LAMA DAN BARU

1. Dikatakan terdapat 4 juta Gen Y yang sudah sampai umur untuk mengundi dalam PRU 14. Di masa yang sama terdapat lebih ramai yang sudah lama dewasa dan berhak mengundi. Pendapat dan perjuangan mereka tidak sama.

2. Sementara yang sudah lama dewasa masih ingin meneruskan perjuangan lama mereka, Gen Y tidak ambil kisah perjuangan lama dahulu. Bagi mereka yang relevan ialah keadaan sekarang.

3. Mereka dilahir setelah sudah lama merdeka. Perjuangan untuk kemerdekaan tidak relevan lagi. Dato Onn, Tunku, Tun Razak dan Dr Mahathir hanyalah nama-nama dalam sejarah. Mereka tidak lagi boleh buat apa-apa untuk Gen Y.

4. Yang boleh ialah pemimpin sekarang. Tetapi pemimpin-pemimpin sekarang juga tua. Ada yang sudah menjangkau 90 tahun. Tak mungkin mereka faham masalah Gen Y.

5. Mereka semua sama. Sama ada dalam Kerajaan atau dalam parti-parti pembangkang – mereka sama. Politik mereka adalah kuasa – politik cari duit – politik salahguna kuasa, politik mengekalkan kedudukan mereka.

6. Parti lawan pun sama, parti Kerajaan pun sama. Yang berbeza parti lawan masih berebut-rebut untuk tempat berpura-pura bersatu, mengejar tempat dan kuasa. Ini pendapat Gen Y.

7. Parti Kerajaan pula tidak membenar sebarang rebutan kuasa, taksub dengan kepimpinan mereka, menyokong secara buta tuli, menafikan kenyataan.

8. Antara dua pasukan yang akan bertanding ini, pada pendapat Gen Y, sama sahaja. Menang mati bapak, kalah mati emak.

9. Oleh itu apa perlunya Gen Y melibatkan diri, mengundi dalam PRU. Menang ke, kalah ke sama sahaja.

10. Yang tua akan undi – undi untuk muka lama – undi untuk perjuangan yang lama. Tetapi undi yang tua sahaja tidak mencukupi. Bermakna mereka akan kalah. Bermakna penerima dedak akan menang. Bermakna cash akan terus jadi King.

11. Yang tua tidak boleh ditinggal. Yang muda tidak boleh diketepikan.

12. Untuk kemenangan gandingan antara tua dan muda diperlukan. Yang tua mesti faham pemikiran yang muda. Yang muda mesti ambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka.

13. Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.

14. Bosan! Mereka tidak undi. Tak undi samalah dengan undi Najib.

15. Najib menang; semua kalah.

19 thoughts on “LAMA DAN BARU”

  1. Assalamualaikum,

    Pada pendapat saya pakatan harapan perlu menamakan calon-calon perdana menteri yang berpotensi, bukan seorang sahaja. Dan begitu juga pakatan harapan boleh memberi bayangan sesiapa yang boleh menerajui jawatan-jawatan penting dalam negara.

  2. Assalammualaikum Tun,

    Maaf saya mencelah sekali lagi berkaitan penggunaan satu logo bagi menghadapi PRU 14. Saya difahamkan Tun memang kearah penggunakan SATU LOGO. Sebagaimana yg kita semua telah maklum PRU 14 bila2 masa saja akan diadakan. Jika satu logo tidak didaftarkan dan diwar2kan sekarang saya berpandangan, kemenangan barisan pembangkan 50-50. Ini disebabkan permilehan calun semasa dalam kotak menggundi akan bertukar disaat akhir. Penggundi akan fikir sebaliknya semasa mereka memegang pena untuk memangkah. Contoh dikertas undi ada 3 logo:- DACING, BULAN dan DAP. Dia memang tak suka Roket, dan marah Najib (DACING), akhirnya akan memangkah BULAN.

    Pada hemat saya sebaik saja pendaftaran satu logo di luluskan pembubaran parliamen akan di susuli dengan seberapa segera, Ini kerana mereka tidak mahu rakyat beralih kpd parti alternatif. lebih2 Satu Logo menyakin rakyat pergabongan ini kokoh sebagaimana pergabongan di Barisan National.
    INI HANYA SETAKAT PANDANGAN saja.

