MENGHALAL YANG HARAM

1. Bolehkah duit yang didapati secara haram diguna untuk membiayai ibadah tertentu?

2. Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah. Tetapi jika kita tahu makanan yang dihidang itu haram, kita makan juga, maka perbuatan kita itu salah disisi agama.

3. Demikian juga apabila kita tahu duit itu dicuri, tetapi kita terima duit itu untuk apa juga tujuan, maka perbuatan itu tentulah salah. Jika salah untuk perbuatan lain, tentulah salah juga untuk membiayai ibadat.

4. Hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh Kerajaan. Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran. Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri.

5. Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil.

6. Walaupun kita Bismillah, daging yang haram masih haram dimakan. Perbuatan yang dilarang, yang diharamkan tidak jadi halal kerana kita mula dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Yang Maha Penyayang. Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak. Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain. Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji.

7. Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar Mufti, maka yang haram itu menjadi halal.

8. Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.

9. Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya.

74 thoughts on “MENGHALAL YANG HARAM”

  1. nejib kata…

    MAHATHIR JAGUH U-TURN..

    WHATTTT??!!

    1.Memula MENGAKU tak ambik duit 2.6 billion LEPAS TU NEJIB U-TURN kata PAK ARAB BAGI NAK LAWAN IS

    2.Nejib U-TURN lagi kata DERMA

    3.Nejib U-TURN lagi kata DAH BAGI BALIK PADA PAK ARAB

    NEJIB JUARA U-TURN MANNN

    Apa yang tun dr m kata semasa perasmian PPBM dimanipulasi!!

    tun dr m kata..

    ‘kalau lah BRIM atau apa saja nama bantuan rakyat hendaklah diberi melalui agensi kerajaan melalui undang-undang statuotori, bukan kepada parti politik tertentu’ BRIM boleh tukar nama kepada Bantuan Kerajaan (BK),Bantuan kewangan kerajaan (BKM) ATAU Bantuan rakyat termiskin (BKT).
    JIKA MEREKA BERI KEPADA PARTI POLITIK TERTENTU, INI MELANGGAR TATACARA KEWANGAN KERAJAAN.

    MAKSUD TUN DR M CARA PEMBERIAN YANG TELUS BUKANNYA BAGI PADA PARTI POLITIK UNTUK DIAGIHKAN

    NEJIB THE U-TURN MAN…

  2. Assalamualaikum,

    Tun ada menyebut tentang BR1M sbg bentuk rasuah kepada rakyat. Sekarang Tun menyebut haram menerima Haji tajaan 1MDB. Ulama2, Mufti2 kerajaan mengatakan halal/harus pada golongan susah/miskin. Sekarang semuanya, termasuklah bbrp individu disini yg agak goyah bila ada unsur harus menerima pemberian tajaan itu.

    Balik pada isu pertama yg iaitu, BR1M adalah rasuah. Bila kita sibuk halal haram sumber 1MDB, adakah kita disini sedar yg tajaan haji 1MDB juga adalah bentuk rasuah? Boleh para mufti atau Noh Gadot sendiri jelaskan tak hukum RIBA (rasuah) pada golongan miskin?

    “Dari Jabir ra berkata, bahwa Rasulullah saw melaknat orang yang MEMAKAN RIBA, orang yang MEMBERIkannya, penulisnya dan dua saksinya, dan beliau berkata, MEREKA SEMUA ADALAH SAMA.” – HR. Muslim

    “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” – Al Baqarah 275

    Wallahualam.

    Berkenaan isu royalty ni, maaflah mereka sudah tidak relevan lg. Teruskan perjuangan Tun, InsyaAllah kita dipihak yg benar. Tahniah juga atas pelancaran PPBM. Jazakallau khaira.

  3. Baguslah kerana DrM telah sedar bahawa BR1M bukanlah satu bentuk rasuah dan wang haram seperti yg beliau uar-uarkan sebelum ini.

    Saya harap DrM akan kaji semula kefahaman beliau tentang GST dan keluarkan pendapat yg lebih positif ke arah kestabilan ekonomi negara.

    Tiada salah bagi DrM buat M-Turn, asalkan ianya utk manfaat rakyat semua.

    Budaya politik mengejek, hate politics dan social outrage perlu dihentikan segera.

    Ianya adalah sikap jahat dan subversif RBA yg malangnya DrM telah terikut-ikut dlm kempen beliau utk jatuhkan Najib.

    DrM seharusnya perlu sedar terlebih awal lagi, bahawa perkataan ‘dedak’ bukan untuk
    digunakan ke atas rakyat (manusia), sekalipun bila mereka berbeda pandangan politik.

    Tapi, tak apalah. Janji DrM sekarang dah sedar dari kesilapan. Pihak kerajaan perlu sambut baik kenyataan DrM berhubung kaedah sumbangan BR1M dan mengambil sikap positif terhadap teguran DrM.

  4. Assalamualaikum Tun,

    Tun, orang yang ada kepentingan perniagaan dengan tanah besar China sudah tentu tak suka ‘pelaburan’ mereka dipersoalkan, diungkit, dibahas…senang cakap “lay your hands off my territory”. Inilah mentaliti orang Melayu yang berkerabat, berwang, berpangkat, berkedudukan…orang Melayu biasa low-class dok saja bawah tempurung, apa orang besaq2 cakap angguk-angguk2 saja. Jika ada berani nak bangkang, nak bahas, nak luah perasaan siap sedia untuk dikutuk, ditangkap, dilokapkan.

    Mereka ni dah meluat pasang telinga dengar ratapan Melayu biasa seperti kami yang low-class, seperti seorang pejuang Melayu tulin berumur 91 tahun bernama Tun Dr Mahathir Mohamad. Mereka tak peduli tanah dijual, langit dijual, tanah tambak dijual, batu pulau bernilai tengah laut dijual, air di darat di laut dijual. Mereka tak peduli orang asing datang berduyung2 bawa bersama budaya masing2 menjajah pemikiran simplicity orang Melayu. Orang Melayu yang akan menerima kejutan budaya terbaru terhebat selepas kejutan budaya barat. Apakah budaya terhebat itu…business people should know better, is it pleasure after business? Kalau orang Melayu dah tak peduli, dok diam, bisu dan buta maybe someday they will legalize the old trade?

    Orang yang lahir dengan segala kemewahan dan berilmu terlebih tinggi sikit bersikap sangat tidak adil dan suka bermegah2, cakap sombong, amat cenderung menghina pendapat orang Melayu biasa, seolah2 tanah mereka pijak, udara mereka hirup, langit atas kepala mereka adalah dicop dengan mohor teramat mulia. Dimana bumi dipijak, dimana langit dijunjung bukan lagi hak rakyat biasa tetapi mesti bayar hutang ‘tol’ kalau nak masuk atau singgah. There’s no such thing as free entry into one’s territory nowadays. Freedom is so expensive.

    Jangan sesekali siapa2 berani nak menyentuh atau menyebut mengenai ‘negara’ tanah selatan dan bangsanya. Apa2 pun dan siapa2 pun yang tinggal di situ adalah property mereka. Your vow of loyalty is forever for them and only to them. You are forever stuck with them. Yang mereka pentingkan hanyalah pembangunan fizikal pada tanah, pada langit, pada tambak laut. Tapi pembangunan fizikal ini adakah seimbang dengan pembanguan sosial dan kerohanian? Bagaimana nak kawal pembangunan penduduk setempat supaya beriringan dan seimbang dengan pembanguan dan kemasukan penduduk asing? Adakah penduduk setempat dah diberi keutamaan dan penyediaan seadil-adilnya? Jika ya jadi kita tak akan dengar apa2 rungutan lagi masa kini dan masa akan datang, kan gitu Tun.

    Tun telah memberi sedikit gambaran, pendapat dan nasihat sebagai seorang yang pernah mentadbir sebuah negara bukan negeri, bukan kerana menyibuk atau nyanyok tetapi kerana Tun sebagai Tun berpandangan jauh dan dapat melihat akan tempias jika terlampau sangat jual dan menjual kerana nak cepat kaya dan maju. Harap kerajaan ‘negara’ tanah selatan be more open minded and accept diversity of ideas, jangan pula anggap idea yang tak selari sebagai menderhaka, kalau tak mahu otak bangsa sendiri jadi stagnant.

    Tun bab brim ni pula geng mamat putar belit dah mula kerja dengan gumbira nak jatuh air muka Tun kononnya Tun dah buat U-turn. Mereka ni samada tak faham bahasa Tun atau tak baca tak concentrate betoi2 intipati ucapan Tun. Tun cakap brim mesti ikut proses perundangan dan bukan hak parti politik. Ada sesiapa yang boleh sekolahkan mereka bagi mereka betoi2 faham?

    Tun, saya tertanya2 1MDB diceritakan dah nak winding-up, no business no money lah. Kilang 1MDB dah tak dapat cop duit jadi dari mana 1MDB bagi duit kepada yayasan TH-PM? 1MDB berfungsi lagi ka? Bukankah semua asset dah dipindah kepada MoF? 1MDB masih dalam siasatan Igp lagi kan, jadi kenapa dia boleh tubuh yayasan dan masih bebas bergerak dari dalam negara ke Mekah? 1MDB dah dirantai oleh DOJ USA, Switzerland, Singapura, Caribbean Island entah berapa negara lagi. 1MDB di Malaysia ni hidup ka, mati ka, separuh mati ka atau separuh hidup ka? Yang sedihnya kerana ketidakcerdikan penasihat2 MOI dan terlampau ingin cepat kaya, 1MDB dah banyak menyusahkan dan mengkorupkan negara Malaysia.

    Semoga Tun dan BERSATU dapat memperbetulkan Malaysia, membersihkan nama baik Malaysia dan meletakkan Malaysia kembali dikedudukan yang termulia di mata dunia. Semoga Allah Berkati segala usaha Tun dan BERSATU. Semoga Allah Lindungi Tun dan keluarga. Semoga Allah beri Tun kesihatan yang baik. Terima Kasih Tun.

  5. Hello budak Karl, pergi main musical chairs laa…
    Kau pandai sangat ke bab2 ugama ni sampai nak tuduh orang lain tak pandai ugama?
    Pergi main layang2 laa bro….

