MASA DEPAN UMNO

ARTIKEL IN TELAH DI SIARKAN DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KELUARAN SEPTEMBER 16, 2013

 

1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

14. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.

73 thoughts on “MASA DEPAN UMNO”

  1. Salam YAB & diKasihi Tun,

    Mohon izin Tun:

    Untuk Saudara Hj. Amin Tan on October 13, 2013 at 4:11 PM
    //
    ”Izinkan saya memberi nasihat kepada Puan Hajar supaya menghormati 220,000 pengundi perwakilan UMNO. Jangan kata mereka itu pembodek seolah2 mereka itu tiada pendirian dan tidak bijak oleh kerana mereka tidak memilih calon idaman atau idola Puan. Perjuangan seperti Jebat durhaka hanya akan membawa kepada perpecahan dan kelemahan orang Melayu dan menguntungkan pihak pembangkang.
    Saya harap Puan Hajar bersabar dan jangan percaya sangat propaganda pembangkang yang menfitnah mengatakan UMNO rasuah. ”
    //

    Terima kasih di atas nasihat saudara. Namun saya tidaklah seperti Jebat derhaka yang sanggup memberontak secara ganas; berdemonstrasi pun saya tidak pernah lakukan. Saya tiada pemimpin ’idola’ di kalangan calon-calon yang diketengahkan.

    Saya cuma menolak pemimpin-pemimpin yang tidak bersih, perasuah, dan menyalah-guna kuasa. Jika kita sudah tahu sejarah seseorang pemimpin, seelok-eloknya pilihlah muka baru yang nampak bersih. Seperti saya kata sebelum ini, UMNO sudah tidak mampu untuk mengambil risiko; UMNO sudah agak tenat.

    Dan sekarang, kita ada Ketua Pemuda UMNO (Mat Liberal) yang mengaku liberal/progresif dalam perjuangan. Lingkuplah nampaknya perjuangan asal UMNO – untuk agama ’Islam’, bangsa ’Melayu’ dan tanahair. Fahaman liberal banyak yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    Anehnya Pembangkang amat gembira dengan kemenangan KP UMNO. Jika Pembangkang suka kepada mana-mana pemimpin UMNO, ada sesuatu yang tidak kena. Propaganda Pembangkang dicetus oleh perlakuan pemimpin2 UMNO juga. Ini kerana UMNO masih lagi ’bertoleransi’ dengan mereka yang pernah ditangkap mengamal rasuah; sekadar beri ’amaran’ & masih lagi dilantik jadi pemimpin. Saya rasa Pembangkang pun gelak besar melihat senario ini. Saya cuma boleh tepuk dahi…

    Lagi satu adalah tidak tepat untuk mengatakan yang kemenangan mereka ini adalah disokong oleh akar-umbi; cuma segelintir saja yang layak memilih (yang aktif berpolitik – kaki cantas pun ramai rasanya; sila baca entri Tun terdahulu), bukan nya ahli AKAR UMBI secara umum. Saya cadang di masa hadapan, UMNO buka hak memilih kepada kesemua ahli UMNO termasuk yang muflis – jangan sekat mereka untuk mengundi. Ini akan dapat memberi gambaran sebenar kehendak dan sentimen kesemua ahli-ahli UMNO supaya tiada kes pemimpin2 ’perasan bagus’.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  2. Salam,
    Alhamdulillah saudara setuju ada Pegawai Pejabat Agama yg baik2. Rasanya saya dah jelaskan berkaitan rumusan sy yg 1000 pemimpin PAS lebih baik akhlak dari 1000 pemimpin UMNO. sils buat perbandinngan pemimpin berdasarkan ciri2 akhlak Islam seperti dirumuskan berikut:
    http://drnizam.com/2011/03/akhlak-dalam-islam/

    Saudara perlu aktif dlm UMNO terutamanya semasa prmilihan kepimpinan UMNO utk memahami kenapa saya kata begitu. AHLI UMNO sekali ini diberi pluang pilih 1000 pemimpin UMNO yg lebih baik dari 1000 pemimpin PAS.

    InsyaAllah sekiranya ada pertanyaan saya akan jawab selepas Hari Eidul Adha.
    Salam Eidul Adha kpd semua.

  3. Tun,

    Mohon izin menjawab Orang Lama,

    Sdra Orang Lama, nampaknya saya terpaksa juga menjawab tulisan sdra bagi memberi penjelasan berikutan tulisan sdra yang saya petik seperti berikut:-

    “Utk makluman saudara saya pun ada pengalaman beurusan dengan Pejabat Agama, Pejabat Zakat dan JAIS untuk urusan masyarakat setempat dengan harapan dapat habuan daripada Allah Maha Esa. Borang2 saya ada yang cop UMNO.Tapi pegawai agamanya baik saja layanan depa.”

    Sdra Orang Lama, tidak pernah dalam hujah-hujah saya sebelum ini ada saya mengatakan semua kakitangan/pegawai Pejabat Agama tidak baik.

    Seperti sdra, dalam urusan saya dengan Pejabat/Jabatan Agama, ada antara kakitangan/pegawai agama sehingga hari ini menjadi kawan baik saya, malah ada yang saya terhutang budi kepada mereka.

    Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini sekadar memberi penjelasan kepada sdra manakala yang lain seperti yang saya tulis sebelum ini menghubung rumusan sdra bahawa akhlak ahli/pemimpin Pas lebih baik daripada ahli/pemimpin UMNO.

    Salam Tun.

  4. Salam Tun…

    Terima kasih Orang Lama atas nasihat tuan kepada saya, ada betulnya kata-kata tuan untuk menyedarkan saya betapa sukarnya untuk , membentuk parti yg aktif, besar ertinya pada saya yang kurang ilmu ni sebab tidak dihina untuk bertanya.

    Dan terima kasih juga pada tuan kerana menghuraikan maksud saya yang tersirat terhadap seseparuh orang yang *bijaksana* tu.

    Ketahuilah oleh tuan, orang muda macam saya bukanlah angkuh ataupun keras kepala untuk mendengar nasihat orang lain, tapi bak kata tuan haruslah kene cara ‘approach’nya, bukan menjawab sambil menghina dan memperlekeh orang lain.

    Zaman millenium ni ramai yang berilmu, tapi mereka hanyut dan lalai dengan ilmu yg tak seberapa sedangkan sepatutnya , makin berilmu , makin rendah diri…. tapi dek sebab ego dan sifat ‘ujub’ yang menguasai diri, habis dipandang ilmu orang lain rendah dan tak capai standard dia, xpelah, harap Allah bagi hidayah pada golongan ini.

    Saya tak berapa nak pandai nak ‘quote’ statement org lain tapi saya faham apa yg saya baca, si pemutar belit takkan boleh kaburi kata saya.Ilmu Allah tu sangat2 lah luas, rugi lah kalau cepat puas hati dengan pencapaian yg cetek.

    Saya juga meminta maaf kepada sesiapa yg saya sakiti dengan kata2 dan penulisan saya, akan ttapi ketahuilah bahawa saya tidak berniat jahat atau berniat menuduh semberono. Cuma saya memang pantang orang hina dan perlekehkan saya tak bertempat.

    Sekian.
    Terima kasih Tun.
    Dari penulis Cincai-cincai

  5. Salam,
    Mohon izin beri komen dan pandangan sekali lagi.

    1.Sentinel3
    Jika ramai menulis mengunnakan pendekatan saudara alamatnya bukan sahaja UMNO tapi blog CHEDET pun bungkus sekali .Samada depa takut atau bosan nak beri komen lagi.
    Saya menyeru saudara ubah sasaran kepada pemimpin dan dan penyokong parti,tak kira BN atau PAKATAN dengan niat depa ubah sikap atau pandangan untuk memberi perkhidmatan terbaik atau pembentukan sikap lebih baik.
    Saudara boleh berbalas pandangan atau hujah dengan pembaca lain tapi gunalah cara berhemah.Utk makluman saudara saya pun ada pengalaman beurusan dengan Pejabat Agama, Pejabat Zakat dan JAIS untuk urusan masyarakat setempat dengan harapan dapat habuan daripada Allah Maha Esa. Borang2 saya ada yang cop UMNO.Tapi pegawai agamanya baik saja layanan depa.

    Ikut cerita saudara bukan ahli UMNO?kenapa saudara tidak memohon jadi ahli UMNO?

    2.Hafizkenadelete
    Nak tubuh parti yang aktif perlu banyak duit. Ada Parti tak silap saya bernama Isma agak baik perjuangannya muncul PRU lepas.Malangya tanpa modal wang yang banyak sukarlah depa nak bergerak. PAS pun tahu.Depa bawa banyak ketayap untuk dapat sumbangan. Saudara DAP depa tak main ketayap ,tapi guna power Tokong bak kata sepupu PKR depa. BN jgn harap nak rebut kerusi DAP Penang. Kena cari Tokong lawan Tokong dulu.

    SELAMAT BERPUASA 9 ZULHIJJAH.
    SELAMAT HARI RAYA QURBAN.

  6. Tun,

    Izinkan saya lagi menjawab hafizkenadelete,

    Sdra Hafiz, terima kasih atas jawapan sdra. Saya tidak akan mengulas tulisan sdra mahupun berbahas dengan sdra lagi.

    Tulisan sdra sudah cukup mencerminkan siapa diri sdra sebenarnya. Sebagai orang Islam walaupun saya dituduh munafiq atau kafir oleh sdra, saya memohon maaf kepada sdra.

    Terima kasih Tun kerana memberikan ruangan.

  7. Salam Tun,
    Izinkan saya memberi nasihat kepada Puan Hajar supaya menghormati 220,000 pengundi perwakilan UMNO. Jangan kata mereka itu pembodek seolah2 mereka itu tiada pendirian dan tidak bijak oleh kerana mereka tidak memilih calon idaman atau idola Puan. Perjuangan seperti Jebat durhaka hanya akan membawa kepada perpecahan dan kelemahan orang Melayu dan menguntungkan pihak pembangkang.
    Perpecahan di kalangan umat islam berlaku pada pemerintahan khalifah Saidina Othman. Beliau dibunuh dalam masjid nabawi di Madinah Al Munawarah ketika sedang meembaca Al Quran, oleh Mohammad ibni Abu Bakar dan rakan2 yang memberontak. Mohammad ibni Abu Bakar ialah adik kepada Aishah binti Abu Bakar, isteri kepada Rasulullah. Bukan Saidina Othman tiada sokongan, tetapi beliau tidak membenarkan penyokong2nya melawan dan mencetuskan perang saudara berpanjangan sesama orang islam. Biar dia seorang sahaja yang terkorban dan tidak melibatkan tumpah darahnya orang2 islam lain yang tidak berdosa.
    Al Quran yang kita baca dan gunapakai hari ini adalah hasil usaha Saidina Othman yang juga menantu nabi satelah menikah dengan dua orang puteri nabi, Rogayah dan selepas Rogayah meninggal dunia kahwin pula dengan Umi Kalsom seorang lagi anak nabi.
    Saidina Othman juga banyak berjasa kepada islam. Beliaulah wakil orang2 islam masuk seorang diri ke Mekah untuk berunding dengan Quraish Mushrikin yang diketuai oleh Abu Sufian di peristiwa Hudaibiyah.
    Sebenarnya ceritanya panjang lebar lagi.
    Saya harap Puan Hajar bersabar dan jangan percaya sangat propaganda pembangkang yang menfitnah mengatakan UMNO rasuah. Pembangkang mempunyai muslihat yang tidak baik. Wallahu alam.

    amin tan

  8. Salam YAB & diKasihi Tun,

    Maaf Tun, ada sikit pembetulan – (PRU-14, bukan PRU-13):

    4. UMNO/BN kena bersedia untuk kalah pada PRU-14 nanti. Saya mungkin tidak mengundi pada PRU-14 nanti. UMNO/BN mungkin akan hilang 1 undi dari saya. ’Masa Depan UMNO’ memang nampak gelap.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  9. Salam YAB & diKasihi Tun,

    1. Saya ucap ‘Takziah’ kepada UMNO di atas kejayaan mengekalkan Ketua Pemuda and Ketua Wanita UMNO yang telah tercalar reputasi mereka. Semalam ialah hari paling malang bagi UMNO; kononnya ada ‘tansformasi’. Saya kurang faham bagaimana bahagian-bahagian di Kedah tidak menyokong calon pilihan negeri Kedah untuk jawatan KP. Ada sesuatu yang tidak kena di sini.

    2. ‘Tahniah’ kepada ‘Pembangkang’; para Perwakilan UMNO yang diamanahkan untuk memilih pemimpin yang bersih, berwibawa, dan berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair telah GAGAL berbuat demikian; ini akan menjadi PELURU paling berkesan untuk terus-menerus ‘melabel’ UMNO sebagai parti yang penuh dengan ‘perasuah’ (‘persepsi’). Ini telah menggagalkan usaha untuk mengubah PERSEPSI rakyat jelata terhadap UMNO.

    3. Keputusan pemilihan UMNO semalam (12 Oct 2013) telah sedikit sebanyak membuat saya tidak yakin bahawa akan ada pembaharuan dalam pemilihan Naib Presiden UMNO. Ini kerana, ada ramai perwakilan2 UMNO yang cuma tahu ‘menurut perintah’ walaupun mungkin perintah tersebut dilakukan oleh ‘kaki-kaki pembodek’ PM. Budaya membodek & cuba ‘mengambil hari ketua’ ini lah yang akan memusnahkan UMNO.

    4. UMNO/BN kena bersedia untuk kalah pada PRU-13 nanti. Saya mungkin tidak mengundi pada PRU-14 nanti. UMNO/BN mungkin akan hilang 1 undi dari saya. ’Masa Depan UMNO’ memang nampak gelap.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  10. Salam Tun,
    Izinkan saya petik berita terkini seperti di bawah,

    {KUALA LUMPUR 13 Okt. – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khari Jamaluddin Abu Bakar yang mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan Pemuda serta Mas Ermieyati Samsudin, muka baharu yang menang Ketua Pergerakan Puteri UMNO, meraikan kemenangan tidak rasmi mereka tengah malam tadi.

    Walaupun keputusan rasmi dijangka hanya akan diumumkan oleh ibu pejabat UMNO sekitar 3 pagi ini, namun ketiga-tiga ketua sayap UMNO itu telahpun meraikan kemenangan dengan masing-masing menjulang tangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

    Ini berikutan, laporan daripada bahagian-bahagian menunjukkan ketiga-tiga calon tersebut memperoleh kemenangan besar iaitu melebihi jumlah sebahagian daripada 191 bahagian yang bersidang dan melakukan pemilihan semalam.

    Ketiga-tiga calon itu dijangka mengadakan sidang akhbar di PWTC di sini pada bila-bila masa. – UTUSAN ONLINE]

    Yang kalah patutlah beri sokongan padu kepada yang menang, bukan mencemuh dan memulau. Yang penting ialah perpaduan parti.

    amin tan

  11. Salam Tun,

    Minta Izin menjawab saudara Sentinel.

    Hmmm… saya memang dah jangka jawapan sebegini akan datang dr saudara sentinel.Wahai saudara sentinel, tak guna saudara memperlekehkan saya , idea saya atau nicname saya kerana itulah yg menunjukkan siapa sbnarnya yg tak matang.

    Saya akui dr awal saya menulis, yang saya memang tak berapa pandai nak menulis macam saudara yg bijaksana, saya menulis secara spontan atas dasar sayangkan agama, bangsa dan negara saya.

