1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.
2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.
3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.
4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.
5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.
6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.
7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.
8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.
9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.
10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.
11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.
12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.
13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.
14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.
Salam
1. My name is mohd Syamil lutfi. im a student from UiTM Sarawak and considered as a a normal Malaysian citizen. im from the generation Y, born on 1994 from Kuching Sarawak.
2. The reason im introducing myself is because i want you to know that there is someone out there from my generation who still listens to you. i hope you don’t mind me using english because i want the whole world to understand me. the reason im posting this comment on this particular blog is because this is one of my favourite.
3. my real reason for this comment is to ask you a few personal questions because i doubt that i will have the opportunity to ask you personally. even though there is a possibility that you wont even be reading this. At least i try to reach you.
4. I’m curious, what motivates you to continue what you’re doing now? you have achieved so much during your time as the 4th prime minister. Aren’t you tired? I’m not saying that you should stop, im just amaze that you still fight for the people even if you’re retired. Most people would just stop and spend the rest of their lives with their love ones waiting for their time to end.
4. i can only imagine the love you have for Malaysia. you have been our prime minister for more than 20 year’s and provide us malaysian with so much even though some disagree with you. your achievement within that period is like a mother taking care of her children and watching them grow. on the year 2020 then you will see the potential of your baby and all the sacrifice that you’ve put was worth it.
5. im just disappointed that after you resigned, everything you did and all your achievements failed to be preserve and grow. who am i to judge how the government manage the nation. one thing for sure some of the citizen are dissatisfied with so many things that the government had imposed.
6. i have lose faith in the government nor the opposition. They are blinded with power. we want a government that understand us especially the young generation. to be honest, i hate politics. the number one rule of politics is, there is no rules. so they tend to abuse their powers and authority.
7. it’s because of that i don’t see someone who is older or high ranking than me should be respected unless they really deserve it. In the eyes of Allah we are all equal.
8. i just want you to know that when the time comes, my generation and i will preserve your achievement. At the very least we will try our best. that’s a promise. please don’t lose hope. your 20 years of sacrifice wont be in vain.
9. i have more to say, but im writing this at the middle of the night using only my phone while lilying in bed. i doubt you will be reading this anyway. this is merely something that i want to get out chest and wanting you to know that yhe young generation, my generation is the results of your 20 years achievement. We thank you fro everything.
salam,
take care.
Kasihan pada Orang-Orang Melayu termasuk saya. Sebenarnya benteng terakhir yang kita ada telah dikhianati oleh orang-orang MELAYU sendiri yang berkepentingan diri dan bertopengkan sxxxxxx . Nasihat orang tak mahu dengar, degil, bongkak, tak sedar diri,tak fikir masa hadapan dan pengkhianat bangsa. Inilah akibatnya bila sudah terlalu mewah , dapat segala-galanya, boleh dikatakan beri betis hendak peha. Dapat peha hendak badan, dapat badan hendak apa pun tak tahu. Tak pernah pun bersyukur akan nikmat yang Tuhan berikan. Tak pernah sedar roda itu bulat. Akhirnya akan berpusing secara automatik ke bawah.
As Salam Tun ,
Sejarah telah membuktikan apa yang Tun perkatakan ini ……lihatlah sorotan keputusan pilihanraya sebelum ini dan yang akan datang…….
Yang Amat Berbahagia Tun,
Untuk pengetahuan Tun, terdapat sekelompok pegawai tinggi kerajaan yang benar-benar berusaha supaya perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) ditandatangan. Usaha sedang dijalankan sekarang.