  3. orang politik ni banyak sangat bercakap tun…

    cari makan guna air liur…banyak sangat buat majlis itu ini tapi hasil belum tentu ada…banyak yang suka bercakap sahaja tapi kerja langsung tak boleh buat…mesyuarat dari pagi sampai malam tapi tiada tindakan segera…

    dan banyak lagi kalau nak disenaraikan yang buat orang menjauhkan diri dari politik…

    gen y pulak kebanyakan nya memang tak suka duduk dalam ceramah lama-lama…gen y lebih sesuai digunakan untuk kerja-kerja fizikal dll…

    perlu dirancang khusus untuk gen y…

    terbaca artikel tuan outsyedthebox hari ini…

    mungkin tun dan pihak-pihak yang bersekutu boleh memikirkan semula untuk tun M kembali menjadi PM negara dan perbetulkan sistem yang ada dan menubuhkan serta menguatkan majlis perundingan negara…

    untuk memuaskan hati pihak pembangkang, mungkin anwar boleh kembali menjadi tpm…

    hangpa dah menang nanti sambung la gaduh balik…buat masa ni berdamai la dulu…tolak ansur la terlebih terkurang tu…

    juga tindakan untuk format dan cuci balik jentera kerajaan yang korup…

    dan kembalikan semula ekonomi negara ke landasan wawasan 2020 yang betul…PH boleh guna wawasan 2020 ni sebab semua orang dah tahu dan menyimpan azam yang besar untuk 2020 dari dulu lagi…tak perlu promosi lagi dah seperti 2050…

  4. Assalamualaikum Tun,

    Saya setuju dengan pandangan Tun yang terlampau ramai orang yang bersikap sinis. Kalau bahasa mudahnya, hanya tahu kritik dan mencari kesalahan tanpa memberi apa-apa penyelesaian.

    Pertama sekali, apakah objektif utama yang akan ‘overide’ sebarang objektif-objektif lain? Objektif utama adalah supaya menumbangkan kerajaan Najib di PRU akan datang.

    Tetapi disebabkan ramai pengkritik-pengkritik sinis ini, mereka hanya lihat dari sudut kecik mereka tanpa melihat kepada objektif utama. Di bawah saya sertakan beberapa komen pengkritik sinis ini yang bijak pandai.

    “Keahlian PPBM yang hanya untuk kaum bumiputra adalah rasis.” Hakikatnya orang melayu terutama penduduk luar bandar masih belum bersedia untuk undi parti-parti pelbagai kaum. Mereka takut kehilangan hak-hak mereka seperti termaktub dalam perlembagaan. Tujuan PPBM menghadkan keahlian kepada kaum bumiputra adalah supaya kelompok Melayu ini mampu mengundi Pakatan di samping berasa selamat hak-hak mereka akan terus terpelihara.

    “Tun Mahathir telah U-turn dan kini bersahabat dengan DSAI dan Lim Kit Siang”. Jadi apakah penyesaiannya kalau Tun tidak bergabung tenaga dengan DSAI dan Lim Kit Siang”. Berlawan seorang diri dengan Najib yang memiliki segala instrumen-instrumen kerajaan dan parti? Itu adalah tindakan bodoh. Tapi mereka tidak nampak ini. Mereka tidak nampak mustahil Najib dapat dikalahkan tanpa kesatuan dari semua pembangkang. Mereka hanya nampak pandangan sempit mereka, oh, tidak boleh bergabung dengan DSAI dan Lim Kit Siang. Sepatutnya dilihat dari sudut positif iaitu Tun sanggup berdamai dengan DSAI dan Lim Kit Siang, semata-mata hendak menyelematkan agama, bangsa dan negara dari Najib.

    Kita kena berhati-hati dengan pandangan sinis mereka ini, yang hanya tahu mengkritik sahaja. Kalau kita ikut pandangan mereka, mau hancur segala perancangan, dan pasti Najib menang. Saya bersyukur Tun tahu apa yang Tun buat, dan tidak termakan dengan kritikan mereka.

