Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia

Saya ucapkan terimakasih kepada pelawat yang sudi melayari chedet.com. Saya minta maaf kerana tidak berkesempatan mengeluarkan artikel baru buat masa ini.

Tetapi
sebagai menyahut permintaan pembaca, saya telah mengalih bahasa
penulisan yang sebelumnya untuk paparan kali ini, sementara saya
sediakan artikel yang baru.

Saya akan cuba menulis sekerap
mungkin. Dua artikel pertama sebelum ini telah ditulis di dalam bahasa
Inggeris. Saya akan tulis di dalam kedua-dua bahasa, Malaysia dan
Inggeris, mengikut kesesuaian.

Saya mengalu-alukan maklumbalas pembaca sebagai cara untuk mengetahui pendapat yang berlainan daripada pendapat saya sendiri.

Saya
minta maaf kerana tidak mungkin dapat menjawab semua pertanyaan yang
diajukan. Bagaimanapun, di dalam penulisan saya yang selanjutnya saya
akan cuba menjawab sedikit-sebanyak soalan-soalan yang diajukan.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan pelayar web chedet.com
supaya kita sama-sama menjaga etika dan mengambil sikap bertanggunjawab
serta bertata-tertib dengan tidak menggunakan perkataan kesat di dalam
ruang komentar.

Saya terima kritikan dan saya siarkan komen
pengkritik-pengkritik yang tidak setuju dengan saya, tetapi saya tidak
boleh siarkan kritikan yang mengandungi perkataan-perkataan yang kesat
dan kurang sopan samada terhadap saya mahupun terhadap orang lain.

Saya
harap semua pelayar laman web ini dapat menghormati permintaan saya
ini. Saya mengalu-alukan semua pengunjung dan mengucapkan selamat
melayari chedet.com.

Berkenaan
dengan rencana saya tentang pelantikan hakim, ramai tidak setuju dengan
pendapat saya bahawa apabila Kerajaan terpaksa berkerjasama dengan
pembangkang ianya menunjuk kelemahan Kerajaan dan pendapat saya bahawa
pembangkang adalah musuh.

Dari segi politik, pihak pembangkang
adalah musuh. Terpaksa bekerja dengan pembangkang bukanlah tidak
demokratik, tetapi menampilkan kelemahan Kerajaan.

Kerajaan yang
lemah tidak baik bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Ianya hanya akan mengundang ugutan terhadap kuasa kerajaan. Kerajaan
tidak boleh memuaskan hati semua pihak. Jika Kerajaan tidak tegas dan
terpaksa berdolak-dalik, akan timbul masalah kurang keyakinan terhadap
Kerajaan. Ini akan menyebabkan polisi dan projek tidak dapat
diimplimentasi dengan lancar. Mungkin ada orang yang sudah sedar akan
keadaan ini.

Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang
akan lebih berjaya menempuh kritikan dan bangkangan yang semua Kerajaan
harus hadapi. Tetapi Kerajaan juga haruslah mengambil maklum terhadap
teguran yang dibuat pembangkang dan jika perlu mengambil tindakan
berdasarkan teguran tersebut.

Di dalam konteks hari ini,
Kerajaan Persekutuan tidak berdaya untuk membawa apa-apa perubahan
kepada perlembagaan dan akan terpaksa menghadapi ugutan sepanjang masa.
Sokongan pembangkang mungkin bersyarat dan kredit akan diberi kepada
mereka.

Salah satu kepentingan memperolehi dua-pertiga majoriti
di Parlimen ialah kerana tidak akan timbul masalah lompat parti oleh
mana-mana ahli Kerajaan. Sekarang kita dengar tentang masalah ini
hampir setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional kini bagai cacing
kepanasan. Dan cacing yang kepanasan tidak boleh mencapai apa-apa pun.

Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat
dua-pertiga majoriti Parlimen. Sebagai ukuran kekuatan, majoriti
dua-pertiga membenarkan Kerajaan membuat apa sahaja keputusan yang
difikirkan baik tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak lain.

Mungkin
juga cadangan untuk meminta sokongan atau kerjasama dibuat dengan
ikhlas di atas semangat demokrasi. Persoalannya kenapa sekarang? Kenapa
tidak apabila Kerajaan memperoleh majoriti 90 peratus selepas
Pilihanraya Umum 2004? Perubahan kepada cara hakim-hakim dipilih
sepatutnya boleh dilakukan selepas kejayaan cemerlang 2004.

Saya
berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu Kerajaan Persekutuan yang
kuat dan tidak perlu bergantung kepada mana-mana pihak, yang boleh
berkhidmat kepada rakyat dan negara tanpa perlu rasa takut atau
ragu-ragu.