    Dan saya juga tak peduli atau kesah samada komen saya boleh dijadikan panduan oleh saudara atau tidak kerana golongan seperti saudara bukanlah org yang saya nak tujukan penulisan saya.

    Riaknya saudara dalam berkata2 dan , mendakwa diri banyak bergaul dengan orang itu, orang ini tapi saudara hanya lah katak di bawah tempurung yang hanya pandai menyalak macam Si Hbt4567. Saudra baru bergaul dgn beberapa golongan masyarakat dah nak membuat kesimpulan itu ini.

    Walaupun saya muda, tak matang ataupun macam budak ingusan , tapi kurang2nya saya tidak membesar-besarkan diri dan pengalaman saya macam saudara.Dan saya yakin saudara kalau jumpa saya di dunia luar, semestinya saudara akan terkencing dalam seluar apabila berhadapanmdengan saya.

    Dan kalau kau bagus sangat, buktikan kata2 angkuh dan sifat kau yang suka mempeerlekehkan orang tu kat luar dan bukan dalam blog.

    Sesungguhnya ramai orang macam sentinel ni yang saya pernah jmpa in person hanyalah tin kosong yang penuh idea bernas tapi ‘kolopey'(loghat n.sembilan) hanyalah sebesar pensil patah.

    Dia dok syok sendiri menulis dalam blog dan berpuas hati dengan pencapaian menang hujah sedangkan hujah macam tu boleh je sesiapa tulis. Kata lain tapi buat lain, sama je macam munafiq, dan saya perasan orang yang slalu sentimen dgn comment saya slalunya kafir atau munafiq sahaja, nak letak saudara sentinel ni kafir dah tentu bukan, jd saya anggap (macam yg sentinel suka buat kesimpulan kat orang) sentinel ni macam munafiq yang lain kat luar tu takda beza.

    Kalau la ada beribu orang macam sentinel ni kat luar sana mestinya hancur agama dan negara saya.Macam saya selalu cakap komen saya tak perlu jd bahan rujukan sesiapa, takda ilmu untuk saudara2 sekalian nak buat kajian, ianya hanyalah sindiran dan mesej jelas dari saya secara spontan.Kalau rasa nak perlekehkan ikut suka korang, itu kebebasan dan gua tak heran pun.

    Kata2 boleh diputar belit tapi pendirian sebenar dalam hati takkan boleh di tukar. Kalau nak berdebat bukan sini tmpatnya, meh datang jumpa saya di N.Sembilan kita berdebat sampai lebam dan saudara2 akan dilayan dengan mulia, jadilah anak lelaki yang ada kolopey.Blog ini tmpat mencurahkan pendapat dan idea, bukan tmpat nak tnjuk siapa betul siapa salah.

    Sekian
    T.kasih Tun
    Si cincai cincai tulis
    HambaAllahyang memelihara

  12. Tun,

    Izinkan saya menjawab hafizkenadelete,

    Hafizkenadelete (broker tipu pelanggan hingga maut kene delete?), memang semua yang matang, asalnya tak matang, tetapi dalam kes sdra, saya minta maaf banyak-banyaklah sampai bila-bila tidak akan matang.

    Tun tubuhkan UMNO baru bukan parti baharu tetapi parti lama (meminjam istilah sdra parti klasik) yang namanya sahaja berubah tetapi rohnya tetap sama seperti yang lama.

    Isu roh inilah yang menjadi pertikaian antara UMNO baru dan Semangat 46 dahulu, masing mendakwa merekalah mewakili parti UMNO yang asal setelah diharamkan oleh mahkamah.

    Jadi sdra, tidak timbul soal Tun menubuhkan parti baharu mahupun parti khas untuk orang muda seperti sdra cadangkan, (saya bukan orang politik dan tak kisah jika sdra mahu menubuhkan parti orang muda atau parti klasik) tetapi berfikirlah secara matang (saya tidak fikir sdra masih belum baligh) parti Melayu yang ada sekarang, baru tiga buah parti mewakili (atau turut mendakwa turut memperjuangkan hak orang Melayu) orang Melayu sudah cukup membuatkan politik orang Melayu sesak nafas di negara ini.

    Kalau silap-silap pada PRU-13 lalu, brokermaut seperti sdra mungkin kena delete terus bukan sahaja dalam politik malah urusan pembrokeran di negara ini.

    Sdra Hafiz, kalau sdra baca betul-betul tulisan saya tidak pernah saya mengatakan bahawa saya sahaja yang betul seperti saya katakan berulang kali kalau sdra memberikan cadangan bernas kepada saya, saya akan terima sebagai tambahan ilmu bagi saya yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

    Malangnya sdra Hafiz, minta maaf banyak-banyak sekal lagi, tiada sebarang komen sdra setakat ini yang boleh saya jadikan sebagai ilmu berguna kepada saya. he…he…he.

    Orang muda seperti Hafiz kena berfikir secara matang terlebih dahulu sebelum menulis dan membuat cadangan, takut-takut nanti akan dipermainkan oleh Orang Lama (atau orang klasik) yang memandang remeh terhadap sdra jika berkecimpung dalam politik.

    Macam mana sdra hendak menggantikan Orang Lama (orang klasik) dalam parti politik jika mereka (Orang Lama) nanti ketawa berdekah-dekah dalam hati dan berkata, “Syukur dapat budak kurang matang macam hafiz dalam parti aku ini, aku boleh tidur senang kerana budak hingusan ini aku tidak perlu takut atau pandang pun dengan sebelah mata,”.

    Bagaimana agaknya jika hafiz menubuhkan sebuah parti politik untuk orang muda jika semua pemimpinnya berfikiran seperti sdra.

    Maka ketawa besarlah tokong besar dan chin peng (jika masih hidup) betapa mudah dapat memerintah negara ini jika ramai orang seperti hafiz berada di negara ini.Moga disimpangkan malaikat Yeop! He…he..he.

    Salam Tun.

  13. Salam YAB & diKasihi Tun,

    Mohon izin Tun:

    Untuk Saudara Hj. Amin Tan on October 11, 2013 at 9:59 PM |

    // “Salam Tun,
    Izinkan saya petik daripada comment Hajar seperti berikut,
    Puan Hajar,
    Saya tidak setuju dengan pendapat puan bahawa DSN telah gagal untuk menawan hati majority rakyat Malaysia. Pada pendapat saya DSN YANG PALING sesuai, matang, bijaksana ,berhati2 dan inclusive sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau patut disokong dan sememangnya begitulah dengan kematangan ahli2 UMNO memberi kemenangan kepada beliau tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO.
    Mengikut laporan akhbar, Khairy dan Sharizat juga akan menang besar dalam pemilihan UMNO KALI INI. Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka.”//

    Terima kasih di atas pendapat saudara. Namun demikian, saya masih lagi berpendapat yang DSN gagal untuk merealisasikan pelbagai agenda untuk memartabat bangsa Melayu/Bumiputra yang merupakan majoriti di Malaysia. DSN mungkin popular di kalangan bukan Bumiputra kerana dasar-dasar yang beliau perkenal lebih menyebelahi bukan Bumiputra; tetapi di dalam PRU, KEPOPULARITIAN tidak menjamin kemenangan – maknanya tidak menjamin yang undi akan diberi kepada beliau dan ini terbukti pada PRU-13 di mana rata-rata bukan Melayu/Bumiputra terutamanya kaum Cina menolak BN.

    Lagi satu, pendekatan DSN banyak menguntungkan Singapura. Saya juga tidak nampak KETEGASAN beliau dalam banyak hal. DSN terlalu pentingkan imej ’popular’ beliau sehingga beliau tidak berpijak di bumi nyata, dan ini masih lagi saya lihat berlaku selepas PRU-13. Beliau kena terima kenyataan, bukan berada di dalam ’denial state’ (dah nampak seperti keadaan Pak Lah dahulu).

    Tentang En. Khairy dan DS Shahrizat, saya tidak mahu komen banyak. Cukuplah sekadar saya katakan yang saya menolak pemimpin2 yang ada kaitan dengan ’politik wang/rasuah’ atau mempunyai ’reputasi yang sudah tercalar’ – tidak kiralah samada ia secara langsung atau tidak langsung. UMNO tidak mampu untuk mengambil RISIKO dituduh sebagai parti yang masih lagi mengamal rasuah dan menyalah-guna kuasa – kerana mengangkat mereka yang ada reputasi sebegini sebagai pemimpin.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  14. Salam Tun.

    Izinkan saya menjawab saudara Sentinel 3 walaupun bunyinya tak matang..

    Saudara, sebelum yang matang tu menjadi matang, asalnya ialah tak matang jugak, dek sebab matang sangat la keadaan politik Malaysia ni dalam keadaan berpecah belah, semua orang mengaku berada di jalan yang betul, macam saudara jugak.

    Cadangan saya tu sekadar cadangan, tapi cara saudara menepis cadangan saya tu la yang saya cuba sampaikan mesejnya, sebelum diketahui kesannya dah kene reject..hehe.

    Saya memang tak berapa pandai nak berpolitik, tapi yang saya tau kalau dah susah sangat si tua2 nak lepas kuasa masing2 tak slah kiranya mencuba alternatif baru, kita berpolitik bukan nak menang undi, bukan nak popular, bukan nak tegakkan benang yang basah tapi nak perjuangkan nasib agama , bangsa dan negara….. kenapa kalau nak politik mesti nak guna ticket yang sedia ada je ke?? Mesti nak mula dari Umno, Pas, Pkr atau DAP je ke baru boleh berpolitik atau berjuang???

    Maafkan aaya kalau silap petik fakta wejarah UMNo, Setahu saya dulu2 Tun pun buat benda yang sama, dia tak peduli ngan Umno klasik , yang penting perjuangan dia, so dia tubuhkan je UMNO yang baru…Mudah dan Efisien, kalau nak tunggu pendapat atau sokongan orang2 Umno waktu tu,tak maju la Malaya ni..

    Tapi apakan daya, saya bukan ilmuan dan berpengalaman luas macam saudara, mgkin suara saya tak berapa jelas untuk didengar kebanyakan orang2 macam saudara, tapi apa yang saya Yakin ialah perjuangan yang ikhlas pasti akan diberkati.

    Sekian,
    Terima kasih Tun
    Dr penulis Cincai2

  15. Salam Tun,
    Izinkan saya petik daripada comment Hajar seperti berikut,

    [Hajar
    October 11, 2013 at 1:19 PM | Permalink
    Salam YAB & diKasihi Tun,

    1. Para Perwakilan UMNO yang layak mengundi mesti lakukan perubahan kepada pucuk kepimpinan tertinggi UMNO. Saya sebenarnya terkilan kerana tiada sesiapa yang berani mencabar Presiden dan Timb. Presiden UMNO. Pada pendapat saya DSN telah gagal untuk menawan hati majoriti rakyat Malaysia; sila beri laluan kepada orang lain sebelum PRU-14. Yang undi BN pun, kebanyakannya ialah mereka yang tidak mahu Anwar jadi PM (mostly Malays).]

    Puan Hajar,
    Saya tidak setuju dengan pendapat puan bahawa DSN telah gagal untuk menawan hati majority rakyat Malaysia. Pada pendapat saya DSN YANG PALING sesuai, matang, bijaksana ,berhati2 dan inclusive sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau patut disokong dan sememangnya begitulah dengan kematangan ahli2 UMNO memberi kemenangan kepada beliau tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO.

    Mengikut laporan akhbar, Khairy dan Sharizat juga akan menang besar dalam pemilihan UMNO KALI INI. Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka.

    Maaf zahir dan batin kepada puan Hajar. Selamat Hari Raya korban Aidil Adha

    amin tan

  16. Tun,

    Mohon Izin lagi menjawab Orang Lama.

    Sdra Orang Lama, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya bersikap terbuka terhadap sebarang komen daripada mana-mana penulis di blog Tun ini, mana-mana komen yang berguna (terutama bagi saya yang cetek ilmu agama ini) akan saya terima sebagai tambahan ilmu buat diri saya manakala komen yang tidak berguna pula akan saya jadikan sebagai sempadan.

    Saya bukanlah seorang yang riak tetapi saya sentiasa mempunyai `sikap berwaspada’ atau menjauhi sama sekali kalau boleh daripada membuat rumusan berhubung bab-bab mengenai iman mahupun akhlak seseorang itu, lebih-lebih lagi terhadap orang yang saya tidak kenali.

    Perkara ini pernah saya sentuh sebelum ini dalam perbahasan saya dengan sdra musato.

    Bagaimanapun, jika sesuatu rumusan itu perlu dibuat mengikut kajian secara saintifik, saya berasa pengalaman saya yang luas dan lama (bukan riak dan takbur tetapi anugerah daripada Tuhan) bergaul dengan bukan sahaja ahli-ahli/pemimpin politik sama ada UMNO mahupun Pas/DAP malah pelbagai lapisan masyarakat melayakkan saya membuat rumusan begitu terhadap akhlak ahli/pemimpin Pas.

    Kesimpulan saya bukan berdasarkan seorang (kalau seorang saya akan diam dan tidak menulis dan menjawab komen sesiapa di blog Tun) tetapi pengalaman bergaul dengan pelbagai lapisan ahli-ahli/pemimpin Pas termasuk kakitangan dan bos-bos pejabat/jabatan agama.

    Saya bukan anti ahli/pemimpin Pas dan setuju dengan sdra bahawa ahli/pemimpin Pas ada yang berakhlak baik begitu juga ahli/pemimpin UMNO (termasuk tidak kurang juga yang mempunyai akhlak tidak baik) tetapi saya mempunyai keraguan saya jika sdra membuat rumusan bahawa akhlak ahli/pemimpin Pas lebih baik daripada ahli/pemimpin UMNO.

    Berbanding dengan Orang Lama, seorang ahli tegar UMNO, saya bukan ahli UMNO dan tidak mendapat 3 sen pun daripada UMNO jika saya mengatakan akhlak orang Pas tiada perbezaan pun dengan orang UMNO begitu juga sebaliknya.

    Bagi saya sdra Orang Lama, menilai akhlak seseorang itu adalah subjektif, adakah seseorang itu tinggi akhlaknya kerana tinggi ilmu agamanya?

    Bagaimana jika seseorang itu tinggi ilmu agamanya tetapi suka ponteng kerja?Selain bidang politik yang sdra ceburi, dalam pejabat agama dan lain-lain pejabat pun ada politik, bagaimana jika seorang yang tinggi ilmu agamanya terlibat dalam politik songsang di pejabat?

    Adakah nilai akhlak seseorang itu hanya dinilai baik jika dia tidak terlibat dalam aktiviti seks?(ada orang yang saya kenali dari segi moral kurang tetapi berhati mulia dan suka menolong orang), tetapi mengumpat, membuat fitnah dan memperalatkan ayat-ayat al-Quran untuk kepentingan diri sendiri tidak termasuk dalam criteria menilai aklak seseorang itu?

    Saya tidak mahu menyentuh mengenai akhlak orang UMNO kerana Orang Lama sendiri telah menyebut bahawa akhlak orang Pas lebih baik berbanding orang UMNO tetapi itulah pendapat saya mengenai akhlak orang Pas.

    Salam Tun.