  6. Chief thief Najis and his thievery wife seems with more smile now a days. This shows they continued their family business of looting people money through some other secret channel from govt coffer. It could be from the allocated 1MDB fund for Haj.

  7. Assalamualaikum Tun.

    Alhamdulillah berjaya pergi dan pulang dengan selamat dari Perasmian Pribumi Bersatu.

    Makan makan dan minum minum pun sedap. Tambah pula ada bacaan Al Quran dan selawat ke atas Nabi saw.

    Tapi saya rasa jiwa bacaan dan selawat tersebut tiada. Ia seolah olah untuk bagi hanya kedengaran kuat tanpa memberikan jiwa kepada yang hadir.

    Penataan cahaya Qari tidak cantik dan terang bersih. Bacaan selawat sepatutnya ada vokal latar. Sedangkan koir ada teamnya.

    Saya tidak bermaksud mengkritik untuk memburukkan. Tapi yang pasti ucapan Datuk Muhkriz dan Tun amat menarik perhatian.

    Inti pati kandungan seperti Tun pernah melalui perasaan sedih dan hina melihat penjajahan pada bangsa sendiri mungkin kedengaran bosan pada telinga saya (atau mungkin pada orang lain juga).

    Dan kerana itulah saya lahirkan kritikan tersebut. Kerana iman itu akan hadir bersama ujianNya. Ujian itulah akan melahirkan perasaan sedih, hina dan sebagainya seperti mana yang pernah dilalui oleh nenek moyang kita terdahulu.

    Saya hadir bersama pasangan dan anak saya. Semasa saya melangkah masuk ke pintu masuk stadium, tetiba satu sms telah masuk ke dalam inbox.

    Bermaksud lebih kurang “Mukhriz tu lembik, hanya harap ayah lobi untuk dirinya”.

    Saya tidak tahu dari mana no phone saya tersebut diperolehi dan siapa pengirimnya. Tentulah gambar profil nombor tersebut palsu kalau disimpan sekalipun.

    Bila ditanya ahli ahli bahagian saya, tiada sesiapa pun terima sms dari orang luar.

    Itu jelah yang berlaku kali ni. Terima kasih atas usaha anda. Saya hargai.

    Terima kasih Tun.

  8. Kesimpulannya, DrM bukanlah pakar dlm hukum Islam dan perlu akur kekurangan beliau dlm pemahaman Islam.

    Adalah lebih afdal jika DrM bertemu dan bincang dgn pakar Fiqh terlebih dulu daripada buat tuduhan melulu ibarat menyebar khabar-khabar angin hanya utk timbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

  9. Thief Najis pawn Malaysia now. People could see banners with chinese words hanging over building under construction by china companies.

  10. 142. http://www.thestar.com.my/news/world/2017/01/15/on-sensitive-us-stopover-taiwan-leader-connects-to-twitter/

    143. Who is tsai ying-wen?

    144. Before 2004, she was with the independent party president, mr lee teng-hui.

    145. After 2004, democratic progressive party was formed officially under her that lead to lanslide victory over koumintang, mr ma ying-jiu, in last ge.

    146. What is all the fuss is about mr trump picking her call?

    147. Well, when she decided to spend billions of us dollar in building her military like what mr ma did in the past, obviously, the enterpreneurs and farmers will absorp the cost of such action, and the consequence is, the local taiwan-made products are more costly that would make the global taiwanese industry players not to return to taiwan.

    148. The possibility is that when these local and enterpreneus get mad, they might vote dpp out in next general election, hakikatnya, sama saja.

    149. You think usa presidency will fully support a tinie winnie taiwan over a one china policy?

    150. Jawapannya, usa mesti tak nak support taiwan fully kerana marketnya kecil, tidak berbaloi.

    151. Both china and usa wont make this region a war zone area that would kill the chickens that lay eggs for them.

    152. Moreover, trump presidency is only 4 years.

    153. After 4 years, there will be another president elect.

    154. It would be contiuned by either republican or democrat, itu saja.

    155. Whoever wins out, same trump cards would be played again and again.

    156. Why?

    157. Because you need to do political campaigns to make awareness so that you can influence the voters to vote you.

    158. I am not a member to any political parties, and i hope whoever decided to contest, you can make comparison, but you cannot go to the extend of jailing your enemy.

    159. Why?

    160. For those who rally to jail their enemies signal they are impulsive too bagai leopard can never change its leopard, that is ugly.

  11. Najib perlu

    1. Keluarkan penasihat British atau mana mana penasihat luaran dari PutraJaya

    2. Memberi laluan pada 1MDB ke Mahkamah untuh menghuraikan segala masalah yg mengrangkumi beliau sekeluarga . Menyekat perjalan 1MDB ke Mahkamah membuktikan Najib sekeluarga Berasalah

    3.Henti Sifat Boros akan duit Rakyat . Henti mengambil kesempatan akan tugas di berikan pada beliau untuk beliau juga ahli keluarga beliau

    4. Perlu bersikap tegas akan perundingan dengan negara luar supaya hak Malaysia terjaga
    Bukan tergadai untuk kepentingan Najib

    Dan banyak lagi kerosakan yg perlu Najib memperbaiki

  12. Salam!

    Najib penyamun!

    Najib pembohong!

    Najib billionaire!

    Najib pembelit!

    Najib tak declare income tax!

    Najib lari bayar income tax!

    Bil elektrik rumah Najib RM 6,000++ sehari.

    Najib dan keluarganya hidup mewah mengalahkan Agong.

    Taib Mahmud lepas sebab Sarawak FD BN tapi… Najib tak kan lepas sbb Pahang dan Pekan bukan FD BN!

  13. Salam Tun.

    1. Wakil 401 Bahagian Kepala Batas bertolak agak lewat sedikit 10.30 a.m . Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar tetapi terpaksa berhenti beberapa tempat untuk berkumpul.

    2. Waktu berhenti makan dapat bertemu dengan wakil bahagian lain. Dari maklumat Rimba Emas, bahagian Kulim ada 2 buah bas dlm. perjalanan , dari Padang Serai ada sebuah bas.

    3. Perjalanan akan di teruskan sehingga berhenti di Simpang Pulai untuk menyerah senarai nama-nama yang hadzir ke Majlis Perasmian ini.

    4. Wakil2 yang hadir ini begitu ceria untuk meneruskan perjalanan menunjukkan kerjasama yang tinggi tidak kira tua, muda walau pun mungkin ada rintangan atas urusan sampingan, namun demi perjuangan parti PPBM semua permasaalahan di ketepikan.

    5. Di harap pemimpim atasan mengambil kira keatas usaha yang di jayakan khasnya ahli-ahli bawahan yang membawa seribu perubahan yang di janjikan pimpinan atasan dalam membetul kembali kerajaan yang mentadbir negara kita cintai Malaysia.

    6. Doa kita moga tuhan merestui perjuagan kita ini.

    Wallahua’lam.

  14. Assalamualaikum Tun DM dan sahabat sahabat yang terus menyokong Tun DM,

    pagi ini saya teringat apa yang saya baca 2 atau 3 hari lepas iaitu Syed Kruak mengatakan Tun DM tidak faham keadaan sekarang mengenai hal hal projek dengan Cina, maksud beliau Tun DM tidak faham apa yang dilakukan olih Najib,……

    Saya tergelak sampai nak terkencing dalam seluar sebab bangangnya Syed Kruak ni………….

    Maaf Tun tak ada idea lagi cuma saya bersetuju juga dengan cadangan untuk Tun bertanding tetapi kita cabar Najib keluar dari kawasan nya dan bertanding di Wilayah Persekutuan, satu lawan satu dengan Tun………Najib ada berani kaaaaa

  15. Assalamualaikum Tun,

    I’ve read Datuk Zaid Ibrahim suggested you contest in the next PRU 14. I strongly agree with him. It seems my crazy idea is contagious.

    Should you agree to contest, which area? I have another crazy idea. May I suggest Pekan or where ever Najib is going to stand for election.

    You have nothing to lose. You are already 92 and we the rakyat will forever be indebted to you for the many contributions.

    But Najib have everything to lose. Should he lose in Pekan, he cannot be MP. If he is not MP, he cannot be Prime Minister. Simple as that.

    It is hoped, if Najib is longer PM, a proper investigation can be done on the 1MDB scandal.

  16. You are what you look at. DrM focus on haram.

    To simplify, if you look at haram you will find and get haram. And if you look extra hard for haram, ISIS would best serve DrM’s radicalism and methods.

    From racism to facism. All is possible in the politics of ibadat.

  17. Salam Jumaat, slamat pagi..
    Slamat ibadat, apa d cari..?
    Ibadat berkat sapa kemudi..?
    Hukum, syarat sapa mngerti..?

    #HaramMengHaram #HalalMengHalal
    Kadang yg haram, dibilang ‘no hal’
    !…$$?¿💰¿?$$…!
    ..hurmmm..

    ************************
    Lepas jumaat? hari brganti…..,
    Semoga berkat,
    :esok…….ke Malawati..!

    #stadiumSabtu

    DiJemput mengundang, SaudaraSaudari,
    disapa yg datang.! tak mngira ahli.!
    Mulanya petang, malamnya resmi,

    #partiPribumi

    ***
    :insyaAllah datang, tapi tak janji,

    “Asalamualaikum”
    tuanPengerusi…🌺

  18. 136. When the plastic begs is so concrete dan tahan lazak, dont you think recycle is possible to use it as substitutes for land and road fill at the pillar level?

    137. Look at the billboard of air asia of a brown man with amputated legs and arms, seolah2 dia ini lost his arm and leg due to war kat sulu?

    138. That is copycat, or we term it as pak turut.

    139. Warong atau kedai sama saja, iaitu buatan rakyat malaysia.

    140. But lychee is lychee, just like kiwi is kiwi, durian is durian, straberry is strawberry, berries is berriers.

    141. You want to make comparison, karl, use langsat atau rambutan, that would show you did your homework i mean, research correctly, karl.