  5. Dear Sir,

    Everyone seem to be putting a very high hope on the coming GE 14, TO BRING NAJIB AND THE GANG DOWN

    TO BRING JHO LOW TO JUSTICE AND FACE TRIAL ON 1MDB SCANDAL, dubbed as “THE HEIST OF THE CENTURY”

    I urged Steven Spielberg or Shamsyul Yusoff (Apologized if I could not spell his name correctly) to make film on this scandal

    This mission is not easy because if Najib and The Gang can controlled everythings, anythings including the judiciary system, GE 14 is nothing to him

    Previously the 2 by elections that given a landslide victory to Najib proven that he is very much in control plus lots of cash in hand

    The oppositions are stabbing each other back and lack of charismatic leader like ANWAR

    We need a true leader that can united all opposition parties and speak fire from his mouth and able to crush UMNO and BN to dust!

    p.s.

    I truly saddened and upset by SAUDI act to honour the extremist TRUMP
    With TRUMP wife has not covered her head is an open insulting to Islam (It happened in SAUDI, where protocol is fully observed)

    It is not Dubai or elsewhere!

  6. Assalamualaikum Tun.

    Saya dan Tun boleh saya rasakan mempunyai persamaan dari segi karakter.

    Antaranya, apabila Tun kata perjuangan orang lama adalah berkenaan kemerdekaan.

    Sebetulnya saya walaupun berusia orang baru, tetapi saya mengerti mengenai makna kemerdekaan dan kebebasan.

    Pengalaman berasa dijajah ini saya perolehi semasa dalam pengajian di mana telah diuji dengan ujian gangguan jin yang saya tempuhi selama lebih kurang 10 tahun ‘dijajah’ jiwa dan mental, tanpa saya berubat dengan mana mana pengamal perubatan tradisional.

    Apa yang saya dengar apabila berceritakan mengenai tasawuf, ada orang akan bertanya “kamu pernah sakit?”. Dengan itu dapat saya simpulkan untuk mengaku anda mengenal tasawuf, anda perlu melalui zaman sakit terlebih dahulu.

    Namun sekarang, orang baru tidak lagi mahu mendengar mengenai kemerdekaan. Orang baru sekarang berfikir tentang kejayaan dalam hidup. Kehidupan yang mewah seronok dan berjaya. Wang perlu dicari untuk mencapai cita cita memiliki kereta, rumah mahupun isteri.

    Antara katrakter persamaan saya dengan Tun yang dapat saya rasakan adalah, duit/wang berada dikedudukkan yang bawah.

    Diawal perkenalan saya dengan Tun di blog ini, pernah saya terbaca di dalam sebuah majalah bahawa Tun mengata berkenaan Orang Terengganu yang hanya mahu duit apabila bekerja (kerja The Loaf). Tetapi kerja hanya sekejap (tak bersungguh sungguh).

    Saya tak nak komen pasal tu.

    Tapi harus saya katakan, Tun menjadi PM selama 22 tahun dan dicampurkan dengan jangka masa Tun jadi orang kenamaan, boleh dikatakan lebih dari separuh umur Tun, Tun berada dikalangan orang kenamaan.

    Kalau berjalan melihat lihat kawasan dan berjumpa orang ramai, mungkin Tun sendiri tidak dapat merasai apa yang dirasai oleh orang zaman sekarang atau zaman Tun jadi pemimpin itu sendiri.

    Tapi perkara itu menjadi satu kebanggan rakyat Malaysia. Dan sememangnya ia patut dibanggakan.

    Apatah lagi jika dibandingkan dengan latarbelakang Najib Tun Razak. Apa yang Najib tahu dan pernah rasai?

    Sekurang kurangnya, Tun pernah lalui pengalaman hidup biasa biasa semasa budak, remaja dan dewasa.

    Keluarga Syeikh Abdul Malek 1650-an juga berasal dari bangsawan/pemerintah. Cuma bezanya, syeikh turun takhta dan meninggalkan kuasa dan kemewahan dan menumpukan pada perkembangan agama Islam dan sekolah pondok.

