KHALID JULONG

1. Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.

2. Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja perang Dunia Kedua. Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.

3. British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka.

4. Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

5. Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.

6. Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT.

17 thoughts on “KHALID JULONG”

  1. MUTUAL FUND DOES NOT LIKED TO TABUNG HAJI, PLEASE GET THIS FACT CORRECT.

    THATS WHY I SAID, WHEN SYARIAH MP OUT-NUMBERED NON STARIAH MP, THEN, AS NON SYARIAH MP, YOU CAN BID SELAMAT TINGGAL TO FEDERAL PARLIAMENT OF MALAYSIA.

    WHETHER WE LIKE OR NOT, WE NEED A STRONG CHINA IN ASIA TO COUNTER WESTERN PROGANDA, THE WHITE TRASH THAT EVEN WESTERN COUNTRIES ALSO WANT TO GET RID IN THEIR BACKYARD TOO.

    WHY PUTRAJAYA AND CYBERJAYA WERE BUILT?

    TO INCREASE ABSOLUTE ISLAMIC MONARCHY SYSTEM UNTO NON-MOSLEM COMMUNITIES IN THE NAME OF ALLAH?

    YOU THINK USA IS UNITED STATES OF ALLAH KE?

  2. COVID 19 also a big sejarah for many.

    Hubby for example ada manpower, approval permits amat payah, but clients nak cepat.

    Ingatkan I bagaimana 3 kali, hantar borang EPF ke unit trust company, rejected, sampai la ni serik. Tu borang anak serumah. Kalau clients yang duduk entah dimana, lagi bala.

    Takanlah nak selalu pi mai pi mai tang tu. Covid 19 lagi, SOP lagi, usia dah senja lagi. Many worrying things la; https://whims2016.wordpress.com/

  3. Tun tidak keseorangan. Allah ada. Manusia datang dan pergi, tapi Allah sentiasa di sini. Allah ada sebelum ruang dan masa tercipta dan selepas ianya lenyap. Allah lebih dekat daripada urat nadi kita. Berbicaralah dan mohonlah padaNya.

    Impian Visi 2020 Tun mungkin tak tercapai, tapi lihatlah apa baru sahaja berlaku. EAEC yang Tun impikan telah pun menjadi realiti dengan termetrainya RCEP. Kadang Allah ambil sesuatu dari kita untuk Dia beri yang lebih baik. Ada pelangi selepas hujan. Jangan bersedih ye Tun. Allah ada.

  4. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Sabar ya Tun. Jangan bersedih terlalu lama. Tingkatkan amalan membaca Al-Quran kerana terdapat pelbagai pelajaran, sejarah, pengajaran, tauladan, dll. di dalam Al-Quran yang wajar kita jadikan panduan (peringatan kepada diri sendiri juga).

    Perjuangan Tun masih belum selesai. Selagi hayat dikandung badan, Tun mesti bertahan demi Agama, Bangsa, dan Negara. Saya sokong dan sayang Tun.

    Abaikan saja pandangan dangkal dari golongan yang bodoh@jahil, kurang ajar, dan biadab (terutamanya dalam blog ini).

    Tun mungkin berasa sedih kerana ada di kalangan mereka sudah hilang ADAB sebagai orang Melayu-Islam (yang mengaku Islam). Yang kafir harbi tidak perlulah diulas lagi tahap kebiadabannya!

    Kawan Tun, arwah Tan Sri Khalid Abdullah @ Khalid Julong ‘pergi’ pada usia 98 tahun – orang Kedah juga. Saya ada lihat gambar Tun bersama beliau, mungkin semasa Tun PM-4 pada masa tersebut. Tun nampak jauh lebih muda. 🙂 🙂

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  5. DOES SHE KNOW ‘CABIN FEWER’ DOES NOT DISCRIMINATE WHETHER SHE BACA QURAN TO NAIKKAN HER PATIENT TO RINGANKAN HER STRESS LEVEL?