  17. Salam YAB & diKasihi Tun,

    1. Para Perwakilan UMNO yang layak mengundi mesti lakukan perubahan kepada pucuk kepimpinan tertinggi UMNO. Saya sebenarnya terkilan kerana tiada sesiapa yang berani mencabar Presiden dan Timb. Presiden UMNO. Pada pendapat saya DSN telah gagal untuk menawan hati majoriti rakyat Malaysia; sila beri laluan kepada orang lain sebelum PRU-14. Yang undi BN pun, kebanyakannya ialah mereka yang tidak mahu Anwar jadi PM (mostly Malays).

    2. Jadi, undilah sekurang-kurangnya 2 orang baru untuk menyandang jawatan Naib Presiden UMNO. Yang pasti Dato’ Mukhriz mesti di pilih oleh para Perwakilan sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO. Saya doakan beliau menang.

    3. Jika ketiga-tiga penyandang masih lagi dikekalkan, saya yakin UMNO/BN akan kecundang pada PRU-14 kerana tiada apa-apa perubahan kepada pucuk kepimpinan tertinggi UMNO yang secara umumnya telah gagal semasa PRU-13.

    4. Kepada Para Perwakilan Pemuda UMNO, sila pastikan En. Khairy kalah (’Asal bukan KJ’) pada pemilihan kali ini. Beliau tiada jiwa UMNO/Melayu yang sebenar; beliau lebih mirip kepada ahli-ahli PKR & cara/gaya beliau memang saling tidak tumpah seperti Anwar Ibrahim (semasa dalam UMNO).

    5. Peliknya En. Khairy boleh pula membincangkan tentang pemilihan UMNO pada perjumpaan Belia (kononnya Pemuda BN)..sebenarnya beliau sudah melanggar peraturan berkempen.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  18. Salam,
    Kepada Sentinel3

    Saya bersedia berkongsi pendapat dengan Saudara Sentinel3 atau SESIAPA SAHAJA YANG DAPAT BERBINCANG TANPA melibatkan EMOSI atau bahasa2 gusti. Kalau nak bergaduh2 pi la daftar dalam WWE lawan Brock Lesnar. Saya bukan orang kuat. Tapi Setakat lawan lari 100meter dengan TGNA mungkin InsyaAllah saya menang kot.

    Juga saya berminat kepada isu politik bukannya nak berbincang2 agama dengan mendalam kerana perbincangan agama perlu ada tatasusilanya Misalnya melalui Muzakarah dan sebagainya oleh yang pakar bidangnya.Setakat highlighting some Quranic verses or hadith boleh la. Saya amat bersetuju kenyataan saudara Sentinel3 iaitu

    “Saya setuju dengan sdra bahawa sikap takbur, riak dan sombong kadangkala menyebabkan seseorang itu terlupa peristiwa iblis dan Nabi Adam AS.”

    2. Saya memang Ahli UMO tegar
    =====================
    Saya memang ahli UMNO tegar. Bukan cakap tipu. Ap[a faedah nya nak tipu. saya bukan orang politik. Orang PAS pun ramai tak suka saya. Mungkin pemimpin UMNO kalau baca komen saya ini pun ramai tak suka saya kot.

    Kalau Saudara baca penulisan saya dengan teliti saudara akan jelas memahami memang saya seorang ahli UMNO tegar. Apa yang saya sangat harapkan ialah ahli UMNO mengundi pemimpin yang baik akhlaknya supaya dapat sokongan rakyat biasa supaya UMNO terus kekal memegang tampuk pemerintahan negara yang tercinta ini.

    Juga kalau saudara baca komen saya betul2 sejak dari awal blog Chedet sejak bertahun2 bahawa saya tidak pernah sokong PAS kerana PAS lebih mesra DAP daripada UMNO. Orang UMNO majoriti beragama Islam sementara orang DAP majoriti golongan kafirun. Juga perjuangan Islam PAS tidak mengambar Islam yang menyeluruh. Perjuangan UMNO nampak lebih jelas dan termaktub dalam perlembagaan. Sebab itu saya kata kalau PAS perjuang apa yang diperjuang UMNo, lingkup habislah UMNO.

    Cuma isunya yang saya timbulkan ialah akhlak kebanyakan pemimpin PAS lebih baik daripada pemimpin UMNO. Bukannya saya membuat kesimpulan semua orang PAS lebih baik akhlak dari orang UMNO. saya hanya merujuk kepada kebanyakan pemimpin. Semua orang dah tahu. Bacalah portal MalaysianInsider, Malaysiakini dan lain2 lagi. Saya pun tak suka komen2 pembaca portal ini tapi saya tetap baca kerana kalau tidak jadi katak bawah termpurung.

    Saya pun bukanlah baik orangnya. lLatarbelakang kehidupan saya dulu zaman dinosaur , zaman gelap. Selepas sabu ubat oil of ulay barulah nampak berseri sikit dinosaur ni kot. Saya baru nak mendekatkan diri dengan agama . Itu pun tersesat juga sekali sekali. Alhamdulilah cepat2 balik pangkal jalan. Saya amat berterimak kasih atas teguran Saudara Sentinel3 dan lain2 kerana dapat meningatkan saya supaya mengelakkan sifat riak, bongkok dan sombong Iblis itu. Sebab itu mana2 ahli UMNO kalau perangai macam saya sewajibnya tak mahu dan tidak layak jadi pemimpin. Orang Melayu kata “hidung tak mancung pipi tersurung surung”. Seorang pemimpin mestilah adalah yang terbaik diantara ahli yang ada. UMNO ada pemimpin yang baik2 serupa macam ada dalam PAS. Cuma depa disimpan dalm peti ais. Saya seru keluarkanlah depa dario peti ais untuk berhadapan di medan perjuangan. Orang melayu perlu pemimpin2 yang berkualiti. Anak2 muda melayu perlu pemimpin yang sejati.

    Ada dua cara menyelesaikan masalah kepimpinan UMNO ini.

    Kaedah pertama :
    Ahli2 pilih hanya pemimpin yanng baik akhlanya.

    Kaedah kedua:
    jika ahli masih berkenan pilih yang buruk juga. Yang dipilih itu berazamlah berubah , transformasi diri membina akhlak yang lebih baik. Allah sentiasa bagi peluang untuk manusia bertaubat.Allah Maha Pengampun. Jika dulu terima rasuah ,duit rasuah itu pulangkan kembali kepada jalan yang benar. Jika dulu asyik nak gaduh2, berusaha lemah lembut sikit. Lagi baik akhlak dibina maka lebih tenanglah hati . Faedahnya untuk diri sendiri juga.

    3. Akhlak Islam
    =============
    Bila saya kataklkan akhlak merujuk kepada AlQuran dan Hadith bukannya bermaksud saya pakar agama. Saya kerja bidang teknikal lebih kepada electronics. Saya bukan Ustaz. Untuk orang yang cetek ilmu agama dan tiada kesempatan bertanya Ustaz , nak faham akhlak Islam yang dianjurkan AlQuran dan Hadith cuma perlu buat google search “Akhlak Alquran Hadith”.

    satu daripada saya baca ialah daripa Dr. Nizam ( http://drnizam.com/2011/03/akhlak-dalam-islam/).

    Tolong jangan serang dia pula. Dia lansung tak kenal saya dan saya tiada perkaitan apa2 pun dengan dia. tapi penulisan rumusannya agak jelas dan terang untuk orang baru belajar agama seprti saya.

    Ada banyak maklumat dalam internet boleh cari. Kalau tak jelas tanyalah pakar agama bukannya tanya saya sebab saya pun dapat berdasarkan ilmu diberi oleh pakar agama.Sebab itu saya tak berani nak hujah agama lebih2 takut sesat. Sikit2 boleh lah. Kalu lebih2 jadi takut pula. Sebab itu saya tetap hormat Dewan Ulamak PAS sebab depa orang berilmu agama. Tapi kena ingat orang PAS paling banyak yang suka kata orang UMNO munafik. Sakit telinga saya juga. Tapi bukan semua orang PAS begitu.

    Kita tak boleh buat kesimpulan jika seorang perangai begitu maka semua pun sama. Tak saintifik dan tak tepat kesimpulan tersebut.

    Salam perkenalan saudara Sentinel3.

  19. Tun,

    Mohon izin diberikan ruangan,

    Sdra wajaperak, berhati-hatilah dengan penulis di blog ini kerana ramai yang suka menyamar sebagai contoh ada yang kata dia Orang Lama ahli tegar UMNO (atau sebenarnya Orang Lama ahli tegar Pas???) tetapi tulisannya tidak seperti orang UMNO.

    Walaupun saya bukan seorang ahli UMNO atau ahli mana-mana parti politik tetapi bagi saya Orang Lama yang mengaku sebagai ahli tegar UMNO sepatutnya mempunyai prinsip dalam perjuangan politiknya iaitu sama ada anda percaya dan yakin terhadap perjuangan parti yang anda sertai iaitu UMNO atau Pas?

    Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perangai (akhlak) orang UMNO mahupun Pas tetapi cukuplah sekadar menyatakan di sini melalui pengalaman sendiri bergaul dengan orang Pejabat Agama (yang kebanyakannya kalau tidak ahli Pas, condong kepada parti itu) membuat saya mempunyai kesangsian penuh tentang kebolehan atau kredibiliti ahli/pemimpin Pas memerintah negara ini.

    Sebagai contoh, ramai kakitangan Pejabat Agama lebih banyak membuang masa berborak kosong di kantin berbanding bertugas di pejabat (rezeki yang halal?), atas meja cuma ada tikar sembahyang berbanding fail dan ada yang suka membuat tuntutan elaun yang tidak setimpal dengan tugas yang dijalankan.

    Bagi ahl balachi biasa Pas pula, ilmu agama mereka tidaklah sebeberapa tetapi merasakan diri mereka hebat dalam agama hanya kerana parti yang mereka sertai kononnya parti Islam dan mudah menuduh orang lain kafir apabila pendapat mereka ditentang dan tidak selari dengan orang lain.

    Menyentuh mengenai isu perbahasan pula, bagi saya kalau pendapat pencabar saya betul, dan pendapat saya salah, saya terima dengan hati yang terbuka.

    Pendapat yang bagus akan saya jadikan sebagai tambahan ilmu bagi diri saya yang merupakan seorang hamba Allah yang kerdil dan kurang ilmu ini manakala komen yang tidak berguna akan saya jadikan sempadan.

    Saya setuju dengan sdra bahawa sikap takbur, riak dan sombong kadangkala menyebabkan seseorang itu terlupa peristiwa iblis dan Nabi Adam AS.

    Salam Tun.

  20. Assallammualaikum Tun.
    Saya mohon izin ruangan..

    Dear Tun.
    As you can see..these old dinosaur is arrogant like the devil himself.Devil has been ‘beribadah’ 200,00 year’s for Allah.He came undone because his arrogance..
    Nabi Adam a.s is an excuse.

    What this dinosaur’s excuse?..
    Yes Tun.

    I AM HOLIER THAN THOU!

    Terima kasih Tun.

  21. Salam,
    Saya kurang berminat nak berhujah dgn Saudara WajaPerak.Kalau ada senang saudara baca intipati tulisan saya. Juga kala usenang baca pendapat2 dan pandangan2 saya sejak saya mula menghantar komen kepada Chedet. Mohon maaf Saudara WajaPerak.

  22. Assallammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
    Tun.Saya mohon kesudian Tun untuk ruangan..

    [Akhlak org PAS itu saya bandingkan pemimpin UMNO]

    Tun..untuk lebih memahami Islam kita kenalah mengikut apa yang ulama terdahulu nasihatkan kita.Dan nasihat paling utama dari Imam Ghazali ialah untuk membunuh ular di dalam kain sendiri.Maksudnya ialah menjaga martabat keimanan kita berbanding dengan apa yang di ajarkan oleh Rasullulah s.a.w.Saya pastilah lebih baik dari Nyetannyahu..Cis!..
    Adakah Nyetannyahu yang saya nak jadikan perbandingan??

    [ Kalau dibandingkan 1000 pemimpin UMNO dgn 1000 penimpin PAS ]

    Mengikut kepala otak saya..eh eh..maksudnya mengikut pandangan kepala otak saya yang sempit..Eh..eh..silap lagi Tun..Mengikut apa yang saya pelajari dari Quran dan Hadith Allah menyatakan melalui lidah RasulNya yang mulia..

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

    (Surah as-Saf, 61:2-3)

    Dan apakah yang Allah memperkatakan yang PAS tidak buat?

    “Maka hendaklah manusia memperhatikan makanannya”

    Abasa 24.

    Maka kita lihat sejak penubuhan PAS lebih 50 tahun dahulu, tiada kilang beras,kilang roti dan segala jenis makanan yang PAS usahakan.Tidakkah ini menampakkan betapa PAS dipenuhi mereka-mereka yang munafik?..

    Allah suruh perhatikan kita tentang makanan kita tetapi PAS dengan angkuh dan sombong mendakwakan mengikut ajaran Al Quran…Alangkah memalukan!!!..

    Tun..
    Siapakah pendusta agama?

    : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    1.أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
    2.فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ Itulah orang yang mengherdik anak yatim,
    3.وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
    4.فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,
    5.الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,
    6.الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ orang-orang yang berbuat riak,
    7.وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ dan enggan (menolong dengan) barang berguna

    Tidakkah kita lihat PAS menepati apa yang Allah tempelakkan kepada mereka?

    [sekarang ini ,saya tetap berpendirian akhlak pemimpin PAS lebih baik berdasarkan ciri2 yang dinyatakan dlm AlQuran dan Hadith]

    Ayat Al Quran yang mana?

    Betul dan tepat sekali Tun ayat yang ini..

    Surah Al Haj 46.

    Kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

    Tun..Terima kasih.

  23. Salam,
    Kepada Sentinel3 dan Wajaperak:

    Saya ahli UMNO tegar tetapi kalau yang benar tetap cakap perkara yg benar.Akhlak org PAS itu saya bandingkan pemimpin UMNO. Kalau dibandingkan 1000 pemimpin UMNO dgn 1000 penimpin PAS sekarang ini ,saya tetap berpendirian akhlak pemimpin PAS lebih baik berdasarkan ciri2 yang dinyatakan dlm AlQuran dan Hadith.Ilmu agama saya tak setinggi tuan2 tapi itulah kefahaman dan pandangan ikhlas saya.Jgnlah hanya merujuk kpd beberapa prmimpin PAS tapi lihat secara keseluruhan. Tak perlu nak geli hati,sakit hati atau sedih hati.Itu cuma pandangan saya saja.Allah Lebih Mengetahui apa yg ada dalam hati manusia.

    Pandangan saya yang lain berkaitan UMNO setuju tak?

    Perjuangan Melayu tak semestinya melalui UMNO .Boleh pilih PAS kalau depa pejuang hak2 bumiputera.Tak perlu tubuh parti baru.Pilih saja UMNO atau PAS. Jika UMNO mempunyai pemimpin yg baik2 pilihlah UMNO.

  24. Tun,

    Mohon izin diberi ruangan,

    Setuju dengan wajaperak, naik tergelak (cuma tidak boleh ketawa berdekah-dekah kerana berhampiran orang ramai) membaca pandangan Orang Lama, [Orang PAS dari segi akhlak dah cukup baik]

    Aiyaa, begitu mudah Orang Lama membuat rumusan mengenai akhlak orang Pas hanya kerana kononnya parti itu memperjuangkan Islam.

    Sekali baca, macam lebih kurang si asso HochbengTeoh456 itu membuat rumusan, disebabkan kawannya bernama hafiz dan sudah jadi atuk serta muka kawannya baik, jadi kawannya beriman. He…he…he.