    Saya fikir saya sendiri tidak begitu bagus dalam mengira duit, tapi saya perlu beritahu Tun “cash is king” adalah benar.

    Cuma kita jangan jadikan pemimpin rasuah sebagai pemimpin kita rakyat Malaysia. Tapi juga jangan kita menidakkan kepentingan wang dalam kehidupan zaman sekarang.

    Untuk mengatakan orang Melayu malas dan tidak berusaha, bagi saya adalah tidak adil. Semua orang malas bekerja dan semua orang rajin untuk dapat duit secara mudah.

    Cuma kelemahan orang Melayu adalah malas untuk mengira duit.

    Saya tertanya tanya pagi tadi ‘kenapa tidak jualkan saje kepala ayam yang telah dipotong tadi dari bagi percuma sahaja?”

    Kepala ayam boleh direbus untuk buat sup. Orang ambil percuma, kita bagi percuma, tapi yang percuma itu dijual pada orang niaga sup.

    Orang Melayu memang bodoh dan tak pandai mengira duit.

    2.6b pun tak pandai kira, Tun apatah lagi sekupang dua.

    Terima kasih Tun.

  7. Please don’t give up Tun! Pada kempen pilihanraya PRU14 ini jika PPBM/PH berlembut dan bertolak ansur dengan GST, yang pasti PPBM/PH akan kalah sebelum bertanding lagi tetapi jika PPBM /PH istiqomah berkempen akan menghapuskan GST bila menang dalam PRU14, Insya Allah kemenangan bagi PPBM/PH adalah positif sebab ‘For a reason or for some reasons, Najib Masih Dihati Rakyat’ tetapi atas bahana peningkatan tinggi kos sara hidup dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ‘Najib And GST Should Have Long Gone And Eradicated Respectively’.

  8. Assalamualaikum Tun.

    Dari segi persepsi politik boleh menyebabkan orang sinikal pada politik.

    Tetapi sebagai sebagai orang politik Tun tak boleh lari dari gelanggang politik, walaupun telah cuba melalui petisyen pada Yang Dipertuan Agong.

    Apa yang perlu dilakukan kita telah lakukan.

    Sekarang kalau tukar RM 1,000 kita dapat 750 duit Thailand sahaja.

    Politik boleh dikatakan kompleks, tetapi Tun buatkan ia nampak mudah.

    Satu pelajaran yang tidak pernah diadakan kelasnya.

    Maha Suci Allah.

    Terima kasih Tun.

  9. Assalamualaikum, Tun.

    Gen Y ini mungkin ada pelbagai kurang berminat mendaftarkan diri untuk mengundi-
    1. Ada yang ibubapa kaya, dan mereka tak pernah bersusah-payah mencari hidup. Persepsi mereka soal politik tidak kena-mengena dengan mereka.
    2. Ada yang bersikap dingin kerana mengundi tak mengundi tidak akan membawa apa-apa perubahan. Tun dah mengkubukan kemenangan untuk BN dengan pelbagai taktik yang kukuh dan mustahil dipecah.

    Namun, ramai di kalangan Gen Y mengganggur sekarang. Golongan inilah mungkin insaf, yang pentingnya bagi mereka menunaikan tanggungjawab, memilih yang berwibawa dan bersih untuk memerintah Negara.

  10. Assalamualaikum wbt Tun,

    Tun kira tak letih2 berjln merata tempat utk berceramah prihal kepayahan Negara dan keharuan yg Najib MO1 lakukan. Semua itu Tun buat utk menangkan PH. Syabas Tun. Namun, kali ini saya nak Tun fikirkan dua isu dan mudah2an PH esp Bersatu tegas utk berbuat sesuatu.

    (1) Dlm keadaan sekarang, wajar Tun tidak ke Sabah. Soal ke Sarawak itu soal lain. Ke Sabah saya rasa Tun tidak perlu ke sana. Saya yakin Tun tahu apa maksud saya ie bukan Tun tidak diterima, keadaan di Sabah kini tidak mewajarkan itu. Namun PH esp Bersatu jgn abaikan utk kukuhkan Warisan di Sabah. Kedudukan PH di Sabah mesti dinilai dgn hati2. PKR dan DAP harus jgn terlalu ghairah utk jadi juara di Sabah. Elok mereka hanya hadir utk membantu. Amanah n Bersatu tak perlu ke Sabah. Jgn ke Sabah. Cukup sekadar membantu Warisan. Di mana perlu jadilah jambatan utk satukan parti2 bukan pemerintah di Sabah.