  19. 131. http://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2017/01/13/why-volvo-is-putting-people-not-products-on-its-podium-in-detroit/

    132. Why you join politics in the first place?

    133. Politics too just like automobile technologies, that is the laws are made for the people, not your party members.

    134. Halal here and haram there, by the end of the day, when voters no longer feel the law is made to protect them, of course, they will vote opposition parties.

    135. May i ask, when these people no longer here, who will continue your legacy of malaysia boleh, cemerlang, gemilang dan terbilang and 1 malaysia?

  20. Assalamualaikum Tun.

    InsyaAllah rimba emas, saya pun akan hadir.

    Saya bukan jenis suka menonjolkan diri. Hidup seharian pun biasa biasa sahaja.

    Tapi bila saya hadir, kehadiran saya terasa seperti dapat dihidu sampai terpampang wajah di layar besar walau kehadiran saya tidak dimaklumkan pada Tun. (jangan main main dengan Tun)

    Dulu tak biasa, terpaksa buat muka serius, mungkin kalau berlaku lagi kali ni saya nak wat ‘peace’ cam Tun pulak ✌️

    Bukan mudah nak tunjuk muka sentiasa senyum macam Tun. Itu pun dikira anugerah.

    Terima kasih Tun.

  21. Assalamuaalaikum…

    In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

    5. Whoever should hope for the meeting with Allah – indeed, the term decreed by Allah is coming. And He is the Hearing, the Knowing.

    6. And whoever strives only strives for [the benefit of] himself. Indeed, Allah is free from need of the worlds.

    7. And those who believe and do righteous deeds – We will surely remove from them their misdeeds and will surely reward them according to the best of what they used to do.

    8. And We have enjoined upon man goodness to parents. But if they endeavor to make you associate with Me that of which you have no knowledge, do not obey them. To Me is your return, and I will inform you about what you used to do.

    9. And those who believe and do righteous deeds – We will surely admit them among the righteous [into Paradise].

    10. And of the people are some who say, “We believe in Allah,” but when one [of them] is harmed for [the cause of] Allah, they consider the trial of the people as [if it were] the punishment of Allah. But if victory comes from your Lord, they say, “Indeed, We were with you.” Is not Allah most knowing of what is within the breasts of all creatures?

    11. And Allah will surely make evident those who believe, and He will surely make evident the hypocrites.

    12. And those who disbelieve say to those who believe, “Follow our way, and we will carry your sins.” But they will not carry anything of their sins. Indeed, they are liars.

    13. But they will surely carry their [own] burdens and [other] burdens along with their burdens, and they will surely be questioned on the Day of Resurrection about what they used to invent.

    14. And We certainly sent Noah to his people, and he remained among them a thousand years minus fifty years, and the flood seized them while they were wrongdoers.

    15. But We saved him and the companions of the ship, and We made it a sign for the worlds.

    16. And [We sent] Abraham, when he said to his people, “Worship Allah and fear Him. That is best for you, if you should know.

    17. You only worship, besides Allah, idols, and you produce a falsehood. Indeed, those you worship besides Allah do not possess for you [the power of] provision. So seek from Allah provision and worship Him and be grateful to Him. To Him you will be returned.”

    The Spider (29:5-17)

    96. Indeed, those who have believed and done righteous deeds – the Most Merciful will appoint for them affection.

    Marium (19:96)

    Jazakumullahu khairan…
    “May Allāh reward you [with] goodness…”

  22. Attorney general warning corrupt legal officers…lol…
    Is he not aware that his boss is a big time thief and his corrupted family who looted billions from people pocket… 🙂

  23. Assalamualaikum.

    Terfikir juga saya topik ini “menghalalkan yang haram”. Haramnya sumber kewangannya.

    Sumber wang tajaan ke tanah suci datangnya dari 1MDB.

    Di sini kita terfikir untung kah 1MDB?
    Dari mana datangnya keuntungan 1MDB, sehinggakan mampu menaja kumpulan tertentu menunaikan haji?

    Kalau kita selidik hingga ke puncanya, wang tersebut datangnya dari rakyat. Adakah semua rakyat menghalalkan wang yang dimanipulasi oleh kerajaan ( pemimpin ) kemudian disalurkan kepada kumpulan tertentu mengerjakan haji?

    Bila disebut duit kerajaan, kerajaan adalah semua rakyat, bermaksud mereka yang ditaja mengerjakan haji ada sebahagiannya duit saya (sebagai rakyat), dan semua dalam kalangan kita yang tidak menghalalkan wang kita digunakan perkara yang dikatakan “haram” yang dilakukan oleh 1MDB dan dihalalkan “mufti” Najib.

    Saya faham maksud Tun dalam hal ini, jika kita sebagai seorang Islam tahu datangnya duit pergi ke haji adalah “wang sumpahan rakyat”, maka nasihat saya eloklah kumpuln yang ditaja menunaikan haji daripada 1MDB wajarlah ditolak.

    Wassalam Tun.

  24. Assalamualaikum.

    Terfikir juga saya topik ini “menghalalkan yang haram”. Haramnya sumber kewangannya.

    Sumber wang tajaan ke tanah suci datangnya dari 1MDB.

    Di sini kita terfikir untung kah 1MDB?
    Dari mana datangnya keuntungan 1MDB, sehinggakan mampu menaja kumpulan tertentu menunaikan haji?

    Kalau kita selidik hingga ke puncanya, wang tersebut datangnya dari rakyat. Adakah semua rakyat menghalalkan wang yang dimanipulasi oleh kerajaan ( pemimpin ) kemudian disalurkan kepada kumpulan tertentu mengerjakan haji?

    Bila disebut duit kerajaan, kerajaan adalah semua rakyat, bermaksud mereka yang ditaja mengerjakan haji ada sebahagiannya duit saya (sebagai rakyat), dan semua dalam kalangan kita yang tidak menghalalkan wang kita digunakan perkara yang dikatakan “haram” yang dilakukan oleh 1MDB dan dihalalkan “mufti” Najib.

    Saya faham maksud Tun dalam hal ini, jika kita sebagai seorang Islam tahu datangnya duit pergi ke haji adalah “wang sumpahan rakyat”, maka nasihat saya eloklah kumpuln yang ditaja menunaikan haji daripada 1MDB wajarlah ditolak.

    Wassalam.

  25. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Tajaan HAJI 1MDB bukan terhad kepada penyokong UMNO/BN sahaja (sama seperti BR1M).

    2. Dulu, pemimpin2/ahli2 UMNO dikafirkan oleh pemimpin2/penyokong2 PAS. Tapi sekarang di bawah rejim PM Kleptokrat yang sudah terkenal se-entero dunia dengan pelbagai skandal 1MDB yang menghadapi pertuduhan2 PENGUBAHAN WANG HARAM, mereka (PAS) sanggup pula bersekongkol dengan penyangak2 rejim Najib.

    3. Kasihan saya lihat gelagat pemimpin2 & penyokong2 PAS yang diketahui umum ada prinsip di mana jika Kerajaan bagi duit, ambil saja. Tapi bila masa pilihanraya, kononnya wajib undi PAS (konon untuk ‘jaminan masuk syurga…’).

    4. Saya percaya, ramai juga di kalangan mereka (PAS / Pembangkang) yang ‘menerima’ tajaan HAJI 1MDB, dan oleh itu mestilah cuba sedaya-upaya mempertahan ‘KEHALALAN’ wang ‘derma/sedekah’ 1MDB. Alahai…

    /// Petikan: http://www.sinarharian.com.my/politik/sukar-kerjasama-sebab-tun-m-1.609127

    Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Mahathir.

    “Mahathir dahulu lagi merasakan dia sentiasa betul, banyak ilmu dan setaraf ulama. Tindakannya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ulama termasuk mufti menunjukkan sikapnya tidak pernah berubah,” katanya kepada media.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Kredit Karbon dalam hutan simpan kekal antara kerajaan negeri dengan Syarikat Climate Protector Sdn Bhd di sini, semalam.

    Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang menolak pandangan pelbagai pihak termasuk mufti yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.
    ///

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  26. Salam dengan izin Tun.

    Untuk perhatian komentar chedet yang menjadi ahli PPBM.

    Rimba Emas akan hadzir ke majlis PERASMIAN PPBM pada 14 Jan 2017.

    Kedatangan Rimba Emas mewakili AJK Kepala Batas menumpang bas perwakilan Permatang Pauh secara rombongan.

    Doakan perjalanan kami selamat sampai pergi balik pada hari yang sama.

    Sekian buat rakan2 komentar chedet.

    Wallahua’lam.

  27. It always been an individual pursue of accusing , making noise of the doubts of 1MDB
    1MDB has to go through Court process to understand it well
    IT MUST BE TAKEN UP BY A TEAM , A BODY TO PURSUE JUSTICE

    Najib Chicken out with the help of AG Apandi obstructing Justice
    Today Malaysia are facing Person who represent the Law obstructing The Law
    A very significant signs Malaysia will Dooms

    What we need now
    Is to push AG Apandi away , tied Najib arms
    So No one can obstruct Justice
    Obstructing Justice is a very serious Crimes
    Placing Najib interest as OSA for 1MDB are not relevant
    Malaysia have the right to know
    Siapa dia Dalang Puaka yg sudah mengugat dan bakal menhancurkan Malaysia ?
    To save Malaysia these Dalang needs to expose

    We don,t need OSA .OSA is not relevant nor should be use to protect Najib
    We sees it as an obstruction to Justice
    Ag Apandi is obstructing Justice

    Its a Challenge of Malaysia Judiciary System , A Challenge to Sultan Constituency
    The Right of the People has been Ignored
    These will be Hazardous and very Unhealthy

  28. Apasal lah orang Melayu ni buta dan bengong sangat sampai tak reti nak bezakan apa yg sudah jelas haram dan halal? Inilah akibatnya bila otak masih berfikiran feudal.

  29. Chief thief Najis lost his henchman in Sarawak and now that he has to massage new balls to guarantee his hold on Sarawak.

  30. Salam Tun.

    1. Bila Tun mempersoal PANGKAT TIDAK DAPAT MEMBETUL PENDAPAT YANG SALAH DAN PENCURI BERPANGKAT TETAP SEORANG PENCURI. Rimba Emas mula sangsi apakah jenis Mufti ini ?