    Kepada hafizkenedelete pula mengenai cadangan orang muda patut tubuhkan parti untuk orang muda, sudah-sudahlah berpolitik secara kurang matang, nanti lingkup orang Melayu di negara ini kerana terlalu banyak parti politik dan berpecah-belah.

    Silap-silap Hafiz, nanti proxy mendiang Chin Peng menjadi PM di negara ini, kerana orang Melayu mahu mengambil jalan mudah menubuhkan pelbagai parti baharu.

    Moga-moga dihindari oleh malaikat, Yeop daripada berlaku di negara ini!

    Salam Tun.

  25. Assallammualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..
    Tun saya mohon ruangan.

    Orang Lama
    [Orang PAS dari segi akhlak dah cukup baik]

    Saya amat amat kecewa dengan anda!..
    PAS berakhlak baik?..
    Ya la tu dan Benjamin Nyetanyahu adalah seorang lelaki yang paling baik akhlaknya!..
    Tetapi itu bagi orang-orang Israel la..
    Bagi kami Benjamin Nyetannyahu amatlah kejam!..

    Pas akhlak baik…Hakkkptu..

    AND PIG CAN FLY!!

    Minta maaf Tun dan terima kasih..

  26. Salam,

    Barangkali pemilihan pemimpin UMNO kali ini adalah peluang terakhir orang melayu berikan kepada UMNO untuk membetulkan keadaan. sekiranya tiada perubahan ketara pada barisan tertinggi kepimpinan boleh katakan selamat tinggal UMNO. Kami rakyat biasa ingin perubahan. kami mahu tak mahu pemimpin korup dan kurap.

    PAS sepatutnya ambil ruang dan peluang atas kelemahan UMNO dengan memperjuangkan orang Melayu dalam konteks Islam bukannya dengan berbaik dengan DAP dan PKR. PAS serang habis unsur rasuah dalam UMNO. Habis lingkup UMNO. Saya boleh perturunkan ilmu sikit2 nak hancurkan UMNO. Tapi apakan daya saya masih sayang UMNO. Kecualilah PAS ubah direction, ubah halatuju, ubah untuk orang Melayu asalakan tidak beretentangan dengan Islam. Orang PAS dari segi akhlak dah cukup baik. Cuma dari segi kefahaman politik secara menyeluruh barangkali kurang sikit kot walaupun kelayakan akademik agak baik. Jangan marah ye!! Ingatlah dunia ini hanyalah sementara, Akhirat itu kekal abadi.

    percayalah sekiranya PAS bawa perjuangan UMNO , bolehkatakan majoriti orang Melayu akan berpindah kepada PAS termasuklah orang UMNO sendiri. UMNO itu hanyalah parti sahaja. Perjuangan UMNO itu yang lebih penting. Perjuangan UMNO tak semestinya melalui parti UMNO. Boleh juga melalui PAS!!!! tapi apakan daya Petua (bukan fatwa) pemimpin hang pa dua kali dengan pemimpin UMNO. Petua 1Melayu!!

    Jadi ahli UMNO pastikan beri sokongan hanya kepada pemimpin yang terbaik sahaja. Contoh pemimpin terbaik ialah Datuk Mukhriz. Jika tidak UMNO akan hilangkuasa politik tanahair dalam tempuh dua PRU akan datang ikut pengiraan saya, Nujum Pak Belalang. Pemimpin yangbermasalah, sarat dengan hal2 rasuah, penipuan ,sombong, kaki gaduh dan lain2. baik bersara sajalah, jaga anak cucu lagi baguih. Kalau TGNA mungkin kata sampah .Tapi yang pasti rakyat tengok menyampah.

    Saya cuma nak bagitahu kalau UMNO masih nak teruskan dengan pemimpin syok sendiri, maka teruskan lah syok sendiri. Bergembiralah dengan akitivit2 ‘syok sendiri’ UMNO Bahagian . Ahli UMNO bebas pilih siapa depa suka. begitu juga rakyat bebas undi siapa depa suka.

    Ingatlah!!!!!
    Pemimpin yang dipilih ahli UMNO tak semestinya merupakan pemimpin yang dipilih rakyat semasa mengundi PRU. selangor contoh terbaik. Kalau bertrusan begini ramai lagi akan jadi YB Pencen PRU akan datang.

    ==================================================
    Kesimpulan:

    Apakah perlu dilakukan UMNO atau PAS muntuk memebnetu kerajaan Malaysia untuk PRU akan datang?

    Jawapannya

    UMNO—–tukar semua pemimpin bermasalah dengan pemimpin yang terbaik akhlak dan kualiti kerja.

    PAS====ubahkan dasar lebih kepada Melayu asalkan tidak bertentangan dengan Islam.Rujuklah kepada Dewan Ulamak ,jangan TGNA seorang saja ye.

  27. Salam Tun,
    Mintak laluan untuk sokong lostgeneration.

    Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin kita sekarang (baik UMNO, Barisan Alternatif mahupun PAS) mempunyai — purely the nations’ interest at heart. Even if some do have that, we cannot see it from their actions. Dan kerana itu saya sedih. Mereka tidak dapat melihat masa depan yang lebih jauh, jauh merentasi generasi kehidupan mereka sendiri. Mereka seolah-olah mengukir kemusnahan negara dengan tangan mereka sendiri. Dengan tangan mereka sendiri mereka menulis sejarah masa depan yang gelap untuk generasi akan datang. Dan generasi kami ini tidak mampu membuat apa-apa….tidak mahu membuat apa-apa! We are as shameful as they are and we hate being this way.]

    Bukan lostgeneration je yang pikir macam tu, da ribuan maybe jutaan belia muda segar yang beranggapan sama, kami berhak untuk menentukan masa depan kami, pergaduhan dan perang ideologi baik Umno yang sekarang ataupun Pembangkang sebenarnya langsung tidak menarik minat kami.

    Memang benar ada golongan belia yang berjuang di luar sana, tapi , mereka mewakili siapa?? Mereka hanya boneka ketua2 tua masing2 yang hanya membawa culture lama yang basi yang sudah pasti tidak akan dijamah kami.., siapa yang pilih mereka? Sudah tentu bukan kami.

    Dalam sejarah Malaya, suatu ketika dahulu, kaum muda dan kaum tua mempunyai hak yang sama untuk bersuara, tetapi sekarang suara kami tersekat oleh golongan tua yang gilakan kuasa, pengaruh dan harta kekayaan.

    Dalam Umno pun begitu, pembangkang pun begitu, 2X5, 5X2…..

    Maybe kaum muda kat Malaya ni perlu tubuhkan parti untuk kaum muda, baru boleh berjuang tanpa sekatan agaknya.Kalau tidak diberi peeluang mana boleh tau ada pemimpin muda belia yang betul2 ada daya kepimpinan,mana boleh tau yang betul2 ada bakat untuk menyatukan kaum2mdi Malaysia.HARAP RENUNGKAN…….

    Sekian,
    Terima kasih Tun
    Dari penulis cincai cincai
    HambaAllahyangMemelihara

  28. salam hormat buat Tun, lets get to the bottom of all the issues here…UMNO dah menjadi beban kpd org melayu, namun pembangkang pula menjadi duri dlm daging, sanggup jual negara dan pemimpin macam anwar bukan lah pemimpin yg wajar dijadikan PM atau apa pun walau apa pun penyebabnye. umno penuh dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa dll penyakit kronik yg berkiblatkan wang ringgit, harta , sex dll…semua kemewahan dll adalah teras kepada perjuangan kebanyakan ahli umno…mesti pakai bmw, merc , alphard dll…tiada yg akan hormat jika ahli yang bertanding hanya memakai datsun 120Y, sbb mereka tahu jika dia dipilih sebagai pemimpin siapa nak bayar makan & minum di hotel…siapa nak bawa pergi medan…ini lah mentaliti umno…sedangkan di dlm parti alternatif , orang yang datang mendengar ceramah akan beri sumbangan. umno kene buat jamuan dan bagi door gift….ngape ye Tun? sebab orang ramai dah muak dengan umno..muak tengok sikap hipoktir dan munafik pemimpin2 umno. kerja tak buat, beriadah banyak…melawat sana sini guna duit rakyat…kenapa tidak dicantas sahaja ahli yang salah guna kuasa dan korupt? sebab mungkin tiada lagi ahli tertinggi umno yang tinggal…semoga tun masih bertenaga dan diberi hidayah untuk mencari formulasi menghentikan dan membuang cancer yang merebak dalam umno ini…kami orang melayu sayangkan Tun dan perjuangan Tun, walau apa pun kutukan anak bangsa yang diberi peluang dan kesenangan dari formulasi Tun namun masih ramai yang berterima kasih pada Tun. doa buat Tun tak pernah tinggal selepas solat saya agar Tun memperolehi rahmat dari ALLAH dan mendapat inspirasi memperbetulkan umno sebelum terkubur…amin

  29. Salam Tun,
    Apabila disebut “meluat”, sebaran meluas Persidangan UMNO itu pun kami dah meluat. Minta maaf. Buka TV3, TV1, NST, BH, UM, penuh dengan hal UMNO tak habis-habis. Kami yang bukan ahli UMNO dipaksa melihat itu semua. Walhalnya sesiapa ingin masuk UMNO, jika ada ijazah saja sudah disekat diperingkat bawah lagi. Mat Rempit boleh masuk, no problem. Bagaimana orang tak meluat?

    Jika ahli-ahli UMNO betul-betul sayangkan UMNO, dan tidak mahu UMNO mati tak berkubur, ini cadangan saya:

    1. Beri initiatif setiap cawangan tambahkan ahli yang bermutu (bukan penjenayah, yang rasuah, kutu berahak, mat rempit).
    2. Dampingi rakyat dengan niat yang baik, bukan dengan niat nak pancing undi. Tak payahlah bawa gambar presiden UMNO terlekat pada kotak sumbangan.
    3. Perangai ahli UMNO yang selalu sombong, bermegah-megah tu perlu diubah. Baru ketua Cawangan dah sombong. Baru nak bertanding dah berlagak macam YB. Nak tunjuk apa? Apa yang hebatnya pada UMNO sekarang?
    4. Tolong faham apa yang rakyat mahu dan apa rakyat tak mahu. Rakyat tak macam dulu yang perlu diberi tahu itu ini, kini rakyat pun ada otak, boleh berfikir, dan boleh memilih.

    Dulu awal tahun 70’han kami student semua sokong (Tun) Dr Mahathir. Sebab apa? Sebab dia berani melawan Presiden UMNO, kerana dia percaya pada perjuangannya. Dia dibuang parti, tetapi mendapat sokongan ramai dikalangan student, anak muda dan rakyat amnya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula semua takut pada boss, tak berani lawan, takut hilang jawatan. Dia tahu membaca hati rakyat, dan tahu apa yang tak betul.

    Kini kita berdepan dengan keadaan mencabar. Siapa dari ketua-ketua UMNO yang boleh datang kehadapan memperjuangkan kebenaran? Siapa berani bersuara? Satu pun tak ada. Hanya tinggal suara Tun Dr Mahathir satu-satu nya yang tak habis-habis mengingati ahli-ahli UMNO akan perjuangan yang belum selesai. Entah dipeduli atau tidak. Masing-masing nampaknya utamakan diri masing-masing. Tetapi hati kecil saya berkata, nanti satu hari NGO Melayu yang ramai-ramai ini akan bersatu menentang UMNO. Barah dalam UMNO kelak akan memakan diri sendiri.

  30. UMNO certainly needs to rejuvenate; and this could be done through the involvement of younger generation in the party. I think Tun’s son, D. Mukhriz should be given the chance because of their family effort in recapturing Kedah from PAS and he could represent the younger generation voice in the upper echelon of the party.

    In my frank opinion, I think D. Mukhriz needs to be more aggressive. Leader rose up to the mark, mostly in a manner that is significantly different than the masses. Spectacular and eye-catching – with firm ideas and policies that move the masses.

  31. Salam Tun (yang saya sayangi lagi hormati)

    Saya gemar membaca blog Tun sejak ia mula-mula lagi beroperasi. Tetapi hanya kini saya terpanggil untuk memberi komen kerana banyak sudah yang terkumpul di hati tentang persoalan bangsa dan negara.

    Saya memanggil diri the lostgeneration kerana itu lah yang saya rasa. Mewakili generasi yang kini 20 dan 30, saya antara generasi Malaysia yang tidak lagi rasa negara kami satu negara yang negara yang kami boleh banggakan. ‘Lost’ kerana kami keliru dengan apa yang mampu dan harus kami lakukan. Dengan linangan air mata saya tuliskan nota ini. Perit, kecewa, sedih.

    Benar kata Tun, “Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.”

    Malangnya, masa yang Tun katakan itu bukan sesuatu yang ‘akan datang’ tetapi suatu yang sedang terjadi.

    Kami mengutuk generasi pemimpin, dan bagai mencubit peha kiri, peha kanan terasa,kami mengutuk diri sendiri. Kerana kami melihat sahaja kemusnahan ini berlaku di depan mata. Dan lebih teruk lagi, ramai dari generasi kami yang memilih untuk lari dari melihat gambaran kemusnahan ini.

    Pilu hati saya melihatkan rakan-rakan seperjuangan yang sedang belajar kini, memilih negara lain untuk di panggil tanah air. Ramai lagi yang kini berkira-kira menjadi permanent resident di negara luar. Tiada daya mahupun kuderat untuk saya halang mereka. Mereka saya lihat suatu tenaga yang mampu membantu membangun negara. Pernah mereka satu ketika sayang pada negara tetapi di kecewakan. Apalah yang dapat saya janjikan pada mereka, sedangkan saya sendiri ragu-ragu tentang masa depan negara kita.

    Terus-terang saya kata kan Tun. Saya tidak nampak jalan keluar negara kita dan generasi saya dari dilema yang melanda negara kita sekarang. Bagi saya tidak UMNO, barisan Alternatif mahupun PAS mampu menukar keadaan sekarang. What I see is a vicious cycle of things happening all over again.The struggle for power, money and position above everything else.

    We need something BIG, to CHANGE.

    Saya tidak rasa pemimpin-pemimpin kita sekarang (baik UMNO, Barisan Alternatif mahupun PAS) mempunyai — purely the nations’ interest at heart. Even if some do have that, we cannot see it from their actions. Dan kerana itu saya sedih. Mereka tidak dapat melihat masa depan yang lebih jauh, jauh merentasi generasi kehidupan mereka sendiri. Mereka seolah-olah mengukir kemusnahan negara dengan tangan mereka sendiri. Dengan tangan mereka sendiri mereka menulis sejarah masa depan yang gelap untuk generasi akan datang. Dan generasi kami ini tidak mampu membuat apa-apa….tidak mahu membuat apa-apa! We are as shameful as they are and we hate being this way.

    Senang untuk menyalahkan keadaan dan orang lain atas apa yang berlaku sekarang. Saya sedar, seperti yang Tun cakap, generasi muda, generasi 20, 30 seperti saya yang seharusnya berdiri kedepan cuba menjadi jentera baru penggerak negara. Saya harap itu berlaku. Saya harap generasi kami akhirnya dapat berdiri sama tinggi, duduk semeja dengan generasi sebelum kami, berbincang hati ke hati cara terbaik untuk membetulkan landasan negara kita. I hope to see that in my lifetime. I hope you will still also be there to see that happen. Untuk melihat negara Malaysia yang di impikan Tun, dan juga kami, benar-benar menjadi kenyataan.