    (2) Tun OKlah ke sana sini sinun utk berucap. Tun dah tak ada kepentingan. Namun saya kira kelompok PH yg akan ke depan utk memerintah Negara, harus ada pendekatan lain dari Tun. Saya kira mereka harus mula menunjukan kewibawaan sebagai pemikul amanah utk harapan masa depan Rakyat, Agama dan Negara. Mereka ini patut sudah mula menunjukkan langkah2 jujur dan berwawasan dlm segala gerak mereka. Nak tibai, kira Mamat Overpun kira boleh tibai tetapi utk tabirurus Negara secara jujur dan berwawasan adalah apa yg semua pihak ingin lihat.

    (3) Secara berani saya katakan PH belum menampakkan wibawa utk mengurus Negara. Di samping Tun, yg lain terus melakukan strategi tibai, memberi harapan tidak kelihatan. Boleh ke utk
    menyakinkan rakyat utk sokong PH hanya dgn kehebatan menibai? Rakyat sudah resah. Cukup resah. Malah bosan. Menibai tidak mampu mengubah fikiran dan tindakan mereka. Mereka perlu dengar dan lihat jln penyelesaian kpd segala masalah yg mereka sedang hadapi.

  11. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Saya ingin ulas kenyataan Tun seperti di bawah:

    13. Najib boleh menang bukan kerana rakyat sokong dia. Najib boleh menang kerana rakyat sudah bosan dan “sinikal” terhadap politik.

    1. Memang benar ramai (tidak kira orang lama atau orang baru/muda) yang sudah bosan dan sinikal terhadap cara berpolitik dan perangai-moral buruk ahli2 politik di Malaysia.

    2. Keadaan ini berpunca dari strategi berpolitik dan moral buruk pihak Kerajaan dan Pembangkang yang tidak berbeza; dua kali lima – sama2 ‘haprak’.

    3. Rasuah menjadi amat berleluasa semasa era Anwar Ibrahim dalam UMNO. Beliau naik dengan mendadak kerana Tun (dll. serta penyokong2 taksub beliau) ‘terpesona’ dengan imej ‘warak’ yang beliau bawa. Namun, imej warak beliau penuh dengan kepura-puraan (‘lakonan’), dan beliau kalah dengan dugaan ‘kuasa/takhta, harta/wang, wanita = tiga ‘TA’).

    4. Sekarang Tun berada di pihak yang sama dengan Anwar. Kepada ramai rakyat (yang tidak TAKSUB dengan mana2 individu – boleh berfikir dengan waras), keadaan ini amat JANGGAL.

    5. Moral Anwar (menurut bukti2 saintifik dan keterangan mangsa2 kerakusan beliau – jenayah l*wat dll.) amat buruk. Saya masih ingat alasan moral dan tidak sesuai menjadi PM diberi oleh Tun semasa pemecatan.

    6. Anwar juga telah didapati bersalah (didakwa/dihukum) menyalah-guna kuasa sebagai TPM semasa dalam Kerajaan.

    7. Saya sedikitpun tidak menyalahkan Tun kerana memang ramai ‘penipu’ yang sentiasa berusaha untuk menampilkan imej warak dan bersih, namun hakikatnya mereka ini PENIPU.

    8. Ada yang masih menyalahkan Tun kerana memecat Anwar (penyokong2 taksub Anwar), namun saya yakin Tun tahu apa yang benar dan apa yang salah, dan tindakan Tun memang wajar / tepat (sebagai PM). Saya tidak pernah meragui keikhlasan Tun – untuk kebaikan rakyat.