    2. Adakah Mufti ini benar-benar seorang bebas dari terikat pada manusia atau makhluk (semata-mata kerana Allah s.w.t) di bumi ini ?

    3. Sedangkan soal pekerjaan haji ini berlaku berbagai pegangan yang berlainan pendapat antara satu mazhab dengan mazhab yang lain.

    4. Bila berlaku begini kita di tuntut kembali kepada Al-Quran dan Rasullulah s.a.w (akhlak al-quran) menjadi rujukan.

    5. Walau pun Allah s.w.t penentu samaada haji di terima (haji mabrur) atau tidak. NAMUN PENJELASAN RASULLULAH S.A.W ( MAKSUM LAGI BENAR ) JALAN MENDAPAT HAJI MABRUR MENJADI SATU KEBENARAN UNTUK DI IKUTI.

    6. Sesungguhnya persoalan bab haji ini memerlukan kupasan yang amat panjang lebar tidak mungkin Rimba Emas dapat huraikan dalam komen Tun ,namun di beri secara ringkas dan tuan2 dapat maklumat lanjutan dari sumber2 yang boleh di percayai.

    7. Salah satu jalan mendapat haji mabrur oleh Rasullulah s.a.w adalah sama dengan pendapat Tun iaitu harta atau perbelanjaan yang halal.

    8. Pertamanya ialah NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T.

    9. Keduanya sumber yang halal. Tegas Rasullulah s.a.w, “Jika seseorang pergi menunaikan haji dari biaya halal kemudian diucapkan, “Ya Allah (s.w.t) ini aku datang memenuhi tuntutan mu, Penyeru dari langit kata, ” Allah s.w.t menyambut & menerima kedatangan mu & semoga kamu berbahagia, perbelanjaan mu halal, pengankutan mu halal, maka haji mu mabrur, tidak di campuri dosa.

    10. Sementara harta haram kita ucap,” Ya Allah(s.w.t) ini aku….,” Penyeru kata tidak di terima kunjungan mu & engkau tidak berbahagia, bekalan mu haram, perbelanjaan mu haram, maka haji mu ma’zur (mendatangkan dosa) tidak di terima. Hadis Riwayat Tabrani.

    11. Ketiga, hendaklah kamu ambil manasik (kedudukan org sufi disisi Allah s.w.t) mu dari aku (manasik haji Rasullulah s.a.w). Hadis Riwayat Muslim.

    12. Haji yang mampu perbaiki akhlak & tingkah laku sesudah kembali dari tanah suci.

    13. Yang baik itu dari Allah s.w.t yang jahat itu dari kita.

    Wallahua’lam.

  31. Salam,

    Tun salah dalam menghukum jatuh haram ibadah haji yg dibiayai oleh Yayasan 1MDB. 1MDB menyalurkan bantuan kewangannya kpd Yayasan 1MDB sebagai aktiviti CSRnya. Jadi, 1MDB sebagai sebuah syarikat dan entiti yg sah bukanlah tempat menyimpan wang curi.

    Mana boleh menghukum wang dari 1MDB itu wang curi, dan terserah kpd pengurus syarikat tersebut utk menyalurkan wang bantuannya kpd golongan sasaran yg difikir layak.

    Sy fikir Tun telah tersalah fikir.

  32. Daging babi haram di makan olih orang Islam.Kalau rasa nak makan juga suroh mufti Kelantan, Pahang atau Perak sembeleh dulu. Lepas tu tentu jadi halal jadi bolih la kita panggang dan bagi najiboros anak beranak makan.

  33. DrM telah membuat tuduhan yg keras, tapi nampaknya pihak yg tertuduh tak hirau pun, malahan membiarkan DrM berterusan “merepek sendiri-sendiri” kerana anggap DrM sudah hilang pertimbangan minda @ nyanyuk.

    Kecuali, jika DrM membuat laporan polis dgn menyertakan bukti-bukti, invois, resit dll, mungkin tuduhan DrM akan dilayan dgn setimpal.

    Setakat ini, semua yg DrM cerita dianggap hearsay. Macam cerita di kedai kopi.

  34. Assalamualaikum Tun,

    1MDB recently strongly deny they used stolen money to sponsor the Program Khas Haji.

    By all means, sue Tun, don’t just talk, talk and talk.

    Unless a thorough audit is done, and revealed to the rakyat by an independent party, whether 1MDB talk or keep quite, the result remain the same. The people will still not believe 1MDB.

    1MDB has no credibility.

  35. Assalamualaikum all,

    Condolences to Adnan Satem family.

    Such a good leader he was and would be missed especially when he is compared to the state of other current leaders in Malaysia.

    Innalillah wa inna ilaihi rojiun.

    Rest In Peace.

  36. Assalamualaikum Tun,

    Terlebih saya pohon beribu2 ampun dan maaf jika apa yang saya perkatakan ini menimbul kemarahan individu2 tertentu.

    Negara kita Negara Islam, dan di sokong dengan Pelembagaan Malaysia.
    dimana pergi Alim-ulama2 kita, apa pendapat mereka. Perlu di ingat seksa Allah itu amat pedih yang menyebabkan kita bertelingkah sesami sendiri dan berugama Islam pula. Kenapa tidak yang mampu dan berkuasa bersuara, memberi pandangan dan nasehat dari sudut ugama kita Ugama Islam yang menyebabkan berlaku fitnah-memfitnah dikalangan kita yang menyembah Allah yang satu.

    Cuba kita renungkan kembali dibeberapa tahun kebelakangan ini ada beberapa musibah dah menimpa Negara kita.

    a) Dua kapalterbang MAS jatuh,
    b) Air Asia jatuh di Indonesia,
    c) Helicopter Jatuh,
    d) Banjir terbesar,
    e) Gempa bumi diSabah (Gunung Kinablu),
    f) Tanah runtuh,
    g) Ekonomi Negara yang merundong. Memanglah jelas dipengaruh olih ekonomi
    dunia, tetapi kalau di ukur (rate) atau peratusan jatuhnya dengan Negara2
    lain terutamanya Negara2 Jiran kita saperti Singapura, Thailand, Brunei
    Indonesia dan sebagainya tidak lah terlalu ada perbedzaannya yang ketara
    kalau semuanya jatuh serentak berbanding dengan mata wang US.

    OLIH ITU RENUNG2KAN LAH. TIAP2 MUSIBAH ADA HIKIMAHNYA.
    CARILAH KENENARANNYA. INSYAALAH AKAN DAPAT PERTUNUK. AAMIIN.

  37. Salam!

    1mdb beli power plant genting pada harga yang jauh lebih tinggi dari harga patut.

    Genting kemudiannya bagi kickback kepada 1mdb kononnya dalam bentuk derma atau sumbangan.

    1mdb kemudiannya gunakan duit ini untuk taja imam, ketua kampung, pengerusi jkkk pergi Haji.

    Tun kata ini Haram. Ustaz UMNO kata ini halal.

    Duit yang genting bagi kepada 1mdb ni halal ke haram? Duit ni duit sumbangan atau duit kickback?

  38. 120. I agree with never say never, but are you sure you can cope with the stress level when you are so desperate too to in showing your mighty power too?

    121. People’s Republic of Chins is one policy is on same page as on what the american politicians in the united states are going through.

    122. Thats why they called themselves as UNITED STATES of the AMERICA.

    123. Tit for tat, by the of the day, some made it through, some didnt made it through.

    124. When kaya, sama2 kongsi lah.

    125. When rugi, sama2 tanggung lah.

    126. Why?

    127. Malaysia boleh.

    128. Cemerlang, gemilang dan terbilang.

    129. 1 Malaysia.

    130. By the end of the day, our spending power is myr, iaitu, malaysia ringgit.

  39. 113. FAKIR refers to a muslim, or a loosely hindu, religious acertic Who solely live on alms.

    114. Are you a fakir, karl?

    115. FAKIR MISKIN, kenapa?

    116. Have you heard never count chickens before eggs hatch.

    117. Thief yelling others as thief, or pot calling kettle back, when general election is called, voters will vote accordingly.

    118. In terms of exposure, Bn is more experienced at the federal and global levels, but not opposition parties.

    119. But how good opposition in managing the states they won, when general election is called, we will know.

  40. Dear Aktivis Islam,
    Thank you, you are right to reprimand me, I should refrain myself to touch subject beyond my comprehension.
    I respect all religion and now I realize that I am wrong in posting the comment please accept my sincere apology. I promise everyone that from now onward I will not write any comment on religion subject.
    Once again my sincere apology to all and my forever grateful thank to Dear Aktivis Islam for pointing out my mistake.
    Thank you
    Yours truly,
    SS LEE

  41. Assalamualaikum Tun,
    Mr sslee, please refrain yourself to touch subject beyond your comprehension. Halal haram arent that simple and as a non muslim don’t simply quote drmaza blindly. Respect other religion. Tq.

  42. Assalamualaikum Tun.

    Saya ada baca mengenai tulisan Dr MAZA.

    Mungkin panjang sedikit. Tapi jika dibaca sampai habis, kita akan dapati bahawa adalah diharamkan jika nyata nampak bersekongkol dengan maksiat (samada wang curi, judi dll) dengan menerima pemberian tersebut. Ia boleh dikatakan bersama sama mempromosikan kegiatan maksiat tersebut.

    Namun adalah HALAL bagi fakir miskin untuk menerima bantuan kerajaan atau pihak lain yang asalnya HARAM sumbernya.

    Dengan kata lain untuk FAKIR MiSKIN sahaja. Orang yang betul betul miskin. FAKIR. Orang yang perlu dibantu.

    Terima kasih Tun.

  43. Assalamualaikum Tun.

    Saya tertarik dengan taipan Akulamd.

    Setakat pengetahuan saya, jika tak suka pada makanan, kita jangan kutuk rezeki, tapi kita tinggalkan sahaja, jangan makan.

    Jika was was pada hidangan, lebih baik kita jangan makan.

    Itu pada pengetahuan saya. Mungkin sirah Rasulullah saw seperti taipan akulamd yang berkenaan perlu dicopy paste di sini untuk bacaan ramai.

