KUOTA HAPUS


1. Tidaklah penting kita tahu asal-usul kuota dalam pemilihan pemimpin UMNO. Namun demikian izinkan saya cerita sedikit berkenaan latar belakangnya.

2. Pada tahun 1986 Dato (Tun) Musa Hitam, musuh ketat Tengku Razaleigh Hamzah telah berjaya pujuk Tengku bertanding jawatan Presiden UMNO. Beliau sendiri sanggup jadi timbalannya.

3. Seperti biasa bahagian-bahagian (UMNO), dalam mesyuarat telah namakan calon mereka. Hanya 20 peratus menamakan Tengku Razaleigh.

4. Tetapi dalam Mesyuarat Agong Tengku Razaleigh mendapat hampir 50 peratus daripada undi wakil-wakil yang hadir.

5. Tentang bagaimana terdapat kelainan ketara antara bahagian-bahagian dengan wakil-wakil mereka, wallahua’alam.

6. Selepas itu mahkamah telah putuskan bahawa UMNO adalah parti haram. Walaupun UMNO dapat dipulih, sebilangan ahli dan pemimpin UMNO telah berpisah daripada parti untuk menubuh parti serpihan. Ternampak jelas pertandingan untuk jawatan tertinggi boleh memecah dan melemahkan parti.

7. Majlis Tertinggi UMNO, telah bincang kemungkinan perkara ini berlaku lagi dan memutuskan bagi mengelak perwakilan menidakkan keputusan Bahagian, sesiapa yang dicalon oleh Bahagian akan dapat 10 undi bonus.

8. Malangnya apabila Dato Seri Anwar mencabar Tun Ghaffar, entah bagaimana jumlah bahagian yang mencalonkan Anwar begitu tinggi sehingga undi bonus shaja pun boleh kalahkan Ghaffar. Tun Ghaffar terpaksa tarik diri dan Anwar pun naik jadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

9. Ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku kerana undi bonus. Nampaknya ada cara untuk menguasai bahagian sehingga perwakilan kehilangan hak mengundi sama sekali. Jelas sistem bonus boleh disalahgunakan.

10. Untuk meringkaskan cerita Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk mengganti bonus dengan kuota. Jika seseorang calon betul-betul layak maka dia tentu mampu mendapat pencalonan secukupnya dari Bahagian. Bagi jawatan presiden tokoh yang layak perlu mendapat 60 pencalonan oleh Bahagian. Dengan cara ini hanya calon yang buruk, termasuk Presiden yang tidak akan dapat pencalonan yang mencukupi.

11. Malangnya penguasaan parti oleh Presiden yang juga Perdana Menteri amatlah kuat. Dengan cara-cara tertentu Presiden boleh memaksa supaya hanya dia sahaja yang dicalon. Pencabarnya bukan sahaja tidak akan dapat 60 bahagian tetapi dilihat hanya bahagiannya sendiri sahaja yang mencalonnya.

12. Sekali lagi sistem ini gagal untuk membebaskan bahagian dan ahli untuk bertindak mengikut kehendak mereka yang sebenar. Justeru itu memanglah baik sistem kuota ini dihapuskan.

13. Saya berdoa selepas ini penyalahgunaan kuasa oleh Presiden akan dihapuskan dan pencabarnya akan dapat bertanding. Tetapi setakat ini belum ada keputusan tentang cara mana seseorang dapat dicalonkan.

14. Sebenarnya tidak ada sistem yang tidak cacat. Samada sesuatu sistem berkesan atau tidak bergantung kepada pengamalnya. Apabila pengamal dipelbagai peringkat mudah di suap, sistem apa pun tidak akan menghasilkan yang terbaik.

111 thoughts on “KUOTA HAPUS”

  1. salam.selamat ari raya,tun.saya bkn nak komen apa2,cume nak tahu pasal peristiwa memali…apa sebenar terjadi,ni kerana ramai yg menyalahkan tun dlm perisriwa berdarah 2..lebih2 lagi,pembangkang.
    salam

  2. masih dan masih tak belajar dari kesilapan
    sedarlah, masa makin suntuk,
    ayuhlah, kuatlah bekerja
    dapatkn kembali keyakinan rakyat wahai UMNO
    insyaallah berjaya
    jujur

  3. Salam,
    Mohon izin beri komen terhadap pandangan yang diberi oleh 2 pemimpin UMNO di Utusan alaysia 24 Sept 2009:
    1.****Kepada Ketua Penerangan UMNO***
    Pandangan YB Ahmad Maslan adalah contoh dimana pandangan pemimpin UMNO tak sama dengan pandangan rakyat. YB kata “Saya yakin seorang pemimpin yang pernah dihukum akibat gejala politik wang, sudah mengambil pengajaran di atas hukuman yang pernah dikenakan keatas dirinya”.
    Masalahnya YB, itu kemaafan dari pihak ahli politik tetapi adakah keseluruhan rakyat Malaysia sedia menerimanya? Pemimpin sebegini telah melanggari prinsip asas kepimpinan iaitu amanah. Mereka boleh terus berkhidmat untuk rakyat tetapi tidak boleh jadi pemimpin.
    Kes Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) pula berbeza. DSAI dan orang2 kuatnya berjaya menyakinkan rakyat bahawa beliau telah dizalim sebab itu walaupun dia dipenjara, rakyat masih menerimanya. Sementara beberapa pemimpin UMNO didapati bersalah oleh Lembaga Disipin UMNO sendiri. Jika tak puas hati boleh buat rayuan. Kalau UMNO sendiri tak percaya dan yakin Lembaga Displinnya sendiri, jangan harap rakyat biasa percayakan UMNO!
    2. **** Kepada seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian***
    Seperti Ketua Penerangan UMNO, pandangan saudara ahli pandangan ahli politik. Kefahaman saudara adalah kefahaman sesama ahli politik tetapi jauh tersasar dari kefahaman rayat umum.
    Seperkara lagi, saudara telah memberi contoh berbeza dengan Tun Dr. Mahathir. Tun dikenakan tindakan disiplin bukan kerana isu moral. Saya cadangkan sebagai Ketua Pemuda sepatutnya teliti betul2 sejarah UMNO. Sepatutnya saudara sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian lebih peka tentang perkara sebegini. Tun bukan kenal saya dan saya pun tak mahu Tun atau mana2 pemimpin UMNO atau parti lain kenal saya. Saya mahu Melayu bersatu sahaja, tak de niat lain.
    Harap komen saya ini tidak menyakit hati sesiapa. Mohon maaf jika tersinggung juga.

  4. Dengan Izin Tun..Terima kasih..
    Abg Samuraimelayu..
    Ini salah kita sendiri..Di zaman Imam Abu Hanifah dulu ada seorang pemuda kurang ajar dan biadap memperlekehkan Islam….
    Beliau ‘pukul’ habis semua ulamak sehinggalah Imam Abu Hanifah masuk gelanggang.Soalan-soalan pemuda itu mudah sahaja..
    Kamu kata ada Tuhan..di mana dia? Apa yang dia buat sekarang?
    Jawapan terakhir Imam Abu Hanifah sungguh membanggakan..
    Jadi..Di manakah ulamak-ulamak kita untuk menegur dan memperbaiki??
    Terima kasih Tun..

  5. salam tun saya anak k.pasu.saya ingin bertanya satu kebimbangan yang tak pasti,awat la nie nak tbuh cwangan pun susah,saya dh kutip org cukup tp umno bahagian bt tak tau sja,awt depa takut ka kami anak muda akan lawan depa,dato johari memang seorg `POLITIK KING`selalu cantas org yg sayangkan umno tektik yg johari pkai semuanya duit,mcm na dia pkai duit utk jatuh tun dan anak tun,tolanglah tun suara psai benda nie,saya tkut umno k.pasu hancur kalau depa nie bt mcm nie,saya tersyng kan umno.saya berdoa atas mak dan ayah yg berjuang umno sampai sekarang saya akan bt johari klah pemilihan umno akan datang,salam

  6. Sistem adalah ciptaan manusia.. ia akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa untuk disesuaikan dengan kehidupan pada zaman tersebut. Cuma apa yang tinggal adalah objektif sistem tersebut. kaedah dan pelaksanaannya mungkin berubah. Sekiranya tidak berubah mungkin akan mengalami kerosakan pada sistem tersebut.

  7. YABhg Tun,
    ..JUST TOO MANY BUSINESSMAN ENTERING POLITICS!! UMNO SHOULD HAVE A BALANCE REPRESENTATION FROM ALL VARIOUS FIELDS OF PROFESSIONS…

  8. Salam Tun;
    Ketika Tun buat kejutan umumkan perletakan jawatan dalam Mesyuarat Agung UMNO di PWTC dulu, tanpa disedari berlinangan air mata sedih dan pilu kerana negara masih lagi memerlukan perkhidmatan Tun yang masih belum selesai…
    Tapi itu cerita lama… barang yang lepas jangan dikenang.
    Ya Tun, saya menyokong saranan Tun agar sistem kuota dalam pemilihan UMNO dihapuskan. Jika sistem kuota untuk orang Malayu dalam DEB telah dihapuskan; maka sewajarnya sistem KUOTA yang ada dalam pemilihan pucuk kepimpinan UMNO juga dihapuskan.
    Jika sistem kuota itu telah dilihat tidak releven lagi dan sudah mula diselewengkan maka eloklah diganti dengan sistem baru seperti yang disarankan secara pemilihan diperingkat AKAR UMBI pula… kita cuba lah dulu noo..
    Akhir sekali diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Tun sekeluarga. Semoga Sihat Walafiat.

  9. Umno nafas orang melayu,kebanyakan beragama Islam,penghuni
    Malaysia sebenar.Yg lain hanya pendatang yg sama sama membangun,
    menikmati usaha mereka ,bertapak dan membiak.
    Populasi orang Melayu perlu di ramaikan.Seperti Singapura
    ahli politik mereka banyakan orang cina dengan mebawa masuk di zaman Lee dahulu, bertujuan menjelajah,di samping mendapat sokongan,maka hapuslah Umno di Singapura.Sekarang juga masih membawa masuk bertujuan jelajah tanah Malaysia,dan Indoneisa.Sudah nyata,contoh di kepulauan Riau,di Johor.Economy mereka membuak,dah takada ruangan dan tempat lagi.Padabila kerajaan Malaysia,Indonesia
    memberi ruang maka ,mereka dengan cepat mengambil kesempatan.
    Malaysia perlu membawa masuk orang Padang,Indonesia,orang Thailand dari Narathiwat,Patani dan sebagainya dari rukun Islam,yang berkebolihan membangunkan Malaysia.
    Bawa mereka masuk terutama tempat Umno
    yg lemah,seperti Penang.

  10. Tun,
    Sistem pemilihan tidaklah penting atau mungkin mengelak dari salah-guna. Tetapi sistem pengawasan seperti kuasa untuk menyiasat secara terbuka aduan amalan politik wang.
    Sepertimana yang baru-baru ini berlaku, sekian orang telah didapati bersalah dan tindakan melucutkan kelayakan mereka sudah dilakukan. Tetapi ada sekian orang pula yang didapati bersalah dan tidak dilucutkan. Mengapa? Tun sendiri pun sudah mempersoalkan itu.
    Maka ia lebih berkesan sekiranya proses mengadili politik wang benar-benar tulus dan saksama supaya ia boleh dihindar dari akar umbinya dan bukan pada sidang perhimpunan agung esok hari dimana ia sudah terlambat kerana buaya sudah terlepas masuk.
    Didiklah orang Islam dari bangku sekolah lagi bahawa rasuah itu jijik, hodoh dan dosa besar, serta membawa seseorang dalam api neraka di akhirat kelak.
    Redhuan D. Oon
    PendAtang Dengan Izin

  11. SALAM KASIH DAN SAYANG
    AYAHANDA RAKYAT TUN
    IZINKAN,
    ….
    14. Sebenarnya tidak ada sistem yang tidak cacat. Samada sesuatu sistem berkesan atau tidak bergantung kepada pengamalnya. Apabila pengamal dipelbagai peringkat mudah di suap, sistem apa pun tidak akan menghasilkan yang terbaik.
    BEGITULAH SURATAN TAKDIR PERMOHONAN NAFSU (PENDEKATAN) SESEORANG YANG MENDAHULUKAN ZAT SIFAT SYAITAN LAKNATULLAH YANG MELALAI DAN MEMBINASAKAN DARIPADA MENCARI KEMENANGAN MELALUI PENILAIAN IMAN (ILMU) YANG BERDAMPING RAPAT DENGAN ZAT SIFAT RASUL ALLAH YANG MAHA MULIA.
    SELEPAS MENYEMPURNAKAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI, KAMI TERPAKSA MENGIRINGI ISTERI TERCINTA KE MAJLIS HARI TERBUKA KERAJAAN PR SELANGOR MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI,SATU2NYA HARI YANG SANGAT BERMAKNA DAN MULIA BAGI UMAT MUHAMMAD YANG TELAH DIWAJIBKAN BERPUASA…RUKUN ISLAM YANG KETIGA.
    TERCEMAR RASANYA HARI MENYAMBUT KEMENANGAN SEBULAN BERPUASA YANG DIALU2KAN KEHADIRAN NYA DENGAN PERSEMBAHAN PUKULAN GENDANG DAN TARIAN SINGA.. ALASAN DIBERI OLEH MEREKA YANG TERLIBAT ADALAH TOLERANSI AGAMA ISLAM TERHADAP BUDAYA KAUM LAIN..KERAJAAN PR HENDAK MENUNJUKKAN BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA PENUH TOLERANSI…TAK KENA TEMPAT DAN KETIKA NYA HENDAK BERTOLERANSI..
    JANGAN KATA TARIAN SINGA, TARIAN KUDA KEPANG BUDAYA KAUM MELAYU PUN TIDAK PATUT DIPERSEMBAHKAN DIHARI RAYA AIDIL FITRI YANG MULIA.
    MUNGKIN NYAYIAN LAGU2 NASYID LEBIH BAIK DIPERSEMBAHKAN.
    TERKEJUT BERCAMPUR HAIRAN…
    APAKAH ULAMA PAS KINI TELAH MENGHALALKAN PENGUNAAN PATUNG(TOPENG) KEPALA BINATANG (SINGA) MENGALU2KAN KEHADIRAN AIDIL FITRI YANG MULIA BAGI UMAT ISLAM?…NAUZUBILLAH
    MASIH TERNGIANG2 DITELIGA KAMI DITEGUR SUATU KETIKA DAHULU DEK SEORANG PENDAKWAH PARTI PAS TERHADAP MINAT KAMI MENGUMPUL UKIRAN2 KAYU BERBENTUK KUCING DAN ITIK YANG DIKATAKAN BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH …DITAFSIRKAN SEBAGAI SATU BENTUK PEMUJAAN.
    NAIK ISIN KAMI DIBUATNYA BILA DIKAJI SEMULA KATA2 PENDAKWAH PAS TERSEBUT.
    KAMI MOHON JIKA TERDAPAT DIANTARA PARA PEMBAHAS/ULAMA YANG BUDIMAN DIBLOG CHEDET.CC INI UNTUK MEMBERI PENJELASAN SEBELUM TERSASAR ‘AKIDAH’ ORANG CETEK PENGETAHUAN AGAMA SEPERTI KAMI INI.. KAMI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
    HAIRAN BERCAMPUR AJAIB…
    MELIHAT BUDAYA KAFIRIN MENGIRINGI HARI LEBARAN UMAT ISLAM.
    BOLEH KAH MINYAK BERCAMPUR AIR?…
    MUNGKIN ULAMA PARTI ‘ISLAM’ SEMALAYSIA BOLEH MELAKUKAN NYA? BILA DAH NAIK ‘SHEIKH'(RASUK)KOT?..
    IMPOSSIBLE, GELENG KEPALA LAKSAMANA ‘RE’ DINEGARA PASIR DUA PUTIH.
    ALFATIHAH, AMIN.

  12. Dearest Tun,
    Online Malaysianmirror news is more liberal and non-bias than other main stream papers, and it should be read by Malaysians who seek the truth in a more liberal way than the long and old news paper corporations, eg:
    1. Utusan Malaysia – Sebenarnya, it should be named as Khabar untuk UMNO Melayu similar to Strait Times of Singapore, and terror in main isu perkauman dan agama.
    2. New Straits Time (Ravi’s paper LAH) – Namanya New (baru Lah), tetapi tulisan nya dan pendirian khabar ini langsung tidak bernafas baru, asyik buat news macam Republic Banana-Pisang Republik. Uptown and downtown pun tarak faham. UpTown is not Exclusive, DownTown is not low quality. Sebenarnya UpTown is Utara, DownTown is Selatan, itu saja.
    3. The Star – Dulu berkelip2 seperti bintang, kini dah jadi bintang hangus, takde pendirian (no LP), aysik ikut rentak Utusan, neither here nor there.
    4. The China Press- famous in permainan isu perkauman taktik basi, readers dah muak dengan tulisan mereka.
    5. Sinchew – lalang juga, dan ia suka ikut arah angin, angin kuat di BN, ikut, kalau angin kuat di PR, ikut, takde pendirian jugak. Bosan Ngok – (Buah Nangga’Lah)
    Now, Lim Kit Siang told PM Najib in MalaysianMiror:- It’s not RPK (Raja Petra) but the PKRZ crooks you need to chase which involved 3 Prime Minister & 2 Ex-Transport Ministers. Yes, Mr Lim is right, but he is heading into wrong direction that will not help our economy because he himself pun “tak ngam” dengan principle PKR’s Ronnie Liu.
    Dear Mr Lim,
    What I see is Degree CAT(Competence Accountability Transparent) chasing after Diploma CAT (Certified Accounting Technician). Sorry Mr lim I tak suka pada you, if I tell you who I am, I am sure you know me! Lu jangan terlalu rigid, I tak macam lu ended macam Pak Lah, “ngok.” Aku sebagai orang cina, aku tak suka male chauvanist pig like you and also Mr Lee KY. Ini new world, lu jangan pakai taktik orang lama!! Orang marah ooi!
    Good day Ayahanda.
    P/S: Ngok – Bodoh sombong.

  13. Salam YAB Tun dan rakan2 bloggers,
    1. saya rasa a bigger picture perlu dilihat tentang kegagalan apa2
    sistem pun dalam UMNO.
    2. bigger picture no 1 – rasuah sebagai faktor utama kenapa gagal.
    3. rasuah oleh siapa? fund managers dari pro yahudi? fund managers
    mewakili kaum cina ?
    4. logiknya, siapa yang ada banyak wang untuk menaja? pemimpin2
    UMNO kaya dengan duit haram tetapi tidak terlalu kaya untuk membuat pelaburan besar..
    5. cuba perhatikan…mana pemimpin tinggi UMNO, lebih2 lagi menteri,
    yang tidak ada towkay cina rapat dengannya? atau dengan orang
    kuat menteri itu?
    6. pada zaman dulu kaum cina selesa walaupun semua menteri melayu, kerana menteri2 ini hanyalah office boys mereka…selepas ada bajet, menteri2 melayu akan bagi kontrak kepada kaum cina…so, apa kaum cina mau bimbang?

