Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
1. Saya mengutus surat ini untuk 4,566 pengundi-pengundi yang telah memberi undi mereka kepada saya di dalam PRU ke-15 untuk kerusi parlimen Langkawi.
2. Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima-kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya melainkan melalui surat terbuka ini.
3. Walaupun saya mungkin tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya merasa sangat berbesar hati kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk memberi undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA.
4. Di atas kesedaran ini, sekali lagi saya ingin ucap berbanyak-banyak terima kasih kerana mengundi saya.
5. Yakinlah bahawa walaupun kita tidak ramai, ia tidak bermakna perjuangan kita tidak benar. Malahan, kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadang-kala dipinggir.
6. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita.
Salam hormat,
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD