MENOLAK BELANJAWAN 3

 

1. Apabila belanjawan di lulus tanpa tentangan di peringkat bacaan kali ke-2 di Dewan Rakyat, ini bermakna Kerajaan sudah pun diiktiraf oleh pembangkang, kecuali 13 ahli yang berdiri menentang.

2. Menentang di peringkat jawatankuasa, seperti yang dikata akan dilakukan, tidak akan bawa apa-apa kesan signifikan ke atas Kerajaan mahupun kepada belanjawan yang dikemuka.

3. Ianya hanya usaha untuk mengalih pandangan kritikan rakyat yang kecewa dengan sikap pembangkang.

4. Kerajaan pintu belakang pimpinan Tan Sri Muhyiddin bukan dipilih rakyat. Manipulasi dilakukan untuk merampas kuasa daripada Kerajaan pilihan rakyat.

5. Tidak cukup di peringkat Pusat, Kerajaan negeri Sabah yang jelas dipilih rakyat juga dirampas dengan memaksa pilihan raya negeri diadakan.


6. Untuk kekal berkuasa, Kerajaan ini terpaksa sogok Ahli Parlimen untuk dapat sokongan.

7. Pada perbahasan Belanjawan 2021 semalam, kita dapati bukan sahaja parti Kerajaan yang sokong, tetapi sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang menyokong.

8. Ini aneh. Selama Kerajaan Tan Sri Muhyiddin tertubuh, pihak pembangkang berusaha untuk menjatuhkannya dengan undi tak percaya di Parlimen.

9. Tidak kurang 25 usul undi tidak percaya dikemuka. Apabila belanjawan dibentang, pembangkang bersuara kononnya akan menolak. Ada pemimpin yang datang berjumpa saya sehari sebelum untuk nyatakan tentangan mereka.

10. Tetapi ini tidak berlaku. Bila diminta adakan undi belah bahagi, hanya 13 ahli pembangkang yang berdiri, dua kurang daripada jumlah yang diperlukan. Maka belanjawan dilulus dengan lebihan suara.

11. Tidak dapat tidak, kita cenderung untuk percaya yang pelbagai gula-gula ditawar untuk dapat sokongan. Jika benar bermakna rasuah sudah sampai tahap yang amat merbahaya kepada negara. Segala-gala boleh dibeli dengan duit, termasuk Kerajaan.

12. Kerajaan pilihan rakyat boleh dibeli dan dijatuh kerana wakil yang dipilih oleh rakyat sanggup terima sogokan seperti yang kita lihat berlaku di Sabah. Kerajaan yang tidak dipilih rakyat boleh rampas kuasa dan terus memerintah negeri dan negara.

13. Pembangkang sanggup berkrompomi dan tolak prinsip dan gadai sokongan rakyat untuk kepentingan sendiri.

14. Saya dan kumpulan Pejuang akan terus tolak Belanjawan ini. Ini kerana kami tidak nampak apa-apa manfaat jangka panjang kepada negara di dalam usaha tangani masalah ekonomi yang merudum akibat Covid-19.

15. Tidak ada apa-apa rancangan untuk pulih dan kembangkan ekonomi serta bantu perniagaan yang terjejas teruk.

16. Yang ada hanya pemberian wang dan lebih banyak wang yang ditawar untuk menawan hati rakyat. Tidak dinyata di mana dan bagaimana Kerajaan akan dapat hasil untuk biayai semua ini.

17. Kerajaan yang menagih populariti dengan sogokan untuk kekal berkuasa tidak ada beza dengan Kerajaan kleptokrat yang kita jatuhkan. Mereka hanya akan hancurkan negara ini.

 

34 thoughts on “MENOLAK BELANJAWAN 3”

  1. Quran, 2:249
    When Talut set out with his forces, he said to them, ‘God will test you with a river. Anyone who drinks from it will not belong with me, but anyone who refrains from tasting it will belong with me; if he scoops up just one handful [he will be excused].’ But they all drank [deep] from it, except for a few. When he crossed it with those who had kept faith, they said, ‘We have no strength today against Goliath and his warriors.’ But those who knew that they were going to meet their Lord said, ‘How often a small force has defeated a large army with God’s permission! God is with those who are steadfast.’

    Hudhayfa reported: The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, said, “I surely know what the False Messiah will have with him. He will have two flowing rivers, one that appears to be clear water and another that appears to be blazing fire. If one of you sees that, let him go to the river of fire, lower his gaze, put his head down, and drink from it, for it will be cool water. The False Messiah has one covered eye with thick skin over it. Written between his eyes is the word of unbelief. Every believer will be able to read it, whether he is literate or not.”

    In another narration, the Prophet said, “He will have paradise and fire with him. His fire is Paradise, and his paradise is Hellfire.”

    Source: Ṣaḥīḥ Muslim 2934

  2. Some interesting news for Malays… squabbling over crumbs.
    Meanwhile in Tokyo, Japanese scientists have just received soil samples from an asteroid to which they are analysing the contents. They have been described as being absolutely astounded by the make up in molecular structures.
    In Malaysia, Bumiputra still have their special position… and the brain drain of skilled intelligent scientists in Malaysia leaving for Less Racist countries…. Things happen for a reason . Every action has a reaction. You put stupid policies in place the reaction is an intelligence deficit , mismanagement and ultimate debt…. this leads to bran eaters holding power, and societal regression …. and a depreciating ringgit, which makes USD foreign debt even more expensive to service. Do you see the Malay dilemma? The Leadership are either too dumb or too corrupt. Living on Japanese, Chinese and US credit …. incompetence is your choice.

  3. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    1. Lulus sudah Belanjawan 2021 yang menjurus kepada pembaziran besar-besaran (tidak berhemah berbelanja) dalam keadaan ekonomi yang teruk disamping pandemik COVID-19 yang semakin meruncing.

    2. Tun mahu membantu, tetapi orang yang tamakkan kuasa & jawatan tegar @ berdegil untuk terus berkuasa walaupun sudah gagal. Yang kelakarnya demi rakyatlah kononnya…

    3. Kita tunggu dan lihat saja apa akan berlaku dalam 1-3 tahun ini jika mereka teruskan dengan amalan pembaziran yang melampau. Sogok sana-sini demi untuk kekal berkuasa.

    4. Nanti, kalau negara sudah bankrap, orang kerja Kerajaan pun akan merana – gaji dan pencen bakal bermasalah. Yang sentiasa mendambakan wang percuma, lagilah malang kalau Keajaan sudah tiada fulus. Meloponglah mereka…Golongan warga emas yang mengharap Kerajaan menjaga merekapun akan turut melopong. Lantak kome le…

    5. Tun sudah sudah mencuba yang terbaik untuk menolak Belanjawan 2021 yang masih mengamalkan pembaziran pada skala besar. Sikap berjimat-cermat dan berhemah dalam berbelanja tiada dalam kamus golongan yang sudah terbiasa hidup mewah.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  4. Tun,

    So where are the frog MPs who are supposed to vote with the opposition? May be they had gone A.W.O.L., eh.

  5. Tun,

    Even though our Malaysian Style Democracy is alive and well with the Government winning the 2021 Budget vote with a razor thin margin of 3, the fact is the result does not augur well for the Administration which will face more uncertainty in the future.

    Some pundits have criticised it as an Administration without a Vision or a Policy to lead our beloved country forward even though the Cabinet has 71 Ministers who are not supposed to be amateurs, fakes, liars, nincompoops, morons, idiots, playboys, racists, clowns, plagiarists or charlatans. How long this state of affairs will last, no one knows ?

    But the leading headline of the day must surely belongs to the Deputy President of UMNO, YB Dato Seri Mohamed Hassan, an elite in the making, thus

    ” TOK MAT. 10 MONTHS AFTER NEW GOVERNMENT AND POLITICS STILL AT CROSSROADS. THIS WAS NOT GOOD FOR MALAYSIA AND THE PEOPLE ESPECIALLY THE MALAYS AS IT HAS LEFT THE NATION WITHOUT A VISION OR DIRECTION. SADLY, THERE SEEMS TO BE NO SOLUTION TO BOTH THE MALAYSIAN AND MALAY POLITICAL SCENARIO. ” Malaysiakini.

    Tok Mat, with all due respect to your view that ” there seems to be no solution to both the Malaysian and Malay Political Scenario ” probably expressed with deep knowledge of the naked edge of political conflict for many months with some dissatisfaction, I am of the opinion that this Gordian Knot problem was human-made and it is up to human-kind to resolve it sooner or later !

    One solution, may be the only one, is for the Malays to unite in a Grand Coalition of Malay based parties invoking the Spirit of the Unity of the Royal Sultans and the Malays 1945 in confounding the powerful British Malayan Union of 1945.

    This Malay Unity ran its successful course from 1945 right through the Communist Insurgency 1948-1992 to 2003 after which the Government Leaderships 2004-2018 were deliberately tempted and weakened with all sorts of earthy temptations partially of our own making from ‘abang-adek and very hot retreats, The Hague’s rocks caper, Indonesian Eagle from nowhere, fat beardless little boys were in demand, a flush of super mega-projects etc which were topped off with the absurd Central European Yiddish song, “CASH IS KING.”

    During this crazy episode what did our beloved Malaysia got in return ? ABSOLUTELY NOTHING BUT SHAME AND EMPTY COFFERS IN THE TREASURY WHICH INVOLVED NEARLY ALL OUR ELITE BY THE EASY EXPEDIENCY OF USING CHEAP AND SIMPLE PLEASURES ! Hence, we must all learn to save for the rainy day which is now !

    That was history. That was the past. An ancient saying, ” For a healthy mind and body, do not mourn the past nor worry about the future. But live in the present wisely and earnestly ! ”

    THEREFORE WHEN WILL THE MALAYS RISE UP AND UNITE AS THE WORTHY DESCENDANTS OF THOSE WHO HAD THE SPIRIT OF 1945 TO PUT OUR BELOVED MALAYSIA ON HER RIGHT DEMOCRATIC PATH AGAIN (WITHIN THE CONTEXT OF OUR REVERED CONSTITUTION) WITH VISION AND DIRECTION AS BEFITS THEIR PROUD HISTORY WITH DIGNITY AND SELF-RESPECT TOGETHER WITH THE NON-MALAYS ?

    Will the once powerful and paramount UMNO continue to sleep like a pussy-cat and not wake up as a Tiger to REGAIN OUR GLORY, PRIDE AND RICHES befitting our beloved Malaysia as one of 4 most important small countries of the World being UK. Japan, Switzerland and Malaysia !

    I am certain one day the sleeping Tiger will wake up. Hopefully, the Tiger’s awakening is sooner rather than later for our beloved Malaysia and her Rakyat’s sake before our beloved Malaysia and her Rakyat descend into the abyss of a South American scenario with the starving Middle Class in rags running around streets lined by tumble-down once magnificent buildings !

    Malaysia Boleh Tun as always. No problem.

  6. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Saya tidak faham mengapa KU LI tidak mahu mengundi MENOLAK Belanjawan 2021.

    Beliau RUGI kerana cuma boikot untuk mengundi.

    Impaknya dua kali ganda (1 undi bertambah di pihak Pembangkang; 1 undi kurang di pihak TSMY) jika beliau mengundi menolak Belanjawan 2021 (daripada sekadar memboikot sesi pengundian).

    Adakah Ku Li takut dipecat dari UMNO (‘play safe’)? Di sini kita dapat lihat perbezaan ketara di antara Tun dan Ku Li. Tun tidak gentar walau sedikitpun untuk melakukan perkara yang betul.

    TSMY sudah gagal (sekadar sibuk berpolitik), tetapi para pentaksub beliau masih lagi bermimpi di siang hari – meroyan mengutuk Tun.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  7. Good Morning

    Sempat juga tonton interview Nizal dengan Tun. Sikit sahaja dah rasa macam boring. Jangan salah faham, I tonton sebab Nizal ini pangkat uncle. Bukan usia tapi pangkat dalam keluarga. Hubby tonton juga sbb sedara, kita sokong la, tapi dia juga kata panjang sangat.

    Since I dulu dari advertising industry, usually too long, susah orang nak digest.