    Hopeful,
    lostgeneration

  32. Assalammualaikom Tun Dr Mahathir,
    Pertama-tamanya saya nak ucapkan tahniah diatas keberanian anakanda Tun, Datuk Mukhriz membuat keputusan untuk bertanding Naib Presiden UMNO.

    Saya rasa pertandingan ini amat sengit memandangkan awal2 lagi dah ada pakatan diantara 3 penyandang NP untuk mengatasi lawan masing-masing.
    Apa yang diharap biarlah perlawanan berlandaskan cara bersih.Tidak main wang atau mengaibkan peribadi pihak lawan.

    Justeru ada beberapa kemusykilan yang hendak saya utarakan kepada YAB Tun;

    1. Jangkamasa 72 Jam diberi kepada calon2 untuk menarik diri selepas pendaftaran borang pertandingan ditutup.
    Adakah ini termaktub dalam Perlembagaan UMNO sejak ditubuhkan?

    2. Ekoran daripada ruang yang diberi untuk menarik diri adakah pihak kepimpinan Negeri dan Pusat telah menjangka ada yang akan tarik diri ? ( mengikut laporan akhbar Utusan 25 Sep ramai yang tarik diri).

    3. Apakah tujuan mereka yang tarik diri ini selepas bersusah payah beratur untuk mengambil borang dan menghantar borang selepas diisi.

    4 Apakah mereka tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri atau dinasihatkan supaya tarik diri ( Human Intervention?).

    5. Mengikut pengakuan calon yang menawarkan diri untuk bertanding melaporkan dalam akhbar bahawa beliau telah mendapat restu daripada Ketua UMNO Negeri/Pusat. Ada juga yang baru mengutarakan hajat untuk bertanding tetapi telah dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian. Apakah ini demokrasi disebalik tabir ?

    Saya rasa kata2 daripada pemimpin2 kanan/tertinggi bahawa ahli2 UMNO telah menunjukkan kematangan dalam pertandingan memilih pemimpin disemua peringkat dan demokrasi tetap hidup dalam UMNO hanyalah sekadar untuk menyedapkan hati ahli2 UMNO yang masih sayangkan kepada parti.

    Terpulanglah kepada pemilih UMNO agar membuat keputusan yang bijak bagi menentukan nasib Melayu akan timbul atau tenggelam.
    Terima kasih.Wassalam.

  33. Tun

    For Saudara Amin Tan. I agree with you. There is a saying, ‘ Absolute power corrupts absolutely.’ I myself have nearly bumped into the the Tun with Tun Siti Hasmah with just one aide so many times in the evenings in the Malls and my friends too in Cheras. They were not out shopping because I did not see a shopping bag. It is so very important for a leader to feel the pulse of a country by moving amongst its populace normally. It is being normal that gives great strength. The brilliant Lee Kuan Yew with his 10 failed policies for Singapore is alleged to cruise around Singapore at mid-night in his Jaguar looking at flower pots and the like or a bomb-disposal squad would scour an area 1 square mile around his purported place of visit. Our country is small with its hospitable, intelligent and peaceful peoples. For this reason, we are either related to each other or very good friends. Whatever we do we cannot run away very far even with out billions and billions of ringgits. The world is very small. I am confident the UMNO Elections will bring forth a new and young generation of leaders with their wisdom and normality to lead us in the years ahead. We do not need change what we want is the continuation of development and policies which were already laid down by our good Tun and his predecessors. Political parties worth their salt should now join in for the good of all and not like some dysfunctional political parties with spiritual leaders in far away lands who could contemplate their navels for 47 years and do nothing for the Malays, Chinese, Indians and all, and muck up their vital central committee elections by being apparently inefficiently even though they are inspired by the land of world class super-efficiency. A pot calling the kettle black scenario.

  34. As’salam Atok,

    Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana memanggil Tun dengan panggilan Atok kerana bagi saya panggilan tersebut lebih mesra memandangkan usia Tun hampir seusia Atok saya. Jika ada sebarang pertikaian dengan panggilan tersebut, saya terbuka untuk memberi penjelasan.

    Atok, berkenaan kata-kata Atok “Pilihlah mereka yang muda dan tolaklah yang sudah tua”, satu sahaja nasihat dan pandangan daripada saya tentang pemilihan ketua UMNO mahupun bakal pemimpin negara “Pilihlah yang benar-benar berilmu, bercita-cita tinggi dan ikhlas memajukan anak bangsa tidak kiralah dia muda ataupun tua”.

    Terima kasih.

  35. Salam Tun,
    Izinkan saya memetik Syed Al Jaafari seperti di bawah,

    [tun,this will be UMNO last term.orang melayu dah muak,sesama melayu pun UMNO nak cr gaduh,divide and rule.MT UMNO tak abis2 lelong negara,FELDA pun mereka lelong.kami orang melayu dah fedup,its high time UMNO should go.kita tgk pemilihan UMNO,takde siapa berani mencabar kedudukan presiden.by right,ketika PRU12 umno gagal dapat 2/3,tun pun suruh pak lah turun,tp kenapa Najib masih jd PM,walhal undi dia merosot drp PRU12.by right Najib should step down.I dont see what so special with najib that we have to retain him as our PM,muhyiddin boleh ganti,even anak Tun pun boleh ganti Najib.one of the factor UMNO is losing malay Vote is Najib himself,alongside with his wife.Tun,kami masa tun jd PM,walaupun kami sometimes tak setuju dgn Tun,tp kami sgt2 menghormati Tun Hasmah,we adore her,a mother/granmother figure to all of us.But dgn najib,we dont utter respect toward rosmah,together with her coruption scandal.
    UMNO sholud forced Najib to step down to restore UMNO’s image and dignity.we want ultra malay to lead us,bukan najib yg tak abis2 nak pacify non malay instead us the malays.

    Tun,kami sgt2 kecewa sebagai orang melayu,kami tidak rasa Najib layak memimpin kami orang melayu.]

    Tuan Syed,

    Tuan Syed tidak habis2 menhentam membelasah kerajaan dan UMNO SERTA Datuk Seri Najib. Malaysia ialah negara demokrasi. Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri adalah secara sah dari sisi undang2. Tun pun sokong beliau. Apa yang Tuan Syed maksudkan dengan ‘najib tak habis2 nak pacify non malay instead of us Malay.’? Apabila Datuk Seri Najib mengemukakan dasar kerajaan baru2 ini untuk memperkasakan economy Melayu, apakah maksud beliau? Sampai MCA pun membahtah.

    Memanglah Tun yang paling hebat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sepatutnya Tun dilantik menjadi Penasihat kepada Perdana Menteri secara rasmi, bertaraf menteri.

    Tuan Syed, bagilah peluang kepada Datuk Seri Najib untuk berjasa. PRU baru lepas 3 bulan. Datuk Seri Najib yang terbaik yang kita ada sebagai Perdana Menteri. Beliau seorang mesra rakyat, tidak gopoh membuat keputusan dan bijaksana. Manusia tidak sempurna. Jangan asik cari kelemahan orang lain seperti saudara2 islam kita di Syria, Mesir, Iraq tidak habis2 berperang saudara. Ambil yang jernih buang yang keroh. Hiduplah aman dan damai. Jangan kita hasad dengki kepada orang lain. Hidup mati jodoh dan rezeki Allah yang menentukan. Bersyukurlah apa yang Allah kurniakan. Wallahu alam.

    Maaf zahir batin jika saya tersinggong Tuan Syed

    amin tan

  36. UNTUK kelangsungan UMNO
    UMNO perlu mencari,menarik,menambah ahli kedalam parti.. orang2 yang memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka iaitu BANGSAA MELAYU!!

  37. Tun

    i wish the UMNO well in its vital forthcoming elections for the key posts in its organisation. Many a-time, the direction and stability of our beloved country have been set right through the wisdom of its constituents through the expression of the voting trend. I have confident that the forthcoming elections will be like no other. Our country is fortunate to have political parties which represent most shades of colours as could be found amongst the populace. We do not need to create ‘ Democracy ‘ as we already know it our Malaysian style. And from the mists of 1940s to now, it is expected by the astute observers that UMNO could make a meaningful change in its offerings to the general populace by being not only exclusive but also inclusive. Fortunately, the worst is already past the UMNO in a moment of pilotless navigation across the unknown seas infested by sharks of all sizes. We are still in one piece, so far, our beloved Malaysia. But as always, the moment we drop our guard of SOVEREIGNTY, NATIONAL INTEREST, SELF-ESTEEM, foreign chaps aided by local chaps will come and look for the LOW HANGING FRUITS !
    I wish the new UMNO leadership well and our future will depend on their wisdom and commonsense in dealing with human problems which are bound to be in their way sometime.

  38. salam tun.
    Pertama sekali sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa tun kepada parti UMNO dan orang melayu.Walaupun sy bukan ahli umno atau pendokong UMNO,tetapi jika tun tidak ditakdirkan dlm UMNO,maka sy berpendapat pastinya orang melayu sekarang menjadi hamba di bumi sendiri.terima kasih tun, tidak dapat sy ucapkan dengan kata2,hanya Allah dapat membalas jasa tun,moga Allah ampunkan dosa kita atas salah silap kita dan kami berdoa agar Allah berikan Tun kesihatan yg baik dan umur yg panjang agar dpt memimpin kami lagi dgn pengalaman dan wisdom tun.
    sy ingin menceritakan tentang datuk sy iaitu seorang ADUN pertama Kuala Kangsar Perak selama dua penggal.datuk sy adalah perjuang kemerdekaan semasa malaya melalui tahun2 dsukar selepas perang Dunia Kedua.Datuk sy bernama Khalid Abbas Bin Khairul Adam,dikenali oleh orang ramai sbgai ustaz Abbas.datuk sy adalah guru agama,guru silat,guru zapin dan pemimpin masyarakat tempatan.Pernah datuk sy ‘sparring’ dgn guru kungfu,atas jemputan persahabatan oleh masyrakat cina Kuala kangsar.ADUN skg nie,usahkan reti bersilat,bersukan pun belum tentu lagi.Datuk sy tidak memiliki kereta pun,hadir ke messyuarat Exco naik bas.datuk sy hingga Allahyarham meninggal,tidak memiliki harta pun,walhal beliau berasal daripada keluarga bisnesman melayu ketika itu,pelombong bijih di perak.datuk sy mengabiskan harta ke jalan perjuangan UMNO.
    betapa jauh bezanya dgn pemimpin UMNO skg.Kalau nak berjuang,kempen,ambil duit daripada tauke cina,india,sekarang pula ambil duit pak arab.usahkan nak keluar duit sendiri,peruntukan utk rakyat mereka sapu.Ini baru kita brckp tentang duit dan korupsi.
    Ahli UMNO skg tiada ilmu,jahil xtau apa.bagaimana mereka boleh memimpin jika ideologi,pemikiran,intelektual mereka sudah tidak relevan lg dengan pemikiran dan intelektual rakyat?’
    sy berpendapat,bukan idelogi UMNO itu yg ketinggalan zaman tetapi intelektual dan pemikiran ahlinya yg sudah tidak relevan dgn dunia moden dan penuh keterbukaan ini. PRU 13 lps,sy mengundi UMNO setelah PRU11 dan PRU12 sy mengundi pembangkang,sbb utama sy swing vote adalah kerana tidak bersetuju dgn pakatan PAS bersama PR.Kwsn DUN sy dimenangi oleh UMNO dgn majoriti 132 undi.slps PRU,agaknya ADUN UMNO letih smpai skg tidak nmpk batang hidung.itu menang 132 undi,kalau menang majoriti 1320 undi smpai next election baru nmpk la kut.betapa teruknya UMNO skg,sudah tidak pedulikan rakyat,baru sahaja lps PRU mereka tak tunggu,terus melancarkan serangan politik kepada PAS,main isu mazhab,main isu agama.lama lagi next election,tetapi UMNO tak tunggu,tak buang masa,tak abis lg main politik daripada tumpukan perhatian utk menyakinkan rakyat dgn membuat kerja.

    tun,this will be UMNO last term.orang melayu dah muak,sesama melayu pun UMNO nak cr gaduh,divide and rule.MT UMNO tak abis2 lelong negara,FELDA pun mereka lelong.kami orang melayu dah fedup,its high time UMNO should go.kita tgk pemilihan UMNO,takde siapa berani mencabar kedudukan presiden.by right,ketika PRU12 umno gagal dapat 2/3,tun pun suruh pak lah turun,tp kenapa Najib masih jd PM,walhal undi dia merosot drp PRU12.by right Najib should step down.I dont see what so special with najib that we have to retain him as our PM,muhyiddin boleh ganti,even anak Tun pun boleh ganti Najib.one of the factor UMNO is losing malay Vote is Najib himself,alongside with his wife.Tun,kami masa tun jd PM,walaupun kami sometimes tak setuju dgn Tun,tp kami sgt2 menghormati Tun Hasmah,we adore her,a mother/granmother figure to all of us.But dgn najib,we dont utter respect toward rosmah,together with her coruption scandal.
    UMNO sholud forced Najib to step down to restore UMNO’s image and dignity.we want ultra malay to lead us,bukan najib yg tak abis2 nak pacify non malay instead us the malays.

    Tun,kami sgt2 kecewa sebagai orang melayu,kami tidak rasa Najib layak memimpin kami orang melayu.

    sekain terima kasih.

  39. Dear Sfaleigh, tak perlu nak tukar nama umno jadi pkmb whatsoever, penulis macammu memang dengki, yang patut tukar hanya orang yg dah lama duk dlm parti tapi tak menyumbang apa2 yg besar, yang, saya setuju dengan cadangan saudara yang macam macam ada tu, sedap bunyinya, tetapi saudara masih seorang kaki komplen yang pengecut, igt senang nak tukar nama,cuba saya suruh bapak saudara tukar nama dia, mesti tak bolehkan, yup,melayu memang mudah lupa, tapi bukan semua yg lupa, saya dan jutaan pemuda yg betul2 muda(,bkan muda dalam takrifan parti ) bukanlah bersifat begitu, itu untuk golongan 30 an keatas sahaja, kami alert dgn keadaan semasa, saudara yang duduk dalam comfort zone tak layak cakap macam itu sebab saudara tak turun padang dan hanya pandai complen.

    Walaupun banyak yang saya kagumkan dengan komen2 saudara, tapi bila dibaca berulang kali, macam artikel2 yang dah di xcopy paste berulang2 kali dr pamplet anwar sodomi ibrahim dan lim kit siang malam, sebenarnya saudara yang nak bolot projek2 yang da kene monopoli tu, nmpak sgt saudara menulis sebab marah xdapat projek,org yg betul ade keupayaan akan dapat apa yg dia nk dgn bermacam2 cara, orang lemah je yang merengek bila xdapat apa yg dia nak,sebijik macam saudara, saudara sedar tak namanya kalau xdapat apa yang kita nak, itu bukan rezeki kita,orang yang busuk hati je akan dengki ngan rezeki orang lain.

    Attitude macam saudara ni da bnyak saya jumpa dekat the mall dan KLIH,golongan yg tak boleh terima kenyataan yang rezeki tu bukan milik dia, bila susah salahkan orang lain, padahal tuhan nak uji sbar ke tak hamba dia.Bersyukur la anak2 korang masih mampu tgk tv, kat middle east bnyak anak2 kebulur, tapi korang kesah ke?tak pun sebab perangai dah munafiq sangat. Kaji diri dri sebok nak komplen je, simpan je pendapat sampah yg kononya bela kaum muda , biar kaum muda do the talking.

