KERANA INI NEGARA SAYA

1. Mereka bertanya kenapa saya masih bergelut

2. Kenapa saya masih berjuang untuk bangsa dan negara.

3. Saya sudah tua, berusia seratus tahun, satu abad.

4. Bersara lah.

5. Biarlah orang muda mengambil alih tugas.

6. Ya. Saya tua.

7. Tetapi rasa sayang kepada negara tidak pernah luntur.

8. Ini negara saya.

9. Saya di lahir di sini.

10. Saya membesar di sini.

11. Pahit maung dan suka duka pun di sini.

12. Saya Melayu. Ini negara Melayu, negara saya.

13. Tak lupa saya akan orang yang tidak ada negara.

14. Alangkah baik nasib saya mempunyai negara sendiri.

15. Tetapi negara perlu dipelihara dengan baik.

16. Jika tidak akan hilanglah negara saya.

17. Sebab itu selagi ada hayat akan saya sumbang tenaga dan akal fikiran kepada negara dan bangsa.

18. Saya sedar saya sudah tua.

19. Saya ingin bersama yang muda memelihara bangsa.

20. Melindungi negara tercinta.

21. Selepas saya pergi, merekalah yang akan take over.

Leave a Reply