1. Ada orang yang dakwa bahawa yang memecah-belah orang Melayu ialah saya.
2. Memang benar saya keluar dari UMNO kerana UMNO sudah menyeleweng – berjuang untuk wang dan bukan untuk bangsa, negara dan agama.
3. Saya keluar dari UMNO untuk tubuh parti Melayu supaya mereka yang kecewa dengan UMNO dibawah Najib kepada parti Bersatu yang ditubuh.
4. Ini akan mengekal orang Melayu dalam satu parti yang mengganti UMNO.
5. Tetapi ramai orang UMNO pilih untuk kekal dalam UMNO.
6. Ramai yang tuduh saya memecah-belah orang Melayu.
7. Apabila UMNO tukar haluan dan berjuang untuk memperkayai diri saya tidak lagi dapat bersama UMNO.
8. Saya keluar untuk tubuh parti ganti UMNO.
9. Tetapi ramai ahli UMNO pilih untuk terus dengan UMNO.
10. Jadi Parti Bersatu tidak dapat ganti UMNO sebagai parti Melayu yang perjuangkan bangsa, negara dan agama. Dalam PRU 14 Parti Bersatu cuma menang 13 kerusi.
11. Maka berlakulah perpecahan dikalangan orang Melayu kerana sokongan kepada UMNO diteruskan.
12. Ya. Ini bermakna perpecahan dikalangan orang Melayu.
13. Ramai yang terus berada dalam UMNO tidak ambil kira perubahan perjuangan UMNO. Dari parti Kebangsaan UMNO sudah jadi parti untuk mendapat kekayaan.
14. Ramai juga yang keluar dari UMNO tetapi mereka tidak menyertai Bersatu.
15. Maka berpecahlah orang Melayu. Jika majoriti mereka sertai Bersatu maka perpecahan dikalangan orang Melayu tidak akan berlaku.
16. Jika Bersatu tidak ditubuh perpecahan akan berlaku juga kerana terdapat beberapa parti lain ditubuh. Dengan menyertai parti-parti lain ini orang Melayu terus berpecah.
17. UMNO menang lawan British dahulu bukan kerana namanya UMNO.
18. Kemenangan orang Melayu dahulu kerana mereka bersatu dalam UMNO.
19. Jika pada masa itu banyak parti ditubuh maka orang Melayu akan berpecah. Mereka tidak mungkin kalahkan British.
20. Hari ini pun bukan parti UMNO yang memberi kekuatan kepada orang Melayu. Yang memberi kekuatan ialah perpaduan.
21. Sebab itu Payung Besar ditubuh supaya semua orang Melayu berada dalam satu organisasi. Dan mereka mungkin menang PRU.