    IT WOULD BE TOUGH WHEN SHE CANNOT DIFFERENTIATE FICTIONS FROM NON-FICTIONS ALSO SINCE HER BASE SUPPORTERS IS MELAYU MUSLIM.

    THE PIVOT QUESTION FOR THIS DECADE IS ‘BECAUSE THEY ARE MELAYU, MUSLIM, BUMIPUTRA AND BUMIPUTERA TOO, THEN, THEY CAN CHOOSE TO ‘REPENT IN MASJID NEGARA’ OR ‘IN MASS PROTESTS, VANDALISM, LOOTING AND RIOTS’, NOT IN HOUSE OF COURT TO ESCAPE THEIR PERSONAL INCOME TAX LIABILITY WHICH CANNOT BE SEEN WITH NAKED EYES, ATAU 4 SAKSI?

    ZERO SUM GAME IN DEFEATING POLITICAL RIVALS AND ENEMIES IS NOT UNCOMMON IN 2 PARTY POLITICS ALSO SINCE EVERYONE IS AWARE GAME OF THRONE EXIST EVEN THOUSANDS OF YEARS BEFORE WE ARE BORN IN MALAYSIA TOO.

  6. Merasa sedih bila kawan rapat passed away, adalah perkara biasa bagi semua orang. Depending on a person, a few days, a few weeks, or a few months baru over kesedihan.

    Tapi COVID-19 ini dah berlarutan begitu lama. Bukan salah Abang Din atau Dr Hisham, seluruh dunia pun sama. Sekurang2 the whole world takde masaalah dengan politicians yang asyik nak rebut kuasa. Masing2 ego cukup besar. Konon demokrasi. Kerajaaan buat gini ada saja salah, boleh tukar2 cakap pulak tu, ikut sedap mulut. Konon nak tunjuk pandai.

    Agong dah pilih Abang Din jadi PM. Nak derhaka juga. Bila dah declared emergency Batu Sapi, pusing sana pusing sini. Konon kami tak derhaka, TSMY je. Mandat rakyat mesti pulang pada rakyat konon. Usahlah berkonon konon. Dulu PH under Tun M pun teruk. Dulu BN under Najib pun teruk. Baiklah PN lagi. Anytime PN better!

  7. Tun tidak keseorangan. Nabi Muhammad, Ayub, Yusuf, Ibrahim, Hajar, Lut, Yunus, Musa, Asiah, Zakaria, Maryam dan Isa juga pernah melalui apa yang Tun lalui. Fasa dimana mereka tidak ada tempat atau sesiapa untuk mereka meluah perasaan dan berkongsi kesedihan dan kegusaran, melainkan dengan Allah.

    Tapi akhirnya, Allah menyelamatkan Muhammad dari kezaliman Quraysh setelah kematian Khadijah dan Abu Talib dengan perlindungan dari penduduk Madinah dan raja Abissinia, menyembuhkan Ayub dan mengembalikan keluarga Ayub kepadanya, menyelamatkan Yusuf dari terbiar mati di dalam perigi buta dan juga dari terus dipenjara akibat fitnah Zulaikha, menyelamatkan Ibrahim dari dibakar hidup-hidup dan menganugerahkan cahaya mata Ismail dan Ishak ketika Ibrahim sudah sangat tua sebagai ganjaran kesabarannya menghadapi tentangan dari kaumnya dan ayahnya sendiri, memancarkan air zamzam buat Hajar ditengah padang pasir tandus, menyelamatkan Lut melaui malaikat-Nya dari hukuman bencana yang menimpa penduduk Sodom, menyelamatkan Yunus dari mati keseorangan di dalam perut ikan, menghantar Nabi Syuaib sebagai pelindung dan penaung kepada Musa ketika dia melarikan diri dari kaum Firaun ke Madyan, menyelamatkan Asiah dari Firaun, menganugerahkan Yahya sebagai anak dan juga penyambung risalah Ilahi kepada Zakaria yang sudah sangat tua, menghantarkan tamar/mata air dan pembakar semangat dan penolong melaui Isa yang masih bayi kepada Maryam yang ketika itu merintih sayu menanggung sakit bersalin tanpa sesiapa di sisinya, dan menyelamatkan Isa dari terbunuh disalib akibat pengkhianatan anak didik dan kaumnya sendiri. Bukan itu sahaja, apabila Isa kembali semula di akhir zaman ini, Allah akan menguatkannya dengan sokongan yang bukan sahaja dari kalangan pengikutnya sendiri, malah dari kalangan pengikut Nabi Muhammad.