  14. Dearest Tun,
    Please allow me to reply our dear Kamal Ahmand,
    Dear Kamal Ahamad,
    People change as time goes by, some may opt to change for better, and some may opt for worse depending on their needs and environmental factor. What they do today, they will be judged tomorrow by mortals like you and me. I do not know what will happen tomorrow, but I always believe that we have to do something to make us feel better and wiser. Here, I would like to summarise from what I have learned from Chedet due to:-
    A SERIES OF UNFORTUNATE EVENTS AFTER PRU 12.
    There are people in the world who know no misery and woe. And they take comfort in celebrity lifestyle about twittering races and giggling power. There are people who know that there

  15. Salam kasih dan salam hormat Ayahanda Tun, please allow me a respond to my dear sister HBT. Thank you.
    Dear HBT, thank you for your most thorough explanation. I knew OTK when he was MP for Pandan and MCA Youth Chief. In those days there were many dengue cases in Pandan Indah and the lack of pedestrian crossings were among the many pressing concern that had somehow united many into one cause, and that is to improve the living standards of Pandan. But that was almost 10 years ago. I moved out of that area in 2001 and on my last visit back there recently things have changed a plenty. We stood up to corruptions of the highest order by the MPAJ and we won the day with the attention in the likes of Kayveas. All of us were much younger and responsive to the situations that was surrounding us then. I remember going door to door creating awareness, collecting signatures, going to the media and it was a reward to see when resident began forming up their own associations and standing together as one. Pandan Indah is a better place today. I stand by Tee Keat and I regretted calling Kayveas as running PPP Banana Republic. Those two are my brothers.
    Back in 2004 when the lame duck Badawi gave Kayveas Taiping to contest many knew that it was an unsafe seat for Kayveas. I was one of the many from Pandan Indah who went in assisting his campaign then. Even though I have long left Pandan Indah by 2004, the solidarity among us then still stood. HBT, I believe that many Chinese today have opted their votes with either DAP or PKR and even PAS. Many Indians too have adopted the same view. While we could say our peace here, out there the political landscape has changed for good. BN is not the same BN we have been talking about and making it to be as all these while. In situations like this, we have to re-invent ourselves to stay ahead. What matters today, may be irrelevant tomorrow and what is immaterial today may be significant tomorrow. The core issue is one: race relation, which is the tune that

  16. ASSALAMUALAIKUM BUAT TUN DAN HASMAH,
    LAMBANG AYAHBONDA RAKYAT MALAYSIA,
    KETEGASAN DAN KRITIKAN MU MENJADI LUMRAH,
    WALAUPUN ADA YANG RESAH GUNDAH GULANA
    SEGALA TEGURAN PENUH KERAMAH
    WALAUPUN DILUAHKAN SECARA BERSAHAJA
    RAMADHAN AKAN MENINGGALKAN KITA
    PERGINYA BULAN PAHALA BERGANDA
    MENGAMIT PULA DUGAAN NISTA PENUH DOSA
    APAKAH PUASA MENGINSAFI KITA SEPENUHNYA
    DAPATKAH KITA MENGHARUNGI SEGALA PANCAROBA DUNIA
    BERSEDIAKAH KITA MENGHADAPI KEHIDUPAN YANG ABADI DI SANA
    MANUSIA ALPA DIHANYUTI SUASANA
    KEMEWAHAN HIDUP MELEKAKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA PENCIPTA
    MATLAMAT SUDAH MENETAPKAN CARA
    TIADA LAGI HALAL HARAMNYA
    KEPADA TUN BANTULAH RAKYAT SAHAYA
    TETAPI JANGAN LUPA MEMBIMBING KELUARGA
    BUKAN TUJUAN UNTUK MENGHINA
    CUMA KASIH KEPADA KEDUA-DUANYA
    KU PINTA TUN, ANAK-ANAK DINASIHATI SEGERA
    BEBASKAN DIRI DARI YANG HARAM BILA BERNIAGA
    HARTA DI DUNIA TIDAKLAH BERGUNA
    SEKIRANYA MATI MENJERUMUS KITA KE NERAKA
    ITUPUN KALAU MASIH BERIMAN AKHIRAT ITU ADA
    MAKA YANG HALAL HARAM HENDAKLAH DIAMBIL KIRA
    KARTIKA RELA DISEBAT KERNA INSAF DAN INGIN BERTAUBAT
    SEBAT DIKATAKAN ZALIM TAK IKUT SYARIAT
    PANDANGAN ULAMA HENDAKLAH DI TAAT
    JANGAN BIARKAN DIRI TERSESAT
    KALAU BERIMAN DENGAN AKHIRAT
    SIKSA NERAKA TERSAKIT AMAT
    DIBANDINGKAN DENGAN SEBAT YANG SAKITNYA TIDAKLAH LARAT
    WALAU TAK PERNAH MERASA ITULAH TULISAN MUKJIZAT
    PANDUAN MUKMIN DAN MUKMINAT
    KALAM SUCI ALLAH PENUH RAHMAT
    KESAKITANNYA TAK TERBANDING DENGAN DIBAKAR NERAKA
    SEBAT PERLU DIJALANKAN SEGERA
    JANGAN DIBIAR TERLEBIH LAMA
    HUKUMAN UNTUK MENDIDIK MENJADI TAULADAN UNTUK SEMUA
    SETAKAT DENDA AKAN DIBAYAR SI KAYA
    TERLEPAS HUKUMAN DUNIA AKHIRAT MACAMANA
    ORANG POLITIK BICARANYA POLITIK
    ORANG AGAMA BICARANYA AGAMA
    YANG MEMBANGKANG ASYIK MENGKRITIK
    YANG BERKUASA CUBA BERUSAHA
    APABILA YANG BERAGAMA BERPOLITIK TIMBUL KONFLIK
    SEBALIKNYA JIKA YANG BERPOLITIK BERAGAMA BAHGIALAH RAKYAT JELATA
    SERUAN TUN, ISA JANGAN DICALUNKAN
    SEMOGA UMNO KEMBALI CERMERLANG
    PILIHANRAYA BAGAN PINANG TERUS DICANANG
    PERTEMBUNGAN KUASA KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
    APA GUNANYA YANG BERSALAH BEROLEH KEMENANGAN
    KALAU MEROSAKAN MARUAH KESELURUHAN
    BUAT TUN BERDUA SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR USIA
    JANGAN MAIN MERCUN….. MERBAHAYA …………..
    MAAF ZAHIR BATHIN
    TIDAK LUPA JASA MU
    SEKIAN SALAM

  17. salam hormat tun mahathir dan tun siti hasmah serta seisi keluarga,
    salam aidilfitri,
    salam tanah tumpahnya darahku,
    salam agama, bangsa, dan tanahair,
    salam ampun maaf zahir dan batin,
    salam penuh kasih sayang,
    terima kasih yang tidak terhingga kepada tun

  18. Salam Eidul Fitri kepada Semua Muslim,
    ****Kepada Dato Najib:********
    saya ada baca beberapa komen supaya PM Dato Najib mengurangkan penglibatan isterinya Datin Rosmah. Pada pandangan saya sebaliknya. Apa yang Datin Rosmah lakukan sekarang ini cukup baik emnaikan imej PM, UMNO dan BNasional. Sekiranya menyepikan diri dari pengetahuan umum lebih banyak tohmahan dan fitnah dilemparkan. Saya dapati Pusat PERMATA Negara dah mula tunjuk sebagai satu organisasi yang melengkapkan fungsi kerajaan. Isteri/ suami dan anak2 menteri lain , ADUN dan ahli Parlimen harus sama2 bantu suami/isteri masing2. Jadikan perkhidmatan mereka seperti perkhidmatan bersifat kekeluargaan bersama rakyat bukan terasing. Kongsi kehidupan bersama rakyat.
    Asas politik ialah wujud kemesraan dengan rakyat, maka Insyallah keyakinan dan kepercayaan akan menyusul. Dato Najib elok sangat meneruskan agenda melawat merata2 dimana kebayakan rakyat berada. Ramai rakyat biasa sangat menyanjungi pengorbanan pemimpin turun padang walau pun sibuk sanggup turun merasai kesusahan dan kesenangan bersama2 rakyat.
    Masa PRU lepas, ramai kenalan saya terus terang kata depa tak akan undi calun BNasional sebab hanya muncul masa pilihanraya. Minta tolong kat Pejabat Khidmat Wakil Rakyat, tak dapat layanan mesra. Ingatlah wakil rakyat ini seprti “salesman”. Rakyat ada pilihan salesman mana yang depa suka.
    *****Kepada Semua Pemimpin Barisan Nasional*****
    Barisan Nasional mesti wujudkan syarat asas kepada sesiapa yang ingin mendapat pencalunan jawatan parti (termasuk peringkat cawangan) atau calun pilihanraya tak kira UMNO, MCA dan MIC. Sekiranya diteruskan mereka hanyalah menjadi beban kepada Barisan Nasional kerana jadi bahan kempen part pembangkang. Cadangan saya ini tiada kepentingan peribadi kerana saya lebih berminat karier saya daripada kerjaya politik. Jadi dengarlah pandangan rakyat biasa ini yang juga seorang ahli UMNO biasa.
    Antara syarat2 pemimpin:
    1. ***Depa dan ahli keluarga terdekat tidak pernah ada rekod kesalahan atau tatatertib dari mana2 pihak.****
    Rakyat biasa tidak akan terima depa sebagai pemimpin walaupun diberi penerangan seberapa baik yang boleh, masih akan diotolak oleh rakyat Malaysia kerana pembangkang pasti berjaya main isu peringkat kebangsaaan secara berulang2 kali, bertahun2.
    2.*** Mempunyai pengalaman kerja.****
    Keutamaan harus diberi kepada yang mempunyai rekod perkhidimatan cemerlang dan dikenali ramai dan boleh dipercayai diantara kakitangan kerajaan ,swasta dan pemimpin NGO. Misalnya bekas Presiden CUEPACS, FOMCA, ABIM, pemimpin Hindraf, pemimpin Persatuan sukarela kaum masing2, doktor kerajaan yang telah berkhidmat lama di Pusat Kesihatan Daerah, guru2 sekolah yang dihormati orang kampung, Tok Imam2 yang baca khutbah . Terlalu ramai yang boleh kembalikan kegemilangan BNasional. Kalau ketua2 Bahagian dan Cawangan merajuk, biar pi kat depa. Jaga hati depa pun tak tentu boleh menang.Silap2 lagi lingkup. Dah terlalu ramai ahli UMNO sendiri dah mulai tak berminat dengan UMNO angkara perbuatan pemimpin2 UMNO eringkat Cawangan dan Bahgian. Bagaimanapun Ketua Cawangan dan Bahagian yang baik2 harus dikekalkan.
    Orang muda yang tiada pengalaman bekerja di kalangan calun Pakatan Rakyat pun menang PRU lepas terutama di Selangor. Tapi cuba tengok, apa depa boleh buat selain daripada buat kecoh! BNasional harus guna isu ini untuk balun Pakatan Rakyat yang tak ada pengalaman bekerja! Wakil Rakyat mesti ada pengalaman bekerja, baru tahu pbuat kerja. Kalau tidak duk harap sepenuhnya kepada pembantu berpengalaman. Silap2 dapat pembantu pakar putar belit alam yang berpengalaman!
    3. ***** Pemimpin Cawangan dan Bahagian mengalami kekalahan PRU lepas haruslah melepaskan jawatan walaupun sekiranya depa bukannya calun Pilihanraya.****
    Depa punca utama kekalahan BNasional. Depa tak ada pengaruh kepada penduduk setempat. Jangan marah ye. Kalau kamu kekal pun tak akan dapat memberi apa2 faedah kepada diri sendiri sekiranya Pakatan Rakyat menang besar PRU akan datang.
    4. ***Pencarian pemimpin muda****
    BNasional kena rajin sikit. Cari pemimpin dan bakal calun PRU akan datang secara agresif mulai sekarang. Pemimpin Pemuda dan Puteri dicari segera terutamanya lepasan Universiti tempatan kerana depa dikenali oleh rakan sebaya. Pelajar2 Universiti depa ada networking melalui email, facebook, dan pelbagai network internet yang kita yang tua2 ini tak faham. Cari yang baik2 lagi terkenal seperti bekas pemimpin pelajar. Maka ramailah student Universiti tempatan akan menyokong BNasional. Depa ini sangat penting,Tolong beri perhatian depa sangat penting. Tersangat penting kerana boleh mempengaruhi fikiran ibubapa dan rakan2 sekampng mereka bila mengundi. Depa selalu baca bahan2 politik di internet, selalu memeprcayai cerita2 pembangkang yang mempunyai laman web yang teramat banyak berbanding dengan laman penyokong BNasional. Pelajar2 Universiti yang Melayu dah sebati dengan PAS sementara bukan Melayu pula saya percaya telah diserapi ajaran2 DAP. Para Pensyarah IPTA majoritinya sokong pembangkang tapi berlakun sokong kerajaan.
    Maka di Universiti tempatan lah *****punca merebak kanser**** membenci BNasional. Tak cukup dengan tu, pemimpin Parti pembangkang selalu pi luar negara untuk meraih sokongan pelajar luar negara . Perlaburan Parti pembangkang,nampak tersangat berhasil sekarang. Ini telah berlaku cukup lama tetapi tidak diberi perjatian serius oleh Menteri Pengajian Tinggi sebab dia terlalu percaya kat Naib Canselor yang bukan sahaja berkhidmat untuk Menteri tetapi perlu mendapat sokongan pensyarah Univeristi masing2 supaya senang hidup, aman tenteram. Timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar pula perlu yang betul2 berpengalamn. Jangan nak lanyak student. Belajar pujuk student lagi pun itu memang kerja dia , rayu bukan main belasah saja sehingga bertambah benci student kat dia!
    Ini cuma pandangan saya sahaja. Tanyalah Tun yang lebih pengalaman.
    Mohon maaf sekiranya menyakit hati sesiapa. Selamat Menyambut Eidul Fitri kepada semua tanpa mengira Parti atau kaum . Berhati2 di jalan raya. Semuga kehidupan kita semua mendapat berkat dan keredhaan Allah Ta’ala.

  19. Che Det,
    Satu ahli satu undi untuk Presiden dan Timbalan Presiden
    atau bersama naib-naib presiden, G7 untuk seterusnya dan yang lain.
    dan
    Majlis Presiden(siapa mereka)
    dengan salam

  20. Apa khabar Tok Det
    Selamat Hari Raya ….Maaf jika ada tersalah tulis atau terkasar bahasa didalam penulisan saya sehingga menguriskan hati…semoga Tok Det memaafkan salah silap saya , sempena Aidil fitri yang mulia ini .
    Berkenaan masalah Kouta…saya bukan ahli umno dan juga mana-mana ahli parti yang berada diMalaysia..jadi jawapan saya tidak tahu . Cuma pandangan saya berkenaan masalah ini , Mudah-mudahan tuhan akan memberi kita pentunjuknya .

  21. Dear Tun, salam Ramadan selamat berpuasa harap sihat. Kiriman saya untuk tajuk ini….
    ………….MENANG PRESIDEN JAMIN PILIHANRAYA
    Sebab itu berlaku timbalan letak jawatan 1986 (Musa), 1987 (Ku Li), 1998 (Anwar), 2009 (Pak Lah). Sebab itu ada undi bonus (pasca Ku Li), kuota pencalunan (pasca Anwar) dan hapus kuota (pasca Pak Lah). Siapa yg nak jadi presiden atau mahukan presiden yg ikut telunjuk?
    Siapa orang ditengah tengah semua ini selama lebih 22thn. Harimau merintih arnab yg mengganggu kesejahteraan hutan selepas semua kena cakar.
    ………….MOUSE TRAP
    Undi bonus, kuota pencalunan tak berjaya krn ia perangkap tikus, bukan menahan pembiakkan tikus. Ia tengadah setelah terantuk. Ia diilhamkan orang yg mimipikan kuasa berlanjutan. Cuba menghalang pencabar mcm pakai bomoh hujan.
    ………….MAKAN SUAP
    Nak makan suap seperti juga jenayah, mesti ada peluang dan keupayaan. Peluang datang dari konsesi diberi selama 52thn. Keupayaan dibina dalam masa 22thn. Siap sedia dan penyerahan pada 2003.
    Nak salahkan orang, ikut sumbangan penyertaan. Dari 52thn hanya satu orang menyumbang 22thn, hampir separuh hayat. Ini belum campur menyorak dari tepi.
    Salah pengamal? Apa maksud pimpinan melalui teladan, bersih, cekap amanah? Kalau dulu ini semua bukan laungan saja, mustahil bulan purnama dalam sehari. Kenapa perasuah yg boleh ‘rosakkan bangsa dan negara’ (quote) tak kena ISA, tapi penulis, wartawan dan wakil rakyat yg kena.
    Ada negara tembak mati orang makan suap. Di M’sia, dapat teguran saja krn kulitnya? Tak ada orang berani unjur hukuman berat? Kan ini soal bangsa dan negara. Maruah dan martabat.

  22. SOALAN 1 : MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO, SIAPAKAH YANG AKAN
    DIDAPATI BERSALAH DAN AKAN SAMADA DIGANTUNG, DIPECAT
    APABILA ADUAN DIBUAT?
    JAWAPAN: I. BAHAGIAN YANG TIDAK MENCALONKAN CALON WAHYU.
    II. AHLI UMNO YANG AKAN BERTANDING KETUA BAHAGIAN DAN
    AKAN MENCALONKAN CALON PRESIDEN DAN TIMBALAN YANG
    LAIN.
    SOALAN 2 : SIAPAKAH PULA YANG TIDAK AKAN DIDAPATI BERSALAH WALAUPUN
    BANYAK ADUAN DIBUAT?
    JAWAPAN : MEREKA YANG AKAN MENCALONKAN CALON KESUKAAN UMNO PUSAT.
    TUNJUKKANLAH APA SAJA BUKTI PUN, JAWATANKUASA DISIPLIN
    AKAN TUTUP FAIL SAHAJA. PALING TERUK PUN SEKIRANYA ADA
    BUKTI KUKUH, MEREKA SEKADAR DIBERI AMARAN TAPI MASIH
    BOLEH BERTANDING.
    KESALAHAN YANG SAMA DARI PIHAK LAIN YANG TIDAK MENYOKONG
    CALON UMNO PUSAT AKAN DIHUKUM PECAT, GANTUNG, DAH
    MENANGPUN AKAN DIGUGURKAN JUGA. BAGI KUMPULAN INI, TAK
    PERLU ADA BUKTI PUN. CUKUP SEKADAR ADUAN ATAU PERANGKAP.