Tetapi saya juga berpendapat akan perlunya
pembangkang yang kuat. Ini adalah untuk memastikan yang Kerajaan tidak
menyimpang daripada landasan sebenar, ataupun menyalahguna kuasanya.

Gandingan
pihak Kerajaan yang kuat dan pembangkang yang mempunyai kekuatan serta
keinginan untuk memantau penyalahgunaan kuasa Kerajaan akan membawa
kebaikan bagi Malaysia.

Berkenaan cadangan Kerajaan menubuhkan
suruhanjaya kehakiman, adakah ini kerana ianya bagus ataupun tindakan
tergesa-gesa untuk memenangi sokongan yang hilang?

Berkenaan
kritikan saya terhadap kepimpinan Kerajaan sekarang, saya percaya saya
mempunyai hak berbuat demikian. Berhenti daripada Kerajaan hanya
bermakna menyerahkan kuasa dan kekuatan. Tetapi ianya tidak bermakna
saya harus menyerahkan hak kerakyatan saya. Saya mempunyai hak untuk
mengambil berat terhadap pentadbiran tunggang terbalik negara ini dan
juga parti yang saya tolong pulihkan pada tahun 1987.

Parti ini
bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau
sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam
pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini. Parti juga bukan
kepunyaan saya. Ianya adalah kepunyaan semua ahlinya. Buat masa ini
ahli parti tidak dibenar mengkritik. Mereka hanya boleh mengiakan apa
sahaja yang Dato Seri Abdullah kata atau lakukan.

Memandang
yang pihak pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya
tidak mengkritik, tidak ada sesiapa yang akan berbuat demikian. Dan
tanpa kritikan, Kerajaan dan Dato Seri Abdullah sudah tentu akan
menyimpang.

7 thoughts on “Kerajaan yang lemah tidak baik bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia”

  1. Assalamualaikum Tun yang dikasihi…
    Saya rasa terpanggil untuk turut sama memberikan komen mengenai situasi semasa sekarang terutamanya mengenai isu-isu panas yang dimainkan oleh ahli-ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Apa yang amat menyedihkan saya ialah ada segolongan pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan diatas keadaan politik umno yang kelihatan agak goyah ketika ini dengan melontarkan pelbagai isu yang agak sensitif terutamanya yang menyentuh mengenai orang-orang melayu, raja-raja melayu dan perkara yang berkaitan dengannya. Kemusykilan saya ialah kenapakah ahli-alhi politik Umno yang menerajui kerajaan sekarang yang sudah semestinya mengetuai orang-orang melayu tidak berani untuk bersuara dalam menegakkan hak-hak orang-orang melayu yang sememangnya sudah tersedia termaktub di dalam perlembagaan negara. Kedua, kenapakah kita(orang-orang melayu) terlalu berlembut, bertolak ansur dan TERLALU SANGAT hendak menjaga hati orang lain (kaum india dan china) padahal adakah mereka tahu berterima kasih dan menghargai pengorbanan dan sikap baik orang-orang melayu terhadap kaum-kaum ini? Kita (orang-orang melayu) terlalu amat mengalah dan tidak salah kalau dikatakan orng melayu ini terlalu lurus dalam ertikata lain kalau melakukan sesuatu itu adalah dengan niat yang ikhlas tanpa ada maksud lain disebaliknya. Tetapi apakah kita sedar orang yang kita tolong itu berniat ikhlas seperti kita juga? Kita tidak pernah untuk memikirkan bahawa orang lain mungkin mempunyai agenda yang tidak kita duga dan jangkakan!Buktinya sekarang..mereka sudah terang-terang lagi berani menyuarakan apa yang kita sendiri tidak jangkakan…mereka mempersoalkan ketuanan dan hak-hak orang melayu..negara yang datuk nenek mereka berhijrah beratus tahun dahulu…mereka yang hidup ketika ini adalah generasi terdahulu yang datang dari Tanah Besar negara China dan juga dari benua India…adakah kaum-kaum ini lupa akan asal usul mereka?
    Tun,
    Tujuan saya menulis ini sebenarnya adalah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati saya akan situasi sekarang yang mana orang-orang melayu, pemimpin melayu dan kerjaan yang juga di pimpin olah orang melayu sesuka hati di perkotak katik kan oleh mereka-mereka yang tidak tahu untuk berterima kasih dan menghargai akan kebaikan dan sikap tolak ansur orang-orang melayu dan raja-raja melayu yang membenarkan kaum-kaum india dan china menjadi warganegara kepada generasi yang terdahulu. Mereka bolehlah dianggap seperti kacang lupakan kulit.
    Tun,
    saya juga menyalahkan Pemimpin skarang kerana tidak menunjukkan satu sikap yang tegas dan kuat untuk mempertahankan apa yang sepatutnya. Di sebabkan kelemahan Pemimpin inilah mereka yang mempersoalkan hak-hak orang melayu ini naik tocang dan berani bersuara apa saja yang mereka rasa tanpa memikirkan perasaan kaum yang mereka persoalkan.
    Tun,
    akhirkata saya doakan Tun sekeluarga sentiasa di rahmati oleh Allah dan Tun di berikan kesihatan yang baik untuk terus bersuara dalam menegur kepincangan kerajaan yang dipimpin oleh AAB yang saya lihat amat lemah dan kurang diyakini.

