MENOLAK BELANJAWAN

1. Apabila Cuma 13 ahli Parlimen bukan Kerajaan bangun untuk tolak belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli.

2. Apabila ini berlaku, ia bermakna bahawa Kerajaan yang dipilih rakyat boleh dijatuhkan di tengah jalan dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang. Pilihanraya tidak bermakna lagi.

3. Kerajaan yang didiri melalui rasuah dan sogokan pada Ahli Parlimen, dan Kerajaan yang korup boleh pula disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang tanpa sedikitpun berasa bersalah kerana mungkir janji kepada rakyat.

4. Inilah apa yang telah berlaku di Dewan Rakyat hari ini.

5. Bagi saya dan semua ahli Parti Pejuang, serta beberapa ahli Parlimen yang lain, kami tetap berpegang kepada janji kami untuk menolak belanjawan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

6. Apabila kami mengambil pendirian, kami tidak berganjak atas dasar amanah dan tanggungjawab kami sebagai wakil kepada rakyat.

7. Kami tetap dengan pendirian menentang apa sahaja bentuk rasuah dan kami berharap yang rakyat juga akan sedar dan menolak rasuah. Hanya dengan penolakan rasuah sahaja yang kehancuran negara dapat di elak.

8. Perasuah, penjenayah dan segala bentuk penyamun boleh bentuk Kerajaan hanya dengan mengguna wang untuk membeli undi dan wakil pilihan rakyat.

9. Apabila mereka yang tidak berprinsip, yang tidak berkualiti, yang sanggup menggadai amanah rakyat demi kepentingan peribadi mendiri Kerajaan, maka negara akan dijual untuk memenuhi ketamakan diri mereka.

10. Saya, Ahli Parlimen Langkawi, dan tiga lagi Ahli Parlimen Pejuang, Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shaharuddin Md Salleh (Sri Gading) tetap tidak berganjak dengan pendirian kami menolak Belanjawan 2021.

12 thoughts on “MENOLAK BELANJAWAN”

  1. Correction: JUST TREAT IT AS A BLESSING WITH RONAN KEETING FAMOUS SONG – YOU SAY IT BEST, WHEN YOU SAY NOTHING AT ALL SINCE ALL VVIP POSITIONS MUST BE HOLD BY MELAYU MUSLIM, DLL HANYA TANGKAP MUAT SAJA.

  2. Ya, “BIAR MATI BERDIRI DARI HIDUP MELUTUT…”

    EVEN WHEN YOU KNOW THE HARD TRUTH, THATS NOTHING YOU CAN DO.

    JUST TREAT IT AS A BLESSING WITH RONAN KEETING FAMOUS SONG – WHEN AY NOTHING AT ALL SINCE ALL VVIP POSITIONS MUST BE HOLD BY MELAYU MUSLIM, DLL HANYA TANGKAP MUAT SAJA.

  3. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/11/26/after-opposition-to-budget-2021-evaporates-mukhriz-says-better-to-die-stand/1926395

    Ya, “BIAR MATI BERDIRI DARI HIDUP MELUTUT…”

    MP yang berusia 95 tahun pun sanggup bangun (BERDIRI) untuk menyatakan bantahan terhadap undi suara (voice vote), dan mahukan undi belah bahagi diadakan.

    Anwar dan geng (PKR/DAP/dll.) bukan main cakap berdegar-degar untuk (kononnya) tolak Belanjawan 2021, tetapi bila tiba hari pengundian, semua (kecuali beberapa kerat) DUDUK MENIKUS di kerusi! Kecut perutkah?

    Sangat memalukan! Tiada kredibiliti langsung.

    Kelakar pun ada. Satu kebodohan melampau sebab mereka sendiri tembak tepat di kepala. Kesan COVID-19 agaknya. Asyik kena tembak kat kepala…dah jadi tabiat pula, atau dah jadi biul. Apa yang ditakutkan? Kecaman? Dituduh derhaka?

    Merasuah, menyogok, ‘cuci wang haram’, menipu, menyalahguna kuasa, memfitnah, dan melakukan dosa besar lain, tidak takut pula. 🙁

    P/S: Mual melihat orang biadab mengata Tun. Hentikanlah…dapat dosa kering saja. Nanti pahala pula yang kena diberi kepada Tun kalau Tun tuntut di Mahsyar…takut nanti habis semua kebaikan @ pahala.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  4. HBT
    What is Tallibanhism, Wahabihism ?
    Its Kind of New words created by you for your Chineseism
    Is there HBTism here ?