  23. Tun
    today, you openly criticised Samy Velu for staying around too long, and acknowledged he has lost not only his community support but risks the popularity of Barisan in whole.
    Did it take you this long to realise this? Why?
    And when you were in the helm, wasn’t Samy wasn’t one of your bosom buddies…getting cakes fed during Deepavali open homes, getting garland at the MIC General assembly, all the close hugging and cuddling you’ve done with your mate Samy, and getting Samy to do your bidding in the Works and Energy ministry must have been long lost memories for you now?
    With your recent statements about Samy, you keep continuing to prove your hyporcrisy
    And I still come back to your lack of good governance and lack of succession planning. The parties (UMNO, MIC, MCA) all had their fair share of cronyism, corruption, vote buying, poor regulations, indiscipline…yet you don’t openly admit you did not do enough to ensure the Barisan of today will be a lot stronger…rather, you’ld blame it on Tun Abdullah, PM Najib, Samy Velu and everyone else but you…
    Why do you think you have no blame to wear – why do you think you, who established the new UMNO, as founding father of the new UMNO had no responsibility to leave an organisation that is both free of corruption and has simple and efficient leadership succession opportunities?
    And you know what – you wont’ answer these very questions, because you know you have failed. You are not the progressive leader you make yourself out to be…you know you have not bridged Malaysians and made them resilient to the challenges of the world.
    What you have done is stifled creativity, honesty, integrity right from the leaders to the grassroots.
    Lastly, your book “The Malay Dilemma” should have actually been about ” The Malaysian Dilemma” – why, don’t you see all Malaysians of different creed, color as YOUR PEOPLE?
    Lets hear it from you Tun – it’s about time you owned up to your failings.
    (Ravi)

  24. 1. Sistem Kuota atau undi bonus masih ada jalan menyeleweng dan menipu untuk menang.
    2. Cadangan sebelum ini adalah supaya semua alhi di peringkat bahagian akan mengundi. Tapi apa yang kedengaran adalah sistem kuto dihapuskan tapi perwakilan sahaja akan ditambah. Adakah ini bererti cadangan semua ahli mengundi telah ditolak?
    3. Kalau hanya jumlah perwakilan ditambah, maka bajet pelaburan oleh calon yang bertanding akan lebih tinggi kalau nak menang. Harga satu undi menjadi lebih tinggi kerana ramai yang akan bertanding bila tiada lagi kuota.
    4. Maka ramai lah yang berebut nak jadi perwakilan kerana pendapatan semasa perhimpunan boleh makan selama dua hingga tiga tahun. Kereta baru dan hand phone blackberry pasti berganti.
    5. untuk itu, bakal calon akan mula mengumpul peruntukan menerusi projek, permit, AP. Siapa yang kumpul banyak duit maka tiadalah masalah mendapat sokongan perwakilan.
    6. Harus diingat kuota bukan saja dihapuskan untuk jawatan MT, Presiden, Timbalan dan Naib sahaja malah jawatan ketua bahagian ketua pemuda, wanita, puteri juga mesti turut dihapuskan
    6. Calon bertaraf PPRT akan lihat saja. Sekadar jual air liur sahaja.
    7. Menjadi Ketua Bahagian juga akan menjadi rebutan kerana mereka akan menjadi power broker. Untuk menang jawatan Ketua Bahagian, calon akan dan terpaksa melakukan antaranya perkara berikut:
    a. mempastikan caWangan yang tidak menyokong calon akan
    diharamkan dari bersidang atas alasan teknikal.
    b. membuat mesyuarat bahagian secara diam-diam supaya cawangan
    yang tidak menyokong terlepas dan tidak hadir.
    c. membawa pengundi hantu dari pelajar IPT mendaftar sebagai
    ahli cawangan semua mengundi mengikut kehendak mereka.
    Peliknya, bilangan ahli UMNO cawangan lebih ramai dari jumlah
    penduduk kampung iu sendiri
    d. mengkautim Unit IT di Pejabat UMNO Pusat di PWTC agar
    mendaftar ahli hantu ini.
    e. mengkautim Jawatankuasa Disiplin UMNO agar jangan melayan apa
    saja aduan tentang calon ketua bahagian itu.
    f. Meminta Jawatankuasa Disiplin UMNO memecat si pengadu dari
    keahlian UMNO kerana membuat aduan.
    g. Memasang perangkap agar calon lawan di tangkap SPRM atas
    alasan rasuah. Perangkap SPRM akan lengkap dengan perakam
    video dan wangnya disediakan. Ini kerana SPRM memang
    tak ada wang. Maka calon Katua Bahagian akan memberi
    kerjasama menyediakan wang. Rasuah tak akan berlaku kalau
    pemberinya tiada wang. Tapi kalau ada pihak bantu menyediakan
    wang maka penyedia wang juga perlu dianggap bersubahat
    memberi rasuah. Dalam sejarah BPR/SPRM mana ada pemberi wang
    UMNO dikenakan tindakan.
    h. Ketua jabatan atau pengarah pelajaran negeri akan diminta
    menukarkan tempat kerja pegawai kerajaan terutama guru yang
    tidak menyokong calon ketua bahagian tertentu.
    8. Ketua Bahagian yang menang akan meletak syarat untuk menjadi
    calon Parlimen dan seterusnya jawatan kabinet atau senator atau
    jawatan pengerusi tertentu ataupun projek direct nego.
    9. Putaran dunia terus berlaku. Calon MT perlu membayar untuk
    menang. Calon Ketua Bahagian perlu membayar untuk menang. Punca
    kewangan adalah dari projek, permit dan saham. Punca projek
    adalah dari direct nego dan kos projek menjadi tinggi. Sebuah
    projek direct nego sebuah IPTA baru-baru ini naik dari 19 juta
    kepada 29 juta. Bangunan adalah masih yang sama cuma kos saja
    berubah. Ini adalah untuk membayar kos pelaburan memegang
    jawatan dalam UMNO yang telah dilaburkan.
    10.Sebuah bangunan yang dibayar 29 juta tapi nilaian JKR hanyalah
    19 juta. Jadinya rakyat menanggung 10 juta itu untuk kemenangan
    calon perhimpunan UMNO.
    11. Projek pula terus dijual kepada pihak ketiga untuk dapatkan
    upfront berjuta itu segera.
    12. Pihak ketiga pula akan sub kon kepada pihak keempat dengan
    keuntungan tertentu. Pihak sub kon pula akan mengambil
    keuntungan dia pula. Jadi berapakah sebenarnya harga bangunan
    itu? Jadilah bangunan yang banyak kecacatan.
    13. Maka bajet baru akan dipohon untuk membaiki kecacatan. Proses
    terus berulang. Direct nego akan berulang, jual kontrak akan
    berulang. Berapa pula kos membaiki kecacatan ini pula?
    Inilah bahana bila jawatan dalam parti menjadi sumber kekayaan pada masa kini. Tak seperti dulu, hanya mereka yang bersemangat juang yang tinggi saja dipilih. Mereka ini ada yang sudah meninggalkan kita tetapi tidak kaya. Ada bekas Timbalan Menteri yang menyewa rumah yang murah.
    Jawatan UMNO kini memilih siapa yang ada kaitan. Anda anak siapa, menantu siapa, adik siapa, isteri siapa. Adakah anda anak bekas KSU, menantu YAB dan YB. Ayah anda masih berkuasa lagi ke? Siapa kontraktor di belakang anda? Kereta anda jenis apa. Lampu bulat atau lampu kacang
    BIARLAH MEREKA TERJUN DENGAN LABU-LABU NYA. APAKAH SATU HARI PEMIMPIN KIGTA AKAN TERDIRI DARI PENJUAL IKAN, JURUKAMERA, PENIAGA GERAI PASAR MALAM, PELIWAT SEPENUHMASA ATAU PENUNJUK PERASAAN SEPENUH MASA.

  25. Assalamualaikum Tun Dr Mahathir and family,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
    Saya sokong penuh jika ahli dapat mengundi terus sebab last election
    Buaya dah sapu semua post melalui Egen-Egennya.
    Marilah kita pikir2kan……Insyaallah berhasil…..+ puas hati….
    pastu kita fokus tuju Wawasan2020 tanpa gentar dan bersemangat!!!

  26. 6. Selepas itu mahkamah telah putuskan bahawa UMNO adalah parti haram. Walaupun UMNO dapat dipulih, sebilangan ahli dan pemimpin UMNO telah berpisah daripada parti untuk menubuh parti serpihan. Ternampak jelas pertandingan untuk jawatan tertinggi boleh memecah dan melemahkan parti.
    7. Majlis Tertinggi UMNO, telah bincang kemungkinan perkara ini berlaku lagi dan memutuskan bagi mengelak perwakilan menidakkan keputusan Bahagian, sesiapa yang dicalon oleh Bahagian akan dapat 10 undi bonus.
    8. Malangnya apabila Dato Seri Anwar mencabar Tun Ghaffar, entah bagaimana jumlah bahagian yang mencalonkan Anwar begitu tinggi sehingga undi bonus shaja pun boleh kalahkan Ghaffar. Tun Ghaffar terpaksa tarik diri dan Anwar pun naik jadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
    9. Ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku kerana undi bonus. Nampaknya ada cara untuk menguasai bahagian sehingga perwakilan kehilangan hak mengundi sama sekali. Jelas sistem bonus boleh disalahgunakan.
    artikle yg menarik terutama bhg ini………mybiz http://mygvo.webs.com/gvo2.htm

  27. Dear Tun Dr M,
    Apa jua pertandingan dan pencalonan, memanglah melibatkan lebih daripada satu pihak. Sebelum rujukan lain, perlembagaan parti haruslah diteliti oleh Pendaftar Pertubuhan Negara (ROS). Selepas kelulusan ROS , barulah pemilihan parti dilaksanakan. Pemilihan mana-mana badan pertubuhan haruslah dikendalikan kesemuanya oleh ROS dengan sokongan pihak penguatkuasa yang ditugaskan. Keputusan ROS haruslah diterima dan dianggap muktamad. Ini bererti pengelola pertandingan tersebut haruslah adil kepada kesemua yang bertanding.
    Kebanyakan penyelewangan parti berlaku dengan berleluasa dalam cawangan. Akar umbi parti mudah terpedaya dan diperalatkan oleh Presiden dan pengikutnya.

  28. Royal brawl out in the open
    By LOH FOON FONG
    KUALA LUMPUR: A brawl which allegedly erupted between two royal families last year has now blown up openly with one side demanding for a RM50mil compensation.
    Tunku Nadzimuddin Tunku Mud­zaffar, a grandson of the late Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan, is publicly accusing Raja Muda of Johor Tunku Ismail Idris of putting a gun to his head and hitting him repeatedly for

  29. Salam Tun,
    I was one of them who really felt sad and regretted by the MIC delegate who mentioned about the garland. But today I admire and you have proved that your are a great leader when I read your comments about it in today’s papers. Nobody can deny the tremendous developments that you brought to this country. You are always my favourite leader. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Thank You.

  30. Y.A.B Tun Dr Mahathir Dan Isteri, Serta Keluarga,
    Assalamu Alaikum,
    May I take this opportunity for my very first words to your website, to wish you and your dear family Selamat Hari Raya Idil Fitri.
    I hope to read many more of your articles. I find it very enlightening to hear first hand from yourself of your experiences as the leader of your great country.
    Doa for your good health always. Ameen.
    Regards
    A.Kader

  31. Salam.
    Semoga kesihatan Tun dan Keluarga dalam keadaan sihat . Inshaallah.
    yang mrosakkan Umno adalah orang UMNO bukan parti . jika hati mereka busuk dari awal macam mana system pun . perkara busuk dan tidak baik akan berlaku juga…. jika hati mereka iklas dan bersih . keburukkan dapat di jauhkan…masalah dapat di atasi dengan cepat….

  32. Assalammuailaikum YDH Tun Yang Di Kasihi, saya orang biasa tak pernah main politik, cuma bekas kakitangan kerajaan semasa Tun Perdana Menteri dulu. Masa Tun mentadbir negara adalah masa yang paling gemilang dan berjaya. Dan saya yakin kegemilangan itu tidak akan dapat diulangi oleh sesiapa pun Perdana Menteri selepas ini.Untuk itu harapan saya agar semua pihak mengikut nasihat,saranan dan pandangan Tun tanpa merasa ragu dan curiga kiranya mahu melihat negara terus maju dan Barisan Nasional terus mentadbir negara…kalau tak!!….kita sama-sama tunggu dan lihat……….

  33. Salam Tun
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Tun sekeluarga. Terima kaseh ke atas jasa Tun kepada negara dan saya rasa susah untuk orang lain buat apa yg Tun buat kecuali dia mempunyai disiplin dan nilai yg sangat tinggi. Moga-moga amalan Tun diterima Illahi.
    Saya bersetuju dengan komen dan prinsip Tun tentang pemimpin yg bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan sesuati parti politik (re: Samy Vellu). Kalau partnya berjaya dan kekal berjaya, the leader can stay on. Tetapi once the parti fall and the leader also loses his constituency, then, no matter how hard it is, he should go. For some people it is very hard and it takes longer to realise. In that I have to praise you and many other leaders (including AAB) who had the courage to go when you knew it was time to go. I will remember your contribution to the country.
    Tun, I would like to bring your attention to the plight of the Penan girls, some of them have been sexually abused by timber workers such as when they take lift on timber trucks to go to their schools, but they get sexually abused instead. Also, many indigenous people in the interiors of Sarawak are facing starvation because of the poor harvest and also their inaccesibility and their land area used to grow crops (they are a nomadic tribe always on the move) have been reduced substantially due to logging activities. Sometimes to reach them, it takes 10 hours by timber truck and also bridges are needed to reach them. I don’t know if the Sarawakian Government seems to be taking this seriously or not. I hope Tun can assist.
    Thank you once again.

  34. Tun,
    Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
    Maaf Zahir Dan Batin dari saya sekeluarga.
    Teruskan perjuangan Tun.
    Semoga Allah membantu Tun dlm perjuangan mu itu.

  35. Tun,
    Kenapa tak nak belajar daripada Amerika Syarikat, di mana “sistem Primary” telah lama dilaksanakan oleh parti politik untuk mencalonkan petanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat? Kalau semua ahli-ahli Umno dapat mengundi, kesemua ahli-ahli ini mestilah dibayar oleh seseorang petanding untuk jawatan Presiden Umno. Kalau sistem politik wang adalah sistem yang disukai oleh kebanyakan ahli-ahli Umno, biarlah semua ahli-ahli diberikan peluang yang saksama untuk menerima duit rasuah! Ini barulah dapat mencapai keadilan di seluruh golongan ahli-ahli Umno! Biarlah taukeh besar yang kaya dan mampu membayar terpilih sebagai Presiden Umno. Dengan cara ini barulah matlamat suci Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan taraf ekonomi Bumiputra dapat dicapai. Bukankah ahli-ahli Umno selalu berfikir bahawa taraf ekonomi bumiputra adalah bermaksud sama dengan “jumlah wang tunai yang disimpan dalam kocek setiap ahli-ahli Umno”?
    Apalagi reformasi yang diperlukan oleh Umno kalau bukannya reformasi yang tersebut di atas?
    Onlooker

  36. Assalamualaikum Tun,
    Pendapat saya, apa sahaja Sistem yang pernah dijalankan semuanya baik, yang tak baiknya orang orang yang melaksanakan sistem tersebut, iaitu orang2 yang bersifat Pepat dimulut tetapi Rencong dihati.
    Selagi tiada ada Kejujuran, Keluhuran dan Keikhlasan dimana2 peringkat sekalipun, apa sistem pun nescaya tidak akan sempurna.
    Yang mustahaknya bersehkan dulu manusia2 yang mengamalkan gejala kotor jangan kira dia siapa, anak siapa, menantu siapa, daripada peringkat atasan hingga bawahan, termasuk anggota Lembaga Disiplin, jangan lagi ada kedengaran, siA dan siB buat kesalahan yang sama, tetapi yang peliknya hukuman tak sama, kebetulan yang seorang tu pula ada kait2..ngan.
    Percayalah orang sanggup mengeluarka duit yang banyak untuk mengaut pula duit yang banyak, apa tidaknya umur berpolitik baru setaun jagung tapi sahamnya mencecah beratus juta..Duit buat Duit..
    Sekian , dan Selamat berpuasa serta SELAMAT BERHARIRAYA BUAT TUN SEKELUARGA MAAF ZAHIR BATIN..Jaga diri Tun.

  37. Hey there Tun,
    Good day to you,
    I’ve recently come across to your blog from http://i-m-blogger.blogspot.com/ here, and I just discover to your site, I found your site to be quit interesting and weird but then fine.
    I’ve met you and shake your hand once when i was kid, around 12 or something and it was very exiting for me, and it’s even more happier for me when i discover that we share the same birth day and month unfortunately not the year. hehe 🙂
    It was so nice to found a site updated by yourself and i’ll keep up with your recent post.
    Have great day 🙂

  38. Tun,
    UMNO bukan sahaja perlu menghapuskan sistem kouta malahan juga yang lebih penting perlukan “re-vitalization” sekiranya UMNO ingin terus relevan.
    Amat sedih melihat ramai orang yang ingin memegang jawatan tinggi didalam UMNO bukan kerana the “spirit” untuk menentukan UMNO terus maju kedepan, tetapi lebih kepada “the spirit of enriching oneself!”
    Harap PM, DPM, MT UMNO dan semua yang benar-benar ikhlas untuk mengangkat UMNO ketahap yang lebih tinggi untuk mencari formula yang baik untuk diimplementasi. Diharapkan mereka yang memegang jawatan didalam UMNO “kikis” nafsu untuk menyapu bersih segala peluang yang ada untuk menjadi “hartawan” segera. Sebaliknya mereka harus bersifat rendah diri serta melihat penglibatan mereka didalam UMNO sebagai satu ibadah dan tanggung jawab untuk UMNO serta rakyat!
    Tidak dapat dinafikan hanya apabila tiba masa Pilihan Raya baru kita lihat ramai orang UMNO/BN datang berkunjung kekawasan kita tetapi setelah berjaya merebut kerusi tersebut….”they seem to disappear!” Rakyat kini sudah dapat membuat penilaian dan tambahan pula media alternatif berkembang pesat – dimana “rumour” dan “gossip” akan menjadi “kenyataan.” Jadi siapa yang harus dipersalahkan didalam hal ini?
    “Time is the essence” dan sekiranya UMNO tidak mengambil inisiatif untuk “re-evaluate its position” serta “coming up with a comprehensive plan of action” untuk “pull” bukan sahaja ahli UMNO yang sedia ada bahkan juga minat generasi muda untuk bersama-sama menyertai serta menjiwai UMNO maka……”I rest my case!”
    Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada Tun, Tun Hasmah serta keluarga Tun. Tidak lupa juga kepada para bloggers yang berugama Islam.