Assalamualaikum Tun… saya merupakan antara rakyat malaysia yang terkesan dengan dasar2 yang membebankan rakyat yang dilaksanakan oleh DS Najib.. sama ada benar atau tidak DS Najib mendengar dan mengikuti cadangan2 consultan luar atau tidak.. tapi kebanyakan dasar tidak menyenangkan rakyat.. banyak fakta2 yang diberikan tidak mencerminkan realiti yang ditanggung oleh rakyat.. contoh: rakyat malaysia bergaji rm5000, gaji rm2500 mencukupi, tiada kesan inflasi kerana kenaikan minyak… pada pendapat saya.. kerajaan DS Najib terlampau mengejar kriteria2 atau syarat2 yg ditetapkan untuk menjadi negara maju.. sedangkan kriteria2 yang ditetapkan itu tidak pun menyenangkan rakyat.. apalah guna negara berstatus maju tetapi rakyat menderita??…. tidakkah DS najib memikirkan itu? mereka mentadbir malaysia seperti sebuah syarikat perniagaan yang mementingkan keuntungan dan status.. tetapi tidak melihat penat lelah pekerjanya… sebenarnya ramai penyokong UMNO dan orang melayu sudah kecewa dengan DS Najib dan beberapa pemimpin UMNO… tetapi malangnya pemimpin UMNO ini tidak ambil peduli kerana orang melayu tidak mempunyai pilihan lain selain UMNO.. sekiranya memilih PR dlm PRU keseluruhan harapan melayu akan diragut dan hilang begitu sahaja… oleh sebab itu mereka mengambil kesempatan diatas kesempitan orang melayu ini… saya berpendapat UMNO mesti dipertahankan dari “dalam” dan “luar”.. “Luar” bermaksud orang melayu mempertahankan UMNO dalam PRU.. “Dalam” bermaksud orang melayu mempertahankan UMNO dari dikuasai oleh orang yg tidak akan membela nasib orang melayu.. orang melayu telah berjaya mempertahankan UMNO dari “Luar”.. tetapi dari “Dalam” kita tidak berjaya… kebanyakan pemimpin UMNO yang lemah ini, akan meletakkan pemimpin2 bahagian yng akan menyokong mereka dan mereka akan pastikan akar umbi menyokong pemimpin2 ini.. sekiranya orang melayu mahu mengeluarkan pemimpin yg lemah ini dari UMNO.. golongan orang melayu atas pagar harus menyertai UMNO dan membuat undi untuk mengeluarkan pemimpin UMNO yg lemah ini semasa pemilihan UMNO.. gerakan seperti ini pernah berlaku dalam UMNO ketika rakyat kecewa dengan Tun Abdullah.. bagaimanapun ini memerlukan satu gerakan atau kempen yang menyeluruh… Mungkin Tun M dapat melakukan sesuatu sebelum orang melayu membuat tindakan yang merugikan UMNO seterusnya orang melayu secara keseluruhan contohnya seperti memboikot PRU.
Salam,
Teguran Tun adalah betul. Tapi apa boleh buat orang2 Tok Najib dah tak nak dengar. Kadang2 depa persoal balik keikhlasan Tun. Jadi pada pendapat saya lebih baik Tun jangan tegur Tok Najib. Seperti kata Tun sama2 lihat keputusan PRU14 akan datang. Jika tanpa mengikuti teguran Tun, Tok Najib masih jadi Perdana Menteri maka memang bijaksanalah orang2 Tok Najib.
Pemimpin UMNO banyak macam tebuan cari sarang baru.Zaman Tun depa puji Tun habis2, lepas tu depa tukar sarang pi kat Pak Lah, lepas tu sekarang kat Tok Najib. Andaikata Dato Seri Anwar ditakdirkan jadi PM, mesti ada muka yang tak tahu malu sembunyi2 pi kat sarang baru.
Secara ikhlas saya berpendapat Tun tak perlu lah tegur lagi Tok Najib.Teguran Tun sebenarnya adalah rungutan rakyat . Tun cuma sampaikan kepada Tok Najib untuk beliau mengambil tindakan produktif.
Memang kita orang Melayu tahu keikhlasan Tun terbukti selama 22 tahun jadi PM. Tapi Tun, ramai kata semasa Tun jadi PM orang Melayu kaya sikit saja berbanding dengan kaum Cina. Saya tahu itu dakwaan liar tapi ada baiknya Tun buka balik cerita2 lama supaya dapat menyedarkan Melayu semua apa yang telah dicapai semasa 22 tahun untuk mempertingkatkan ekonomi orang melayu.Pemimpin2 muda Umno, PAS, PKR dan PAS banyak dibesarkan zaman Tun. Malangnya depa sendiri terlupa depa belajar Universiti , hebat kerjaya hasil usaha2 yang dilakukan semasa kepimpinan Tun juga. Itu baru pemimpin apatah lagi kalau pengikut2nya.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah politik Malaysia, parti pemerintah iaitu Barisan Nasional membentuk sebuah kerajaan yang lemah dengan hanya kemenangan simple majority sebanyak dua kali berturut-turut selepas pilihanraya umum diadakan. Kerajaan yang lemah ini telah menyebabkan pentadbiran negara berada dalam keadaan yang slow dan selalu hang.