    Dalam hal lagi satu, rata2 baca cerita serupa UMNO hanya minat nak jatuhkan Muhyiddin tapi bukan nak naik Anwar jadi PM. Ini dapat lihat apa terjadi diPerak baru2 ini. I boleh kata ini, Kalau UMNO team ngan Tun juga hanya sekadar nak jatukan Muhiyiddin bukan nak bagi Tun jadi PM. Kira UMNO plot always about nak rampas kuasa bukan nak tolong kawan.

    Bab politican yang asyik nak gugat kedudukkan Muhyiddin, takde apa yang jujur about it. All about them them, sikit pun tiada rakyat dihati masing2.

  8. Tun,

    For want of important issues to discuss or debate, we are now forced to condescend down to minor issues of no particular importance, thus

    1. ‘ DISTRICT OFFICER DENIES NAMING STADIUM AFTER HIMSELF. CLAIMS IT IS SPANISH OR GREEK. THIS ARISES AFTER IT WAS POINTED OUT THAT THE STADIUM NAMED FFIRA MIKAH WAS HIS NAME IN REVERSE. ‘ Malaysiakini.

    A very disturbing headline which goes to show the loss of control at the periphery of Power and Respect by the Centre. This level is the zero ground level of good governance and control. When the Central Government 1957-2003 was functioning well, District Officers were respected as examples of good Government Policies at ground zero.

    But this incident clearly showed the complete loss of control by the State Government which is an image of the Central Government. Not only that, to exercise proper discipline according to the rules and regulations, the District Officer should be suspended pending an official inquiry. This indiscipline by an important official, the District Officer, is really disturbing. A true reflection of deeper chaos further up the chain of command in the Administration.

    Not only that, the many recent pollutions of the water catchment areas in Selangor point directly at the District Officer in charge of the District. There can be no excuse that illegal factories were built without the District Officer’s knowledge or his immediate superiors up the chain of command of the State Government.

    2. ” THERE WILL BE A DAY OF RECKONING IF WE CONTINUE WITH OUR WAYWARD WAYS. TK CHUA. ” Malaysiakini.

    We may foresee what is to come for all of us if we turn on the TV on news from South America. We see ragged Middle Class people running and protesting in the streets line by tumbled-down magnificent buildings built in the first flush of independence in the late 19th or early 20th Century during the early years of their pioneering Leaderships. Thereafter, total dictatorship and corruption seeped in like Argentina.

    Pre-World War II Argentina was the No. 7 richest in the World supplying grain and meat to Europe and had tons of gold in their Central Bank’s vault. Peron took over and the country descended into chaos and poverty based on spending without earning and inflation caused by the over-printing of money not backed by production of goods and services !

    For years, the only happiness the citizens had was to see Argentina won the World Football Cup in 1980s assisted by their idol, Maradonna ! Today, Argentina still has not recovered from the damage to her economy from excesses, abuse of the socio-economic political system and wanton corruption.

    DOES OUR BELOVED MALAYSIA DESERVE TO END UP LIKE ARGENTINA ?

    Will the sleeping UMNO Tiger wake up to the call of the Spirit of the Unity of the Malays 2020 ? Or will the paramount UMNO prefers to be just a kitten to the extreme satisfaction of our beloved Malaysia’s enemies or rivals ?

    Malaysia Boleh Tun as always. No problem ?

  9. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/12/14/quarantined-mps-get-green-light-to-attend-parliament-sitting-speaker-says-t/1931734

    Hahaha…Malaysia boleh!

    Sesuka hati saja tukar peraturan kalau melibatkan ahli politik Kerajaan Tebuk Atap. Politik kotor!

    Sebabnya ialah TAKUT Belanjawan 2021 kena tolak. Memualkan!

    Harap-harap Belanjawan 2021 tidak lulus dalam pengundian pada 15 Disember 2020.

    Saya doakan Tun diberi peluang sekali lagi jadi PM Malaysia untuk membantu Malaysia menangani krisis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi yang semakin meruncing.

    ( https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/12/14/dr-m-and-ku-li-propose-unity-govt-dr-m-says-039i-don039t-mind-being-pm039 )

    TSMY telah gagal menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi yang terjejas teruk.

    Tun seorang yang tegas, amanah, berprinsip, dan tidak kemaruk kuasa dan wang ringgit. Tun paling layak dan sesuai untuk jadi PM pada waktu yang luar biasa @ genting ini.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  10. Good evening!

    Wah Tun ini tak habis2 berpolitik. Dah 95 tahun usia. Ku Li pula dah 83. Semasa Tun jadi PM under PH tidak juga apa2 perubahan yang besar rakyat dapat. Malah banyak yang kena cantas. Not to mention non-stop rebut kuasa kalangan Menteri2 PH. Tak tau la jika Tun anggap itu satu pujaan.

    I sempat intai live FB Tun tadi, macam banyak yang menyerang dari menyokong usul Tun dan Ku Li. Sangat2 laju komen sampai mata I naik juling. Tak tau la jika Tun pula perasan itu pujian atau sanjungan.

    Kadang2 I wonder juga Tun ini baca ke tak.

  11. Tun,

    The news in Malaysia these days is no news at all.

    Daily reports of petty ‘political’ quarrels, nit-picking on minor issues and other irrelevances just to fill the pages of a newspaper !

    When are the earth shattering or moving news going to hit us in the eye like major Policy issues of the day ?

    Have the 71 Cabinet Ministers of His Majesty’s Government gone to sleep or making earnest preparations for the long holidays from December 2020 to January 2021. Have they got the dazzling entertainments of Istanbul, Cairo or Jakarta for the hoi-polloi in mind ?

    Perth used to be for the more learned or sporting types loaded with cash for Australia’s famed licensed places of entertainment where there are 24 hours of gambling or other temptations !

    However, the following headlines are the typical diet for us every day, thus :-

    1. ” PM URGES FARMERS TO CONSIDER AGROTOURISM. ” Malaysiakini.

    This is commendable. Those in kampongs, new villages and small towns should be encouraged to do so as well. The State Governments should step forwards to organize and furnish the meagre funds so required. There must be Leadership at the ground zero level or else like all the platitudes so announced for ages, nothing happens. And tomorrow is another day with no follow-up. Hence, it is not easy to be a Leader in our beloved Malaysia if a person is not conscious of the reality of what happens at zero ground level.