    Terima kasih Tun.

  44. Dear Tun Dr. Mahathir,

    I am afraid I have to disagree with Tun on your view: “MENGHALAL YANG HARAM”.
    Tun is right to stress again and again that 1MDB, the brainchild of MO1 in which MO1 had abused his power and had stolen billions from the 1MDB which is rightfully belong to the country and Rakyat. The stolen money had been used for his and his family luxurious lifestyle and paying bribe to his UMNO supporters, his appointees and his formal critics; not only to silent them but to make them pledge their unwavering loyalty to him and to serve only him. I can only urge all those had pledged their unwavering loyalty to MO1, please look up the Rukun Negara Principles No.2: LOYALTY TO THE KING AND COUNTRY. Please read and re-read it a thousand times if needs to; until it sinks into your head and heart.

    MO1 had tried to MENGHALAL YANG HARAM with donation for building of Mosques and sponsorship of Hajj pilgrims. Tun is right in saying that any fund from the 1MDB is thus “HARAM” at the source as defined in the teaching of Islam. But I differ on whether the person received the aid to perform Hajj is Halal or Haram? I am more in agreement with Dr. Mohd Asri answer to this question? My many thanks to Pak Bersatu for his post;
    http://drmaza.com/home/?p=1238
    Prof Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin had answered this question in a very clear and eloquent way thus even a non-Muslim like me can now understand Muslim’s obligation on “HALAL and HARAM”.
    Of course, except for the MO1; continuous misuse of religion and continuous paying bribes as a mean to achieve his selfish goal and as long as he carry out his earthly obligations in forms rather than substances then all his sins will be forgiven and heaven is ensured ..?

    Dear Tun Dr. Mahathir,
    Tun cannot fight this battle of saving our beloved Malaysia alone. Let all of your supporters, the like-minded people and even your critics, take up this fight together to save our beloved Malaysia before it is too late!

    Tun, please win over more friends rather than antagonizing all those having different view from you. It is our beloved Malaysia that need saving urgently and not scoring points or personal vindication. I believed Tun must have read “How to Win Friends and Influence People” by Dale Carnegie. I sincerely beg Tun to apply its principles at this juncture, as we need all the help we can get to oust this corrupted and sin-full BN government come GE14.

    Dear Tun Dr. Mahathir,
    My apology for it is beyond my knowledge to comment on this subject as a commoner non-Muslim Malaysian without any experience in politic or Islamic teaching at all. I should have accepted Tun’s Words of Wisdom wholeheartedly. Unfortunately I have a burning desire in my heart to see that I leave behind a better Malaysia for my children, grandchildren and great grandchildren to live in, thus prompting me to write this comment.
    Again my thousands apologies

    Yours Truly,
    SS LEE

  45. Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Betul, yang HARAM tetap haram walaupun ada di kalangan MUFTI yang cuba menghalalkannya.

    2. Sumber wang kerja Haji mestilah dari sumber yang sah di YAKINI halal.

    3. Hutang 1MDB memang sahih tidak melalui cara perbankan Islam, dan apa2 perbelanjaan dan transaksi wang pinjaman 1MDB juga tidak didedah dengan terperinci termasuklah wang RM2,600 JUTA dan RM42 JUTA (wang SRCI) yang masuk ke akaun2 peribadi PM Najib @Ah Jib Gor. Laporan audit 1MDB di OSA kan, dan ini BUKTI SAHIH yang ada perkara2 HARAM telah berlaku didalam urusniaga2 dan transaksi2 dalam 1MDB yang mahu ditutup.

    4. Jadi ada KERAGUAN YANG MUNASABAH dalam kehalalan wang tajaan dari 1MDB tersebut; maka eloklah dijauhi terutama jika ianya melibatkan kerja HAJI, sebab memang SAHIH ada unsur2 haram berlaku dalam urusniaga 1MDB (negara lain ada yang sudah hukum pesalah).

    5. Haji cuma WAJIB ke atas yang MAMPU.

    6. Persoalan lain ialah mengenai isu GILIRAN pergi mengerjakan HAJI. Apa hak mereka yang belum sampai giliran dengan sewenang-wenangnya boleh ‘potong queue’ atau ambil giliran orang lain? Mereka yang telah WAJIB (sudah cukup syarat) mengerjakan HAJI masih lagi dibiar menunggu giliran sedangkan golongan yang ditaja oleh 1MDB dengan wang ‘derma’ selamba saja diberi hak untuk mengerjakan HAJI. Istimewa sangatkah golongan yang mendapat sedekah dari 1MDB yaitu sebuah syarikat ‘kabur’ yang diketahui memang bermasaalah dan bergelumang dengan pelbagai skandal salah laku dan penyelewengan di seluruh dunia?

    7. Jika duit yang diambil secara haram digunakan untuk menaja kerja HAJI, hukumnya memang sah HARAM. Ada yang pura2 buat tidak tahu tentang kecurangan dan salah laku dalam 1MDB.

    8. Tidak timbul isu ‘was-was’ dalam hal ini. Ini alasan yang teramat dangkal.

    9. Lagipun wang tersebut wang rakyat, dan rakyat berhak untuk tahu apa berlaku kepada wang RM42,000 JUTA yang dipinjam oleh 1MDB. Namun rakyat DINAFIKAN HAK untuk tahu apa telah berlaku kepada KESEMUA wang 1MDB yang telah lesap. Ini memang jelas HARAM.

    10. Lebih memualkan apabila wang haram cuba di CUCI dengan program penajaan ibadat HAJI – satu bentuk ‘mengubahan wang haram’. Yang terlibat WAJIB didakwa di mahkamah.

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  46. Interesting article, very strategic and diabolical plan. Little benefit for Malaysians, why JB because it is close to Singapore.

  47. As Salam Tun.

    Saya amat menghormati Tun dan akan sentiasa ingat segala jasa2 Tun pada negara.

    walaubagaimana pun ini sekadar teguran dan pendapat peribadi saya sahaja..

    tentang ibadat haji 1MDB.. tanggungjawab kita sebagai umat hanya melaksanakan tuntutan ibadat.. soal penerimaan ibadat itu hanya Allah yang berhak tentukan..

    soal duit 1MDB.. penerima tajaan haji tidak seharusnya dibebankan dengan isu-halal haram duit 1MDB.. adab menerima sumbangan dalam islam ialah jangan terlalu mempersoalkan halal haram apa yang diberi..

    dalam sirah.. ada sahabat nabi mengadu yang mereka merasa was-was pada jamuan yang dihidangkan oleh tuan rumah.. jawab nabi kita cukuplah dengan bacaan bismillah dan berserah pada Allah

    dosa pengubah duit haram akan ditanggung oleh perlakunya sahaja.. tidak berpindah pada penerima duit sumbangan..wallahhualam

  48. As Salam Tun,

    Mengerjakan Haji dengan duit Haram ni tentulah Haram hukum dia.

    Berdosa bagi sesiapa yang mengetahui bahawa 1MDB itu melaburkan wang Rakyat Malaysia secara salah dan membiayai jemaah haji dengan wang hasil berhutang dengan Bank Bank. 1MDB tidak untung malahan rugi dan berhutang melebihi 50 billion.

    Untuk menutup kelemahan pentadbiran urusan 1MDB, maka di taja jemaah Haji yang kebanyakan pemegang jawatan dalam JKKK dan lain lain ajensi yg menyokong Kerajaan sebagai penutupan tuduhan bahawa 1MDB itu rugi dan sedang berhutang besar.

    Perlu diingatkan bahawa seorang Pencuri ini akan ingin kekal berkuasa dan akan melakukan apa sahaja termasuk menipu besr di dalam pilihanraya.

    Rakyat perlu dicelikkan bahawa yang memimpin mereka kini adalah Pencuri dan gerombolannya.

    Wallahualam.

    Terima kasih Tun. Take care.

  49. Najib mempunyai formula yg tepat bagi beliau menetap di kerusi sebagai PM
    untuk PRU yg akan datang
    Beliau sedang memgumpul wang menggunakan jawatan beliau untuk jawatan beliau seterusnya

    Memang kelemahan orang melayu bila di tampar denga sedikit habuan mereka
    akan rasa terhutang budi ,hingga kadang bergadai body ,akan rasa berterima kasih akan pemberian tersebut
    Tapi mereka gagal memahami tujuan agenda pemberian tersebut sebenar
    Yg bakal merugikan mereka seterusnya

    Memang Budaya Melayu suka menadar Tangan
    Mengharapkan habuan dari berusaha sendiri
    Sejarah Malaysia sudah mencatat sejarah Melayu dari dahulu hingga sekarang
    Mereka akan menyalahkan orang lain , menyalahkan Kerajaan jika tujuan mereka tidak tercapai
    Sayang mereka tidak mahu berusaha sendiri BERDIKARI seperti kaum Cina terutama
    Yg berusaha selama sejarah Malaysia tanpa pertolongan Kerajaan
    Orang Melayu masih memerlukan botol susu

    Maka sang Najib hanya perlu beli botol susu untuk kaum yg lemah ini
    Kita sering sesama sendirI mengata gata sesama …oh orang melayu permalas
    orang melayu bodoh … orang melayu boros dan pelbagai lagi
    Tapi jarang saya dengar atau lihat usaha bersama
    Bagaimana nak memperbaiki kelemahan orang melayu
    Seharusnya Kerjaan juga Badan badan persatuan Melayu mesti bersama
    Mencari huraian dan berusaha memperbaiki dan menukar budaya Melayu
    Yg selalu mengharapkan , menyalahkan Kerajaan , menyalahkan orang lain
    Eh…Orang kaya pun kadang kadang pun sesak begitu juga kerjaan pun sesak dah
    Itu sebab Najib kena buat Magic

    Bagi saya untuk membantu kelemahan oranag melayu
    Adalah kasi mereka Susah baru mereka kenal apa itu Senang
    Ini juga akan mengahancurkan masa depan anak cucu kita di samping Kerajaan Najib yg Songsang

  50. Assalamuaalaikum semuanya yang islam sebenar2 islam…

    Kalaulah Tun bijak dan pandai… Ajaklah rakan2 Tun untuk buat Solat Subuh berjemaah… Saya yakin… Solat Subuh berjemaah adalah lebih penting dari Solat Isyak berjemaah PADA ZAMAN DUNIA INI…

    Kalaulah Tun mengimamkan Solat jemaah tersebut… Mahukah kalian semuanya pergi bersama sama?