Banyak keputusan-keputusan penting tidak dapat dilakukan kerana ianya memerlukan sokongan ⅔ undi daripada ahli-ahli parlimen. Pada masa yang sama,virus-virus bagi kerajaan yang ada sekarang ini pula semakin membiak dan semakin berani menyerang institusi-institusi yang sensitif dan menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia seperti yang ada sekarang.
Artikel Penuh :
http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2013/12/politik-malaysia-whats-next.html
bissmillah..
assalamualaikum tun..
setelah mneliti teguran2 tun, ape yg dpt otak benak sy ni pkirkn adalah ini la pngesahan untuk hujah tun yg mngatakan adalah jika melayu susah maka salah nya adalh melayu itu sendri…
umno pada pandangan saya hari ni sudah trsasar jaoh..
sudah lupa amanat yg sering dinyanyikn dalam lagu umno itu sndri..
lupa makna warna2 dalm panji umbo tu sndri..
ya barngkali ade kwn2 yg tegar dgn umno brkate isu yg tun tegur ini hanyalah isu picisan sebab ape yg pnting adalah kdaulatan dan ketuanan melayu… isu kewangan x pnting kate depa..
tp mgkin umno sekarang sudah lupa..
bgsa melayu smakin sempit pluangnye untuk mndapatkn aset yg boleh di bekalkn untuk warisan..
ya mgkin slah melyu itu sndri yg lebih pntingkn brg2 kmewahan yg kurg pnting sprti fone dan kreta…
tp umno sbgai dominan ptut mmbuat sesuatu bg melayu makin hebat dlm prsaingan ekonomi di tnh air sndri…
tp makin lama makin leka makin hanyut org2 umno ni…
dari pcuk pmpinan smpai la ke akar umbi…
trutama sape sahje yg brjawatan…
join politik untuk projek..
untuk wet raye..
yg pasti skarang ni umno xde jane ape2 ekonomi untuk org melayu.. yg ni pasti..
Salam YAB & Yg diKasihi Tun,
’Selamat Hari Raya Aidi Adha’ kepada Tun & keluarga serta seluruh umat Islam.
1. PM Ah Jib Gor memang GAGAL dalam banyak ujian. He is a loser.
2. Beliau bukan seorang ’pemikir’ seperti Tun. Sebab itu beliau perlukan banyak ’CON-sultants’ yang kebanyakannya memberi nasihat ’haprak’, yang diterima bulat2 oleh PM Ah Jib Gor kerana beliau tidak boleh berfikir untuk kebaikan rakyat jelata.
3. Beliau juga tidak belajar dari kesilapan diri sendiri. Orang sebegini boleh dikategorikan sebagai ’dungu’.
4. Cuma satu saja yang Tun perlu buat sebagai jalan terakhir (peluru terakhir) untuk membantu UMNO/BN dan orang Melayu khasnya. Mohon Tun sarankan supaya PM ke-6 meletak jawatan, dan saya yakin akan ada yg menyambut saranan Tun. Tidak akan ada pemimpin UMNO/BN lain yang berani untuk berbuat demikian; ini membuat PM ke-6 makin tinggi egonya ->bodoh-sombong.
5. Sebenarnya cara PM ke-5 dan PM ke-6 mentadbir negara lebih-kurang sama; sebab itu keadaan menjadi lebih buruk. Elok ganti saja PM ke-6 secepat mungkin jika UMNO/BN ingin menang pada PRU-14. Ahli2 akar umbi tidak perlukan PM yang tidak menghargai penyokong; lebih teruk beliau masih lagi terhegeh-hegeh menagih sokongan orang yang sudah terang2 tidak mahu menyokong beliau. Ini memang satu kebodohan melampau. Tanpa ahli2 akar umbi dan juga rakyat atas pagar yang mengundi UMNO/BN, Kerajaan UMNO/BN akan tumbang.
Terima kasih Tun.
*** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Tun sekeluarga. ***
Hubungan Tun sama Najib perlu lebih komunikasi
Tak perlu orang tengah , orang tengah bakal mengresahkan & akan keliru
Man to Man , Eye to Eye
Ini yg Malaysia perlukan
Chemistry antara Tun & Najib
Bagi Malaysia ke arah Kemajuaan
Orang ketiga kadang kala ada agenda sendiri yg akan mengolak Keduanya
Well said Rizduan and MsEmma49,
,
If we cant change other person/things, we need to change our way. But still, how long Malay can defend their power…? One day, Malays need to stand on their own feet.
Work harder and be prepared.
Salam Tun.
1. Saya dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dengan tajuk tulisan Tun kali ini. Saya dapat rasakan yang Tun menyindir dengan tersangat halus hingga ramai yang akan terlepas pandang natijah yang cuba Tun sampaikan.
2. Tun gembira? Kerajaan Najib sentiasa terbuka kepada teguran – melalui pintu depan dan juga pintu belakang. Teguran yang tersekat-sekat masuk dari pintu depan yang dibuka sedikit, akan bolos keluar melalui pintu belakang yang ternganga luas terus ke lori sampah yang menunggu. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Status quo. Fikir semula, sejak bila dan tahun berapa Tun mula menegur Najib?
3. Maka sebab itu, Tun mengeluh, ‘Teguran saya bukanlah nasihat…’ kerana Tun sedar kedudukan Tun bukanlah sama gah dengan seorang penasihat Mat Salleh, adviser seperti Resident British di zaman lampau. Malahan ketika Tun menjadi adviser di Petronas, Najib tak dengar pun nasihat Tun. Nasihat orang lain yang jauh lebih junior dan hingusan pula yang dikuatkuasakan.
4. Apa guna jadi penasihat, kalau nasihat kita tidak diambil peduli tapi nasihat orang luar pula yang dilaksanakan. Kalau bukan satu penghinaan, apakah maknanya itu? Terpaksalah Tun bungkus barang dan keluar ofis sebagai tanda protes. Itu pun, Najib tak peduli !
5. Sekarang Tun ambil pendekatan menegur dan mengkritik. Tapi ahli dan perwakilan UMNO yang bebal, nampaknya masih tak faham, walaupun Tun sudah ulangi di poin #13, ‘Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.’
6. Begitulah keadaannya sekarang dan kemungkinan berlanjutan sehinggalah PRU14 apabila Najib membangkrap sepenuhnya kuasa politik UMNO dan Melayu – di mana Melayu akan jadi fakir muflis di tanah air sendiri dan terpaksa menerima sedekah dari kaum pendatang.
assalamualaikum Tun,
semoga setiasa dianugerahi kesihatan untuk terus menyumbang kepada bangsa dan negara, aamin!
kalau cakap (tulisan) Tun pun tak diendah, inikan pula nasihat orang-orang biasa macam kami. saya mula sangsi kepada penasihat-penasihat. mungkinkah mereka ini “double agent” pihak lagi satu?
terima kasih Tun memberi ruang untuk mengatakan kebimbangan.
harap2 kerajaan terima teguran dengan ikhlas & laksanakan dengan jujur..
tetapi ade golongan anti-Tun-M berseloka… “semua orang salah, aku sahaja yang betul” untuk teguran2 dr Tun M.
Dalam artikel The Edge Daily Malaysia bertajuk “Dr. M Blunt & Frank”, byk teguran dilemparkan… mudah2an DS Najib dapat terima dgn dada terbuka & melaksanaan dasar kerajaan people friendly… bukan consultant friendly or friend-friend friendly.
Ketirisan BR1M , 1MDB yg tidak telus, UMNO yg dijauhi golongan muda, Petronas yg kurang membantu bumiputra, Proton yg tidak dilindungi, malah MAS dgn CEO mat saleh atau pengenalan GST & pengurangan subsidi yg membebankan… cukup2 lah!
Assalamualaikum Tun,
Malaysia perlukan pemimpin yang dididik sejak kecil dalam ilmu pentadbiran yang tahu erti kesusahan dan tidak manja dengan kemewahan supaya lebih peka dan bijak dalam mengendalikan negara dan hal ehwal masyarakat. Kesenangan di Malaysia membuatkan rakyat terlalu manja dan mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding bangsa.