    When our beloved Tun Dr Mahathir Mohamad followed up with his famed little black note, he was called an authoritarian or Dictator !

    2. ” PM VISITS MUAR TO PROMOTE CARBON FREE EMISSION PROGRAMME. ” The Star

    This is self-explanatory. One wonders whether those good fellow citizens working in agricultural plots under the hot sun or the rain every day understand what is carbon or emission ?

    3. ” SECURITY GUARD AT TOPGLOVE ALLEGED TO HAVE DIED OF CORONAVIRUS “. The Star.

    This is the type of headline news for our edification every day!

    Malaysia Boleh Tun as always. No coronavirus problem !

  12. SULTAN PERAK SEKOLAHKAN AHLI POLITIK PERAK

    Transkrip penuh titah Paduka Sri Sultan Perak menegur ahli politik berebut jawatan untuk kepentingan diri dan bukan kepentingan rakyat.
    Intipati titah hadir dari Paduka Sri Sultan yang paling terpelajar berjaya menyekolahkan politikus Perak yang asyik berebut jawatan sesama sendiri tanpa memikir nasib rakyat jelata sepatah titah baginda “jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu kekuatan”.
    Kemurkaan baginda dizahirkan dalam bentuk ilmiah dan keagamaan dengan memetik 3 surah dari Al-Quran serta pelbagai peringatan yang cukup berbisa.
    Selamat menonton dan jangan lupa bantu subscribe channel kecil kami sekiranya konten memenuhi citarasa anda.
    https://youtu.be/tBugLLy7ZtA

  13. Assalamualaikum, Tun.

    Fitch is perhaps right to have downgraded the economic outlook and rating of Malaysia given the fact that the Budget brings no real stimulus/strategies to put the country back onto the right track.

    Worse still, now GST is in the politicians’ mind again! Timing is not right. GST is not a system meant for this country. Now, if the Government imposes back, it kills not only business, but Rakyat and the country at whole.

  14. Assalam Tun.

    We are indeed losing the battle against “mat kobid”. Muhyidin has already made special live TV announcement that he’s blameless!!
    If only he dares to make live press conference…
    The only Peeyam who has yet to appear in one. Afraid to answer the anticipated staccato of questions from newsmen. A Peeyam running away from reporters…

    The greatest single blunder which caused mat kobid to move at rampant throughout Tanah Melayu was this illogical ruling:

    “Not mandatory for 2-week quarantine to politicians coming back from campaigning in Sabah.”
    ….even though knowing fully well Sabah’s high risk status then.

    Peeyam Muhyidin had wanted as many govt politicians from Tanah Melayu and each with their own team members to campaign and wrestle Sabah away from Shafie. Quarantine would deter them coming to Sabah.

    Thousands of Umno & Bersatu “paid volunteers” came back spreading mat kobid throughout Tanah Melayu.

    Muhyidin must take full responsibility!!!

  15. Tun,

    It took me many days to locate the right place to express my comments again. A notable absentee is the old Hainanese tart HBT aka the Eskimo from Timbuctoo. Here is my comment on the current political proceedings which have been pent-up for 2 long weeks.

    The 3 main issues facing our beloved Malaysia today are as follows :-

    1. The dire lack of political Leadership at the forefront of Malaysian Politics today due to the very few capable one being subsumed by the mass of hoi-polloi with millions of ringgits in their pockets. As a result, the whole Malaysian Political Structure became a vast picture of square pegs in round holes or vice-versa.

    Humanity since the beginning of time had always lived together as tribes or herds under only one Leader whether a King, Dictator, President or Prime Minister because Leaders are born and not made, especially by money. It is the in-born skills which count. Fakes are exposed sooner rather than later. Even in these great United States with its vaunted elected Democracy found it impossible to get rid of clowns from its Presidency !

    What do we expect from our seedling of a Malaysian Style Democracy ?

    Even our revered DYMM Sultan Perak commented in passing recently that the lack of Leadership showed with the 3 changes of the MB post in 4 years ! However we all know the reason for such a dilemma now facing Malaysian Politics which has now descended into Mickey Mouse Politics a’la Hollywood. It’s become a fantasy World that those with money can be the Prime Minister ! Thus, the fight or struggles go on !

    Hopefully, the paramount party UMNO does not recognise itself a sleeping tiger but something tangible to be reckon with by all concerned.

    It is towards this end that the Spirit of our beloved Malaysia, the Spirit of the Unity of the Malays 2020 will arise again within the context of our revered Constitution to regain our glory, self-respect and riches.

    It is with this Spirit of the united Malays 2020 like that of the Unity of the Royal Sultans and the Malays 1945 which confounded the powerful British proposed Malayan Union will hold sway and hold the beloved country together again. Lightning does sometimes strike twice for our beloved Malaysia but may be not for Lee Kuan Yew !

    Without Malay Unity there will be no political and socio-economic progress because all the ground rules have already been laid down long ago in our beloved Malaysia’s birth certificate, the revered Constitution !

    Because of this, the non-Malays could only watch and stare at the going-ons around them with the full knowledge that ‘time is of the essence’!

    As for the Communal Middlemen Chinese Political Parties, MCA and DAP, do we need them any more with their historical record of getting richer and richer as days went by and the mass of 6 Million Chinese livelihoods remaining the same ?

    All of them claimed to begin with empty pockets but retired mighty rich with banks, gas tank monopolies, dirt cheap State lands, permits, licences etc.etc ! They all claimed without exception that they FOUGHT FOR THE CHINESE ! AND TOLD OTHERS, THEY HAVE PACIFIED THE ALWAYS PEACEFUL CHINESE !

    One thing is clear, very clear is the fact that for a Chinese to be a politician whether MCA or DAP is to be on the road to untold riches by the gift of the Gab ! Why work or study hard any more, stupid ?

    Therefore, if the British could look after the Chinese pre-Merdeka or pre-Hong Kong 1997 better than the Chinese themselves, why bother with these Middle-men Communal Chinese Parties, the MCA and the DAP which have both contributed to the conflicts and divisions in our Malaysian Body-politik hampering its progress and development ?