  39. Sex-in-a-car couple gets a stay on caning sentence
    SHAH ALAM: The Syariah High Court here Thursday allowed a stay on the caning sentence that was imposed on an unmarried Muslim couple who tried to have sex in a car in May.
    Syariah judge Mohammad Khalid Shaee @ Shaii, who allowed the couple

  40. Tun,
    A true leader do not fear challenges and excel in adversities. It is only those who were in POWER through BACKDOORS breed DIVIDE and RULE in SELF DENIALS of 1 SUPERIRITY over THE RESTS!
    The results of PRK and PRU speaks loudly on the voice of The Rakyat/People/Grassroots. The only QUOTA/CRITERIA is to pay your DEPOSITS and SUBMIT your NOMINATION PAPERS with your SECONDERS and let The Rakyat/People/Grassroots decide!
    KUDOS to OTK to get back to the DELEGATES to determine OTK and CSL

  41. Assalamualaikum,
    Ke Hadapan Y. Bhg. Tun yang di kasihi,
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tidak lama lagi seluruh rakyat malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Y. Bhg. Tun, berkenaan dengan sistem pemilihan pucuk pimpinan parti khasnya UMNO juga mana-mana parti komponen BN lain, apa saja kaedah pemilihan (pertandingan) yang diguna pakai tidak akan menjamin sama ada calon yang menang dalam pertandingan itu benar-benar adalah merupakan calon yang mewakili suara hati rakyat jika mentaliti CUKUP DUIT UNTUK BERTANDING masih dianggap sebagai syarat utama yang tersembunyi untuk seseorang itu melayakkan diri bertanding dalam mana-mana jawatan.
    Saya merupakan individu yang datang dari generasi muda dan hanya mampu menilai ehwal perkembangan politik dari era awal kemerdekaan sehinggalah kini terhad melalui sumber yang diklasifikasi sebagai peristiwa sejarah dan dari buku / artikel hasil penulisan golongan yang pada saya secara peribadi adalah merupakan golongan ahli fikir. Namun, penghormatan dan sanjungan peribadi saya itu hanya terhad kepada kumpulan penulis yang berkarya secara ilmiah, sama ada dalam bentuk pendedahan / visi / kritikan / cadangan atau hipotesis yang disokong oleh alasan atau bukti kukuh, dan juga melalui rujukan mana-mana jurnal. Selain itu, tercetusnya kesedaran dan kefahaman saya dalam menilai ehwal politik berlaku secara semulajadi apabila saya mengerti dengan jelas akan maksud sebenar MASA DEPAN dan HAK saya sebagai rakyat Malaysia berpandukan kepada apa yang telah berlaku di hadapan mata. Sekurang-kurangnya, saya sama sekali tidak akan berpandukan kepada apa jua hasil penulisan yang berbentuk mencarut, mengarut, menghina atau sebarang unsur luar biasa kerana saya seorang yang berpegang dan sentiasa percaya bahawa, pembacaan adalah merupakan proses penyerapan ilmu. Oleh sebab itu, kepada sekalian pembaca budiman, berhati-hatilah dengan apa jua bahan bacaan anda.
    Yang dikasihi Tun,
    Di daerah asal saya, ketika pemilihan perwakilan UMNO bahagian yang lepas, saya telah menyaksikan dengan jelas kerancakan perjalanan kempen bagi individu yang dicalonkan dalam perebutan pelbagai jawatan. Namun, saya tidak terlibat kerana saya baru menyertai UMNO secara on-line hanya ketika selepas pengisytiharan oleh YB Dato Mukhriz akan penyertaan semula Y. Bhg. Tun ke dalam UMNO. Ramai diantara individu yang bertanding itu adalah merupakan kenalan saya. ( Saya juga belajar melalui pengalaman yang saya saksikan semasa pemilihan tersebut sekiranya saya ingin bertanding kelak, saya mesti membentuk puak atau kumpulan saya sendiri kelak jika ingin menang ). Untuk ini, saya memohon kepada Y. Bhg. Tun dan sekalian pembaca budiman untuk memperbetulkan sekiranya persepsi saya tentang kaedah pemilihan dalam UMNO adalah salah.
    Dari segi logik, saya akui bahawa tidak ada kejayaan yang dicapai secara berseorangan namun saya terfikir, tidakkah tindakan membentuk kumpulan-kumpulan tertentu dalam parti yang sama akan mengundang risiko perpecahan dan pertikaian dalaman kelak? Sekalipun ketika bersua sesama mereka mulut dan muka manis menguntum senyuman sambil bersapa mesra, namun dalam diam, masing-masing menunggu peluang untuk bertikam sesama sendiri. Ketika itu saya terfikir, adakah sememangnya begini suasana yang perlu saya hadapi sekiranya saya berniat untuk menyertai mana-mana parti politik? Sekiranya itu adalah kempen pilihanraya yang melibatkan beberapa buah parti dan calon, saya masih boleh terima kerana itu adalah perjuangan mempertahankan ideologi dan manifesto. Akan tetapi, mereka ini adalah dari satu parti yang sama, asas perjuangan yang sama, dan saya kira MUNGKIN sama-sama berniat untuk memajukan anak bangsa. Apa yang lebih menyedihkan, di daerah kecil saya itu, hampir kesemua penduduk disitu sekalipun berbeza dalam anutan agama namun masih mempunyai pertalian kekeluargaan diantara mereka tidak kira rapat atau sekadar tinggal bau-bau bacang sahaja.
    Saya tidak terkejut sekiranya ada pihak yang terdorong satu ketika nanti untuk membuat penyelidikan ilmiah berkisar tentang sebab utama kepada punca perpecahan masyarakat di daerah saya, dan hasil dari kajian tersebut menyimpulkan bahawa sebab utama adalah kerana perbezaan ideologi politik, saya masih menganggap itu adalah normal sekalipun tidak sihat. Namun, saya pastinya tidak akan dapat menyembunyikan perasaan malu dan sedih saya sekiranya hasil kajian tersebut mendapati penyebab utama kepada perpecahan masyarakat adalah disebabkan hanya kerana berada dalam puak yang berbeza dalam satu parti komponen yang sentiasa megah kerana pernah jadi asas kepada perpaduan kaum Melayu seterusnya bangsa Malaysia suatu ketika dulu.
    Berbalik kepada cerita pemilihan tadi, saya sempat bertanya akan perkembangan kempen dan pengalaman yang dialami kepada beberapa calon yang agak rapat dengan saya. Syukur kerana kesemua daripada mereka yang saya tanya itu teguh dengan pendirian bahawa amalan menabur wang untuk meraih undi adalah satu bentuk RASUAH dan merupakan satu KESALAHAN. Saya gembira dengan penjelasan mereka itu kerana ini merupakan satu petanda yang baik untuk legasi UMNO bagi generasi baru seperti saya. Namun, tanpa sedar mereka mengeluh bahawa kekurangan biaya (wang) semasa kempen adalah merupakan penyebab utama kepada punca kekalahan calon-calon tersebut kelak. Sambil merungut mereka berkata bahawa, ketika berkempen dari kampung ke pelosok kampung yang lain terlalu ramai orang-orang kampung yang mengambil kesempatan meminta pelbagai jenis permintaan dari meminta enjin sangkut bot untuk digunakan hadir semasa pemilihan perwakilan bahagian sehinggalah kepada meminta si calon tolong mengisi kad prabayar telefon bimbit mereka atas alasan untuk menelefon seterusnya mempengaruhi kenalan yang menjadi perwakilan di berlainan cawangan. Sekiranya dalam etika kerja, meminta atau menerima sebarang bentuk hadiah atau saguhati atau seumpamanya dengan tujuan untuk mempengaruhi atau kerana dipengaruhi oleh seseorang untuk membuat sebarang keputusan yang bersangkut-paut dengan kepentingan peribadi adalah satu bentuk rasuah. Sekiranya melibatkan pegawai badan awam, hadiah terbaik adalah Seksyen 17(1) APR 1997. Mungkin mereka ini menanti saguhati Seksyen 17(3) dibawah akta yang sama.
    Berdasarkan kepada pernyataan diatas, sekiranya si pengundi itu berniat untuk sama-sama berkempen tetapi telah kehabisan nilai panggilan kad prabayarnya, saya berpendapat bahawa sekiranya si calon pemilihan perwakilan bahagian itu murah hati mengisi kad prabayar empunya telefon bimbit tersebut untuk sama-sama berkempen, itu adalah satu tanggungjawab kerana adalah tidak wajar membebankan pengundi dalam usaha menentukan kemenangan yang saya rasa bersifat peribadi untuk merebut jawatan dalam perwakilan bahagian. Namun, saya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap apa jua tafsiran atau perbezaan maksud yang menafikan berlakunya penaburan wang sekiranya keadaan tersebut berlaku dimana beberapa ahli perwakilan dari sebuah cawangan, telah menelefon seorang calon dari perwakilan cawangan lain untuk datang di waktu tengah malam dengan alasan untuk sesi beramah-mesra, kemudiannya secara terang-terangan memohon “sumbangan” dalam bentuk kewangan atas alasan untuk keraian pada malam itu sambil menjanjikan sokongan dan undi kepada calon tersebut. Kemudian, si calon pula dengan menyerahkan sejumlah wang “keraian” bertegas menuntut janji kelak sambil berkata sekiranya beliau terpilih, lebih banyak “keraian” dan “sumbangan” yang akan diberikan kelak tetapi terhad kepada mereka yang mengundi beliau sahaja.
    Y. Bhg. Tun,
    Saya pernah bertanya kepada seseorang aktivis politik sekiranya berminat (dengan merujuk kepada seorang individu yang berpotensi), adakah individu tersebut berpeluang untuk merebut sebarang jawatan dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian akan datang kelak berdasarkan potensi diri? Aktivis itu menjawab bahawa trend masa kini siapa yang sanggup berhabisan wang dalam jumlah yang banyak, orang itulah yang akan terpilih. Kuasa = Wang. Untuk individu yang benar-benar memiliki potensi harus bersabar dan cukuplah sekadar AJK Pemuda atau Induk bahagian. Bersabarlah dengan kontrak-kontrak kecil dahulu, kumpul duit, bina rangkaian, seterusnya rebut jawatan yang lebih tinggi bila segala-galanya cukup. Saya tidak lagi bertanya soalan dengan lebih lanjut kerana bimbang saya tidak mampu menahan beban hasil dari pengetahuan yang saya peroleh hasil dari pertanyaan tersebut akan mengundang bahana terhadap pemikiran saya kerana, penjelasan tersebut amat berbeza sekali dengan persepsi saya terhadap perjuangan yang didokong oleh parti politik sebelum ini.
    Adakalanya saya sentiasa dikaburi akan kebaikan berada di dalam parti UMNO dengan sogokkan alasan seperti peluang, tender, kuasa dan karier seolah-olah hanya jika saya berdaftar dibawah Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu sahaja saya akan memperoleh perkara-perkara sedemikian rupa. Sampailah pada satu ketika dimana saya diberitahu bahawa, sekiranya kita benar-benar berniat untuk membela anak bangsa, kita hendaklah dibawah naungan satu persatuan yang dominan. Selain itu, dalam usaha merealisasikan impian untuk membentuk pembangunan bangsa, perkara yang paling utama adalah kewangan. Saya bersetuju, tanpa sumber kewangan, tiada kemajuan yang boleh dicapai. Wang adalah kata dasar kepada kewangan namun, perkataan wang dengan kewangan tidak memberikan pengertian yang serupa. Saya percaya kepada teori pengukuhan kewangan (ekonomi) adalah pemangkin kepada penjanaan kemajuan bangsa. Akan tetapi, amalan mengumpul wang melalui parti untuk kepentingan diri dan kerabat adalah persis damak beracun yang akan membunuh kepercayaan ahli-ahli parti yang lain terhadap barisan kepimpinan parti. Sudah pasti ini akan melemahkan parti dan berhentilah merungut tentang kekalahan yang dialami oleh parti dalam beberapa pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU13 sekalipun penyandang kepada kawasan tersebut sebelum ini sememangnya dari parti lawan.
    Kesimpulannya, tidak kira apa jua sistem pemilihan yang digunakan untuk menentukan pucuk pimpinan parti, jika wang jadi ukuran untuk menentukan kelayakan dalam sesuatu jawatan, ada baiknya berilah hak untuk menentukan siapa bakal pemimpin kepada golongan-golongan kaya sahaja. Kalau satu ketika dahulu golongan yang menyemarakkan perjuangan UMNO adalah golongan guru-guru dan cendekiawan. Zaman sudah berlalu. Angin perubahan yang berlaku mungkin kini hanya memerlukan orang-orang kaya sahaja untuk jadi pemimpin. Kita sedia maklum bahawa golongan hartawan adalah terdiri daripada golongan ahli perniagaan. Mungkin sudah sampai masanya untuk parti UMNO dan BN menjadi satu jenama perniagaan? Apakah perlu UMNO itu diniagakan?
    Wahai Pemimpin UMNO dan BN Sekalian,
    Kami sayangkan kerajaan yang ada ketika ini. Sayangkan anak, tangan-tangankan. Sayangkan bini, tinggal-tinggalkan. Sayangkan kerajaan, tukar-tukarkan? Kami tahu siapa yang benar-benar adalah pemimpin dan kami tahu siapa yang hanya sekadar tempelan. YAB Dato’ Seri Najib, saya yakin bahawa YAB Dato’ sedar akan hal ini. Tidak perlulah YAB Dato’ makan hati memendam rasa semata-mata untuk menjaga hati individu-individu tersebut kerana mereka ini tidak memiliki hati. Mereka cuma memiliki perut sahaja.
    Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin saya tujukan kepada seluruh bangsa Malaysia tidak kira kaum dan agama. Semoga berkat dari bulan Ramadhan ini Allah SWT akan memberi kita nur dan hidayah agar sama-sama dapat bersatu menyumbang kepada kemajuan negara kita seterusnya merealisasikan Wawasan 2020 berkonsepkan 1Malaysia. Amin. Wassalam.
    Salam Aidil Fitri,
    – Jes Elmer Barry Dawinda
    Kota Kinabalu, Sabah
    [email protected]
    P/S : Y. Bhg. Tun, tahun lepas saya ada menjemput Y. Bhg. Tun berdua untuk beraya bersama2 di Ranau, Sabah. Tun tak datang. Biarpun saya tahu Tun sibuk, mohon ampun kerana saya akan pastikan setiap tahun saya akan menjemput Tun sekeluarga datang beraya di rumah saya. Kerana Y. Bhg. Tun adalah merupakan tokoh yang paling istimewa yang tiada galang gantinya. Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa layanan istimewa akan tetapi, saya yakin Tun berpeluang menikmati juadah Hari Raya yang sedap ala kampung.

  42. Assalamualaikum,
    Ke Hadapan Y. Bhg. Tun yang di kasihi,
    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tidak lama lagi seluruh rakyat malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Y. Bhg. Tun, berkenaan dengan sistem pemilihan pucuk pimpinan parti khasnya UMNO juga mana-mana parti komponen BN lain, apa saja kaedah pemilihan (pertandingan) yang diguna pakai tidak akan menjamin sama ada calon yang menang dalam pertandingan itu benar-benar adalah merupakan calon yang mewakili suara hati rakyat jika mentaliti CUKUP DUIT UNTUK BERTANDING masih dianggap sebagai syarat utama yang tersembunyi untuk seseorang itu melayakkan diri bertanding dalam mana-mana jawatan.
    Saya merupakan individu yang datang dari generasi muda dan hanya mampu menilai ehwal perkembangan politik dari era awal kemerdekaan sehinggalah kini terhad melalui sumber yang diklasifikasi sebagai peristiwa sejarah dan dari buku / artikel hasil penulisan golongan yang pada saya secara peribadi adalah merupakan golongan ahli fikir. Namun, penghormatan dan sanjungan peribadi saya itu hanya terhad kepada kumpulan penulis yang berkarya secara ilmiah, sama ada dalam bentuk pendedahan / visi / kritikan / cadangan atau hipotesis yang disokong oleh alasan atau bukti kukuh, dan juga melalui rujukan mana-mana jurnal. Selain itu, tercetusnya kesedaran dan kefahaman saya dalam menilai ehwal politik berlaku secara semulajadi apabila saya mengerti dengan jelas akan maksud sebenar MASA DEPAN dan HAK saya sebagai rakyat Malaysia berpandukan kepada apa yang telah berlaku di hadapan mata. Sekurang-kurangnya, saya sama sekali tidak akan berpandukan kepada apa jua hasil penulisan yang berbentuk mencarut, mengarut, menghina atau sebarang unsur luar biasa kerana saya seorang yang berpegang dan sentiasa percaya bahawa, pembacaan adalah merupakan proses penyerapan ilmu. Oleh sebab itu, kepada sekalian pembaca budiman, berhati-hatilah dengan apa jua bahan bacaan anda.
    Yang dikasihi Tun,
    Di daerah asal saya, ketika pemilihan perwakilan UMNO bahagian yang lepas, saya telah menyaksikan dengan jelas kerancakan perjalanan kempen bagi individu yang dicalonkan dalam perebutan pelbagai jawatan. Namun, saya tidak terlibat kerana saya baru menyertai UMNO secara on-line hanya ketika selepas pengisytiharan oleh YB Dato Mukhriz akan penyertaan semula Y. Bhg. Tun ke dalam UMNO. Ramai diantara individu yang bertanding itu adalah merupakan kenalan saya. ( Saya juga belajar melalui pengalaman yang saya saksikan semasa pemilihan tersebut sekiranya saya ingin bertanding kelak, saya mesti membentuk puak atau kumpulan saya sendiri kelak jika ingin menang ). Untuk ini, saya memohon kepada Y. Bhg. Tun dan sekalian pembaca budiman untuk memperbetulkan sekiranya persepsi saya tentang kaedah pemilihan dalam UMNO adalah salah.
    Dari segi logik, saya akui bahawa tidak ada kejayaan yang dicapai secara berseorangan namun saya terfikir, tidakkah tindakan membentuk kumpulan-kumpulan tertentu dalam parti yang sama akan mengundang risiko perpecahan dan pertikaian dalaman kelak? Sekalipun ketika bersua sesama mereka mulut dan muka manis menguntum senyuman sambil bersapa mesra, namun dalam diam, masing-masing menunggu peluang untuk bertikam sesama sendiri. Ketika itu saya terfikir, adakah sememangnya begini suasana yang perlu saya hadapi sekiranya saya berniat untuk menyertai mana-mana parti politik? Sekiranya itu adalah kempen pilihanraya yang melibatkan beberapa buah parti dan calon, saya masih boleh terima kerana itu adalah perjuangan mempertahankan ideologi dan manifesto. Akan tetapi, mereka ini adalah dari satu parti yang sama, asas perjuangan yang sama, dan saya kira MUNGKIN sama-sama berniat untuk memajukan anak bangsa. Apa yang lebih menyedihkan, di daerah kecil saya itu, hampir kesemua penduduk disitu sekalipun berbeza dalam anutan agama namun masih mempunyai pertalian kekeluargaan diantara mereka tidak kira rapat atau sekadar tinggal bau-bau bacang sahaja.
    Saya tidak terkejut sekiranya ada pihak yang terdorong satu ketika nanti untuk membuat penyelidikan ilmiah berkisar tentang sebab utama kepada punca perpecahan masyarakat di daerah saya, dan hasil dari kajian tersebut menyimpulkan bahawa sebab utama adalah kerana perbezaan ideologi politik, saya masih menganggap itu adalah normal sekalipun tidak sihat. Namun, saya pastinya tidak akan dapat menyembunyikan perasaan malu dan sedih saya sekiranya hasil kajian tersebut mendapati penyebab utama kepada perpecahan masyarakat adalah disebabkan hanya kerana berada dalam puak yang berbeza dalam satu parti komponen yang sentiasa megah kerana pernah jadi asas kepada perpaduan kaum Melayu seterusnya bangsa Malaysia suatu ketika dulu.
    Berbalik kepada cerita pemilihan tadi, saya sempat bertanya akan perkembangan kempen dan pengalaman yang dialami kepada beberapa calon yang agak rapat dengan saya. Syukur kerana kesemua daripada mereka yang saya tanya itu teguh dengan pendirian bahawa amalan menabur wang untuk meraih undi adalah satu bentuk RASUAH dan merupakan satu KESALAHAN. Saya gembira dengan penjelasan mereka itu kerana ini merupakan satu petanda yang baik untuk legasi UMNO bagi generasi baru seperti saya. Namun, tanpa sedar mereka mengeluh bahawa kekurangan biaya (wang) semasa kempen adalah merupakan penyebab utama kepada punca kekalahan calon-calon tersebut kelak. Sambil merungut mereka berkata bahawa, ketika berkempen dari kampung ke pelosok kampung yang lain terlalu ramai orang-orang kampung yang mengambil kesempatan meminta pelbagai jenis permintaan dari meminta enjin sangkut bot untuk digunakan hadir semasa pemilihan perwakilan bahagian sehinggalah kepada meminta si calon tolong mengisi kad prabayar telefon bimbit mereka atas alasan untuk menelefon seterusnya mempengaruhi kenalan yang menjadi perwakilan di berlainan cawangan. Sekiranya dalam etika kerja, meminta atau menerima sebarang bentuk hadiah atau saguhati atau seumpamanya dengan tujuan untuk mempengaruhi atau kerana dipengaruhi oleh seseorang untuk membuat sebarang keputusan yang bersangkut-paut dengan kepentingan peribadi adalah satu bentuk rasuah. Sekiranya melibatkan pegawai badan awam, hadiah terbaik adalah Seksyen 17(1) APR 1997. Mungkin mereka ini menanti saguhati Seksyen 17(3) dibawah akta yang sama.
    Berdasarkan kepada pernyataan diatas, sekiranya si pengundi itu berniat untuk sama-sama berkempen tetapi telah kehabisan nilai panggilan kad prabayarnya, saya berpendapat bahawa sekiranya si calon pemilihan perwakilan bahagian itu murah hati mengisi kad prabayar empunya telefon bimbit tersebut untuk sama-sama berkempen, itu adalah satu tanggungjawab kerana adalah tidak wajar membebankan pengundi dalam usaha menentukan kemenangan yang saya rasa bersifat peribadi untuk merebut jawatan dalam perwakilan bahagian. Namun, saya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap apa jua tafsiran atau perbezaan maksud yang menafikan berlakunya penaburan wang sekiranya keadaan tersebut berlaku dimana beberapa ahli perwakilan dari sebuah cawangan, telah menelefon seorang calon dari perwakilan cawangan lain untuk datang di waktu tengah malam dengan alasan untuk sesi beramah-mesra, kemudiannya secara terang-terangan memohon “sumbangan” dalam bentuk kewangan atas alasan untuk keraian pada malam itu sambil menjanjikan sokongan dan undi kepada calon tersebut. Kemudian, si calon pula dengan menyerahkan sejumlah wang “keraian” bertegas menuntut janji kelak sambil berkata sekiranya beliau terpilih, lebih banyak “keraian” dan “sumbangan” yang akan diberikan kelak tetapi terhad kepada mereka yang mengundi beliau sahaja.
    Y. Bhg. Tun,
    Saya pernah bertanya kepada seseorang aktivis politik sekiranya berminat (dengan merujuk kepada seorang individu yang berpotensi), adakah individu tersebut berpeluang untuk merebut sebarang jawatan dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian akan datang kelak berdasarkan potensi diri? Aktivis itu menjawab bahawa trend masa kini siapa yang sanggup berhabisan wang dalam jumlah yang banyak, orang itulah yang akan terpilih. Kuasa = Wang. Untuk individu yang benar-benar memiliki potensi harus bersabar dan cukuplah sekadar AJK Pemuda atau Induk bahagian. Bersabarlah dengan kontrak-kontrak kecil dahulu, kumpul duit, bina rangkaian, seterusnya rebut jawatan yang lebih tinggi bila segala-galanya cukup. Saya tidak lagi bertanya soalan dengan lebih lanjut kerana bimbang saya tidak mampu menahan beban hasil dari pengetahuan yang saya peroleh hasil dari pertanyaan tersebut akan mengundang bahana terhadap pemikiran saya kerana, penjelasan tersebut amat berbeza sekali dengan persepsi saya terhadap perjuangan yang didokong oleh parti politik sebelum ini.
    Adakalanya saya sentiasa dikaburi akan kebaikan berada di dalam parti UMNO dengan sogokkan alasan seperti peluang, tender, kuasa dan karier seolah-olah hanya jika saya berdaftar dibawah Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu sahaja saya akan memperoleh perkara-perkara sedemikian rupa. Sampailah pada satu ketika dimana saya diberitahu bahawa, sekiranya kita benar-benar berniat untuk membela anak bangsa, kita hendaklah dibawah naungan satu persatuan yang dominan. Selain itu, dalam usaha merealisasikan impian untuk membentuk pembangunan bangsa, perkara yang paling utama adalah kewangan. Saya bersetuju, tanpa sumber kewangan, tiada kemajuan yang boleh dicapai. Wang adalah kata dasar kepada kewangan namun, perkataan wang dengan kewangan tidak memberikan pengertian yang serupa. Saya percaya kepada teori pengukuhan kewangan (ekonomi) adalah pemangkin kepada penjanaan kemajuan bangsa. Akan tetapi, amalan mengumpul wang melalui parti untuk kepentingan diri dan kerabat adalah persis damak beracun yang akan membunuh kepercayaan ahli-ahli parti yang lain terhadap barisan kepimpinan parti. Sudah pasti ini akan melemahkan parti dan berhentilah merungut tentang kekalahan yang dialami oleh parti dalam beberapa pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU13 sekalipun penyandang kepada kawasan tersebut sebelum ini sememangnya dari parti lawan.
    Kesimpulannya, tidak kira apa jua sistem pemilihan yang digunakan untuk menentukan pucuk pimpinan parti, jika wang jadi ukuran untuk menentukan kelayakan dalam sesuatu jawatan, ada baiknya berilah hak untuk menentukan siapa bakal pemimpin kepada golongan-golongan kaya sahaja. Kalau satu ketika dahulu golongan yang menyemarakkan perjuangan UMNO adalah golongan guru-guru dan cendekiawan. Zaman sudah berlalu. Angin perubahan yang berlaku mungkin kini hanya memerlukan orang-orang kaya sahaja untuk jadi pemimpin. Kita sedia maklum bahawa golongan hartawan adalah terdiri daripada golongan ahli perniagaan. Mungkin sudah sampai masanya untuk parti UMNO dan BN menjadi satu jenama perniagaan? Apakah perlu UMNO itu diniagakan?
    Wahai Pemimpin UMNO dan BN Sekalian,
    Kami sayangkan kerajaan yang ada ketika ini. Sayangkan anak, tangan-tangankan. Sayangkan bini, tinggal-tinggalkan. Sayangkan kerajaan, tukar-tukarkan? Kami tahu siapa yang benar-benar adalah pemimpin dan kami tahu siapa yang hanya sekadar tempelan. YAB Dato’ Seri Najib, saya yakin bahawa YAB Dato’ sedar akan hal ini. Tidak perlulah YAB Dato’ makan hati memendam rasa semata-mata untuk menjaga hati individu-individu tersebut kerana mereka ini tidak memiliki hati. Mereka cuma memiliki perut sahaja.
    Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin saya tujukan kepada seluruh bangsa Malaysia tidak kira kaum dan agama. Semoga berkat dari bulan Ramadhan ini Allah SWT akan memberi kita nur dan hidayah agar sama-sama dapat bersatu menyumbang kepada kemajuan negara kita seterusnya merealisasikan Wawasan 2020 berkonsepkan 1Malaysia. Amin. Wassalam.
    Salam Aidil Fitri,
    – Jes Elmer Barry Dawinda
    Kota Kinabalu, Sabah
    [email protected]
    P/S : Y. Bhg. Tun, tahun lepas saya ada menjemput Y. Bhg. Tun berdua untuk beraya bersama2 di Ranau, Sabah. Tun tak datang. Biarpun saya tahu Tun sibuk, mohon ampun kerana saya akan pastikan setiap tahun saya akan menjemput Tun sekeluarga datang beraya di rumah saya. Kerana Y. Bhg. Tun adalah merupakan tokoh yang paling istimewa yang tiada galang gantinya. Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa layanan istimewa akan tetapi, saya yakin Tun berpeluang menikmati juadah Hari Raya yang sedap ala kampung.