    9. Kita tidak tahu HIKMAH dari pemecatan tersebut (yang kita tidak nampak – hanya ALLAH yg maha mengetahui). Apa perancangan Anwar jika berjaya menjadi PM, hanya Allah yang mengetahui. Mungkin kemusnahannya lebih-kurang ataupun mungkin LEBIH teruk dari apa yang Tun dan kita lihat/rasai sekarang di bawah rejim Najib (saya hanya berfikiran positif). Kita tidak tahu apa terjadi jika Anwar jadi PM jika Tun tidak pecat beliau (pada 1998).

    10. Strategi ‘menafikan segala SALAH-LAKU’ yang bermain di bibir PM Najib @ Ah Jib Gor saling tidak tumpah seperti cara Anwar menangkis segala salah-laku beliau! DUA x LIMA! Macam anak murid dan guru…Jadi, apa pilihan kita? Yang lagi pelik & memBOSANkan, pihak (Pembangkang) yang membuka AIB (membuka cerita moral buruk) Anwar ialah pihak sama yang bermati-matian ‘membela’ beliau untuk melepaskan diri dari segala pertuduhan salah-laku (setelah jadi kawan politik)! Alahai…memang haprak! Macam sama saja dengan perangai para pembodek PM Najib.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  12. Tun,

    Jika perlu Tun, slogan pada bendera itu perlu tercatat “JANGAN BERSUBAHAT DENGAN PEMIMPIN RASUAH”.

    Wassalam.

  13. Assalamualaikum Tun.

    SATU LOGO

    Setuju dengan pandangan tuan perihatin49…

    Pakatan Harapan perlu mewujudkan satu logo segera untuk menaikkan semangat RAKYAT ANTI NAJIB.

    Segera berbuat sesuatu Tun. PRU14 dalam naluri saya dijangka sekitar musim haji Tun.

    Wassalam.

  14. Assalamualaikum Tun.

    Ye betul, nama Dr Mahathir sudah berada dalam lipatan sejarah. Perjuangan orang lama walaupun dari segi prinsipnya adalah sama, tetapi kaedahnya perlu disesuaikan dengan perubahan zaman.

    Bukan saya yang berkata demikian, tetapi pengalaman memberitahu. Lihatlah kuasa alam maya ini. Saban hari kita memasuki alam maya dan kesannya samada boleh membuat kita tenang atau sebaliknya.

    Kemahiran menguasai internet amat ketara diperlukan dalam 20 tahun lepas. Malah kesesuaian menguasai alam maya ini turut diperolehi oleh saya melalui proses pembelajaran tak rasmi (mengenal surah An Nas dan Al Falaq).

    Mungkin itulah yang selalu disebut dalam perkataan Arab -‘Mujaddid’.

    Saya bukanlah pelajar cemerlang dan tidak juga perolehi keputusan yang baik semasa di UiTM.

    Namun yang pastinya, pelajaran agama dan amalan dari ‘ras’ orang lama memandu perjalanan kehidupan saya samada susah mahupun senang.

    ‘ Dan orang orang beriman, dan anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.’

    Surah At Thur ayat 21

    Dalam keadaan zaman kini yang serba pantas, wasap, facebook, twitter, blog dll adalah percuma. Tidak perlu bayar. Cuma bayaran bulanan untuk langganan internet.

    Itu adalah kelebihan zaman sekarang. Tetapi untuk menghadapi dunia realiti, bukan setakat kos sara hidup, tapi untuk minum air kosong pun dah dikenakan caj 30 – 50 sen. Beli setem 80sen pun kena GST 6 persen.

    Kesimpulannya, berjuang untuk negara juga memerlukan pengorbanan harta dan jiwa. Tetapi keperluan asas kehidupan perlulah diutamakan dahulu.

    Pada saya, pendidikan dan kesedaran tentang agama adalah terpenting walau sebagus manapun anda.

    Terima kasih Tun.

  15. Assalamualaikum wbt Tun.

    Otak Melayu payah sikit nak tengok di luar dari tempurung. Inilah kesan bila kita bina bangsa “bagai menatang minyak yg penuh” atau dlm keadaan sekarang “seperti bela panda di Zoo Negara”.