    These parties have out-lived their relevance and usefulness and should now be treated as just social welfare parties like the Tax Free RM 2 incorporated companies of worship ! This is the NUB of the Malaysian Dilemma ! Hence, if the British could look after the Chinese better, the Malays also can do so better !

    Arising from this, it logically follows that THE MALAY-BASED PARTIES LIKE UMNO SHOULD APPOINT THE BEST OF CHINESE TALENT FROM THE 6 MILLION CHINESE AVAILABLE TO SERVE OUR BELOVED MALAYSIA AND BY-PASS THE COMMUNAL MIDDLE-MEN, MCA AND DAP, TO BE MINISTERS, ADVISERS, GLCs entities etc.

    We really do not need the MCA and the DAP which both performed badly whilst in POWER as history showed. History is the finest Arbiter of the Truth !

    Nowhere else in the World, Communal Middlemen Political Parties are recognised within the Sovereignty and National Interest of their nations except Malaysia. IT IS TIME FOR ALL MALAYSIANS TO RECOGNISE THIS ANOMALY WHICH IS MORE IMPORTANT THAN THE SO-CALLED EMPTY CALLS FOR ‘REFORMS’ WHICH ARE ONLY DISTRACTIONS OR DIVERSIONS FROM THE TRUTH OR REALITY !

    2. The Coronavirus hit our beloved Malaysia in early February 2020.

    The lack of medical experts and virologists to fight the Pandemic head on is now showing 8 months later with rising infected cases daily !

    Instead of a Task Force which even President Biden recognises, our beloved Malaysia opted for the National Security Council with generals, soldiers, guns and bullets to fight the virus ! This ended up with the journalistic misnomer of calling the doctors in hospitals, the Front-liners ! This misnomer misled the 32 Million Rakyat who thought they could be treated and cured by the doctors in the hospitals. Therefore, who cares about anything at all ?

    THE FACT IS THE VIRUS ATTACKS AND INVADE THE BODY CELLS OF A HUMAN BEING. THERE IS NO CURE IF THIS HAPPENED. HENCE, PREVENTION IS BETTER THAN CURE. THEREFORE, THE 32 MILLION RAKYAT IS THE FRONT LINERS NOT THE HOSPITALS WHICH ARE ONLY SECOND LINERS.

    Therefore long practised epidemiological preventive measures must apply to all the 32 Million Rakyat like wearing masks, social distancing, keep away from crowds, avoid leaving the house and always wash the hands after return and obey Government’s directives. This is simple, cheap and easy to understand by the 32 Million Rakyat when faced with the full propaganda force of the Government and indirectly projects a good image in its favour. TO THIS DAY NOTHING HAPPENED BUT A FEW EXPENSIVE CARTOONS ON TV EMPLOYING CLOWNS !

    3. THE SOCIO-ECONOMIC PROGRESS OF OUR BELOVED MALAYSIA is linked directly with the Politics and the Coronavirus without any doubt.

    See how the UK, the US and the EU grappled with the many headed serpent the Coronavirus without success. These are the most developed countries of the World. Yet their educated citizens failed to acknowledge the dangers posed by the Coronavirus which caused them to die like flies and disrupt their socio-economies which are now exposed as the weak links!

    From the beginning, with the realisation that conventional economics and economists would be on sabbatical indefinitely, I proposed that the Government should raise RM 250 Billion + RM150 Billion as ready firing Power to save the Rakyat, the businesses, economy, banks etc.

    My proposal still holds true if not more relevant today and the near future. The hope for a rise in commodities prices to save us and followed by Government’s initiatives and consumers consumption to save our beloved Malaysia, IS 20TH CENTURY STUFF! The jury is still out on the New Norm. ITS EVERY COUNTRY FOR ITSELF, NO MORE, NO LESS!

    If the Government’s coffers are empty, we must learn the important lesson of saving for the rainy day between 2004-2018 and forget about the Central European Yiddish song, ‘ CASH IS KING’!

    If our beloved Malaysia surmounts the 3 Dangers as mentioned above, then and then only, may she fulfil the promise that our beloved Malaysia is ONE OF THE FOUR MOST IMPORTANT SMALL COUNTRIES OF THE WORLD BEING THE UK, JAPAN, SWITZERLAND, MALAYSIA !

    Malaysia Boleh Tun as always. No problem.

  16. Dulu Malaysia KDNK per capita lebih tinggi drpd Korea Selatan pada 1970an tapi skrg dah jauh ditinggalkan oleh mereka. China KDNK per capita pun skrg hampir sama dgn Malaysia dgn populasi mereka 1.4 billion. Nilai Ringgit sudah jatuh 35% berbanding Thai Baht dan tak lama lagi Vietnam, Thailand, Indonesia akan mengatasi Malaysia satu hari nanti. Kita tahu apa punca dan sebab Malaysia merosot.

    HANOI: Vietnam muncul ekonomi tunggal Asia Tenggara yang menunjukkan kejayaan pertumbuhan di tengah-tengah pandemik COVID-19, mengekalkan pertumbuhan positif yang stabil ketika negara lain bergelut untuk pulih, lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik Nikkei Asia pada Khamis.

    Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Vietnam berkembang 2.6 peratus mengikut tahun pada suku ketiga, menandakan pertumbuhan kali kedua berturut-turut.

    https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/bisnes/lain-lain/2020/11/756265/vietnam-satu-satunya-ekonomi-asia-tenggara-catat-pertumbuhan

  17. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    1. Ada lagi yang pok-pek mahukan darurat. Ini jenis yang tidak tahu berfikir secara rasional/ logik.

    2. Timbalan Presiden Bersatu/PPBM sudah tumbang. Giliran Presiden BERSATU bakal tiba, samada cepat atau lambat. Pengkianat akan dikhianati…kifarah.

    3. Belanjawan 2021 pada peringkat Kementerian (Committee) rata-rata lulus (disokong oleh MPs Kerajaan) kerana masing-masing dalam Kerajaan mahu menjaga periuk nasi sendiri.

