LANGKAH DEPAN ATAU BELAKANG

1. Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh Kerajaan pintu belakang.

2. Pertamanya saya sudah lama tidak ke Dubai.

3. Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri.

4. Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government. Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB Selangor.

5. Ada juga langkah yang bersandar kepada “I have the numbers” dan juga langkah “strong, formidable and convincing majority.”

6. Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih Kerajaan secara backdoor.

7. Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab Kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi.

8. Kerajaan pintu belakangnya halal dan suci asalkan dapat jadi PM.