MALU

1. Najib malu jika Perdana Menteri (PM) Malaysia terdiri dari orang tua berumur 90 tahun lebih.

2. Tetapi Najib tak berasa malu apabila Malaysia mempunyai PM yang dunia kenal sebagai kleptokrat, perasuah dan pencuri.

3. Apabila percubaan untuk membersihkan duit yang dicuri dari 1MDB oleh anak tirinya dengan membeli mahligai di London, New York dan Hollywood, membuat filem lucah dan sebagainya dan didakwa oleh Department of Justice Amerika Syarikat kerana melanggar undang-undang “money laundering” di Amerika dan harta-harta yang dibeli dirampas, Perdana Menteri Malaysia yang dituduh terlibat tidak berasa sedikit pun malu.

4. Kapal layar Equanimity dirampas oleh polis Indonesia bersama Federal Bureau of Investigation (FBI) – Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat. TV dan majalah Indonesia melapor kapal ini dibeli dengan duit yang dicuri dari 1MDB oleh Jho Low, sahabat karib Najib. Seluruh Indonesia dan kepimpinannya sekarang tahu Najib terlibat dengan mencuri duit 1MDB, Najib sedikitpun tak berasa malu.

5. Malah Najib hadiri mesyuarat ASEAN/Australia di Melbourne tanpa sedikit pun berasa malu berada bersama Presiden Indonesia dan Perdana Menteri Australia dan Singapura, bahkan semua ketua-ketua kerajaan yang hadir tahu akan pencuriannya.

6. Tidak pun malu apabila cuba menasihat ketua-ketua Kerajaan ASEAN dan Australia akan cara menangani masalah.

7. Negara malu mempunyai Perdana Menteri yang seluruh dunia percaya telah selewengkan berbillion Ringgit duit Kerajaan. Negara malu Malaysia diklasifikasi sebagai negara rasuah dan kleptokrasi. Demikianlah rakyat berasa malu sehingga tidak mengakui rakyat Malaysia apabila ditanya di luar negara.

8. Rakyat Malaysia malu tetapi Perdana Menteri mereka tidak malu. Kononnya mempunyai Perdana Menteri, berumur lebih dari 90 tahun memalukan Najib.

9. Sesungguhnya amat pelik Perdana Menteri Malaysia ini. Apalah nasib rakyat Malaysia mendapat Perdana Menteri yang dipandang hina oleh dunia dan tak tahu malu.

10. Rakyat malu.

11. Najib tak malu; tak malu apabila berjumpa dengan pemimpin negara lain dengan berlagak sebagai seorang yang boleh nasihat pemimpin negara lain.

21 thoughts on “MALU”

  1. Saya rasa amat malu semasa diluar Negara dengan tingkah-laku peminpin umno-bn zaman Najib, lebih-lebih lagi penipuan didalam Petro Saudi / IPIC BVI / SRC / GoodStar / Blackrock HK.

    Saya tak percaya ada lagi manusia yang waras / berotak sokong penipuan ini macam. Mungkin mereka terdesak atau tak berotak.

    23042018.

  2. 39. https://www.malaysiakini.com/news/419428

    40. Will mca abandon chinese voters again just to satisfy umno?

    41. If the concensus of agree to disagree is continued, then, there is no political reasons for mca to be in bn coalition, dont you agree?

    42. https://www.thestartv.com/v/datuk-seri-behind-gold-investment-scam

    43. If these victims are being cheated in mainland china, their kdn will make sure these cheaters who might be hiding in hk, taiwan, usa or other parts of the world to be returned to and trialed in mainland china since they are holding prc passports, meaning warganegara of people’s republic of china.

    44. Over here, beside finger pointing, offering goodies, sabortage, and sladering, dont you think its sad and dissappointing?

    45. Keling is just a word used by the malay to describe the sound of the indian bangles wore by the ladies, is the word sound humiliating?

    46. But, when the word babi is used by the malay, it means kaum cina adalah tidak halal, or in other words, kaum cina adalah pendatang haram di negara ini.

    47. Keling vs babi, which word more humiliating?

    48. If those chinese political parties feel the race that they represent adalah tidak halal, dont you think they should stop selling their manifesto to their race?