  2. salam….atuk tun mahathir
    saya baru berumur 20 tahun dan sekarang masih belajar.saya terlampau minat dengan politik dan apa yang yang gusar di hati saya adalah keadaan negara yang agak huru hara pada masa sekarang.banyak kekacauan yang berlaku.saya rasa agak bimbang pada masa depan hidup saya dan rakyat serta kawan yang lain akan jd merana.saya tidak mahu akan itu terjadi.saya menyokong tun dalam memperjuangkan nasib melayu supaya terbela.saya takut benda ini trjadi lebih teruk.saya mengikuti politik dari umur saya 11 tahun dan apa yang saya lihat politik malaysia menjadi lebih complicated.saya risau sangat bahawa kerajaan akan betukar tangan dari UMNO kepada pembangkang.dengan kehadiran pembangkang menyebabkan politik melayu akan jd lebih parah dan menyebabkan orang melayu jd makin teruk.ramai orang tak sedar akan benda ini semua tp saya sedar kerana perkara ini membabitkan kita semua.saya tak sangup negara kita kucar kacir atas sebab dengki antara satu samalain.harap tun tolong buat sesuatu yang boleh membaantu dan saya hanya mampu berdoa kerana saya tidak mempunyai kuasa malah saya sendiri di tindas…tapi apa yang saya ingin katakan adalah saya berasa gusar dengan negara kita sekarang kerana setipa kemajuan bermula dengan politik.politik adalah satu perkara yang perlu diambil berat kerana ianya adalah hidup dan kemajuan kita semau as a malaysian.Apapun jikalau diberi kuasa pada saya akan saya lakukan yang yang terbaik untuk mengubah nasib politik di negara kita.Akhir kata HIDUP MELAYU!!!!!!!!!!!!

  3. Salam Tun.
    Minta maaf saya terpanggil untuk memberikan juga komen di blog pertama Tun ini kerana saya mahu menyumbang sesuatu yang diharap dapat difahami oleh seluruh Rakyat Malaysia dan Rakyat Malaysia ini sahaja.
    Tindakan membasmi gejala rasuah itu adalah wajar. Rasuah boleh menghancurkan negara dan saya sendiri sebagai rakyat malaysia yang mempunyai hak kerakyatan merasa amat dukacita dengan perkembangan sebegini rupa.
    Ini menunjukkan bahawa rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan terkini dan hanya mahu memberi sokongan apabila ianya bersyarat.
    Sepatutnya sebagai rakyat yang mempunyai hak bersuara sudah tentunya mempunyai daya usaha untuk mempastikan negara sentiasa aman, selamat dan makmur. Setiap kepentingan harus dijaga demi kepentingan negara.
    Demokrasi yang mantap adalah demokrasi yang suci daripada rasuah dan yakin bahawa satu undi itu adalah nilai kepercayaan kita kepada kepimpinan kerajaan yang telah sekian lama bertapak dan telah banyak berjasa demi membangunkan pemikiran golongan-golongan tertentu dalam usaha kesinambungan dan kesejahteraan di bumi Malaysia ini.
    Kita sepatutnya bekerjasama dan duduk semeja membincangkan hal-hal berkaitan permasalahan yang dihadapi setiap golongan-golongan tertentu secara memahami isi hati mereka dengan penuh kasih sayang.
    Sesungguhnya kepimpinan dahulu hingga kini dan akan datang tidak ada penggantinya selagi rakyat sendiri tidak mula menilai kemampuan sebenar mereka demi untuk berfungsi sebagai pemacu kemajuan selaras dengan kesesuaian keperluan.
    Saya amatlah bersyukur kerana segala usaha yang kami sekeluarga usahakan telah mula membuahkan hasil yang amat sukar dinilai baik penglihatan mahupun pemikiran.
    Saya akan terus berusaha demi keperluan semasa dan tidak sama sekali mengkhianati kepimpinan yang ada sekarang dan cuba untuk serasi dengan mereka demi memartabatkan bangsa, agama dan negara.
    Salam Tun. Stay healthy okay ^_~!