Bangsa Malaysia kita makin tenat dengan pelbagai isu politik, social malahan akidah agama sendiri. Pemimpin tidak mendapat hormat dari rakyat sendiri.
Siapa lagi ‘tongkat’ bangsaku selepas ini?
🙁
Saya mengambil pendekatan semasa PakLah, Tun mengeluh kerana Tun
diketepikan sama sekali dek ada virus luar , virus Ibola
Saya seorang perniaga
Saya prihatin orang dan perkerja yg bersama saya
Sebab merekalah yg membolihkan saya melangkah kedepan
Pincangnya mereka pincanglah langkah saya
Dalam masa yg sama pasti pihak lawan kita akan mendekati pekerja kita
Berbaik dengan tujuan mengambil tahu akan kelemahan kita
Maka itu perlu kita sentiasa menjaga pagar kita supaya hasutan luar
tidak akan berjaya mengugat
Ini juga yg saya lihat akan kelemahan kerajaan kita
Seperti Brim serupa ERS di Singapura
Najib Tidak bolih membati buta
ERS Singapura dihasilkan dari Rakyat Singapura sendiri
Dan pemberian mereka adalah Peanut bagi Kerajaan Singapura
Kerajaan Malaysia memberi Brim dari hasil Kerajaan sendiri
Dengan memberi Brim tanpa mengambil timbang akan Kedudukan Kewangan kita
Membeban Kerajaan hanya kerana Tunduk melayan Pembakang kononnya menjaga Rakyat
Saya sudah mendengar hasutan Pembangkang kononnya membantu Rakyat
sebenarnya bertujuan membeban Kerajaan
Saya pasti jika Pembangkang ambil allih Kerajaan Pasti
Mereka akan mengubah corak , ISD dikembalikan dan Hak Bumi akan di lucut
Salam Tun,
Banyaknya iklan.. jeles ni.
Semoga mereka yang ditegur diberi petunjuk oleh Allah hendaknya. Terima kasih Tun kerana menegur.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Ini dah mendarah daging bagi orang Minang dan adat istiadat orang Melayu. Celanya pada berpecah belah.
To mindabudaya. No, I think this is not the case of Malay Collectivism. Malays Collectivism is yet to show itself.
Salam Tun yang dihormati,
UMNO/BN menang dalam PRU 12 & 13 adalah sokongan padu orang Melayu/Bumiputra terutama diluar bandar… orang yang kebanyakan hidup dibawah paras kemiskinan. Mereka mengharapkan Kerajaaan UMNO/BN dapat menolong mereka dan juga anak2 mereka untuk memajukan diri dan keluar daripada kemiskinan.
Mereka hanya mendapat tulang2 daripada kekayaan negara,yang mana isi2nya di ambil oleh bangsa yang tidak tahu berterima kasih dan membalas budi. Mereka nampak bangsa ini semakin kaya dan juga kurang ajar.
Mereka juga bertanya mengapa PM sayang sangat dengan peneroka FELDA. Semua projek2 untuk memajukan orang Melayu di beri keutamaan kepada peneroka FELDA.
Adakah orang2 Melayu hanya tinggal di Ladang2 Felda sahaja. Kerajaan membawa masuk berbilion ringgit FDI..menjanakan beribu2 pekerjaan.. siapa yang mendapat hasilnya. tentu bukan orang2 Melayu.
Pi tengok Pasaraya, kilang2 , hotel dan juga projek2 binaan, boleh dibuktikan yang pekerja2 adalah dari bangsa asing… bangsa yang bukan daripada rakyat Malaysia..
Pemimpin2 Melayu sudah hilang kemelayuan mereka.. mereka bangga menjadi ‘ Malaysian’.
Orang melayu ini mengharapkan pemimpin2 UMNO bawahan menolong mereka untuk menyampaikan keluhan dan keperluan..nampaknya mereka ni juga dah jadi ‘Malaysian’
Teguran2 yang berhormat TUN adalah keluhan dan perluan orang Melayu bawahan yang meminta PM membuat sesuatu untuk Bangsanya..sebelum terlambat.