    You kind of slur yr unhappiness in Tun blog with regards of yr Chinese Racistism
    Nor Happy Pack yr Bags
    You cannot expects special previeliges as Historical Pendatang Haram

    Even the Chinese Muslims in China was Treated Bad, Mean & Humiliate though they themselves are Origin Chinese

    Do you expects us to lay a Red Carpet for yr Racistism ?

  5. WE ARE FORTUNATE BECAUSE OUR MOH IS WELL INFORMED SINCE VACCINES TOO COULD LEAD TO ‘BIOWEAPON’ WARFARE BEHIND THE SCENE, I MEAN, WHO GET THE AP TO IMPORT/EXPORT/PRODUCE/ DISTRIBUTE NATIONALLY, INTERNATIONALLY, REGIONALLY AND GLOBALLY.

    BEING IN HERE FOR SO LONG, ISSUES MACAM INI SEBAGAI MP PUN TAK ERTI BUT SEMUA PUN MAHU TUNJUK TARING DAN TERROR IN GIVING THEIR PUBLIC OPINIONS, THEN, DONT EXPECT THE NATIONAL MEDIA TO FILTER MINISTERS AND AP STATEMENTS.

    BEING BORN IN MALAYSIA, MULTI-LINGUALISM IS AN ASSET, IT WAS NEVER A LIABILITY SINCE MERDEKA UNTIL TODAY.

    THOSE WHO WANT TO MARRY MUSLIM, THEY MUST CONVERT INTO MUSLIM FIRST REGARDLESS OF THEIR NATIONALITIES IN STATES’ SYARIAH COURTS, THIS I CAN UNDERSTAND AND ACCEPT.

    WHEN COMES TO DIVORCE, THEY MUST GO BACK TO STATES’ SYARIAH COURT TOO, THIS I CAN UNDERTAND AND ACCEPT.

    WHY?

    SINGLE MARRIAGE OR TRIPPLE MARRIAGE GRANTED TO MALE IS A LIFE-LONG PROCESS SINCE MARRIAGE WAS NEVER A ‘PRODUCT’ BASED ON SPONTANEUOUS OR LOVE AT FIRST SIGHT KIND OF THINGY THING.

    THE REST OF THE STORY, ITS UP TO THE CURRENT FEDERAL GOVERNMENT TO FINE FINISH THEIR TERM BEFORE THEY PASS DOWN THEIR BATON TO THE NEXT PERDANA MENTERI AND KABINET VIA WEST MINSTER PARLIAMENTARY DEMOCRACY WITH ADDED SENATORSHIPS ATAU BACK BENCHERS, ITU TERPULANG KEPADA WHICH ZONE/CONSTITUENCIES THEY WANT TO CONTEST THIS TIME.

    NUMBERS AND DATA DO NOT CHEAT, HUMAN CHEATS BECAUSE THATS HUMAN NATURE.

  6. THIS IS NOT UNITED STATES OF AMERICA, OR SILICON VALLEY, CALIFORNIA, TO BE EXACT, TWINPEAKS.

    THERE IS NO WAY THE ‘IDEOLOGI OF TABALISM, I MEAN, WAHHABISM’, CAN INFLUENCE ALL STATES IN MALAYSIA INCLUDING S’BAH AND S’WAK ‘UNLESS DENGAN IZIN KERABAT NEGERI’.

    20% LOYALTY FEE LEVIED ON LAND PURCHASE IS BASED ON SYARIAH COMPLIANCE, I GUESS EVEN SC IS NOT AWARE AND THOUGHT THIS IS SOME KIND OF CORRUPTION.

    I ONLY KNEW THIS HIDDEN RULE FEW YEARS BACK, THATS WHY I DONT COMPLAIN AS LONG AS THE RULING GOVERNMENT @ PUTRAJAYA DONT FORCE ME TO LIVE LIKE TALIBAN WAY OF LIFE THAT SHUN OUT KAFIR WHO ARE WAJIB NOT TO PAY ZAKAT.

    THIS BLOG BELONGS TO TDM, MP LANGKAWI, KEDAH, AND HIS PROPOSED PARTI PERJUANG IS YET TO BE REGISTERED.