    Berkenaan sahabat seperjuangan Tun yang telah pergi, bergembiralah Tun kerana ada ganjaran di sisi Allah buat mereka yang melakukan kebaikan dan berjuang di jalan-Nya di dunia ni. Kita ingat mereka sudah mati, tapi sebenarnya mereka sedang hidup disana menikmati rezeki dari Ilahi, yang tiada tolok bandingnya di dunia ini.

    Seek help through patience and prayer. Dan bacalah Quran sebanyak mana yang mudah untuk Tun, berulang-ulang kali. Ada pemyembuh, psychotheraphy, pembakar semangat, peniup harapan dan pengajaran yang amat banyak di dalamnya. Insha Allah, hati itu akan terubat. Jangan terus bersedih ya Tun yang dikasihi. Allah ada.

  8. Salam Tun M

    Takziah kepada keluarga arwah Khalid Julong. Al-Fatihah.

    Tun

    I actually tak kenal Khalid Julong. Kalau Tun tak jadi PM, I also tak kenal Tun. I lahir selepas mederka, so memang kurang tau pejuang2 sebelum merdeka dulu. Kalau tau pun Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman nama tertera dalam buku sejarah.

    I wonder juga apa SOP upacara perkebumian, almaklumlah zaman COVID 19. Yang meninggal baru2 ini Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail, 84 tahun, tapi Tun tak sebut pun namanya. News ini disampaikan oleh kawan dari Penerangan UMNO. Subuh2 lagi dah hantar berita kat whatsapp group, time kebumi dan dimana.

    Tun ziarah ka? I tak begitu pasti SOP. Kadang2 I baca berita Tun di Langkawi. Kami pula tak pernah keluar dari Selangor. Hubby je kadang2 pi opis KL. Tu pun setengah hari dah balik sambung kerja kat rumah.

    Seingat I tiada kawan rapat yang dah meninggal. Kami usually berhubung melalui whatsapp. Baik lelaki dan perempuan. Ada kawan yang dah Tan Sri isteri pula cukup kuota. Tak tau la bagaimana jika dia meninggal nanti.

    Last but not least, jangan lupa sokong budget 2020. Usahla dolak dalih, ya. Nanti rakyat bosan, election gerenti kalah.

  9. Tun tidak keseorangan. Nabi Muhammad, Ayub, Yusuf, Hajar, Maryam, Lut, Yunus, Musa, Zakaria dan Maryam juga pernah melalui apa yang Tun lalui. Fasa dimana mereka tidak ada tempat atau sesiapa untuk mereka meluah perasaan dan berkongsi kesedihan dan kegusaran, melainkan dengan Allah.

    Tapi akhirnya, Allah menyelamatkan Muhammad dari kezaliman Quraysh setelah kematian Khadijah dan Abu Talib dengan perlindungan dari penduduk Madinah dan Abissinia, menyembuhkan Ayub dan mengembalikan keluarga Ayub kepadanya, menyelamatkan Yusuf dari terbiar mati di dalam perigi buta dan juga dari terus penjara akibat fitnah Zulaikha, memancarkan air zamzam buat Hajar ditengah pasir tandus, menyelamatkan Lut melaui malaikat-Nya dari hukuman bencana yang menimpa penduduk Sodom, menyelamatkan Yunus dari mati keseorangan di dalam perut ikan, menghantar Nabi Syuaib sebagai pelindung dan penaung kepada Musa ketika dia melarikan diri dari kaum Firaun ke Madyan, menganugerahkan Yahya sebagai anak dan juga penyambung risalah Ilahi kepada Zakaria yang sudah sangat tua, dan menghantarkan tamar/mata air dan pembakar semangat dan penolong melaui Isa yang masih bayi kepada Maryam yang ketika itu merintih sayu menanggung sakit bersalin tanpa sesiapa di sisinya.

