalah Rafizi. Tun kemudian.

    Another thing, UMNO nak brgabung saja. Ingat tak dulu, Tun jadi PM, tapi UMNO kena haram juga. Bukan Tun punya decision but the court.

    So I think lebih baik semua tu masuk parti Tun sekarang. Same idealogy.

    To HBT, just shut up, none of your business, I do know you vote for BN, you keep on saying here Thank You Najib several times.

    And you 100 percent hate Tun, you even described us as the wordshippers of Tun – the Nabi Muhammad. Don’t come here and pretend2 you the good one! I never like you anyway. That’s why I don’t layan you. Once or twice layan you, after that you just plain crazy.

    Thank You Tun.

  84. Tun memanglah pandai berbahas dan bercerita untuk menjadikan hujahan Tun nampak bernas dan benar. Tetapi untuk yang lebih cerdas, perbahasan Tun tidaklah begitu meyakinkan.

    Walaupun Tun cuba menggunakan sejarah untuk menyokong pendapat Tun, apa yang penting ialah realiti pada masa ini. Realitinya ialah Islam tidak mengira kaum dan meliputi semua insan yang menganuti ajarannya. Oleh kerana itu, Islamlah yang boleh menyatupadukan bukan hanya orang Melayu semata-mata tetapi juga kaum lain yang juga beragama Islam. Hanya orang Melayu yang tidak berpegang kuat kepada agamanya, tetapi terpaksa memeluk Islam mengikut perlembagan, yang memecah belahkan orang Melayu. Oleh demikian ramai ahli-ahli PAS berpendapat bahawa UMNOlah yang memecah belahkan umat Islam.

    Lebih-lebih lagi, Islam tidaklah menegaskan bahawa penganut agama lain tidak boleh bekerjasama dengan umat Islam dalam apa jua pun. Islam juga tidak menegaskan bahawa paksaan digunakan agar ajarannya dianuti sesiapa {Surah Al-Baqarah [2:256]}. Perlembagan Malaysia seharusnya disemak supaya orang Melayu bebas untuk memeluk agama lain tanpa menjejaskan statusnya sebagai Melayu selaras dengan ajaran Islam. Maka tidak akan ada selisih faham di kalangan umat Islam di Malaysia akibat ada di kalangannya yang tidak berpegang kuat kepada ajaran Islam lalu memecahbelahkan umat Islam.

    Hanya dengan pengajaran Islam yang betul dan wajar barulah orang Melayu Malaysia boleh bersatu padu antara satu sama lain bersama-sama dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

  85. PAS parti yang menyesatkan umat melayu.. memperalatkan agama untuk kelansungan politik mereka.. membahlolkan sebilangan melayu dari yang berjawatan sehingga kedesa khasnya di pondok2 pengajian.

    Mohon pihak kerajaan memansuhkan atawa mengharamkan PAS.

  86. Today, who are the most agrresive and vocal umnoputra that lead to the resignation of tok pa and anifah, itu kena tanya pak mubarakchan, sri sense and their members.

    Mereka pun tak rasa segan mahupun insaf.

    Bak kata orang karma india, they reap what they sow.

    Ya atau tidak, the ball is on the desk of ag and hakim negara.

  87. Whatever reasons or stands being written here, i am not going to touch on it, i dah malas nak tegur since its past tense.

    But, during this era of gemilang, cemerlang and terbilang until 1 malaysia under pak lah and ds najib of umno in creating islamphobia supported by bn and pas had made me perceived the official religion as the most ugly religion in this country.

    Why did they do that?

    Greed.

    Today is the gift, thats why we call present tense.

    Tomorrow is mystery, thats why we call future tense.

    It is either they learned, or they dont, it saja.

  88. Assamualaikum Ayahanda Tun,

    Syukur alhamdulillah ayahanda Tun rasanya ramai juga orang PAS yang membaca rencana ini berdasarkan ribuan online yang diterima oleh chedet.cc ketika ini.

    Dan jangkaan kami bersama tulisan ini akan keluarlah ramai pakcik2 Khalid yang akan menyerang tubi membalas kritikan bernas ini.

    Kita nantikan apa kata mereka.

    Sekian.

  89. Good evening Tun

    I faham apa yang Tun cakap. I pernah berada dalam keadaan itu.

    Masa election 1999 ramai lelaki UMNO takut sembahyang kat masjid sebab telah di conquer PAS. I yang buat kerja pun di serang orang PAS. Lelaki tu kata I datang diri depan pagar nak bagi ceramah, dia tak nak dengar. I ingat masa itu I jawab, taklah, kalau nak dengar ceramah pergi masjid. Then that guy jawab, tak nak undi UMNO. I jawab ok, I cuma hantar kertas sahaja.

    Masa time mengundi orang PAS kata I kafir bakal masuk neraka. Yang mengata tu budak2 muda, yang tua hanya berpeluk tubuh tengok macam tauke besar. So I jawab, baik2 diri kat tiang lampu, takut nanti terhempap tiang lampu, mati syahid.

    Yes, masa tu BN menang. Amat sukar bagi kami dibilik gerakkan. Macam2 jadi termasuk kebakaran dibeberapa tempat oleh penyokong Anwar. I kena layan bila ada voter nak vote PKR because of kesian Anwar. Husband dia nak vote UMNO.

    I pulak kena pujuk isteri beliau vote UMNO. Sebab husband dia dah tak mampu.

    Poket money untuk ahli wanita yang buat kerja amatlah kecil berbanding dengan lelaki. After election I kembali semula kepada kerja biasa. I tak aktif dalam UMNO after that. Rasa macam tak berbaloi. Tapi tak keluar parti dan juga tak pernah bayar yuran ahli.

    Bila I pergi rumah arwah Datuk Paduka Rahmah Othman, beliau bertanya, ada UMNO panggil meeting. I jawab tak. We both ketawa.

    Tun,

    Masa zaman I muda remaja I think Hadi someone great. Never agree with dad on his UMNO things hahaha Yes bila dah mature mula fikir mana penting. To me UMNO good because of the malay rights. If ditanya mana party nak pilih now. The answer PPBM. But Tun kena tutup UMNO dulu. 2 of the same kind can be a big headache. Just saying.

    Thank You.

Comments are closed.