    50. To protect or not the vernacular schools, especially the chinese schools, the choice is in the hands of both political parties of the divide.

    51. Unilaterism or multilaterism in chinese education?

    52. No matter what happens, mandarin is the official international language of chinese that no one can deny, or challange.

  3. 36. But, will maika hoildings scandal repeated when mic next in line president is appointed by ag putrajaya to hold the state government to run and approve the mega projects to generate growth of economy of pulau penang, this is the risk ag at putrajaya needs to take, bak kata, siapa makan cili pedas, mereka yang rasa pedas.

    37. To be or not to be, that is not the question.

    38. Able or not, the political parties and penangites decide.

  4. 29. https://www.malaysiakini.com/news/418881

    30. Dont you think its time for the next mic president in line to be the chief minister of penang to show the indian community that they are not marginalized or forgotten by putrajaya?

    31. With a word from the ag of putrajaya, the yang dipetua negeri pulau pinang should not have worry on granting this blue print of indian community since it has federal support from putrajaya.

    32. Snake ke, atau cacing, it does not matter since they are part of the dna of the population that formed malaysia.

    33. If you never let mic president in the such seat, putrajaya can never know how good they are, right?

    34. Since dap has decided not to use the rocket logo, i guess gerakkan and mca have no problem with the mic next in line president to hold the cm position since both of the political divides always fight for their struggles to stay relevant.

    35. Frankly speaking, ag at putrajaya has the absolute power to decide who gets what and who dont get what, and with the signatory of ag at putrajaya, semua pun beres punya regardless of the general election result.

  5. 21. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/06/dap-chen-man-hin-disappointed-that-party-not-using-rocket-logo-in-ge14/

    22. It is purely greed and fear why the rocket logo is not being used in semenanjung, but would be continued to use in sabah and sarawak.

    23. With such short sighted and easy way out,i guess more and more chinese will give up this country politically, economically and socially in the future.

    24. Confident crisis is not something you could play play.

    25. The masterchef’s contestant represented malaysia should not use rendang ayam nasi lemak to contest because meaning she chosen the wrong recipe saja that caused her flung out to the final.

    26. Apabila the judges made comment on this, the vvip of the malay gets angry pulak.

    27. Bak kata cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.

    28. Dont you feel malu by not allowing the judge to say whats in their mind?

  6. Salam Tun,

    Sebagaimana yang difirmankan Allah di dalam Quran,

    Allah akan memperolok olokkan mereka dengan membiarkan mereka didalam kejahatan yang melampaui batas itu lantaran itu membuat kesilapan yang banyak. (2:15)

    Benarlah kata-kata Nya.

    Salam.

  7. Biar Malu kerana Miskin
    Jangan Malu Belagak Kaya

    Berjimat semasa Berada
    Dah tak ada , Tak ada apa yg nak di Jimatkan

    Biar Tunduknya Padi , Berisi
    Jangan diri nya Lalang tapi Kosong

    Inilah Kerajaan Pimpinan Najib Razak

  8. Najib menlindungi & mengupamakan Jho Low
    Lebih dari mementingkan UMNO juga kepentingan Malaysia
    Najib harus di singkir dari UMNO juga dari jawatan PM
    Demi kepentingan UMNO demi kepentingan Malaysia juga Kepentingan Ummah
    Kini kelihatan Najib lebih mementingkan Jho Low
    Mengapa tidak Najib lantik Jho Low sebagai President UMNO
    Justeru lantik Jho Low jadi Perdana Menteri Malaysia

    Jho Low berjaya memecah belahkan Ummah yg dinamakan Melayu
    Keretakan UMNO bermula dan lahir dari jenayah Jho Low yg bermula dari 1MDB
    Melayu mudah lupa , Melayu juga Bodoh
    Dan Najib masih menyembunyikan Jho Low
    Tak mungkin Najib tidak tahu dimana Jho Low