    Bercakap itu mudah, menulis lagi la senang, tapi nak buat saya jamin 80% tukang complen akan tarik diri bila da masuk padang, Tq
    Maafkan kekurangan bahasa saya Tun, saya hanya seorang budak hingusan yang jelek dengan sibijak pandai yg banyak complen ni, walhal kalau mereka boleh deliver complen masing2, Masalah kat malaysia ni bnyak yg selesai, tapi apa nak buat, mereka hanya si pengecut yg pandai pukul curi, Wsalam

    Hafiz@ brokermaut

  40. Assalamualaikum wa RahmatuLlah.

    Yang Berbahagia Tun,
    1.Semoga sihat suami isteri. Ketulusan dan ketelusan nasihat Tun sepatutnya didengari, ramai orang buat-buat tuli kerana walaupun mereka mungkin tidak lagi menjadi perasuah tetapi mereka masih tidak ada kekuatan menghindarkan diri dari para perasuah, malah masih mengharapkan bodek atau sokongan para perasuah.
    2.Memberi nyawa baru kepada UMNO mungkin berfaedah sekiranya kanser yang ada dapat dipulihkan atau dibuang. Masalahnya sebahagian anggota UMNO sangat sayangkan kanser tersebut seolah olah mereka tidak boleh hidup tanpa kanser.
    3.Seorang tokoh seperti YAB Datuk Mukhris mungkin berhadapan kesukaran melawan kanser UMNO, saya berdoa dia kuat dan berjaya, ramai orang mungkin iri hati dan rasa terancam dengan kehadiran penawar seperti dia, saya bimbang dia tidak sekuat Tun menghadapi badai yang bakal melanda, semoga Allah sentiasa menolong dia.
    4.Ramai anak muda yang ikhlas dalam perjuangan UMNO telah dinafi dan dipinggirkan, akhirnya mereka menyepikan diri membiarkan UMNO ibarat sahara kering kontang tanpa air dan penghuni, penafian ini adalah secara otomatis kerana orang lama tidak dapat menerima kehadiran nafas baru, tindakan Tun satu ketika mengundur diri dari tampuk UMNO adalah contoh yang murni, tapi tiada orang yang mencontohi.
    5. Saya berharap Tun janganlah letih memberi nasihat, kalau bukan Tun siapa lagi? Salam saya buat serikandi Tun Siti Hasmah, rasa saya Tun sentiasa sihat adalah kerana dia sentiasa bersama.

    Sekian, terima kasih jua.

    Ustaz Shamsul Najmi.

  41. Salam YAB & diKasihi Tun,

    1. UMNO mesti kembali kepada perjuangan asal – untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

    2. Saya doakan Dato’ Mukhriz menang sebagai Naib Presiden UMNO. Beliau calon paling berpotensi – ada jati diri Melayu yang kuat, berkebolehan/berkeupayaan, berwawasan, ikhlas, amanah, bersih, berpendirian tegas, dan yang penting ‘BERANI’. Saya yakin Dato’ Mukhriz sedikit sebanyak mewarisi jati diri, keikhlasan untuk berkhidmat, dan keberanian Tun – “umpama kuah tumpah ke nasi”. Dato’ Mukhriz pasti berjaya.

    3. Kepada Perwakilan2 UMNO yang mengundi, undilah dengan bijaksana.

    4. Jangan undi perasuah atau mereka yang pernah ada kes politik wang. Perasuah akan tidak teragak-agak melelong/menjual negara ini semata-mata kerana kuasa & wang.

    5. Kepada Pemuda UMNO, tolong tolak Khairy @ KJ. Pilihlah salah seorang dari 4 orang calon lain yang menentang KJ. ”Asal bukan KJ.”

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah SWT melindungi Tun sekeluarga. ***

  42. Tun,

    UMNO which now looks forward to the excitement of a dynamic and younger leadership with the forthcoming elections, may look into ways and means whereby in its urge to progress and modernize, of countries which had undertaken such tasks diligently and successfully.
    1. The prime example which springs to mind is the Royal House of Windsor and its close bond with the British people. This Royal House was actually imported from Germany via the reign of King George I in the 18th century. Eventually, this German family evolved from Battenburg to Windsor in the course of the 19th century and 2 horrific Wars with Germany. But the Windsor bonding with the British people grew stronger to this day. How is this done which may benefit the image of UMNO in the years to come in the face of the fast moving present day media ? How to adopt certain aspects or take a leaf from the Windsors on how to burnish the image of a modern 21st century UMNO ? Are we going to leave this important task to the amateurs or professionals to do the job successfully ? This is a vital gap to fulfil in the eclectic world of politics to come – the 14th General Elections. I believe the evolution of the Battenburgs into Windsors may teach UMNO a lot – and it is in the media.

    2. Today, 21st of September, 2013, the Star headline, ‘S’pore relooks elitist policy’ or my headline,’S’pore meritocracy failed !’ It took more than one very hard knock to wake up the ruling elite of Singapore that their system of meritocracy had failed the State miserably. Strange to say, this meritocratic system is exactly as the same which is demanded by the Opposition and the nay-sayers of Malaysia. Two hard-knocks knocked the stuffing out of the dysfunctional meritocratic pyramid of Singapore with the smartest fellow on top. The first hard knock was the official minimum loss of US$108 Billions (RM350 Billions) on Wall Street in October 2008. (BN Malaysia reserves today – US$140 Billions). The second hard knock was the May 2012 General Elections which saw only 60% of the population supported the PAP which has blanketed the population with the brilliant Lee Kuan Yew with his 10 failed Policies for Singapore since 1955. Kudos must be given to the Singapore leaders for recognizing a yawning flaw in their power structure. In 2013, 2 Ministers pronounced that in future promotions and applications for jobs, not only academic qualifications are considered but also one’s hidden talents and character. And today, Singapore chaps of importance all lined up to say the same piece, from the Emeritus Senior Minister down to the Public Service Commission Chairman and onto to a guy who quit the Cabinet. All sang the same refrain. What say you The On, Dont Be Small Minded, the rocket scientist from S’pore, mnmn, saxykumar, yusof12, HockBengTeohhalfpast6 and those who want Malaysian meritocracy like the FAILED SINGAPORE MERITOCRACY ?

    It is good for UMNO to note the impeccable meritocracy of our good and normal Tun Mahathir Mohamad and his predecessors and not be carried away by false prophets from Singapore and their proxies.

  43. Salam Tun,
    Izinkan saya salin berita dari Utusan malaysia seperti berikut,

    [JERLUN 20 Sept. – Hasrat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu bulan depan mendapat restu ibu bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu berkata, bapanya yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO menyerahkan sepenuhnya kepada beliau untuk membuat keputusan selain memberi pandangan berdasarkan pengalamannya yang pernah bertanding jawatan berkenaan.

    “Dahulu, bapa pun pernah bertanding jawatan Naib Presiden, tetapi bezanya kali ini lebih 146,000 yang mengundi kerana kita tidak ada lagi sistem pencalonan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas dengan pemimpin dan perwakilan UMNO Jerlun di Wisma UMNO Jerlun, di sini hari ini.

    Semalam, Mukhriz mengesahkan akan bertanding merebut kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bulan depan sekali gus menyaksikan persaingan enam penjuru bagi jawatan tersebut.

    Sebelum ini, ketiga-tiga penyandang jawatan itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengesahkan akan mempertahan jawatan masing-masing.

    Ketiga-tiga mereka bakal dicabar Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut menyatakan hasrat merebut jawatan itu.

    Dalam pada itu, Mukhriz sekali lagi menegaskan pencalonan beliau merebut jawatan tersebut bukan bertujuan mewujudkan dinasti keluarga dalam UMNO.

    Katanya, rakyat perlu melihat kemampuannya menyumbang kepada parti menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki berbanding membangkitkan soal berkenaan.

    “Saya yakin walaupun saya Menteri Besar tetapi banyak perkara yang boleh disumbangkan dari segi idea dan pengalaman kepada parti,” katanya.

    Terdahulu dalam ucapannya, Mukhriz mengakui berdepan cabaran getir bertanding jawatan berkenaan yang turut ditandingi lima lagi calon dengan kelebihan dan kekuatan masing-masing.

    Walau bagaimanapun, katanya, beliau percaya gabungan tiga calon yang bakal menduduki kerusi Naib Presiden UMNO memiliki kekuatan tersendiri untuk menyumbang kepada usaha memperkukuh parti berkenaan.]

    Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Paduka Mukhriz dan kedua ibu bapa beliau kerana telah mengishtiharkan hasrat bertanding Naib Presiden. Pada umor 48 tahun, Datuk Paduka Mukhriz mempunyai tahap umor yang sesuai dan pengalaman yang strategic dan luas dalam bidang pentadbiran samada kerajaan mahu pun swasta.
    Setakat ini UMNO tidak ada pemimpin second echelon(pelapis kedua) yang muda, yang berwibawa dan berkaliber. Dengan berayahkan Tun, Datuk Paduka Mukhriz mempunyai seorang mentor dan penasihat yang ikhlas, bekas Perdana Menteri yang paling hebat, berwibawa dan berkaliber. Sudah tentu pengaruh, networking dan budi serta respect terhadap Tun akan diguna untuk membantu anakanda Datuk Paduka Mukhriz berjaya dalam kerjaya. Tidak payahlah Datuk Paduka berasa segan silu menjadi anak kepada Tun. Lim Guan Eng, Nik Abduh, Lee Hsien Loong dan Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Razak pun apa kurangnya. Saya menyambut baik pertanding Datuk Paduka Mukhriz dan menyokong serta doa supaya beliau berjaya menyandang jawatan Naib Presiden UMNO pada 19 Oktober ini.

    amin tan

  44. The article spoke my thought.. Thank you for putting up this writing.
    Dear Tun, with your capacity, please enlighten the current leadership.
    I too feel that UMNO needs new blood to drive & better reflect the spirit & hope of the young generation.
    We need a leader that feels & understand our challenges, needs & hope for the country.

    Thanks again.

  45. Salam Tun,

    Dah lama saya nak menulis di sini. Tapi saya bukannya penulis. Kemusykilan saya kenapa pemimpin telah terlibat dengan isu/kes rasuah masih dilantik/dipilih. Tak ada pemimpin lain ke dalam UMNO ni.

  46. Salam YAB Tun,

    1) Memang ramai anak-anak muda sekarang ini yang bersemangat untuk menceburi bidang politik, namun tapi ada segelintirnya hilang semangat perjuangan terhadap parti dan Orang Melayu setelah dapatnya pangkat dan kedudukan.

    2) Sebelum adanya pangkat dan pengaruh, semua orang adalah sahabat, dan apabila kedudukan sudah terjamin, hanya kontraktor dan ahli perniagaan saja menjadi teman minum.

    3) Selain itu, generasi muda kini yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi mungkin terbatas dengan faktor ekonomi diri yang mana seperti kita tahu di kala ini jika ingin menjadi seseorang ahli politik haruslah kita persiapkan diri dengan kewangan yang kukuh.

    4) Perjuangan pemimpin UMNO DULU adalah untuk memastikan orang Melayu berkuasa, “Pejuangan Ketuanan Melayu”, Oleh itu pemimpin UMNO KINI haruslah memperkasakan Orang Melayu dan memastikan Orang Melayu terus maju dan berjaya serta kekal SELAMANYA.

    5) Saya harap pemimpin UMNO yang sedia ada ini haruslah sedar dan janganlah sombong dan angkuh serta lupa diri. Saya harap ahli UMNO yang sedia ada ini juga mestilah berani dan tegas dengan pendapat dan pendirian serta janganlah berdiam diri terhadap pemimpin atasan yang tidak betul. Kebanyakannya pemimpin sekarang takut bersuara kerana mahu menjaga periuk dan perut sendiri.

    6) Tun, teruskan pejuangan Tun, kami sayangkan Tun.

    Terima Kasih Tun.

  47. Salam Tun,

    first of all UMNO is NOT a malay word. it is short for United Malay National Organisation

    in Malay it is called; “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu”

    in Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسا ٴن ملايو برساتو

    If this a party for the Malays the the members and leaders first need to STOP using ‘UMNO’ as the ‘brand’.

    from the brand used and given already shows how it does not know its ground nor where it came from. “kacang lupakan kulit”

    like u said before, Melayu mudah lupa.

    so please do advice everybody u know NOT to use UMNO as a brand again.

    change it to PKMB or simply the full name; “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu”

    change the UMNO building do PKMB. no more use the “UMNO” brand…

    if this can be done …. then only then PM need to improve his generals’ list and have a neutral task force to implement and monitor all the new grants and loans that is available… we dont want money to be given easily to open up companies… and may god protect us this monies are NOT for the sons and daughters of the super rich who need start-up money to become CEOs and to continue lifestyles…

    pls give money ALSO to those who have done business and understanding and appreciate the hard earn money instead of just the experimental entrepreneurs.

  48. Tun

    And this was/is the reason why I urged the Malays, bumiputras and the non-Malays to vote for BN as led by the UMNO with the 13 component parties. If the BN cannot deliver to its main constituents, the non-Malays suffer.

  49. Tun

    Why am I so keen to have a normal and good leader for UMNO ? I have observed for a life-time that whenever the UMNO leadership loses touch with the Rakyat and could not deliver the goods to the Malays and the Bumiputras, then all the non-Malays suffer as well. This did not happen during your 22 year Administration. This is the nature of Malaysian politics. No more. No less.

  50. Tun

    It is refreshing for me to note that most of our great Prime Ministers were aware that as Prime Ministers they were riding on the blood, sweat and toil of the Rakyat especially Tun Dr Mahathir Mohamad during his brilliant 22 year Administration. It pays to remember.

  51. Salam Tun,

    Mungkin ini ada lah masa nya PM and TPM sama bermuhasabah untok UMNO.

    Ini adalah masa nya UMNO melakukan perubahan yang tidak pernah di duga. Yang mengubah cara UMNO diurus dan beroperasi.

    Ini adalah masa nya PM dan TPM ubah pelembagaan nya dengan lebih drastic.

    1) Hadkan pemegang jawatan di majlis tertinggi bagi 70% jawatan MT bagi 2 penggal sahaja. Kecuali seseorang calon mendapat sokongan 100% dari ahli MT sedia ada.

    2) Syarat yang sama juga perlu di kenakan kepada semua bahagian2 UMNO.

    3) Adakan usaha atau program2 untok menarik ahli2 baru dari para Profesional and graduan2 dengan active. Adakan bahagian2 UMNO baru bagi para professional and graduan. Dari mana UMNO dapat mencungkil bakat2 baru menjadi harapan kepimpinan UMNO di masa hadapan.

    Wassalam Tun

  52. Macamana Melayu hendak maju sekiranya pencabar-pencabar Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda UMNO ‘dinasihatkan’ supaya jangan bertanding? Bukankah Malaysia sebuah negara demokrasi? atau adakah Malaysia sebuah negara demokrasi acuan kita sendiri? Acuan melayu?

    Melayu ni pandai cakap sahaja, apabila betul-betul dicabar…macam pondan sahaja!

  53. Salam,

    Masa depan UMNO bergantung kepada ahli UMNO sendiri yang memilih pemimpinnya. Pemimpin yang dipilih itu pula ada yang dicalunkan untuk bertanding PRU peringkat DUN atau Parlimen. Pemimpin itu juga pula boleh mempengaruhi siapa yang jadi bakal calun PRU.