Sejarah telah bukitkan orang2 melayu sanggup menggadaikan maruah, agama dan bangsa apabila mereka marah…
Dear Tun,
As much as I love Malaysia as this is my tanah tumpah darah, I strongly believe Malay will loose power in this country eventually. Not in my lifetime perhaps but for sure, slowly but surely. Once gone its forever gone.
We dont have strong leader at the moment that we can rely on. They are all clowns. For that I have to ensure and prepare my kids to become global citizen. Umno style has been entrenched since your time. Its difficult to change the culture now. Nobody dare to challenge incumbent. I m not a politician neither do i want to become one.
All I can do is prepare for the worse, and make sure my kids and theirs there after have choices to live where they want to live. I must thank you for your vision and wisdom that make me what I am today and able to part the same to my kids. Without DEB I would not have dream to study abroad and now able to send my kids abroad as well with no more scholarship from the government.
Once again, dear Tun, thank you from the bottom of my heart.
Anak DEB
Salam Tun,
Saya takla bijak berpolitik baru setahun jagung, paling hebat pon p mesyuarat perwakilan jer. Tapi betul dakwaan Tun, kerajaan sekarang seperti not in control dalam hal ehwal perbelanjaan kerajaan, hutang bertambah tambah, tapi tak dirasai rakyat bawahan, hanya beredar di golongan atasan jer. Tapi tak dinafikan terdapat menteri2 yang bagus seperti Dato Noh Omar, MP Kota Belud, YB. DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD
HANADZLAH, Datuk Mustapha Mohamed, apabila saya dapat peluang mendengar celoteh and ceramah mereka saya rasakan menteri2 kita not bad juga.. berpendidikan dan berpengalaman… tapi kita nampak seolah pendapat dan idea menteri ini tak diketengahkan ke peringkat national… maybe pihak konsultan lebih bijak dari mereka ini.
Saya rasakan golongan belia juga makin berminat sama untuk terlibat dalam arah tuju ekonomi dan politik negara kerana mereka tak boleh lari, dasar2 kerajaan akan directly affect gollongan belia kita, contohnya dasar pemilikan rumah pertama, yang masih tiada hasilnya, rumah masih mahal dan melangkaui kemampuan belia dan keluarga2 kecil. apa stategy jangka panjang pihak kerajaan dalam issue pemilikan rumah? juga sekarang terdapat issue kontroversi dimana pemaju dengan sengaja menyukarkan pemilikan rumah oleh bumiputra, tetapi ikut kata menteri mereka masih legal dan tiada kesalahan undang undang? golongan non bumi ramai mengatakan golongan bumi adalah privileged , tapi boleh ke kita senaraikan apakah priveleged yang masih dinikmati oleh bumiputra? dalam soal pendidikan, PTPTN available untuk semua kaum dengan kadar interest yang murah… bagaimana pula dalam perniagaan, kononnya ada kelebihan untuk mendapat kontrak kerajaan, tapi pendapat saya… developer2 non bumi lebih menikmati keuntungan berbanding pengusaha kecil kontraktor melayu? apakah peranan kerajaan dalam memajukan developer perumahan Melayu.. kerajaan lebih berminat untuk memudahkan dan menyenangkan peniaga non- bumi.. tetapi org melayu dipandang sepi kononnya tiada kemampuan?? saya rasa kita baliklah ke zaman merdeka org melayu yang still daif dan meminta minta di tanah air sendiri…
Saya juga ingin menyentuh issue peniaga peniaga kecil yang terabai, kalau di facebook banyak cerita peniaga kecil yang barangan perniagaan mereka dirampas… tidak kira pelbagai kaum… mereka ini hidup susah dan cuba untuk menyara hidup.. tidak terasa kejam ke dengan tindakan pihak berkausa begitu? saya berpendapat peniaga kecil perlulah CO-EXIST dengan peniaga runcit yang besar… make it legalise… bagi special permit pada orang yang susah… sediakan tempat dimana mereka boleh berniaga.. ini tanggungjawab kerajaan untuk membantu ekonomi rakyat yang susah.. kita bukan negara capitalist yang memencilkan golongan yang miskin dan mengagungkan peniaga yang kaya.