    Najib harus Pergi Demi Ummah
    UMNO juga Malaysia bukan sudah tidak perlukan Najib lagi
    Tetapi Pilihan Najib sebagai PM
    Adalah satu Kesalahan Besar yg di buat olih Tun sendiri
    Maka Tun berazam untuk memperbetulkan Kesilapan Tun
    Ini dapat kita lihat ketulinan keikhlasan usaha Tun demi Ummah

    Najib semenjak jadi PM
    Tidak kelihatan Baik atau Bagusnya
    Yg nampak beliau Boros membelanja wang Malaysia
    Najib bukan Perniaga , bukan Ahli Ekonomist
    yg Tidak terlihat bayangannya hingga kini
    Kita tidak mengharapkan Kejayaan yg Cermerlang
    Tapi Kehancuran yg kita lihat

    Bukan saja Negara bakal jadi Papa
    Kerana Najib , UMNO berpecah belah
    Malah Kaum Melayu sudah berpihak pihak

  9. Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    1. Orang beriman sepatutnya tahu malu.

    2. Tetapi, kita sedia maklum, ada orang yang memang muka tidak tahu malu walaupun beragama Islam.

    3. Syaitan bersumpah untuk menyesatkan manusia yang beriman untuk sama-sama menjadi penghuni neraka. Seorang Islam yang muka tak malu sememangnya telah dikuasai oleh syaitan@iblis.

    4. Saya tahu ada di kalangan penyokong2 Tun (dari komen) yang memperlekehkan peranan syaitan@iblis dalam menyesatkan umat Islam. Syaitan menggoda manusia dengan harta kekayaan dunia, kedudukan / kuasa serta wang ringgit,nikmat dunia, dll. sehingga ada yang lupa daratan dan melakukan perkara-perkara jahat (mungkar).

    5. Syaitan pun tahu siapa yang mahu digoda. Buat apa syaitan goda manusia yang memang tidak beriman kepada Allah SWT (sudah tahu apa pengakhiran mereka). Syaitan pun bijak dalam strategi menyesatkan manusia (efisyen). Jadi tidak perlulah kita terlalu memuji sesetengah orang kafir yang lebih baik dari umat Islam dalam beberapa perkara. Memanglah mereka ini akan dapat rahmat (nikmat) Allah SWT, tetapi setakat di dunia ini saja (jika mereka kekal kafir sehingga ke akhir hayat).

    6. Apapun, saya harap PM Najib @ Ah Jib Gor dan konco-konco beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Selagi hayat dikandung badan, pintu taubat masih terbuka luas.

    7. Malulah dengan Allah SWT.

    8. Ada manusia cuma malu kepada manusia lain, tetapi mereka tidak malu dengan Allah SWT. Golongan seperti ini biasanya pandai berpura-pura (hipokrit). Di depan manusia lain berlagak baik…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  10. MO1 has no knowledge of the concept of self dignity. This is because he does not such quality. It is like someone who presenting himself naked in public and just smile when people laughed at him

    Unfortunately such ignorant spoiled brat was chosen to be a leader in UMNO. He showed some of the bad traits even before becoming PM. It was also UMNO’s mistake that this kind of ignorant and immoral person is now the PM.

    The current situation in our country speaks a lot about the abhorrent status of the current leaders in the present government – they are all crooks and work only for the crook. Not for the rakyat or the country.

  11. Assalamualaikum Tun,

    Balance is the key in good governance, without it both sides will fight each other…just like the old boys acting like schoolboys in parliament. What do I see in the government of today, esp the elected leaders…I see that these leaders do not have the vision to understand that we the people are not their pawn. When elected they have a contract with us ie they are liable to keep hold of their responsibilities equally to all Malaysians. But some feel they have been misrepresented, mistreated, misused but surprisingly when given promises of money or sorts they forget and forgive. How fragile we are, how thin is our passion for equality, justice and integrity when we become thrilled and aroused with these comfortable promises and gifts that we’ve become deaf and blind.

    How do you fight this war Tun. Is it enough with your small army to spread the truth and your vision for a better Malaysia? Strange enough with your small army they become worried and start to panic. So that’s why everyday we hear and read how they try to demonize Tun. Venom of the media will not make Tun run away or small in anyway but stronger and more relevant even at the age of 93, Alhamdulillah. Tun fight under the flag of the people.