    (2) Saya postkan Youtube ini utk sama2 kita fikir utk pecahkan “ketagihan Melayu pd UMNO n BN” ini tanpa boleh melihat keluar demi Negara.

    https://www.youtube.com/watch?v=MPPEho-k3tI&feature=share

    (3) Nak balun otak2 ni, silap. Patut kita pakat cari jln utk pecahkan “ketagihan” ini supaya kita menang.

  16. Salam Tun.

    1. Gen Y mewakili cita rasa muda lebih meminati hiburan dan sukan.

    2. Rimba Emas pasti ramai Gen Y sekarang tinggal di kawasan yang tidak sama dengan alamat dalam ICnya.

    3. Malah sistem pilihan raya yang meminta para penggundi hadir ke pusat penggundi agak sukar di ikuti para remaja.

    4. Kadang-kadang kesibukan dengan program hiburan atau sukan tempat-tempat sukaramai seperti pesta, kerja-kerja belakang tabir telah melalaikan mereka pergi ke tempat mengundi.

    5. Gen Y cepat berubah pendapat bila sesuatu perkara itu tidak mendapat tempat di kalangan rakan-rakan sekumpulan mereka.

    6. Dewasa ini pengundian secara on-line berbentuk eletronik lebih mendapat tempat di hati Gen Y. Ini dapat di lihat dalam program-program berbentuk realiti tv samada hiburan atau sukan.

    7. Malah Gen Y lebih di gunakan dalam gerak kerja bagi yang terlibat dalam persatuan. Manakala yang tidak terlibat lebih suka kepada aktiviti riadah dan ramai mengabai hadir ke pusat undi atau menjadi sesuatu yang disukai.

    8. Gen Y lebih minat hadir ke tempat yang ada persembahan untuk mereka yang dapat mereka nikmati bersama atau sorakan boleh di berikan.

    9. Sifat mereka yang cergas tidak mungkin dapat menyamakan dengan golongan dewasa atau tua yang lebih bersabar beratur panjang menanti giliran mengundi.

    10. Hanya gerak kerja bersama dengan di adakan cara mengundi yang lama atau mengikut cita rasa anak muda memungkinkan pertambahan sokongan pengundi.

    11. Namun jika di mudahkan golongan ini untuk hadir mengundi maka anak muda , dewasa , tua , sudah berbakti untuk menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Kita buat untuk negara Malaysia bukan untuk seorang personaliti yang asalnya PILIHAN KITA JUGA. MENJADI KEWAJIPAN KITA MEMILIH PM YANG DAPAT MENGIKUT KEHENDAK KITA DAN TUHAN YANG MENJADIKAN KITA.

    Wallahua’lam.

  17. Assalammualaikum Tun,
    Maaf melengcung dari tajuk. Tun telah menular seluroh perusok di dalam negara untuk menerangkan apa yang sebenarnya berlaku kapada ekonomi negara bagi mengadapi PR 14. Saya berpendapat kita perlu mengujudkan satu logo bagi parti2 yg bergabong. Walaupun kita dah sepakat bagi meletakan sa orang calun mewakali parti pembangkang/alternatif, saya menjangka pengundi akan bertukar fikiran di saat2 akhir semasa dalam kotak mengundi dan beralih dari menggundi calun berkenaan, kerana dalam fikirannya, telah sebati tidak berminat parti berkenaan.. Sebagai contoh, jika calun DAP menggunakan logo roket besar kemungkinan ia tidak mengundi calun DAP berkenaan. Jika kita guna logo yang satu bagi parti alternatif saya berkeyakinan mereka akan memileh calun dari kumpulan parti alternatif berkenaan, sebagaimana amalan Barisan National menggunakan satu logo DACING. Mungkin kita boleh gunakan logo KAPAL LAYAR bagi memperingati zaman parti dahulu dan boleh juga ditafsirkan bersama2 berusaha kearah kejayaan dalam satu kapal……RENUNG2KANLAH, HANYA SEKADAR MEMBERI PANDANGAN.

  18. Assalamualaikum Tun.

    Menarik untuk mengupas kata Tun Mahathir bahawa yang muda harus mengambil kira keusangan minda yang tua dengan perjuangan lama mereka.