    Apa kata kamu semua memenuhi Surau dan Masjid di Subuh hari seperti solat hari Jumaat… Tidak kiralah ada Tun atau tiada Tun…

    Siapalah lagi yang akan mengubah dunia ini dan menjadi para makmum yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW? Salah satu tanda kejatuhan penindas adalah melakukan perkara ini…

    Adakah anda tidak mahu untuk menjadi orang yang disebut Rasulullah SAW? Ingatkah anda kita ini di tahun 1438H?

    Saya tidak meminta anda untuk pergi setiap hari… Tetapi… Jika terdaya… Pergilah… Inshaallah… Kemenangan itu milik Tuhan…

  51. DrM Kecurian

    DrM menegaskan bahawa kerajaan mencuri dari? dan habuannya diguna utk biaya ibadat haji golongan tertentu.

    Tuduhan DrM ini sangat serius dan adalah menjadi tanggungjawab AG utk siasat dgn secepat mungkin bagi membersihkan nama baik kerajaan DYMM Raja2 Melayu.

    Ini termasuklah institusi agama Islam di bawah naungan DYMM yg dituduh sekongkol mencuri.

    Wallahu’alam

  52. Assalamualaikum, Tun.

    Umat-umat mengambil berat soal Halal and Haram, mengikut ajaran agama.

    Adalah kurang sesuai membabitkan golongan bukan Islam dalam isu ke-Halal-an ini, sepertimana yang ditunjuk oleh McD. Selama ini, ibu pertiwi kita merupakan bumi yang diberkati dan aman damai. Tak usahlah bawa masuk unsur-unsur fanatik, atas nama agama, secara tak betul.

  53. 1. Skandal 1MDB terkenal seantarao dunia yg melibatkan MO1 khususnya.

    2. Hasil pendapatan 1MDB boleh dicurigai di mana MO1 sbg PM/MoF bertanggung jawab secara langsung.

    3. MO1 pulak, dituduh sapu berbilion USD justeru digelar PENCURI, PEMBOHONG, MUNAFIK oleh kebanyakan rakyat.

    4. 1MDB yg taja PakHaji dan Mak Haji hasil tajaan itu Duit Haram….paling kurang DUIT SYUBHAT..

    5. Org Mukmin cukup jaga dalam bab halal haram lebih lebih lagi bab SYUBHAT.

    6. Yg membezakan org muslim dan org mukmin adalah dlm perkara SYUBHAT. Sifat taqwa pasti mendorong seseorang menjauhi perkara SYUBHAT.

    7. Sebaik baiknya org melayu beragama Islam yang sangat berhajat menunaikan haji memastikan duit yg digunakan 100% halal walau pun menggunakan duit sendiri dari hasil peluh sendiri. Persoalannya: ADAKAH DUIT TITIK PELUH KITA 100% HALAL??

    8. Ini pulak menerima dari pihak ketiga spt MO1 dan 1MDB yg berskandal sehingga kenegara lain??

    9. Teguran Tun M bermotifkan politik atau tidak Tuhan Maha Tahu.

    10. Dalam ibadah Haji khasnya ada kisah seorang ulamak yg sebenar pinjam duit dari sahabatnya yg berkerja halal secara syariat utk menunaikan haji walaupun ulamak tersebut ada duit halal yg dia ada. Tapi kerana taqwa, dia gunakan duit sahabatnya.

    11. Pahala haji yg dilakukan oleh ulamak itu pun dapat pada peminjam dan ulamak itu pun tenang lakukan haji.

    12. Balik dari Mekah…. ulamak tersebut bayar hutang kepada sahabatnya. Yg untung si peminjam juga dpt pahala haji (100% komisyen). Best kan?

    13. Org Melayu kecil hati, kecewa dan marah dengan teguran Tun M dlm isu tajaan 1MDB kpd pak/mak haji.

    14. Biasalah….org melayu kecil hati, kecewa, marah dan malu tak kena pada tempatnya. Justeru Tun M d kecam dan dihina kerna tegurannya.

    15. Syabas Tun M dgn teguran ini….walaupun ulamak2 kontemporari dan mufti2 tiada TELOQ utk ckp dari Ilmu Islam sebenar dlm perkara TAJAAN HAJI oleh 1MDB.

    16. Melayu Mudah Lupa……sehingga dalam perkara Halal, Haram dan Syubhat.

    17. Sekiranya seorang yg terkenal UNDERGROUND GENG LEADER yg berpangkat DATO SERI sponsor umat Islam miskin berbuka puasa dibulan Ramadan…..adakah HALAL atau HARAM makanan/minuman yg dimakan mereka yg berbuka??

    18. Dan sekiranya MO1 terkenal ada duit berbilion dalam akaunnya ( Halal, Haram atau SYUBHAT ) tapi oleh kerana berbagai2 sebab dia sehingga kini terlepas dari dakwaan MENCURI, MEMBOHONG, MENGKHIANATI BANGSA AGAMA NEGARA…. bersedekah atau memberi hadiah kami tetap menolak pemberiannya walaupun kami sendiri susah.

    19. Apa yg MO1 lakukan adalah gambaran fitnah2 Dajjal yg akan datang dengan kemewahan dan COMFORT yg ditagih manusia.

    20. Jangan jadi mangsa kepada FITNAH DAJJAL…kita wajib menolak ( sementara ) duit tajaan HAJI 1MDB atau MO1 sehingga kes mahkamah selesai di beberapa negara melibatkan 1MDB…

    21. Yg jelas…. Pemimpin yg menipu rakyatnya tidak akan bau Syurga walaupun menaja seluruh umat Islam dunia menunaikan Haji…

    22. Maaf dan wallahu’alam….

  54. Tun,
    Assalamualaikum, rasanya tak ramai ulamak kita yang berfikiran seperti mereka -mereka yang menyelar Tun dalam isu haji 1MDB ini. Cuma masalahnya mereka tak berbunyi. Sabar lah Tun, ini dugaan Allah SWT terhadap Tun untuk menaikkan darjat Tun di sisiNya. Di kalangan ustaz ustazah pun sedia maklum bahawa jika duit tu duit haram, mana boleh digunakan apa lagi untuk tujuan beribadat. Mengerjakan haji dengan menggunakan duit haram bukan boleh diumpamakan ‘mencuci’ duit haram itu. Tak pelah Tun, maafkan mereka sajalah. Kita berdoa apa yang terbaik untuk mereka. Tak perlu kita mencaci mereka semula, serahkan itu pada Allah. Teruskan usaha Tun, sekurang-kurangnya Tun dapat menunjukkan kepada bukan Islam bahawa Islam tidak menghalalkan duit /kerja haram dengan cara mengerjakan haji. Cuma saya hairan juga, mereka -mereka yang pergi haji/umrah yang ditaja oleh 1MDB ni tak terdetik ke dihati mereka untuk mengetahui sumber kewangan 1MDB ini sedangkan isu ini heboh diperkatakan di seluruh negara dan dunia. Sekurang-kurangaya, tanyalah /siasatlah samada si 1MDB ni patuh syariah ke tak!

    Semoga Tun berdua panjang umur dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

  55. Assalamualaikum,

    Tun sudah byk kali bongkar isu penyelewengan dana negara/rakyat melalui 1MDB dan pemberian rasuah melalui BR1M. Sekarang ramai pertikai isu halal haram sedangkan Tun dah berkali2 terangkan kecurian berbilion2 wang kita.

    Persoalannya disini, isu halal haram ni dah jelas dalam hadis “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam”-Riwayat Dailami. Jadi kalau kita rasa Karl betul, ikutlah dia, kalau rasa Tun betul tolak 1MDB dan BR1M. Akhirat nanti kita sendiri nak jawab bab halal haram ni bknnya Karl atau Najib.

    Haji ialah satu RUKUN yg WAJIB bagi setiap muslim yg mampu. Siapa pon boleh sampai ke tanah haram tak kira dari mana modal tu dtg, halal ke haram ke. Semuanya Duyufurrahman, tetamu Allah swt. Tetapi adakah ibadah haji mereka diterima bak kata Tun? Wallahualam. Jgn kita menzalimi diri sendiri dgn bersifat munafik, kelak yg terima azabnya diakhirat itu kita sendiri, bukan para mufti atau ulama yang akan ganti. Jazakallahu khaira.

  56. Assalamualaikum,

    Halal dan Haram , ada hukum-hakamnya.

    Perbuatan yang mendatangkan pahala akan jadi berdosa sekiranya dilakukan dengan tidak betul. Contoh – solat sunat secara am memberi pahala , tetapi memberikan dosa sekiranya dibuat selepas solat Asar. Jadi melaksankan Solat pun boleh menjadikan seseorang berdosa sekiranya tidak kena dengan hukumnya.

    Matlamat tidak menghalalkan cara.

    Yang hangat dan hangit pada hari ini adalah Felda. Felda telah menyenaraikan anak syarikatnya beberapa tahun lepas dan meraih modal untuk melakukan perniagaan sebanyak lebih kurang RM 10 billion.

    Pada hari ini, RM 10 billion itu telah hampir habis dilaburkan, tetapi FGV kini adalah syarikat yang rugi. Adalah tidak masuk akal, bagaimana sebuah syarikat yang untung besar sebelum disenaraikan, menjadi rugi selepas menerima RM 10 billion sekiranya wang tersebut di urus dengan baik. Malang kepada DS Najib kerana semua idea beliau yang “out of the box”, akhirnya memberi impak negatif kepada imej beliau sendiri. Mungkin benar kata Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Felda tidak patut disenaraikan. There is something that he has foreseen if FGV is headed by ex-politician man, and holds that much amount of money. Korporat syarikat anak bangsa hisap cerut adalah keparat.