    May Allah protect and bless Tun always. Take care Tun and thank you.

  12. Salam Tun dan salam pada semua,

    Tun adalah pejuang bangsa.. elok kiranya perjalanan Tun ini difilemkan kerana apa yg Tun buat tidak mampu dilakukan okeh pejuang bangsa terdahulu dan akan datang.

    Kisah Tun amat berguna untuk bangsa akan datang.. mana ada pemimpin yg boleh meneraju era merdeka, era pertanian hingga era pembuatan dan kini era teknologi.. hanya Tun sahaja yang mampu memberikan pengajaran kepada rakyat jelata yang lain.

    Kepada pembaca yang terdiri dari penggiat seni.. adaptasikan lah pengalaman Tun ini dalam bentuk Movie.. sementara Tun masih hidup, biarlah Tun dapat menonton kisah Tun sendiri..

    Kita yang sayangkan Tun perlu menghargai Tun diwaktu usia Tun ni.. tiada balas yang mampu kita berikan pada jasa Tun kecuali menggembirakan Tun dengan Movie berkenaan Tun ni.

    Buatlah.. x sabar nak booking ticket.. conform box office luar biasa sebab kisah Tun bukan dikagumi oleh rakyat melayu malah rakyat cina dan india juga mengagumi Tun. Saya pasti bangsa luar negara lain juga akan beratur panjang nak menonton filem Tun ni.

  13. Assalamualaikum Tun,

    Malu…apa nak malu Tun, orang pegang banyak duit pegang power, besar mana jahat sekali pun dia takkan rasa malu. Tun tengok muka orang banyak duit – duit tu power, apa Tun nampak…usah tengok muka tengok gaya cakap pun udah, angkuh dan sombong kalah raja. MO1 canang merata tempat burukkan Tun. Inikah gaya seorang pm Malaysia…gossip pasal Tun sana sini. Hilang hormat saya pada dia dan orang2 yang sewaktu dengan dia. Kalau dia rasa apa dia buat betul dan didapati tak bersalah oleh Ag lawanlah Tun diatas pentas Nothing2Hide. Tunjuklah keberanian didepan Tun bukan dibelakang.

    Apa nak takut Tun, terjah je setiap halangan. Sekarang ni rakyat rasa lemas bukan sebab Tun, segala pintu keadilan disekat dan dipegang oleh mereka, power dalam tangan mereka tu pun mereka dah melompat tak senang duduk sebok cari kesalahan Tun. Mereka tak boleh lawan aura Tun yang bijaksana. Puncanya sebenar…balik sekolah yang dah lupa…the origin of 1MDB and the trails of Cash is King.

    Semoga Allah lindungi Tun dimana jua Tun berada. Jaga diri Tun baik2.
    Terima kasih Tun.

  14. Salam Tun & salam rakan-rakan ‘chedet’ mohon kembali dalam ‘chedet’.

    1. Sudah agak ketinggalan dalam memberi komen apa yang Tun utarakan sebelum ini . Takdir ujian menimpa diri ini yang mana uzur yang semakin pulih.

    2. Sepatutnya itu bukan alasan untuk seorang yang lebih muda dari Tun. ‘Malu’ pada Tun yang kuat semangat nampak gagah pada pandangan tetapi hanya Tun tahu keadaan diri berserah pada tuhan yang maha berkuasa.

    3. Menyepi kerana ilmu pengetahuan Rimba Emas setakat penyakit yang di hadapi dan manusia yang memberi khidmat pada diri ini.

    4. Bab malu yang Tun bicara kali ini lebih kepada perbuatan seseorang yang tidak boleh di biarkan lagi sebab boleh merosakkan bangsa dan negara.

    5. Kenapa Rimba Emas hanya sebut dua sahaja tidak termasuk agama.Sebabnya agama ada tuhannya yang lebih berkuasa dari manusia.