    Untuk memperincikan lagi, umur saya semasa sertai blog ini adalah 32 tahun dan umur Tun lebih kurang 83 tahun. Perbezaan 51 tahun.

    Dalam umur 32 tahun itu saya telah ‘dipanggil’ untuk mentadbir negara. Maksud saya adalah mentadbir negara!

    Jika dibandingkan dengan KJ, beliau baru berjawatan Ketua Pemuda sedangkan umur kami hampir sebaya.

    Cuma perbezaannya adalah, beliau ada jawatan rasmi dan saya tiada jawatan rasmi. Hanya di alam maya.

    Bagaimana mungkin seorang pemuda hanya berusia 32 tahun mentadbir negara? Saya mengaku saya begitu berhempas pulas dalam kehidupan. Dari sejak kecil sampai sekarang.

    Saya bukan orang berada atau kaya. Saya hanya ada rm1 dalam dompet saya semasa menulis sekarang. Bagaimana Allah swt menganugerah kekayaanNya pada saya untuk saya gunakan, Alhamdulillah dan syukur pada Allah swt.

    Walau bagaimanapun, semoga Allah swt mendengar keluh resah saya bahawa saya sebagai manusia turut mahu tebus maruah saya dan air muka saya di atas muka dunia ini. Tapi sesekali saya berani memohon dengan keterlaluan kerana saya tidak tahu samada permohonan saya itu baik untuk diri saya atau sebaliknya.

    Kerana kejadian ‘dipanggil mentadbir negara’ ini berlaku di antara yang lama dan baru, dengan perbezaan 51 tahun dengan rekod menjadi PM Malaysia 22 tahun, disanjungi disegenap dunia dan dihormati oleh negara negara Islam, maka sehinggakan saya terpaksa merujuk kepada tok dan toki saya (Tok perempuan saya sebaya dengan Tun).

    Keterangan yang diterima adalah, ia benar benar berlaku. Saya tidak berkhayal. Malah makam Syeikh Abdul Malek (Tok Pulau Manis -1650-an) masih menunjukkan tanda keramahnya pada tahun 2011, bilamana 3 orang yang berpura pura alim dengan pakaiannya datang memuja dan melakukan perkara yang tidak elok di makam beliau.

    Hasilnya, mereka bertiga tidak berjumpa jalan keluar hingga ke pagi esoknya sedangkan luas kawasan makam tersebut hanyalah bersaiz bilik tidur utama.

    Untuk memperincikan lagi, perjuangan orang tua dulu adalah dalam nada garang keras dan jelingan tajam yang sudah cukup untuk mengertak anak anak.

    Perjuangan orang baru sekarang adalah perkembangan ilmu pengetahuan yang tidak terbatas, teknologi dan wang ringgit mendominasi kehidupan.

    Satu satu kelemahan pemikiran usang orang lama seperti Tun adalah tiadanya penggunaan wang ringgit dalam perjuangan. Secara total.

    Seperti yang saya beritahu, dalam dompet saya sekarang hanya ada rm1.

    Sebagai contoh ;

    Ketua Bahagian saya mahu meletak jawatan kerana tidak aktif jika dibandingkan dengan ketua bahagian lain. Sedangkan beliau perlu menyara hidup dengan berniaga biasa biasa sahaja. PPBM tidak bagi duit.

    Tun tentu ingat ketua bahagian saya adalah orangnya yang menyiku hidung Tun di Bukit Bintang lama dulu semasa Tun Perdana Menteri Malaysia.

    Sekarang dia pun nak letak jawatan. Apakah itu satu contoh pemikiran usang dalam keadaan zaman ini?

    Terima kasih Tun.

  19. Assalamualaikum, Tun.

    Mengundi adalah tanggungjawab Rakyat. Mengundi adalah salah satu perkara paling asas untuk menunjukkan kesayangan kepada ibu pertiwi.

    Kita harus bersyukur kerana hidup di tempat berdemokrasi, di mana hak memilih kerajaan masih di dalam tangan kita. Kenalah kita menunaikan hak dan tanggungjawab secara betul, memilih yang betul, supaya masa depan betul-betul terjamin.

Comments are closed.