    Kalau salah pilih pemimpin maka kemungkinan besar calun PRU pun salah. Banyak kerusi kecundang di selangor kerana salah calun.

    Orang Melayu di bandar2 pilih siapa yang depa suka. malangnya beberapa pemimpin UMNO suka syok sendiri. Lihatlah prestasi BN di Selangor. Ada kawasan Parlimen ada 3 calun DUn dan 1 calun Parlimen? dari 4 kerusi berapa BN menang. Syok sendir lah. Tapi PRU akan datang susahlah kalau berterusan begini.

    Pilihlah pemimpin yang berakhlak baik dan boleh bekerja dengan cemerlang. Kalau lihat senarai yang ada sekarang ni, ramai yang tak dapat diterima oleh orang melayu kot iaitu pengundi.

    Tapi apa boleh buat orang melayu sekarang ramai yang mementingkan diri sendiri. PAS pun sama juga. Ikut hujah beberapa pemimpin2 PAS nak bersama Pakatan Rakyat kerana menguntungkan PAS . Ada yang kata selagi dia hidup tak nak kerjasama dengan UMNO. Apa jenis tafsiran ugama pemimpin PAS bawa saya pun tak tau. Kalau depa kata nak bersama Paklatan Rakyat walaupun kalah pun tak apa asalkan dapt membawa pemimpin DAP kepada Allah Ta’ala dah cukup lega kita dengar. Ini nak dapat banyak undi. Ada kata kalau PAS keluar dari Pakatan, UMNO yang untung. semua ini duniawi. Agaknya PAS sekarang Islam duniawi terlebih .

    secara ikhlas boleh katakan ramai kedua2 pemimpin UMNO dan PAS tak boleh pakai. tak layak memimpin umat Islam di malaysia ini. Melayu semakin lemah kerana tak memegang pengistiharan solat fardu 5 kali sehari kepada Allah Maha Esa. pengistiharan dalam solat iaitu Hidupku Matiku hanya kerana Allah Ta’ala semata2 itu hanya mulut bercakap tapi hati lain pula. Duk zikir tak sekutukan sesuatu kpd Allah, tapi mulut basah tapi hati keriiiiiiiing! Tak mau kerjasama dengan UMNO selagi hidup. Adakah kita manusia yang suka mungkir janji?

    Tetapi tak dapat dinafikan dalam UMNO dan PAS ada juga insan yang boleh diketengahkan sebgai pemimpin . tetapi malangnya depa bukanlah menunjulkan diri kerana depa ikhlas kerana Allah.

    berseronok2 lah wahai pemimpin UMNO dan PAS dengan pelbagai hujah dan alasan.
    Dunia in juga sudah lanjut usianya cuma tunggu masa saja.

  54. Salam Tun Mahathir,

    Umur saya 25 thn. Dari kecil lagi saya dah ikut mak ayah saya pergi mesyuarat UMNO peringkat cawangan. Ikut saja-saja…..masa tu lagu yang saya hafal lagu rasmi UMNO, UMNO Johor, UMNO Teras Negara, dan Maju Wanita UMNO. Memang seronok, saya duduk depan sekali, lepas tu saya menyanyi kuat-kuat. Rasa bersemangat. Masa tu tak silap saya darjah 5, tahun 1999. Walaupun masa tu kecil lagi, tak berapa nak faham sangat pasal politik, tapi saya cukup bangga dengan PM saya masa tu. dari sekolah sampai sekarang, kalau orang tanya pemimpin yang saya respect, saya akan jawab dua orang nama ni je, first Tun Dr. Mahathir Mohamad, and second Nelson Mandela. Sebab apa? Sebab mereka ni unik. Cara pemikiran tu lain dari yang lain. Saya suka pemimpin macam ni. Saya mula joined Puteri UMNO secara tak langsung. Masa tu saya ikut mak ayah pergi mesyuarat cawangan UMNO di kampung saya la. Kebetulan saya cuti semester. Masa tu umur 21 tahun. Orang kampung tak ramai yang datang, jadi nak cukupkan 2/3 nama saya ditulis dan terus daftar jadi ahli. YB yang nak datang masa tu Dato Mohamad B. Aziz (Parlimen Sri Gading). Saya duduk belakang sekali. Itulah kali pertama saya joined mesyuarat secara rasmi. Siap angkat tangan untuk sokong-sokong sebab ada pemilihan. Saya sorang je orang muda masa tu. Mestilah bangga kan. Lepastu saya terus tak berpeluang nak joined lagi, sebab tarikh mesyuarat tak sama dengan cuti belajar saya. Rugi betul.

    Masa Tun letak jawatan, saya tak suka. Sebab saya sokong UMNO kerana TUn. Tak ada Tun saya nak sokong siapa?. Yang lain saya tak minat. Saya jadi neutral. Tapi ayah saya pandai, dia pujuk saya. Ayah saya cakap Tun dah penat, otak dia nak rehat. Dia nak orang baru….hehehe. Saya jawab, Tun tak boleh penat, sebab nanti bila dia bersara orang yang bermusuh dengan Tun akan naik minyak. Haaaa……tengok…betul tak saya cakap??.

    Saya sayang UMNO sebab Tun. Sebab Tun perjuangkan bangsa kita.

    Kalau ada pemimpin muda yang peggang nanti, buatlah baik-baik. Jangan pada nama je. Tapi habuk pun tadak.

    Terima Kasih Tun (Saja nak cerita pengalaman saya..hehe.. 🙂 )

  55. salam Tun,

    – syok baca komen2 mengenai topic ini yang sangat sebati dengan orang melayu. ini menunjukkan orang melayu sayang tapi benci dengan UMNO. olih itu UMNO kenalah
    cari jalan untuk menawan atau megorat/tackel ( kata orang kedah ) kembali.
    – slogan keramat kali ini ialah’ berahi berubah ‘, kemungkinan ini juga gendang perang dato mukhriz untuk jawatan NP. he has whatever it takes to win the post. May Allah be with him.
    ini harapan orang melayu dan kita berdoa mudahan2 ahli UMNO membuat pilihan yang tepat.
    – semuanya mau meremajakan UMNO, semua mau ahli jawatan kuasa dari peringkat cawangan, bahagian & seterusnya berpelajaran tinggi dan dalam kategori ‘muda’. Its possible at divisional level upwards but reality at ground ( cawangan ) is vastly difference.there are many well educated members at cawangan but very, very few or rather rare species commited at cawangan level either due to career comintments or alikes.
    jadi kebanyakan yang membuat kerja UMNO adalah ahli yang bekerja sendirian, pensioner, bekas askar, suri rumah tangga atau cikgu2 yang banyak masa lapang.kumpulan ini lah yang banyak berjasa kepada UMNO dari dulu, sekarang dan selamanya.
    pi tengok di mesyuarat atau seminar di bahagian2 & cawangan2 kebanyakan yang hadhir adalah daripada adalah kumpulan ni.ahli2 yang berpelajaran mesti berahi membuat perubahan
    pada pucuk pimpinan cawangan.
    – ini kes benar, di bahagian kubang pasu kedah, ketua cawangan (kepala batas) adalah wanita yang menang bertanding , dimana percabarnya adalah orang professional( lelaki).mungkin juga dia akan jadi ketua JKKK di situ. ini membuktikan bahawa ahli2 akan memberi sokongan kepada calon alternatif kalau ada pilihan.
    – pilihan adalah di tangan ahli2 UMNO untuk membuat perubahan, ‘ berahi berubah ‘ atau ‘ slow death ‘

    terima kasih

  56. Salam Semua,
    Amalan rasuah ujud di mana-mana organisasi pun. Tidak perlu lah kita berselindung cuba menafikan hakikat ini. Selagi manusia ada nafsu, adalah amalan rasuah. Sering saya mendengar rakan2 yang berniaga mengatakan tanpa rasuah mana boleh dapat bisness? Atau tak kenal orang dalam mana nak dapat kerja?

    Secara terang-terang parti politik DAP mengamalkan rasuah apabila pilihan CEC mereka demi menjaga Lim’s dynasty dalam parti yang dipertikatkan oleh ahli mereka sendiri. Namun mereka masih menang besar di Pulau Pinang didalam PRU13. Rakyat masih memilih mereka tak kira bangsa Melayu, India atau pun Cina.

    Tetapi kita takut andainya anakanda Tun dipilih. Mengapa apabila ‘Lim’ dalam DAP mengamalkan kronisme tiada yang mahu bersuara atau anakanda TGNA tiada juga yang mempertikatkan, tetapi anakanda Tun pula yang mahu dibuat isu. Apa salahnya? Bukan kah ada pepatah melayu yang mengatakan “Mana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasi?” Lihat sahaja keupayaan Tun semasa menjadi Perdana Menteri, andai anakanda Tun dapat 60% dari keupayaan Tun pun Negara boleh rasa bertuah.

    Balik kepada topic “Masa Depan Umno”, adakah dengan orang-orang muda menerajui kepimpinan boleh memberi nafas baru kepada UMNO? Khuatir dengan banyak orang muda yang kurang pengalaman akan mengikut sahaja apa yang dipelajari dari orang lama, membuatkan parti lebih lemah.

    Pendapat saya, UMNO perlu pemimpin berpengalaman sekarang mengubah serta merancang transformasi pemikiran orang muda supaya asas tersebut yang di “muda” kan dan bukan pemimpin muda dicari kerana kalau pemimpin muda ada, tetapi cara serta pemikiran adalah sama, masa depan UMNO tetap terancam.

  57. Saya adalah golongan muda 30-40an, kerja swasta berpendapatan kumpulan pertengahan, kalau borak dengan kawan2 di office banyak yang menyalahkan kerajaan walaupun kadang kala jelas isu itu betul dan baik.. even kalau tanyak budak2 pun diorang boleh buat pilihan yang betul dan baik… banyak maklumat disalah sebarkan sehingga kebenaran dan kebatilan nampak tiada beza …
    kebebasan internet menghapuskan kawalan kerajaan….

    saya sibuk.. takde masa nak joint parti politilk.. nak hadiri persidangan yg tentunya mengambil masa… tapi dalam hati nak melihat bangsa agama dan negara maju,.

    seingat saya tidak pernah ada usaha dari umno untuk dekati golongan muda seperti kami… pemimpin bahagian diperingkat kawasan byk yg syiok sendiri bersama kumpulan2 mereka… tiada usaha menambah ahli…sombong dan lebih suka bermegah dgn kemewahan dunia…..pemimpin kawasan cuma berminat bergaul dengan ahli-ahli dari golongan bawah dan tiada kualiti seperti mat2 rempit… pelajar universiti dijauhkan…mungkin takut pertambahan ahli yg cerdik pandai akan menggugat kedudukan mereka.

    … ramai sebenarnya golongan muda cerdik pandai yang ingin berbakti pada bangsa, agama dan negara… tapi mengambil pendekatan tunggu dan lihat.. malas nak campur.. buat kerja sendiri lagi baik….akibatnya tiada kesatuan yang akhirnya melemahkan umat..

    gerak kerja parti pembangkang lebih baik… byk sukarelawan yg datang kerumah, mengedar pamplet dakyah mereka…mendekati masyarakat dgn memberi ceramah percuma di surau.. masjid dan tempat2 awam… berhimpun dijalanan…
    .. gerak kerja parti kerajaan kurang NILAI SUKARELA.. byk aktiviti dibuat menggunakan duit dan kelihatan membazir.. golongan atas pagar sukar utk menerima pendekatan sebegini…

    saya sibuk.. ok lain kali saya komen lagi…

  58. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
    HILANG POHON TUA
    POHON MUDA UMNO AKAN TUMBUH LAGI

    PEMIMPIN MANA YG DISUKA SEMUA
    NABI MUHAMMAD PUN ADA MUSUH YG MEMBENCI BELIAU
    NI LAGI TUN , APAKAN LAGI SI TUA, GOD OF NO MERCY TU

    PERJUANGAN MELAYU MESTI DITERUSKAN
    ALA ZAMAN KINI
    MEMBENDUNG , MELENTUH ANAK MUDA
    WAJIB BAGI SI TUA

    YG PENTING MELAYU / ISLAM PERLU BERSATU
    BURUK ,BAIK , HITAM ATAU PUTIH
    MUSUH KITA SEBENAR ADALAH PERPECAHAN KITA
    ATAS DIRI KITA SENDIRI ATAU HASUTAN LUAR

    KITA PERLU BERHIMPUN BUKAN SAJA DI MASJID
    PERLU BERGABUNG BUKAN SAJA HAL POLITIK
    MALAH HAL EKONOMY YG MELAYU TIDAK AMALKAN

  59. Tun

    UMNO has finally found a potential candidate to lead the Malays through a large part of the 21st century. A person who is normal and has a pleasant personality. A veteran politician once told me that for a politician who eventually holds power and responsibilities, he should come from a proper family background, well-educated and of good character. Datuk Paduka Muhkriz is the right person to lead us all eventually. A person who is normal and has no sticky fingers with the Rakyat’s money and is aware of our sovereignty, national interest, and self-esteem. I am certain he would not sell my grandmother down river for Singapore dollars. Long live UMNO with its new leadership ! We only need one good and normal person to lead us to the next higher level. There is no necessity to fly to the Sun like Icarus or the brilliant Lee Kuan Yew with his 10 failed Policies for Singapore.
    Vide. http://www.eastasiaforum.org/2013/09/13/singapore-after-lee-kuan-yew/

    I am confident that Datuk Paduka Muhkriz has commonsense, the ability to think out of the box and has compassion ! The 3 vital ingredients for Premiership in our beloved Malaysia.

  60. Salam, Tumpang Lalu Tun dan Semua,

    Saya pun berasa serba salah Tun. Saya kira ramai lagi yang sealiran dengan saya. Dilema kami ialah nak diluah mati bapak nak ditelan mati emak. Jika nak dipandang dari sudut jelak, muak dan menyampah dengan sikap ahli politik yang bermuka-muka ini boleh kata hampir semua yang ada zaman ni pun lebih kurang sama. Al maklum ahli politik yang gila kuasa dan wang.

    Nak dibuang ideology yang telah lama tersemat dihati iaitu agama, bangsa dan Negara makanya menobatkan ideology liberal dan caca marba tak sanggup pula. Menggantikan sejarah, bendera, meliberalisasikan nama Allah, menghapuskan identity Melayu, Seksualiti merdeka serta segala perkara yang selama ini dianggap batil biarlah putih tulang asalkan tidak berputih mata. Jika Karpal Singh sanggup membiarkan mayatnya dilangkah sebelum undang2 dan Negara Islam dapat ditegakkan oleh PAS, takkan kita pula sanggup menggadai maruah dan agama kita hanya untuk nikmat yang sementara. Tak tergamak hati ini nak menerima Chin Peng sebagai pejuang bangsa, biarlah saya mati mempercayai beliau sebagai komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    Saya kira ramai lagi yang berharap supaya ideology yang dipertahankan selama ini dapat terus subur sealiran dengan suburnya kemajuan Negara. Ramai lagi yang tidak rela agama Islam, nama Allah dan bangsa sendiri diinjak-injak oleh ideology liberal yang semakin berkembang. Apa yang orang ramai benci ialah orang2 yang masuk politik untuk kemasyhuran diri, kemewahan hidup dan kebongkakkan kuasa. Inilah penyakit cinta duina dan takut mati yang menimpa ahli2 politik sekarang. Politik mereka adalah politik murahan bertonggakkan wang bertuhankan nafsu serakah. Bukanlah musuh mereka itu seorang yang lebih baik bahkan datangnya dari rumpun yang sama, tapi sejarah telah membuktikan bahawa jatuhnya empayar Islam akibat penyakit Wahan ini.