    ONLY 13 OF THEM SINCE 2 OF THEM HAVE GONE AND BY ELECTIONS COULDNT BE HELD DUE TO ‘DAURURAT COVID’ TO CONTAIN THE VIRUS FROM SPREADING THAT COULD EXHAUST NATIONAL/PUBLIC HEALTHCARE CENTRES SINCE THEY TOO DIDNT EXPECT THE COVID COULD LEAD TO PANDEMIC THAT CAUSED SO MUCH POLITICAL UNREST.

    THE ‘BAJET BELANJAWAN’ IS READ IN FEDERAL PARLIAMENT, ALL MP EXCLUDING THE 15 MP GAVE GREEN LIGHT TO LET BAJET BELANJAWAN 2021 GO THROUGH FIRST, AND AFTER THAT, THEY WILL BE ALLOWED TO DEBATE ON POLICY, TO BE EXACT OF WHO GETS WHAT, WHO DONT GET WHAT AGAIN, THE MEMBER OF MEDIA JUST HAVE TO WAIT IT OUT FOR THEM TO ‘IRON OUT’ THE ISSUES AND DETAILS.

  7. Good Morning Tun M

    Nak komen gambar. Yang diri dengan guard. Kucing ini pakai collar. Tampak seperti domestic cat. Mesti kucing milik rumah Tun or jiran Tun. Kucing rajin jalan2.

    I pernah pergi satu kedai yang jal nasi kandar Kedah. Beratur panjang, antara yang beratur adalah seekor kucing. Bila sampai my turn, I beli ikan goreng dan beritau pekedai I nak belanja kucing. Pekedai tersenyum dan bungkus ikan dalam plastik, sementara helper Indon pula kata sentiasa bagi kucing ini makan kat belakang kedai.

    I bukan baik, I cuma fikir kucing ini duduk beratur bukan ada duit nak beli makanan. Takpe la I belanja dia makan.

    Belanja kucing makan adalah perkara yang biasa I buat tak kira dimana, bila I rasa kucing kelaparan or sedang tunggu makanan. Bukan saja makanan I kasi, I juga cari air dan letak dalam bekas supaya mudah kucing minum. Kalau I jumpa anjing kelaparan I also buat begitu.

    Moral of the story, kita tau Nuo yang bagi order supaya tak ikut Tun. Tun sedih? Mukhriz sedih? Tak perlu la. Most rakyat tak setuju pun Tun anti Abang Din, cuma penyokong2 tegar sahaja yang suka Tun terus bermusuh dengan semua PM.

    UMNO semalam keluar statement bahawa mereka minta banyak dari budget 2021 dapat bukan setakat RM10K keluar duit EPF. Masing2 sekarang nak tunjuk mereka lagi power. On Tun side, Tun hilang power.

    Last but not least, be kind to cats, nabi kita sayang kucing and be kind to dogs dll. If bintang2 ini kelihatan tidak bertuan, cepat2 lah panggil animal shelter or local authority. Jangan dera mereka. Dosa tau!

  8. Assalam Tun.

    Anwar amat berharap agar kes rayuan keatas “pengampunan Agong adalah tidak sah” dapat diberi perhatian segera oleh Muhyidin.

    By the way, no Chinese & Indian MPs supported for en-bloc voting?
    Rupa2nya Guan Eng masih mentah!!

  9. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Syabas Tun dan PEJUANG! Tindakan/Perbuatan selari dengan kenyataan / percakapan @ “cakap serupa bikin”. Sebab itu saya sangat percayakan Tun.

    Anda semua memang pejuang sebenar – BERANI menolak Belanjawan 2021 tanpa rasa gentar. Ya, kekal berprinsip, bermaruah, dan beramanah.

    Cuma 13 orang sahaja yang benar-benar ada prinsip di kalangan Bebas / PH/ dll. dalam Pembangkang.

    Saya berasa pelik melihat senario di Dewan Rakyat pada hari ini. Apakah ada “udang di sebalik batu”?

    Saya berasa sedih melihat keadaan ini.

    Tidak mengapa Tun. Teruskan perjuangan murni Tun bersama PEJUANG.

    Allah SWT maha mengetahui apa yang sebenarnya berlaku (termasuk yang di belakang tabir) di Dewan Rakyat hari ini.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  10. The Dare game.

    Suppose the 15 MPs forced the division votes, then if the Budget was not approved, this is not a western country. Who would dare stand up and be counted in public. There are mostly chickens in the Malaysian Parliament, as far as we know for sure.

Comments are closed.