    4. Mereka (MPs Kerajaan) bukan fikir tentang NASIB rakyat, tetapi tentang kepentingan diri sendiri – jaga tembolok masing-masing. Kalau bajet tinggi, mereka pun akan turut berbahagia, dan dapat bermewah-mewah. Yang menderita ialah rakyat yang banyak di kalangan mereka pemuja dan pentaksub TSMY dan geng – ada yang menadah tangan memohon bantuan…

    5. Kasihan, sebab mereka fikir wang yang tidak seberapa yang diterima oleh mereka di bawah bantuan Prihatin /Penjana/ dll. amatlah besar. Mereka lupa yang MPs yang disogok dengan jawatan dan pangkat oleh TSMY ‘makan besar’ setiap hari / bulan. Peliknya, mereka ini masih memuja TSMY yang kuat menyogok @ menyuap @ merasuah. Butakah? Bodohkah?

    P/S: Saya sedih kalau saya tergolong dalam kelompok “penerima bantuan wang percuma”. Terima kasih kepada Tun M kerana jasa dan pengorbanan besar Tun untuk Agama, Bangsa dan Negara telah dapat mengubah kehidupan banyak rakyat (yang rajin berusaha, tahu bersyukur, dan tahu mengenang budi) yang dahulunya susah.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  18. Assalamualaikum, Tun.

    Tak usahlah usul tak percaya dibangkitkan terhadap PM sekiranya Bajet boleh diluluskan di semua peringkat dengan sokongan majoriti.

    Alangkah pedihnya dengan apa yang berlaku di arena politik tanahair sekarang, bahawa –
    Pembangkang hanya bersuara lantang tetapi tiadanya pelan/tindakan yang lebih membina dan efektif untuk mengubah;
    Pihak kerajaan pun semacam ketandusan sumber/idea untuk menyelamatkan Negara;
    Segelintir Rakyat masih gila-gilakan sedekah daripada kerajaan tanpa menyedari yang terdapatnya pekerjaan lebih penting daripada perolehan sedekah.

    Fitch telah menurunkan “rating” ke atas kewangan Negara. Kenapa? Insaflah semua, wahai, Rakyat Malaysia …

  19. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    PENDAFTARAN PEJUANG:

    Baguslah Tun dan PEJUANG bawa kes pendaftaran parti PEJUANG ke mahkamah.

    Makan gaji butakah pihak yang bertanggungjawab tentang pendaftaran parti di RoS? Sudah masuk 4 bulan borang dan dokumen sokongan dihantar. Di era IT yang canggihpun kita ada agensi yang lembab.

    Permohonan dibuat secara dalam talian. Sepatutnya apa-apa yang kurang sudah boleh dikesan (‘detect’) semasa borang di isi. Selagi tidak diisi dengan betul sepatutnya tidak boleh ‘submit’, dan peringatan mesti diberi dengan kadar segera (real-time message).

    Dokumen-dokumen pula sepatutnya boleh di muat-naik (‘upload’) saja ke website RoS. Kalau mahu yang ASLI atau salinan asal, RoS mesti minta dalam tempoh beberapa hari selepas permohonan dibuat.

    Sepatutnya RoS memberi KHIDMAT terbaik (dibayar gaji untuk memudahkan urusan pelanggan / rakyat) kepada kesemua pelanggan tanpa mengira siapa mereka. Nampak sangat RoS tidak profesional.

    Ternyata Kerajaan pimpinan TSMY tersangat GAGAL dalam banyak hal. Badan / Agensi seperti RoS satu contoh kegagalan nyata TSMY dan geng.

    Pandemik COVID-19 pula semakin menular dengan teruk. Ini KEGAGALAN utama Kerajaan Tebuk Atap pimpinan TSMY.

    Dulu, masa mula-mula merampas kuasa bukan main megah lagi kerana dapat menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan. Sekarang apa sudah jadi?

    Setiap hari, 4 angka bagi kes baru COVID-19 sudah jadi ‘norma baharu’!

    Sudahlah TSMY & geng gagal, kuat membazir (Belanjawan 2021) pula dalam keadaan krisis ekonomi yang meruncing.

    P/S: Pelik saya melihat perangai dan penulisan manusia yang teramat taasub (taksub) terhadap TSMY dan geng (yg gagal). Tidak perlu singgah di sini – ada pun sekadar menyemak saja sebab penulisan pun hampeh dan biadab…tiada apa-apa yang positif…tahap Mak Cik Bawang saja pemikirannya…pok-pek entah apa-apa.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  20. Good evening Tun

    Hmm. Ada lagi blog chedet. I ingat dah hilang terus bila ramai komen kat wall FB Tun yang mereka anggap blog ini hampeh, ada tak ada, tak kisah.

    Anyway, I cuma singgah sebentar. Kalau komen pun hal Perak. My tanggapan about the whole thing silly & disgusting. Bukan kali pertama UMNO rampas kuasa. Dulu dah buat bila Nizar dari PAS naik jadi MB. Kali ini pula jatuhkan MB dari BERSATU. I tak tau la tiba2 rakyat PERAK mudah lupa. I yang duduk jauh ini masih ingat. Or UMNO tiba2 buat lupa. Sorry ya, ku tersilap. LOL

    To me la tak perlu adakan general election lagi, bagi sahaja pada Raja2 Melayu buat pilihan siapa yang layak terajui negeri masing2.

    Kalau rakyat pilih sama juga cerita. Dah la belanja banyak, risiko pun tinggi. Tambahan bila rakyat pilih belum tentu yang di pilih buat kerja, most of the times yang kami lihat, asyik berpolitik sesaja, aku lagi besar, aku lagi power. Tong tang tong tang. Letih tengok.

    Hmm sepatutnya declare emergency aritu, tidaklah jadi meleret begini. Buak ramai muak. Pretty sure Abang Din juga nak election, tapi masih nak team dengan UMNO? Entahlah. UMNO ini ramai dalamnya mentaliti jika you keluar tinggal UMNO you musuh sampai mati. Of course la Abang Din bukan keluar UMNO, tapi ditendang keluar oleh Najib.

    I sebenarnya bukan minat politik sangat. Jadi ahli UMNO belum tentu akan vote parti tersebut. No gerenti ya! All members sejuta lebih itu akan vote UMNO. I tak kisah samada ahli atau tidak, sebab tak pernah bayar membership walau sekali LOL

    Sepanjang I jadi ahli tak ada apa pun UMNO bagi I. Jangan mimpi la nak kereta ka, rumah ka, saham ka, lagi baik I buat kerja sendiri.