    Saya sebenarnya mengimpikan revolusi dalam UMNO dimana pemimpin2 yang telah tua kematu serta tepu idea ini sedar dan berundur secara terhormat. Sedangkan Tun yang masih lagi disanjung tinggi berundur dengan secara sukarela dan membuka ruang kepada bakat baru. Bagaimanakah pula mereka yang jauh panggang dari api ini masih bermuka tebal menagih kuasa mempertahankan kedudukan. Yang paling mengaibkan ialah mereka yang kalah pilihanraya pun terhegeh-hegeh masih nak berebut kuasa.

    Berundur secara terhormat tidak bermakna berhenti menyumbang kepada agama, bangsa dan Negara. Jangan pula dibuang secara paksa lantas tubuh parti baru nak berebut kuasa lagi. Apa nak jadi dengan negaraku…..

    Apa yang pasti ramai yang telah jelak dengan politik, ahli politik dan pelakon drama yang terlebih bayaran. Kami boleh dapat lihat ini saban hari didalam pejabat kami. Apa yang orang ramai mahukan ialah kepimpinan, teladan, bersih, cekap dan amanah.

    Maafkan saya………

  61. Tun,

    Sekali fikir tak pa lah Tun, kalau itulah kehendak pemimpin UMNO sekarang ini, nanti pada PRU-14 nanti tiadalah lagi UMNO mengalami masalah penyakit tua kerana selain daripada penyakit yang dialami, dengan tuan tubuhnya sekali pun akan turut lenyap sekali.

    Sepatutnya, pemimpin-pemimpin sekarang sedar bahawa masa berubah, fikiran dan sikap orang ramai berubah dan rakyat semakin pandai daripada generasi dahulu.

    Malangnya, keputusan PRU-13 masih tidak menyedarkan pemimpin-pemimpin tua yang masih menganggap pengalaman (untuk kepentingan perut sendiri) mereka untuk parti masih berguna.

    Saya tidak menyalahkan keseluruhannya pemimpin-pemimpin tua ini, PM juga harus dipersalahkan kerana masih mengekalkan muka-muka tua dalam Kabinet.

    Saya teringat satu cerita lucu mencuit hati apabila seorang rakan memberitahu saya mengenai pencabar kepada calon BN (yang pernah dikenakan tindakan tatatertib kerana rasuah) pada PRU-13 lalu yang hanya seorang penyanyi biasa tetapi masih boleh mendapat undi yang besar walaupun tewas kepada calon BN itu.

    Kata-kata rakan saya itu masih terpahat pada ingatan saya seperti begini, ” Cuba bayangkan , dia ini cuma seorang penyanyi tetapi masih mampu mendapat undi yang banyak melawan seorang pemimpin vateran UMNO, bekas MB dan bekas menteri yang berpengalaman.

    Pemimpin-pemimpin begilahlah seperti Tun kata, “Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.”

    Antara kata-kata Tun yang menarik lagi ialah, ” Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.’

    Tun, rakyat sebenarnya sudah cukup meluat dan menyampah terhadap pemimpin-pemimpin UMNO ini termasuk mereka yang tidak sudah-sudah mendatangkan masalah kepada parti dan menjadi liabiliti kepada parti, malangnya masih ramai pemimpin UMNO ini masih tidak sedar diri.

    Seperti yang saya katakan Tun, tak pa lah (meminjam kata-kata Tunku Abdul Rahman pada zaman tak pa) nak lingkup-lingkuplah UMNO, orang Melayu sudah meluat dengan UMNO.

    Kalau kita dapat seorang pemimpin yang tidak bermoral dan kaki liwat sebagai PM yang sanggup menjual bangsa, agama dan negara ini kepada orang asing, apa nak buat, “sudah nasib kitalah Labi”.

    Salam Tun.

  62. Dear Tun and readers,

    When Tun says something, it is usually right. It can be wrong but usually it is right. It just needs some homework and extra thinking to think further. Why youths are vital for UMNO survival today?

    Everything will change together with time. There are different ‘books’ that are given by our Creator the Almighty for the different ages respectively. Taurat was for Musa. Zabur was for Daud, Bible was for Isa/Jesus and the Quran was for Muhammad (p.b.u.h). Obviously different ways are needed for the different ages and we all know that.

    We can choose for maintaining the old ways but we know it is not right. Can we use a vintage car comfortably with the suitable speed and maintenance cost in continuing our life today when others are moving so fast and competent? It cannot be so without us moving faster towards the END OF TIME of our life and slower to the intended directions. We can delay the process by changing our car to be a faster and more affordable in terms of maintenance cost as the NEW CAR is more durable and latest in enduring the current challenges thus making us to move more confidently and faster to our directions.

    I am not an expert in politics or governing but if we just logically thinking about this, there are some truths about what Tun has said. After the previous elections right after Tun has stepped down, we can somehow predict the direction of BN after this. Our country is just a young country and will still be so in the next couple of years. We also know in which side that the majority of Malaysian youths today will give their supports. We are also agree that the youths today want a brilliant, loyal and sincere leader (it can be like Tun or better as the challenges today are also tougher) who can unite the Malaysians and driving her to the right directions. Sincerely, I just think that the current leader needs to work harder so he can be smarter. When he is smarter, people will respect more of him and automatically he can gain more supports from the youths as no matter how charming a person is, but if he or she is like a stupid, it will not change anything to be better. But, we are always amazed by the brilliance of a person no matter who he is.

  63. mudah-mudahan pucuk tertinggi umno dpt membaca dan mendengar nasihat tun..

    yg kuat rasuah…jd pengerusi felda..
    yg ditangkap seleweng… masih nak jd MP..
    yg dah warga emas… masih mahu jawatan, kuasa, gaji yang tinggi… kalau berenti tak dapat kekalkan kekayaan.. anak cucu cicit pun tak dapat kemewahan..
    katanya mahu menjaga memperkasakan ekonomi melayu..
    tetapi yang dapatnya orang yg sama… al bukhari & co., si pulan bin pulan..
    orang lain tak bole jadi billionaire..
    yg marhain cuma dapat 10K – 100K utk start biz… sampai bila2 yg marhain di situ sahaja..

    hari2 surat khabar cerita psl melayu..
    yg eksiden… yg ditangkap.. yg dirogol.. yg di pukul.. yg di aniaya… yg tinggal di dlm gua, bwh jambatan..

    psl bkn melayu..
    yg kaya.. yg mewah.. yg dpt project, dr kerajaan atau glc… yg ada saham mewah.. yg jd ceo, director… yg bagus2… yg rumah besar2..

    gst konon nya nak tolong kewangan negara…
    semua org kene tolong negara… tp yg melayu gajinya di bawah income per capita..
    di atas income per capita nya org bukan melayu… tp bayarannya sama dgn melayu..

    makanan ruji… anak2… semua akan terasa beban… terutama melayu…
    yg tidak terasa.. harap2 lhdn pakai guna regime cukai utk org kaya2 yg gaji lebih dari income per capita..

    sejarah telah tunjuk..
    bila jebat bangkit… musnah kerajaan melaka walaupun jebat tumbang
    bila spartacus bangkit… musnah kerajaan roman walaupun spartacus tumbang..

    pikir2 lah..

  64. Saya menyokong penuh pendirian Tun. Memang benar dalam UMNO perlu generasi muda terajui dan bukannya “golongan senja” seperti tidak kenal erti “penghujung nyawa”. Saya amati sekarang di dalam UMNO perjuangannya bukanlah demi anak bangsa dan negara tetapi demi kepentingan tertentu. Pada zaman Tun dahulu banyak manfaat yang rakyat dapat tetapi sejak peralihan kuasa dari Tun M ke Tun A bagaikan retak menanti belah. Hancur belaka, kestabilan ekonomi entah kemana hala. Ditambah pula zaman DS N lagi tak apa akan jadi lepas ini. Kalaulah ada lagi pemimpim macam Tun M Malaysia akan berdiri dengan bangga..

  65. Assallammualaikum Tun..
    Mohon ruangan..

    [If UMNO and its long overdue (old) and irreverent people still hanging around then there is no chance for Malaysia to grow]

    Thank you Mr Balance..I was wrong about you..Apologies..
    UMNO like Jebat must die!..
    One due to it’s fate, the other simply it hasten the process of dying..
    Life is all about cycle..We are here in this world to complete those cycle.
    UMNO must die so PEKEMBAR can rise from the ashes like the phoenix..
    Dr Fuad Gargashi is one of the ‘Dinosaur’..maybe he is not of the age but his mind proved otherwise..Instead of thanking Tun for pointing the obvious, he echoed all the ‘Dinosaurian’ that they are all the bold that will enherit the world still ages to come..:)

    Life is about contention too..If we live in contention most of the time, there will be no room for peace and prosperity..

    So..Agree more and dispute less about PEKEMBAR!..

    Terima kasih Tun.

  66. dear Tun,

    – semasa saya membaca artikel ini dalam Utusan Malaysia, saya bertanya, serius ka UMNO untuk membuat perubahan satelah mendapat mandat yang kuat daripada orang Melayu / Bumiputra terutama daripada ‘ generasi Y ‘.
    – nampaknya sama saja terutama di peringkat MT dan NP. muka-muka lama ‘ orang tua ‘ masih juga menawar diri tanpa berasa malu……tapi orang politik mana ada malu… muka tebal macam kulit kerbau ( kata orang kedah ).
    – calon-calon diperingkat MT, kombinasi tua dan juga muda adalah baik.boleh dikatakan kesemua MB dan KM daripada UMNO adalah muda-muda belaka. mereka patut bertanding dan menang, kemenangan akan menunjukan sokongan ahli UMNO terhadap mereka, sebagai Pegawai Perhubungan Negeri dan ‘taiko’ di negeri masing-masing.ini juga harapan orang Melayu / Bumiputra kerana mereka yang begitu rapat dengan ahli akar umbi dan penyokong UMNO.
    – Ahli-ahli yang lama dan tua yang telah berkhidmat semasa era Tun Dr M dan Pak Lah boleh
    berundur dengan hormat.
    – Calon-calon daripada Pemuda, pilihlah mereka yang berjasa pada parti dan orang Melayu,yang berani mempertahan hak melayu, agama dan Raja-Raja Melayu. tidak guna pilih calon yang terang-terang membawa konsep 1M dalam perjuangan UMNO.
    – bagi 3 naib president, calon terbaik adalah Dato Zahid Hamidi, ‘ He turns the KDN around ‘ orang ramai mula ada konfiden terhadap kerajaan UMNO/BN. orang melayu berasa bangga kerana masih ada menteri melayu yang berahi mempertahan Hak melayu dan Raja-raja melayu.
    – dato safie afdal – mewakili penyokong UMNO/BN di Sabah dan Sarawak yang telah menunjukan sokongan padu pada PRU 13 yang lalu.UMNO perlu sokongan orang di sana.
    – dato hishamuddin – ‘ fail miserably in KDN & wl continue to so ‘, cari penganti.Kumpulan MB dan KM perlu ada cartel supaya seorang daripada mereka adalah NP.
    – calon yang 2 lagi – lupakan saja. lebih baik tumpu dan tunjuk prestasi GLC yang di terajui.
    – ketua Pemuda – legacynya begitu menakutkan ketika era bapa mertuanya. perlu ada calon alternatif.
    – inilah harapan orang melayu macam saya.

  67. Salam Tun,

    Izinkan saya menjawab Saudara Azlan95 petikan seperti berikut,

    [azlan
    95September 18, 2013 at 1:51 PM | Permalink
    Siapakah yang mengamalkan politik wang dalam UMNO? Nama-nama mereka?

    Azlan
    KL]

    Saudara Azlan,
    Kalau tidak salah saya calon Naib Presiden yang mendapat undi terbanyak, Tan Sri Isa, Tan Sri Ali Rostam and Khairy Jamaluddin didapati bersalah mengamalkan politik wang. Yang kena hukumnya Tan Sri Isa. Saya cuma baca laporan surat khabar pada pemilihan UMNO yang dulu. Politik wang, rasuah, korupsi, makan suap sama sahaja.

    amin tan

  68. Tun,

    Sebagai anak melayu, saya sebak dan bersemangat membaca entri kali ini. Sedih bila lihat perjuangan UMNO yang sudah tidak jujur dengan hala tuju UMNO itu sendiri. Rata-rata kalau di tanya anak-anak muda sekarang, kenapa tak join UMNO? diorang akan kata ” tak nak lah itu semua persatuan orang TUA.. So, wujudlah PUTERI dan PUTERA UMNO untuk membantu dan membakar semangat anak muda untuk berjuang demi bangsa dan Negara..Tapi..ada juga yang orang-orang di kalangan UMNO sendiri, memperlekeh perjuangan anak muda ini.. so..demi BANGSA MELAYU.. Buka lah mata hati memasing untuk beri laluan untuk anak muda menerajui UMNO dengan cara dan semangat baru.. Janganlah bertelagah rebutkan jawatan sehingga hilang kepercayaan anak muda terhadap perjuangan untuk memperkasakan Orang-orang Melayu .. Kalaulah boleh wujudkan MENTOR dalam UMNO itu lebih baik. Orang lama dan Baru bersama-sama menerajui UMNO demi Bangsa Melayu. Dengan harapan.. UMNO akan terus masuk dalam hati “ORANG MELAYU”..

    1 scenario
    Lagu yang tidak sedap di dengar berkumandang di radio

    Hari pertama – ke sepuloh mendengar -orang selalu kata ” Tak sedap.. lagu macam ni pun boleh kasi orang dengar..”

    Hari ke 11- 30 mendengar di radio. ” Sedap gak la.. biler dah dengar tiap2 hari.. macam feel jer..”

    Begitu juga UMNO dan perjuangannya.. kalau tiap2 hari di sogok ke minda anak2 muda Melayu.. tentang perjuangan memperkasakan melayu.. semangat CINTAKAN UMNO akan SETIA di hati KAMI ANAK MUDA..

    – TUN, kuatkan semangat kerana BANGSA MELAYU, KAMI MASIH perlukan USAHA dan bimbingan serta teguran TUN untuk anak Bangsa Melayu..

  69. Tun,

    Your awakening advice is so touching and i believe it is coming from your heart. You are still that motivated as in your younger days. If UMNO and its long overdue (old) and irreverent people still hanging around then there is no chance for Malaysia to grow. These irreverent people only know how to eat the cake and dont know how to make the cake bigger. i use the word “irreverent” because Malaysians are smarter then they think. All they say or shouting is to protect the Malays without thinking how can you protect anyone if yourself is weak and no energy (because eat small piece of cake). The new Bumpitura empowerment plan sound so good but where is the money coming from? If it come from right pocket and going to left pocket then should not be called a plan? Is it just a gimmick or is it going to be robin hood? Will EPF suffer?
    For the plan to work there must be inflow from outside the right and left pocket. Where is the plan to trap the inflow or create new inflow pipe? Sell more sand to Singapore or dig and suck more petroleum fluid? What? I am not a economist but if money flowing from left pocket to right pocket then it cannot be called “growth” maybe should be called “other thing”

    Tun, you are still the best

    have a good day

Comments are closed.