    Pada hari ini, ramai peneroka Felda yang telah menerima saham tersebut merungut. Nilai asset saham mereka sebanyak RM 4,500 untuk 1 lot saham kini hanya bernilai lebih kurang RM 1,700. Sementara itu, PAS semakin bertapak di Felda. UMNO memang perlukan PAS untuk kekal relevan selepas ini, tetapi dengan cara melepaskan kerusi-kerusi yang penting untuk PAS tandingi tanpa saingan. Lambat laun, berkemungkinan kerusi-kerusi yang penting itu bertapak di Felda. Proses membaikpulih Felda adalah sukar. Tetapi proses mengambil hati peneroka Felda adalah lebih sukar.

    Que sera sera – What wil be , will be.

  57. Asslamualaikum,

    1. Kenapa rakyat Malaysia terliur sangat-sangat nak kan benda percuma.Usaha lah sendiri untuk dapatkan. Unsur yang kita tak tahu punca jangan lah terima.

    2. Cuba bayangkan, saya derma duit billion kepada tuan. Kenapa Amerika sibuk nak detect duit yg tuan terima?.

    3.Maknanya sumber itu dari mereka. Nama saya yang penderma itu sebagai batu loncatan saja.

    4. Sekarang Saya boikot haji dan umarah. Bukak akaun dalam tabung haji pun tak ada.Sebab ‘pemerintah’ dah menjadikan haji dan umrah satu agama yang paling prestij di dunia. Seorang yang nak pergi haji tanpa subsidi belanja sehingga beribu . Ada pulak, pakej ratusan ribu.

    5.Pergi ibadah pun ada kasta sekarang.

    6.Saya berserah pada Allah s.w.t.

    7.Berkaitan dengan kerakyatan di Sabah masa pemerintahan Yg Berbahagia Tun,
    tak usah dipanjangkan. Saya hidup dengan pegawai cawangan khas lebih 30 tahun.Saya tahu cerita kat sana.

    8.Kalau saya pada situasi tersebut saya akan buat benda yg sama macam Tun .Yang penting masyarakat bukan Islam di sana rasa hormat pada orang Islam.

    9. Kepada Yg bebahagia Tun Dr Mahathir,rakyat Malaysia telah di kunci kalbu mereka dengan suapan. Mereka telah dipukau dengan ringgit ke syurga.

  58. Salam sejahtera…

    Haram dan Halal serta Haji…

    Yang pertamanya sekali… Sah atau tidak sahnya haji berserahlah kepada Tuhan…
    Kerana sudahpun tertunai rukun yang ke 5.

    Namun haruslah ingat… Sekiranya seseorang itu tidak tahu… Tidaklah mengapa… Tapi jika dia tahu tetapi buat2 tidak tahu punca hasil duit itu… Allahualam… Nawaitu dan hal itu adalah di antara dia dengan Tuhan.

    Menghalalkan yang haram… Kita patut tahu… Tun Mahathir mempunyai ilmu kewangan, pengetahuan serta rakan2 atau spy2 di di dalam Umno ataupun di luar Umno… Tahu selok belok ekonomi dan dari mana hasil kewangan negara ini. Adakah logik seseorang yang pernah menguasai Malaysia selama 20 tahun sehingga digelar Firaun tidak tahu permainan dan aliran kewangan?

    #FoodForThoughts

    Kita mengatakan yang Toto,4D, nombor ekor itu haram… Kerana mencuba nasib menang tidak menang serta tiada berusaha…

    Apakah bezanya dengan saham?

    Kita labur pada Cayman Island dan beberapa syarikat yang lain… Ada yg dapat keuntungan… Ada yg syarikat yg kita laburkan itu bankrupt dan akhirnya menjadikan kita rugi… Apa bezanya permainan saham ini dengan WallStreet yang dimana terdapat Lembu Bewarna Emas di luar banggunannya…

    Quantum Medikal Solution…
    Ada yang mengatakan bahawa syarikat ini milik kepada salah seorang kroni2 Rosmah Mansor… Bukan saya kata tp orang kata… Allahualam… Ini adalah syarikat yang menang tender daripada kerajaan Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa bertanding… Betulkah? Kerana saya tiada apa2 bukti… Syarikat ini telah menanda tangani perjanjian selama 13 tahun… Ada sesetengah peralatan yang apabila lambat di dibaik pulih… Akan dikenakan penalty dalam bentuk wang… Ribaa kah ini? Atau cuma “Penalty”? Bukankah ini juga boleh kita katakan “Bunga”??? Atau cuma untuk menjaga qualiti perkhidmatan kpd pekerja2?

    Saya seorang yg kurang cerdik… Sebab itulah saya ini bertanya… Maaflah kerana saya orang yg gila…

    Adakah ada yg diluar sana yg berani untuk mengkaji dan menyelidik tentang perkara ini? Kerana saya tidak pandai dan tidak mampu… Saya bukanlah orang yang berilmu…

    Harap ada yg mendengar…

    Jazakumullahu khairan kathira…

  59. Assalamualaikum,

    Kenapa tidak diselesaikan hutang 1MDB itu dahulu sebelum berniat nak membiaya ibadah haji?

    Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita.

  60. Assalamualaikum wbt Tun sekeluarga.

    Amat perit untuk menerima hakikat bahawa ibadah haji atau Umrah yang telah dikerjakan ditaja sumber Wang yang meragukan, terutama apabila segala ibadah berjalan lancar.. Di dalam soal ini niat mengerjakan ibadah ke tanah suci sendiripun sudah mendapat pahala dari Allah.

    Bagaimanapun “fact remain as fact” dan tidak dapat mengubah apa2. Matlamat tidak akan menghalalkan cara. Oleh itu saya rasa kita tidaklah perlu menuduh sesiapa yang membongkar perkara ini sebagai dengki khianat atau berniat jahat. Apa yang penting adalah berdoa agar Allah ampunkan dosa2 kita serta menerima segala ibadah yang kita kerjakan.

    Bagi mereka yang menaja pula, sekiranya tuan telah sedia mengetahui bahawa ianya adalah sumber meragukan atau haram,dan buat2 tak tahu, demi kepentingan peribadi, maka wajiblah kalian bertaubat serta berdoa mudah mudahan taubat kalian diterima Allah.

    Semoga Tun sekeluarga sentiasa diberkati Allah..

  61. Persoalan yang pertama
    Najib ni kenal ke Halal ke Haram ?
    Jika tidak maka tak perlulah Tun nak Berdolak dalik , buang Karen saja

    Saya tidak sangat yakin yg ada anggota UMNO ikut Najib kerana Habuan dari Najib
    atau lebih dinamakan Dedak
    Mereka ikut Najib , begitu juga Kepala AG ,Kepala Polis , Kepala segala Kepala
    Ikut Najib kerana Najib Perdana Menteri Malaysia yg Berkuasa sekarang
    Begitu juga semasa Tun dahulu , ramai yg ikut Tun kerana Tun adalah Perdana Menteri dahulu

    Sekarang Nasi dah jadi Bubur
    Salah pun Tun sendiri yg melepaskan tali begitu sahaja tanpa ikatan
    Maka terbang helang lah layang layang

    Sekarang Tun kena start all over again

    Sedetik masa manusia bolih berubah , bukan PM malah Isteri kita pun bolih berubah , tukar Qiblat lagi
    Perosalan Hati …Tidak ada yg Betul juga Tidak ada Siapa yg Salah
    Persoalan Hati itu Hak masing masing

    Seperti juga
    Apek Tua , Taukeh Babi yg membawa Mercedes akan di pandang Mulia , di pandang lebih Pandai
    Dari Lawyer yg ke pejabat naik Taxi tidak ada Kereta

    Inilah kedudukan BERSATU juga Kedudukan Tun sekarang

    Namun
    A Man;s gotta do what A Man’s gotta do
    We will be with you

  62. Salam!

    Satu dunia dah tau Najib penyamun.

    Yang tak baik itu jelas, yang baik itu pun jelas… Tak ada grey area pun dalam kes Najib ni… 1mdb lingkup, felda pun lingkup, keretapi pantai timur pun yah hapa-hapa punye projek. Sambung LPT2 ke Kelantan lagi bagus. Buat MRT pun mahal. Ringgit jatuh walaupun harga minyak naik. Harga barang naik mendadak. Tambang public transport naik. TOL naik mendadak. Subsidi-subsidi dihapuskan. Tanah kerajaan tergadai kepada China Komunis. Power plant tergadai kepada China Komunis. Biasiswa MARA Dan JPA dihapuskan. GST 6℅ dikenakan. Singapore mula GST 3℅ je. Hutang negara campur dengan hutang GLC dah nak mencecah hampir 1 trillion hengget. Bajet kementerian lain kena potong tapi bajet JPM ditambah. Peluang pekerjaan menguncup. Pengangguran meningkat. Jenayah tembak menembak meningkat. FDI menurun. Hutang negara meningkat. Bank-bank tutup cawangan. Benda-benda remeh petty pon nak naik mahkamah, buang masa hakim dan duit rakyat. Jual harta negara lepas tu compare dengan UK. UK tu harta dia merata dunia, Malaysia pulak hutang merata dunia.

    Hmmm… Memang Najib pemimpin negara yang hebat.

    Sesiapa yang masih hendak menyokong dan mempertahankan Najib… Dipersilakanlah menyokong si penyamun. Semoga Najib dapat membantu anda di dunia dan di akhirat kelak.

  63. Salam ayahanda tun. Pada pendapat saya Ahayanda tun dan mufti betul belaka. Cuma ayahanda tun berkata keadaan kini manakala mufti merujuk pada keadaan yg telah lepas dimana cerita sebenar belum di ketahui.

  64. Assalamualaikum, Tun.

    Haruslah umat-umat mengingatkan diri, jangan sekalipun terbabit dalam kerja maksiat dan jangan berhemat yang ibadat haji ini boleh membersihkan segala-gala dosa yang telah dilakukan!

    Si berdosa akan menerima balasannya satu hari nanti, baik dalam hayat mahupun akhirat.

  65. Assalamualaikum, Tun.

    “Menghalal yang haram” merupakan topik yang agak mengelirukan. Sedekah BR1M mungkin berpunca dari percukaian, dan bukannya melalui penipuan.