  21. Assalam Tun.

    That no good Pandi(r) is suing Tun.
    Another true blue modern day pandir wannabe.

    I believe the nyonya half-past-six is most appropriate to represent Pandi(r)!
    The long awaited dream team will become a reality, TEAM PANDIR.

    Malaysia SEMUA boleh!

  22. Assalam Tun.

    Setelah dikritik tak henti2 dan digesa berbagai pihak utk letak jawatan sebab tak tentang budget, Anwar minta 7 hari lagi nak jatuhkan Muhyidin, iaitu pd 03/12/20 dulu. Tempoh sampai, tapi si Nua senyap-melenyap…
    Desakan suruh dia letak jawatan berterusan dan bertambah2.

    Tiba2 Peja diguling. Si Nua terus bersuara, “beri saya seminggu lagi! Ada perkembangan baru.”
    Tempoh tu dah pun berlalu yesterday, dan si Nua kembali senyap-melenyap!

    Yang sebenarnya Nua berharap 7 hari yg mula2 tu dia nak gagalkan budget kementerian Azmin, tapi gagal walaupun MP dari Warisan & Pejuang sama2 turut menentang.

    Kemudian tambah 7 hari tu pulak, si Nua berharap anak Ponorogo tu akan bermusuh dg Muhyidin pasal Peja disingkir, dan boleh beri peluang nak jatuhkan PM.

    Semua gagal!!
    ABANG NON MUST GO NOW.

  23. Assalam Tun,

    Bukankah Zahid kesayangan Tun juga satu ketika dahulu ada RM230 juta sebagai Ketua Pemuda Umno pun Tun cover tak pulak referkan ke BPR?
    Sekarang dengarlah pepatah pujangga Zahid Komedi..
    DIAM AKU EMAS.. GERAK AKU BERLIAN..
    Apa yang berlaku di Perak adalah..
    LANGKAH PONOROGO SEBELUM LANGKAH KE SG. BULOH..
    sudi2lah tonton di sini.. https://youtu.be/g-He__u4wHw

    Prihatin TV menjemput kalian menyertai PTV..

  24. Malaysia memang boleh!

    He cited the recent discharge not amounting to an acquittal of former Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor in his RM1 million corruption trial on Monday after the public prosecutor dropped charges. 

    “The case appeared clear cut, with the property developer who allegedly bribed the former minister pleading guilty and being fined by the courts. 

    “It is the third such case this year, with Najib’s stepson and a former Sabah chief minister both walking free, despite seemingly iron-clad evidence,” Hagger said. 

    https://www.google.com/amp/s/www.malaymail.com/amp/news/malaysia/2020/12/09/malaysia-sliding-down-slippery-slope-warns-credit-suisse-after-ku-nans-rm1m/1930500

  25. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Bekas MB Perak (Peja) dijatuhkan menggunakan strategi “undi percaya” yang nampak positif, tetapi sebenarnya hanya tipu helah untuk menolak beliau. Mesti Peja terkejut beruk kerana tiba-tiba hilang jawatan MB.

    Tetapi elok sangatlah Peja dijatuhkan sebab temanpun tidak berkenan dengan perangai Yob Peja yang ‘temberang’ tentang kelulusan akademik dia. Buat malu orang Melayu/Islam saja…

    Sepatutnya TSMY yang kononnya sangat demokratik dan Islamik membenarkan usul “undi tidak percaya” / “undi percaya” terhadap PM dibahaskan di Parlimen untuk memastikan keabsahan Kerajaan Tebuk Atap. Speaker Dewan Rakyat pula tidak profesional. Elok berundur saja…

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  26. Welcome back Tun. Glad to see the blog is up and running once again. A week is a long time in politics for sure.

  27. Tetap teguh berdiri, Tun. Jangan putus asa. Apa yang sedang berlaku pada generasi sekarang bukan kali pertama. Ia telah berlaku pada generasi terdahulu di Malaysia dan di seluruh dunia. Berkali-kali sejarah berulang. Berkali-kali Allah menghantar utusan dari kalangan hambaNya untuk memperingati. Tapi kebanyakan manusia tidak mengambil iktibar. Hanya segelintir yang mendengar. Namun begitu, tugas utusanNya hanyalah untuk memperingati, mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran. Dengan penuh sabar mereka menghadapi segala tohmahan, cacian dan makian dari mereka yang zalim dan kaum mereka sendiri. Tapi akhirnya Allah menyelamatkan mereka serta pengikut mereka, membersihkan mereka dari segala tohmahan tersebut dan mewariskan bumiNya kepada mereka.

    …But those who knew with certainty that they were going to meet Allâh, said: “How often a small group overcame a mighty host by Allâh’s Leave?” And Allâh is with As-Sâbirûn (the patient).- Quran, 2:249.

  28. “11. Tidak dapat tidak, kita cenderung untuk percaya yang pelbagai gula-gula ditawar untuk dapat sokongan. Jika benar bermakna rasuah sudah sampai tahap yang amat merbahaya kepada negara. Segala-gala boleh dibeli dengan duit, termasuk Kerajaan.

    12. Kerajaan pilihan rakyat boleh dibeli dan dijatuh kerana wakil yang dipilih oleh rakyat sanggup terima sogokan seperti yang kita lihat berlaku di Sabah. Kerajaan yang tidak dipilih rakyat boleh rampas kuasa dan terus memerintah negeri dan negara.”

    Ehmm… maka bertambah-seronglah pandangan orang-lain terhadap Bangsa, Agama dan Institusi Raja-Raja Melayu.

    Mana tidaknya, selepas berjaya mengkhianati dan menjatuhkan Kerajaan Pilihan-Rakyat dan diperkenan ambil-alih oleh YDP Agong… sambil berbaju-Melayu, bersongkok dan bersampin… geng-geng Pengkhianat, Semburit, Penyamun & Penunggang Agama, bergambar beramai-ramai tadah-tangan, berdoa seolah-olah Allah merestui dan merahmati pengkhianatan mereka itu.