Kenaikan minyak atau “pengurangan subsidi” juga menjadi kontrversi kerana menyebabkan kenaikkan harga barangan, apa langkah pencegahan pihak kerajaan? saya berpendapat strategi “kawalan penggunaaan subsidi” lebih berkesan dari langkah direct mengurangkan subsidi, contohnya mengadakan kawalan penggunaan subsidi denagn hanya jenis kereta tertentu sahaja dapat menikmati subsidi, kerajaan perlu la lebih kreatif dalam memikirkan cara kawalan berkesan penggunaan contohnya lihat Indonesia/Thailand. Segala penjimatan dari kawalan penggunaan subsidi harus digunakan untuk “cushion” kesan pengurangan subsidi, contohnya jika penjimatan 2 billion sebulan, mungkin dapat dilaburkan untuk peningkatan jumlah bus dan juga pelaburan untuk meningkat perkhidmatan penggunaan taxi.
Saya juga ingin menyentuh issue BRIM, daripada data BRIM, terdapat 7 juta penerima BRIM yang merupakan ketua keluarga, maksudnya hanya ketua keluarga mewakili ssebuah keluarga untuk penerimaan BRIM, maksudnya yang betul2 penerima adalah lebih ramai dari 7 juta, pendek kata more than 30% of Malaysia masih berpendapatan rendah (tetapi ada pula dakwaan purate pendapatan rakyat malaysia adalah 5900 sebulan, disini pun telah terdapat kekeliruan data, yang mana betul data BRIM atau purata gaji 5900???) , mungkin juga terdapat issue tidak keseimbangan kekayaan di Malaysia bertuah ini? selain bantuan BRIM apakah jenis bantuan yang masih boleh dinikmati oleh pengguna BRIM yang dapat membantu menaikkan taraf ekonomi mereka? pemberian BRIM hanyalan short term gain bukan penyelesaian masalah golongan berpendapatan rendah Malaysia.
Saya juga ingin menyentuh issue kesesakan jalan raya, lebih lebih lagi pada musim perayaan, saya rasa pihak PLUS perlu ambil initiative untuk mengatasi masalah ini, saya just fikir mungkin bagus juga pihak PLUS mengadakan peggunaan ONE WAY sahaja di musim perayaan, contohnya for public holidays dan from forecast, hanya ONE WAY dibuka samaada untuk arah selatan or utara, untuk forecast penggunaan traffic rendah, sepatutnya gunalah jalan alternative yang tak bertol, mungkin sesuai untuk cadangan jangka pendek.Saya juga berpendapat untuk kawalan kesesakan di ibu kota mungkin boleh dicadangkan 2 hari seminggu with no cars allowed in the city maybe kecualli for car poolling, penduduk kota perlu dilatih untuk penggunaan public transport. Apa apa pun pihak kerajaan perlulah kreatif dalam mencari penyelesaian masalah awam.
Masalah hutang negara juga masih GREY areas and kelabu asap, kita hanya nampak jumlah hutang semakin bertambah tapi kita tak tahu bagaimana its related to us, terutama kehidupan seharian, mungkin ada expert “pakar hutang negara” di Chedet.CC dapat terangkan kepada kita butiran lanjut, kalau ada pak menteri lagi bagus!!
OK Tun, Terima Kasih banyak atas keprihatinan dan kasih sayang pada rakyat marhaen macam kita2 nie… segala jasa baik hanya Allah SWT dapat membalas… saya doakan Tun senantiasa sihat walafiat di sampaing keluarga tercinta…
Terima Kasih Tun.. =)
Well said.
Najib, tolong la melayu sebelum ia berpaling tadah. Saya bukan ahli umno tapi saya sokong umno dan bn.
Tapi kamu najib asik beri kelebihan pada bangsa yang tak tau mengenang budi. Kamu biarkan melayu seperti saya semakin susah.
Sekarang saya meluat dah dgn umno. Dgn bn. So kalau pas kluar pakatan haram, saya akan sokong mereka demi melayu dan islam.
Saya tak keseorangan… So biler melayu melukut di tepi gantang macam sekarang, semua adalah salah kamu najib. Jgn kater saya tak berusaha.. Tapi kamu sibuk tatang kaum selain kaum kamu najib. So semua ni kesalahan kamu najib….salah umno juga….
Sah lah umno ni sarkis bak kater bujang lapok.
..does this mean it is a defeat to Malay collectivism?