    Walau bagaimanapun, sedekah BR1M harus diberi kepada insan-insan yang tak/ kurang berupaya mencari hidup, dengan usaha diri.

    Banyak juga perkara yang harus dibangkitkan. Memberi kewarganegaraan kepada kaum tertentu di Sabah dulu demi undi merupakan sesuatu haram yang dihalalkan!

    Begitu juga dengan pemfitnahan dan penghukuman berdasarkan “jenayah” yang dipalsukan.

  66. HAJI 1MDB HALAL HARAM

    Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.

    YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad,

    Menghalalkan yang diharamkan dan, mengharamkan yang dihalalkan sama sahaja maksudnya.

    Walaupun mak ayah saya pernah menerima pembiayaan menunaikan Haji yang bukan pembiayaannya dari Yayasan 1MDB, tempias dari halal haram yang dimaksudkan dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja yang telah/sedang terima pembiayaan dari sesiapa juga atas tujuan tersebut.

    Bilamana seseorang itu menerima tawaran melakukan sesuatu ‘perkara mulia’ terutama menunaikan ibadat Haji, mereka akan menyebut ‘ALLAHUAIKBAR’ dan, ‘ALHAMDULILLAH’ Syukur Ya ALLAH telah sampai masanya aku ke Tanah Suci Mu.

    Wajarkah mak ayah saya persoalkan dari mana hasilnya atas pembiayaan oleh Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Begitu juga kepada penerima pembiayaan dari Yayasan 1MDB, wajibkah mempersoalkan pada perkara semulia itu umpama mempertikaikan pula pada ibadah yang hendak dilakukan sedangkan lebih baik untuk tidak menerima dari menjadi persoalan hukum hakam.

    Jika halal haram dimaksudkan, kenapa tidak dipersoalkan dan ditujukan terus kepada pihak berwajib untuk menyiasat seterusnya menentukan pula hasilnya, daripada berlebihan menghukum penerima sekalipun mereka menerima pembiayaan dari 1MDB.

    Jika disebut NajibRazak mencuri 2.6 Billion dan, anak tiri si pencuri pula buat filem lucah dll, disebabkan semuanya dicuri dari dana 1MDB serta, termasuk pelaburan di pulau judi dan pelacuran sekalipun wajarkah disahkan pembiayaan itu dari hasil haram.

    Jika benar haram, mohon senaraikan berapakah jumlah yang dikembalikan kepada 1MDB yang dikatakan telah dicuri oleh NajibRazak. Maksudnya jika ada lebihan dari 2.6 Billion telah dikembalikan, pastinya haram kerana termasuk dari hasil keuntungan filem lucah dsb.

    Mohon perincikan juga pada perolehan dari pelaburan dana 1MDB di kepulauan pelacuran dan judi kerana lebihan dari hasil pelaburannya itu sesungguhnya jelas haram.

    Dan, jika segalanya mudah disebut haram maksudnya yang disebut ‘dana’ 1MDB juga haram kerana 1MDB curi duit negara, makanya tiadalah bezanya pada hasil negara yang diperolehi dari cukai-cukai yang dikenakan dari sumber-sumber diantaranya telah termaktub yang diharamkan.

    Bukankah YABhg Tun cakap 1MDB rugi BILLION-BILLION, bagaimana pula ada terselit HASIL HARAM. Adakah kerugian itu termasuk pembiayaan menunaikan Haji yang mungkin kerana rugi boleh jadi haram. Maaf tak rasa pelik walau setitik nila sekalipun.

    Kesimpulan halal haram dosa pahala itu isu agama sama seperti bangsa dan politik yang mana menjadi sebahagian besar undang-undang dunia termasuk alam maya untuk tidak menyentuh bab Agama, Bangsa dan, Politik.

    Sekian, terima kasih.

    p/s: Jika YABhg Tun atau NajibRazak ada hati nak biaya saya pergi Haji, saya wajib terima samada halal haram dosa pahala itu antara amalan sedekah YABhg Tun atau NajibRazak dengan ALLAH SWT. Bukan itu saja, jika YABhg Tun atau NajibRazak nak Derma ataupun tabur Dedak, pasti saya terima juga dari berkomen tanpa Gaji/Elaun/Pencen tiada masa nak merapu dan berpolitik.

  67. Membuat tuduhan palsu adalah satu dosa besar, apatah lagi bila motifnya adalah hasutan.

    Beban untuk pamerkan bukti terletak kepada pendakwa. Manakala yang terdakwa cukup dengan menafikannya sesungguh hati, yakni bersumpah. Selagi tuduhan dan bahan bukti tidak dapat disahkan, pihak yang terdakwa dianggap tidak bersalah.

    DrM menuduh kerajaan mencuri. Bila, apa dan bagaimana kerajaan mencuri tidak pula DrM terangkan satu persatu, malahan tiada satupun bukti nyata yang DrM dapat ketengahkan di sini.

    Sekadar menuduh secara rawak dan rambang disertai dengan cemuhan yang memutuskan silaturahim sesama insan bukanlah satu perbuatan yang “HALAL” apatah lagi datang dari seorang “negarawan”.

    Tapi, jika DrM bertegas mahu menghalalkan perbuatan beliau tersebut, ianya adalah hak peribadi beliau. Isu haram atau halal tubuh dan peribadi DrM hanya beliau sahaja yang tahu.

    Bagi pihak yang hak mereka telah dicabuli oleh DrM, Islam menganjurkan kita bersabar dan bersangka baik disamping memelihara hubungan silaturahim di setiap masa.

    InsyaaAllah

  68. Terus-terang saya katakan… sejak dari mula lagi… apabila saya terdengar mengenai skim ‘tajaan Haji oleh 1MDB’… 2 @ 3 tahun lalu… saya sudah terasa ‘tak sedap-hati’ dan… ada yang tak kena.

    Pertamanya… 1MDB adalah milik semua Rakyat 1Malaysia, tanpa mengira Agama, Bangsa & kiblat politik. Jika ditaja Pak-Pak Imam untuk ritual Agama Islam saja, sudah tentu Pak-Pak Sami/Paderi akan terasa-hati ataupun, tidak puas hati. Mereka juga ada hak untuk ditaja… misalnya ke Vatican, Sungai Ganges, Tibet atau melawat Patong Buddha di Pergunungan Bamiyan.
    Lainlah… kalau Ibadat Haji itu ditaja oleh TH, Lembaga Zakat atau Yapiem.

    Keduanya… 1MDB, selain keuntungan beli tanah Kerajaan dengan harga-sangat murah, kemudian jual dengan harga berlipat-kali mahal… tidak nampak satu sen pun keuntungan lain… malah rugi dalam semua transaksi perniagaan. Kesemua modalnya diperolehi dari pinjaman/hutang dengan mencagar tanah Kerajaan/Rakyat. Bunga atau interest tahunan keatas hutang saja, lebih-kurang, RM2 Billion.
    Yang jelas, 1MDB menggunakan WANG-hutang untuk menaja mereka yang terpilih, pergi Haji.
    Lainlah… kalau WANG yang digunakan, taja Haji itu, keluar dari pocket Najib atau tabung Party UMNO-Najib sendiri.

    Ketiganya… Amalan menaja Haji guna WANG Rakyat 1Malaysia… akan mendedahkan Agama Islam kepada tomahan, cacian dan lekehan dari Rakyat bukan-Islam.

    Ulama-Politik seperti Harussani, mungkin kerana terhutang-budi kepada Kerajaan, tidak nampak ancaman ini, iaitu… Ulul-Amri bertindak secara tidak-adil kepada semua Agama dan mendedahkan Agama Islam kepada bermacam-macam ancaman, termasuk buruk-emej & integrity.

  69. Salam!

    1mdb tak penah offer untuk sponsor saya pegi Haji. Sebabnya? Sebab saya bukan ketua kampung, bukan imam masjid atau surau, bukan pengerusi jkkk.

    Haji tak wajib untuk mereka yang tak mampu. So…. Memang tak perlu untuk Najib sponsor sapa-sapa pegi Haji, lebih-lebih lagi dengan duit hutang atau duit curi.

  70. Assalamualaikum Tun,

    Bersabarlah dengan tohmah yang dilempar kepada Tun. Di Malaysia ni apabila satu ketika dulu berdegar-degar kononnya McDonald itu menyalurkan bantuan kepada Israel, sangat sensitif rakyat Malaysia pada ketika itu. Sekarang, tak kisah pula apabila perkara yang membawa kepada subahah itu dibolehkan.

    Semoga kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah.

  71. Penipu yang saja tipu sendiri dan tuhannya. Apa pasal nak bermasjid setiap Jumaat tapi tipu ber-ratus ratus, ber-ribu ribu, ber-juta juta, ber-billion billion tidak kelip mata. Kalau pemimpin curi, apakah salahnya pengikutnya curi sekali. Kalau kebayakan mencuri, curi pun dah jadi biasa. Itu lah jadi ‘culture’ atau budaya yang susah dibaiki.

    Kerana wang dah hilang, kerajaan mesti ganti itulah sebab GST dan potongang budget universiti. Ada pemimpin yang sendirinya belajar di UK, gambarnya put di gantung atas dinding universiti. Apa pasal dia yang arah kerajaan potong budget universiti? Kesian anak-anak muda, pemimpin sekarang tidak mahu anda bijak sampai menghalang kerajaan, biar bodoh saja, kutip BR1$ sudah lah. Kita akan balik zaman dinasti, hanya Raja Cash yang boleh jadi pandai, yang lain ikut arahan saja.

  72. bravo Tun.

    Kalau dah tahu sumber HARAM.

    HARAM bagi yang dah tahu buat kerja IBADAT.

    IBADAT itu tujuannya PAHALA.

    HARAM pula kalau buat DOSA.

    Tak mungkin campuraduk PAHALA dan DOSA.

    Bukan kerja Kita nak HALAL kan benda yang HARAM tambahan lagi mengalakkan.

    Sama juga yang menyindir Tun HARAM kan haji.

    JANGAN campuraduk kan HARAM dan HALAL lepas kita dah tahu PAHALA dan DOSA.

Comments are closed.