    Bangang betul BangsaKu ini… sendiri jatuhkan maruah atau buka-ruang kepada celaan dan kecelakaan… lepas tu melenting dan marah kerana rasa terhina apabila Bangsa, Agama & Institusi Raja-Raja Melayu dicemuh dan diperlekeh.

  29. Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Bakal lingkuplah Malaysia dalam 2-3 tahun ini sebab ada PM yang bacul, dan terpaksa tunduk kepada ugutan dari MPs (termasuk para Kleptokrat) dalam kem sendiri.

    Belajawan 2021 tidak berwawasan, dan masih di takuk lama tanpa mengambil kira krisis semasa pandemik COVID-19 yang bukan musibah biasa-biasa. Wabak ini wabak LUAR BIASA dan telah memberi impak teruk kepada ekonomi negara dan rakyat. Jadi Belanjawan 2021 mesti yang luar biasa.

    Belanjawan 2021 yang melingkupkan wajar ditolak. Tiada misi dan visi jangka panjang untuk memulihkan krisis ekonomi yang teruk terjejas.

    Banyak PEMBAZIRAN dalam Belanjawan 2021 kerana perkara-perkara yang tidak perlu TETAP diutamakan demi kepentingan politik TSMY dan geng.

    Dalam keadaan krisis ekonomi yang terukpun masih tidak tahu berbelanja secara berhemah.

    Duit dalam KWSP pun dibenar dikeluarkan RM10,000 sekali harung. Lingkup jugalah simpanan hari tua pelabur – merempatlah sebahagian besar dari mereka semasa tua.

    Sungguh malang nasib TSMY dan Kerajaan Tebuk Atap kerana DINASIHATI oleh penjenayah kolar putih yang sudah disabitkan hukuman penjara dan denda (beratus juta Ringgit) sebab MENYONGLAP wang rakyat.

    Tetapi, apa nak dikato…TSMY dan geng perlukan sokongan dari penjenayah @ Si kleptokrat. Layan sajalah walaupun bakal MELINGKUPKAN negara. Ya, demi jawatan dan pangkat.

    Anwar dan geng (PKR/DAP/Amanah – mana yang duduk menikus) sepatutnya berasa malu kerana ‘cakap tidak serupa bikin’. Para penyokong PH banyak yang tidak puas hati (dalam socmed) dan mengutuk tindakan mereka yang bacul dan hipokrit.

    Hanya Allah SWT saja yang tahu sebab sebenar mereka ini bersikap bacul / hipokrit. Alasan bodoh @ dangkal yang diberikan sekadar mahu menutup sebab sebenar.

    Anwar telah membuat dirinya semakin tidak releven (relevant). Peliknya Kit Siang dan LGE ikut saja strategi hampeh Anwar. Tiada akalkah?

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  30. Assalamualaikum Tun,

    Mudah-mudahan Tun berdua sentiasa sihat walafiat. Penolakan Tun bukanlah penolakan total semua insentif kepada rakyat. Apa yang Tun perjuangkan adalah integriti ahli-ahli parlimen. Benar kata Tun, jika ahli parlimen boleh dibeli, pilihanraya, cakap berapi-api dan kempen besar-besaran sehingga menang tidak berguna lagi. Lebih berbahaya jika ada “penajaan” dari pihak luar untuk menjajah negara melalui cara yang licik dan kotor sebegini. Tentunya anak cucu kita yg bakal menjadi mangsa. Ramai dikalangan rakyat berasa sia-sia sahaja mengundi jika ahli parlimen dan ADUN melompat parti. Adakah Tun merasakan “Akta Anti-Lompat parti” mampu menghalang masalah ini?. Apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jatidiri ahli-ahli politik yang dipilih rakyat supaya tidak mudah “dibeli” oleh mana-mana pihak?. Terima Kasih Tun.

  31. ME TOO VERY TIRED TO WRITE IN HERE SINCE I KNOW THE POLITICAL POWER STRUGGLING WITHIN THE MALAY DLL KAUM IS REAL, BUT NOT THREATENING.

    I AM MORE WORRIED WHEN OUR RACES ARE BEING RADICALIZED TO HATE ONE ANOTHER LIKE WHAT WE HAVE GONE THROUGH THIS SO MANY TIMES.

    TAHAP DEMOKRASI MEMANG DI PERINGKAT BUDAK/SAMSENG WHEREBY GOVERNMENT INTERVENTION IS REQUIRED TO CRIMINALIZE HATE SPEECH AND HATE CRIMES TANPA PILIH KASIH.

    IN HERE, I WISH ALL OF US A SAFE AND PLEASANT X’MAS AND HAPPY NEW YEAR FOR YEAR 2020.

  32. Bitter eh?

    Actually kami sebagai rakyat biasa no problem. Anak I baru beritahu dapat GKP. Ada sedara tak dapat. Konon hal SSM. Company tak wujud. That means tak semua dapat tapi anak perempuan I dapat. Happy dia.

    Yang tak dapat boleh buat rayuan. Kalau rajin mencuba no hal. Jumpa face to face. Insyaallah dipekenankan.

    I cuma pesan dengan anak, rajin buat kerja niaga, esok bila dapat pulangan yang cukup baik boleh minta loan besar dari gomen. Tak perlulah keluar duit EPF. Tunjuk kemampuan niaga, walau duit begitu terbatas. Be creative.

    Silap maklumat bila gang dan penasihat utama Tun kata 32M rakyat Malaysia kecewa. Yang kecewa mungkin gang2 dan penyokong tegar Tun sahaja. Majority rakyat tak kecewa pun.

    I suka announcement Abang Din, COVID 19 VACCINE. I dan hubby ada peluang dapat. Kami berada dalam catergory 2. Harap free ya Abang Din hahaha

    Sorry ya Tun, I think Tun ini over over kecewa la. Topik sama dah berapa kali. Kan Tun dah 95 tahun. Semua dah merasa. Tak perlulah nak marah2. Nuo memang takan sokong Tun. Amanah sekarang pun kata sebab tak terima message Nuo, tu sebab mereka diri sama dengan Tun. hahaha

    Baiklah Tun lobi untuk kucing ka dog ka, or aging population, lagi berbaloi.

  33. There is only one way to describe Malaysia’s opposition coalition.

    … Praaaaakkk pak pak pak pak pak pak …

Comments are closed.