    6. Di petik dari surah bermakna ‘ORANG-ORANG YANG CURANG’. Ayat pertama awal lagi di celakakan atas orang yang curang.

    7. Asal mendapat untung banyak orang tidak segan atau malu berlaku curang. Maksud seterusnya bila terima sukatan orang mereka mahu betul, sebaliknya kepada orang mereka tipu.Tuan-tuan dan Puan-puan yang di mulia tuhan dapat didikan agama lebih arif akan ayat ini.

    8. Rimba Emas bukan hendak mempalsukan kepada rakyat Malaysia sebab bukan pendakwah bertauliah malah bukan mendakwah yang membaca tetapi untuk diri sendiri ingat mengingatkan pesan Rasullullah s.a.w akan azab dari Allah s.w.t kepada pencurang ini.

    9. Celakalah mereka ini yang merosakkan pasaran dan amanat. Mendapat untung tidak terpuji kerana merugikan rakyat.

    10. Orang yang buat neraka di dunia ini tempatnya di neraka. Sebab Allah s.w.t mempersoal kepada pencurang ini tidak sangkakah mereka akan di bangkitkan pada hari akhirat ?

    11. Hari di mana kecilnya pencurang itu padahal ketika di dunia bangga dengan kekayaan dapat dengan jalan curang itu.

    12. Hari kiamat itu terbukalah rahsia pencurang hadapan mahkamah Ilahi sebagai pencuri yang ketika hidup di dunia dapat selubungi berbagai dalih.

    13. Sudut agamanya selesai pada tuhan bagaimana pula pada bangsa dan negara sekarang ?

    14. Adakah kita patut biarkan menyokong sehingga merosakkan akhlak kita sehingga ke cucu cicit kita nanti.

    15. Allah s.w.t sudah kirim Rasulnya yang menyampaikan wahyu akan seorang pencurang ini. Kitalah rakyat patut menolak seorang pemimpin yang bersifat pencurang dari memiliki kuasa yang dapat menindas rakyat miskin serta merosakkan negara.

    Wallahua’lam.

  15. Dear Tun.

    We hear about the Chinese tsunami and the Malay tsunami. There is another tsunami no one has considered, and that is the Women tsunami, especially those coming from the Malay heartlands. PH must reach out to them to have them vote as their conscience dictate irrespective of how their men-folks vote. Let this GE the watershed moment when their voices are heard and votes make the difference!

  16. 17. http://mobile.abc.net.au/news/2018-03-17/asean-unlikely-to-invite-australia-to-join/9557972

    18. Common sense will tell us that the answer is unlikely the australian will join asean association due to identity, that is chicken and eggs issue.

    19. The reason why jokowi made this invitation is best known to himself as he too needs to get mandate from indonesians and opposition party whether he will re elected ot not.

    20. History rewrites victor, or vice versa?

  17. As Salam Tun Mahathir,

    Maaf, keluar tajuk sedikit.

    Saya melihat pada hari ini bagaimana perbahasan di Parliment telah diganggu oleh ahli2 YB dari BN terutamanya didalam ucapan perbahasan oleh YB TSMY dan YB Gobind Singh.

    Saya merasakan tujuan utama strategi BN ialah untuk mengalih arah dari perbahasan dilakukan secara waras dan berilmiah.

    Ahli2 YB dari PH perlulah bijak menagani perkara ini dan mereuskan perbahasan dengan isi kandungan nya dpat di rakam dan disampaikan kepada Rakyat.

    Biar Rakyat pula yang membuat keputusan.

    Saya juga merasakan strategi BN memanaskan isu Faked news ini adalah juga mengalih arah kepada isu persempadanan yang telah diluluskan dari di celah masuk didalam perbahasan Faked News.

    Sebenarnya BN hanya memerlukan isu persempadanan diluluskan tanpa sensasi dan berpanjangan di dalam Parlimen.

    Harap maklum.

    Take care.

    Wassalam wbt.

  18. 12. http://m.greenpeace.org/eastasia/high/press/releases/toxics/2017/Chinas-ban-on-imports-of-24-types-of-waste-is-a-wake-up-call-to-the-world—Greenpeace/

    13. It mentioned by east greenpeace, china has already kicked start the ban imports of types of waste as wake up call.

    14. But for east asia, malaysia and vietnam are still importing such waste.

    15. I know india is still importing such waste due to huge population still being marginalized, and poor,and it could caused harm to their people and environment in the long run.