    Seek help through patience and prayer. Dan bacalah Quran sebanyak mana yang mudah untuk Tun, berulang-ulang kali. Ada pemyembuh, psychotheraphy, pembakar semangat, peniup harapan dan pengajaran yang amat banyak di dalamnya. Insha Allah, hati itu akan terubat. Jangan terus bersedih ya Tun yang dikasihi. Allah ada.

  10. PLEASE STOP USING THE SACRED ANIMAL PIGS/BABI TO BE YOUR POLITICAL TOO TO DISGRACE THOSE WHO CONSUME FARMED PORK.

    MELAYU MUDAH LUPA.

  11. ANYWAY, THERE IS NO WAY HIS UNCLE, DS ANIFAH, CAN LOBBY HIM TO BE THE RUBBER STAMP MINISTER IN PUTRAJAYA.

    NOT HAPPY, GO PAKAI INCREDIBLE HULK ALSO CAN BUT TWINPEAK CANNOT STOP ME TO PAKAI CHINESE VAMPIRE OR PAU GUNG COSTUMES ON HALLOWEEN DAY CELEBRATION.

  12. Freedom fighters.

    I am touched by the era of freedom fighters of the past, specifically in fighting the colonial British in the era of European colonisation. Likewise, I would caution the new era of colonialism now in progress. The new colonialists are no longer Europeans or Americans, but China. Through their road and belt mega-projects in return for secure access to Asia’s natural resources, this akin to past European exploitation of Malaya’s and Borneo’s tin and rubber for empire building. Even RCEP trade bloc is written according to rules set by China. There is no difference in colonisation modus operandus, just in different era.

    A precaution for Malaysia’s leaders.

  13. Assalamualaikum, Tun.

    Takziah kepada keluarga Allahyarham Khalid.

    Allah perpanjangkan usia Tun, mungkin juga nak Tun perbetulkan keadaan yang kurang betul, demi masa depan tanahair dan generasi muda kita.

  14. https://m.malaysiakini.com/news/551618

    I THINK YB NUAR FROM OTHER STATE ALSO BEING CHARGED UNDER AKTA 153 DURING DR MM ERA.

    YB NUAR UMNO NAK SUE YB TAN KW DAP?

    BUKAN KAH TANAH DBKL ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERJUANG saMURAI YANG B’LUM SELESAI?

    MP TAN KOK WAI, LISTEN TO ME, DO NOT WASTE YOUR TIME IN FIGHTING FOR THE IMPOSSIBLE DREAM OF MALAYSIAN MALAYSIA.

    TREAT IT AS A BLESSING, AND MOVE ON.

  15. Innalillahiwainnaa ilaihiraajiuun…semuga arwah d permudah urusan nya, ampuni dosa2 nya, di rahmati n d tempat bersama org2 yg beriman..aamiiin

  16. takziah kepada keluarga allahyarham dan jutaan terima buat tun yg turut berganding dlm penubuhan malaysia merdeka. namun terkilan kerana tun akhir2 dihina dgn pelbagai tohmahan ekoran perselisihan iktikad politik.

  17. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Innalillahi wainna ilaihiraji’un…(Al-Baqarah [2:156]- “Surely to Allah we belong and to Him we will ˹all˺ return.”)

    Sedih saya membaca luahan Tun tentang kawan-kawan lama Tun yang telah pergi meninggalkan alam fana ini.

    Tun satu-satunya PEJUANG Melayu sejati (yang asal) yang masih wujud. Usah bersedih ya Tun.

    P/S: Tun masih ada banyak peminat setia (ikhlas) yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Tun sekeluarga.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

Comments are closed.