KERAJAAN DAN DEMOKRASI

1. Walaupun Kerajaan dalam demokrasi didiri oleh parti yang menang, tetapi Kerajaan tidak menjadi Kerajaan untuk parti itu sahaja. Kerajaan demokrasi adalah untuk seluruh negeri atau negara. Peruntukan-peruntukan tidak boleh diperuntuk kepada parti yang mendiri Kerajaan sahaja. Semua rakyat perlu diberi peruntukan melalui wakil rakyat mereka.

2. Apabila Kerajaan menghadkan peruntukan untuk wakil rakyat parti Kerajaan sahaja, ia bertentangan dengan amalan demokrasi. Apabila peruntukan ini diberi jika wakil rakyat pembangkang sanggup sokong Kerajaan ia menjadi sogokan oleh Kerajaan untuk mendapat sokongan.

3. Soal rundingan tidak timbul. Amal sahaja cara Kerajaan negara mengikut prinsip demokrasi dan bukan Kerajaan untuk parti bolot duit Kerajaan.

4. Jikalau Kerajaan berhajat menghapuskan rasuah, jangan guna rasuah untuk dapat sokongan.