  43. Assalamualaikum YAB Tun Dr Mahathir and YAB Tun Dr Siti Hasmah,
    “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN”
    Semoga YAB Tun berdua dapat terus menikmati hari-hari bahagia bersama serta dengan keluarga, anak-anak dan cucu-cucu.
    Sangat Sayang YAB Tun berdua.
    Salam..Aiza binti Mohammad Sohaimi

  44. Salam Tun,
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk Tun sekeluarga dan kepada semua muslimin dan muslimat sekelian.
    Dalam Islam rasuah tu haram, orang Islam dalam Umno sukakan rasuah dan projek yang diperolehi melalui kaedah yang terseleweng
    Dalam Islam memilih pemimpin mestilah mereka yang berkemampuan mentadbir, memimpin dan berakhlak mulia, orang Islam dalam Umno sukakan pemimpin yang boleh memberi banyak ‘sumbangan peribadi’
    Dalam Islam pemimpin perlu membuat sistem urus pentadbiran mengikut konsep-konsep Alquran dan Sunnah berlandaskan konsep keadilan dan kesederhanaan, orang Islam dalam umno takut kepada orang yang pandai pengetahuan Islam, mereka ni patut diposkan kepada PAS !.
    Orang Umno pening kepala dok pikir macam mana nak buat satu sistem memilih pemimpin yang tak boleh dimanupulasi secara korup dan macam mana nak pastikan wakil yang mengundi tak menerima rasuah.
    orang Islam dalam Umno mungkin kena baca semula terjemahan Alquran supaya mereka faham apa yang Allah bagitahu kepada nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh manusia tentang apa itu rasuah dan apa balasannya, tentang apa itu pentadbir dan apakah tanggungjawab serta balasannya. Tentang apa itu amalan yang baik dan apa itu amalan yang korup dan apakah balasannya. Tentang apa itu Allah dan apa itu manusia, tentang apa itu dunia dan apa itu hari pembalasan (Akhirat), memandangkan mereka adalah orang Islam yang sepatutnya merendah diri dan patuh kepada tuhan sekelian Alam (Allah hirabbil allamin).
    Wallahuaalam
    Machangsedap

  45. Salam Dr,M
    1.Temasek sold BII to Maybank.
    2.Malaysian taxpayers’ money used to bail-out Singapore
    3.MV Agusta 1945: founded near Milan
    Dec 2004: Proton bought for $70-million Euros
    Dec 2005: Proton sold for $1 (stinking) Euro
    2006: GEVI SpA refinanced MV Agusta for 65% share capital.
    Jul 2007: Agusta sold Husqvarna motorcycle brand to BMW Motorrad
    Jul 2008: Harley to buy Agusta for $70-million Euros
    4.And the latest ALOR SETAR 17 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan penubuhan Pasukan F1 1Malaysia bagi menyertai perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan sebagai satu usaha pelaburan yang baik.

  46. Salam Dr,M…
    Comment on this please….
    Maybank had stubbornly and irresponsibly pressed on to spend an incredible RM 10.8 billion to acquire banks in Indonesia, Pakistan and Vietnam, months before the global financial crisis erupted last year. Now Maybank conceded that it has lost RM 2.75 billion in these investments in over a year….

  47. Friday, 18-Sept-2009,
    Tun Dr Mahathir,
    1. Saya setuju dengan kenyataan Tun bahawa tiada sistem yang sempurna dan ianya bergantung kepada pengamal sistem itu sendiri. Kenyataan itu akan serupa dengan komen Tun sewaktu Tun interview di BBC HardTalk with Stephen Sackur pada 2008 dimana Tun ada menyebut “It

  48. Selamat pagi Tun,
    May I clarify an issue with Kamal Ahmad,
    Dear Kamal Ahmad,
    The Chinese in Fleet Market support Dr ChuaSL eventhough he was caught in action. They strongly believed that it is a “set up” by his MCA members and close friends who might have sit beside him. After all the top “kung kung” (MT) of MCA top delegates made the decision to sack Dr ChuaSL on the sex scandal few weeks ago to protect MCA- Emperor YB OngTK, all ordinary chinese in fleet market felt disgusted and hate MCA for their action base on 2 values: Moral & Integrity.. These top “kung kung” MCA members are fans of Taiwan’s President, Mr Ma..
    Ong TK is the chosen Emperor in MCA because in last election, the banner read as “Who is the Emperor of MCA”. This is “aksi bodoh sombong” “kipas” by OngTK’s kung kung because they are too self-centered and forgot this is Malaysia. Well, can we blame MCA members? Tak boleh jugak because Pemuda UMNO initiated permainan “keris” by YB Hishamuddin (chinese labelled him as keris Hisham), KJ and all pemuda UMNO in PAU. MCA ikut, MIC pun ikut, other parties pun ikut.. like Tun kata, Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.. This is why “Demokrasi Malaysia” initiated by Pak Lah desperately requires to be re-named as 1Malaysia by PM Najib… when DSAI is terlepas from the Prison by our Pak Lah’s SIL…..
    Hence, PM Najib needs wise and capable advisor to assist him to win in next PRU, which must be held before June 2013, “secara Keamanan”, if only PM Najib knows Himself and His Enemy whom he is facing. If he gets the wise advice, he will win handsomely with Pride and Dignity for UMNO and BN. Holding degrees in Economics be it UM or England do not guarantee that they are good in developing the countries if they do not know how to delegate responsibilities and authority in regulating and de-centralising the free market force timely in borderless (naked Lah) world. And Japan is a GOOD example in Asia!!!!
    By the way, Mr Lim Kit Siang is after our IGP who is supposed to be on vacation (contract habis), but he got renewed for another year by keris Hisham? And now, Raja Muda of Negeri Sembilan wanted PDRM to take action against Raja Muda Johor, this is the aftermath of Bapa Demokrasi, kerana suka tidur? Malaysia Mana Boleh accept Demokrasi secara buta-tuli kerana tamak kuasa PM???
    Selamat Hari Raya Aidilfitri to you kamal ahmad and not forgetting our abg samuraimelayu and May “Allah” always be with the family.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri to Tun, Tun Dr Siti Hasmah and family. May “Allah” always be with the family. I am glad that Tun is not angry with the insult by MIC’s delegate, a victim of his own word.
    P/S: Kung Kung refer to those men who worked in the Ching Dynasty Palace whereby this men need to

  49. Salam Tun,
    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H buat Tun dan Keluarga.
    Sistem tanpa kuota nampak boleh berjaya dengan syarat pemilihan dibuat secara rahsia semua ahli, tetapi takut nanti banyak pula AHLI UMNO HANTU.
    Musuh Umno akan daftar jadi ahli dengan niat nak merosakkan Umno. Mungkin undi setakat perwakilan ke mesyuarat bahagian sudah memadai dan lebih terkawal.
    Drp
    Roketbulan(DAP+PAS)

  50. Dear Tun,
    1. I totally agree with your point no.14. Since it is POLITICS,I would say it is almost impossible to eradicate it 100%. Having said that, what is happening today is downright ridiculous.
    2. I believe in the next UMNO election all PM wannabes would offer themselves. I remember during 1997/98 crisis, one MB said that he is more suitable to be the PM than DSAI. To be the PM is a dream come true to politicians in Malaysia.
    3. Already the PEMUDA is pushing for all their Ketua Cawangan to get to vote. Yes, you can guess who wants to be the PM.
    4. Next PUTERI would requests their Ketua Puteri to get votes too.
    5. Next WANITA would requests their Ketua Wanita get the same right.
    6. Ever since the last general election, MP’s dropped one after another resulting to almost continuous by elections. I believe the pressure is now getting more unbearable. Politics is not for the faint hearted.
    7. If all UMNO members be allowed to vote, I believe many would apply to become UMNO members. Whether it is feasible financially or logistically, I am not sure. If that happens we would probably see that anybody who wants to become UMNO member would have to buy the membership form at a high price.
    8. Whether the UMNO president can become the PM in PRU13, time will tell. In historical perspectives 52 years is a short time. What Malaysia will be like in the future is anybody’s guess.
    9. If you are younger,I would plead with you to contest again but as it is,that is unfair to you, your family and the nation because nobody lives forever.
    10. Whatever they come up with, I hope, would be able to better the system NOT making it worst.
    11. Lastly, Selamat Hari Raya to you and your loved ones.
    12. Selamat Hari Raya to all fellow bloggers. Be considerate behind the wheels, more people die of road accidents than AH1N1.
    13. Dengan salam hormat.

  51. Betul kenyataan Tun tu. Saya sokong 100%.
    Sebenarnya wakil-wakil bahagian UMNO yang mengundi mudah
    dipengaruhi hanya dengan sogokan……..sudah menjadi BUDAYA.
    Dikesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Tun Sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin
    Tun tetap NOMBOR 1 di hati kami.
    Daripada-Zamri Abbas sekeluarga, Seremban

  52. Ya!
    Saya sokong!
    Banyak org kata yang perwakilan makan suap…cis! tak de maruah punyya melayu! masok UMNO nak kontrak !
    1) Hapuskan kroni tingkat 4.
    2) Beri kuasa undi pada semua ahli.
    Saya percaya DSN mampu melakukannya! approachnya subtle! Tapi saya lebih suka cara TUN ! Benevolent dictator ! Drama ! I miss you Tun.Nowadays berita tak menarik seperti dulu…dah lama tak dengar Tun punya witt and cynism yang sedikit celupar dan kelakar ! Tun you are a warrior…
    sebelum tu…
    jom visit this website…interesting view of Islam and women from an ex British Journalist.
    http://yvonneridley.org/
    Best Regards,
    Azuwar Adib.

  53. Assalamualaikum.,
    Kepada YAB Tun Dr Mahathir dan YAB Tun dr Siti Hasmah serta seluruh ahli keluarga, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin’. Salam kasih dari sy sekeluarga dan rakan2 buat TUN sekeluarga.

  54. Assalamualaikum Yg. Bhg TUN,
    Sistem apapun tak akan berkesan selagi ahli dan pemimpin UMNO bersikap seperti syaitan dan iblis.
    Setiap ahli UMNO sepatutnya mempunyai hak dan peluang yg sama rata untuk melayakkan diri mereka untuk bertanding dan memegang sesuatu jawatan samada di peringkat Cawangan , Bahagian , Negeri dan Pusat.
    Namum begitu ini tidak berlaku kerana tiada mechanism tertentu yang khusu utk menghadkan tempoh bagi seseorang pemegang jawatan untuk tidak layak mencalaonkan diri dan bertanding secara otomatik. Apa kata sekira nya tempoh perkhidmatan bagi pemegang jawatan di had kan kepada 2 penggal ( 6 tahun )sahaja bagi peringkat Cawangan dan Bahagian 3 penggal ( 9 tahun ) di peringkat negeri dan Pusat. Ini akan mengalakkan lebih ramai golongan muda yg berkredibiliti tampil kehadapan untuk menyumbangkan tenaga dan idea bagi kesinambungan kepimpinan yang sedia ada.
    Faktor umur juga penting bagi memastikan UMNO terus relevan dan dapat diterima olih semua lapisan ahli. Kalau di lihat hari ini rata2 umur pemimpin yang memegang jawatan diperingkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat terdiri dari mereka yg sudah menghampiri penhujung kemuncak prestasi perkhidmatan, ramai diantara mereka ini ingin menongkat langit dan sudah tidak bermaya untuk menyumbang idea dan tenaga kearah perpaduan dan kemajuan UMNO sendiri. Sebab itulah kita lihat tidak ramai golongan muda ingin menyertai UMNO kerana sikap dan kelesuan pemimpin di peringkat Cawangan dan Bahagian. Kenapa tidak dihad kan umur bagi pemimpin disemua peringkat ( Cawangan tidak melebihi 40 thn , Bahagian tidak melebihi 45 thn , Negeri tidak melebili 50 thn , Pusat tidak melebihi 55 thn ). Sekiranya ini berlaku kita akan dapat menyaksikan golongan pemimpin yg mewakili semua peringkat umur ahli didalam parti dan parti akan menjadi lebih mantap serta mendapat menfaat dan kesinambungan pemimpin yg bolih mewarisi wawasan sepanjang masa tanpa perlu bergantung harap kepada kumpulan atau golongan tertentu.
    Manakala bagi pemimpin di peringkat Negeri dan Pusat pula terdiri dari mereka yang memegang pertindihan jawatan samada di dalam parti, organisasi atau kerajaan. Bagaimana mungkin seseorang bolih atau dapat menjalankan dengan baik tanggung jawab yg disandarkan olih seluruh ahli parti sekiranya mereka juga memegang jawatan lain samada didalam parti, organisasi dan juga kerajaan. Apabila kelemahan ini di benarkan berlaku maka terjadilah salah laku samada didalam bentuk membuat dasar dan keputusan. Tidak hairan lah jika RASUAH berlaku dan berluluasa kerana kelemahan dari segi mentadbir dan menilai. Kenyataannya kebanyakan mereka yg dipertanggung jawatan ini tidak berupaya dan berkredibiliti untuk memikul MULTI FUNCTION & RESPONSIBILITY, maka berlakulah pentadbiran diatas dasar kepercayaan pemimpin bawahan. Apabila sudah terbongkar sesuatu masalah masing masing akan menuding jari menyalahkan pihak lain demi menutup kelemahan sendiri. Akhirnya bangsa Melayu sendiri yg rugi kerana sikap tamak haloba bertahta dihati pemimpin.
    Apa kata setiap calon jawatan penting tertinggi bermula dari peringkat bahagian dan pusat dikenakan wang cagaran hangus yang akan menyaksikan calon2 yang tidak layak kehilangan wang cagaran masing2. Dengan cara ini hanya mereka yg benar2 layak dan mempunyai kredibiliti akan mencalonkan diri dan bersaing untuk menjawat jawatan2 yg dipertandingkan seperti berikut :-
    Ketua Pemuda / Wanita / Puteri Bahagian RM 50,000
    Setiausaha ,, 80,000
    Timb Ketua ,, 100,000
    Ketua ,, 150,000
    Ahli Majlis Tertinggi ,, 400,000
    Ketua Pemuda / Wanita / Puteri Pusat 500,000
    Naib Presiden ,, 800,000
    Timbalan Presiden ,, 1,000,000
    Presiden ,, 3,000,000
    Pencalonan bagi semua jawatan diperingkat bahagian dan pusat di buat 1 tahun sebelum pemilihan. ( 1 tahun adalah tempoh masa bagi seluruh ahli UMNO samada di peringkat cawangan ,bahagian negeri atau pusat untuk benar2 menilai kekuatan dan kredibiliti setiap calon dari segala aspek iaitu prinsip, pembangunan, agama dan sosial)
    Semua calon bagi jawatan di peringkat bahagian di mestikan berkempen di semua peringkat cawangan didalam tempoh 6 bulan sebelum pemilihan dijalankan.
    Manakala bagi calon yang bertanding di peringkat Pusat di mestikan berkempen di semua bahagian didalam tempoh yang sama iaitu 6 bulan sebelum pemilihan.
    Mungkin bagi sesetengah pihak merasakan pandangan saya ini tidak berasas namum saya percaya sekiranya UMNO mahu terus kekal relevan kepada bangsa Melayu sesuatu perubahan dari segi dasar mesti dilakukan biarpun ianya harus mengorbankan maruah dan kepentingan sesetengah pihak kerana apa yg lebih penting ialah nasib seluruh anak bangsa Melayu dan bukan nasib segelintir parasit didalam UMNO.
    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada seluruh umat islam tak kira apa jua prinsip dan parti kepercayaan mereka.