    16. Since the title is malu, perhaps the ministry concerned could share some light in this topic so that malaysians in general can understand how such waste are dealt in this country?

  19. Assalamualaikum Tun.

    Saya tertarik dengan komen huda di artikel dulu dan sekarang.

    Ia berkenaan Tun sentiasa berusaha dan ‘bising’ semasa Pak Lah tetapi kemudian mempercepatkan lagi keburukan keadaan dengan pilih Najib sebagai PM sekarang. Lagi Tun mahu rakyat guna akal?

    Sebagai orang muda dan kurang pengalaman berkenaan kerjaya politik, saya pernah terfikir benda yang sama selepas Pak Lah menyerahkan jawatan kepada Najib.

    Saya fikir kenapa Tun tak berhenti lagi berfikir berkenaan politik negara? Kenapa masih teruskan menulis di chedet ini?

    Tetapi kemudiannya saya terfikirkan bahawa Tun ini berkerjaya politik, seorang pemikir dan sentiasa uptodate tentang keadaan semasa.

    Yang penting Tun Mahathir adalah orang yang mengajak kepada kebaikan. Bukan macam pemerintah sekarang. Kerajaan Najib mengajar dan mengupah cybertroopper untuk menipu rakyat. Banyak wasapp diputarbelit dan disorok maklumat disebarkan untuk meraih undi rakyat.

    Seorang pemikir dan pengajak kepada kebaikan akan sentiasa melihat kesalahan dan memberi nasihat serta tidak berhenti berkata kata walaupun diugut dan dikecam oleh yang berkuasa.

    Mungkin juga saya begitu perangainya.

    Jika tidak berperangai begitu, saya mungkin tidak boleh berdakwah dan menasihati Tun sambil belajar.

    Nanti saya akan tanya “Tun buat apa lagi ni?” seperti pertanyaan orang orang muda lain.

    Apabila seorang pemikir berhenti memikir, maka seolah olah matilah dianya.

    Mungkin anda semua tidak begitu, tetapi hakikatnya Syeikh Abdul Qadir sendiri tidak boleh menahan diri dari bercakap apabila bangun dari tidur di suatu pagi.

    Maka sejak itulah ceramah ceramah Syeikh Abdul Qadir Sultanul Aulia’ dihadiri dan didengari oleh ramai orang serta malaikat malaikat.

    Akan ada penyebab sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk seseorang berani dan petah berbicara atau menulis.

    Jika maksud saya ini sampai atau difahami oleh yang membacanya.

    Terima kasih Tun.

  20. Dear Tun Mahathir,

    Memang beliau tidak tahu malu atau alang-alang malu biar kemaluan letak tepi asalkan kemenangan tetap dimiliki meskipun secara tipuan dan rampasan. Yang penting poket dan nyawa beliau serta konco, rakyat mereka boleh tolak ke tengah ke tepi.

    Tun, what transpired yesterday in the Dewan Rakyat really pissed me off, I actually could not hold myself from crying to see how the Speaker and the UMNO MPs treated YB Lim Kit Siang. Yes confirmed they think they own the Parliament, they think they own Malaysia, they think the people owe them?

    We’re going to prove them wrong! What happened yesterday will make us the peoples of this country ever more determined to push UMNO and BN over the cliff once and for all! We loathe so much this UMNO species and we pity MCA and MIC for playing beggar to UMNO at the expense of us the ordinary rakyat!

    Tun, I pray to God we all pray to God – that however deceitful the Najib government however manipulative and kukubesi, we rakyat Malaysia sudah muak, benci, we’re so damned sick and tired of all this tyranny – God hear our prayer, save us save this country from rotting in the hands of unprecedented evil.

    Thank you Tun Mahathir, Lim Kit Siang, orang tua yang sangat berkorban demi negara ini! Thank you PKR, AMANAH – DAP and BERSATU! You are our PATRIOTS! May God answer our prayers.

    Thank you Tun, take good care and be safe wherever you go.

Comments are closed.