  4. Asalamualaikum wbt,
    Semoga sihat selalu..
    Saya hanya rasa muskil dengan kehendak parti ingin melantik AAB, kerana pandangan tersebut hannya di ambil dari segolongan sokongan dari atas sahaja (Orang2 sekeliling tun).
    Ada satu pendapat mengatakan bahawa kalau nak lihat kebaikan seseorang tannyalah kepada sahabatnya dan kalau nak lihat keburukkannya bertanyalah kepada musuhnya.
    sekian,
    tq

  5. Sebagai manusia biasa yang kerdil dan tidak mempunyai apa apa…. maka kita anggap sebagai lumrah hidup manusia. Perkara yang nak berlaku akan berlaku juga bila kita meletakkan LA HAU LA WALA QUWA TA ILLAH BILLAH HIL ALI YIL AZIM. Disinilah tempat kembali kita. Tidak berdaya kita menahan apa yang nak berlaku.
    Manusia sepatut nya akan belajar dari silap …atau manusia ni akan belajar sesuatu melalui manusia juga. Dan sesuatu kedapatan dari dalam diri kita yang kita panggil ILHAM itu adalah dari ILMU DIA (Allah)juga. Bergantung sejauh mana kesungguhan kita dalam mencari penyelesaian disamping memohon pertunjuk dan pembukaan nya JUGA. Kalau tidak diizinkan kita…. tak usah kata bahasa Arab….Bahasa Melayu pon tak bolih nak sebut. Semuanya dengan kuasa nya sahajalah maka semua itu menjadi kayu pengukur kepada kita dalam menyedari diri kita adalah bergantung dari nafas yang turun naik. Kalau nafas ni naik tak mahu turun…matilah kita… dan kalau nafas kita turun dan tak naik naik juga … mati lah juga kita. Tetapi dimanatergantung nya nafas kita ini.? masing masing kena cari……
    Bagi saya TUN masih mampu menyedarkan mereka mereka ini dengan melemparkan kata dua, dimana itu adalah rancanagn manusia. Untuk membuka hati mereka mereka ini bukan kerja kita. Kerja kita cuma menyampaikan sahaja. Manusia ni kalau tak kena sesuatu yang teruk keatas dirinya maka dia tidak akan sedar. Kesedaran itu timbul bila terpaksa melalui keperitan, kesusahan,yang melibatkan kridebiliti diri… maka masa tulah nak mengucap dan mintak ampun…
    OK lah…Sampai kat sini ajer… dan sebenarnya saya ni suka suka ajer menulis….melepaskan keresahan dalam diri..bila melihat kepimpinan yang ada tak macam kepimpinan dahulu…..penuh dengan semagat kenegaraan, kebangsaan, keagamaan dan macam macam lagi….
    Yang ada sekarang ni kegilaan, kerasukan, kemunafikan dan macam macam lagi.
    Hingga jumpa lagi MAAF TUN saya tak kira kalau cerita saya ni lari dari tajuk asal saya.
    Semuga TUN selamat sejahtera seisi keluarga….

  6. Salam Tun,
    kata Tun,
    “Parti ini bukan kepunyaan Dato Seri Abdullah. Ianya bukan untuk menyokong beliau sebagai pemimpin lebih-lebih lagi setelah salah percaturan di dalam pentadbiran serta pilihanraya umum baru-baru ini.”
    Semua manusia tak lepas dari salah dan silap,tapi kita boleh belajar dari pengalaman dan memiminimumkan kesilapan kita.Berdasarkan idea2 Tun yang sangat menakjubkan sebelum ini adalah amat menyedihkan melihat Tun tersalah percaturan.bagaimana seorang “Tun Dr Mahathir” boleh tersalah percaturan dan percaturan ini melibatkan satu malaysia punya rakyat? sangat mustahil kan kerana semua kita tau Tun ni otak dia sangat pandai,bijaknya extraordinary ideanya dari diri dia sendiri dan bukan idea basi.
    bukanlah nak menyalahkan Tun kerana kita semua mesti ada buat silap.Cuma nak tau saja apakah kriteria yg ada pada pak lah yg degil ni sehingga membuatkan Tun melantik dia jadi pengganti Tun?
    kalau boleh Tun create la topic blog yg baru jelaskan “why i choose pak lah as my succesor?”.Biar di masa depan benda ni tak terulang lagi kepada generasi pelapis.

Comments are closed.