  55. SALAM BUAT TUN BERDUA MOGA DIRAHMATI ALLAH S.W.T
    1) UNDI BUKANLAH SATU CARA YANG BOLEH MEMBERI KEADILAN SEJATI.UNDI INI SEBENARNYA LEBIH BAIK SEDIKIT DARIPADA MENENGOK UNTUNG NASIB MELALUI CABUTAN.BEZANYA UNDI HAMPIR KEPADA PERBUATAN HARAM JIKA TIDAK MEMATUHI HUKUM KEJADIANNYA.
    2) CONTOH SESEORANG YANG SEBENARNYA WIRA JIKA TERPAKSA BERTANDING DENGAN WIRA PALSU BOLEH MENJEJASKAN KEADILAN JIKA WIRA PALSU MEMPUNYAI LEBIH RAMAI PENYOKONG.
    3) SEBAGAI ORANG ISLAM SATU KEWAJIPAN HAK MEMILIH HARUS DIBERI KEPADA UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN NISBAH 5:1 IAITU 5 UNDANG-UNDANG KEPUNYAAN ALLAH S.W.T NISBAH 1 BAGI UNDI RAKYAT.
    4) SEBELUMNYA ALLAH S.W.T MEMILIH RASUL-RASUL KEPADA UMAT MANUSIA, KINI MANUSIA MEMILIH SESAMA SENDIRI DAN WAJIB MENGIKUT PANDUAN MILIK ALLAH S.W.T. BAGAIMANA ? UNTUK YANG DEKAT DEMGAN ALLAH S.W.T SUDAH TENTU ALIM ULAMA YANG MELAKSANA HUKUM ALLAH S.W.T.IAITU YANG BERAKHLAK AL QURAN, 5 GOLONGAN INI 1 RAKYAT BIASA ATAU AHLI.
    5) UNDI BOLEH MENJADI HARAM KALAU MENIDAKKAN KEMAHUAN ALLAH S.W.T.
    6) PERCALONAN OLEH BAHAGIAN SEBALIKNYA YANG MEMILIH PERWAKILAN SAH LARI DARI MENDAPATKAN KEADILAN.MALAH MEREKA INI TIDAK DITAPIS AKHLAK MENGIKUT AL -QURAN.
    WALLAHU’ALAM

  56. Salam Ramadhan Tun,
    maaf saya posting yang amat penting disini
    Bismillahi rahman nirahim
    Setelah tutup nya tirai setahun sehari ..
    yakni pd hri ni 17 sept 09 ..
    Maka yakinlah sekalian
    mangsa dan pemangsa politik
    Bahawa percubaan si polan anak brahem ni
    untuk dilantik sbg PM
    G A G A L
    Setelah berusaha pagi/ptg/siang/malam
    Memerah keringat dan fikiran
    Tanpa jemu
    Makna nya
    Ketentuan Allah (swt) itu memang lah dah pasti jika Ia tidak mengkehendaki Nya ke atas usaha dan doa makhluk Nya
    Namun begitu
    Ini juga bermakna alasan terpaksa disediakan oleh si polan (anak brahem) ni
    Tidak dapat tidak
    Terpaksa digunakan (defensive) alasan, demikian untuk memujuk hatinya yang jelas bergelora sgt nak jadi PM apa tujuan nak jadi PM itu isu lain)
    a. Maka benarkanlah ucapan spt simangsa politik harus menghargai segala usaha yang telah dibuat walaupun ada sasaran masa (dateline), bahkan melalui proses demokrasi yang luar biasa demokrasinya jika dibandingkan dengan demokrasi negara lain
    b. Agar menampakkan jalan masih kearah kejayaan, benarkanlah ucapan walaupun ia merupakan satu proses di parlimen yang sukar dan mustahil dilaksanakan mengikut formasi tetapi masih tiada halangan dari segi pilihan (berbagai option) kearah tersebut
    c. Manakala perundingan dan persetujuan tidak diizinkan dari PM yg berkuasa, apa lagi untuk membubarkan parlimen bagi memberikan laluan walaupun dikatakan mempunyai beberapa angka, begitu juga usul tidak percaya
    d. Etc,etc
    Kesimpulannya sifat2 dihati telah terbuka spt
    pembohongan dan penipuan
    Bererti
    Jawatan ketua pembangkang adalah lebih dberikan Nya dari jawatan PM (mungkin juga selama dikandung hayat)

  57. Assalamu’alaikum Dear Tun,
    1) Firstly I woud like to express my sadness over ‘The Slipper’ issue. Truely those Indian guys who tried to humiliate you were actually humiliating us ,the whole Malaysian and particularly the Malays. A real signal for the Pemuda’s and the Pemudi’s to be on their guard. I know the spirit of Ramadhan is to teach us something about being patience but I think it should not stop us from ‘Not Forgetting’ whatever damages and humiliation done to us!
    2) These people have seriously forgotten what the history lessons have to offer. I honestly suggest that those guys could reflect on where they actually came from, how they have been treated here and how they have been offered so much opportunities by our forefathers. Ini belum hak bumiputera di hapuskan lagi ni! Kalau lah perkara Ini yang terjadi, Saya tidak tahu apa pula yg mereka nak lakukan….
    3) Maybe, this thing has been actually staged by certain people to actually distrupt the ‘Muhibbah Spirit’, and I seriously think that this could only lead to a bigger chaos in the country as the attempts have been made one after another leading us to a racial conflict and Civil war. and I don’t deny the fact that the opposition parties are truly happy to see this thing as it would distract the people’s attention from the Trial Case of their leader as well as other more important issues that they have to answer to the general public.
    4) Sir, in reference to your present posting, I do agree that the ‘Kuota’ system should be abolished….Maybe it could help us to really ‘minimize’ the ‘Money Politics’ and the ‘Corruption Practice’ in choosing our own candidates. However my humble opinion is that eventhough BN managed to do so, I still don’t deny the fact that ‘the trend’ of out throwing the ruling and historical parties like UMNO has actually infected and contaminated the whole world. Perhaps it is important to make the people realize that it’s not so much about the parties that rule, it is the question of managemant and leadership style. And the PKR so far could only bring us (Malaysian) further into the hell’s pit (I suppose).
    5) Last but not least Sir, I would like to wish You and to the whole family members, also to all Chedet.cc fans, Selamat Hari Raya Aidul Fitri and Maaf Zahir Batin.
    Thank You Sir, May Allah s.w.t Grant us the Strength and Great Victory, Wassalam
    P/S : We will be very glad and honored to attend your ‘Opened House’ occasion, if invited.

  58. Dear Tun,
    I wish to take this opportunity to wish you, Kak Hasmah and all in your family “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin”.
    To me, you are one of the greatest leaders to walk this Earth.
    You brought Malaysia unimagined success despite all the hurdles in your way. I am sure there were many, told and untold.
    And I know you had always placed the people’s interest first. Talk about people first.
    I pray to God to reserve an esteemed place for you and Kak Hasmah ( a truly wonderful person) when the both of you are no longer around with us.
    You and Kak Hasmah have truly earned our love and respect (mine definitely).
    Love,
    Ataturk

  59. Salam Tun,
    Perkara terbaik yang saya nampak dalam tulisan Tun ini ialah parti UMNO adalah parti yang paling dinamik dalam dunia yang saya pernah tahu.
    Syabas Tun!
    UMNO masih ada harapan..Insyallah

  60. Dear Tun,
    A good system depends on its purpose and is unique to the organization only. There is no one system that fits for all. What system is good for UMNO then?
    In my personal opinion, a consultative system will work. The supreme council members should select the president, deputy, and other posts. These selections must be done by majority votes amongst them. Before that, the power of the president, deputy, vice- and other posts must be curtailed such that the supreme council holds the most say in any matters, by taking votes for any crucial decisions, the president merely facilitates. Who should select the supreme council members? Each state must vote for their own representatives in the supreme council. For example, supreme council members from Johor must be voted directly by Johor UMNO members. States with high number of UMNO members will be given more posts in the supreme council, fix a simple ratio of supreme council members to total UMNO members in the state.
    I can give an explanation for the above but not in this forum. Mudah-mudahan Tun dan isteri sihat selalu. Thank you

  61. bonus atau kouta dihapuskan dalam pemilihan UMNO masa depan akan menjadi sejarah UMNO sahaja selepas PR 13 ini. UMNO yang masih dipimpin oleh pengamal-pengamal Rasuah dalam tidak akan senang untuk memenangi PR 13 akan datang melainkan DSN membuat berubahan yang terus menolak perasuah-perasuah didalam UMNO..
    Kesian dengan Pejuangan UMNO Vetaran…….

  62. Tun
    politicians around the world
    a/ complicate things, and use convoluted and arcane systems in ensuring no one really benefits except themselves in long run…
    b/ blame everything on others, but never own they could have done more or have been corrupt in their dealings
    c/ ensure while they progress further up the chain of command, they drag others down
    What you’ve said about the Quota voting system – that could have been eradicted by you during your time – why did you not champion the cause?
    What you said about Tun Musa and Tengku Razaleigh – what actually transpired Tun. Why did you and Tun Musa have a fallout in firstplace?
    When DS Anwar made a challenge against late Tun Ghafar – did you allow DS Anwar to make the play because you didn’t want to be seen as openly influencing a result, only later to show that you wield greater power OR
    did you actually prefer DS Anwar only to be later feel betrayed that he was making a play for your own lofty position?
    Finally, on the subject matter itself – the voting system should be simple in my view…
    you have a hub (Central) and spoke (branch) scenario which I feel is already a complicated and unfair system.
    You have the spoke(s) determining who qualifies to go into the final round of elimination, and the hub then deciding who wins.
    The majority of members sit at the spoke(s) end…hence…keep the voting simple and FAIR – let the members decide who they want (personally and by their branch affiliation) to sit in the CWC and Powerhouse…
    The popular vote always outweighs in my view…let the people decide!!!
    God Bless you and Tun Siti Hasmah this Aidil Fitri!
    Selamat Hari Raya!
    (Ravi)

  63. selamat hari raya Tun,
    cakap-cakap di kedai gunting di bandaraya kuala terengganu while saya tengah gunting rambut…
    seorang pengunjung berkata YB PM Najib will be the last umno president to become PM????
    Tapi si tukang gunting pula mencelah, kalau tak UMNO siapa nak jadi PM???
    kesimpulanya, rakyat Terengganu sudah mempunyai pengalaman ditadbir kerajaan pembangkang PAS semasa pilihanraya lepas dan Mereka tidak lupa betapa kurang effisyenya kerajaan tersebut.
    Tapi mereka yang sedar hanyalah minoriti…dan seperti Tun pernah kata Melayu Mudah Lupa…kembali kepada square one…
    so kuota or no kuota it is almost too late to do anything now…
    kalau betul nak berubah tukar semua pemimpin dan tukarkan wakil rakyat kepada golongan Dr, Cikgu, ketua masyarakat….n plzz no businessman as politician…

  64. Salam Tun dan Toh Puan,
    Mengenali system kouta dan car undi di dalam perwakilan UMNO ni, mestilah di kaji semula.
    Dizaman teknologi yang terkini sudah tiba masa ahli UMNO di beri kuasa untuk mengundi perwakilan kita. Saya di fahamkan ada ahli yang tidak kenal perwakilan mereka dan siapa adun mereka dan di mana mereka, tinggal dimana, apa jasa dia, latar belakang wakil kita…siapa dia? Ini adalah pesoalan yang perlu di jawab oleh ahli teringgi…so mcm mana nak atasi? Perlu lah turun padang, jangan tunjuk muka last-last minit. Rakyat dah bosan, rakyat tahu peruntukan perwakilan dapat berapa, apa kemudahan mereka, kenapa mereka taknak turun padang menijau rakyat?
    Saya dari dulu bantah sistem yang ada, tetapi saya di fahamkan tak boleh comen dan mengadu kepada org luar, nanti akan di ambil tindakan disiplin dan dan lucutkan keahlian mereka.
    Dimana sifat ingin memperbaiki diri?
    Tun saya berharap perubahan berlaku di dalam parti UMNO, dengar lah suara orang bawah, turun lah semasa kami memerlukan tuan, tuan adalah pilihan kita, tetapi kalau tuan mungkir janji, buruk padahnya pada masa hadapan….
    Tun kesedaran mesti ada dalam ahli UMNO, mereka hendak perubahan yang terang dan tulus, taknak sorok-sorok, taknak cover-cover!
    Harap Tun dan Toh Puan sihat sejahtera dan ceria selalu, dan anak Tun, Dato Mukriz akan ikut jejak ayahnya…amin.
    HIDUP TUN! HIDUP TUN! HIDUP TUN!

  65. Salam eddil Fitri Tun,
    1. Tepat dengan masanya Tun membawa isu kuota hapus. Isu ini bukan sahaja menyentuh UMNO tetpi juga kepentingan umum, kerana Allah dengan kudrat dan iradatnya, boleh memberi kuasa kepada BN selagi dikehendakinya.
    2. Dato’ Seri Najib dan kepimpinannya sendiri melakukan perubahan ini. Mereka sanggup tidak dipilih, jika akar umbi UMNO berkehendak begitu. Perubahan ini, menunjukkan mereka tidak gila kuasa. Penyokong UMNO akan berdiri dibelakang mereka dengan teguhnya. Mana-mana pemimpin UMNO yang tidak akur dengan kehendak ini, mereka akan terpencil di pinggir kota.
    3. Ahli-ahli UMNO di akr umbi, mestilah ditanamkan rasa tanggungjawab supaya hasrat kepimpinan UMNO itu dapat dicapai.
    4.Disambing itu, perlembagaan UMNO hendaklah dipinda supaya memudahkan pegawai kerajaan, ahli-ahli professional dan ahli korprat dapat memberi sumbangan kepada UMNO dan negara.
    5.Parti-parti komponan BN mestilah memberi sokongan padu kepada Dato’ Seri Najib kerana pada keseluruhannya pengundi Melayu menjadi penentu kepada kemenagan BN. Pemimpin dalam BN mesti memberi penghargaan kepada kepimpinan UMNO yang mengkorban kawasan majoriti Melayu kepadaa rakan mereka dalam BN.Tanpa undi Melayu sukar parti lain akan menang.Jangan bagi pengundi Melayu merajuk dengan sikap yang kurang sopan dan keras kepala.

  66. 1. Pandangan Tun mengenai pengamal sistem yang mudah korup di dalam UMNO merosakkan kekuatan parti adalah nyata dan jelas di mata umum.
    2, Sayang sekali jika sebuah parti seperti UMNO yang mempunyai dasar-dasar yang begitu bersistematik semenjak merdeka, hancur begitu sahaja disebabkan oleh rasuah dan ketamakkan kuasa. Tiada satu parti lain pun yang mempunyai dasar-dasar yang setaraf dengan UMNO sehingga hari ini.
    3. Seolah-olah UMNO memerlukan sebuah institusi kepimpinan ditubuhkan untuk mengajar asas kepimpinan dan membentuk barisan pemimpin yang seterusnya sebelum mereka layak menjadi calun.
    4. Ia masih tidak sempurna jika UMNO tidak mempunyai Majlis Perlembagaan yang terdiri dari ahli-ahli yang berumur 70 tahun ke atas untuk mengatasi masalah dalaman dan membentuk perlembagaan parti yang baru berdasarkan budaya asal melayu dan keperibadian melayu yang tinggi jati dirinya.
    5. Saya rasa ramai ahli-ahli senior biasa dan yang popular mampu menduduki kerusi majlis perlembagaan parti untuk merekabentuk sistem pembelajaran di dalam institusi kepimpinan UMNO. Pengalaman hidup yang merentasi lebih dari dua tiga generasi amatlah berharga daripada cetusan idea liar yang menarik tetapi memberi kesan buruk dalam jangka masa yang panjang.

  67. Salam Tun
    Saya ingin ulas point no 8 dan 14 sahaja…nampaknya apa yang selama ini saya terangkan di blog ini, ada maksud tersirat pada point 8 Tun. Kalau tidak silap saya, Tun Ghafar berundur daripada pemilihan UMNO pada tahun 1993..dan seperti yang diterangkan oleh ramai blog2 di sini dan termasuklah saya…pada era inilah bermulanya politik wang Tun..cetusan daripada seorang manusia berselindung dengan hujah2 retorik berunsur keislaman iaitu Anwar Ibrahim..tun bayangkan jasa Tun Ghafar begitu besar sekali tapi kenapa orang macam Anwar Ibrahim disokong dengan begitu banyak ditambah dengan bonus lagi..dan tak silap saya waktu itu Anwar berdolak dalik kata tak nak bertanding kerana dia menghormati Tun Ghafar dan akhirnya apa jadi???inilah bermulanya politik wang dalam UMNO..dan yang mulakan ialah seorang manusia bergelar Anwar Ibrahim…sekarang ini dia ingin kawal Malaysia pula..dan terus terang saya cakapkan amalan politik wang yang dibawa oleh dia akan lebih teruk lagi dibawah pakatan rakyat jika ditakdirkan Allah yang dia menjadi pendana menteri nanti…tetapi bukan melayu sahaja mudah lupa tun..ramai rakyat Malaysia telah lupa apa yang dia buat..heran gak kenapa pemimpin2 UMNO tak guna hujah ini untuk bagitau kepada rakyat????BN dan UMNO tak boleh lagi dah guna cara defensive, mereka kena attack pakatan rakyat habis-habisan…dan paling penting bagitau perkara sebenar sapa itu Anwar Ibrahim..
    Point ke 14 memang point paling penting iaitu there is no perfect system in the world..jadi bagi saya kita kena berpatah balik kepada Islam Tun..itu sahaja sistem terbaik dan universal untuk seluruh umat manusia di dunia..demokrasi bukan sistem Islam..kita tiru British..jadi sudah tentu banyak kelemahannya..
    Tun..saya cukup hormat tun sejak dari kecil lagi..saya tetap akan pertahankan tun..walaupun Tun tidak memberi respons terhadap komen2 nakal orang terhadap tun..bagi saya Tun tidak sebegitu..dan saya pasti Tun tidak bersalah..sebab itulah Tun tidak cepat mengelabah dan melatah..
    terima kasih tun..
    selamat hari raya..maaf zahir batin..

  68. selamat hari raya Tun sekeluarga dan rakan-rakan..ampun dan maaf dipinta.
    pelik juga dengan sikap ahli UMNO nie..kata sayang bangsa tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah merosakkan bangsa dan parti mereka sendiri.
    jika mereka memilih pemimpin kerana habuan.bagaimana nak cari pemimpin yang berkelayakan?
    pemimpin yang baik tidak semestinya berharta dan berwang.
    tiada soal setia disini sekiranya calon pemimpin kita orang yang tidak berguna.Kita sepatutnya setia kepada parti bukan setia kepada pemimpin (yang tidak berguna)
    jangan lah jadikan UMNO seperti sistem beraja.anak ganti ayah seterusnya ke cucu cicit.HARUS DIINGAT KEMEWAHAN MELEMAHKAN SESETENGAH MANUSIA.

  69. Cantik sungguh puisi Usman Awang ini..renung-runungkan la wahai bangsa ku..adakah kita masih di takuk yang sama…..
    PUISI USMAN AWANG
    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.
    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak.
    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
    memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua’alaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)
    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan
    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara
    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    tanah sebidang mudah terjual
    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.
    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan
    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut
    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    “Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran”
    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.
    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

  70. Salam Ramadhan and Eid Mubarak to TDM and all;
    Saya sokong cadangan untuk TDM tubuhkan parti baru bagi mewakili those yang tak sokong BN and PKR. InsyaAllah boleh…

  71. Assalamualaikum Tun, kejujuran Tun terjelas dalam tulisan ini. Tapi saya tertarik pada : “14. Sebenarnya tidak ada sistem yang tidak cacat.”
    Terdapat satu lagi sudut, yang tidak akan melahirkan sistem yang cacat. Ini kerana sistem itu hanyalah ‘menurut perintah’. Fahaman ini ada pada pendakwah tentang tata Islam. Jadi kita tidak buat undang-undang, atau pun sistem. Allah yang menentukannya. Kalau Allah juga salah, tak tau la saya…
    Sebab itu, dah ada ditentukan siapa ketua dalam Islam, yakni ketua keluarga. Maknanya tiada pemilihan lagi, melainkan lelaki atau si suami.
    Untuk menyemak ‘pakatan antara para suami’, tidak lain tidak bukan ialah : para isteri.
    Malangnya sistem ini tidak digunapakai, walau pun ada REvolusi Islam (Iran) sekali pun!!! Mereka tetap memilih tata demokrasi!

  72. Salam Raya untuk Tun.
    1. Usaha hendak menghapuskan sistem kuota dalam pemilihan pucuk pimpinan sangatlah baik. Tun sendiri memperakuinya, sistem ini bukan sahaja boleh mengembalikan demokrasi yang tulen kepada UMNO tetapi juga memperkukuhkan parti itu sendiri.
    2. Pemimpin Melayu yang mahu menjadi pemimpin UMNO mesti berusaha mendekatkan diri dengan akar umbi UMNO kerana ahli-ahli cawangan dan bahagian tidak kenal sesiapa yang mahu menjadi pemimpin mereka kecuali sudah terkenal diperingkat kebangsaan.
    3. Majlis Tertinggi UMNO mesti memberi kemudahan kepada kaum terpelajar dan ahli korporat untuk menjadi ahli. Mesti mewajibkan kepada cawangan menerima mana-mana orang melayu atau bumiputera yang hendak menjadi ahlinya.
    4. Jika hendak menjadi pemimpin UMNO, jangan sombong dan mesti belajar dari bawah jangan kerana kaya atau pandai hendak terus menjadi ketua. Kenal dulu hati budi ahli-ahli di cawangan dan bahagian.

  73. Asalamualaikum..selamat hari raya puasa semuga puasa kita semua sentiasa diberkati dirahmati dan diredhai Allah bukan hanya utk taun ni saja malah utk akan datang juga..aminamin……selamat hari raya maaf zahir dan batin…….

  74. Corruption still alive & kicking. Ada satu Dato’ yg active dalam UMNO collect komisyen RMx mio dr contractor. Company ni terpaksa bagi coz mungkin ia sudah dimasukkan dlm contract value. As long as ada kerja/projek shj katanya dan tak affect profit marginnya. Tak boleh juga buat apa2 because dah memang culture sesetengah org dalam Kerajaan buat side income mcm ni.
    Yang I dpt tahu pun, mereka2 ini semua akan buat sebanyak yg boleh dlm masa 2 tahun ni sebelum PRU yg akan datang.
    So, duit kerajaan & duit rakyat akan habis rugi masuk ke dalam bank akaun proxy & safety box (di bank) mereka ini semua. Cuba fikirkan, pensioners govt ada yg hidup tersangat mewah selepas mereka tamat perkhidmatan dgn kerajaan.
    Utk ceritera UMNO election, se eloknya kita practise seperti parti Republican & Democrat buat. Semua org dpt mengundi calon masing2 dan undi dan calon yg kalah hanya kerana sebab2 technical.

  75. Salam YAB Tun dan pembaca sekalian,
    Sistem yg di perkenalkan mungkin tidak salah, tetapi perlaksanaanya dan persekitaran yang menghancurkannya.
    1. Contoh mudah, dengan perkembangan sains dan teknologi hari ini sistem keselamatan kereta yang canggih telah dicipta, namun kecurian kereta masih banyak berlaku.
    2. Dengan kata lainnya,waima apa pon sistem yg di perkenalkan, memang akan wujud mereka yg ingin menghancurkan sistem tersebut demi mencapai kepentingan diri sendiri.
    3. Semakin hebat sistem yang diperkenalkan semakin bijak orang yg berikhtiar menghancurkannya itu.
    4. Satu saja, kesedaran diri dalam memikul tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dan berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara harus di tekankan dalam diri rakyat keseluruhannya.
    5. Beberapa sistem yg berbeza yg telah Tun perkenalkan pada zaman Tun dulu menunjukkan Tun memang berusaha memperbaikinya dari masa ke semasa. Hal ini sepatutnya berterusan di bawah kepimpinan baru kerajaan sehingga sistem yang terbaik dan sesuai di temui.
    6. Doa sy, sistem baru itu akan di temui sikit masa nanti.
    Salam Aidilfitri buat Tun berdua…maaf zahir dan batin.
    Harizul

  76. Assalamulaikum Tun,
    Orang ini bercakap melalui pengalaman.
    Semasa dalam UMNO semuanya bagus lepas kena sepak keluar UMNO tak bagus.
    Semasa dalam umno mulakan politik wang lepas kena sepak keluar umno rasuah.
    Semasa jawat menteri kewangan beri kontrak kepada kawan rapat lepas kena sepak keluar umno dituduh beri kontrak kepada kroni.
    Semasa jawat menteri kewangan beri pink form kepada rakan karib lepas kena sepak keluar umno dituduh mengkayakan kroni.
    Semasa dalam kerajaan ISA itu perlu lepas kena sepak keluar ISA zalim.
    Semasa dalam umno, BN itu parti yang menjaga kebajikan rakyat lepas kena sepak keluar BN dah jadi rasuah, zalim macam2 lagi.
    Akhirnya Allah telah buat keputusan… terimalah dengan tenang dan hati terbuka..betullah aku dipecat oleh sianu-sianu tetapi siapakah yang menggerakan sianu-sianu untuk memecat aku. ” A L L A H MAHA BESAR”.
    Kalau aku bawa pengundi hantu diam-diam nanti SPR / BN tahu.
    Kalau kalah ada pengundi hantu kalau menang SPR tak dibambu .
    Kalau kalah SPR penipu kalau menang senyum tersipu.
    Kalau kalah sianu masuk neraka kalau menang sianu masuk syurga.
    Kalau aku kata Tuhan mencarut tak apa .
    Kalau aku kata sianu tu FIRAUN tak apa.
    Kalau aku kata sianu kafir tak apa.
    Kalau aku guna Islam untuk kepentingan politik no problem.
    Kalau aku pecahbelahkan ummah untuk kepentingan politik ok no problem.
    Kalau aku kalah perbicaraan, BN yang arahkan mahkamah.
    Kalau aku menang perbicaraan itu adil.
    Kalau aku tampar anggota polis ok kalau polis kasari aku buat KECOH sampai kelangit.
    KALAU BEGITU AKU LAH TUHAN..NAUZUBILLAH..NERAKA KETUJUH.

  77. Askum
    Tun …
    Mungkin ada yang Tun cuba sembunyikan di sini
    Bukankah dengan dasar KUOTA inilah Tun berjaya menafikan KULI sebagai presiden Umno yang terpilih waktu itu.
    Menggunakan undi bonus itulah Tun telah berjaya menepikan KULI dengan cara kotor.
    Dan dek rasa tidak puas hati 46 perwakilan yang menyokong KULI.
    Mereka telah menubuhkan satu parti baru iaitu Semangat 46.
    Tun …
    Kata Ibu saya memamg TUN Licik tapi nasib baik TUN buat begitu.
    Kerana kelicikan itulah Malaysia membangun dalam zaman pemerintahan TUN.
    Mungkin sudah tiba masanya TUN hapuskan semua benda2 yang menanahkan dan membenihkan rasuah dalam UMNO sebelum ia hancur pada piliharaya yang akan datang.
    Tun …
    Selamat hari Raya kepada seluruh ahli keluarga.

  78. Asalamualaikum Tun Ayahanda Rakyat berdua.
    Dalam penulisan Tun sebanyak 14 perenggan, perenggan 14 itu adalah merupan kesimpulan yang menarik perhatian saya.
    Kebanyakan manusia dari dahulu hingga sekarang sudah tidak hirau lagi kepada ketelusan dan keikhlasan, Etika ini cuma menjadi cakap cakap mereka untuk memerangkap kepercayaan umum, sedangkan pada hakikatnya adalah sebaleknya, mereka merupakan pelakun2 dipentas Dunia, khususnya dunia Politik.
    Apakah sistem yang boleh menjamin kesempurnaannya, kalau disana terdapat manusia2 yang tidak sempurna, mau mengikut runtunan Hawa Nafsu semata2, kerakusan mereka akan memakan apa sahaja kebaikan yang ada hingga menjadi rosak dan jahanam.
    Saya mencadangkan kata2 diperenggan 14 itu dicetak dan dipamerkan disetiap Pejabat UMNO, Pusat, Negeri, Bahagian dan cawangan.
    Sekian Selamat Berpuasa dan Semat Berhariraya untuk Tun berdua.

  79. Assalamulaikum Tun, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.
    Di Malaysia buat apa pun tak betul.
    Kerajaan dari langit pun tak akan betul.
    Selagi ada penghasut kebangsaan..si kitol..
    Di singapura buat apa pun betul, sistem satu parti, kalau ada kitol dari awal akan disaman dan menang jutaan dan kitol merengkok dalam penjara.
    Singapura aman dan makmur.kitol dan pengkhianat dimatikan ketika hendak berputik.
    ISA di Singapura okok saja sebab tak ada kitol penghasut.
    kalau di filipina atau thailand dipelurukan dan dibuluh runcing di indonesia. kita cam na.

  80. As’kum Tun & rakan Blogger semua,
    Nampaknya saya dan ramai lagi, berpendapat undi terus dari ahli akar umbi adalah cara yang lebih baik. Sebagai ahli parti, ahli juga berhak menyuarakan sokongan kepada calon yang dilihat benar-benar mampu mengemudi parti dengan lebih bijaksana. Selama ini ketika mesyuarat cawangan, ahli terpaksa mengikut telunjuk Ketua Cawangan yang pandai-pandai meninggikan suara dengan menyebut nama calon tertentu dan ianya pula dengan segera disokong oleh pengikut yang telah siap sedia menunggu saat cadangan pencalonan. Oleh kerana itu ahli-ahli lain yang tidak bersetuju juga terpaksa mengikut kehendakan Ketua Cawangan tadi kerana bimbang diboikot atau dianggap sebagai pembangkang didalam parti untuk cawangan itu. Hal yang sama juga berlaku diperingkat Bahagian. Jadi perkara ini akan berlarutan tanpa kesudahannya.
    Dengan teknologi yang ada, ahli parti boleh mengundi menggunakan saluran seperti internet, sms dan sebagainya. Sebelum mengundi, perlulah dikemaskinikan biodata diri seperti alamat email & no h/p bagi mengelakan penipuan atau digunakan oleh orang lain. Diharap cadangan ini boleh dibawa ketengah paling tidak pun ke mesyuarat MT parti. Bagi memperkasakan parti bukannya hanya terjerit-jerit dihadapan media dengan memburukkan orang lain dan menyebabkan rakyat menjadi benci.
    Salam kemaafan dari saya untuk semua,

  81. Tun,
    I agree with your final point. UMNO is money. Money is UMNO. Money will kill UMNO and majority of the Malays. This is what happens when the Muslims put their religion second to money. You are very wise not to re-join UMNO.
    Look at all the UMNO ministers. You can easily tell that they are multi-millionaires. Of course they can hide their money under different account names but they will never be able to hide from Padang Masyar.
    Look at their expensive watches, their luxury cars at home, their wives’ expensive diamonds and pearls, their kids’ arrogance and expensive lifestyles etc etc. Yes, these are all not under their names but who are they trying to fool? ALLAH?
    So when the leaders are money oriented, so will the followers. Most of us don’t realize when we condemn the people below us for their wrongdoings, it is us who are responsible for them to behave such way.
    UMNO is too corrupted. Tun, i think you should establish a new party that represents a new hope for all Malaysians and I bet you’ll win the next GE big time.

  82. Salam Tun,
    Saya bersetuju sistem kuota dihapuskan, tetapi mesti bersifat sementara. Kalau sistem kuota di hapuskan secara total maka cacar marba lah jadinya perhimpunan agong kita. Perlaksanaan undi diperingkat akar umbi harus dikemaskini, supaya semua ahli diberi peluang untuk memilih pemimpin mereka, tanpa menganggu sistem kuota. Punggutan suara secara menyeluruh didalam & diluar parti perlu diadakan sebelum pemilihan diadakan ( memandangkan UMNO adalah parti semua orang2 melayu & terdapat sistem block di peringkat akar umbi),yang dikendalikan oleh badan2 yang berkecuali.Setiap aspek harus dipertimbangkan oleh ahli2 dalam memilih pemimpin mereka, mungkin kita beri peluang calon2 yang bertanding memperkenalkan diri & panduan pemilihan diberikan kepada ahli2 yang pergi mengundi.
    Y.A.Bhg Tun,
    Memang mudah untuk kita bercakap,tapi tak semudah itu untuk melaksanakannya.Bila bercakap pasal parti, ia melibatkan ramai orang. Kalau 1 orang je yang nampak jalan penyelesaiannya, masalah tak selesai juga. Tapi kita HARAP2 ramai yang akan nampak apa yang sedang dihadapi parti keramat ini. Saya percaya apa yang kita idam2kan akan membuahkan hasil apabila 1. Semua ahli mengetepikan kepentingan diri, 2. Kurangkan perselisihan pendapat sesama sendiri, 3. Kurangkan publisiti dalam menangani satu2 isu, 4. Kurangkan tikam belakang sesama sendiri, 5. Tingkatkan Jatidiri, 6. Banyak2 bersabar kerana perubahan sikap mengambil masa yang lama, 7. Berani Berubah. Hampir kesemua masalah orang2 melayu hari ini berkisar pada sikap orang melayu itu sendiri, jadi kita kena banyak berbincang secara tertutup. Malu kat orang lain kalau orang lain tau. Sekian sahaja komen saya pada hari ini Tun, mudah2an Tun berdua di Panjangkan Umur dan sihat selalu.
    Sekian Terima kasih, Wasalam.

  83. hebat ya anwar.
    bila lawan arwah ghafar, undi bonus sahaja dah boleh bikin arwah ghafar tergolek. berapa banyak duit sudah anwar tabur pada bahagian sampai bahagian semua tolak ghafar yang sudah begitu lama dalam UMNO?
    saya bukan setakat setuju sistem quota di hapuskan, tetapi saya amat bersetuju kiranya ahli umno sendiri dapat memilih pemimpin tertinggi mereka. sekarang ni dah ada teknologi dan keupayaan untuk membuat proses undi bagi 60 ribu ahli di cawangan secara SERENTAK! time tu, hancur la cita2 mamat tu nak jadik perdana menteri termuda.
    lagi satu bagusnya ialah ini akan memberikan makna kepada ahli UMNO kerana selain dari dapat menghayati perjuangan parti, ahli juga dapat memilih pemimpin yang mereka mahu.

  84. Quoted:
    “By pakpandir08 on September 17, 2009 9:36 AM
    – Semasa berkuasa, AP dikatakan tiada masalah … selepas pencen, complain AP disalahgunakan
    – Semasa berkuasa, Air Murah jual kepada Singapura tiada masalah … selepas pencen, complain itu tak betul
    – Semasa berkuasa, Sami Biru dikatakan baik belaka … selepas pencen, complain dia tak baik
    – Semasa berkuasa, orang lain kritik kena tangkap … selepas pencen, kritik orang dikatakan freedom of speech
    – Semasa berkuasa, duduk lama lama pegang kuasa … selepas pencen, kritik orang gila kuasa
    – Semasa berkuasa, Kuata dikatakan betul … selepas pencen, complain ia amat buruk sekali”
    Let me tell you,
    Now I understand why you pick pakpandir as your nick. Suitable to your brain’s standard. Talk without fact and I believed you don’t read much about those stuff and don’t read in general. You are a person who just swallow what you hear. Very typical PR’s man. You got brain but remember that cow has brain too (is it too sentitive to say cow here?). Brain has its function in many way to all living things. To some, their brain is limited or too limited.
    As we know from the story, pak pandir’s brain doesn’t even close to comprehend common senses. There you are, you just proved it.
    Salam Aidul Fitri

  85. Saya bukan ahli UMNO tapi saya sokong apa sahaja langkah yg Tun rasa sesuai untuk kembali pulihkan UMNO. Bukan setakat pemilihan jawatan presiden parti tapi pemilihan ketua di semua peringkat. Cukuplah orang yang dungu memimpin UMNO di pelbagai peringkat sbb mereka mampu tabur wang. UMNO perlukan cerdik pandai Melayu untuk pimpin parti. Cerdik pandai Melayu hanya berminat sertai UMNO kalau buah fikiran dan pandangan mereka diambil kira. Hanya orang yg dungu sertai UMNO untuk dapatkan wang. Saya berdoa UMNO kembali kuat dan ikhlas. Orang Melayu perlukan parti yg kuat dan mampu bersuara membela hak-hak Islam dan Melayu seperti yg telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak mengharapkan UMNO jadi parti yg perfect (spt yg dimimpikan PAS) kerana ia adalah mustahil. Cukuplah sekadar pemimpin yg prihatin dan ikhlas lebih banyak dari yg dungu dan tamak haloba. Sekurang-kurangnya terubat jua perasaan rakyat terhadap UMNO.

  86. Dearest Tun,
    May I…
    //By pakpandir08 on September 17, 2009 9:36 AM
    – Semasa berkuasa, AP dikatakan tiada masalah … selepas pencen, complain AP disalahgunakan
    – Semasa berkuasa, Air Murah jual kepada Singapura tiada masalah … selepas pencen, complain itu tak betul
    – Semasa berkuasa, Sami Biru dikatakan baik belaka … selepas pencen, complain dia tak baik
    – Semasa berkuasa, orang lain kritik kena tangkap … selepas pencen, kritik orang dikatakan freedom of speech
    – Semasa berkuasa, duduk lama lama pegang kuasa … selepas pencen, kritik orang gila kuasa
    – Semasa berkuasa, Kuata dikatakan betul … selepas pencen, complain ia amat buruk sekali//
    Dear pakpandir08,
    Sabar lah, these problems will be rectified once our brother Anwar and the corrupted BN (abg samuraimelayu labelled mereka ini adalah Badan Najis) are from Politics!! Like Fiasco Perak, kan Raja Nazrin kata kepada Nizar and Ngeh, “If you want to work under me, get these people back to the seats” after His Royal Highness have waited for more than 3 hours to initiate the new government.
    The mamak – YB Zambry of Perak will be out in next PRU, why? He is aggressive and bodoh sombong by declaring in the main stream news that he is working very hard to bring in Korea (South or North, tak tahu kerana ia tidak dituliskan), ha…ha…ha….
    Beliau tipu rakyat Perak by using Korea because If Korea does not come in, he will say “Ah…. South Korea will not come in because they have diverted their investments to North Korea!” Senang aja, but now is Naked World, if you cannot do it, shut up!!!!
    If PAS’s Nizar re-take Perak in next PRU, he will make sure DSAI is out from Pakatan Rakyat because rakyat tak suka pada DSAI. Once DAP Lim GE get full support from Chinese, he will campak DSAI jugak…. PAS and DAP would be accepted and supported only when they are willing to work with those who are capable and tentative in BN to win the heart of Rakyat.
    Ada support from Rakyat, but no money support from institutions and corporations, like we say, Votes ADA, DUIT takda, tak jadi jugak….

  87. Tun,
    Tidak ada sistem dan undang – undang yang dicipta oleh manusia yang sempurna di dunia ini. Manusia secara sifatnya juga tidak sempurna, malah setiap manusia ada kelemahannya masing – masing, jadi hasilnya juga kurang sempurna. Hanya sistem dan undang – undang Allah sahaja yang sempurna sifatnya. Harus diingat manusia mempunyai nafsu, nafsu inilah yang akan membuatkan manusia itu terpesong ditambah lagi dengan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu sistem itu akan membuatkan manusia cuba untuk menyeleweng bagi memenuhi tuntutan nafsu. Inilah yang berlaku terhadap UMNO dimana saya amat bersetuju dengan pendapat Tun para. 14. Sebenarnya tidak ada sistem yang tidak cacat. Samada sesuatu sistem berkesan atau tidak bergantung kepada pengamalnya. Apabila pengamal dipelbagai peringkat mudah di suap, sistem apa pun tidak akan menghasilkan yang terbaik.

  88. Assalamualaikum Tun,
    Semoga Allah memberkati Tun suami isteri dan kita semua, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin.
    Pada pandangan saya apa salah nya kalau kita ambil percalonan dari peringkat cawangan dan menjadikan undi kepada calon calon jawatan jawatan yang di pertandingkan didalam perhimpunan agung UMNO? Dengan ini juga kita dapat mengelak kan amalan rasuah dan dapat memilih calon yang betul2 bolih mendukung amanah yang digalaskan dibahu mereka, calon yang benar benar jujur dan juga popular dikalangan ahli parti dan rakyat. Yang demikian dengan tidak secara langsung dapat kembalikan minat rakyat menyokong UMNO dan menarik minat golongan muda untuk menyertai parti UMNO semula.
    Kita perlu overhaul dan rebrand UMNO dan bukan cuma polish sahaja. Ini adalah pendapat peribadi saya. Disebabkan gejala rasuah didalam parti ketika ini meruncingkan maka dengan sistem ini mungkin alternatif yang terbaik di sebabkan ahli dari cawangan yang menyuarakan pilihan mereka dan bukan nya wakil bahagian yang sedikit bilangan nya yang berkemungkinan besar mempunyai kepentingan dengan calon calon yang bertanding. Lagipun bilangan cawangan adalah terlalu besar untuk dirasuah. Anggaran bilangan cawangan di seluruh negara adalah lebih kurang 60,000 cawagan jadi ini akan memustahilkan rancangan untuk merasuah semua cawangan seluruh negara dan dalam proses itu kita akan dapat calon yang mencerminkan kehendak ahli parti dan rakyat am nya.
    Akhir kalam semoga Tun berdua berada didalam keadaan sihat walafiat dan caria selalu. I salute you Tun “Hidup Tun Dr Mahathir Dulu, Kini Dan Selamanya”. Semoga Allah memberkati Tun dan famili dalam usaha memertabatkan bangsa Melayu dan Agama Islam, Amin…..
    Amanah Bangsa dan Islam perlu di perjuangkan…….Selamat hari raya aidilfitri kepada Tun Dr Mahathir perwira bangsa dan agama, maaf zahir dan batin kepada semua warga chedet.co.cc.
    PS Kalau dalam suasana balik kampung di hari raya ini kita perlulah berbanyakan sabar dan berhati hati semasa dijalanraya…..

  89. caranya bagi ahli terus yang undi..berapa banyak duit nak ditabur kalau ahli biasa yang mengundi..takkan nak rasuah sorang seringgit.
    Hazman Abu bakar

  90. You want to know something Tun?
    Some of KETUA CAWANGAN, refuse to let the younger generation join UMNO.
    They even put their own quota in the roots level. In 6 of my friends, only 2 were accepted.
    Then how the hell is this going to change anything?

  91. Saya setuju dari mula lagi pertandingan pucuk pimpinan dilakukan oleh akar umbi seperti yang dilakukan oleh 2 parti terhebat di USA iaitu parti demokrat and parti Republikan. maka calon yang mahukan jawatan boleh berkempen di depan ahli sendiri dan ini bakal menyaksikan kembalinya pemimpin yang bijak berhujah dan petah berkata-kata. Selain itu, ini juga dapat mengasah bakat memujuk (Persuation) yang amat penting dalam politik. Contohnya bagaimana kebolehan Presiden Barack Obama menjadi calon demokrat setelah diletakkan sebagai pilihan terakhir (underdog). Beliau berjaya naik mempopularitikan dirinya dan parti demokrat dimana akhirnya beliau berjaya mengenepikan calon pilihan (favourite) Hillary Clinton serta menumbangkan gergasi Republikan John McCain.Kempen politik mengajar beliau cara memujuk pengundi demokrat kemudian republikan mengundi beliau, mengumpul dana demi dana untuk kempennya, memanipulasi calon demokrat lain menarik diri dan menyokong beliau; dan paling utama mendapat publisiti serta latihan percuma selama lebih setahun sebagai presiden berkulit hitam Amerika Syarikatyang pertama. Saya berharap dengan ini kita dapat melihat pemacuan arena politik lebih tersusun dan beradab diamalkan.-Jizurimin

  92. Salam hormat YAB Tun berdua
    Just a stupid idea. Apa salahnya jika kita buat sistem giliran. Sebelum itu kita chart agendanya supaya sesiapa yang memegang jawatan tidak lari dari agenda yang telah ditetapkan. Pencapaian yang dicapai oleh pemimpin akan diukur berdasarkan kemajuan prestasi bukannya sokongan. Dalam erti kata lain, semakin tidak popular seorang pemimpin itu semakin bagus. These people are suppose to be leaders. Nak jadi popular silakan jadi celebrity.
    Ketatkan pula criteria bakal pemimpin. Kaki makan suap, perempuan, judi, arak dan ‘tikam belakang’ (main belakang pun sekali) akan ditolak bulat-bulat. Terlalu alim pun kita tolak ke parti PAS. Ambil yang moderate tetapi faham fungsi agama, negara dan masyarakat. Mesra pelanggan suatu bonus atau boleh dimasukkan dalam KPI sasaran lawatan yang mesti dilakukan. Jika gagal, kita tukar dengan orang lain. Kontraktor, vendor atau individu yang mempunyai kepentingan sudah tentu tidak boleh beri rasuah sebab orangnya bertukar-tukar.
    Mungkin ada cacat celanya pandangan saya ini tapi no idea is a stupid idea.
    Tun berdua jaga diri ya.

  93. Penghapusan kuota hendaklah disertakan dengan garis panduan dan syarat layak bertanding yang ketat terutamanya untuk jawatan-jawatan Naib Presiden ke atas.
    Jika tidak nanti kita akan dapati berpuluh-puluh orang menawarkan diri dan kemungkinan driver teksi dan duda-duda kampung yang tak tahu nak buat apa pun berminat nak jadi Presiden UMNO.
    Selain kena pastikan UMNO terus ralevan, kita juga kena pastikan bahawa UMNO ada ‘kelas’ yang tersendiri. Bukan parti pinggan mangkuk.
    http://www.anak2merdeka.blogspot.com

  94. Salam TUN
    1. Saya bersetuju cadanagan quota dihapuskan terus dalam UMNO, Malah dalam hala lain juga
    2. Saya pernah menjadi ketua pemuda cawangan dan biro Pendidikan + IT Bahagian UMNO di WP. Mulanya atas dasar ingin bantu bangsa dalam mengadakan kelas percuma tuisyen, komputer, keushawanan, kebajkan secara sukarela dan percuma secra aktif pada penduduk setempat. Ini berlaku selepas saya tamat belajar ijazah dan praktis di UK pada tahun 1997.
    3. Namun terdapat banyak kelemahan BESAR yang nampak MIKRO dalam sistem UMNO itu sendiri dalam peringkat cawangan, contohnya:
    4. Walaupun saya berjaya mengumpul dan menggembelng pelbagai pemuda untuk menggangotai UMNO atas dasar bangsa dan kebajikan di kawasan X-lokaliti, namun keahlian mereka tergantung atas sebab KETUA CAWANGAN yang tidak mahu menandatanganai borang kerana dalam perlembagaan hanya beliau yang berhak menentukan siapa yang layak jadi ahli di cawangannya
    5. Hasilnya setiap kali mesyuarat Ketua Cawangan saya yang lebih 10 tahun yang tinggal di Melaka dan hanya setahun sekali melawat

  95. Salam Tun dan Selamat Berpuasa pada Tun dan para Muslimin Muslimat sekalian
    Terima kasih atas blog yg sangat menarik ini.
    Pertama sekali, saya ingin berakata bahawa tidak dinafikan kerajaan Barisan Nasional, walaupun ada keburukannya, telah banyak berjasa dan membawa banyak kemajuan kepada negara Malaysia yang kita cintai ini. Ini memang tidak boleh dinafikan samasekali sebab Barisan Nasional yg menerajui kerajaan semenjak kemerdekaan kita dari jajahan British. Dengan hujah ini, pihak pembangkang memang kena akui bahawa mereka tidak ada track record samasekali (ataupun belum ada peluang utk membina track record) dan mereka mesti menunjukkan permulaan dan first impression yang baik untuk terus mendapat sokongan.
    Yang kedua, saya tidak nafikan juga bahawa semua sistem yg di-implementasikan manusia mesti ada cacat cedera seperti Tun katakan. Ya betul, kalau ahli-ahli bahagian ataupun daerah mempunyai hati y ikhlas, sistem kuota atau sistem bonus votes tidak akan disalahgunakan.
    Sebenarnya, semua sistem undian dan pencalonan yang telah di-implementasikan di dalam UMNO pada masa dahulu adalah tidak begitu baik dan mungkin sepatutnya di kajiselidik terlebih dahulu samada sesuai atau tidak di-implementasikan.
    Seperti yang saya kata berulang kali di dalam blog chedet ini, sistem pencalonan yang paling adil dan yang paling simple adalah sistem ‘one-man, one-vote’. Apa jua sistem yg berubah daripada sistem ‘one-man, one-vote’ ini akan ada cacat cederanya sepert telah berlaku pada UMNO pada masa lampau. Sepatutnya UMNO telah mempraktikkan sistem ‘one-man, one-vote’ ini dari awal. Saya tahu sistem ini agak extensive dan luas kerana ia kena mengambil kira semua ahli di merata tempat di negara ini (di mana UMNO ada wakil ataupun bahagian) tetapi ia adalah sistem yg adil dan selayaknya bagi parti yang menerajui dan memerintah negara Malaysia yg disayangi ini. Jadi seharusnya, the proper resources is poured in by UMNO untuk mengimplementasikan sistem ‘one-man-one-vote’ yang adil ini.
    ezani

  96. Salam TUN
    1. Saya bersetuju cadanagan quota dihapuskan terus dalam UMNO, Malah dalam hala lain juga
    2. Saya pernah menjadi ketua pemuda cawangan dan biro Pendidikan + IT Bahagian UMNO di WP. Mulanya atas dasar ingin bantu bangsa dalam mengadakan kelas percuma tuisyen, komputer, keushawanan, kebajkan secara sukarela dan percuma secra aktif pada penduduk setempat. Ini berlaku selepas saya tamat belajar ijazah dan praktis di UK pada tahun 1997.
    3. Namun terdapat banyak kelemahan BESAR yang nampak MIKRO dalam sistem UMNO itu sendiri dalam peringkat cawangan, contohnya:
    4. Walaupun saya berjaya mengumpul dan menggembelng pelbagai pemuda untuk menggangotai UMNO atas dasar bangsa dan kebajikan di kawasan X-lokaliti, namun keahlian mereka tergantung atas sebab KETUA CAWANGAN yang tidak mahu menandatanganai borang kerana dalam perlembagaan hanya beliau yang berhak menentukan siapa yang layak jadi ahli di cawangannya
    5. Hasilnya setiap kali mesyuarat Ketua Cawangan saya yang lebih 10 tahun yang tinggal di Melaka dan hanya setahun sekali melawat

  97. Dearest Tun,
    This KUOTA HAPUS apply to all BN and PR too, not only UMNO saja!
    Now, Konsep BN – 1 Malaysia!
    Kosep PR – Malaysian Malaysia!
    What if rakyat prefer to remain “Malaysia”, who should we vote then, and there is no such party in Malaysia. How? Don’t Vote? Malaysia Mana Boleh kerana ramai lagi sayangkan Negara Kita. Who should represent this majority of Rakyat, Tun in next PRU!

  98. Assalamualaikum Tun Mahathir,
    Harapnya dengan penghapusan sistem kuota ini, UMNO dapat dikembalikan ke landasan yang lebih baik untuk rakyat. Saya bersetuju sepertimana kata Tun, tidak ada sistem yang tidak cacat. Apa yang penting ialah pucuk pimpinan UMNO perlu sentiasa waspada dan proaktif dalam memastikan UMNO tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan peribadi atau politik puak mereka sahaja. Ahli-ahli UMNO juga perlu bangun dan memastikan parti tidak lari dari landasan. Usah malu dan takut untuk berubah. UMNO ialah tanggungjawab setiap orang ahli UMNO.
    Kalau dipertimbangkan secara rasional dan mengambilkira perlakuan semua parti politik di Malaysia sekarang, UMNO masih relevan. Fikir-fikirkan lah
    Terima Kasih Tun Mahathir

  99. Salam Eidul Fitri Tun,
    Mari kita sama-sama fikirkan agar semua ahli UMNO dapat mengundi calon-calon pilihan mereka. Rasuah adalah suatu yang terlalu subjektif. Kesedaran moral, tanggungan dosa dan pahala ahli-ahli UMNO sepatutnya dapat menghindari rasuah.
    Pokok pangkalnya berbaliklah kepada cara yang tradisi. Namun permudahkan caranya. Apa guna kewujudan teknologi terkini kalau tidak digunakan sepenuhnya.
    InsyaAllah UMNO akan terus relevan.

  100. Dearest Tun,
    This is the so-called “barrier entry” – Kuota, bonus or Makan Suap sama jugak!!!!
    Why the world landed into this crisis chaos, it is because of this “Materialistic Monies Reward System” introduced by Capitalists without MORAL and INTEGRITY which only contribute to serious social illnesses that could lead to Anarchy if WE DON’T CHANGE NOW!!!!
    In new world, people are more educated, more moral value added, hence they are less and less “animal” than animals as time goes by. Please Don’t get offended, human beings are the smartest animal of all animals, if you know Science and Do Not Believe Bread Turned Into Rats!
    Wake up, last call before its too late!!!!

  101. – Semasa berkuasa, AP dikatakan tiada masalah … selepas pencen, complain AP disalahgunakan
    – Semasa berkuasa, Air Murah jual kepada Singapura tiada masalah … selepas pencen, complain itu tak betul
    – Semasa berkuasa, Sami Biru dikatakan baik belaka … selepas pencen, complain dia tak baik
    – Semasa berkuasa, orang lain kritik kena tangkap … selepas pencen, kritik orang dikatakan freedom of speech
    – Semasa berkuasa, duduk lama lama pegang kuasa … selepas pencen, kritik orang gila kuasa
    – Semasa berkuasa, Kuata dikatakan betul … selepas pencen, complain ia amat buruk sekali

  102. YA SETUJU>>>BIAR AHLI YG UNDI..
    KALAU AHLI YG UNDI…
    ANAK OMAK DARI REMBAU…JGN HARAP JADI KETUA PEMUDA
    KETUA DARJAH TADIKA PUN BELUM TENTU…
    TOO BAD KJ IS THE LEADER..TILL NOW NO..DIRECTION…

  103. Mana-mana sistem yang diwujudkan hanya membantu melancarkan aturan sesuatu perkara dan tidak dinafikan ianya boleh dimanipulasi mengikut kehendak pihak-pihak tertentu.

  104. Salam Tun,
    Seingat saya Tun amat mempertahankan sistem kuota ini semasa Tun menjadi Presiden dan Perdana Menteri. Jawapannya adalah kerana ia amat menguntungkan Presiden. Sistem ini telah menyebabkan UMNO tidak dapat membuat pertukaran pucuk pimpinan dengan orang yang benar-benar layak.
    Walaubagaimanapun kemampuan Tun memperakui kelemahan sistem ini wajar dilihat secara positif. Meneruskan sesuatu sistem yang memang sudah dikenalpasti tidak dapat membantu adalah satu langkah yang dangkal. Di harap UMNO mempunyai kekuatan untuk berubah, jika tidak anda akan diubah.

  105. ya betul, Tun.
    Selagi ada rasuah, selagi itu tidak dapat yang terbaik.
    Pertama sekali hapuskan rasuah dengan buang yang makan dan beri rasuah.

  106. Assalamualaikum TUN,
    You never fail to bring topic of interest for everyone.
    Nevertheless Tun my worry is will the rakyat reject UMNO and BN in the next PRU.If the rakyat is unhappy with a few personalities in UMNO or BN and they vote in opposition, then its all over for UMNO and BN. Is it fair for the rakyat to totally reject UMNO and BN after decades of development by BN govt. After all not all BN MP and ADUN are as bad as being potrait by the opposition. There are a few, yes no doubt, but because of one bad apple are they the rakyat willing to chop off the tree that have given them all they have today. By the way the opposition are no better off, infact are worse off then what they potrait themselves to be. They are no angel, no way.
    May Allah Bless You TUN and Family.
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

  107. Salam Tun,
    Kita dah cuba sistem undi dari perwakilan, dah cuba undi dari bahagian… mari kita cuba undi terus dari ahli… dari akar umbi…

Comments are closed.